MENGENAKAN RAKAN.

1. Do you think you are Hot?

Kadang-kadang saya suka perasan macam SUPERSTAR. You know, macam lagu Jamelia.

Err. Masalahnya, memang suka sangat berangan macam HOT. Buat orang panas hati je kan? KAH KAH KAH. Chika boleh cakap betul-betul tak sesekali? HAHA. Okay. Saya tak tinggi macam Dynaz (lampai apatah lagi) Tak langsing macam Maya Karin (eh eh tetiba Maya Karin pulak). Tak ada mata cantek macam Karisma Kapoor. Long sexy leg macam Victoria Beckham apatah lagi. Err. Bagaimana dengan dimple yang manis macam Pretty Zinta? Hidung cantek macam Linda Jasmine? Semua tak ada.

Tapi. Cuma kita bayangkan kombinasi-kombinasi wanita cantek ni. Bayangkan ;

Muka Dynaz + Maya Karin + Karisma Kapoor + Victoria Beckham + Pretty Zinta + Linda Jasmine.

Kalau dah campur aduk kesemua jelitawan neh, bukan menghasilkan muka yang aneh dan mungkin buruk ke? HAHAHA.

Eh eh. Panjangnya membebel. Padahal jawapan dia cuma nak kata ; Chika tak hot. Tapi macam boleh tahan juga. Lagi manis dari anak jiran bawah bukit yang suka curik rambutan orang tak bagi salam. Tadi kami makan rambutan ramai-ramai tapi rambutan tu sikit.Tapi makan ramai-ramai. Tapi rambutan sikit. Tu lah masalahnya dalam masyarakat kita. Suka berebut benda yang sikit. Macam kes berjuta-juta perempuan yang gilakan seorang Edward Cullen. Dah lah Edward Cullen ada satu.

Suka sangat merepek tiba-tiba.

2. Upload your favorite picture.

Buat masa ni, inilah dia foto kegemaran. Ada foto kegemaran yang lain ; yang baru digemari sejak malam semalam. Tapi tak boleh kongsi ramai-ramai nanti buruk padahnya. KAH KAH KAH. Tapi sangat gembira sebab dah kongsi dengan Adian sambil ketawa sampai keluar hingus. (Tak tahu apa kaitan ketawa dengan hingus tapi takpe) Sangat tak tahan dalam jiwa. Rasa nak upload saja foto ‘cacat’ tersebut dan buat bodoh macam tak bersalah apa-apa. Tapi takut berdosa masuk neraka sebab menyebarkan aib orang lain. Nanti ilmu tak berkat. (eh, tetiba teringat ilmu). Maksud saya, saya bergurau. Jangan buzz Nurul mintak gambar. Ingat Allah.

3. Why do you like this picture?

Sebab-sebabnya adalah kerana ;

  • Dirakam sendiri oleh Beh. Keghi datang join bawak muka tak berapa siap tersebut.
  • Muka Beh dengan Keghi macam sebuah reflection to each other (Baru perasan semalam). Tengok element muka mereka. Sangat berkesinambungan.
  • Saya rasa foto ni comel betul. Jarang dibuat oleh kebanyakan lelaki perasan gagah. Padahal kegagahan lelaki tak musnah sama sekali kalau sesekali ambik gambar macam ni.

Pesanan iktibar : Jangan suka sangat buat aksi maut dalam kamera rakan. Bukan semua rakan ada hati perut. Dapat rakan muka manis tapi suka keluar tanduk syaiton malam-malam (ehem), habis gambar anda kena sidai sana sini. KAH KAH KAH. Atau pengajaran lain, jangan percaya dengan rakan. Atau lebih detail lagi, jangan percaya Nurul and the gang. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. gimme five!

Tengah tunggu ilham dan semangat untuk upload aksi rakan yang lain pula. Mungkin aksi ‘MANGGA’ tepi tingkap. Atau aksi Ainul melekat dekat pintu macam STAR. Aksi Shida nyanyi dangdut tapi macam Ultraman pon tengah tunggu masa je nak disidaikan dalam internet. HAR HAR HAR. (Banyak betul syaiton dalam dunia yang fana ini)

4. When was the last time u ate pizza?

Dekat KLCC tempoh hari. Pizza bukanlah my cup of tea (memang la Pizza bukan sejenis tea) Anyway. Takda hairan sangat dengan Pizza. Bukan kegemaran. Sebab ayam goreng lagi sedap. Nasik lemak pon sedap. Makan dengan rakan-rakan pada jam 2 pagi dekat Ameer Ali. Sambil makan tengok bola. Wah wah. Macam orang kaya. Lagi seronok kalau pergi naik motor dengan Ainul dan berangan macam tengah berlakon filem Janji Diana. Hoi hoi apa neh tergelincir cerita banyak sangat.

5. The last song u listen to?

“Aku yang asli di dalam mekar, bila terbit mentari…”

Lagu Ziana Zain tapi nyanyi secara sendiri. KAH KAH KAH. Itulah. Siapa suruh bukak topik Ziana Zain siap dengan lirik dalam Facebook. Susah betul dapat kawan-kawan hebat merepek neh. Ececeh.

6. What are you doing right now besides this?

Main Facebook. Tahukah apa yang seronok tentang Facebook? Boleh main balas-balas komen dalam album rakan-rakan. Sambil membagi komen, boleh menyindir rakan-rakan atau berkias-kias mengenakan kawan. Selain itu boleh tag macam-macam. Contoh ; Bola sakti. Tag dekat perut rakan. Bukankah perbuatan terlampau? Kalau pensyarah tahu mesti sebak sebab dapat students macam neh. Selain itu, boleh berbincang tentang Pussycat Dolls pakai bengkung. Oh. Seronoknya main Facebook dengan rakan-rakan studio. Selain itu, boleh juga bergadoh dengan rakan. Iaitu buat-buat terlupa nak tag nama rakan yang tidak disukai. KAH KAH KAH.

7. What name u prefer besides yours?

Wahyu Madinah.

Ini nama pekerja Indonesia emak saya. Saya rasa nama tersebut sangat indah. Tapi saya bersyukur sebab nama saya Nurul Haizum dan bukannya Maria Bellina. Apakah punya ‘jelly’ nama tersebut? nasib baik emak saya kalah masa fight dengan bapa saya ketika mempilihkan nama untuk saya. Kalau tak, terpaksa guna nama Maria Bellina sampai mati. Dan nurulism.com tak akan wujud. Sebab mungkin akan guna nama Belle.com. Oh-puh-lis-lah. Menjijikkan.

8. People I Tag

Saya akan tag rakan-rakan studio yang kuat merepek. Dan saya harap mereka akan hasilkan sebuah entry hebat yang sangat hebat.

  1. Farah Diana yang suka muncung lips konon-konon nak kalahkan Babe tapi jangan harap. Babe memang hebat. Dia adalah Angelip (Angelina punya lip) Tak percaya, boleh imbas tragedi raya di rumah En. Irfan (padahal aku takda masa tu tapi buat-buat macam tahu sangat)
  2. Adian Akmar yang pakar pasal korset. Kalau nak tahu pasal korset, mintak video pussycat dolls dari dia.
  3. Fievelskirensler atau Gedix. Blog dia memang merepek hebat sampai boleh tension gugur rambut dibuatnya.
  4. Shida ratu dangdut yang lupa password blogspot sampai kena buat blog wordpress. Tapi dah seribu tahun takda update blog. Mungkin sebok jadik part time penyanyi dangdut.
  5. Aisyah yang kononnya baru nak bukak blog tapi tiba-tiba sign out. Aku harap engkau ada pendirian yang teguh untuk memblog. Ayuh ayuh! Jadikan tag ni entry pertama anda. Ececeh.

9. Who is No.1?

Farah Diana adalah pelajar yang bekerja keras muncungkan mulut ketika bergambar. Selain itu, dia adalah bekas rumet yang memelihara kura-kura jantan dalam bilik asrama wanita. Nama kura-kura tersebut ialah Maeyl (konon-konon macam nama Mat Saleh padahal sebut Mael je). Dia pandai swimming style ‘anjing’ (omaigod) tapi Nurul tak pandai-pandai buat style tu. Kalau nak buat je mesti tak jadi. Tiba-tiba tenggelam masuk dalam air dan terkapai-kapai macam berlakon babak lemas. Err. Tidak dilupakan. Farah Diana adalah peminat Piere Andre yang agak fanatik. Tak faham kenapa dia minat Piere Andre sebab Pyan Andre macam lagi hebat (aik? sapa pulak Pyan Andre neh?)

Kenapakah saya sangat ghairah mengkenakan rakan-rakan hari neh? Sampai Pyan yang tak berdosa pon boleh kena sekali.

10. No.3 is having a relationship with?

No 3 is having a relationship with no. 4. Tak percaya? KLIK SINI. Tapi hubungan mereka diganggu oleh sekeping roti canai. Work harder, Shida! Work harder! Takkan kalah dengan roti canai.

11. Say something about No.5

Aisyah ialah pekerja sosial jabatan seni bina yang ringan tulang. Memang dia ringan tulang pon. Tengok pon dah tahu. Memang ringan. Selain itu, dia juga menggunakan status ; Dengarlah Melatiku pada YM beliau. Tapi saya tak tahu apakah Melati yang dimaksudkannya. Tapi tak apa. Aisyah ialah antara rakan kesayangan saya. Dia duduk sebelah meja saya semasa di studio dulu kala. Hobi dia ialah mengkosongkan meja sebelum pulang ke rumah. Dan hobi saya pula ialah tumpang meja dia yang kosong tersebut dan mensemakkan meja dia dengan barang-barang saya. Esok pagi dia datang mesti histeria tengok meja dia macam tong sampah ke apa. KAH KAH KAH. Nampaknya kami sangat simbiosis. Hobi kami saling melengkapi each other, bukan?

12. How about No.4?

Shida ialah penyanyi pusat karaoke (padahal baru dua kali pegi). Saya gembira ada kawan macam dia sebab dia unik. Dialah satu-satunya manusia dalam dunia ni yang berciri dangdut sejati. Nyanyi lagu Amy Search pon berciri dangdut. Apatah lagi bila menyanyi dangdut. Dia juga adalah rakan sama-sama JAKUN dengan saya. Kami sangat JAKUN dapat pegang mikrofon sampai orang lain tak merasa. Padahal semua orang bayar, tapi kami berdua telah gila kuasa tak ingat dunia lagi. Oyya. Shida juga adalah orang yang pergi teman Anuar tengok kereta tempoh hari. Wah wah. Macam suami isteri pergi beli kereta. So sweeettt.

13. Who is No.2

Adian adalah tukang upload photo paling hebat di Facebook. Dia juga tukang komen foto paling tangkas. Sampai saya jadi terfikir, mungkin dia menginap di Facebook 6 hari 7 malam. Mungkinlah. Adian juga merupakan tukang download drama, movie etc terpaling hebat yang pernah saya jumpa. Sampai semua movie pon boleh dikatakan diperolehi dari dia. Dia sangat pandai mencurik cable internet dari ‘besfren’ dia dan peristiwa itu sungguh mencuit hati. Terbaru tentang Adian, dia telah selamat merakamkan foto bersama ‘besfren lagi satu’ sambil tersenyum (tapi dalam hati siapa yang tahu) Kami semua sangat bahagia mentengok foto tersebut sebab dah lama tak ada foto yang menggabungkan meraka dalam satu gambar. KAH KAH KAH. Err. Jangan lupa sebut. Adian membuatkan saya sedar. Bengkung, korset dan pussycat dolls adalah tiga perkara yang berbeza.

Selebihnya untuk sesi MARI MENGKENAKAN RAKAN, boleh saksikan SELEKSI FOTO KAMI.

.

.

Ini entry TAG dari Mrozaidi. Terima kasih sebab tag saya. Waktu yang sesuai untuk membuat entry Tag adalah ketika ; Tak ada modal. Atau ketika ada modal, tapi tak ada bisnes. Aik? Tak fahamlah bukan? Err. Bukan memang biasakah, blog neh kasi entry yang sukar difahami? HAHAHAHAHA.

Recent Entries

27 Responses to “MENGENAKAN RAKAN.”

  1. nieja Says:

    i tgk org lain buat tag
    pendek gile
    smpai je kat u..perghhhh
    berjela-jela haha

    chika Reply:

    Tag adalah entry yang berciri tajda modal. Tapi kita jgn la tunjuk sgt kita takde modal. Tu sebab kena buat tag secara melampau. HAHAHAHAHA. konon2 banyak modal. :p

    yonnaism Reply:

    agree dengan nieja.
    org lain jawab tag sepatah je.
    dia buat esei STPM pulak

    HAHAHHHA

    chika Reply:

    well.
    nama lagi CHIKA.
    haha :P

  2. fara d Says:

    weh! apakah gambar yang anda gembar-gemburkan tu weh???

    hehe. act, aku pon suka gambo atas neh! dorang tu macam kembar rupanya eh…..pergh!

    chika Reply:

    tu ar. Dorang banyak persamaan kan? Tak sangka.

    Gambar? HAHAHAHA. meh YM aku meh. (tapi aku rasa berdosa la)
    HAHAHAHAHHA

  3. adian Says:

    Aku dah bace separuh baru prasan ini adalah tag rupa2nya… aiyoh tag pun bleh jadi sepanjang ini ya. bijak kamu memanjangkan cerita. haha. aku rase nnt aku mampu jawab ayat sepotong2 je. hehe

    siaplah kamu dengan keghi kelak. haha

    siaplah kamu dengan monkey dan HS kelak (oops!)

    haha lagi.

    (aritu aku g 7-11 jumpe gardenia delicia yg digembar-gemburkan itu, tapi tu perisa coklat maka xjadi beli)

    chika Reply:

    amboi kau! aku punyalah tapis tapis ayat takut terbagi hint, ko sesedap jek sebut MONKEY AND HS. wahhhh. Kita sedang menangung risiko ni. bahaya bahaya! *pistol dekat kepala*

    buat tag ni dalam bahasa melayu supaya kemerepekan dia maksimum!

    oh. yang coklat tu aku tak rasa lagi. Kau lom try ke yg aku recommend tu? Apani, kata bai roti.

    adian Reply:

    eh dah censored jadi HS. hahaha

    haha tag2 mmg kene wat BM. wat BI cam HS. “you know..” (oops)

    haha tula, bukan salahku. salahkan 7-11 krana hanya menjual perisa coklat. xpe esok aku shopping barang2 sem baru di pasaraya besar nescaya akan ku cari perisa yang dikehendaki tersebut.

    chika Reply:

    aku takut tanggung risiko. HAHAHAHA (ha, tau takot!) lol.

    wah. shopping barang sem baru. Lama tak buat shopping tu. Selamat kembali ke kolej dan bawak baldi!

    fara d Reply:

    aku jumpa gak delicia coklat tu…tp sebab yang tu ada raisin, aku tak bli sbb tak brapa suka rasa raisin itu. haha

    chika Reply:

    Raisin aku suka.
    tapi lom try yg coklat tu.

    aisyah Reply:

    aku dah try 2-2 kawan2.. (berasa gembira di situ). bagi aku, butterscotch lagi sedap. tapi, kesimpulannya, 2-2 pon sedap. roti-roti tersebut hari2 berada di dapur kerna hari2 ayahanda beli kerna hari2 kami adik-beradik menghabiskannya sebagai makanan sampingan. cubalah~

  4. Karim Pisang Says:

    Slamat Awal Muharam~

    chika Reply:

    selamat menyambut Awal Muharram :)

  5. nashrex Says:

    aku snyp je. ni entry berciri rerakan studio.. hoho

    chika Reply:

    ye la kan

  6. Monkey D Luffy Says:

    chines looking ler… auwww

    chika Reply:

    dah mmg chinese yang sorang tu.

  7. fiza Says:

    chika… how’s ur wedding preparation? okekah? hope oke semuanya… tag ni simple, but sgt pjg dibuat chika. tp fiza baca smpi habis… lawakla… hehee

    chika Reply:

    preparation, on the way.

    Tu la. tag yang simple pon boleh jadik panjang gila dengan chika ni. HAHAHAHA/

    complicated betul :p

  8. mizah Says:

    that guy…can’t remember his name…that malay guy…i know him…i use 2 call him MR.TATA…hahaha…budak tu nama ape yer…lupa la…satu matrik dulu…sama kuliah…tapi lain2 praktikum…dia TF25…mizah TF24…hehehe….MR.TATA…budak praktikum usya sangat dia masa matrik dulu…sebab dia cute ngan dia pernah perasan member tu lambai (TATA) dia…that’s why nama dia MR.TATA…

    chika Reply:

    oooooo. yayayaya. baru ingat. mizah penah cite dulu. HAHAAHHAHAHAHAHA.

    Keghi nama dia kitorang panggil.
    Zulkhairi.
    masa orientasi jadik ketua ke apa tah. HAHA/ Keghi poyo

  9. dewi Says:

    this entry agak funny…muke kwn u comel..hahaha

    chika Reply:

    hahaha.
    comel eh?
    hahaha

  10. aisyah Says:

    uh, saya mmg akan membuat blog. nanti, awal tahun baru hijrah. sekarang ni ada final work kena hantar pd puan sblm habis kontrak. ok? sabarlah sayang… KAKAKAKAKA

    oh, statement anda terhadap saya sgt bermodal. boleh diterima pakai. ye, kita simbiosis. tp aku mungkin kawan kau yg jarang ada bila diperlukan. maklumlah, byk komitmen lain (ewah!). nway, ‘dengarlah melatiku’ tu satu baris ayat dlm satu lagu. lagu lama. lagu nostalgia.

    nnt kita hubung lagi. ingin ziarah kamu nnt. minggu depan, insyaAllah.

    chika Reply:

    cepat blog cepat!

    bila nak ziarah?

Leave a Reply