Hari Lahir Abah
Terkilan membaca blog-blog pada hari ini. Semua bercakap tentang hari natal, santa claus hadiah mana? dan pastinya ucapan selamat hari natal kepada semua penganut kristian. Terkilan sampai tiba-tiba terbuat entry pasal hari natal juga (padahal memang tekad tak mahu buat).
Memandangkan saya bukan penceramah bebas, dengan ilmu agama yang setitik cuma banyaknya, janganlah saya menceramahkan orang nanti kena serangan hendap. Confirm akan dipenuhi dengan komen ; Hoi Chika macam bagus!
Memang tak berapa nak bagus. Tapi rasanya ingin berkongsi suatu nasihat juga kepada rakan-rakan sepedoman sekelian. Jangan mentengok dari siapakah datangnya nasihat, tapi pandanganlah pada apa yang akan dinasihati ini.
Saya harap tak ada rakan-rakan yang bergembira meraikan hari natal hari ini (Tentunya berdosa) Kenapa berdosa? Tak payah bebankan sangat kepala kita yang tak berapa hebat dalam ilmu agama ini. Cukuplah kita tahu, hanya satu perayaan yang direstui Allah dan selebihnya akan membawa kepada perbuatan syirik. Err.. bukan takutkah? Membuat syirik lebih menakutkan daripada bertarung dengan naga berapi, anda tahu?
Kedua. Jangan suka-suka sangat mensebut tentang santa claus. Apatah lagi mengharapkan hadiah-hadiah yang memukaukan dari Santau Claus tersebut (walaupun gurauan). Ingat Allah ingat Allah. Jangan suka-suka sangat bermain dengan Santa Claus. Dikhuatiri, kita akan menidakkan Aqidah Islamiah kita. Wallahualam.
Ketiga. Tidak perlu bersikap muhibah secara membuta tuli. Mengucapkan selamat hari natal kepada rakan-rakan dengan begitu gembira sekali. Alasan, ianya sesuatu yang muhibah, come on man! Muhibah dalam Islam ialah menghormati agama lain tetapi bukan tunduk dan memperakui kepercayaan agama lain. Tauladannya, tidak perlu menghebah-hebahkan ucapan ke seluruh dunia (apatah lagi dengan bangga dan jiwa yang sangat gembira). Sebab? Sila rujuk YANG LEBIH ARIF. Saya harap anda semua sudi membaca artikel tersebut dan tanam dalam jiwa supaya tidak buat lagi.
Berbuat baik pon ada caranya. Sebaik mana pon kebaikan anda (seperti cuba menjadi muhibah dengan sama-sama berseronok dan berkongsi ucapan hari natal), ianya tetap dalam syarat-syarat tertentu. Iaitu kebaikan yang tidak menjurus kepada perbuatan syirik. Lebih baik jangan buat kebaikan yang kononnya muhibah tersebut daripada terjadi syirik kelak. Err.
Saya juga pernah buat dulu. Sampai ditegur oleh bapa dan guru-guru. Sangat insaf.
Ada banyak cara untuk menjadi muhibah. Muhibah dan dalam masa yang sama, tidak melakukan syirik yang tidak tersengajakan.Dan yang penting, tidak menimbulkan permusuhan kaum.
.
.
.
25 December 2008. Saya gembira sebab hari ini bapa saya berusia 48 tahun. Beliau sihat walafiat dan dikurniakan usia lagi untuk bersama kami sekeluarga. Saya gembira sebab bapa seorang yang baik hati. Seorang yang bertanggungjawap dengan keluarga, agama, bangsa dan negara (negara? saya tak pasti HAHA) Saya gembira sebab bapa saya lahir pada 25 december. Jadi, saya sentiasa ada alasan untuk membuat entry selamat hari lahir bapa dan bukannya selamat hari natal.
Bapa saya ialah lelaki terbaik yang pernah saya jumpa. Emak kata ; Kalau dapat lelaki macam abah, hidup memang perfect. Saya sangat gembira sebab bapa saya masih dikurniakan kesihatan dan dapat terus beribadah dengan baik. Semoga Allah SWT terus bersama dengan bapa saya. Dan kami sekeluarga tentunya. Oh, sekarang saya hendak menitikkan air mata sebanyak beberapa titik. Sebab saya rasa, bapa saya sangat hebat sampai saya berasa terharu.
Saya kagumi sifat bapa saya. Seorang penyabar. Pemaaf. Pemurah. Baik hati. Tidak pernah bercakap keburukan orang lain. Tegas dan hanya berminat bercakap tentang keluarga, ilmu-ilmu dunia akhirat dan ketuhanan. Kalau cakap pasal jiran sebelah anak dia tak balik rumah selama tiga malam, confirm kena marah dengan bapa. HAHAHAHA. (Biasalah, Chika kadang-kadang suka sebok sebab selalu tercuri dengar perbualan orang sebelah. Siapa suruh cakap terpekik-pekik)
SELAMAT HARI LAHIR, ABAH.
Kredit : http://al-fikrah.net




December 25th, 2008 at 1:33 pm
haha . curik dgr . funny !
one of my neighbours, dye siap karaoke 1-2 pagii . cam haramm jek, org nak tdo pun dh tak pke . (erk, act tak tdo pon lg time tuh xD)
wah, happy bday to ur abah ! :)
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:27 am
thank you for the greeting :)
kadang2 bukan kita nak dengar sangat. tapi dah dia terpekik, kita pon dapatb dengar la kan. takkan nak sumbat telinga. HAHA
mieramieraaaa Reply:
December 27th, 2008 at 1:54 am
ur wekam . :)
HA HA HA . ye btol . nenek kat umah blakang salu je tpekik2 kat cucu2 dye . alahai . ksiann .
miera gelak ja . hahaha .
x))
chika Reply:
December 27th, 2008 at 2:29 am
nenek takpe.
anak dara jangan
December 25th, 2008 at 2:25 pm
chika,
ur abah had same birthday with my mom la..
anyway, happy birthday to ur abah ye..
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:25 am
thanks alot :)
happy birthday untuk emak anda! :)
December 25th, 2008 at 2:27 pm
muda lagi ayah mu dan thanks for nasihat
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:25 am
sama-sama :)
gembira berkongsi dengan semua :)
December 25th, 2008 at 2:59 pm
selamat hari lahir abah chika ye!
aku selalu rasa sedap hati dan seronok sbb chika selalu kongsi nasihat-nasihat abah dia! ^.^
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:24 am
thanks farah :)
tak kisahlah kita ni nakal ke, jahat ke atau drama queen ke apa. Tapi yang baik tetap kita kongsi bersama :D
December 25th, 2008 at 3:47 pm
selamat hari lahir encik Zainodin… semoga sihat2 selalu, ceria-ceria selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki… semoga semakin ensem juga… semoga dianugerahkan seorang menantu yg soleh sebagai pasangan anak dara mu itu… tahniah atas pertambahan usia… dan… takziah sebab dah makin tua.. errkkkk!!!!!
hari ni saya gembira sebab cuti… boleh tido sampai separuh hari. dan satu lagi kat tv ada byk citer best.
tak pernah lagsung nak pikirkan tentang org tua janggut putih yg boroi dan haram tak ensem langsung tersebut. memang saya tak pernah berminat mengucapkan selamat utk apa2 perayaan agama lain pun…
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:23 am
terima kasih chime atas ucapan dan doa :)
December 25th, 2008 at 3:47 pm
hpy b’day to ur abah!
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:22 am
thanks a lot nieja :)
December 25th, 2008 at 4:19 pm
alarh…
best nyer akak…
papa aisya lark xde kat umah.
da larh bday aisya 2 hari lgik..
huaaaa!! rse cam nk menangis!!! (T_____________T)
ntah balik ke x ;(
sedeyh nyer..
best larh akak ada abah mcm abah akak :)
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:22 am
jangan sedih jangan sedih.
anyway.
happy birthday aisya!
December 25th, 2008 at 4:28 pm
Owh! ayah Saffa sudah 65 tahun ;)
Selamat Ulang Tahun buat ayah Chika. :D
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:22 am
terima kasih banyak2 saffa :)
December 25th, 2008 at 4:41 pm
selamat panjang umur pada abah nurul..semoga allah merahmati dia selalu..amin ya rabbil alamin..
mmg elok nurul berkongsi ilmu pasal S.C dan natal tu. tq
tp ada org islam kita ni..suka sangat budaya ikut2 nie…amat menyedihkan sungguh..
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:21 am
terima kasih kakak :)
saya terkilan juga sebab ramai orang suka main dengan santa claus.
December 25th, 2008 at 7:59 pm
Ya benar~ sesiapa yang beragama Islam dan menyambut perayaan selain dari agamanya adalah haram dan dikuatiri boleh membatalkan imannya terhadap Islam.
Ya Selamat Panjang Umur~
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:19 am
terima kasih atas ucapan :)
December 25th, 2008 at 8:15 pm
selamat hari lahir untuk abah chika…. :)
mekasih chika sbb tolong igtkan pasal ucapan selamat hari xmas tu… skerg nie dekat radio pun bukan main lagi siap buat segmen untuk ucapan lagi… radio melayu lak tu.. T_______T
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:19 am
thanks :)
saya harap semua orang faham dan tak mengabaikan perkara2 macam ni :)
December 25th, 2008 at 9:50 pm
Salam Chika..
Salam ucapan hari lahir untuk abah Chika juga, moga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.
Semua orang sayang abah dorang kan? Hope Chika dapat appreciate ur parents selagi dorang masih hidup sampai ke akhirnya. Sebab..bila ibubapa dah takde..hanya moments indah saja yang tinggal untuk kita. Bila chika cakap tentang your abah..teringat kak meen pada my late abah.. seorang yang pemaaf..penyabar dan tidak suka bercakap tentang hal orang lain melainkan tentang keuarga sendiri. Sesuatu yang harus dijadikan ikutan dan dipandang tinggi..kan ?
ps: owh ya..nanti kak meen emailkan address ek..balik kg hari tu tak beronline sgt kak meen, masih sempat lagi kan..? Januari baru nak pos, kan? Hehe..
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:18 am
salam kak meen.
terima kasih banyak-banyak.
saya akan menghargai bapa saya sampai bila-bila.
December 25th, 2008 at 11:44 pm
epi besday 2 ur father, xkesahla die bace ke x, heheh
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:17 am
terima kasih banyak banyak :)
December 26th, 2008 at 12:39 am
ya ya setuju
selamat hari lahir abah. :)
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:16 am
terima kasih kak wan :)
December 26th, 2008 at 2:30 am
happy birthday ayah chika!
smoge dipjgkan umur & dimurahkan rejeki n smoge sehat2 je salu!
:D
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:15 am
thanks
insyaallah :)
December 26th, 2008 at 7:29 am
ep birthday papa….
haha
chika Reply:
December 27th, 2008 at 1:15 am
ewah. sukati ko je memPAPAkan abah aku. HAHA
December 26th, 2008 at 5:37 pm
selamat hari lahir buat abah chika. Moga pnjang umur & sentiasa di bwh redha Ilahi ;)
chika Reply:
December 27th, 2008 at 12:59 am
insyaallah. thank you thank you :)
December 26th, 2008 at 9:44 pm
chika..kakak dah emailkan address tu ek..
chika Reply:
December 27th, 2008 at 12:59 am
ok kak meen. beres.
December 27th, 2008 at 7:53 pm
huhuhu.. mak “si dia” pun lahir pada 25disember2008. :)
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:47 am
selamat hari lahir emak ‘si dia’ !
haha
December 27th, 2008 at 10:44 pm
waaa..bufday ayah chika sama hari dengan bufday mama saye aa..XD
happy belated bufday ayahnye chika..semoga dipanjangkan umur + dimurahkan rezeki selalu.
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:48 am
betul ke?
selamat hari lahir kepada emak sham! semoga dipanjangkan umur dan diberkati Allah. Insyaallah :)
December 29th, 2008 at 12:39 pm
happy belated birthday untuk ayah chika…
chika sangat betul la.sepatutnya umat islam tak boleh ucap krismas. Saya pernah baca pendapat ulama. Dia kata umpama kita ‘meretui’ mereka bergembira dengan ‘kesesAtan’ mereka tu..
p/s: Islam ada dua perayaan. Aidilfitri dan Aidiladha :D
chika Reply:
December 31st, 2008 at 12:49 am
saya cakap ‘hanya satu perayaan’ sebab mewakili perayaan orang Islam :)
ye betul tu.
saya harap, benda2 macam ni tak dipandang remeh :)
January 3rd, 2009 at 3:47 am
happy belated birthday to ur dada,chika!
oh bercakap pasal xmas ni.. baca entry u ni buatkan i sedar satu perkara..
mari masuk ke dunia story telling yonna.
23 hb ari tu,i dengan kawan2 i went to my friend’s house sebab dia ada buat dinner sempena xmas. dia indian kristian la.
so,kitorg pun seronok sakan la makan2 semua.tapi mungkin Allah nak tunjuk seronok sangat kot dok makan2,dok sembang2 sakan..
we had a damn bad day..
1) kawan i bleeding nose dengan sangat teruk.darah keluar menitik sampai lantai.luckily dress dia pakai kaler merah.mmg tumpah darah betoi,then we straight to hosp.
2)balik tu kereta yang i naik tu accident. kawan i yg drive tu tak nampak divider. dia pegi naik atas divider. masalahnya,tu keta kawan kitorg. dah la keta baru.bawah kete ni mmg hancur.
3) black oil kereta tu licking. time tu boleh jalan lg kereta even enjin mcm lori dah.
4) kereta member kitorg xleh start,betry kong.
5) kereta yang accident tu lastnya tersadai tepi jalan sebab kan black oil dah melimpah.kete xleh jalan.
sangat bad day. bila baca entry ni,baru i mcm tersedar,everything happens for a reason.lepas ni nk berseronok mmg harus ada limit :D
3)
January 3rd, 2009 at 3:48 am
adehh dada pulak :))
wakkakka!!
DAD!
September 16th, 2009 at 12:19 am
saya turut gembira, semoga di lancarkan reziki dan menjadi anak yang soleh….
chika Reply:
September 16th, 2009 at 10:22 am
amin :)