Archive for November, 2008
Posted by chika under
Uncategorized
- Saya teringin nak pergi pantai (hang gila ka?) Err. Saya sememangnya bukan environmentalist sebab tak suka sungai, tak suka pantai apatah lagi zoo negara (tak faham kenapa kena pergi zoo untuk menyaksikan Harimau tidur dan akan sakit hati tengok perangai beruk yang kerek macam bagus) KAH KAH KAH.Tapi sejak menonton Langkah Mawi World, ada terberangan keindahan pantai Mauritius. (Mawi, get out skang!)
- Saya teringin menyanyikan lagu ‘Untuk Terakhir Kali‘ di pentas besar sampai orang lain menangis berhingus (bukan sebab kesian, cantek sikit!) Tapi sebab terharu mendengar nyanyian tersebut yang sangat mencengkam lubuk hati. Kalau boleh, biar ada penonton histeria (penonton lelaki lah) dan terjun gaung dalam hati. Soalan ; Kenapakah pilih lagu Untuk Tearkhir Kali? Sebab saya rasa suara saya macam sedap betul bila menyanyi lagu tersebut. Okay fine, memang meluat dengan Chika neh tau! HAHAHA. Tahukah suara saya tak sedap kalau menyanyi lagu apa? Tak lain tak bukan, lagu Negaraku dengan lagu SMTS Berjaya (aik? lagu apa neh? Lagu sekolah saya lah)
- Saya teringin pergi KLCC dan bodek amoi promoter sampai dia kasi saya satu sesi make-up percuma (PERCUMA TAHU!) KAH KAH KAH. Err. Bukannya susah nak dapat makeover percuma. Kau pergi counter, kau bodek dia. Puja puji product dia (walhal dalam hati memang tak berapa suka pon tak apa) Nanti dia pon akan berasa kembang hati dan gembira untuk membagi anda sesi trial. Semasa dia kasi anda mencuba lipstick (contoh dia), anda ambik kesempatan memuji eyeliner pulak. Kemudian dia pon akan bagi anda mencuba eyeliner. Selepas itu anda buat-buat tanya seperti kagum betul. Contoh ; Blusher yang you pakai suits you, really! Apalagi, dia pon akan memakaikan anda blusher sama macam yang dia pakai. Great! Kata nenek moyang kita, ini disebut sebagai bagi betis nak peha. Tapi tak apa. Selepas mendapatkan betis dan peha tersebut (?) anda pon mintak diri dengan penuh adab. Jangan lupa buat-buat gembira dan ambik dua tiga pamphlet sebagai bukti anda berminat sangat. Taburlah janji manis yang kononnya petang esok anda akan datang dengan boyfriend untuk membeli pula. Hooorayy! Sekarang anda telah mendapat satu sesi solek yang lengkap. Boleh salahgunakan muka tersebut untuk sesi tawar menawar dengan abang jual tudung. (KALAU DENGAN KAKAK JANGAN BUAT, TEKTIK NI TAK BOLEH PAKAI)
- Saya teringin menanam pelbagai jenis tanaman hoooray! (Err tak tahu kenapa kena hooray) Pasti anda takda tahulah bukan yang Chika sebenarnya sangat suka gardening. Tapi kurang motivasi sebab emak saya tak suka. Emak sayakan suka motor besar (mana ngam lah kami) Saya pula sukakan gardening. Emak pon akan mengambik kesempatan menggelakkan saya sebab dia kata ; Apa bestlah main dengan pokok. Jiwa lembek sangat. KAH KAH KAH. Tapi tak apa. Aku kan anak. HAHA. Semoga satu hari yang manis kelak (one sweet day) saya akan mempunyai taman bunga yang seindah taman bunga (aik?)
- Keinginan terakhir ini adalah yang PALING INGIN SEKALI (buat masa ini) Saya ingin belasah adek saya dengan alat kawalan Astro sampai dia menangis melutut mintak sorry. Err. Sebenarnya saya telah tumpas semasa berebut alat kawalan tadi. Punyalah pedih dalam hati sampai terbuat entry neh. KAH KAH KAH. Tapi tak apa. Aku kan kakak.
Saya dah tak ada keinginan lagi buat masa ini.
Anda pula. Apakah keinginan anda?
(selain ingin tengok Chika bermain kucing, mind you!)
Semua boleh bersurai.
Posted by chika under
Uncategorized Macam biasa. Sesekali, saya akan menceritakan catatan harian saya secara terperinci (walaupon tak ada orang nak tahu sangat tapi tak apa) HAHA.
Pagi.
Hari ini telah bangun tengah hari. KAH KAH KAH. Bermakna tiada isi untuk kehidupan pagi. Mari kita ke bahagian seterusnya.
Tengah hari.
Bangun tidur dan mensemak blog. Terdapat 28 komen menunggu untuk approval. Sangat menghiburkan hati. Bukan terhibur semata-semata sebab dapat komen, tapi sebab membaca komen juga. Masing-masing perasan ‘nombor satu’ padahal bukan. Apalagi, ketawa berdekah-dekah di depan komputer. Tolong ingat : Ketawa semasa belum mandi. BELUM MANDI.
Lantas, pergilah mandi. Semasa mandi, sempat menyanyi sikit dalam hati. Tabiat menyanyi lantang semasa tengah mandi sudah lama saya tak buat. Sebab emak saya kata, tolong malu sikit anak dara jangan lantang sangat lontar suara. Tak senonoh nanti jiran dengar maruah jatuh. HAHA. Sudah hampir 10 tahun saya menyanyi dalam hati semasa dalam mandi dalam bilik mandi (eh eh. Lama Cikgu Muthu tak datang kacau saya meng-entry blog) Saya gembira untuk bagitahu bahawa lagu yang dinyanyi dalam hati sejak malam sampai terbawa dalam bilik mandi ialah ; Apa Kata Dunia. Pergi google sendiri bukan susah sangat.
Selepas mandi, menghadap blog sendiri dengan penuh kecintaan. Ada komen banyak lagi. Terima kasih semua sebab suka bagi komen. Dan saya pulak sangat suka mendapat komen. Dan semua komen pula pasti dibalas tanpa belah bagi.
Saya juga telah pergi mengayuh basikal sejauh 23km untuk meningkatkan stamina dan kadar metabolisma tubuh. Saya lakukannya seorang diri. Tak sangka saya masih pandai menunggang basikal bertayar dua. Sambil mengayuh, saya berzikir banyak-banyak.
Dan seterusnya. Menyimpan rindu dalam hati. Tapi tak apa. Simpan saja. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau rindu boleh dijual, pasti menjana pendapatan buat Chika. Tahukah wang pendapatan hasil menjual rindu itu akan digunakan untuk apa? Untuk membeli pengorbanan. Okay, memang menyampah baca benda-benda syahdu macam neh. Tapi tak apa. Sekarang anda tahu bahawa Chika pandai menulis antologi cinta dan airmata. (Chika!) Okay, kita pergi ke topik lain pulak.
Petang.
Menonton Tom & Jerry sambil ketawa dengan buruk sekali. Bukan saya saja yang buruk. Saya tengok semua orang pon ketawa dengan buruk bila mentengokkan si tikus Jerry membawa lari emas dan si kucing Tom panas hati. Aksi yang sangat mencuit hati. Hiburan keluarga.
Tamat Tom & Jerry, menonton Akademi Fantasi 3. Siaran ulangan buat kali yang kesejuta. Tapi tak apa. Mawi punya pasal. (Aik? Chika suka Mawi eh?) Memang pon. Bila masa pulak pernah saya kata tak suka? KAH KAH KAH. Tahukah kenapa saya suka Mawi? Sebab dia sangat jujur dan lurus bendul sampai selalu terkantoikan diri sendiri. Walaupon orang kata perbuatan membuat kantoi diri sendiri adalah semacam buduh, tapi apa salahnya membodoh sikit demi kejujuran. Ow man! Satu lagi perenggan yang menyampahkan. Saya harap anda semua bernafas.
Selepas persembahan Mawi, saya pon memintak diri naik ke bilik. Tengok blog lagi. Ada komen lagi. Sangat gembira.
Malam.
Pergi timbang jisim menggunakan alat penimbang jisim. Nampaknya berat sudah maintain xkg. (apakah dia x tersebut?) Jangan tanyalah boleh? Tunggu sampai x-5kg nanti baru kita raikan bersama. Kita buat upacara potong ribbon dalam blog jugak. Okay. Perenggan ni pon bosan.
Ishk. Hari neh kepala sangat bosan. Otak membeku. Kenapalah sangat bosan neh. Bukan menyampah kah entry neh? Sudah! Menyampah betul.
SAYA MENYESAL BUAT ENTRY NI.
T_____________T
(menangis sebab menyesal)
perenggan merah di atas adalah tipu.
APAPUNYA ENTRYLAHSANGATBURUKDANMISKIN!
Posted by chika under
Uncategorized Tiba-tiba malam semalam abah cakap ;
Gi buat sambal belacan. Ni ada mangga. Masukkan sekali.
Tiba-tiba Chika pon terkesima di hujung tangga. Biar betul abah neh suruh anak tersebut membuat sambal belacan. Aik? Mana mungkin. Cuak seketika. Jangan kata sambal belacan, menumbuk belacan semata-mata pon saya takda pernah buat. Ajaib di situ.
Terkebil-kebil memegang buah mangga. Tiba-tiba telefon berbunyi. Abah menjawap phone. Bercakap-cakap sikit. Chika terus bertafakur dengan buah mangga di tangan. Abah habis bercakap phone. Dan Syukur Alhamdulillah …
Okay tak payah buat. Gi siap. Pergi rumah Uncle Tan. Dia buang majlis untuk rumah baru.
Yahoooooooo. Tak payah sengsara memikirkan sambal belacan. Lari naik atas. Siap-siap. Sambil sempat berkonflik dengan Adek. Sebab konflik : Rahsia adek-beradek. KAH KAH KAH.
BANGLO 3 TINGKAT, RM2.5 JUTA
Terkesima tahu mentengok rumah dia yang berpancaragam. Err. Yang tersergamlah. Terkebil-kebil mata dan menghasilkan cahaya mata berkilauan bling bling. Bertahun sudah dengar cerita pasal construction banglo neh. Ingatkan sudah terbengkalai. 4 years you know baru siap. Satu. Dia kena tipu dengan architect (something like that mengikut cerita yang saya tercurik dengar dari ibubapa) Kedua. Contractor pon mentipu dia. Ketiga. Ada masalah CF. Keempat. Chika mentipu dia. Okay Chika takda terlibat dengan banglo tersebut.
Uncle Tan ialah kawan baik bapa saya. Bukan Tan Sri Hatan nama dia (tolong sikit) Nama penuh dia takda tahu. Tapi surname dia ialah Tan. (Err. Macam tak payah cerita lah kan biodata dia) HAHA. Disebabkan ini majlis golongan chinese, jadi kami berasa semacam aneh-aneh sikit. Tapi tak apa. Pengalaman ke majlis ini telah membagi saya setimba pengalaman (Tak tahu kenapa kena guna timba) Moral dari majlis ini akan dibincangkan nanti. Sekarang marilah kita berlegar dalam banglo tersebut. Sebab saya sangat terpesona (sampai terkeluar cahaya mata lah katakan tadi)

Main entrance. Dengan column tinggi yang gagah sekali. Dia guna high ceiling (double volume area untuk hall) Omaigod. Tahukah rumah tiga tingkat dia neh lagi tinggi daripada banglo empat tingkat jiran sebelah kiri dia. Imagine. Gila tinggi ceiling dia. Saya memang terpaling suka rumah high ceiling. Sebab nanti boleh buat langsir grand (Okay, perempuan tipikal. Belum-belum lagi dah pikir langsir watdehel) Main door dia pula ditempah khas. Fully steel and glass. Makan harga puluhan thousands for one panel of door. ( Boleh bayar down payment Mazda RX8, mind you)

Main hall. Yang jauh perjalanan, luas pemandangan. Err. Majlis ni dihadiri oleh terlalu ramai orang. Rumah dia pada malam semalam menjadi semacam showroom. Kanak-kanak pula mengambik kesempatan membuat banglo tersebut macam playground.

Kitchen. Kitchen cabinet dia memang kemas. Dapur dia memang high tech. Kalau masuk lagi dalam, anda akan faham apa yang dikatakan oleh Chika sebagai high tech. Pasti maid dia from Flores sangat gembira semasa cooking. Kalau macam neh punya cantek kitchen, Chika pon sanggop membuat sambal belacan bercampur mangga sehari 16 kali. (Tanpa bantahan) Suruh duduk dapur sepanjang hari membuat dadih pon sangat sanggup. KAH KAH KAH. Tapi err … (kejaplah fikir semula kata-kata tersebut) HAHA.

Dining area. Ni gambar sudut. Sebenarnya dining area dia sangat besar boleh memuatkan two family of elephants (exaggeration)

Fuuuuuuu. Langsir. KAH KAH KAH. Err. Chika memang suka langsir, tolong faham sikit. Wanita tipikal. Apalagi kan. Kalau bukan langsir, sofa. Kalau bukan sofa, langsir. Kalau bukan langsir, kereta (over tau)

Sebenarnya saya hendak mengkira step tangga dia tapi tak kesampaian sebab terdapat banyak sangat kanak-kanak bertempiaran. Nak kira dalam hati pon tak dapat. Anda bayangkan.

Ini part paling menarik. PALING MENARIK. Nampak macam satu wall lah bukan?

Sebenarnya terdapat pintu untuk ke master bathroom. Ini sebenarnya sebahagian daripada master bedroom area. Size untuk master bedroom dia equal to sebuah tipikal house punya size (bayangkan) Architecture dia memang best. Terpukau-pukau jugak dibuatnya. Sebijik macam apa yang kami selalu imagine semasa membuat kerja design. KAH KAH. (Okay, saya nak jadi architect!)

Sauna (RM18K) Seronok. (Bukan seronok sebab dia RM18K. Seronok sebab dia sauna). Oh, adek-adek jangan terjun ke dalam sauna tersebut nanti kepala cair dan rambut akan melekat pada rambot kawan-kawan yang lain. Behave yourself. Emak korang mana neh? Runsing kepala saya mentengok budak-budak aktif macam terlebih makan gula. Tapi tak apa. Bukan adek saya.

KAH KAH KAH. Transparent punya shower area. Bukan sebijik macam yang kita suka design kah? HAHA. Masih ingat kata-kata sorang pensyarah ; Design je shower area transparent. Bukan orang lain nampak pon. Paling pon laki bini sendiri yang tengok. Kalau segan, pakai tirai yang nampak bayang-bayang. Kalau dah malu sangat, okay tutup semua pakai langsir tebal. KAH KAH KAH. Err. Bukan betulkah? Apa salah buat fully glass kan? Inikan private area.
Ada besar lagi bathroom dia tapi susahlah hendak snap foto. Sebab ada nenek neh asyik ikut saya dan berbual macam-macam. (nenek tersebut ialah emak kepada Uncle Tan) Tahukah nenek tersebut tak habis-habis kata apa? HAHA
You anak Din ka? Ayyo. Lu punya bapa ha, itu orang cina ka? You banyak cantek la amoi. You sudah ada boyfriend ka? Orang mana you punya boyfriend? Kalau ha, you dengan orang cina pon banyak ngam punya. Lagipon bapa you banyak baik punya orang. Serupa orang cina juga. Boleh bercampur gaul dengan baik.
Fuuuuuuuuuuuuuuu. Lu biar betul nyonya! Lepas itu ha, dia pon continue lagi dekat emak saya pulak.
Ini you punya anak ka? Apa pasal banyak muda you orang? Ini anak sudah ada boyfriend ka? Berapa sudah umur dia? Saya ha, dulu ada anak perempuan semua kasi kawen cepat-cepat. 18 tahun itu macam semua kasi kawen. Jangan simpan lama-lama. Hey itu you punya suami orang cina ka?
Fuuuuuuuuuuuuu. Nenek tuh tak puas hati tahu. Dia sungguh-sungguh kata bapa saya orang cina (belum tengok Haji Jamian lagi, lagilah like apek only) Cina dia kata? Dia tak tahu bapa saya Bugis. KAH KAH KAH. Err. Dulu ha, masa emak saya nak kahwin dengan bapa saya pon ada krisis sikit dalam family emak saya. Sebab, abang emak saya ingatkan bapa saya chinese. Mereka pon sangat tak setuju. Kesian la bukan? Err. Dululah. Sekarang bapa saya sudah menjadi kaw-kaw punya muka Melayu. (Tapi ha, Haji Jamian tersebut masih berciri apek la. I don’t know how and why. Why?)
*Haji Jamian : Atuk saya lah.
Lai lai lai! Mari kita tengok itu tangga pulak. Banyak cantek (Hayyark, wa cannot tahan liao)

Cermin di sana sini. Kalau Chika duduklah rumah neh, memang jawapnya jalan setapak stop. Tengok cermin. Jalan setapak stop. Betulkan tudung. Jalan setapak stop. Belek muka. Genap sebulan, cermin semua pecah berderai ; Tak tahan setiap saat mentengok muka Chika. KAH KAH KAH.


Tangga neh cost dia around RM50K (boleh bayar down payment Mazda RX8. Ceh)

Makan! What good is, dia serve makan untuk malay jugak. Walaupon ada sekelumit je malay dekat situ. Nasik beriyani lagi. HAHA. Tapi ada satu sudut ni, ada pulak bangla-bangla seronok layan Carlsberg. (cam jahanam) Sambil minum main mata. Apa akallah aku takda kuasa Ultra Slash (salah satu kuasa Ultraman Taro kalau anda belum tahu) Kalau tak, lama dah berkecai badan, putus kepala, debushh! KAH KAH KAH. Fuuuu. Sejak kebelakangan neh tahap imaginasi saya perfect gila. HAHA.
Ada banyak lagi ruang tapi tak dapat dirakamkan. Sebab banyak sangat orang pegang kamera sana sini. Pendek kata, Chika teruja tengok rumah tersebut. Macam manalah dia boleh menyimpan duit berjuta-juta tu kan? Abah saya kata, Uncle Tan bukan kaki joli sana sini. Dia sangat low profile dan takda membazir punya kaki. Tahukah tak membazir tu contoh dia apa? Seperti sanggup membeli ice cream Mat Kool padahal Ice Cream Conneto lagi sedap (contoh apa neh? Tak boleh pakailah contoh neh)
Sekarang kita sampai ke segmen yang kalau boleh tak payah buat pon tak apa. Tapi tak apa. Kita buat jugak segmen mensidai muka sendiri. KAH KAH KAH.




Okey. Siap sudah segmen mensidai muka.
Sekarang kita pergi ke segmen moral dan penghayatan. Err. Entry kalau dibuat tapi takda motif tauladan memang tak boleh pakai la bukan? Untuk membuatkan entry ni menjadi sebuah entry yang boleh pakai, bacalah kejap tauladan di bawah. Yang mungkin membagi isnpirasi kepada anda. Dan memotivasikan untuk menjadi jutawan. Err. Bukan jutawan internet tahu. Jutawan internet jangan tanya Chika. Sudah 18 jam sehari menghadap internet pon masih tak menjadi jutawan lagi. Tak boleh pakai betullah.
Baiklah. Baca ;
- Uncle Tan bukan ahli perniagaan syarikat perkapalan atau CEO company besar di Malaysia. Dia seorang penjual santan. Terkejutlah bukan? Yang setiap hari mempakai T-Shirt lusuh (T-Shirt adek saya pon lagi cantek dari T-Shirt dia) dengan seluar pendek lusuh juga (very low profile)
- Dia tak tahu membaca. Buta huruf. Kalau sms berbunyi, dia takda peduli sebab dia bukan boleh baca pon. Pernah sekali tu, emak saya kena bacakan sms untuk dia. Bayangkan.
- Dia takda pernah cuti punya kaki. Dia kerja dari pagi sampai tengah malam takda stop. Takda pergi holiday sana sini. Takda tukar kereta sebulan sekali. Yang dia tahu bekerja dan simpan duit sampai tak lama lagi boleh buat kereta mewah guna duit origami (HAHA) Dia sangat baik hati, tak kedekut dan jujur. Seriously. Tak pernah mentipu bapa saya walau sekali pon dalam semua urusan.
- Dia hampir ditembak mati minggu lalu. Sebab dirompak bersenjata. Semasa perombak melepaskan peluru, peluru tu lalu sipi-sipi sebelah telinga dia je. Memang belum nak ajal nama dia. Kesian betul. Buat report dekat police station, report dia takda siapa nak layan. (tak guna) Sudahnya dia datang rumah mengadu-ngadu dengan emak saya. Kesian betul dengar cerita dia.
- Bukan semua orang cina suka mentipu. Sama macam, bukan semua orang Melayu pemalas. Tak semua orang Melayu jujur, sama macam tak semua orang Cina pandai. Yang membentuk jatidiri seseorang bukan bangsa dia. Tapi pedoman dia.
- Kadang-kadang, bercampur dalam komuniti orang cina memang seronok juga. Mereka takda menyombong bodoh. Mereka pon pandai hormat tetamu. Contoh ; Amoi ar! Lai lai lai! Duduk sini. Sudah makan ka? Makan la lagi. Jangan malu. Buat macam rumah sendiri. Kalau you mau tido sini pon boleh. Erk? Aku buat macam rumah sendiri betul-betul kang. HAHA.
- Harga rumah dia is reasonable. Rasanya kalau melayu buat rumah macam tu punya mewah, tak dapat RM2.5 Juta. Paling pon makan 3 hingga 4 juta. Tahukah sebab apa? Sebab supplier pasti Chinese la bukan? Dia kalau berurusan niaga sesama kaum memang baik punya. Tapi cuba kalau urusan melayu sama melayu. Fuuuuu. Keluar prinsip nombor dua dia ; Kalau Melayu tak makan Melayu, siapa nak makan Melayu? Prinsip nombor satu dia ; Melayu kena tolong Melayu kasi maju. Sebab itu dia bantai ketuk sesama kaum kaw-kaw punya. Err. Bercakap berdasarkan pengalaman. Bapa saya sangat suka tolong Melayu. Padahal melayu tersebut sangat suka mentipu dia. Sebab itulah saya cakap tadi. Yang penting ialah PEDOMAN. Tapi bapa saya tetap suka mentolong melayu. Sampai saya dengan emak naik berbulu-bulu.
- Orang yang baik, rajin berusaha, jujur dan melakukan kerja dengan moral diri yang terpuji sentiasa mendapat kesenangan dari Allah. Allah maha adil. Akan membagi kesenangan kepada semua manusia tanpa mengira siapakah manusia tersebut. Memang janji Allah. Disebabkan Uncle Tan tersebut pon pandai berbuat baik sesama manusia, Allah pon tetap membagikan rezeki kepada dia (kerana rezeki dunia itu adalah untuk semua manusia)
Tiba-tiba berasa semangat hendak menjadi architect. Tapi. Merekabentuk rumah idaman dalam angan-angan sangat mudah. Bila dibuat dalam architecture studies, fuuuuuuuuuu selamat datang ke jurang paling dalam. KAH KAH KAH.
Sayang, you bagilah I chance design rumah kita (eceh) 10 tahun lagi I siapkan. KAH KAH KAH.
POINT AKHIR LUPA NAK CAKAP KAH KAH KAH!
9 . Banglo ni diduduki oleh EMPAT orang SAHAJA. Fuuuuuuuuuuu
Posted by chika under
Uncategorized My dear Fiance,
- I tahu you boleh access blog yang indah ini (ehem). Sebab I yakin tempat kerja you yang ‘kerek’ tu tak ada masa nak block nurulism.com (sebab tak cukup famous kalau nak block pon buang masa). Tapi tempat kerja tersebut memang ‘kerek’ sebab tidak membenarkan perkhidmatan chatting. Macam bagus.
- Tapi kediaman you lagi ‘kerek’. Sebab gangguan internet. Kalau I jadi you dah lama I memberontak pegang sepanduk warna putih dengan tulisan warna merah (pakai darah kasi nampak ngeri) Dengan slogan : INTERNET, COME BACK TO ME (Font : Scary Hunted /Bold/172 , Ink : Pakai darah asli) Tapi tak apa. I tau you tak berani angkat sepanduk sebab tak ada member nak join nanti. Macam kesianlah kalau mempegang sepanduk seorang diri tak ada siapa support (Dah la kat tempat orang. Kalau kat Ireland tak apa) Aik?
- Ada orang rindu you (ehem) Tapi dia taknak mengaku. Dia wakilkan saya bagitahu awak. ( Muka tembok betul orang tu) Tapi betul-betul kesian sebab dia rindu awak (Eh, siapa pulak ‘awak’ ni?) Sekarang saya memang malu. Muka saya memang panas bila kena sampaikan ucapan rindu secara terbuka. Kalau secara sms tak malu. Biasalah. Pemalu bertauliah.
- I harap you cepat balik sini sebab emak you rindu kat you (eceh. Padahal emak tersebut tak pernah cakap pon) Selain emak you, KLIA pon rindu dekat you. Tak tahulah. Tapi I harap you cepat balik sini. Tapi bila you balik sini nanti, I akan tak tenteram. Sebab? Sebab… err … KAH KAH KAH. Bukankah pelik berkata macam neh?
- I telah … eh, I pulak. Ada orang telah mengsemak (mengsemak?) email dia setiap jam. Tak ada keje lain dah. Selain menjadi tukang buat dadih dan tukang bodek emak, dia jugak menjadi tukang refresh email. Sebab dia harap akan ada email dari you. (macam semalam) Sangat gembira membaca email. Walaupon tak ada ayat berciri Shakespear pon tak apa. I harap you boleh email orang tu walaupon sekadar dengan menulis ; Hai. Hari ni buat dadih perisa apa? (Font : Love/Bold Italic/medium) Atau dalam bahasa Inggeris (sebab you memang suka mentulis English) dia akan berbunyi ; Hi. What flavor of dadih you did today? Baiklah. Jangan tulis Bahasa Inggeris ayat neh. Macam kurang mesra.
- You masih makan carrot lauk carrot ke? Kalau benar, okay tak apa. Asalkan you makan. Sebab I di sini masih makan nasik lauk Yogurt ( Erk. Geli lah bukan?) Untuk pengetahuan you, I masih maintain makan nasik sehari sekali. Bukan sebab nak langsing ( padahal dalam hati memang nak langsing) tapi sebab mematuhi pantang-larang pengantin nombor 10 iaitu; Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari.
- Bagaimanakah dengan kerja? ( Ya Allah, concern nya Nurul nih!) T___T (aik? menangis?) Tolonglah menangis terharu sikit sebab dapat tunang yang concern macam mak nenek. KAH KAH KAH ( bukan jangan gelak ke? Semasa mentulis surat cinta, elakkan mempotong mood kekasih dengan membawa masuk gelak KAH KAH KAH)
- I terbosan-bosan di sini. Sampai menjadi obsess dengan blog sendiri. Sampai ada orang tuduh I perasan bagus (eh eh, mengadu domba pulak dia neh) Betul you. Ada orang kata I macam bagus. Padahal I memang bagus kan? Tapi tak apalah. Orang bagus memang selalu menjadi mangsa keadaan. ( ekspresi muka : tunduk, suci, macam tak tahu apa-apa dan bibir pucat lesi menagih simpati)
- Ada orang rindu kat you (Aik? siapa pulak kali neh?) Setiap kali online, dia akan mengsemak email banyak kali. Aik? Macam point nombor 5 je? Err. Sebenarnya ni cerita pasal orang lain pulak. Bukan orang dalam point nombor 5 tadi (ehem). Ehem. EHEM! EHEM EHEM EHEM! Sangat berdehem-dehem lah point nombor 9 neh.
- Ada orang (ni pon orang lain jugak) EHEM! mintak pesan dekat you : Jaga diri, jaga kesihatan dan jalan lurus pandang depan, jangan toleh kiri atau kanan kalau ada awek Sepanyol lalu. Pelik betullah pesanan kali ni. I cuma sampaikan je. Sangat EHEM lah bukan?
Yang memang betul punya rindu,
SIGNATURE PAKAI FONT SCRIPTINA
(NURULISM HEPBURN)
Email : Chika@nurulism.com
Website : www.nurulism.com
POB : No 1, Heart St. 210486, Love United
Makanan kegemaran : Buah Mata Kucing
Aik. Pelik betullah surat ni. Lepas baca, konyok, baling dalam dustbin! Padanmuka.com.
KAH KAH KAH.
Long distance relationship works!
Posted by chika under
Uncategorized Kesihatan saya terjejas-jejas. Jadi blog pon terjejas sama. Tak tahulah kali ni masalah kesihatan sebab apa pula. Mungkin sempena meraikan penyembuhan parut. (well, I don’t know) Tekak pedih ni aduhai. Kena flu yang mengsengsarakan sejak beberapa hari yang lalu. Tidur malam pon terlemas-lemas. Tapi hati tetap gembira. Tahukah sebab apa? Sebab banyak sebab.
- Parut sedang mempulih sendiri. Berkat doa dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Disapu dan diusap dengan kecintaan. Azam yang kuat untuk pulih. Lain kali siapa sakit, usaplah tempat sakit tersebut dengan sepenuh kasih sayang dan pengorbanan. Aik? Pengorbanan apakah pula telah dibuat oleh Chika? Berkorban mengkotorkan tangan sepuluh kali sejam dengan cream Vitamin E lah. Walaupon semacam tak berapa terkorban, tapi pengorbanan kecik juga also count.
Aik? Sebenarnya ada satu saja sebab. HAHA. Sepatutnya tak payah membuat point lah bukan? Never mind.
Dalam perut ini sedang berpancaroba (bukan pancaragam, tolong sikit!) Bila perut pancaroba, prestasi mood pon akan turun. Bila tidak sehat, keupayaan sangat terbatas. Err. Malas lah bercerita pasal keupayaan dan kesihatan. Akhir-akhir ini terlalu kerap bercakap tentang topik kesihatan. Cubalah kita bercakap topik lain pula. Seperti topik ‘Ultraman Memang Ada Emak‘. Atau topik ‘Makanan Kegemaran Power Rangers‘. Atau nak lain sikit, topik ‘Power Rangers Putih lagi best daripada Power Rangers Merah‘. Tahukah siapa ajar topik Power Rangers Putih tersebut? Cikgu Autocad saya masa dekat Cosmopint dulu.
Semalam dia pon meng-Yahoo-Messenger dengan saya.
Encik autocad : nuyoi..! ko ninja part time ek?
NuruLism: fulltime ninja
NuruLism : part time power rangers merah
Encik autocad : merah?
Encik autocad: tipu aa
Encik autocad : merah jantan la..
Encik autocad : dari power ranger beta, dino thunder, ninja ranger sampai la ranger zeo…
Encik autocad : seme merah jantan la…
NuruLism : kantoi kaki power rangers
NuruLism : 


NuruLism : ler..
Encik autocad : haha
NuruLism : kalau mengaku diri power ranger kuning… macam malu la. macam tak kuat.
NuruLism : merah jugak bunyi kuat
Encik autocad : merah tak best..
Encik autocad : asyik ngalah je..
Encik autocad : yang best putih..
Encik autocad : jap jahat jap baik..
Encik autocad : power ttp best..
Encik autocad : lagi pun putih bersih
Encik autocad : tapi kalau lwn renjer putih paling tensen..
Encik autocad : susah nak cuci lumpur bile lwn resakse.
Encik autocad : asal kotor lebih sket je dia cakap… , ” siap la kamu dengan istri aku nanti…
NuruLism : 
NuruLism : ha ah an
NuruLism : patut bawak masuk rangers putih dlm iklan sabun tu
Encik autocad : tu la..
Encik autocad : ade ke pakai koboi?
Encik autocad : buduh.
NuruLism : koboi mana tau bersih la kan
Encik autocad : ntah nyer..
Fuuuu. Cikgu saya lagi terror. Mungkin dia Duta Power Rangers di Malaysia. KAH KAH KAH. Sekarang kita semua akan belajar keturunan-keturunan Power Rangers.(berdasarkan ilmu yang dibagi oleh cikgu tersebut)
Power Rangers Beta, Dino Thunder, Ninja Rangers dan Rangers Zeo
Ha, apalagi. Salin … salin. Simpan dalam notebook. Nanti ada anak, boleh ajar pada anak-anak. KAH KAH KAH. Fuuu. Sudah bertahun-tahun dia takda membagikan ilmu kepada saya, tapi semalam dia telah membagi ilmu Power Rangers.
Baiklah. Saya ada banyak modal entry untuk hari ini. Sekarang saya kena pergi bersosial Astro dulu. Dan kemudiannya akan menulis entry lagi. Sebelum Ym saya hang kena hentam secara pukal ; Chika mana entry baru?
Err. Macam bagus lah bukan? Chika Macam Bagus. Err. Macam boleh dijadikan sebuah topik baru lah bukan? Semua orang pernah kah membaca polisi blog neh? Bagi yang belum pernah tahu bahawa blog neh ada polisi, pergilah klik kiri sana dan membaca polisi blog. Cheap-minded boleh keluar ikut pintu depan. Jangan membaca blog neh kalau minda dan tahap penerimaan humor anda tidak up to my standard. Kalau berasa terjejas, boleh keluar terjun ikut tingkap belakang (Fuuuu. Terjunam) KAH KAH KAH. Pembaca di sini semuanya sangat sporting dan menghiburkan. Dan semuanya sangat tinggi tahap humor mereka. Terima kasih kepada semua yang membaca walaupon kadang-kadang kena belajar cerita Ultraman ada emak. Macam tak masuk akal lah bukan? Tapi saya sangat gembira. Sekarang saya akan menuliskan point nombor dua, tentang kenapkah saya sangat gembira selain parut yang pulih.
2. Sebab semua pembaca sangat menghiburkan saya yang terbosan-bosan di sini. Dan telah membantu membuatkan huru hara. Terima kasih.
Nak hiburan lebih? Yang lebih berciri MACAM BAGUS ?
http://iidiarikuii.blogspot.com/2008/11/ini-blog-kawan-chika.html
KAH KAH KAH.
Terima kasih lah sebab susah-susah google Chika Yang Macam Bagus.
Yang penting, anda tidak akan menjumpai entry berciri ‘hari ini saya pakai baju biru’ Snap gambar baju. Okay, siap satu entry. Entry cincai macam tu tidak akan ada dalam blog Chika. KAH KAH KAH.
Posted by chika under
Uncategorized Berita gembira. Parut yang dikatakan comel konon tu sedang mempulih. (Apakah pulak neh mempulih?) HAHA. Tak sangka dia akan recover secepat ini. Seronok betul dalam hati. Ada beberapa sebab yang menyebabkan berita gembira ini.
Pertama. Mungkin sebab usaha saya yang giat menyapu Balance Elastine E Cream pada tangan. Tak pernah putus asa. Sapu juga. Sapu. Sapu. Walaupun lepas satu tangan kotor kena mencuci tangan pula ( Malas lah bukan?) Tapi demi buang parut punya pasal, membasuh tangan sepuluh kali sejam pon sangat sanggop. (wa cakap lu) Good. Baca perenggan neh pon anda sudah nampak bertapa tekadnya Chika hendak pulihkan parut tersebut.Tolong simpati sikit.
Kedua. Memang saya ada kebolehan memulihkan diri secara semulajadi agaknya. (Macam salah satu babak cerita Ultaman je neh) HAHA. Apa engkau tak pernah mengsaksikan babak Ultraman semasa cedera kah? Iaitu semasa kepala dia digigit raksasa (Fuuu. Kepala kena gigit. Ngeri la bukan?) Dan Ultraman tersebut telah recover dengan sendirinya. (Kadang-kadang emak dia turun dari langit untuk tolong dia sembuhkan luka) Err. Moral dia, sedangkan Ultraman pon baik dengan amak dia. Inikan pulak kita, manusia biasa. HAHA. Moral kedua, emak Ultraman kadang-kadang lagi kuat dari Ultraman tersebut. Buat malu Ultraman ja. KAH KAH KAH
Ketiga. Doctor surgeon tersebut sangat mahir menjahit. Bukan menjahit langsir raya, mind you! Tapi sangat pandai membedah tangan patient dan menjahit dengan baik. Alhamdulillah. Saya tidak mengalami komplikasi apa-apa. Ewah. Cakap macam baru menjalani operation besar-besaran. Padahal potong 1cm jek. (Itupon dah kecoh satu wilayan persekutuan boleh dengar) HAHA. Sangat berterima kasih kepada Doctor Manukaran tersebut. Seorang yang soft spoken dan easy-going (eceh, tiba-tiba mempuji doctor) Kalau doctor tersebut telah membuat kesilapan semasa operation, bukankah buruk padahnya? Pasti keluar cahaya merah dekat dada. Aik? (Tak faham la bukan?) Aih. Anda semua takda mentengok Ultraman ka neh? Semasa Ultraman sudah weak, cahaya merah dekat dada akan berbunyi. Err.
Kejaplah. Saya pergi tukar tajuk entry. Sebab entry neh semacam didedikasikan kepada Ultraman. Padahal tak ada niat pon. Niat asal tadi hendak menyampaikan berita gembira tentang parut yang konon-konon nak pulih. Parut comel pulak tu (padahal taklah comel mana) Tapi telah banyak menjurus ke aras Ultraman. pulak dah. Sampai emak Ultraman pon join sekali. Kejaplah. Kena tukar tajuk.
Tajuk asal entry ni : Parut dalam kenangan.
Tajuk baru : Ultraman dan Emaknya.
Bosanlah.
Asal petang ja bosan.
Maklumlah. Sudah berapa lama takda menyentuh PS2.
Oh. Sebut pasal PS2. Saya lupa hendak menceritakan sebuah cerita yang istimewa.
Semasa berjumpa doctor itu hari untuk mempotong benang, doctor pon berpesan dengan muka selamba dia. Ingat. Doctor membagi pesanan secara ikhlas dan serius.
Doctor cakap ; Nurul, kamu jaga bekas jahitan ni baik-baik. Jangan lasak-lasak sangat. Kurangkan aktiviti berat pada tangan kiri buat masa ni. Dan kalau boleh jangan buat movement keras-keras macam main PS2 ke.
Aik? Apa? A … Apakah kata doctor? PS2?
KAH KAH KAH. Bantai nak tergelak terlentang aku dalam klinik tu. Apa akal lah depan doctor kan, kenalah behave. Nama pon pesakit. Emak pon sudah memandang muka saya sambil menahan ketawa dengan azabnya. Mana pulakkan doctor tersebut tahu Chika suka main PS2? HAHA. Nasib baik dia takda cakap ;Nurul, buat sementara waktu ni jangan main game Tekken 5 . KAH KAH KAH. Kalau dia cakap macam tu memang confirm! Doctor tersebut adalah silent reader blog Chika. KAH KAH KAH. Hang gila ka? Ingat surgeon takda kerja lain kah nak membaca blog huru hara neh? HAHAHA. (macam bagus)
Keluar dari klinik, bantai gelaklah saya dengan emak. Emak pon kata ‘Aik. Doctor pon tahu kau main game! HAHA’ Emak saya kalau bab menggelakkan orang memang champion. Anak dia lah yang paling kerap kena gelak. Tapi tak pe. Aku kan anak. HAHA
Doctor tersebut memang kaki kantoi. Masalah dia, muka dia sangat serius. Saya tahu dia ikhlas membagi nasihat. Tapi sangat kebetulan. HAHA. Ayat dia pon sama macam ayat tunang saya bagi. Tunang saya pon mentuduh saya yang sama. Dia kata saya mengidap kes MUTANT tersebut sebab banyak sangat main Tekken 5. Entah-entah betul tak? Tolong boleh ka? Tolong doa supaya Chika takda main PS2 lagik. Bukan berfaedah pon. Eleh, bukan best sangat pon. Takda heran. Sikit tak heran. Tolonglah doakan sikit.
Baiklah. Sedang sengsara di dalam perut. Tak habis-habis sengsara lah Chika neh. Disebabkan tengah sengsara, kena pergi baring dan berlakon macam sangat sengsara. Supaya emak tengok macam kesian. HAHA. Err. Entry sudah habis.