Tak ada lain dah

Tahu tak kenapa saya jadi malas blog kebelakangan ni?

Sebelum tu, salam Awal Muharram kepada semua Muslimin dan Muslimat. Selamat datang 1430H. Selepas Muharram, muncul Safar. Safar yang ke 11, muncullah Puan Nurul Haizum ehem. Majlis ijab qabul pada 11 Safar 1430H ehem. Okay, jangan cakap benda-benda yang berdehem-dehem sangat. Nanti kepala penat.

Ulang lagi sekali. Tahu tak kenapa saya jadi malas blog kebelakangan ni?

Selain sebab penat, letih, kurang waktu dan sebab-sebab tipikal lain, saya malas blog sebab asyik terikat dengan topik wedding. Bukankah bosan? Makan nasik lauk kicap dengan ikan goreng memang sedap. Tapi kalau setiap hari makan macam tu, tekak pon boleh tunjuk perasaan. Sama macam kes memblog benda yang sama setiap hari. Tak habis-habis ; Hari ni penat dengan wedding preparation. Hari ni keluar carik barang. Hari ni buat hantaran. Hari ni jumpa wedding planner. Hari ni bla bla pelamin %*$#@@$ kasut *&%$# kad jemputan bla bla *&%$$# rindu tunang tolong balik bla bla. HOI! Gila bosan kalau setiap hari memblog benda yang sama. Macam hidup ni didedikasikan untuk naik pelamin semata-mata (padahal memang rasa macam tu sekarang neh)

Tengok. Sedang bercakap tentang wedding jugak. Tengok. Macam mana nak lari dari topik kahwin? Sorry I’m late darling. Ni apsal pulak tetiba cakap orang putih ni? I sound silly when I speak in Malay, you see. Oh, there’s no way to tackle a girl. Eh eh. Tetiba buat iklan Silky Girl.

Nampak sangat tengah bekerja keras tukar topik. Tapi itulah. Tak ada cara nak tukar topik selain buat-buat tersasul dan merepek pasal benda yang tah apa-apa.

Masalah lebih berat. Bila tidur malam pon tak ada mimpi lain dah. Tak habis-habis mimpi wedding. Saya harap malam neh dapat mimpi lain sikit. Mimpi pergi tahan pakcik jual ais krem sambil tiru bunyi loceng ais krem pon tak apa. Sebab dah jemu asyik mimpi wedding. Kalau mimpi yang indah macam pergi honeymoon naik balloon gas tak apa jugak. (Omaigod, bilakah impian naik balloon gas nak tercapai neh?)

Malangnya asyik mimpi ngeri (Bukan mimpi tunang main kayu tiga atau saya buat cinta tiga segi, bukan). Malam semalam saya mimpi ngeri yang aaaa! aaaa! aaa! (bunyi apa neh?)

Saya mimpi :

Hari tersebut hari majlis saya. Tapi saya terlupa. Bangun pagi terus pakai wedding dress. Carik kasut sanding. Tengok-tengok kasut putus. Beads dia bertabur-tabur jatuh berderai (macam kasut murah pulak dah, tak guna) Lari turun dekat hall, tengok-tengok pelamin belum siap. Menangis sampai berhingus. Orang ramai gotong royong buatkan pelamin hodoh untuk saya. Tetiba hujan lebat. Semua tetamu lari bertempiaran (entah lari pergi mana tak tahu). Saya menangis. Sebab majlis tu sangat dahsyat.

Aaaaaa. Apakah punya mimpi tersebut? Tak siuman betul dapat mimpi macam tu. Bangun pagi terus rasa tertekan. Tapi sangat syukur sebab itu mimpi. Oh alangklah indahnya bila terjaga dari mimpi buruk. Sama macam alangkah sengsaranya bila terjaga dari mimpi indah.

Okay. Sejak nak kawen ni saya memang sastera sikit.

Tukar topik jom.

aaaa.

aaaa.

Okay. Topik kita sekarang ialah kahwin. Oh tuhanku. Apakah punya sengsara neh? Langsung tak boleh lari dari topik kawen. Why why oh why? (Meratap nasib sambil tarik-tarik rambut dan muka macam nenek kebayan sangat stress) KAH KAH KAH.

Err.

Wedding updates.

  • Hantaran siap 4 dulang. 2 daripadanya dibuat oleh Ijat (nama lain dia ialah Bibik. Tapi kau jangan berani panggil dia Bibik sebab dia sangat marah dengan nama tersebut HAHA) Saya bangga betul ada adek lelaki yang sangat rajin tolong kakak buat hantaran sampai jam 3 pagi. Petang semalam tolong buat ribbon (Maigod, tak sangka ada adek tangan halus pandai buat ribbon cantek) Semakin sayang dengan adek-adek sendiri. Eceh.
  • Confirmed. Akan pakai baju pertunangan untuk majlis nikah. Sebab? Sangat menghargai baju tersebut. Dihasilkan secara mengejut dan penuh debaran, kecintaan dan magik-magik duniawi. Baju tersebut sangat historical bagi saya. Tidak salah recycle baju tersebut untuk satu lagi event yang sangat miracle iaitu ijab qabul. HAHA. Bukankah aneh? Orang excited buat baju nikah. Chika excited buat baju sanding. Engkau tak faham. Betapa historical dan bermaknanya baju tunang yang lalu. Berasa sangat layak baju tersebut untuk diguna semula untuk majlis nikah.
  • Akhirnya sudah dapat mentol bercahaya di atas kepala. Ting! Tak payah susah-susah sangat pikir pasal tudung. Sebab dah tahu apa nak dibuat dengan tudung. (confirm esok the sweet fiance akan tanya ; Idea apa u dapat untuk tudung you) HAHAHAHAHA. Dia neh memang betul-betul curious punya person :P Yang penting ; tak payah pikir nak hantar jahit beads. Saya dah malas pikir, you know. Sampaikan for certain parts, main cincai-cincai pon ada.
  • Contoh permainan cincai ; Dah dapat sarung tangan dengan sarung kaki secara MUDAH. Padahal sebelum neh punyalah mencari sakan. Nak yang like that, not like this. Have to be like that, not like this. Tetiba petang tadi beli jugak yang so-so. Padahal kalau tak fussy sangat, dah beli sejak dua bulan yang lalu. Cincai, you see. Tapi tapi tapi. Kalau jumpa yang better, harus TAK NAK lah yang telah dibeli petang tadi. Emak kata beli je, in case tak dapatlah pulak last minute nanti. Okay. Kena dengar cakap emak.
  • Yeah! Hafiz akan bekerja untuk wedding saya yahooo!. Eh eh. Tetiba nak yahoo. Tak tahu kenapa kena yahooo. Tapi saya tahu rakan-rakan sangat gembira kalau tahu kemunculan Hafiz and the gang. Abah kelihatan sangat berminat. Dah confirm. Esok kena hantar aturcara kepada dia. Aiseyyyyy. Nampak sangat tak dapat tidur lepas neh sebab kena buat aturcara.
  • Dah susun program untuk majlis khatam Quran dan marhaban. Kami akan khatam secara adek-beradek insyaallah.

Wooooooooooooo. Wedding wedding wedding! Keluar skang!

Tukar topik.

Aizar dah masuk UiTM. Bye bye Chika. Dah tak ada PA. Sapa nak keje jadi PA?

-bersambung

Recent Entries

50 Responses to “Tak ada lain dah”

  1. napster Says:

    1st!ok baru nak bace :P

    chika Reply:

    syafrin,
    lama dah aku tunggu kau dengan anot dengan iziana hnatar address.
    T__T

  2. nashrex Says:

    sian. nama ijat jadi bibik…
    haha

    chika Reply:

    sian kan.

  3. myadlan Says:

    eee.. scary nye mimpi ngeri tu.. doa la banyak2 supaya majlis berjalan lancar nnt ye..

    chika Reply:

    mimpi ngeri betul.
    betul-betul scary.

  4. napster Says:

    anot ada bertanya “ko pergi wedding chika x syaf?” lalu diri menjawab “dia jemput aku ke?” lol…

    chika Reply:

    hey, mestilah jemput!!
    lama dah nama ko, anot iziana dalam list aku tapi korang tak bg address.

    kim salam kat anot.

  5. chime Says:

    salam Muharram…

    errr… tak ada apa-apa yg membosankanlah dgn cerita-cerita wedding chika. makan nasik lauk kicap dgn ikan goreng hari-hari mungkin boleh boring… tapi bila baca cerita pasal wedding chika ni tak boring punnn… jadi jgn malas2 memblog walaupun cerita tersebut pasal wedding tiap-tiap hari…..

    moga malam ni dpt mimpi indah pulak…

    chika Reply:

    salam Muharram chime :)

    sorry kurang waktu nak menziarahi blog saudara. ececeh :P

  6. Monkey D Luffy Says:

    mungkin ko gementar sangat sampai mimpi2

    chika Reply:

    ye. mungkin juga.
    err. memang gementar pon

  7. mieramieraaaa Says:

    wah wah . wedding wedding wii . :D
    baju tunang tuh ? miera da tgk ! cantek ! :)

    mesti la hystorical . ehemm . haha .
    salam awal muharam too .^^
    btw, miera da update blog yg tlah lama bersawang-saweng itu . tuka URL dia lagi .
    =.=’

    chika Reply:

    baju tersebut adalah sangat bermakna dan historical. Harus menjadi saksi cinta sekali lagi (ecececececeh)

    mieramieraaaa Reply:

    kahkahkah . sweet~
    :D

    chika Reply:

    :P

  8. mieramieraaaa Says:

    *woopsie, historical lah spatut nye .
    (da pagi bute neh mata tak btol sket harap maaf yer)
    ahaks . x)

    chika Reply:

    salah ejaan tolak 2 markah.

    mieramieraaaa Reply:

    alalalallaa
    eh, saya ada buat ujian ka ?
    :P

    chika Reply:

    tau tak, hantar komen pon ada markah :P

    mieramieraaaa Reply:

    baru tau
    :P
    kosong – kosong
    xD

    chika Reply:

    sekarang dah tau kena hati-hati

  9. aTiQah Says:

    fuh. memang ngeri. lepas bangun dari mimpi, tak basah ke pipi? eheh.

    chika Reply:

    oooo. ngeri ooooo.
    bangun tido sampai dupdapdupdap ar.
    err.. pipi takde basah pulak. mungkin nangis dalam hati

  10. aTiQah Says:

    lepas bangun dari mimpi tu, ada basah2 tak kat pipi? huhu.

    chika Reply:

    tak ade.
    seb baik takde :P

  11. fara d Says:

    wah wah. takpe2 pakai baju tunang ko tu untuk nikah…well, baju itu SANGAT chantek, ok!!

    haha!ho yeah! hapiz and the gang! melekat sepanjang hari la kitorang neh kt kenduri ko nnt chika…. hahaa!

    chika Reply:

    baju tu bermakna. ewah ewah. Betul Aku rasa, aku sayang betul baju tu walaupon ada byk baju lain yang boleh disayangi juga. haha.

    insyaallah akan pakai Hafiz. Pakai?

  12. adian Says:

    uu ade performance hafiz skali ke? ahaks. best ni. haha sian kat die kitorang sume makan die kene main.

    chika Reply:

    dia akan dibagi waktu makan yang terhad. hahaha

  13. chikentika Says:

    salam.. apa lak takda lain chika? mmg la takda lain mmg pun org nak kahwin. dah nak kahwin mmg cerita pasal wedding apa pulak nak cerita pasal mengundi. ceriteralah wedding kasi org2 yg tak wadding teruja nak wedding macam ko chika. harap ko jernih setulus tadahan doakau chika. hauhau

    chika Reply:

    err.
    betul jugak kan?
    dah nama pon nak kawen. memang takleh lari ar kan.

  14. ikoko Says:

    yap2… agree agree. baju tunang haritu pun kaler putih kan.. dah okeh sangat dah tu..

    :) moga semuanya berjalan lancar nanti.. :)

    chika Reply:

    ha ah. baju tunang tu putih. Memang akan pakai kembali. (setelah 6 bulan) :D

    terima kasih ina :)

  15. azie Says:

    mimpi kedengaran macam ngeri. banyak sangat fikir kut..

    tapi memang la kena fikir banyak,eheheh

    chika Reply:

    memang saya asyik pikir pasal wedding je. Sam,pai sebelum tido pon termenung fikir macam-macam. Sebab tu lah terbawak sampai ke mimpi.

  16. mrkay Says:

    Sorry I’m late darling. Ni apsal pulak tetiba cakap orang putih ni? I sound silly when I speak in Malay, you see. Oh, there’s no way to tackle a girl.

    ade tertinggal la ni.. Eleh, cakap pun tak betul, ada hati nak ejek orang…

    ANOT! ape lagi, apply la jd PA.. haha

    chika Reply:

    salah lah.

    Eleh, cakap pun tak betul, ada hati nak sindir orang

    :P

    why anot?
    anyway Kay, congratz! :P

  17. Princess Liyana Says:

    Alaaahai..scary je mimpi tu..huhu tp mesti yg real opposite dgn mimpi tu..

    smoga smua berjalan lancar;)huhu..dan smua yg baik2 utnk kamu dear..huhuhu

    chika Reply:

    thanks a lot ena :)

    saya memang dihantui mimpi2 ngeri lately. Ikut perasaan sangat kot. Tak sangka sampa camni penangan nak naik pelamin.

  18. nadia Says:

    wah,scary gila mimpi tuh..hohoho..

    chika pakai wedding dress tu bila ea?

    chika Reply:

    scary kan?

    semasa majlis 8hb :)

  19. eross Says:

    saya suka jek baca pasal preparation wedding, ngeh ngeh;)

    chika Reply:

    baiklah,.
    saya akan tulis setiap sejam (tipu gila, janganpecaya) HAHAHA

  20. farah Says:

    wa. nak nikah pakai baju tunang. ok what. setelah byk hardship (errr..) dan jugak sejarah di sebalik bj tu kn… hehe

    chika mimpi sebab banyak sangat pk pasal wedding :)

    chika Reply:

    baju tunang tu adalah bermakna sangat. Dibuat dengan kesungguhan dan kepantasan. HAHA. Sama macam kisah yang pantas semacam bullet ini. ececeh.

    saya memang terllau byk fikir. Sebab tu terbawak-bawak sampai dalam tido

  21. hUmmY Says:

    hopes dipermudahkan segalanye ok chika!

    mimpi tu mebi sbb chika stress sgt!

    papepon kite doa jela byk2!

    amin~

    chika Reply:

    terima kasih. Insyaallah :)

    saya terllau banyak pikir dan risau dan gelabah. Sebab tu lah.

  22. yonnaism Says:

    adik u buat ribbon?
    hahha biar betoi?
    comelnya!!

    so bila majlis marhaban and khatam tu?
    hee buat secara adik beradik? bestnya!! :D

    chika Reply:

    ye betul. Saya pon rasa nak menangis tengok ribbon dia sangat perfect T___T

    majlis tu pagi sebelum nikah :)

Leave a Reply