One month
Plus minus, tinggal satu bulan (Ya Allah).
Satu bulan dari sekarang (approximately), keajaiban akan berlaku. Like ; Ting! Magic!
- Tiba-tiba ada suami. Tiba-tiba jadi seorang isteri. Tiba-tiba tak boleh mengaku ‘single’ dalam apa cara sekalipon. Tiba-tiba pakai status ‘berkahwin’ bila isi borang. Tiba-tiba I sound silly when I speak in malay, you see (eh eh, suka sangat tiru iklan). Cakap pon tak betul, nak sindir orang pulak. (damn lah aku suka betul iklan Silky Girl) T____T
- Go, tukar status dekat friendster! Nurulism Hepburn, 22 years old, married. Maigod, apakah punya dahsyat bunyi dia status tersebut? Kedengaran menarik betul. Err. Bukan orang belum kahwin pon selalu mempakai status ‘married’ ke? Dunia neh memang berputar pada paksinya (tetiba)
- Sebulan akan datang, dapat partner baru (Welcome to my life eceh) Dapat bestfriend baru. Dapat rakan kongsi baru. Dapat suami baru (macam ada suami lama lah pulak kah kah kah). Dapat ‘enemy’ baru. Dapat periuk baru, mesin basuh baru, mop lantai baru, penyental periuk baru, sabun pencuci baru, penyapu baru, senduk baru, … hoi hoi jangan mulakan! JANGAN. Entry ni tak membenarkan perbuatan merepek. Bagaimana dengan kehidupan yang baru? Jawapannya, selepas ini. KAH KAH KAH.
- Akan bersekedudukan dengan suami. Bye bye rumah keluarga! Nyampah betul cakap pasal benda touching-touching ni. Hati dah lah jenis boleh laras. Nasib baik hati tersebut made in heaven. Oh sedih oh hiba.
- Kena bangun pagi bancuh air untuk suami. Lambai-lambai tengok suami pergi kerja dan tidak dilupakan, bagi pesanan penaja. Contoh ; Have a nice day. Balik awal jangan lambat tiga minit. Take care. I love you. Macam tu lah mungkin pesanan penaja dia. Mungkinlah, saya cakap mungkin. Mungkin akan jumpa ayat-ayat indah yang lain, yang lagi killer sampai suami tak sanggup lambat walaupon 2 saat. Fuuuuuuuuu. Ni isteri kah atau warden asrama neh? Macam cikgu disiplin pon ada. KAH KAH KAH.
- Akan menunggu suami pulang sambil menonton jam dinding (aik?) HAHAHAHHA. Lagi dua minit jam 4, sudah bersedia di tepi pintu macam pengawal Istana Negara (tapi dalam versi yang lebih kasih sayang) HAHAHAHAAH. Sementara suami bekerja, apakah pula aktiviti indoor yang dibuat oleh seorang isteri? Tak lain tak bukan. Memasak, menternak dan bercucuk tanam (sejuk perut emak mengandung) Sejuk lagi hati suami. KAH KAH KAH. Err. Bertuah sangatlah kalau dapat isteri package lengkap. Siap sekali free voucher ; Mengembala kambing di belakang rumah. HAHAHAHAHA. Err. Bukankah entry neh dilarang merepek tadi?
- Tak lama lagi juga, saya akan mempakai title Cik Puan. Jangan lupa letak CIK sebelum PUAN. Kau lupa letak CIK, jangan harap aku menjawap. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Kalau nak bodek lebih sikit, boleh panggil Cik Puan Chika Berseri-Seri. Bodeklah bodek. Bukan aku ada duit kecik pon. (Duit besar apatah lagi) KAH KAH KAH.
- Serius serius. Yang indahnya, akan mendapatkan imam baru dalam hidup ini. Yang akan ditaati dan disanjungi sepenuh hati (yang made in heaven tersebut). Saya harap, beliau betul-betul akan menjadi imam terbaik dalam hidup saya. Kekasih sejati, teman yang berbudi. Ishk. Itulah. Anda jangan membuatkan saya mengeluarkan falsafah CINTALOGI nanti anda tak sanggup dengar. (aku sendiri pon takda sanggup mengawal kebolehan sastera cinta yang berleluasa)
- Perkahwinan itu melengkapkan ibadah seorang muslim. Hoooooooray!
Ada ke patut Pak Cik tersebut menjual minyak angin dekat Adek saya semasa Adek saya hendak pulang dari masjid? Adek pon membeli dengan mengorek habis wang dalam dompetnya. Sepuluh ringgit tunai! Balik rumah, Adek saya pon membawa sebuah cerita bermoral tinggi. Dia kata, sangat kesian Pak Cik tersebut semacam miskin. Disebabkan terlalu kesian, sampai sangguplah dia mengkorek wangnya habis (padahal wang tersebut emak bagi suruh pergi makan). Adek pon pulang ke rumah pada Maal Hijrah itu dengan membawa sebotol minyak angin. Dia kata, membeli ikhlas kerana simpatinya pada pak cik miskin tersebut. Tapi pada petang itu sangat lapar sebab takda wang lagi. Aih. Pak Cik tersebut pon satu. Kau pergi jual dekat budak-budak minyak angin buat apakah? Punyalah banyak bapak-bapak budak di situ. Tapi takpe. Yang penting ikhlas. Meskipun perut lapar menjadi taruhan.
Eh eh. Tetiba je cerita pasal Maal Hijrah.
Nampak sangat cubaan mentukar topik. HAHAHAHAHAHAHA.
Kalau boleh tak mahu bukak cerita kahwin lagi. Tengoklah. Mungkin esok lusa membukak cerita tentang salasilah keturunan diraja Negeri Sembilan. Atau cerita tentang AdibahAhmad (kontroversi betul). Atau nak yang lebih releks, Chika boleh membagikan anda cerita Hagemaru. Cis cis cis. Tengok tengok esok, masih membukak cerita kahwin. Nasib kau lah. HAHAHAHHAHA.
Note : Jangan harap ada cerita salasilah diraja atau kupasan kes AdibahAhmad. Memang confirm tak akan ada. Sebab blog Chika hanya menceritakan cerita yang tak boleh dijumpai di blog blog lain. Ewwwaaah, kedengaran riak sekali. Orang yang penuh kecintaan dengan diri sendiri memang macam neh HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Oh. Mungkin boleh bercerita tentang GILA TALAK kelak. Err. Memang tengah bergelumang dengan masalah GILA TALAK di sini. Anda pernah menyaksikan orang gila talak secara betul kah? Bukan dalam drama TV3, mind you. Pernah kah? Tiba-tiba, saya pernah. Dan kejadian gila talak memang mencuit hati. Lebih-lebih lagi apabila terjadi ke atas lelaki.
Ingatlah. Sebelum membuat tindakan (seperti mentalakkan isteri padahal bukan sebab nusyuz atau sebab-sebab yang kukuh), pikirlah menggunakan anugerah otak yang made in heaven tersebut. nanti gila talak, buruk padahnya. Saya tengok lelaki tersebut pon macam sudah tak siuman.Itupon nasib baik bekas isteri kurang pendidikan dan pengetahuan. Dapat jenis yang bijaksana dan IQ genius, tak ke musnah kehidupan lelaki tersebut dibuatnya? Apa akallah saya dinasihati oleh bapa supaya bersabar dan jangan masuk campur banyak sangat. Kalau tidak, tahulah apa aku nak buat dengan pak cik tersebut. Saya kalau bab membuat aduan dan bertindak agresif memang sangat pandai.
Kepada semua wanita, penuhilah diri dengan pengetahuan yang jitu. Dan lengkapi diri dengan pengetahuan tentang hak-hak kita sebagai wanita, isteri dan ibu. Kalau tidak, sangat rugi. Bercakap berdasarkan pengalaman depan mata.Ingat Allah. Itu paling penting.
Sabar juga sangat penting. Saya sedang belajar bersabar. Dan untuk belajar bersabar, ia menuntut kesabaran yang tinggi. Saya tahu betapa nikmatnya kalau bersabar. Dan betapa nikmatnya juga kalau ditindas. Apatah lagi kalau dianiaya. Sabar. Sabar. Saya harap saya akan gain lebih banyak kesabaran di hari muka (tak tahu kenapa hari pon ada muka) Saya rasa, perkara paling kurang dalam diri saya ialah kesabaran. kadang-kadang macam tak ada langsung. Sebab itulah, setiap kali berjaya menjana kesabaran, berasa macam seorang winner. Nikmat betul.
Okay. Sudah tak tahu apakah arah tuju entry neh. Mari menuju ke katil.




December 30th, 2008 at 11:38 pm
7?
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:04 am
SATU
thor Reply:
December 31st, 2008 at 1:55 pm
yes! berjaya.
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:10 pm
tepukan gemuruh
December 30th, 2008 at 11:38 pm
updte jugak u akhirnya
ok jap nak bc
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:03 am
tu la.
betul betul busy ni.
December 30th, 2008 at 11:47 pm
panjang nye.. alamak.. nak kawen da.. tapi betul la. ramai je dak2 tak kawen mengaku da married dlm fster.. tah pape je..
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:03 am
saya akan mengaku married apabila married. Eh, memanglah kena mengaku. HAHAHAHAH
December 31st, 2008 at 12:00 am
wa..sonok btol chika nak bergelar isteri!!
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:02 am
agak mengujakan juga :D
December 31st, 2008 at 12:04 am
tahniah la yer. muda dah kawen
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:07 am
terima kasih :)
jodoh itu magik.
hehe
December 31st, 2008 at 12:18 am
bagus intipati citer ko part awal2 pasal perkahwinan tu…
moga ko leh jd bini yg baik….
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:19 am
amin.
insyaallah.
aku harap aku boleh.
December 31st, 2008 at 12:20 am
waaa..new entry..new entryy..beznyer baca *mata bersinar2
sy ade anta emel kat hotmail chika..nape x dibalas..
p/s=sy peminat blog chika..nk minat tuan pnya blog xleh sbb xnk cari pasal ngan hsband die.. * dusyumm
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:23 am
ada hantar email?
kejap kejap saya check. saya jarang check hotmail. Tak aktif pon email tu. Lenkali hantar kat chika@nurulism.com
thank you very much :)
cdiq Reply:
December 31st, 2008 at 12:27 am
owh..sy ambil emel 2 kat profile blogspot chika..pastu sy ader add dlm frnster n sy ade anta comment kat frenster..tp xberbalas..wooo T_____T sy suke blog chika
p/s : u’re so sweet when u smile (tgk gmba kat fs) bertuah suami puan*erk puan???
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:36 am
hep.
belum Puan lagik. Belum belum. HAHAHAHAHHA.
tak adalah. Biasa saja.
Msg kat FS? Alamak. Kakak chika seorang yang malas baca msg. HAHAHA. Kalau nak email anda atau msg anda dibaca, hantar ke chika@nurulism.com sahaja atau dalam blog. Kalau dalam blog, pasti dibalas punya. HAHA
thanks :)
cdiq Reply:
December 31st, 2008 at 12:39 am
ok2..tp kalu blh akak chika update2 la slalu ek..sy selalu tggu entry2 tbaru tiap2 mlm..kdg2 refresh smpai 10x tggu kot2 ade entry baru..huhu..sy akan terus membaca blog ini..
p/s: IDUP CHIKA dan suaminyek..hihik..cpt2 dpt baby taw
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:42 am
baby?
wah wah.
ko jangannnn.
HAHAHAHA.
insyaallah akan update secara gila. Memang teringin update laju-laju macam dulu. Tapi masa tak mengizinkan. Akan cuba.
cdiq Reply:
December 31st, 2008 at 12:50 am
ok..kalu blh pas kawin nnti update la lgi taw..nnti cdih sy kalublog ni x dupdate T_____T
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:56 am
jangan bimbang. insyaallah. akan blog juga walau apa cara sekalipun :p
December 31st, 2008 at 12:51 am
bahagianya idup cik chika..*sigh*
setiap post musti ada topik kawen..
sabar²la menunggu arie bahagia ye..ahaha
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:55 am
saya bahagia alhamdulillah.
namun, saya juga gemuruh jiwa.
sangat sebok dan sesak nafas juga.
tapi takpe.
pengalaman sekali seumur hidup. insyaallah :)
:p
December 31st, 2008 at 12:58 am
tak lama je lagi tu…
ish… best betul kawen eh(ni kwn2 yg dah kawen yg kata)
bakal bertukar kepada PUAN.. kemudian ibu pula.. yeeha
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:00 am
best dan mendebarkan. macam2 rasa boleh dirasa secara pukal. HAHAHHA.
ibu? jeng je jeng (kalau ada rezeki kelak tak ke mana ececeh) :P
December 31st, 2008 at 1:06 am
Cik chika,nak tanya 1 soalan yg x b’kaitan sama ada hidup ataupun mati dgn entry ni..
Dulu masa skolah rendah,skolah kat mana ek?
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:19 am
cheras baru :)
nadiEya Reply:
December 31st, 2008 at 1:26 am
patut lar seperti ku kenal saja muka ini..
SKKCB kan..
penat menselongkar almari m’cari majalah sekolah tp keciwanya gambar di dalam hitam putih jadi x dpt nak mengenal pasti..ahaha
p/s baru jek tgk gambar cik chika,sebelum ni baca post jek..ehehe
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:39 am
seriously?
anda SRKCB?
sebaya?
kah?
wah
wah
nadiEya Reply:
December 31st, 2008 at 1:42 am
tidak²..saya muda setaun la cik chika..
puan emak saya dulu chekgu kat situ..
Pn Rosita *sigh*
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:50 am
aaa???
Puan Rosita?????
yang dulu pakai kereta MR 6700 ke apa tah .
ye??
maigod!
itu cikgu ksayangan kami sejak darjah 4.
maigod.
really???????
cepat reply cepat reply.
nadiEya Reply:
December 31st, 2008 at 1:55 am
yups..
tepat skali..
tp keta tu da tade dah..ahaha..
Erk..kesayangan ke..
Kan ke dia sgt garang..
Sok saya gtaw dia cik chika nak tawen da *sigh*
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:59 am
maigod. dialah terpaling garang tiada tandingan. Tp disebabkan kegarangan dialah kami takut kalau matematik tak dapat 100. Kitorang suka dapat 98 lah, 96 la. Sebabnya salah buat tolak dengan tambah,. mampus kena baling buku kat depan kelas. Atau merasalah cubit sekali. Tapi kegarangan tu la buat kitorang jadik supergenius waktu tu. Satu kelas semua pandai. Maths mmg confirm 100. HAHAHAHA
kim salam kat dia.
meh bagi address meh nak hantar kad
nadiEya Reply:
December 31st, 2008 at 2:06 am
wokey..sok salam akan dikirimkan..
Alamat plak da diantar di chika@nurulism.com..*sigh*
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:07 am
okey nadia :)
December 31st, 2008 at 1:12 am
Cik Puan Datin Seri Paduka Chika berseri-seri sampai npk semua gigi2. Bersinar2 memancar seperti baju M.Ddaud kilau yang penuh dgn labuci2 pelik. Cantik bagai bunga matahari yang dipakai oleh Jaafar Onn. Cm 2 ke nk puji?? Btol ke cm 2?? Cm 2 ke?? Ha btol ke?? Cm 2 ehhh… Oooo..
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:18 am
ni puji ke neh? HAHAHA
jaafar onn pon masuk sekali
Karim Pisang Reply:
December 31st, 2008 at 1:26 am
Chika = Jaafar Onn
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:38 am
hep!
December 31st, 2008 at 1:16 am
hmm
mmg sgt magic..
seronoknya nnt dh ade suami :D
suami sorang!! (aik..mcm nk order roti canai kat ameer ali lak)
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:18 am
saya pon harap akan sangat seronok. insyaallah.
eceh. izza dok order suami eh? jangannnnn HAHAH
December 31st, 2008 at 1:45 am
Congrats!
Wishing you a happy and wonderful family life ahead.
chika Reply:
December 31st, 2008 at 1:49 am
thank you tsuchong!
:)
December 31st, 2008 at 1:56 am
wah wah wah . bess lah entry nehh . :DD
amiiiiiiiiiiiiiiinn ~~
sentiasa menunggu updates kakak yang sorg neh :)
Cik Puan Chika Berseri-seri Takkan Hilang Punya Seri Suami Tengok Tak da Moody Senyum Saja Sepanjang Hari Makin Happy Makin Suka Hati Banyak Pahala Dikasi Sama Allah Yang Maha Mengasihani .
haha. ambik tuhh . tak da la panjang sangat . xD
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:02 am
terima kasih sebab dah bodek panjang panjang. Tapi memang takde duit kecik ni. duit besar lagila jgn tanya. mmg takde. HAHAHAHAHHAHAHA
:p
mieramieraaaa Reply:
December 31st, 2008 at 2:23 am
hahaha. boleh gembira sama sebab saya tak harap apa2 balasan . hanya pahala .(eceh.) KAH KAH KAH .
satu lagi, saya takda wangg inii. coins ada la. semua duit sudah digunapakaii .hu hu hu . =.=’ tapi still boleh beli barang mak sponsor HAHA
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:12 pm
semoga Allah membalas kebaikan saudari. amin.
December 31st, 2008 at 9:38 am
awk..thanx sgt2 psl komen tu.. tetibe rs sebak pg2 buta kat opis..huhu..
n 1 thing, tetibe rs xsure dpt pegi ke x wedding awk..hope sgt dpt pegi sbb mayb clash dgn another wedding..sedara juga..harap2 tarikh xsama..
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:15 pm
ain, be strong. Hidup awak mmg tough tapi apakata, hayati hidup ersebut sebab tak semua orang merasainya. Pasti ada cahaya di hujung terowong (aik?) Pasti ada sesuatu yang bercahaya di hari muka. Sebab Allah Maha Adil. DIA tak akan menyusahkan seseorang itu kalau bukan kerana seseorang itu mampu.
Tapi saya tak boleh terima kalau awak tak datang wedding saya. Sekarang saya kena menangis kejap T____T
hahaha.
Kalau ada rezeki, datang tahu bawak emak. Emak saya pon sangat harap dapat jumpa emak awak :)
ain Reply:
December 31st, 2008 at 2:39 pm
okay, lepas ni rasanya kena pergi gym biar bertambah strong..nnt takde org nk buli kita lagi..hihi..
harap2 wedding sedara xsama tarikh dgn wedding awk..kalau sama, terpaksa belah dua badan baru sama adil..ngee~
insya-Allah dalam erti kata lain, dengan izin Allah..
chika Reply:
December 31st, 2008 at 3:08 pm
maigod. saya tak bermaksud mintak awak jadik gagah perkasa secara anggota. Saya mencadangkan kegagahan hati tapi kalau nak buat luar dalam punya kegagahan, saya tumpang gembira dan sokongkan. HAHAHAHAHHA
:P
fuuu. Pegi gym. Sangat memerlukan kecekalan dan tekad yang tinggi. All the best.
insyaallah kalau ada rezeki, dapatlah kita jumpa. Jangan membelah badan sendiri nanti menyesal. hehehe :P
ain Reply:
December 31st, 2008 at 5:15 pm
hihi..gagah luaran dan dalaman apa salahnya..tapi takut pula jadi ketak-ketak seluruh badan..hihi..joking saja..
insya-allah, jangan worry..:)
December 31st, 2008 at 10:00 am
happy new year babe!
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:16 pm
happy new year, cinoi!
have a wonderful year ahead!
December 31st, 2008 at 10:49 am
macam indah pulak dunia perkahwinan bila dengar cerita chika ni. Oh indahnya…. wakakakakakaka!
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:19 pm
itu imaginasi dan dalam bayangan saya. yang real punya belum tahu lagi apakah intipatinya. Ewwaah. HAAHAHA
December 31st, 2008 at 11:33 am
“Mengembala kambing di belakang rumah.”
KAH KAH KAH KAH! Cik Puan Chika. You are accidently funny!
chika Reply:
December 31st, 2008 at 2:22 pm
accidentally merepek.
saya memang pandai merepek dan buat-buat tersasul dalam entry. HAHAHHAA. Itu pon masalah sebenarnya. Tabiat buruk. HAHAHA
December 31st, 2008 at 3:39 pm
chika masak? masak kari yer.. megi kari? haha.
lagi sbulan ek? cemut ag 2 bln..dush2..gila seram nk jd bini org.. :)))
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:30 am
masak kari pon belum tentu. KAH KAH KAH :P
2 bulan tak lama, cemut. Tak lama. Eceh, saja nak saiko orang pulak :p
December 31st, 2008 at 3:45 pm
wah…nurul tak lama bertukar status…
Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun baru 2009…
Azam 2008 yg lalu dah tercapai tak? Kalau belum teruskan di tahun 2009. Jangan putus asa ok! :)
Goodbye 2008…
Welcome 2009…
XOXO…
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:32 am
ye la tak lama lagi jadik Puan pulak. T___T HAHA. Saya tak tahu apa azam saya setiap tahun. Macam tak berapa clear. HAHA. Tapi alhamdulillah. Azam nak grad on time tercapai. Azam yang tak ditanam pon tercapai jugak iaitu nak naik pelamin. HAHAHAHAHA
thanks kakak :)
December 31st, 2008 at 4:30 pm
debaran semakin kian terasa….
dub dab dub dab…
jgn smpai meletup je la hati cik puan chika kita… wakakakaka
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:34 am
Anda sangat beryuah sebab sudah selamat melaluinya. My turn my turn T___T
Sangat mencemaskan.
December 31st, 2008 at 5:28 pm
adek chika yg jeliter nak tawen ghupernyerrr.. selamat tahun baruuuu uooolsss
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:36 am
alahai. terima kasih. Selamat tahun baru! :)
December 31st, 2008 at 6:05 pm
sebulan je lagi.
harap bersabar.. hahaha :)
(just jokin’)
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:37 am
Bersabar? Saya harap ada lebih masa sket sebab dah semput ni. HUHUHUHUUU
December 31st, 2008 at 6:21 pm
selamat pengantin baru… ko buat cam drama plak
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:38 am
oh terima kasih atas ucapan selamat. Drama? HAHAHAHA. Aku kan drama queen :p
December 31st, 2008 at 7:07 pm
x kira aaa walaupun terlewaat…nak gak mengkomen entry ni sbb lawak… td tgh baca kena gi keje..x sempat…
xnak komen apa nk cakap je “perkahwinan adalah satu satunya keadaan dimana “enemy” tido dikatil yg sama” hoho itu aje..
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:39 am
ye anda betul sekali.
dan kita akan menemui enemy yang akan jadi kawan sepanjang hidup. ewah
January 1st, 2009 at 2:43 pm
part chika mau mengembala kambing di belakang rumah buat saya gelak sorg2 dalam bilik.kalo sape2 tgk,musti dorg ingat saya kurang siuman.duk dpn laptop gelak sorg2.huhu.
tapi..ok pe mengembala kambing,cume kat belakang rumah kurang seswai sebab nanti ade bahan buangan tambahan..XD.ape2 pon,selamat pengantin baru ye chika.
chika Reply:
January 4th, 2009 at 10:42 am
Saya pon tak leh bayang camne saya mengembala kambing seorang diri masa suami pegi keje. HAHHAHHAHAHA. MEsti satu kawasan kejiranan akan terpengsan-pengsan.
Errr. Saya akan pikir tempat mengembala yang baru :P
Terima kasih Sham :)
May 26th, 2009 at 12:30 pm
chika,tiba2 selak entry lama..terbaca entry2 u sebelum wedding! hahaha..
mmg betul la point2 u.
menunggu suami pulang sambil melihat jam, ucapkan killer wish b4 dia pegi kerja hahha
sgt ajaib ;p
apesal i x komen entry ni dulu!! hahaha