Apakah punya letih?
KHAMIS 18 DISEMBER 2008.
Ow man hari tersebut sangat meletihkan saya. Bila saya cakap SANGAT meletihkan, maksudnya memang SANGAT meletihkan. Bukan letih biasa macam letih sebab tolong emak basuh pinggan. Atau letih sebab tengok kartun serentak. Atau macam letih sebab banyak merepek dengan adek-beradek like bermain teka teki dengan jawapan mensakitkan hati lalu letih. Atau letih seperti banyak sangat update blog dalam satu hari. Atau letih macam … ok Chika, cukup! Banyak betul bagi contoh, kalau anda tak faham juga, tak tahulah nak kata apa dah.
Ia merupakan LETIH yang keletihan sangat letih iaitu letih secara sangat letih. Tolonglah faham sekarang jugak yang Chika sedang menterangkan kepada anda bahawa Khamis yang lalu sangat meletihkan. Secara extreme. Tiada tandingan. Err. Baca dua perenggan ni pon sudah meletihkan lah bukan? Sekarang anda tahu, Khamis tersebut lebih meletihkan daripada membaca dua perenggan ini.
Crap! Merepek sangat pandai.
Saya akan membuat senarai keletihan yang saya maksudkan di atas.
1.
Pagi mengemas bilik sendiri. Petangnya Aizar datang untuk meminjam computer (bukan pinjam bawak balik, pinjam guna) HAHA. Dia harus menaip surat kepada boyfriend untuk memohon kos sara hidup. Fuuuu. Spekulasi kejap. HAHAHA. Jangan percaya jangan percaya.
Kemudiannya, kami membuat kerja pra-perkahwinan. Aik? Kerja apakah tersebut? Aneh betul bunyi dia. Maksud saya, kami membuat idea development untuk gubahan hantaran. Sangat memenatkan kepala serta kandungannya (maksud saya, kandungan dalam kepala meliputi otak, sel-sel otak dan Neuron. Aik?) Macam tak payah tulislah bukan kandungan kepala tersebut, membazir. Nanti kena terangkan pula tentang Neuron. Kemudian itu, anda semuanya pon lelap di depan skrin komputer masing-masing sambil blog Chika mentengok anda tidur.KAH KAH KAH.
Okay merepek lagi. Memang suka merepek. Merepek ialah kegemaran nombor tiga belas saya di samping 3 juta kegemaran yang lain (menonton Hagemaru ialah kegemaran ke sembilan) Jangan merepek jangan merepek. *bunyi loceng ais krem*


Ini gubahan percubaan. Iaitu sesi mencuci otak. Alicia Keys kata, brain wash (asyik Alicia Keys je yang kena) Saya berkolaborasi dengan Aizar untuk sesi mencuci otak ini. Mencuci otak tanpa bantuan Downy 4X mahupun Max Kleen 9 (Ha, ha, merepek lagi!) Baiklah. Kami berbincang sampai terkena tekanan perasaan. Cukup sukar membuat gubahan hantaran. Sebenarnya memang sukar membuat kerja wedding dengan Chika. Sangat fussy macam aunty-aunty. Susah. Nasib baik Aizar sangat penyabar orangnya dan sangat memahami bahasa muka Chika. Kalau muka kelihatan termonyok-monyok, Aizar segera bertindak membetulkan muka saya yang tidak betul itu. Pendek kata, sangat gembira sebab ada kawan yang faham sikap kawannya yang suka tak puas hati. (Kalau akulah ada kawan kaki cerewet, dah lama aku ceraikan) KAH KAH KAH.
Untuk pengetahuan semua, BUKAN MUDAH mendapatkan ilham menggubah hantaran yang memuaskan hati (Bukan mudah …Menggapai bintang yang berkerdipan .. O..yeaaah ; dipetik dari lagu tema Akademi Fantasia) T____T Chika tolong jangan merepek lagi tolonglah. Letih membaca entry semacam neh. Chika tolong…. *menangis lima minit* KAH KAH KAH. Seronoklah merepek. Anda, bila lagi? HAHAHAHA.
2.
Menjelang Maghrib, Aizar pon pulang dijemput oleh Nazarul (ewwahhh) Nazarul ialah adek beliau, bukan orang lain. Adek beliau. Tak batal air sembahayang, tak batal. (Sakit hatilah bukan membaca enty neh?)
Selepas Maghrib, terus pergi vacum bilik hujung sana. Kerjaan inilah yang paling mengsengsarakan. Saya dibantu oleh Adek dan Ijat. Tapi Ijat banyak main tipu. Iaitu asyik pergi tandas kononnya hendak pergi tandas, padahal dia malas tolong angkat baju kakak dia. Memang gila melambak-lambak baju aku. Kalau orang tengok, malu. Kalau dikumpul secara vertical, sama tinggi dengan rumah jiran sebelah. HAHAHAHAHA.
Kerja yang kami lakukan ialah ;
- Memindahkan katil dan almari dari satu bilik ke bilik yang lain.
- Mengelap habuk sampai habuk pon sangat malu dibuatnya. Kalau ada habuk datang juga, memang takda maruah punya habuk. Sudah dilap sampai berkilat, habuk sepatutnya segan untuk tumpang landing. Tapi habuk mana ada maruah. Err. Anda tahukah? Membuat kerja mengemas dengan bapa kami sangat susah. Sebab semua benda harus dilap sampai berkilat. Naik longgar sendi tangan saya tapi nasib baik Ultraman ada (aik?)
- Mengosongkan bilik saya. Tak payah dihuraikan lebih lanjut, anda faham sendirilah bukan bagaimana azabnya mengeluarkan barang-barang saya (barang peribadi yang sama banyak macam barang tiga puluh orang punya)
- Mengosongkan wardrobe saya. Fuuuuu. Naik pitam semua orang mengangkut kain baju kakak dia. Sampai adek-beradek naik tension. Dihumbannya semua ke dalam almari di bilik hujung sana. Kalau ditengok emak, pasti kita tiga beradek nahas di tempat kejadian. Tapi tak pe, jangan bagitau emak. Buruk padahnya.
Bilik saya kosong. Malas semalam saya tidur atas carpet. Sangat sengsara. Itulah. Degil. Emak kata ambik tilam, saya cakap tak pe. Malam semalam adalah malam yang paling gelap dalam hidup saya sebab tidur atas carpet. Pengalaman yang sangat mensedihkan hati dan menyakitkan badan.

Dan malam ini juga. Sebab esok petang baru akan mendapatkan perabot baru ewwaaaaah. Sebab itulah kahwen adalah seronok. Sebab boleh mentukar set bilik tidur. Kalau boleh nak mentukar set setiap 15 hari tapi malangnya tak boleh. HAHAHAHAHA. Berguraulah.
Malam ini juga akan tidur bersama malam yang gelap dan mengsengsarakan badan.
3.
Siap mengemas bilik dan mengosongkan bilik sampai kosong tapi tak kosong sangat (sebab ada komputer yang bernyawa macam robot yang menceriakan hati) Malam itu kami pon bermain inai-inai. Mak Yang sangat suka menumbuk inai dan mempakaikan inai kepada anak-anak buahnya. Kami pula sangat gembira menghulurkan jari kepada Mak Yang. Emak tak masuk campur. Saya tak pernah tengok emak pakai inai. Emak? Emak saya mana sukalah benda-benda macam neh. Sebab dia suka main motor besar je seperti bermain Virago, Harley Davidson dan lain-lain lagi. Bermain inai? Pasti digelak oleh emak, sebab tak thrill langsung kata dia. Malah emak juga pelik ; Kenapa pakai inai neh? Buat leceh-leceh je. HAHAHA.

Err. Practice make perfect. Sebab itulah mempakai inai tempoh hari. KAH KAH KAH. Ini dinamakan, prelude malam berinai. Eceh. Padahal takda membuat malam berinai pon nanti. Tahukah, saya takda membuat malam berinai? Sebab bapa tidak mensarankan upacara tersebut, jadi dengarlah kata bapa. Malam pakaian beragam (pakaian beragam?) juga tidak diadakan. Kan dah cakap. Chika mana sukalah mempakai yang bukan-bukan. Lagi-lagi yang berciri tradisional dan bersifat sarat itu. Sangat tak naklah. Upacara yang tidak mendatangkan hasil ini telah dimansuhkan. Habis? Tidak berinaikah kelak? Inai lah! Apalah ertinya kawen tanpa menconteng inai. Tapi bukan membuat upacara khas malam berinai. Kepada yang menyoal, semoga terjawap sudah. Jawapannya, memang tiada malam berinai. Malam memakai kimono, sari, baju kadazan, baju sumazau, baju cheongsam, bikini, mahupun costume ninja juga tidak diadakan sama sekali. T___T eh, menangis buat apa, padahal tak sedih. HAHAHA.

Ini tangan Adek saya. Dia sangat taksub dengan diri sendiri sebab itulah meletakkan H pada tapak tangan. Dia ingat cantek lah tu. Tapi semasa sarapan pagi tadi, kami semua mempuji huruf H tersebut sangat canteklah, comellah dan segala puji-pujian. Padahal H tersebut terlalu gemuk. HAHAHAHA. Seriously, memang gemok! Habis penuh satu tapak tangannya dengan tanda H yang besar. HAHA. Tapi cute jugak aku tengok. Ewwaaaah.
Tiba-tiba berasa penat yang tidak terbendung. Baru pulang dari Nilai sebenarnya ni. Puas shopping seluruh KL, hari ini ke Nilai pula. Minggu depan ke Melaka atau Johor insyaallah. Bapa yang punya rancangan. Kami sangat gembira dan ikut je. HAHA.
Tiba-tiba nak stop sekarang. Ok stop.




December 20th, 2008 at 1:46 am
chikaaaaaaaaaaaaaa
chika Reply:
December 20th, 2008 at 2:18 am
sayaaaaaa.
hi awak.
lama awak tak duduk nombor satu :))
yonnaism Reply:
December 20th, 2008 at 3:09 am
yaa chika!
rasanya sejak2 u bz nk kawen ni da takda permainan num 1 ni haha
akan kembali lepas u kawen kot,puan chika!
err puan apa?
:))
chika Reply:
December 20th, 2008 at 3:15 am
lepas i kawen, kita main game baru nak? sapa hantar komen terakhir. HAHAHAHHAAHAH. Abeslah, dapat seribu komen sehari. :))
erni @ cepotet Reply:
December 20th, 2008 at 12:16 pm
eleh.. no 1. akak dapat banyak kali tapi tak kisah pun. :p
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:33 pm
bila kita berada di atas, kita mmg akan bangga. lumrah alam. HAHHAA
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:35 pm
bila kita berada di atas, kita mmg akan bangga. lumrah alam. HAHHAAA
Zul Reply:
December 20th, 2008 at 11:10 pm
haa.. nih juara pencen datang..
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:37 pm
ayam pencen?
maksud saya, saya bergurau.
December 20th, 2008 at 1:47 am
update di tgh malam buta huhu
chika Reply:
December 20th, 2008 at 2:20 am
ni je masa yg ada.
ewah
:D
December 20th, 2008 at 1:53 am
apekah punya internet?
chika Reply:
December 20th, 2008 at 2:20 am
apakah?
atinne Reply:
December 20th, 2008 at 6:00 am
pinjam tajuk..
sambil tuka versi internet..
keke..
tenet sangatla mengot skrg..
ades~
xyz Reply:
December 20th, 2008 at 7:45 pm
wahahaha.. lucu plak baca ayat dia neh..
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:31 pm
bunuh je internet tu
December 20th, 2008 at 2:05 am
hahaha…
addeih…
H tuh mmg gemuk…
lucu2…
chika Reply:
December 20th, 2008 at 2:25 am
gemok kan?
patutnya buatla halus sket kan?
HAHAHA
December 20th, 2008 at 3:05 am
tgk u pkai inai
dah blur..
i ke slah tgk tarikh u kawen
ye la dah berinai segala mcm..
rupenye saje main2 inai je
cis!
chika Reply:
December 20th, 2008 at 3:14 am
i kan suka wat saspen.
HAHAHAHA :P
nieja Reply:
December 20th, 2008 at 3:16 am
tetipu jugak i
sbaik la i bace smpai abes
haha
chika Reply:
December 20th, 2008 at 3:24 am
kalau tgk gambar je, mesti terkejut kan.
ala, i pakai dua jari je.
pakai semua kang, ilang la seri i. eccececeh
nieja Reply:
December 20th, 2008 at 3:56 am
eceh..
btol2..
nant da xde seri
plak kahkahkah
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:31 pm
tapi saya memang berseri-seri. ok chika keluar skang.
December 20th, 2008 at 3:49 am
haku tak tahu la napa aku baca sampai habes ini entri…
rasa kene tipu pon ada…
letih membaca…
bek tido!
hahaha
p.s – anda mmg pakar merepek! =p
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:30 pm
saya tak berniat nak mentipu.
haha
December 20th, 2008 at 9:05 am
nice inai ka nice ring? hehehehe
happy looong holiday chika. kw cuti sampai new year. fuh!
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:45 pm
waaa. kak wan cuti lama. macam cuti hujung penggal la pulak :P
December 20th, 2008 at 9:09 am
pikir dalam hati,apasal chika berinai awal sgt nih.
oh rupanya chika kasi ajaran baru,kena ada preluce berinai,practice makes perfect.
okay,moga akan saya amalkan nanti
:p
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:46 pm
haha.
itulah
prelude perkahwinan.
HAHAHA.
December 20th, 2008 at 9:46 am
2009? amboi, advancenya dia. memang bebetul letih ni.. :p
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:46 pm
kakak tegur, baru chika parasan. dah betulkan. memang ternyata, tengah bengong. HAHA
December 20th, 2008 at 9:57 am
memula dok tanya jugak, apesal chika ni pakai inai awal sgt… rupanya prelude je… huh…
eh! lagu menuju puncak tu, mcm salah lirik je… rasanya lirik dia bintang berkedipan… bukan berkilauan… haaaa.. picing pun lari sikit tu, tak cuba menguasai pentas dgn sepenunya, pastu nampak muka mcm malu-malu — **eheh! cm pengkritik tetap pulak ya**
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:47 pm
ha ah. Chika dah betulkan. hHAHAHAHAHA. macam2 kesalahan entry ni. Tapi dah betulkan. Tula saya cakap, keletihan. HAHA
December 20th, 2008 at 10:26 am
tukar2 baju tu mmg nampak mcm sgt memenatkan je.
erm, nanti jgn lupa umum warna tema majlis. ataupun tema majlis tu sendiri. cthnya wedding ala ninja ke, ala ultraman ke. nanti kami dressing accordingly lah,ehehe
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:47 pm
betul ni? betul?
okay, tema saya ialah ultraman dengan kuasa ultra slash.
ingat tu.
December 20th, 2008 at 12:24 pm
lawa cincin…nak2…ku mau ku mau!!!
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:48 pm
apalagi, segeralah bertunang! HAHAHA
December 20th, 2008 at 12:25 pm
beshnya…tiba2 rasa nak kawen
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:48 pm
ajak boifren kawen :P
December 20th, 2008 at 12:40 pm
sy npk kelihatan anda tersebowt hehe
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:48 pm
anda pon mungkin keletihan :P
December 20th, 2008 at 12:41 pm
sebenanye keletihan
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:49 pm
:P
tolak 2 markah.
salah ejaan
hehe
December 20th, 2008 at 1:07 pm
hehe. comel je H kat tangan tu… asal tak letak je A,B,C sampai Z kat atas tangan =p
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:50 pm
sbb tangan dia sempih. Buat H je pon dah habis satu tapak tangan. HAHA
December 20th, 2008 at 3:14 pm
dah lame tak berinai gune inai daun..time kecik2 last skali
skang sume gune paste sahaje..pakai 5 menet..sgt terang n hilang dalam mase sminggu…
chika, meh saye conteng tgn kamu dgn inai..ahaha..sy suke conteng tgn dgn inai..time kt umah sewa, sume tgn member2 diconteng..
conteng, tp cantik..*puji diri sendiri*
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:51 pm
yg pakai paste tu tak tahan lama la. Cuci2 kena sabun pon dah boleh ilang.
meh la contengkan utk chika :D
liz Reply:
December 21st, 2008 at 9:01 pm
haah..kalo utk wedding..malam kang nak nikah, siang baru pakai..n kalo mcm nikah pagi..malam before tido pakai..esoknye jgn mandi dengan sabun banyak sgt..ahaha bleh ke mcm tu..
bleh je nak contengkan utk chika..
December 20th, 2008 at 5:42 pm
aku jugak akan memenatkan diriku bila sampai masanya nanti… *cita2 terbaruku adalah menandingimu*
hahahaha
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:52 pm
besarnya cita2 anda.
cita2 anda menakutkan saya
KAH KAH KAH.
jom, lawan!
HAHAA
December 20th, 2008 at 11:12 pm
bestnye main2 inai.. kalu sy nak letak inai berbentuk huruf Z kat dahi.. mintak skeett
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:53 pm
buatlah. ZORRO.
hahahahahahaha.
mesti emak anda akan suruh anda tidur di luar malam nanti.
KAH KAH KAH
December 21st, 2008 at 8:28 am
xde ke inai kaler lain?
asyik kaler cokelat2 oren tu jek….
chika Reply:
December 21st, 2008 at 12:54 pm
tapi kalau inai kaler hijau, cam geli je. Kuning lagi geli. HAHHA
December 21st, 2008 at 8:13 pm
mmg hazab tedo atas lantai beralaskan kapet!
mcm nak luruh sme tulang!
T__T
chika Reply:
December 25th, 2008 at 12:15 am
tulang saya tunjuk perasaan