Archive for December, 2008

Hadiah Percutian

Posted by chika under Uncategorized

Menghadiahkan public holiday kepada diri sendiri kedengaran menarik. Bagaimana dengan menghadiahkan sejambak mawar merah dengan kiriman kad selamat hari lahir buat diri sendiri? Macam annoying dan berciri loser (L). Hari ini saya menunjukkan kasih sayang kepada diri sendiri dengan menghadiahkan public holiday kepada diri sendiri. Mungkin bunyi macam nak loser juga tapi boleh dimaafkan.

HAHA.

Happy holiday, Chika!

Hadiah ‘percutian’ tersebut disertakan dengan package lengkap. Iaitu ;

  1. Bangun tidur terus carik breakfast. Jangan mandi dulu. Makan dulu baru mandi.
  2. Membaca blog rakan-rakan (tapi tak sempat tinggal komen membina HAHAHA) Sebab terlalu banyak blog kena baca. Barulah fair and square.
  3. Bercuti dari membuat kerja wedding (hantaran, souvenir etc)
  4. Menonton Astro bagaikan dunia milik berdua ( ar? )
  5. Makan nasi dengan begitu tenang dan menikmati daging ikan menggunakan pancaindera ke 7 iaitu aura menikmati makan.
  6. Membuat senarai keinginan. Oh sangat jarang membuat senarai keinginan lewat waktu ini. Antara senarai keinginan ialah pergi Bangsar dan shopping pakaian. Juga membodek emak untuk mendapatkan … err …
  7. Mentengok album rakan-rakan studio di FB dan menitipkan komen yang sia-sia.
  8. Mempotong kuku KAH KAH KAH.

Err. Nombor 7 macam tak relevan sangat tapi apa ada hal? Tahukah? Mempotong kuku secara tertekan dengan mempotong kuku secara releks akan membagi kesan beauty yang berbeza. Kalau mempotong kuku dengan penuh penghayatan, dan dalam perutukan waktu tertentu (iaitu waktu memang untuk potong kuku), hasilnya sangat menakjubkan. Potongan yang sangat kemas. Ececeh.

Okay sebenarnya merepek. Engkau potong je la macam mana pon. Jangan terpedaya dengan perenggan perenggan yang dibuat Chika sebab ianya tak lebih dari sekadar menggoreng anda. HAHAHAHAHA. Biasalah. Petang yang damai. Eh eh, tetiba pulak.

Err. Sebenarnya saya paling suka membuat senarai dalam blog. Disebabkan terlalu suka membuat senarai, sekarang saya akan membuat senarai sekali lagi. Iaitu senarai rancangan yang ditonton. Padahal tak berapa penting. kalau tak cerita pon tak apa tapi … macam yang dah dicakaplah. Memang suka membuat senarai. HAHA.

Senarai tontonan sempena hari cuti ;

  1. The Nanny’s Diary.
  2. Anak Mami (well, behave yourself jangan kutuk filem tempatan) KAH KAH KAH.
  3. Roswell.(Maigod. Gembira dapat menonton Roswell kembali sangat gembira. Thank you Astro Fiesta!)
  4. The Powerpuff Girls
  5. Jelita
  6. Ali Setan.

Sebenarnya Ali Setan mana ada. Tak tahu kenapa nak tulis Ali Setan padahal memang tak ada menonton hari neh. Oh saya suka filem Ali Setan. Tengok sejuta kali pon tak apa. Teringat kisah lama. HAHAHAH. Tipu sangat. Sebenarnya itu filem zaman emak saya remaja.

Baiklah. Sekarang akan menyempurnakan hari cuti saya dengan bercinta menggunakan khidmat Yahoo Messenger. Tapi tak apa. Mungkin selepas sebulan ini, tak perlu bercinta YM lagi. Okay. Entry ni kalau tak payah buat pon tak apa. KAH KAH KAH. Macam tak ada modal.

╔══╦══╦══╦══╗
╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
╔═╝║║║║║║║╚╝║
║╔═╣║║║║║╠═╗║
║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║
╚══╩══╩══╩══╝

Macam cantek betullah benda neh. Siapalah yang menciptanya dan menyebarkannya pada Yahoo Messenger? Sangat hebat orang tersebut. Atau mungkin tak ada kerja lain. HAHAHAHAHAHAHA.

One month

Posted by chika under Uncategorized

Plus minus, tinggal satu bulan (Ya Allah).

Satu bulan dari sekarang (approximately), keajaiban akan berlaku. Like ; Ting! Magic!

  • Tiba-tiba ada suami. Tiba-tiba jadi seorang isteri. Tiba-tiba tak boleh mengaku ’single’ dalam apa cara sekalipon. Tiba-tiba pakai status ‘berkahwin’ bila isi borang. Tiba-tiba I sound silly when I speak in malay, you see (eh eh, suka sangat tiru iklan). Cakap pon tak betul, nak sindir orang pulak. (damn lah aku suka betul iklan Silky Girl) T____T
  • Go, tukar status dekat friendster! Nurulism Hepburn, 22 years old, married. Maigod, apakah punya dahsyat bunyi dia status tersebut? Kedengaran menarik betul. Err. Bukan orang belum kahwin pon selalu mempakai status ‘married’ ke? Dunia neh memang berputar pada paksinya (tetiba)
  • Sebulan akan datang, dapat partner baru (Welcome to my life eceh) Dapat bestfriend baru. Dapat rakan kongsi baru. Dapat suami baru (macam ada suami lama lah pulak kah kah kah). Dapat ‘enemy’ baru. Dapat periuk baru, mesin basuh baru, mop lantai baru, penyental periuk baru, sabun pencuci baru, penyapu baru, senduk baru, … hoi hoi jangan mulakan! JANGAN. Entry ni tak membenarkan perbuatan merepek. Bagaimana dengan kehidupan yang baru? Jawapannya, selepas ini. KAH KAH KAH.
  • Akan bersekedudukan dengan suami. Bye bye rumah keluarga! Nyampah betul cakap pasal benda touching-touching ni. Hati dah lah jenis boleh laras. Nasib baik hati tersebut made in heaven. Oh sedih oh hiba.
  • Kena bangun pagi bancuh air untuk suami. Lambai-lambai tengok suami pergi kerja dan tidak dilupakan, bagi pesanan penaja. Contoh ; Have a nice day. Balik awal jangan lambat tiga minit. Take care. I love you. Macam tu lah mungkin pesanan penaja dia. Mungkinlah, saya cakap mungkin. Mungkin akan jumpa ayat-ayat indah yang lain, yang lagi killer sampai suami tak sanggup lambat walaupon 2 saat. Fuuuuuuuuu. Ni isteri kah atau warden asrama neh? Macam cikgu disiplin pon ada. KAH KAH KAH.
  • Akan menunggu suami pulang sambil menonton jam dinding (aik?) HAHAHAHHA. Lagi dua minit jam 4, sudah bersedia di tepi pintu macam pengawal Istana Negara (tapi dalam versi yang lebih kasih sayang) HAHAHAHAAH. Sementara suami bekerja, apakah pula aktiviti indoor yang dibuat oleh seorang isteri? Tak lain tak bukan. Memasak, menternak dan bercucuk tanam (sejuk perut emak mengandung) Sejuk lagi hati suami. KAH KAH KAH. Err. Bertuah sangatlah kalau dapat isteri package lengkap. Siap sekali free voucher ; Mengembala kambing di belakang rumah. HAHAHAHAHA. Err. Bukankah entry neh dilarang merepek tadi?
  • Tak lama lagi juga, saya akan mempakai title Cik Puan. Jangan lupa letak CIK sebelum PUAN. Kau lupa letak CIK, jangan harap aku menjawap. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Kalau nak bodek lebih sikit, boleh panggil Cik Puan Chika Berseri-Seri. Bodeklah bodek. Bukan aku ada duit kecik pon. (Duit besar apatah lagi) KAH KAH KAH.
  • Serius serius. Yang indahnya, akan mendapatkan imam baru dalam hidup ini. Yang akan ditaati dan disanjungi sepenuh hati (yang made in heaven tersebut). Saya harap, beliau betul-betul akan menjadi imam terbaik dalam hidup saya. Kekasih sejati, teman yang berbudi. Ishk. Itulah. Anda jangan membuatkan saya mengeluarkan falsafah CINTALOGI nanti anda tak sanggup dengar. (aku sendiri pon takda sanggup mengawal kebolehan sastera cinta yang berleluasa)
  • Perkahwinan itu melengkapkan ibadah seorang muslim. Hoooooooray!

Ada ke patut Pak Cik tersebut menjual minyak angin dekat Adek saya semasa Adek saya hendak pulang dari masjid? Adek pon membeli dengan mengorek habis wang dalam dompetnya. Sepuluh ringgit tunai! Balik rumah, Adek saya pon membawa sebuah cerita bermoral tinggi. Dia kata, sangat kesian Pak Cik tersebut semacam miskin. Disebabkan terlalu kesian, sampai sangguplah dia mengkorek wangnya habis (padahal wang tersebut emak bagi suruh pergi makan). Adek pon pulang ke rumah pada Maal Hijrah itu dengan membawa sebotol minyak angin. Dia kata, membeli ikhlas kerana simpatinya pada pak cik miskin tersebut. Tapi pada petang itu sangat lapar sebab takda wang lagi. Aih. Pak Cik tersebut pon satu. Kau pergi jual dekat budak-budak minyak angin buat apakah? Punyalah banyak bapak-bapak budak di situ. Tapi takpe. Yang penting ikhlas. Meskipun perut lapar menjadi taruhan.

Eh eh. Tetiba je cerita pasal Maal Hijrah.

Nampak sangat cubaan mentukar topik. HAHAHAHAHAHAHA.

Kalau boleh tak mahu bukak cerita kahwin lagi. Tengoklah. Mungkin esok lusa membukak cerita tentang salasilah keturunan diraja Negeri Sembilan. Atau cerita tentang AdibahAhmad (kontroversi betul). Atau nak yang lebih releks, Chika boleh membagikan anda cerita Hagemaru. Cis cis cis. Tengok tengok esok, masih membukak cerita kahwin. Nasib kau lah. HAHAHAHHAHA.

Note : Jangan harap ada cerita salasilah diraja atau kupasan kes AdibahAhmad. Memang confirm tak akan ada. Sebab blog Chika hanya menceritakan cerita yang tak boleh dijumpai di blog blog lain. Ewwwaaah, kedengaran riak sekali. Orang yang penuh kecintaan dengan diri sendiri memang macam neh HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Oh. Mungkin boleh bercerita tentang GILA TALAK kelak. Err. Memang tengah bergelumang dengan masalah GILA TALAK di sini. Anda pernah menyaksikan orang gila talak secara betul kah? Bukan dalam drama TV3, mind you. Pernah kah? Tiba-tiba, saya pernah. Dan kejadian gila talak memang mencuit hati. Lebih-lebih lagi apabila terjadi ke atas lelaki.

Ingatlah. Sebelum membuat tindakan (seperti mentalakkan isteri padahal bukan sebab nusyuz atau sebab-sebab yang kukuh), pikirlah menggunakan anugerah otak yang made in heaven tersebut. nanti gila talak, buruk padahnya. Saya tengok lelaki tersebut pon macam sudah tak siuman.Itupon nasib baik bekas isteri kurang pendidikan dan pengetahuan. Dapat jenis yang bijaksana dan IQ genius, tak ke musnah kehidupan lelaki tersebut dibuatnya? Apa akallah saya dinasihati oleh bapa supaya bersabar dan jangan masuk campur banyak sangat. Kalau tidak, tahulah apa aku nak buat dengan pak cik tersebut. Saya kalau bab membuat aduan dan bertindak agresif memang sangat pandai.

Kepada semua wanita, penuhilah diri dengan pengetahuan yang jitu. Dan lengkapi diri dengan pengetahuan tentang hak-hak kita sebagai wanita, isteri dan ibu. Kalau tidak, sangat rugi. Bercakap berdasarkan pengalaman depan mata.Ingat Allah. Itu paling penting.

Sabar juga sangat penting. Saya sedang belajar bersabar. Dan untuk belajar bersabar, ia menuntut kesabaran yang tinggi. Saya tahu betapa nikmatnya kalau bersabar. Dan betapa nikmatnya juga kalau ditindas. Apatah lagi kalau dianiaya. Sabar. Sabar. Saya harap saya akan gain lebih banyak kesabaran di hari muka (tak tahu kenapa hari pon ada muka) Saya rasa, perkara paling kurang dalam diri saya ialah kesabaran. kadang-kadang macam tak ada langsung. Sebab itulah, setiap kali berjaya menjana kesabaran, berasa macam seorang winner. Nikmat betul.

Okay. Sudah tak tahu apakah arah tuju entry neh. Mari menuju ke katil.

Tawaran jawatan PA

Posted by chika under Uncategorized

Sapa nak kerja jadi PA Chika? (eh eh. Ni lawak ke apa ni apsal tak kelakar?)

Gaji jangan cakap. Sebab memang takda dibagi gaji. Tapi makan minum akan ditanggung ewwaahh. Tak memerlukan lesen kenderaan. Sebab saya akan memandu sendiri. Tugas PA adalah duduk sebelah dan bagi direction sebab Chika kan buta jalan. Selain itu, tugas PA ialah kejutkan saya bangun pagi (exactly macam yang Aizar buat selama ni) bila ada janji nak ke mana-mana. PA yang bagus hendaklah kreatif dan inovatif. Iaitu selalu menyumbang idea bernas dan bercitarasa tinggi. Harus berani menyuarakan perasaan sendiri. Contoh ; jangan takut bagitahu Chika bahawa pilihannya adalah kurang sesuai. Tapi kena pakai ayat yang sangat sopan dan berlapik (pon macam yang Aizar buat). Err. PA jugak tugasnya ialah datang rumah saya tolong buat hantaran, tolong bagi informasi dan carikkan informasi. Sebab Chika memang tak akan google website perkahwinan. Memang tak suka buat kerja tersebut. Memang tak rajin menjenguk website perkahwinan. Sebab takut fikiran ternoda dan jadi terikut-ikut dengan ragam yang tipikal. Tugas-tugas lain ; Temankan Chika. Bercakap dalam kereta macam story teller. Ingatkan macam-macam sebab Chika memang suka hilang ingatan. Menjadi seorang yang setia dan amanah. Tak boleh suka hati bercerita tentang peribadi saya dekat sembarangan orang (aku anti betul orang yang suka cakap pasal private life aku lagi-lagi yang mengaitkan soal siapakah tunang aku) Dan tentunya. Seorang PA kepada Chika kena penyabar dan tahan tekanan. Sebab saya kuat komplen, kuat cerewet, kuat memekak, kuat hangin, kuat belanja, kuat membeli dan kuat harimau (serbuk pencuci kain pon terbabit sekali)

Baiklah.

Sebenarnya saya memang memerlukan pengganti Aizar tapi rasanya tak ada yang layak. Hanya Aizar yang layak untuk jawatan tersebut. Hanya kau yang mampu (Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi ...) HAHAHA. Tetiba menyanyi.

Alangkah beruntung dapat kawan macam Aizar. Dah lah memahami, memahami pulak tu. KAH KAH KAH. Sangat memahami. Disebabkan kesabarannya yang tinggi terhadap saya, saya tak pernah rasa mudah marah dengan dia. Lagipon dia sangat pandai. Bila aku membebel macam dunia ni aku punya sorang, dia tetap dengar dan akan cakap ; Ha. Tu lah. Betul betul. Aku faham. Tapi tak pe. Sabar je. HAHAHAHA. Bukankah sangat baikhati?

Aizar,
Belajar pandai-pandai. Jangan terjerumus dalam geng budak gedik nanti dibenci oleh budak-budak yang macam baik konon. (aik?) Semoga bertemu kekasih sejati, teman yang berbudi di sana. Kasihnya bukan keterpaksaan. Bukan juga kerana dunia. Mekar hidup ini disinari Nur Kasih. Meminjam lirik-lirik Nur Kasih. HAHAHAHA. Banyak betul aksi tiba-tiba dalam entry neh. KAH KAH KAH.

Pesanan lain ; semoga dapat banyak kawan-kawan yang baik hati dan yang penting, tak kedekut. Memang sengsara hidup neh kalau ada kawan yang kedekut (cakap berdasarkan pengalaman yang tak seberapa) Jangan bodek lecturer sangat sebab ia tak berapa membantu. Tak payah puji baju lecturer cantek kalau sebenarnya tak cantek. Sebab itu tak akan membantu pointer peperiksaan anda.

Kalau nak pilih boifren, pilih betul-betul jangan main sambar nanti sengsara sendiri. Saya tahu Aizar suka lelaki kening tebal (macam … ) Tapi kalau kening tebal, akhlak nipis pon tak guna. Yang penting, jangan sampai terlibat dengan pelajar universiti yang kaki joli padahal duit takda. Tapi joli-joli macam banyak duit padahal korek duit pinjaman. Tindakan yang sangat tak berbaloi. Eh eh. Banyaknya nasihat macam emak-emak. Sebenarnya sangat sayang kepada Aizar tersebut sebab itulah berasa perlu membagi nasihat padahal dia tak mintak pon. KAH KAH KAH.

Lagi satu. Jangan lupa balik rumah. Ingat. Ada ibubapa yang merindui di rumah tersebut. Kena balik Cheras setiap minggu kalau ada kelapangan. Sebab lain, ada rakan baik yang hendak kawen dan memerlukan sokongan moral anda. Ewwwaaaah! Sebab lain ; boleh bawak balik baju kotor HAHAHAHA (tiru macam saya)

Err.

Semoga bertemu orang-orang berkualiti di sana. Yang semangat setiakawan yang tinggi (macam yang saya dah jumpa dekat UKM). Jangan berubah secara mengejut (macam yang berlaku ke atas banyak orang yang telah masuk universiti padahal bukan apa sangat pon) INGAT. Grad on time kedengaran mulia. Cubalah capai perkara tersebut. Grad on time.

Oyya. Jangan hesitate sangat untuk bercinta di universiti sebab ibu tak akan marah (I bet) Tahniah sebab tak bercinta dekat sekolah dan kolej. Sekarang dah boleh dah. HAHAHAHAHAHA. Sedang mengkasi perangsang. Gila betullah kepala aku lately.

Okaylah.

Kesimpulan : Tak memerlukan PA baru sebab susah untuk dapat calon yang layak. KAH KAH KAH.

Tak ada lain dah

Posted by chika under Wedding Bliss

Tahu tak kenapa saya jadi malas blog kebelakangan ni?

Sebelum tu, salam Awal Muharram kepada semua Muslimin dan Muslimat. Selamat datang 1430H. Selepas Muharram, muncul Safar. Safar yang ke 11, muncullah Puan Nurul Haizum ehem. Majlis ijab qabul pada 11 Safar 1430H ehem. Okay, jangan cakap benda-benda yang berdehem-dehem sangat. Nanti kepala penat.

Ulang lagi sekali. Tahu tak kenapa saya jadi malas blog kebelakangan ni?

Selain sebab penat, letih, kurang waktu dan sebab-sebab tipikal lain, saya malas blog sebab asyik terikat dengan topik wedding. Bukankah bosan? Makan nasik lauk kicap dengan ikan goreng memang sedap. Tapi kalau setiap hari makan macam tu, tekak pon boleh tunjuk perasaan. Sama macam kes memblog benda yang sama setiap hari. Tak habis-habis ; Hari ni penat dengan wedding preparation. Hari ni keluar carik barang. Hari ni buat hantaran. Hari ni jumpa wedding planner. Hari ni bla bla pelamin %*$#@@$ kasut *&%$# kad jemputan bla bla *&%$$# rindu tunang tolong balik bla bla. HOI! Gila bosan kalau setiap hari memblog benda yang sama. Macam hidup ni didedikasikan untuk naik pelamin semata-mata (padahal memang rasa macam tu sekarang neh)

Tengok. Sedang bercakap tentang wedding jugak. Tengok. Macam mana nak lari dari topik kahwin? Sorry I’m late darling. Ni apsal pulak tetiba cakap orang putih ni? I sound silly when I speak in Malay, you see. Oh, there’s no way to tackle a girl. Eh eh. Tetiba buat iklan Silky Girl.

Nampak sangat tengah bekerja keras tukar topik. Tapi itulah. Tak ada cara nak tukar topik selain buat-buat tersasul dan merepek pasal benda yang tah apa-apa.

Masalah lebih berat. Bila tidur malam pon tak ada mimpi lain dah. Tak habis-habis mimpi wedding. Saya harap malam neh dapat mimpi lain sikit. Mimpi pergi tahan pakcik jual ais krem sambil tiru bunyi loceng ais krem pon tak apa. Sebab dah jemu asyik mimpi wedding. Kalau mimpi yang indah macam pergi honeymoon naik balloon gas tak apa jugak. (Omaigod, bilakah impian naik balloon gas nak tercapai neh?)

Malangnya asyik mimpi ngeri (Bukan mimpi tunang main kayu tiga atau saya buat cinta tiga segi, bukan). Malam semalam saya mimpi ngeri yang aaaa! aaaa! aaa! (bunyi apa neh?)

Saya mimpi :

Hari tersebut hari majlis saya. Tapi saya terlupa. Bangun pagi terus pakai wedding dress. Carik kasut sanding. Tengok-tengok kasut putus. Beads dia bertabur-tabur jatuh berderai (macam kasut murah pulak dah, tak guna) Lari turun dekat hall, tengok-tengok pelamin belum siap. Menangis sampai berhingus. Orang ramai gotong royong buatkan pelamin hodoh untuk saya. Tetiba hujan lebat. Semua tetamu lari bertempiaran (entah lari pergi mana tak tahu). Saya menangis. Sebab majlis tu sangat dahsyat.

Aaaaaa. Apakah punya mimpi tersebut? Tak siuman betul dapat mimpi macam tu. Bangun pagi terus rasa tertekan. Tapi sangat syukur sebab itu mimpi. Oh alangklah indahnya bila terjaga dari mimpi buruk. Sama macam alangkah sengsaranya bila terjaga dari mimpi indah.

Okay. Sejak nak kawen ni saya memang sastera sikit.

Tukar topik jom.

aaaa.

aaaa.

Okay. Topik kita sekarang ialah kahwin. Oh tuhanku. Apakah punya sengsara neh? Langsung tak boleh lari dari topik kawen. Why why oh why? (Meratap nasib sambil tarik-tarik rambut dan muka macam nenek kebayan sangat stress) KAH KAH KAH.

Err.

Wedding updates.

  • Hantaran siap 4 dulang. 2 daripadanya dibuat oleh Ijat (nama lain dia ialah Bibik. Tapi kau jangan berani panggil dia Bibik sebab dia sangat marah dengan nama tersebut HAHA) Saya bangga betul ada adek lelaki yang sangat rajin tolong kakak buat hantaran sampai jam 3 pagi. Petang semalam tolong buat ribbon (Maigod, tak sangka ada adek tangan halus pandai buat ribbon cantek) Semakin sayang dengan adek-adek sendiri. Eceh.
  • Confirmed. Akan pakai baju pertunangan untuk majlis nikah. Sebab? Sangat menghargai baju tersebut. Dihasilkan secara mengejut dan penuh debaran, kecintaan dan magik-magik duniawi. Baju tersebut sangat historical bagi saya. Tidak salah recycle baju tersebut untuk satu lagi event yang sangat miracle iaitu ijab qabul. HAHA. Bukankah aneh? Orang excited buat baju nikah. Chika excited buat baju sanding. Engkau tak faham. Betapa historical dan bermaknanya baju tunang yang lalu. Berasa sangat layak baju tersebut untuk diguna semula untuk majlis nikah.
  • Akhirnya sudah dapat mentol bercahaya di atas kepala. Ting! Tak payah susah-susah sangat pikir pasal tudung. Sebab dah tahu apa nak dibuat dengan tudung. (confirm esok the sweet fiance akan tanya ; Idea apa u dapat untuk tudung you) HAHAHAHAHA. Dia neh memang betul-betul curious punya person :P Yang penting ; tak payah pikir nak hantar jahit beads. Saya dah malas pikir, you know. Sampaikan for certain parts, main cincai-cincai pon ada.
  • Contoh permainan cincai ; Dah dapat sarung tangan dengan sarung kaki secara MUDAH. Padahal sebelum neh punyalah mencari sakan. Nak yang like that, not like this. Have to be like that, not like this. Tetiba petang tadi beli jugak yang so-so. Padahal kalau tak fussy sangat, dah beli sejak dua bulan yang lalu. Cincai, you see. Tapi tapi tapi. Kalau jumpa yang better, harus TAK NAK lah yang telah dibeli petang tadi. Emak kata beli je, in case tak dapatlah pulak last minute nanti. Okay. Kena dengar cakap emak.
  • Yeah! Hafiz akan bekerja untuk wedding saya yahooo!. Eh eh. Tetiba nak yahoo. Tak tahu kenapa kena yahooo. Tapi saya tahu rakan-rakan sangat gembira kalau tahu kemunculan Hafiz and the gang. Abah kelihatan sangat berminat. Dah confirm. Esok kena hantar aturcara kepada dia. Aiseyyyyy. Nampak sangat tak dapat tidur lepas neh sebab kena buat aturcara.
  • Dah susun program untuk majlis khatam Quran dan marhaban. Kami akan khatam secara adek-beradek insyaallah.

Wooooooooooooo. Wedding wedding wedding! Keluar skang!

Tukar topik.

Aizar dah masuk UiTM. Bye bye Chika. Dah tak ada PA. Sapa nak keje jadi PA?

-bersambung

MENGENAKAN RAKAN.

Posted by chika under tag

1. Do you think you are Hot?

Kadang-kadang saya suka perasan macam SUPERSTAR. You know, macam lagu Jamelia.

Err. Masalahnya, memang suka sangat berangan macam HOT. Buat orang panas hati je kan? KAH KAH KAH. Chika boleh cakap betul-betul tak sesekali? HAHA. Okay. Saya tak tinggi macam Dynaz (lampai apatah lagi) Tak langsing macam Maya Karin (eh eh tetiba Maya Karin pulak). Tak ada mata cantek macam Karisma Kapoor. Long sexy leg macam Victoria Beckham apatah lagi. Err. Bagaimana dengan dimple yang manis macam Pretty Zinta? Hidung cantek macam Linda Jasmine? Semua tak ada.

Tapi. Cuma kita bayangkan kombinasi-kombinasi wanita cantek ni. Bayangkan ;

Muka Dynaz + Maya Karin + Karisma Kapoor + Victoria Beckham + Pretty Zinta + Linda Jasmine.

Kalau dah campur aduk kesemua jelitawan neh, bukan menghasilkan muka yang aneh dan mungkin buruk ke? HAHAHA.

Eh eh. Panjangnya membebel. Padahal jawapan dia cuma nak kata ; Chika tak hot. Tapi macam boleh tahan juga. Lagi manis dari anak jiran bawah bukit yang suka curik rambutan orang tak bagi salam. Tadi kami makan rambutan ramai-ramai tapi rambutan tu sikit.Tapi makan ramai-ramai. Tapi rambutan sikit. Tu lah masalahnya dalam masyarakat kita. Suka berebut benda yang sikit. Macam kes berjuta-juta perempuan yang gilakan seorang Edward Cullen. Dah lah Edward Cullen ada satu.

Suka sangat merepek tiba-tiba.

2. Upload your favorite picture.

Buat masa ni, inilah dia foto kegemaran. Ada foto kegemaran yang lain ; yang baru digemari sejak malam semalam. Tapi tak boleh kongsi ramai-ramai nanti buruk padahnya. KAH KAH KAH. Tapi sangat gembira sebab dah kongsi dengan Adian sambil ketawa sampai keluar hingus. (Tak tahu apa kaitan ketawa dengan hingus tapi takpe) Sangat tak tahan dalam jiwa. Rasa nak upload saja foto ‘cacat’ tersebut dan buat bodoh macam tak bersalah apa-apa. Tapi takut berdosa masuk neraka sebab menyebarkan aib orang lain. Nanti ilmu tak berkat. (eh, tetiba teringat ilmu). Maksud saya, saya bergurau. Jangan buzz Nurul mintak gambar. Ingat Allah.

3. Why do you like this picture?

Sebab-sebabnya adalah kerana ;

  • Dirakam sendiri oleh Beh. Keghi datang join bawak muka tak berapa siap tersebut.
  • Muka Beh dengan Keghi macam sebuah reflection to each other (Baru perasan semalam). Tengok element muka mereka. Sangat berkesinambungan.
  • Saya rasa foto ni comel betul. Jarang dibuat oleh kebanyakan lelaki perasan gagah. Padahal kegagahan lelaki tak musnah sama sekali kalau sesekali ambik gambar macam ni.

Pesanan iktibar : Jangan suka sangat buat aksi maut dalam kamera rakan. Bukan semua rakan ada hati perut. Dapat rakan muka manis tapi suka keluar tanduk syaiton malam-malam (ehem), habis gambar anda kena sidai sana sini. KAH KAH KAH. Atau pengajaran lain, jangan percaya dengan rakan. Atau lebih detail lagi, jangan percaya Nurul and the gang. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. gimme five!

Tengah tunggu ilham dan semangat untuk upload aksi rakan yang lain pula. Mungkin aksi ‘MANGGA’ tepi tingkap. Atau aksi Ainul melekat dekat pintu macam STAR. Aksi Shida nyanyi dangdut tapi macam Ultraman pon tengah tunggu masa je nak disidaikan dalam internet. HAR HAR HAR. (Banyak betul syaiton dalam dunia yang fana ini)

4. When was the last time u ate pizza?

Dekat KLCC tempoh hari. Pizza bukanlah my cup of tea (memang la Pizza bukan sejenis tea) Anyway. Takda hairan sangat dengan Pizza. Bukan kegemaran. Sebab ayam goreng lagi sedap. Nasik lemak pon sedap. Makan dengan rakan-rakan pada jam 2 pagi dekat Ameer Ali. Sambil makan tengok bola. Wah wah. Macam orang kaya. Lagi seronok kalau pergi naik motor dengan Ainul dan berangan macam tengah berlakon filem Janji Diana. Hoi hoi apa neh tergelincir cerita banyak sangat.

5. The last song u listen to?

“Aku yang asli di dalam mekar, bila terbit mentari…”

Lagu Ziana Zain tapi nyanyi secara sendiri. KAH KAH KAH. Itulah. Siapa suruh bukak topik Ziana Zain siap dengan lirik dalam Facebook. Susah betul dapat kawan-kawan hebat merepek neh. Ececeh.

6. What are you doing right now besides this?

Main Facebook. Tahukah apa yang seronok tentang Facebook? Boleh main balas-balas komen dalam album rakan-rakan. Sambil membagi komen, boleh menyindir rakan-rakan atau berkias-kias mengenakan kawan. Selain itu boleh tag macam-macam. Contoh ; Bola sakti. Tag dekat perut rakan. Bukankah perbuatan terlampau? Kalau pensyarah tahu mesti sebak sebab dapat students macam neh. Selain itu, boleh berbincang tentang Pussycat Dolls pakai bengkung. Oh. Seronoknya main Facebook dengan rakan-rakan studio. Selain itu, boleh juga bergadoh dengan rakan. Iaitu buat-buat terlupa nak tag nama rakan yang tidak disukai. KAH KAH KAH.

7. What name u prefer besides yours?

Wahyu Madinah.

Ini nama pekerja Indonesia emak saya. Saya rasa nama tersebut sangat indah. Tapi saya bersyukur sebab nama saya Nurul Haizum dan bukannya Maria Bellina. Apakah punya ‘jelly’ nama tersebut? nasib baik emak saya kalah masa fight dengan bapa saya ketika mempilihkan nama untuk saya. Kalau tak, terpaksa guna nama Maria Bellina sampai mati. Dan nurulism.com tak akan wujud. Sebab mungkin akan guna nama Belle.com. Oh-puh-lis-lah. Menjijikkan.

8. People I Tag

Saya akan tag rakan-rakan studio yang kuat merepek. Dan saya harap mereka akan hasilkan sebuah entry hebat yang sangat hebat.

  1. Farah Diana yang suka muncung lips konon-konon nak kalahkan Babe tapi jangan harap. Babe memang hebat. Dia adalah Angelip (Angelina punya lip) Tak percaya, boleh imbas tragedi raya di rumah En. Irfan (padahal aku takda masa tu tapi buat-buat macam tahu sangat)
  2. Adian Akmar yang pakar pasal korset. Kalau nak tahu pasal korset, mintak video pussycat dolls dari dia.
  3. Fievelskirensler atau Gedix. Blog dia memang merepek hebat sampai boleh tension gugur rambut dibuatnya.
  4. Shida ratu dangdut yang lupa password blogspot sampai kena buat blog wordpress. Tapi dah seribu tahun takda update blog. Mungkin sebok jadik part time penyanyi dangdut.
  5. Aisyah yang kononnya baru nak bukak blog tapi tiba-tiba sign out. Aku harap engkau ada pendirian yang teguh untuk memblog. Ayuh ayuh! Jadikan tag ni entry pertama anda. Ececeh.

9. Who is No.1?

Farah Diana adalah pelajar yang bekerja keras muncungkan mulut ketika bergambar. Selain itu, dia adalah bekas rumet yang memelihara kura-kura jantan dalam bilik asrama wanita. Nama kura-kura tersebut ialah Maeyl (konon-konon macam nama Mat Saleh padahal sebut Mael je). Dia pandai swimming style ‘anjing’ (omaigod) tapi Nurul tak pandai-pandai buat style tu. Kalau nak buat je mesti tak jadi. Tiba-tiba tenggelam masuk dalam air dan terkapai-kapai macam berlakon babak lemas. Err. Tidak dilupakan. Farah Diana adalah peminat Piere Andre yang agak fanatik. Tak faham kenapa dia minat Piere Andre sebab Pyan Andre macam lagi hebat (aik? sapa pulak Pyan Andre neh?)

Kenapakah saya sangat ghairah mengkenakan rakan-rakan hari neh? Sampai Pyan yang tak berdosa pon boleh kena sekali.

10. No.3 is having a relationship with?

No 3 is having a relationship with no. 4. Tak percaya? KLIK SINI. Tapi hubungan mereka diganggu oleh sekeping roti canai. Work harder, Shida! Work harder! Takkan kalah dengan roti canai.

11. Say something about No.5

Aisyah ialah pekerja sosial jabatan seni bina yang ringan tulang. Memang dia ringan tulang pon. Tengok pon dah tahu. Memang ringan. Selain itu, dia juga menggunakan status ; Dengarlah Melatiku pada YM beliau. Tapi saya tak tahu apakah Melati yang dimaksudkannya. Tapi tak apa. Aisyah ialah antara rakan kesayangan saya. Dia duduk sebelah meja saya semasa di studio dulu kala. Hobi dia ialah mengkosongkan meja sebelum pulang ke rumah. Dan hobi saya pula ialah tumpang meja dia yang kosong tersebut dan mensemakkan meja dia dengan barang-barang saya. Esok pagi dia datang mesti histeria tengok meja dia macam tong sampah ke apa. KAH KAH KAH. Nampaknya kami sangat simbiosis. Hobi kami saling melengkapi each other, bukan?

12. How about No.4?

Shida ialah penyanyi pusat karaoke (padahal baru dua kali pegi). Saya gembira ada kawan macam dia sebab dia unik. Dialah satu-satunya manusia dalam dunia ni yang berciri dangdut sejati. Nyanyi lagu Amy Search pon berciri dangdut. Apatah lagi bila menyanyi dangdut. Dia juga adalah rakan sama-sama JAKUN dengan saya. Kami sangat JAKUN dapat pegang mikrofon sampai orang lain tak merasa. Padahal semua orang bayar, tapi kami berdua telah gila kuasa tak ingat dunia lagi. Oyya. Shida juga adalah orang yang pergi teman Anuar tengok kereta tempoh hari. Wah wah. Macam suami isteri pergi beli kereta. So sweeettt.

13. Who is No.2

Adian adalah tukang upload photo paling hebat di Facebook. Dia juga tukang komen foto paling tangkas. Sampai saya jadi terfikir, mungkin dia menginap di Facebook 6 hari 7 malam. Mungkinlah. Adian juga merupakan tukang download drama, movie etc terpaling hebat yang pernah saya jumpa. Sampai semua movie pon boleh dikatakan diperolehi dari dia. Dia sangat pandai mencurik cable internet dari ‘besfren’ dia dan peristiwa itu sungguh mencuit hati. Terbaru tentang Adian, dia telah selamat merakamkan foto bersama ‘besfren lagi satu’ sambil tersenyum (tapi dalam hati siapa yang tahu) Kami semua sangat bahagia mentengok foto tersebut sebab dah lama tak ada foto yang menggabungkan meraka dalam satu gambar. KAH KAH KAH. Err. Jangan lupa sebut. Adian membuatkan saya sedar. Bengkung, korset dan pussycat dolls adalah tiga perkara yang berbeza.

Selebihnya untuk sesi MARI MENGKENAKAN RAKAN, boleh saksikan SELEKSI FOTO KAMI.

.

.

Ini entry TAG dari Mrozaidi. Terima kasih sebab tag saya. Waktu yang sesuai untuk membuat entry Tag adalah ketika ; Tak ada modal. Atau ketika ada modal, tapi tak ada bisnes. Aik? Tak fahamlah bukan? Err. Bukan memang biasakah, blog neh kasi entry yang sukar difahami? HAHAHAHAHA.

Hari Lahir Abah

Posted by chika under Uncategorized

Terkilan membaca blog-blog pada hari ini. Semua bercakap tentang hari natal, santa claus hadiah mana? dan pastinya ucapan selamat hari natal kepada semua penganut kristian. Terkilan sampai tiba-tiba terbuat entry pasal hari natal juga (padahal memang tekad tak mahu buat).

Memandangkan saya bukan penceramah bebas, dengan ilmu agama yang setitik cuma banyaknya, janganlah saya menceramahkan orang nanti kena serangan hendap. Confirm akan dipenuhi dengan komen ; Hoi Chika macam bagus!

Memang tak berapa nak bagus. Tapi rasanya ingin berkongsi suatu nasihat juga kepada rakan-rakan sepedoman sekelian. Jangan mentengok dari siapakah datangnya nasihat, tapi pandanganlah pada apa yang akan dinasihati ini.

Saya harap tak ada rakan-rakan yang bergembira meraikan hari natal hari ini (Tentunya berdosa) Kenapa berdosa? Tak payah bebankan sangat kepala kita yang tak berapa hebat dalam ilmu agama ini. Cukuplah kita tahu, hanya satu perayaan yang direstui Allah dan selebihnya akan membawa kepada perbuatan syirik. Err.. bukan takutkah? Membuat syirik lebih menakutkan daripada bertarung dengan naga berapi, anda tahu?

Kedua. Jangan suka-suka sangat mensebut tentang santa claus. Apatah lagi mengharapkan hadiah-hadiah yang memukaukan dari Santau Claus tersebut (walaupun gurauan). Ingat Allah ingat Allah. Jangan suka-suka sangat bermain dengan Santa Claus. Dikhuatiri, kita akan menidakkan Aqidah Islamiah kita. Wallahualam.

Ketiga. Tidak perlu bersikap muhibah secara membuta tuli. Mengucapkan selamat hari natal kepada rakan-rakan dengan begitu gembira sekali. Alasan, ianya sesuatu yang muhibah, come on man! Muhibah dalam Islam ialah menghormati agama lain tetapi bukan tunduk dan memperakui kepercayaan agama lain. Tauladannya, tidak perlu menghebah-hebahkan ucapan ke seluruh dunia (apatah lagi dengan bangga dan jiwa yang sangat gembira). Sebab? Sila rujuk YANG LEBIH ARIF. Saya harap anda semua sudi membaca artikel tersebut dan tanam dalam jiwa supaya tidak buat lagi.

Berbuat baik pon ada caranya. Sebaik mana pon kebaikan anda (seperti cuba menjadi muhibah dengan sama-sama berseronok dan berkongsi ucapan hari natal), ianya tetap dalam syarat-syarat tertentu. Iaitu kebaikan yang tidak menjurus kepada perbuatan syirik. Lebih baik jangan buat kebaikan yang kononnya muhibah tersebut daripada terjadi syirik kelak. Err.

Saya juga pernah buat dulu. Sampai ditegur oleh bapa dan guru-guru. Sangat insaf.

Ada banyak cara untuk menjadi muhibah. Muhibah dan dalam masa yang sama, tidak melakukan syirik yang tidak tersengajakan.Dan yang penting, tidak menimbulkan permusuhan kaum.

.

.

.

25 December 2008. Saya gembira sebab hari ini bapa saya berusia 48 tahun. Beliau sihat walafiat dan dikurniakan usia lagi untuk bersama kami sekeluarga. Saya gembira sebab bapa seorang yang baik hati. Seorang yang bertanggungjawap dengan keluarga, agama, bangsa dan negara (negara? saya tak pasti HAHA) Saya gembira sebab bapa saya lahir pada 25 december. Jadi, saya sentiasa ada alasan untuk membuat entry selamat hari lahir bapa dan bukannya selamat hari natal.

Bapa saya ialah lelaki terbaik yang pernah saya jumpa. Emak kata ; Kalau dapat lelaki macam abah, hidup memang perfect. Saya sangat gembira sebab bapa saya masih dikurniakan kesihatan dan dapat terus beribadah dengan baik. Semoga Allah SWT terus bersama dengan bapa saya. Dan kami sekeluarga tentunya. Oh, sekarang saya hendak menitikkan air mata sebanyak beberapa titik. Sebab saya rasa, bapa saya sangat hebat sampai saya berasa terharu.

Saya kagumi sifat bapa saya. Seorang penyabar. Pemaaf. Pemurah. Baik hati. Tidak pernah bercakap keburukan orang lain. Tegas dan hanya berminat bercakap tentang keluarga, ilmu-ilmu dunia akhirat dan ketuhanan. Kalau cakap pasal jiran sebelah anak dia tak balik rumah selama tiga malam, confirm kena marah dengan bapa. HAHAHAHA. (Biasalah, Chika kadang-kadang suka sebok sebab selalu tercuri dengar perbualan orang sebelah. Siapa suruh cakap terpekik-pekik)

SELAMAT HARI LAHIR, ABAH.

Kredit : http://al-fikrah.net