Archive for November, 2008

21 November

Posted by chika under Uncategorized

Hari suci bermula officially today!

Walaupun dah lama ‘menyucikan’ diri…
Tetapi sebenarnya hari inilah hari suci yang sebenarnya.

Vocab of the day
Hari suci : Holiday.

Pagi tadi exam paper terakhir. KEMAHIRAN MENULIS. Sangat seronok menjawapnya. Terima kasihlah kepada rakan taulan yang berkongsi soalan spot. Aku suka soalan spot. Biasanya, aku akan berdoa supaya pensyarah yang baik hati seperti ini dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. HAR HAR HAR! Ada juga yang tidak mahu main spot-spot. Sangat tak gerek pensyarah macam ni. Haaa… saya bergurau saja. Hi, pensyarah! *kami kena tapis struktur dan penggunaan ayat kerna blog kami dipantau oleh pensyarah juga*

Semalam petang, balik UKM. Lepak studio sampai pukul 11.30 malam. Berpeleseran dengan Ainul. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Ainul kerna telah meng’bakar’kan lebih dari sepuluh jenis filem untuk aku. Maka, aku akan membunuh waktu dengan menonton movie yang tidak berdosa. Atas faktor terdesak, petang tadi aku telah menonton Impak Maksima. Filem Melayu. Filem Melayu main Drift. Layankan aje. Awal Ashaari cute. Apa salahnya luangkan waktu menonton lakonan beliau. Hmmm… best jugak drift. Tapi kereta aku tak sesuai dibuat drift. Tunggu ibubapa membelikan Nissan Skyline buat saya sebijik dua. (Maknanya… tak akan la tu)

Malam semalam, seperti malam-malam peperiksaan kebiasaannya… saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya tak suka kalau tidak membaca menjelang peperiksaan. Waktu ni, orang nak panggil aku ulat ke, nerd ke, diva ke, datin ke, sukahatiengkau la. Sebab kalau tak baca buku, aku berasa seperti seorang yang hendak ajal keesokan harinya. Tetapi sambil membaca, aku mesti melakukan aktiviti sekunder yang kalau dibuat lebih kerap hukunya menjadi makruh. AHAHAH. Maksud aku, melakukan perbuatan sia-sia seperti berhenti seketika untuk menyanyikan satu lagu sampai habis. Ataupun berangan beberapa scene. Dan semestinya berfoto-mania :


Ini soalan spot yang langsung tak tepat.
Siapala yang tikam soalan ni agaknya.
Bukan main syok aku menghafal.
Lagi syok dari menghafal lagu Muse.


Verangan. Kalaulah kami dapat buat rampasan kuasa dekat bilik yang baru siap dibina kat tingkat dua… pasti menarik. Tadi aku, Ainul dan kembar dah berangan sepanjang beberapa episod. Kononnya ada hati nak ‘menduduki’ bilik baru buat kat atas tu. Itu bilik pensyarah. Siap dengan counter bagai. Kami bercadang, kalau berjayalah agenda rampasan kuasa kami, kami nak bukak cafe dekat studio. Jadi, bolehlah kami belajar sambil bisnes. Angan-angankan percuma… Rakan-rakan studio yang lain, ada impian yang lebih baik untuk dikongsikan? Yang related dengan bilik baru di atas ye.


SELEPAS EXAM
Exam pukul 8.30 pagi. Punyalah pagi. Punyalah aku tak nak bangun. Punyalah aku tak nak exam. Punyalah mata aku tak boleh bukak. Tapi aku pergi mandi juga setelah bunda call banyak kali dan bising-bising.

Kami ni cemerlang tau! Keluar awal setengah jam. Perkara pertama yang dilakukan ialah melaungkan kegembiraan. Perkara kedua ialah bergosipan ringkas. Perkara ketiga ialah lunch di cafe fakulti buat kali terakhir utk semester ini.

Ainul snap gambar makanan. Dia kata, kenang-kenangan hari terakhir makan dekat cafe. Macam nak grad je rasa. Engkau ni! Spekulasi betul … Oh, ha! Kawan-kawan, yang melambak udang tu Ya punya pinggan. Sekian terima kasih.

Ai, Nurul
Selepas lunch, buat aktiviti kegemaran yang agak hina.
Kalau lepas lunch, duduk diam dan tertunduk bisu… nanti kesihatan terjejas.
Orang kat studio ni dah lali.
Mereka dah tak rasa apa-apa melihat aksi seram-seram sejuk macam ni :




Ada foreigner jeling-jeling tengok kami. Nak kata kami buat bising kacau kerja dia, kami cuma bergambar, bukannya rakam album solo. Mungkin beliau tak merasa kot zaman-zaman teknologi berfoto-mania pada era remaja beliau.
Lepas puas mengetik kamera dan akhirnya kebuntuan aksi, kami pulang ke kolej kediaman yang cantik macam hotel binang lima tu.Check out, dan lekas-lekas berambus meninggalkan kolej idaman ramai itu.

21 November 2007
Source : nuruloveme.blogspot.com

heartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasikheartblinkie.gif image by klasik
KAH KAH KAH.
Hari ini 21 November 2008.
Tak sangka. Itu yang saya buat setahun yang lalu.
Masih belajar di UKM.
Dengan aksi remaja tipikal.
Dan langsung tidak terlintas…
Bahawa.
Setahun dari detik itu,
Saya akan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan.

See.
Kita tak pernah tahu apa yang berlaku esok.
Lusa.
Dan seterusnya.

Apakah saya lakukan pada 21 November 2009?

Gambar basi

Posted by chika under Uncategorized

Anda pernah perasan tak? (Bukan perasan cantek atau perasan langsing) Tapi anda pernah perasan tak. Bila anda pergi ke sekolah rendah anda ( tempat anda belajar dan bermain tengteng 15 tahun lalu), anda rasa diri anda sangat besar dan semua benda lain di sekolah tersebut adalah kecik.

Pernah?

Tak pernah tak apa. Lain kali cuba amati. Cuba naik tingkat dua bangunan sekolah rendah anda. Berdiri dekat corridor tersebut. Anda akan rasa betapa rendahnya corridor tersebut. Meja-meja dan kerusi-kerusi pon bersaiz kecik. Sangat human scale. KAH KAH KAH.

Kalau pergi tengok pasu bunga (yang dulu tempat anda berteduh atau menyorok nak terkejutkan kawan), sekarang pasu tersebut nampak terlalu kecik. Semualah bagaikan kecik. Mungkin anda tak ada perasaan tersebut. Tapi setiap kali pergi melawati sekolah rendah (padahal sudah bertahun takda lawat), saya akan merasakan bahawa semua sekali yang ada di sekolah tersebut adalah kecik.

Satu. Mungkin perasaan saya yang membesar.
Dua. Mungkin perasan macam besar.
Tiga. Mungkin cuba membesarkan diri.
Empat. Mungkin kita tak sedar bahawa telah terlalu lama kita meninggalkan zaman kecil tersebut.

Sampai kita tiba-tiba terkejut. Sebab kita telah membesar. Dan objek-objek pada sekolah rendah tersebut dirasakan terlalu kecil untuk kita.

Rakan-rakan sekolah rendah saya.
Saya. Aizar. Syazwan. Syafiq. Azhani. Marlia.

Dulu ketinggian kami lebih kurang. Kecuali Syafiq tersebut. Dia memang panjang sejak kecik. Tak tahu emak dia bagi dia makan apa sampai dia boleh tinggi macam tu. Saya harap emak saya pon bagi saya makan benda yang emak dia bagi dia makan (Anda tolong faham sikit maksud ayat neh) Tapi tak apa. Walaupon saya sedih mentengokkan diri sendiri yang rendang, tapi saya gembira sebab saya macam comel di dlam gambar. (Puji diri sendiri. Nak kena get out ka?) KAH KAH KAH.

Yang ini Astri Fadhilah. Kenal sejak tingkatan empat. Dia pindah KL dari Sarawak. Dan pada ketika itu saya sangat tegang mendengarkan slang sarawak dia yang tidak berkesudahan. Pada mulanya kami tidak berkawan ( Dan Astri pon dulu selalu menuduh saya sombong sebab takda tegur dia yang kononnya budak baru) HAHA. Sekarang kami rakan baik. Kami punya baik tu, sampaikan sijil kursus kahwin saya pon ada pada dia. HAHA. Dan tidak dilupakan, tupperware emak dia ada pada saya. HAHA. Sangat rapat bukan? Sampai suka membuat harta barang dia?

Kenapa saya suka Astri : Sebab dia selalu ada walaupon macam tak berapa nak ada depan mata. HAHA. Dan saya cemburu kerna dia sudah beli tote bag baru yang ada gambar ultraman bunga-bunga. Apa jenis ultraman lah bukan? Mungkin ultraman pondan. Tapi tak apa. Saya tetap cemburu. Pernah usha bag tersebut beberapa kali tapi tak beli sebab asyik sengkek. Kesian betul. Kesian siapa pulak neh? HAHA.

Kenapa kami rakan baik? Sebab kami semua tak bekerja. Menganggur. Tak mendatangkan hasil.
Alasan : Menghabiskan waktu berkualiti untuk menemani emak.


Azhani dan Marlia.
Dua-dua kawan baik semasa sekolah.

Jullian dengan awek. Siew Ling nama awek tersebut. Saya harap mereka gembira bersama. Macam lagu My Heart ; Our love will stay in my heart … my heart …

Macam biasa. Mesti ada gambar gegar. Gambar gegar pula boleh dimanipulasikan sebagai satu seni tak sengaja. Dan Chika pula telah menoleh daripada kamera. Itupon seni juga. Tolong faham sikit.

(A)

(B)

Entry ni macam bosan lah bukan? Apa kata kita main satu game? Iaitu SPOT THE DIFFERENCE.

Saya akan mensenaraikan perbezaan gambar A dengan B. Seberapa banyak yang saya boleh.

  1. Gambar A muka Chika comel. Gambar B pula telah menjadi cute
  2. Aisyah telah membukakan matanya pada gambar B.
  3. Gambar A, Chika membuat tangan ala-ala aksi nasyid. Manakala pada gambar B, Chika lebih santai.
  4. Farah telah membagikan senyuman yang berlebihan pada gambar B manakala senyumannya tak berapa nak jadi dalam gambar A.
  5. Kepala Aizar lebih teleng dalam gambar B berbanding gambar A.
  6. Farah telah mentukarkan pose tangannya pada gambar A dan B. Tapi dua-dua pon tak ada beza sangat.
  7. Semua orang nampak lebih selesa dalam gambar B berbanding A

Anda ada jumpa perbezaan yang lain?
Okay simpan dalam hati.
HAHA

Gambar : Semasa open house rumah Aizar Syawal yang lalu.
Oh. Gambar basi rupanya.

Malam itu kami sengsara

Posted by chika under Uncategorized

Syawal lepas punya cerita (SYAWAL)

Malam itu kami bersiap mengenakan busana lengkap aidilfitri ( perkataan BUSANA saya belajar dari rancangan Formula Anggun ; Astro Oasis ) Saya, Aizar, Astri dan Izzul Haizat ( tak ada blog, tapi sangat pandat membuat ayat. Mungkin nanti kena belajar membina blog. Tapi tak payahlah susah-susah nanti kena fight dengan kakak sendiri)

Sepatutnya malam tersebut kami menghadiri open house En. Ismar (pensyarah kami yang meng-kelakar-kan kami KAH KAH KAH) Kalau pergi ikut kuliah dia, mesti gelak macam nak jahanam perut. Sangat sengsara. Dan oh, jangan lupa sebut! En. Ismar ada anak lelaki cute (tak lama lagi dah besar ada potensi jadi handsome) Nama dia Aiman. At least saya kena bangga sebab Aiman pernah salam dan cium tangan saya. KAH KAH KAH. Semoga Encik Ismar tersebut takda membaca luahan hati Nurul ini. Kalau tak memang naya muka sebab terkantoi usha budak sekolah rendah. HAHAHA. Tapi tak apa. Saya sayang tunang saya sebab tunang saya lagi tinggi dari Aiman. Aik? KAH KAH KAH.

Puchong memang sebuah tempat yang tak guna. Confirm orang Puchong cakap dalam hati : Cheras lagi tak guna! KAH KAH KAH. Never mind. Tapi memang tak berguna betullah Puchong tersebut (hakikat). Town planning semacam fail. Carik punya carik seksyen yang dicarik. Tapi tak jumpa-jumpa. Saya tak peduli. Sekarang kena cakap lagi sekali : Memang tak guna lah bandar tersebut. Dan pembaca dari Puchong pon balas balik : Cheras lagi tak guna! HAHAHA. Hep! Jangan berani mengkutuk Cheras. Tahukah kenapa Cheras istimewa? Just because I live in Cheras lah! HA-HA-HA. Bukankah perenggan neh macam buat orang bengang?

Disebabkan pada malam tersebut telah mendriving dari lepas maghrib sampai ke pukul 9.30 malam ; semata-mata mencarik rumah pensyarah (yang ada anak cute tersebut). Chika pon naik hangin. Rakan-rakan di belakang kedengaran sedang mencaci maki segala. HAHA. Memang satu malam yang tertekan.

Perut lapar. Call Jullian. Ajak keluar makan ikut kami. Sebab orang Cheras manalah biasa dengan bandar Puchong yang jahanam tersebut ( anda pon cakap : Cheras lagi tak gunalah!) HAHA. Jullian cakap ; emak dia tak ada. Dia kena jaga rumah. Aik? Mungkin rumah dia ada kaki. Kalau tak dijaga rumah tersebut akan lari dari rumah (?) Anehlah bukan? Never mind. Jullian memang anak yang baik. Beruntung Siew Ling (eh eh, tiba-tiba pulak)

Akhirnya kami berempat putus asa. Bukan putus asa sebab lemah (eceh) Tapi sebab sudah lapar sangat. Kalau lagi lama berpusing di bandar Puchong tersebut, habislah signboard highway di bandar itu kami makan. Celup dalam nescafe panas. Rangup. ( menunjukkan betapa kelaparan malam itu. tolong faham sikit)

Kami pon berbincang dengan muhibah. Hendak makan dekat mana? Kejap KL. Kejap Sunway. Kejap balik Cheras. Tiba-tiba sampai Bangsar Village. KAH KAH KAH. Malam yang magik. Kami pon makan Mc D. Sebab Mc. D yang paling nampak.

Baiklah. Sebelum anda semua meneruskan bacaan. Tolong tahu ; gambar-gambar di bawah akan buat anda menyesal masuk blog Chika sebab Chika nampak buruk betul dan selekeh macam tak terurus ( Matilah esok hit blog aku turun. Confirm) HAHA. Abaikan perempuan buruk dengan aksi selekeh di bawah. Dia tengah lapar sampai muka dia buruk (tak ke pelik) HAHA. Yang penting, lepas tengok aksi buruk saya … anda janganlah menyesal dan delete blog saya dari blogroll anda (-_-”) Tolong simpati sikit. Perempuan buruk pon manusia jugak. KAH KAH KAH.

Perempuan buruk yang kelaparan sampai buruk.

Kalau emak tengok gambar ni, mesti emak sedih. Sebab tak sangka anak dia buat perangai macam anak Somalia. Kebulur sangat kah? Iya, kebulur secara sangat! Engkau mana faham perasaan orang kebulur (dah la keluburu, sesat, dan tak dapat pulak makan free) Sengsara betul.

Selain kebuluran sampai buruk, perangai pon terjejas sama. Tolonglah jangan lari dari blog neh ok. HAHA.

Okay confirm. Lepas tengok gambar ni, semua akan histeria. Tapi macam yang sudah disebut di atas, perempuan buruk pon manusia juga. KAH KAH KAH. Janganlah sisihkan dia hanya sebab dia buruk dan memakai baju merah. Power Rangers Merah lah katakan.

Saya harap rakan-rakan yang pergi open house rumah pensyarah tersebut akan tahu bahawa saya tetap dapat makan. Bukan satu, bukan dua, malah tiga puloh french fries sekaligus. (engkau ada ke? ada? tak ada kan?) HAHA. Okay. Memang aku jeles sebab tak dapat pergi makan free. Sebab tu jadik buruk dan selekeh. Sebab kecewa.

Rakan baik dengan adek saya. Yang sama-sama kebulur sampai tertekan jiwa.

Walaupon kecewa, Aizar tetap senyum dengan begitu ikhlas sekali. Eceh.

Mana mungkin tak senyum.
Sebelum kami mensantap Mc. Donald tersebut, kami telah shopping Little Black Book. (bukan membeli buku hitam lah. Shopping buku mana seronok! HAHA)

LITTLE BLACK BOOK.

Pada malam yang kecewa tersebut, kami macam anak-anak terbiar sekali. Merayap di sekitar Bangsar Village jauh-jauh malam. Padahal kalau ibubapa tahu pasti buruk padahnya. Kata dekat emak pergi open house. Padahal pergi merayap dekat Bangsar. Nampak Little Black Book. Masuk.

Syurga.

Aik? Masuk syurga?

HAHA. Butik tersebut sangat menarik. Price range dia sangat berpatutan (tak ada yang tak patut) Kami pon histeria kejap. Keluar dan membawa plastic bag. HAHA. MAna tak syurga kan. Terus lupa tentang kecewa tak dapat makan free rumah pensyarah. Lupa juga hasrat nak jumpa Aiman. Sebab sudah dapat sehelai baju. Lupa dunia kejap. HAHA. (senangnya lupa dunia) KAH KAH KAH.

Ini website dia. TApi kalau pergi butik dia lagi rock and roll lah bukan?
www.littleblackbookmy.blogspot.com

Ini pula apakah? Ini potret kegembiraan. Mereka sangat gembira di rumah pensyarah tersebut. Sedangkan ada rakan mereka yang sengsara. Tolong faham sikit. HAHA. Okay. Saya memang sakit hati tengok gambar neh. Sebab saya cemburu buta. Terima kasih.

Sumber gambar : www.mylifeasame.blogspot.com

Puchong memang tak guna!
Suara latar : Cheras ar tak guna!

Hep! Ko jangan kutuk Cheras.

KAH KAH KAH

Facts and Habits

Posted by chika under Uncategorized

This girl tagged me. (Sebenarnya saya ada banyak tag bersepah-sepah tak dibuat. Saya mintak sorry) Kalau tak puas hati sila datang sini dan cakap : Chika apsal tak buat tag aku? Nak kena belasah? HAHA. Lepas tu kalau Chika pon membalas balik like : Cantek sikit nak belasah aku! Kau kenalah terima. KAH KAH KAH.

Okay. Habits and Facts.

  1. Paling pantang kuku panjang.
    Nanti berasa selekeh dan tidak hygienic. Malah Nabi SWT pon sangat marahlah bukan dengan orang yang menyimpan kuku.

    Nasihat berguna : Tolong potong kuku dan jaga kebersihan.

  2. Suka main LEGO dengan PLAY-DOH
    Permainan sepanjang zaman. Tak pernah dilupa sampai mati. HAHA. Sangat enjoy bermain LEGO mencipta macam-macam. Contoh : membuat pistol. Dan lawan pistol siapa muncung dia paling panjang. Lawan pon bukan dengan orang lain. Dengan adek-beradek sendiri. Semasa kecil juga mempunyai set lengkap permainan Play-Doh. Tapi emak sangat pantang kalau tengok anak dia main Play -doh. Sebab anak dia ni akan merosakkan carpet dia dengan permainan tak berfaedah tersebut. Menyirap darah wo. Kenapa seronok : sebab boleh buat burger dan main jual-jual burger.

    Nasihat berguna : Kalau ada anak, belikan dia LEGO jangan PLAY-DOH (nanti carpet anda rosak pasti histeria dua malam)

  3. Suka main One Happy Family At Home.
    Sangat berbakat main tipu. Iaitu mencurik tengok kad kawan sebelah. Lepas tu pura-pura macam gembira sakan bila menang (padahal menang tipu) Lepas menang akan berasa bosan. Tak tahu kenapa.

    Nasihat berguna : Jangan bagi anak main One Happy Family At Home ataupon Donkey ataupon OLD MAID. Bagilah anak bermain Saidina (supaya dia akan gila untuk membisnes dan kaya kelak HAHA) dan kalau tak suka anak jadik mata duitan, ajarlah anak main SAHIBBA (supaya dia pandai menggunakan perkataan tanpa bantuan google.com) Macam mana kalau bermain daun terup? Macam biasa, kau keluar skang!

  4. Sangat aktif dalam rumah.
    Antara kegiatan dalam rumah : Join adek-beradek main ubah lirik lagu. Seronok tahu! Lagu terbaru yang kami ubah ialah lagu Anita Sarawak. Tapi kena nyanyi perlahan-lahan. Kalau abah dengar, nahas! Sebab lagu tersebut berciri penghinaan satu sama lain. Abah cakap : Jangan menghina sesama manusia. HAHA. Jadi bila abah ada, kami akan nyanyi betul-betul (tapi mata menjeling jahat pandang sana sini tahan ketawa)

    Nasihat berguna : Jangan dapat kakak sewel. Sebab nanti kalau adek pon sewel, tak boleh salahkan adek tersebut.

  5. Ketagihan blog yang berleluasa.
    Chika sangat suka mentulis blog lebih daripada membaca blog. Tak percaya sudah. HAHA. Menghabiskan 60% daripada masa berinternet dengan melayan blog. 25 % meluangkan masa untuk bercinta online, dan baki 15% untuk membridal online, bermain dengan social networking, gaming dan menatap website ilmiah.

    Nasihat berguna : Lebihkan masa membaca harakahdaily ilmu dunia akhirat. (eceh)

  6. Blog yang bersepah-sepah.
    Saya pernah tulis blog di xanga, danchan, blogdrive, diaryland, opendiary, dan blogspot sebelum sampai ke wordpress yang super power ini. Dan akhirnya menjadi power rangers merah.

    Nasihat berguna : Tak payah stalking blog-blog tersebut sebab semua sudah dimusnahkan. Kalau degil, nah masuk SINI. HAHA

  7. Suka makan serbuk milo secara serbuk (?)
    Nanti emak nampak kena marah. Tapi tak apa. Sebab dah besar dan boleh buat keputusan sendiri untuk minum air milo atau makan serbuk milo. HAHA. Kalau masa kecik dulu, memang langsung tak boleh. Emak pantang saya makan serbuk milo secara serbuk dan makan buah ceri petik dari pokok. Nanti sakit perut emak kata. Oleh itu, selalu tak tahan tengok anak jiran makan buah ceri petik dari pokok yang besar tersebut belakang rumah. Terliur air liur tapi tak apa. Emak kata jangan.

    Nasihat berguna : Kalau emak tak bagi jangan buat. Walaupon nyawa dipertaruhkan, kena dengar cakap emak juga. HAHA. Baik gila arght Chika neh! (Biar betul!) KAH KAH KAH.

  8. Umur saya 22 tahun (aik? apa neh?)
    Sebab semalam kawan ayah saya tanya : Tengah SPM kan? Senang tak paper? (Cantek sikit!) Err. Tapi buat apa marahlah bukan? Bukankah kena bangga sebab dituduh muda? Cheers!

    Nasihat berguna: Minumlah anlene setiap hari. Kalau tak boleh telan, ajaklah adek anda lumba minum dengan anda (macam saya buat)

  9. Tak pernah berjaya hidupkan enjin motosikal.
    Tapi tak apa. Tak minat dengan motosikal. Lagipon, bukankah sangat mencabar tenaga semasa hendak menghidupan dia? Buat apalah bukan? Hidupkan kereta kan senang. KAHKAHKAG. Kata-kata positif seorang loser.

    Nasihat berguna : Nak lagi senang pakai basikal. Tak payah hidupkan enjin sebab basikal tak pakai enjin. Tapi kena hati-hati nanti buku lali kotor terkena minyak rantai basikal. (bercakap berdasarkan pengalaman lalu) Bukankah pengalaman mendewasakan?

  10. Saya akan gembira secara sangat melonjak apabila berjaya menyiapkan kerja sasaran.
    Jadi tolong faham sikit bahawa saya sudah sampai point nombor 10. Sudah siap membuat tag dan akan hooray!

    Nasihat berguna : Buat tag seronok apa. Tak percaya? Pergilah buat!

Tag 5 orang.

1. Orang yang ada blog.
2. Blog yang ada orang.
3. Ada orang yang blog.
4. Yang ada orang blog.
5. Memang aku suruh kau semua buatlah!

HAHA.

Parut Pertama

Posted by chika under Uncategorized

Hari Selasa lepas saya jumpa doctor. Appoinment pukul 2.30pm. Untuk bukak jahitan. Sebenarnya bukanlah membuka jahitan. Sebab apa yang dibuat oleh doctor tersebut ialah mengguntingkan benang sebanyak dua kali.

Masa diambil untuk memandu dari rumah ke hospital : 15 minit
Masa untuk naik lift sampai ke klinik : 7 minit
Masa untuk tunggu doctor : 9 minit
Masa yang diambil untuk menggunting benang : 17 saat
Perkataan yang diucap bersama doctor : Kurang dari 1000 patah.
Masa untuk tunggu ubat : 5 minit
Jumlah kena bayar : RM185.

Dapat apakah dengan peruntukan waktu tersebut dan dengan membelanjakan RM185?

Dapat parut pada tangan. Terima kasih sebab kata tangan saya buruk.

Dapat cream menjana vitamin E.

Oh. Lupa nak masukkan sekali. Waktu diambil untuk tunggu pintu lift terbukak : 3 minit. Sekarang harapan saya ialah memulihkan parut pada tangan. Semua orang tolong doakan sama-sama. Terima kasih sebab tolong doa. Jangan lupa doakan sekali semoga baju sanding saya cantek. Alang-alang dah berdoa tu, apa salahnya doakan sekali supaya kad jemputan saya cepat siap. (Eh Chika ni! Bagi betis nak peha!) HAHA.

Saya ngeri tengok parut pada tangan sendiri. Saya tak sangka saya ada parut akhirnya. Selamat datang parut pertama! Kau akan jadi sebahagian daripada aku. Dan akan kubawa ke mana jua. Selagi lagi. Selamat datang parut pertama!

Err. Bukan comel kah ada parut?

Berkarat-karat

Posted by chika under tag

Disebabkan telah mensimpan rahsia orang muda dengan kakak yasmeen (dan takut kantoi ibubapa tahu HAHA), saya pon akan melayankan tag dari kakak tersebut. Kakak tolong gembira sekarang. Bukan senang nak tengok Chika buat tag dalam entry. Hanya akan buat semasa tak ada modal. (Okay. Sekarang tolong tahu bahawa Chika tengah tak ada modal) HAHAHAHAHAHAHAAHAAHAHAHA.

1. What is the relationship of you and him/her?

Him mana pulak neh? Fahrin Ahmad ke? (Chika!) Okay okay. Mr.Fiance kah? Hubungan kami adalah sebagai tunang. Saling bertunangan (tapi dia tak ada cincin tunang) HAHA. Dan insyaallah bakal bernikah dan menjadi suami isteri (eceh) Peliklah bukan berkata sedemikian rupa?

2. Your 5 impressions towards him/her.

  1. Nice (nice gila!) - Sebab selalu buat ayat sedap-sedap sampai Nurul pon overdose kejap.
  2. Tingginya! Putihnya! (okay tak balance langsung dengan saya tapi apa nak buat. Pasrah) HAHA
  3. He is my Mr.Genius - Nurul memang suka lelaki bijaksana tolong faham sikit.
  4. Romantic I tell you – sebab pandai mengorat bagi bunga KAH KAH KAH
  5. He is the guy I wanna live with for the rest of my life. Insyaallah.

3. The most memorable things he/she had done for you.

10 May 2008 – Bila saya check yahoo inbox, saya terfokus pada satu email (from him) Email yang sangat panjang berjela-jela tapi tak buat saya bosan pon. (HAHA) Dia hantar saya SALAM PERKENALAN melalui email.

My dearest Nurul
Assalamu’alaikum,

May this mail find you under the blessings and barakah of Allah, and in the best of health and imaan. I would like to first and foremost, apologize if this writing had perturbed your tranquility; that is not my intention and for that I am deeply sorry. That is why, i will make you a promise, to never again contact you after this if that is what you so wish… or if you have decided not to reply to what I had to say…

Waktu itu, dia bagi saya adalah a complete stranger. Dan email tersebutlah yang jadi permulaan sampai slowly keep knocking on my heart (Hati yang bergetaran dag dig dug)

6 June 2008 – Sejambak bunga sampai di pintu pagar rumah (tak ada lain dah, pasti dia) HAHA. Padahal masa tu belum kenal antara satu sama lain. Jumpa apatah lagi.

Our love stories are faster than bullet

4. The most memorable things he/she have said to you?

Hey! You dah jadi tunang I ! – Dia cakap at night after the engagement. HAHA.

5. If he/she become your lover, you will…

Love him sincerely and unconditionally.

6. If he/she become your enemy, you will…

Mintak dijauhkan dari Allah.

7. If he/she become your lover, he has to improve his/her..

Sayang tolong jangan selalu alami ‘short term memory lost‘. Nanti buat I tertunggu-tunggu dengan semangat membara apa you nak cakap tapi akhirnya kecewa sebab you will finally said : Alamak, I dah lupa apa I nak cakap. Tak boleh like that wo.

8. If he/she become your enemy, the reason is…

No reason because it’s not reasonable.

9. The most desirable thing to do on him/her is?

Menjadi yang halal bagi dia dan menjadikan dia Imam saya dalam semua urusan. Dunia dan akhirat.

10. The overall impression of him/her is…

Loveable.

11. How do you think the people around you will feel about you?

Complicated.

12. The character of you for yourself is?

Complicated tapi boleh beres punya. Saya suka memberontak tapi senang diajak berunding.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

Emotional. Pada waktu yang salah, saya akan rasa sayalah manusia paling betul dalam dunia dan semua orang boleh keluar! 20 minutes after that, saya akan waras dan timbang balik semuanya secara waras. Lepas tu menyesal tak sudah. (Err. Bukan cute kah sikap neh?) HAHA

14. The most ideal person that you wanna be is?

Nurul Haizum Binti Zainodin.

15. For the people who likes you, say something about them.

Terima kasih sebab suka saya walaupon anda sebenarnya dalam nisbah 2 : 200 orang yang suka saya. Dan saya akan suka semua orang yang suka saya walaupon pada mulanya semacam tak berapa nak suka. Tapi sebab anda dah suka, saya pon akan jadi suka jugak secara muhibah. HAHA. Macam biasa. Fair and square. Kalau tak suka, tolong keluar ikut pintu depan.

16. Ten people to tag:

  1. Kakak Julia Madu Goncang
    - sebab dia sedang bercahaya cinta dari mata turun ke mata hati.
  2. Nurul Aizar Azman
    - semoga dengan ini kau akan update blog yang terbiar macam anak tiri tu.
  3. Nurul Hamizah
    - Bekas roomate saya yang suka warna biru sampai bilik kita dulu macam perang UMNO-PAS. (chika!) okay saya mana ada cakap pasal politik!
  4. Kay Em Why
    - Sebab dia tengah pasang hajat nak menikah.
  5. Zul Curseshadow
    - Dia berlagak macam single je padahal manalah kita tahu bukan?
  6. Teeha
    - Dia ada boyfriend. (eceh, tahu-tahu je Chika ni kan?)
  7. Kakak Masitah
    - Kakak ni kelakar. Siapa jadi kekasih dia mesti kaya dengan dose-dose kegembiraan.
  8. Farini
    - Tolong cerita tentang lelaki Korea lebih sikit.
  9. Dieyla
    - Sebab dia baru kantoi dengan boyfriend dia yang dah pandai baca blog dia. HAHA
  10. Totin
    - Yang selalu buat saya tak faham sebenarnya boyfriend dia siapa.

17. Who is no. 2 having a relationship with?

Ala. Konsep BEST FRIEND ialah : Biar pecah di perut jangan pecah di blog. HAHA. (Demi kawan, perut jugak berkorban sampai pecah. Mana boleh!) HAHA

18. Is no. 3 a male or a female?

Cuba tanya dia sendiri. HAHA. Dia tersebut pernah menjadi rakan sebilik saya. Pastilah female.

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

Kakak Masy dengan Totin? Apa dah kurang lelaki gagah ka dalam dunia neh untuk disatukan?

20. How about no.5 and no.8?

Zul dengan Farini. Err. Saya takutlah mengkomen banyak. Silap komen buruk padahnya.

21. What is no. 1 studying about?

Kakak Julia sedang belajar bercinta sambil mengajar kekasihnya menerima kesemua blythe dolls sebagai satu keluarga bahagia. Di samping belajar tentang cara-cara menjadikan handphone dan laptop nampak sedap untuk dimakan. (Tak percaya sudah) Dia ada handphone yang sangat lazat. Dekat badan laptop dia ada macam-macam biskut manis disamping renda-renda menarik yang mencuit hati.

22. Is no. 4 single?

Ha ah single. Belum berumah tangga.

23. Say something about no. 6

Dia baru saja beberapa hari neh mentukarkan blog dia menjadi purple. Mungkin esok lusa dia kena mentukarkan blog dia menjadi hijau. Sebab? Sebab Chika recommend.HAHA

Nasihat berguna : Tolong buat tag ni semasa anda betul-betul dalam mood jiwang yang berkarat-karat. Kalau setakat karat sikit, jangan buang. Tunggu sampai berkarat-karat secara banyak. Supaya anda dapat membuat ayat-ayat cair. Dan jangan lupa. Gunakan kesempatan tag ini untuk membuat kekasih anda berasa bangga dengan anda. untung-untung esok lusa dapat sekuntum mawar merah (dan sebuah puisi kalau anda bernasib baik) HAHA.

Aik? Maknanya Chika sedang berkarat-karat sangat la neh? Err. HAHAHAHAHA. Petang tadi Mr. Fiance telah menghubungi saya setelah beberapa hari tidak mendengar suara. Sekarang tolong faham sikit.