Tawaran jawatan PA

Sapa nak kerja jadi PA Chika? (eh eh. Ni lawak ke apa ni apsal tak kelakar?)

Gaji jangan cakap. Sebab memang takda dibagi gaji. Tapi makan minum akan ditanggung ewwaahh. Tak memerlukan lesen kenderaan. Sebab saya akan memandu sendiri. Tugas PA adalah duduk sebelah dan bagi direction sebab Chika kan buta jalan. Selain itu, tugas PA ialah kejutkan saya bangun pagi (exactly macam yang Aizar buat selama ni) bila ada janji nak ke mana-mana. PA yang bagus hendaklah kreatif dan inovatif. Iaitu selalu menyumbang idea bernas dan bercitarasa tinggi. Harus berani menyuarakan perasaan sendiri. Contoh ; jangan takut bagitahu Chika bahawa pilihannya adalah kurang sesuai. Tapi kena pakai ayat yang sangat sopan dan berlapik (pon macam yang Aizar buat). Err. PA jugak tugasnya ialah datang rumah saya tolong buat hantaran, tolong bagi informasi dan carikkan informasi. Sebab Chika memang tak akan google website perkahwinan. Memang tak suka buat kerja tersebut. Memang tak rajin menjenguk website perkahwinan. Sebab takut fikiran ternoda dan jadi terikut-ikut dengan ragam yang tipikal. Tugas-tugas lain ; Temankan Chika. Bercakap dalam kereta macam story teller. Ingatkan macam-macam sebab Chika memang suka hilang ingatan. Menjadi seorang yang setia dan amanah. Tak boleh suka hati bercerita tentang peribadi saya dekat sembarangan orang (aku anti betul orang yang suka cakap pasal private life aku lagi-lagi yang mengaitkan soal siapakah tunang aku) Dan tentunya. Seorang PA kepada Chika kena penyabar dan tahan tekanan. Sebab saya kuat komplen, kuat cerewet, kuat memekak, kuat hangin, kuat belanja, kuat membeli dan kuat harimau (serbuk pencuci kain pon terbabit sekali)

Baiklah.

Sebenarnya saya memang memerlukan pengganti Aizar tapi rasanya tak ada yang layak. Hanya Aizar yang layak untuk jawatan tersebut. Hanya kau yang mampu (Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi ...) HAHAHA. Tetiba menyanyi.

Alangkah beruntung dapat kawan macam Aizar. Dah lah memahami, memahami pulak tu. KAH KAH KAH. Sangat memahami. Disebabkan kesabarannya yang tinggi terhadap saya, saya tak pernah rasa mudah marah dengan dia. Lagipon dia sangat pandai. Bila aku membebel macam dunia ni aku punya sorang, dia tetap dengar dan akan cakap ; Ha. Tu lah. Betul betul. Aku faham. Tapi tak pe. Sabar je. HAHAHAHA. Bukankah sangat baikhati?

Aizar,
Belajar pandai-pandai. Jangan terjerumus dalam geng budak gedik nanti dibenci oleh budak-budak yang macam baik konon. (aik?) Semoga bertemu kekasih sejati, teman yang berbudi di sana. Kasihnya bukan keterpaksaan. Bukan juga kerana dunia. Mekar hidup ini disinari Nur Kasih. Meminjam lirik-lirik Nur Kasih. HAHAHAHA. Banyak betul aksi tiba-tiba dalam entry neh. KAH KAH KAH.

Pesanan lain ; semoga dapat banyak kawan-kawan yang baik hati dan yang penting, tak kedekut. Memang sengsara hidup neh kalau ada kawan yang kedekut (cakap berdasarkan pengalaman yang tak seberapa) Jangan bodek lecturer sangat sebab ia tak berapa membantu. Tak payah puji baju lecturer cantek kalau sebenarnya tak cantek. Sebab itu tak akan membantu pointer peperiksaan anda.

Kalau nak pilih boifren, pilih betul-betul jangan main sambar nanti sengsara sendiri. Saya tahu Aizar suka lelaki kening tebal (macam … ) Tapi kalau kening tebal, akhlak nipis pon tak guna. Yang penting, jangan sampai terlibat dengan pelajar universiti yang kaki joli padahal duit takda. Tapi joli-joli macam banyak duit padahal korek duit pinjaman. Tindakan yang sangat tak berbaloi. Eh eh. Banyaknya nasihat macam emak-emak. Sebenarnya sangat sayang kepada Aizar tersebut sebab itulah berasa perlu membagi nasihat padahal dia tak mintak pon. KAH KAH KAH.

Lagi satu. Jangan lupa balik rumah. Ingat. Ada ibubapa yang merindui di rumah tersebut. Kena balik Cheras setiap minggu kalau ada kelapangan. Sebab lain, ada rakan baik yang hendak kawen dan memerlukan sokongan moral anda. Ewwwaaaah! Sebab lain ; boleh bawak balik baju kotor HAHAHAHA (tiru macam saya)

Err.

Semoga bertemu orang-orang berkualiti di sana. Yang semangat setiakawan yang tinggi (macam yang saya dah jumpa dekat UKM). Jangan berubah secara mengejut (macam yang berlaku ke atas banyak orang yang telah masuk universiti padahal bukan apa sangat pon) INGAT. Grad on time kedengaran mulia. Cubalah capai perkara tersebut. Grad on time.

Oyya. Jangan hesitate sangat untuk bercinta di universiti sebab ibu tak akan marah (I bet) Tahniah sebab tak bercinta dekat sekolah dan kolej. Sekarang dah boleh dah. HAHAHAHAHAHA. Sedang mengkasi perangsang. Gila betullah kepala aku lately.

Okaylah.

Kesimpulan : Tak memerlukan PA baru sebab susah untuk dapat calon yang layak. KAH KAH KAH.

Recent Entries

36 Responses to “Tawaran jawatan PA”

  1. nadia Says:

    chika, tunang chika boleh jadi PA chika…hehehehe…

    chika Reply:

    tak boleh.
    dia pon takda di sini meninggalkan saya T___T

  2. Monkey D Luffy Says:

    bagus sungguh PA mu… akan ku hantar org untuk SCOUT… kot2 blh jadik PA ku plak

    chika Reply:

    tak boleh. aku punya sorang

  3. azie Says:

    ya, memang tak de orang laen lah yang layak. sebab aizar cuma ada sorang je kat dunia ni,ehehe

    chika Reply:

    anda betul
    T___T

  4. oshinz Says:

    kesian chika, PA da terpakse letak jawatan.. hehehe. takpe2, troskan usaha utk hidup berdikari sendri ye.

    chika Reply:

    sangat mencabar hidup ini
    T___T

  5. fara d Says:

    pesanan ini ditaja oleh….

    chika Reply:

    minyak yuyi cap limau.
    eh?

  6. oDiN Says:

    Cheyh .. jawatan kosong untuk PA .
    Kalau ada jawatan kosong untuk jadi anak angkat Chika , dah lame saye hantar resume …
    :)

    chika Reply:

    wawah.

    ko tak tau betapa sengsaranya jadik anak angkat chika.
    haha

  7. farah Says:

    cari PA? mesti susah nak cari yg lain kn. huhu. kalau farah ade kt malaysia, leh jd PA chika. huwa3. LOL

    chika Reply:

    Farh meh sini balik msia. Keje ngan chika sebulan jek. HAHAHAHHA

  8. hUmmY Says:

    ehehehe~

    mmg sgt payah nak carik pengganti bile kite da sgt serasi ngan samwan kan?

    kekeke!

    chika Reply:

    betul.
    macam dalam lagu ; HANYA KAU YANG MAMPU

  9. izza Says:

    kawan baik mmg susah nak dicari ganti kan..
    untung u ade kwn baik mcm aizar :)

    chika Reply:

    saya memang untung ada kawan macam aizar. Aizar pon untung ada kwn macam Chika. HAHAHAHAHAHHAH. Lawak apa lah neh/

  10. sam Says:

    wah! kawan itu adik beradik, kawan itu segalanya, tapi kawan itu bukan la mak ayah kita kan, sebab mak ayah kita yg paling berjasa.. apapun sy bangga dengan awk dpt PA macam Aizar.. moga terus berkekalan walau di mana die berada.. Amin..

    chika Reply:

    amin.
    saya sayang kawan-kawan saya yang baikhati.

    sam Reply:

    tentulah syg kan.. :-)

    chika Reply:

    sudah tentu :)

    sam Reply:

    chaiyuk!

    chika Reply:

    baiklah.

    sam Reply:

    kamu ni memang pemurah..
    pemurah dengan membalas komen..
    beetulll :-)

  11. aTiQah Says:

    Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tetap tak sama dengan yang patah dan hilang. Chewah!

    chika Reply:

    patah, hilang dan berganti adalah perkara yang berbeza.
    T___T

  12. cdiq Says:

    alala..ciannyer chika..xper2..nnti dh ader ank suhla die jd pa chika..hak3

    p/s: cpt2 kawin n dpt ank yg comel cm sy ek

    chika Reply:

    Anak? Lama lagi. Masalahnya, saya nak PA sekarang ni. HAHAHAHA

  13. aiza tgh blushing Says:

    cik nurul haizum my dear,

    sy sgt tersentuh dengan entry ini..thanks for ur advice..aku sedih jugak xdpt jadi PA ko..tp,i try la eh..nih aku kat umah nih..wiken mmg balik,cam xkenal aku kan..my home is the great place..xde aku nak dok S.alam yg tah apa2 tu..aku ade byk story,even 2days je baru dok ctu..life is hard kat sana..hari2 boleh nanges dlm bilek air!

    thanks again for the sweet entry!

    chika Reply:

    alahai aizar.
    all the best.
    gud luck.
    belajar elok-elok.
    take care.

    thanks for being my pren :D

  14. yonnaism Says:

    i anta komen sebab bukan nk isi jawatan kosong u hahhaa. sebab i tau takda siapa lagi layak selain aizar..

    aizar,
    belajar baik2 ok.pilihlah kawan2 yang berkualiti sahaja ok! :D

    jangan lupa bakal PUAN CHIKA awak ni hehe

    chika Reply:

    ye terima kasih yonna sebab ingatkan Aizar supaya jangan lupa Chika. HAHAHAH :))

  15. razza Says:

    ok..saya nak apply..tapi buleh ke laki jd PA chika?
    ehehehe

    chika Reply:

    nak apply? hantar resume dengan semua sijil kokurikulum yang ada. HAHAHAH :p

  16. razza Says:

    ehehe…willsubmit soon..

    btw…email me how to develop this blog thru wordpress…i’ve bought a domain adn registered a wordpress account but no idea how its works like this blog

Leave a Reply