Archive for November, 2008

Ayat-ayat murni

Posted by chika under Uncategorized

Irwansyah-Camelia

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Aduhai, so touching this song! Tak boleh jadi.

Saya067.gif image by klasikGEMBIRA067.gif image by klasik sebab :

Full payment kad kahwen sudah selesai dibuat. Walaupun pagi tadi telah membuat brother order department (kompeni kad kahwin tersebut) pecah kepala dengan masalah saya. Chika kan suka tak nak kalah. Brother tu call tiga empat kali punya berhempas pulas mengkaji apakah masalah Chika sampai tak boleh membuat payment online (Padahal orang lain buat releks je, kecoh betullah Chika neh) Maybank2u tak boleh proceed transaction saya (Maybank nak gadoh ke a ? Okay, macam kuat) Saya sangat sedih (Biasalah Chika kan suka sedih tak bertempat) Brother tu suruh saya check kalau saya block pop-up. Saya kata tak payah check, memang saya takda block POP POP tersebut. Namun terjatuh maruah kerna setelah dicheck memang saya telah block pop-up. Nasib baik buat urusan dengan brother. Bantai ketawa sengsara meranalah brother tersebut. Kalau dengan kakak? Tak ke nipis telinga kena hamun? KAH KAH KAH. Alhamdulillah. Mr Tunang juga yang akhirnya menjadi penyelamat (Fuuuu… like Ultraman only) Thank you sayang. You memang baik hati (macam I, okay gurau je)

Aizar berjaya sambung degree. Hooray! Tadi dia bagitahu saya, dia dapat tawaran untuk buat degree Biology dekat UiTM. Sebagai kawan, mestilah saya sangat gembira. Saya memang harap dia akan sambung study apabila saya telah berkahwin kelak. Satu, saya gembira kalau dia akan berjumpa banyak kawan-kawan baru (walaupun tak se-best saya tak apa) Saya gembira kalau dia menjumpai kehidupan baru yang luarbiasa di universiti kelak. (Jangan lupa mencari jodoh, kekasih sejati teman yang berbudi … kasihnya bukan keterpaksaa … Err ini lagu lah bukan?) Never mind. Syukur alhamdulillah. Aizar, nikmati kehidupan baru dengan sangat baik ok! Sama macam saya yang akan menikmati kehidupan baru juga (insyaallah)

Saya067.gif image by klasikSEDIH067.gif image by klasik sebab :

Aizar akan sibuk kelak dengan kelas. Saya akan tak ada kawan lagi. Tinggal sebulan saja waktu yang ada. Saya pulak akan sibuk dengan urusan perkahwinan saya. Saya rasa sebak betul (dan menitiskan air mata yang real, bukan palsu sebanyak dua titik. Tak lebih dari dua titik) Tak lama lagi saya pon akan bernikah (insyaallah) Hubungan saya dengan kawan-kawan sedikit sebanyak akan terbatas. Saya tak akan meluangkan banyak masa dengan kawan-kawan. Saya tak boleh harap yang saya akan menikmati kehidupan yang sama macam sekarang. Bukan saya rasa terjejas dengan perkahwinan, saya cuma memikirkan logik yang akan jadi kelak. Memang semuanya akan berubah. Kita tak akan menjadi manusia yang sama lagi. Walaupon saiz kasut saya mungkin tak akan berubah (tapi saya harap akan berubah juga) namun komitmen saya terhadap sesetengah perkara pasti berubah. Tapi tolong simpan dalam hati : Aizar tetap kawan yang paling saya sayang. (bukan sebab dia pandai buat kek atau sebab dia pandai tolong ibu potong kain langsir) tapi sebab keikhlasan dia yang tak pernah tikam saya dari belakang. Sentiasa sokong saya diwaktu semua orang condemn saya. (Sama macam Farah juga) These two girls are like an angel to me :) Murninya entry ni. Anda semua jangan menangis, simpan air mata untuk benda lain yang lebih layak ditangisi. HAHA.

Oh jangan lupa sebut : Astri, Aisyah, Ainul, Athirah dan Adian (saya pilih Adian sebab nama dia huruf A juga) KAH KAH KAH. Adian pon kena sebut sebab nanti dia akan tolong buat banner wedding saya yang berkonsep minimalist tersebut. Adian, awak tolong tunggu kejap. Saya tengah pilih contents (eh eh. Murninya cakap saya awak)

Saya067.gif image by klasikBERCELARU067.gif image by klasik sebab :

Akreditasi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina. 27 November sampai 4 Disember saya akan terikat dengan program. Semua aktiviti lainnya akan dibekukan. Saya sangat tak keruan (Tidur lena, makan kenyang, mandi je tak basah. Aneh betul) Saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya rasa gusar betul untuk mengikuti program jabatan (Sekejap. Saya sangat tak faham kenapa ayat saya semanis epal, seindah suria secantek pelangi kali ini. Sangat tersusun macam kena bomoh) *phew* Never mind.

Too many things, too little time. Sepatutnya minggu lalu membridal hantaran lagi. (Si cerewet ni memang. Pilih barang hantaran macam pilih jodoh. Over tau) Tapi oleh sebab Aizar tidak available, semua jadi tertunda. Minggu ni langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Aizar akan sibuk dengan konvokesyen. Bridalmania (term baru tolong biasakan) akan bersambung hanya selepas program Akreditasi T__T Cry me a river.

Antara yang sedang mencelarukan kepala :

- Permohonan nikah (sebab tunang saya akan pulang lewat ke Malaysia). Bapa saya sangat sebok kebelakangan ni. Saya plan nak bincang on Friday.

-Favor / Doorgift. Idea ada. Tapi pendirian belum ada. Boleh faham? (Dah la cerewet macam mak nenek. Eh eh, nak marah siapa neh?)

- Pelamin. Idea ada. Pendirian blom ada. Malas pulak tu nak jumpa wedding planner. Kurang motivasi. Aik? Bukanlah. Tapi belum ada pendirian.

- Make-up. Belum pergi try make-up. Saya harap muka saya tak menjadi macam bukan muka saya semasa hari wedding. Saya takut nanti saya pon takda mengenal muka saya sendiri. Anda apatah lagi. Oleh itu kena hati-hati dengan make-up. Bertambah pula dengan kulit yang tak sporting ni. Silap kena product, selamat datang nenek kebayan muka buruk!

- Senarai jemputan. Ada buat bukan takda buat. Tapi tak proper.

- Kasut sanding. Cis.

Saya067.gif image by klasikPENING067.gif image by klasik sebab :

Saya bantai Indocafe + creamer macam orang hilang akal dua hari ni. Malam semalam telah mengidap insomnia. Sampai sengsara dibuatnya. Bangun pagi kepala mintak cerai (aik?) Kepala semacam nak bercerai berai dengan badan. Punya sakit. Kalau bapa saya tahu, mesti keluar enakmen lagi sekali. Dilarang membawa masuk nescafe dalam rumah. Ini pernah terjadi beberapa tahun lalu. Masa zaman saya migrain kuat. Abes semua simpanan 3 in 1 saya kena rampas. Tak dapat Nescafe 3 in 1, layan Sunquick. Loser gila. KAH KAH KAH.

Akhirnya berbuih-buih juga.

Posted by chika under Uncategorized

Kepandaian saya mengenali jenama pencuci pakaian telah didedahkan pada entry lepas (kalau tak dedahkan pon tak apa, takda sapa nak tahulah bukan?) Maruah pon telah terjejas di tangan anda. Eleh, Chika tu basuh baju pon fail.Tuduh anda dalam hati. Manalah saya tahu kan? Cantek sikit! KAH KAH KAH

Sekarang saya akan membawakan anda ke dimensi cerah saya (my bright side of life) Entry ni dibuat untuk memelihara maruah sendiri. Tolong tahu yang saya sebenarnya pandai mencuci baju. Seorang pencuci baju yang cemerlang, gemilang tapi bukan terbilang (sebab ramai lagi rakan sekedudukan yang basuh bersama-sama)

Kita belajar dari pengalaman. Sebab pengalaman mendewasakan kita. Setelah kejadian mencuci baju tapi buih tak keluar-keluar (Padahal softlan dah tuang satu botol), saya pon belajar dari kesilapan. Sejak hari itu, saya tidak lagi membasuh baju tetapi mengambik jalan pintas. Iaitu menghantar baju ke dobi. Bukankah sangat genius menyelesaikan masalah peribadi? Buat apa pening-peninglah bukan? Emak bukan menghantar kita ke asrama untuk menjadi pencuci baju yang pandai menghasilkan banyak buih. Pelajar yang mencuci baju tapi tak berbuih-buih (ehem, aku lah tu) tidak dikira sebagai pelajar yang gagal. Setakat menang sebab pandai membasuh baju sampai banyak buih, sikit takda heranlah. KAH KAH KAH.

Err.

Syukur alhamdulillah. Perangai mengangkut baju berhempas pulas dari tingkat 2 ke blok hujung demi mendobi tak bertahan lama. Tahukah kenapa? Sebab terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya mengajak washing-washing bersama. Saya pon selalu tengok gadis-gadis membasuh pakaian sambil ketawa ria (like anak dara cerita P.Ramlee only ) Sambil membasuh mereka menyanyi lagu This Love (yang sangat glamor pada ketika itu) Saya tengok macam best je. Apalagi, jiwa remaja pon rasa tercabar (eceh) Terus join mereka membasuh baju. Fuuuuuu. Sangat menyeronokkan I tell you.

Akhirnya saya menjadi ketagih. (aik?) HAHA. Setiap petang, habis je kuliah saya akan terus pergi washing washing. Takda pakai Kuat Harimau lagi (ishk apa punya taste la bukan) Saya pon menggunakan ’sesuatu’ yang disarankan oleh Trex (tahukah rumet saya ialah daineso yang suka makan kacang? Tak tahulah bukan? Tak tahu tak apa) Err. Apakah dia ’sesuatu’ tersebut? Err. Takda ingatlah nama pencuci tersebut. Tapi sangat mempesona bau dia. Siapa tercium pasti falling cinta

Waktu itu, saya lah pencuci paling cemerlang. Sebab sudah pandai menghasilkan banyak buih (semua orang boleh keluar skang!) HAHHA. Softlan pon sudah pandai pakai dengan tepat sekali. Tapi ada satu masalah yang sangat menyusahkan kepala rakan-rakan sekeliling.

Mereka pon sangat sengsara mentengok saya mencuci sehelai baju macam mencuci 10 helai baju. Punya lama. KAH KAH KAH. Sebab itulah juga Ain (rumet katil sebelah yang sangat baik hati selalu teman saya mandi. Aik?) akan mengambik kesempatan untuk menjatuhkan maruah saya (eceh). Kalau saya ajak dia washing washing, dia pon akan kata sambil pergi baring : awak gi basuh dulu gi. Kejap lagi kita join. Sebab nanti takla awal tinggal sorang-sorang. Kita basuh satu timba sama macam awal basuh selai baju.

Cis.

HAHAHA. Itu baru kata-kata rumet sendiri. Belum kata-kata rakan satu aras yang lain.

‘Nurul, gud luck,’

setiap kali nampak saya washing, mesti ada yang mengucapkan kalimat puaka. Tapi tak apa. Saya sangat gembira dengan pencapaian diri. Dah memang potensi saya setakat tu saja. Saya sangat menghargai diri sebab sekurang-kurangnya pandai jugak mencuci baju sampai keluar buih.Err. Saya meng-washing lama sebab sangat bersih la tahu. Bukan setakat membuihkan pakaian, malah membersihkan kuman dan membasmi kotoran dari dalam (dah macam ciplak moda iklan ja neh) KAH KAH

Anda pula, bagaimana?
Err. Lelaki pandai washing sampai berbuih-buih?
eh Chika neh main tuduh-tuduh pulak.
Nak kena belasah?

Hurmm Wangiiii.

Posted by chika under Uncategorized

(saya mintak sorry sebab buat tajuk yang menjengkelkan)

Kan betul apa saya tulis dalam entry yang lalu. Emak saya sangat giat membeli pelembut kain, pewangi kain, penserbuk kain dan pencuci kain (ada lagi? tolong tambah sendiri) Dan waktu untuk berada dekat lorong bahagian pencuci kain adalah sangat lama. Tak lain tak bukan. Kami akan mencium satu per satu haruman yang ada. Sebab selalu lupa. Walaupon beli setiap 2 hari sekali (paling merosot pon akan beli seminggu sekali), kami tetap lupa yang mana satu wangi dan yang mana satu tidak.

Kalau sepuluh kali kami pergi, sepuluh kalilah wangian yang wangi akan dipuji ; Hurmmm… wanginya. Okay, ambik! Dan sepuluh kali lah yang tak wangi akan dihina seperti ; Eiii… apa bendalah busuk gila bau dia, buat apa dijuallah. KAH KAH KAH.

Chika. Driver. Tukang bayar parking. Tukang pegang bakul (bila berat kasik emak pulak sebab emak kata dia lagi kuat. Okay tak apa). Tukang bodek emak (kalau emak kata yang biru wangi, kadang-kadang akan setuju walaupon rasa macam tak wangi. Tapi nak bodek punya pasal) Tukang keluarkan barang-barang masa dekat counter. Err. Kenapa kena bodek emak? Anda mungkin tertanya-tanya. Sebab kalau mood emak baik kami akan jalan terus ke Pandan Mewah menikmati Mc Donald sampai petang. (Chika suka bubur ayam Mc D, tak syak lagi). Orang sengkek mana mampu beli bubur ayam. Itupon kena harap emak belanja T_____T (menangis dalam entry)

Pada hari ini (ewah) saya akan ceritakan kepada anda tentang pengetahuan saya yang mendalam tentang jenama pencuci kain. Aik? Tak sangka betul Chika ada pengetahuan sampai ke topik jenama pencuci kain.

Sejak kecik lagi saya sangat berminat untuk join mak saya mencium dan memilih pewangi kain yang wangi. Bukan untuk siapa, untuk keluarga kita juga (eceh) Dari kecik saya sudah hafal jenis-jenis pewangi Softlan. Kalau saya ikut bapa saya ke pasaraya (tanpa emak), saya akan membagitahukan kepada bapa saya jenama, warna dan jenis yang bapa harus beli. Okay, sekarang boleh tolong kagum.

Okay. Baik mengaku cepat. Saya pon macam emak juga. Taksub dengan bau pencuci pakaian. Tak fahamlah bukan?

Tapi (TAPI!) Malu kalau orang tahu. Masa dekat matrikulasi (iaitu first time masuk asrama), saya sangat sengsara. Sebab tak tahu apakah beza dia antara Softlan, cecair Kuat Harimau, dan sabun buku FAB. Tak tahu bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan Kuat Harimau. Bila pulakkah kena memasukkan Softlan. FAB pulak untuk apakah? Tahukah sudahnya saya buat apa? Saya bantai memberus baju guna Softlan. Tak buih-buih. Tapi takpa. Jiwa sangat gagah. Terus menuangkan lagi macam bapa saya tokey kilang Softlan (Malu kalau tunang tahu tapi memang lepas baca ni akan tahu pon. Hep. Kena terima I seadanya lah bukan. Jangan menyesal sekarang dah terlambat) Memberus dan berus dengan begitu feminine. (laju laju buai ku laju… eceh menyanyi macam Bawang Putih yang miskin dan sengsara)

Selepas siap memberus dengan SANGAT SOFTLAN nya, saya pon mensidai. Kuat Harimau takda guna. Sebab sangat dahsyatlah nama dia, nak usik pon pikir dua tiga kali. KAH KAH KAH. okay bukan macam tu. Saya pon sidai baju yang telah diperah dengan seluruh tenaga yang tersimpan dalam hati.

Kemudiannya call emak.Nasib baik emak saya tak menangis dengar cerita sedih neh. Kecewa hati ibu sebab ada anak perempuan tak boleh pakai. HAHAHA. Emak kata guna Kuat Harimau dulu barulah akan berbuih (party buih? okay pergi istighfar sekarang!) Saya masih ingat. Petang itu. Dan saya merasakan macam satu bilik pandang serong dekat saya. Pasti rakan-rakan sebilik pon berkata dalam hati ; ada lagi orang macam neh dalam dunia yang fana ini? KAH KAH KAH.

Err.
Saya tahu Softlan ialan pelembut kain (cantek sikit jangan kata saya tak tahu) SAYA TAHU. Tapi tak tahu pula pelembut kain takda sama fungsi dengan pencuci. Apalah. Teknologi mencuci kain nampaknya belum betul-betul canggih. Pakai satu cecair kan senang.

Sekarang kita sampai ke segmen mencipta moral (mencipta tahu!) KAH KAH KAH. Moral dia ; mencuci kain bukan perkara mudah. Nikmatilah teknologi washing machine dengan penuh kesyukuran (jangan sepak washing machine anda kalau dia meragam, kesian dia) Menjadi seorang ibu pon bukan mudah. Memilih pencuci kain terbaik dalam jutaan pilihan di pasaran sangat mencabar naluri keibuan. Belum lagi memilih pelembut kain. Semuanya memerlukan ketelitian. Saya gembira betul sebab menjadi wanita. Sebab ada chance pergi pasaraya dan pilih Softlan (eh eh. tiba-tiba pulak) Tapi tak apa.

Sekarang saya faham kenapa emak beli banyak sangat cecair untuk mencuci pakaian. Sampai terpaksa pegang bakul berat.

Apalagi, kunjungilah The Store berhampiran untuk pelbagai pilihan hebat.

Downy 4X
Softlan
Daia
Petal
Comfort
Kuat Harimau
Max Kleen 9
(pilihan emak saya sepanjang zaman)
Dynamo
Breeze
Marigold
(Yogurt jangan masuk campur!)
Kotex
(hoi hoi hoi! malu sikittt!)

Okay malas fikir lagi. Bukan kaya pon kalau hafal.

Pemalu tak bertempat

Posted by chika under Uncategorized

Jangan risau. Kali ni tak ada ceramah rumahtangga lagi HAHA. Kalau kerap sangat membuat entry berciri ceramah rumahtangga, Chika pon akan dituduh macam-macam. Contoh :

  1. Bila masa jadik ustazah neh?
  2. Eh eh, siapa pulak mintak ceramah neh?
  3. Oh macam bagus betullah dia neh.
  4. Hoi belum kahwen jangan bercakap pasal kahwen

Cantek sikit! Jangan membuat komen panas lah okey. Biasalah, Chika kan panas hati. KAH KAH KAH (memang ketawa. Dalam ketawa pon boleh menembak anda sampai mati jangan tak tahu) Aik? Semacam emosi tak menentu pulak. HAHAHA. Bukanlah. Sangat baik di sini. Sekadar membagi warning. Membagi warning awal adalah penting. Bukan apa. Saling mengingat supaya tidak ada yang sengsara kemudian hari.

Err.
Sebelum terus membaca, tolong simpan dalam hati satu perkara : Mood saya sangat okay ketika ni. Tidak terjejas. Di atas sana bukan ayat-ayat marah. Err. Itu ayat membela diri nama dia. KAH KAH KAH. Dalam industri blog ni, kita kena pandai membangunkan diri sendiri secara positif. Dan yang penting, jangan sesekali mengattack. Tapi kalau kena attck, jangan lupa … attack dia balik! Jangan jadi mangsa keadaan. Sebab itulah kena selalu keluarkan warning dalam blog. Bukan sebab nak mentakutkan pembaca, tapi untuk menjaga keharmonian bersama (eceh) Pastikan anda faham perenggan ni sebelum anda ke perenggan seterusnya. Sebab kenapa kena faham : Sebab kita memang kena faham apa yang kita baca. Kalau tak lagi baik jangan membaca. Mentengok dengan membaca adalah perkara yang berbeza yang akan membagi input yang berbeza.

Err.
Tekanan betul ayat-ayat di atas. (siapa suruh baca? kan dah dipudarkan supaya nampak tak menarik untuk dibaca. HAHA) Setelah memberikan tekanan yang berpatutan, sekarang saya akan membawa kan anda ke sebuah cerita yang ringan. KAH KAH KAH.

Saya sangat gembira sebab surat cinta sudah mendapat respon. (rock and roll!)

♥Mr.Fiance♥ : that was a very nice entry you did 4 me
♥Mr.Fiance♥: thank you sbb tolong sampaikan salam rindu ehemmmmm ….kawan you tu
NuruLism: oh… tu la i dah histeria dah
NuruLism : eh i pulak
NuruLism : kawan i tu

♥Mr.Fiance♥: hahaha…
NuruLism : sekarang dia very happy
♥Mr.Fiance♥: kim salamlah kat dia
NuruLism : dia kata wsalam
♥Mr.Fiance♥ : happy

Semoga anda yang bertanya ‘apa respon tunang chika?’ sudah berpuas hati. Anda pulak bagaimana? Pernah membagi surat cinta kepada kekasih/tunang/suami/isteri? Sebenarnya menulis surat dalam zaman orang takda main surat ni perbuatan yang manis juga. Tapi akan menguji tahap kesabaran. Sebab lama kena tunggu menghitung hari dan silap-silap boleh menginap depan peti surat. SENGSARA. Sebab itu takpayahlah main surat-surat.

Anda malu tak mengaku rindu?
Sebab saya memang malu.
Tak tahu kenapa akan menjadi pemalu tak bertempat.
Saya harap anda semua dapat berkongsi pengalaman malu-malu anda!
(gaya cakap : macam pengacara rancangan tv)
Okay sudah bosan.
Bye.

Jalan Mudah Ke Syurga (2)

Posted by chika under Uncategorized

Kita sambung entry tergantung tak bertali yang lalu. Tolong jangan naik angin sebab entry yang lalu telah berciri anti climax. Saya harap anda semua faham perasaan orang yang excited melompat sampai langit ke tujuh setelah lama tak nampak kekasih dia. Memang nalurilah bukan. (Blame me not maksud dia)

Tolong serius sekarang. (serius serius, jangan KAH KAH KAH)Tunjukkan muka yang tak berdosa sebab ceramah motivasi muslimah sejati akan bermula sekarang. (Macam jenaka lah bukan?) Tidak. Kali ini kita akan berbicara muslimah secara betul.

Assalamualaikum semua. Setiap malam sebelum tidur, saya akan menyelak at least satu muka surat buku yang dibagi oleh bakal suami (manisnya panggil you bakal suami) Saya sebenarnya sangat gembira sebab mendapat buku tersebut. Sudah baca berkali-kali pon tak jemu-jemu juga. Salah satu part dari buku tersebut yang saya telah baca berulang kali ialah topik yang bertajuk ; Jalan Mudah Ke Syurga.

Topik ini akan dibantu oleh ayat-ayat huraian yang ditulis oleh saya sendiri. Namun begitu, isinya adalah ayat copy dari buku, bukan isi yang direka oleh Chika. Baiklah. Di antara perintah syariat untuk para Muslimah yang akan mempermudah mereka ke syurga adalah ;

  • Taat kepada suami.

  • Taat kepada suami

  • Taat kepada suami

    3 kali ditegaskan untuk taat kepada suami. TIGA KALI. Semua muslimah pon sudah tahu tapi selalu lupa semasa telah berkahwen. Lagi-lagi ketika merajuk tak dapat langsir baru (contohlah) Atau kadang-kadang semasa bergaduh sebab suami lambat balik. Selalunya suami sampai rumah pukul 4 petang (aik? Ini berdasarkan waktu balik kerja tunang saya bukan tunang anda HAHA) Tetiba pada satu hari telah pulang jam 4.02 iaitu lambat 2 minit. Terus mengamuk 2 jam. Dan tak bertegur sapa 2 hari. Mengungkit sampai 2 tahun dan dendam sampai 20 tahun. Kesan balik lambat 2 minit telah merebak sampai 20 tahun panjangnya. Bukankah sangat dahsyat? (Sekarang tolong faham bahawa perempuan punya penangan lagi dahsyat daripada kuasa Ultra Slash) Kalau tak tahu apakah kuasa Ultra Slash, okay tak apa. Jangan nak tahu sangat.

  • Menerima pemberian suami dengan senang hati.

    Contoh : Kalau suami bagi Mazda RX8, terimalah dengan senang hati jangan menolak. Okay bukan macam tu maksud dia. Maksudnya, kecik apa pon pemberian suami, janganlah membentak. Nanti Allah murka. Suami pula janganlah mengambik kesempatan pulak ; Mentang-mentang isteri selalu gembira dapat sekuntum bunga plastik, bantai tak henti-henti membagi bunga plastik. Sesekali bagilah satu ladang bunga segar pulak (apa salahnya) Tapi kalau tak mampu, jangan buang tebiat. (JANGAN!)

  • Memelihara kehormatan diri.

  • Menjaga harta suami.

    Saya selalu gembira tengok cara emak saya menjaga harta bapa saya. Walaupon emak saya sangat giat membelanjakan harta bapa saya, tapi emak juga sangat pandai menjagakan harta bapa saya. Dan yang lebih menggembirakan, hanya saya yang tahu bagaimanakah emak menjagakan harta bapa saya. (saya harap saya pon boleh buat strategi macam yang emak buat) HAHA. Saya sangat kagum dengan emak saya walaupon kami bukanlah berharta berguni-guni. Moral dia di sini ; Lelaki kena tahu. Walaupon perempuan kelihatannya sangat giat membelanjakan harta suami dia, sebenarnya perempuan jugalah yang paling bijaksana mengumpulkan harta. Tak percaya , cuba anda tengok pada emak anda. Malang bagi anda kalau tak nak percaya. Dan tolong percaya juga. Isteri selalu buat magik semasa suami dia dalam kesusahan. Contoh paling dekat bagi saya ialah emak saya. Kami sekeluarga pon selalu terkesima bila emak menjadi penyelamat kewangan keluarga. Padahal secara mata kasarnya emak sangat giat berbelanja. Magiklah bukan? Err. Sebenarnya ini bukan magik. Ini kebijaksanaan wanita nama dia. Perempuan memang pakar ekonomi. Tak percaya tak apa.

  • Mendorong suami dalam keimanan dan takwa.

    Insyaallah rumah tangga akan terpelihara kalau masing-masing menjaga solat masing-masing (mengulang balik kata-kata bakal suami)

  • Tidak memasukkan seseorang ke dalam rumah tanpa izin suami.

  • Tidak menyakiti hati suami baik dengan perkataan mahupun perbuatan.

    Tapi perkara ni memang akan berlaku berulang kali dalam rumah tangga (I bet) Manusia memang membuat salah. Kalau yang sempurna itu bukan manusia nama dia. Tapi gunakanlah the magic words ; I AM SORRY. Minta maaf dan mengaku salah (kalau bersalah, kalau tak salah buktikan yang anda memang tak salah jangan jadi mangsa keadaan) Saya memang suka emosi tak bertempat. Saya tahu yang saya kerap (dan akan lebih kerap lagi) menyakiti hati suami lebih-lebih lagi dengan perbuatan. Sebab saya sangat pandai mentarik muka. Saya harap saya akan berubah dan insaf. (Seriously, saya sangat benci perangai emotional saya yang entah apa-apa tersebut) Perempuan memang suka main emosi. Entah apa-apalah perempuan neh. (Sesekali tak apa. Sebab apalah ertinya wanita tanpa emosi)

  • Tidak melakukan puasa sunat ketika suami berada di rumah tanpa izinnya.

    Saya pon tak pernah tahu perkara yang ini. Sekarang baru tersedar dan tercelik mata. Nampak tak. Terlalu banyak perkara-perkara rumit yang perlu difahami secara mendalam. Sangat susah berumahtangga. Tapi kalau kita berjaya mengharunginya, syurga dalah balasan yang hakiki. Seronoknya! Hoooray!

  • Tidak keluar rumah tanpa izin suami.

    Tapi kalau berlaku kebakaran, tolong keluar. Jangan membakar diri sendiri dalam api nanti suami sengsara.

  • Tidak berpergian sendiri tanpa ditemani mahramnya.

    Saya harap saya akan ada anak perempuan yang membesar menjadi gadis sejati. Yang akan selalu menemani emaknya berjalan-jalan. Aik? Okay, tak ada kaitan dengan isi. Tapi jangan risau. Saya memang tak pandai berjalan seorang diri. Sebab saya tak pernah jalan seorang diri. Kalau suami tak bawa berjalan nanti, memang saya akan diam dalam rumah macam dove yang sangat jelita tapi kena kurung. (meluatnya bila Chika cakap macam ni, kata anda semua dalam hati)

  • Tidak menolak permintaan suami ke tempat tidur tanpa alasan syar’i.

    No comments available. Malulah bukan? Kita skip part neh.

  • Sabar dan kasih sayang dalam membimbing anak-anak.

    Insyaallah. Can’t wait to have kids. (eh eh, macam tak malu) Malu sebenarnya. Okay jom skip lagi. Eh, janganlah skip. Bukan seronokkah bercakap tentang kids? Saya harap akan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Mereka akan dibenarkan bermain kucing walaupon emak dia tak akan bermain kucing. Mereka akan dibawa ke zoo negara walaupon emak dia tak suka tapi tak apa. Mereka juga akan dibawa menikmati keindahan alam pantai, sungai, padang yang luas dan keindahan hutan. (walaupon emak dia bukan environmentalist) Kanak-kanak harus dibesarkan dengan nilai kasih sayang. Sayang kepada manusia, kepada haiwan, tumbuhan dan kepada toys. (toys? ) Okay, toys pon termasuk sekali. Jangan suka hati mencampak atau melingkupkan toys sebab ibubapa dia belikan dengan duit.

  • Malu meninggalkan perintah Allah dan mengerjakan maksiat.

    Sebuah rumah yang harmoni adalah rumah yang disinari oleh cahaya keredhaan Allah SWT (bukan cahaya lampu kristal semata-mata) Tapi tak salah membeli lampu kristal. Nanti ada yang membidas tentang apa salahnya membeli lampu kristal. (tolong faham sikit) Err. Saya pon suka lampu kristal, jangan kata saya mempersenda lampu kristal anda. (warning neh) HAHA.

  • Tidak memakai perfume di luar rumah sehingga tercium baunya oleh lelaki yang bukan muhrim.

    Astaghfirullah. Tapi kita semua buatlah bukan? Demi mencium bau syurga, saya harap saya akan improve diri dan tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama ini. Err. Seramlah bukan?

  • Tidak meminta cerai kepada suami tanpa alasan yang syar’i.

    Jangan bersuka-suki meminta cerai. Manalah tahu anda sangat bosan pada suatu petang yang bosan itu. Anda pon sudah tidak tahu apakah yang hendak diminta lagi sebab sudah minta semuanya. Langsir dah mintak (tak habis-habis dengan langsir), sofa dah mintak, kereta dah mintak, rice cooker paling power dah mintak, washing machine paling hebat dan mintak, TV plasma pon dah mintak. Sampai tak tahu nak mintak apa, terus memintak cerai pula. Oh cannot cannot. Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT ialah penceraian. Dan apabila sekali seorang isteri itu meminta cerai, bergegarlah tiang arasy. Antara perkara yang main-main pon jadi, betul-betul pon jadi ialah lafaz cerai. Walaupon ilmu agama saya tak tinggi mana tapi saya harap semua orang pon faham bahawa lafaz cerai-cerai jangan dibawak main. Nanti meroyan, sendiri yang susah. Abah saya selalu ingatkan pasal hal ni. Selalu ingatkan dekat semua kami. JANGAN MAIN-MAIN DENGAN LAFAZ CERAI.

  • Pandai berterima kasih kepada suami.

    Walaupon suami hanya membantu anda membacakan blog untuk anda (sebab anda malas baca tapi nak baca juga) kenalah ucapkan terima kasih. Tapi bakal suami saya (ehem) janganlah worry. Nurul ni sangat rajin membaca, tak akan mensuruh you membacakan blog untuk I. Jangan risau. Alah, cakap je thank you kalau malu nak cakap terima kasih. Err. Memang ada orang sangat sukar mengucapkan terima kasih. Mungkin sebab ada perkataan KASIH (I don’t know) Sebab bagi saya pon sama. Lagi laju mengucapkan Thank You. Tapi tak apa. Nak cakap Syukran pon boleh. Apa-apa bahasa pon boleh asalkan suami anda faham. Jangan pakai kod rahsia sudah nanti timbul salah faham. Jadi kes complicated pulak.

Harap maaf. Nampaknya sampai setakat ini saja buat kali ini. Jari saya sudah mengeluarkan cahaya merah (nak kata macam Ultraman lemah lah tu) HAHA. Sudah tak larat untuk meneruskan. Kita akan sambung lagi nanti (insyaallah) Biasalah. Kursus kahwen pon dua hari lah bukan? Apa salahnya kursus ini pon kita buat dua hari juga. HAHAHA (Kalau mood ilmiah datanglah kan. HAHA)

Saya harap entry kali ini memberikan sesuatu kepada anda semua. Tidak kira akan bakal pengantin atau bukan. Sudah berumahtangga atau bukan. Saya bukan banyak ilmu pon. Ini bukan ceramah agama, mind you. Ini sekadar berkongsi apa yang saya baca. Dan saya rasa semua orang kena tahu (kalau belum pernah tahu) Tapi kalau ingin mengatakan ‘Chika macam bagus’ pon tak apa. Bagus tak baguslah kan. Ada juga orang nak baca entry-entry ‘macam bagus’ neh. Tak apa. Sikit tak terjejas. Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pembacaan. Bukan pandai-pandai sendiri ikut kepala. HAHA. Siapalah Chika untuk membagi ceramah kan (T___T ha, kan dah sedih) HAHA.

Bergembiralah dengan entry ini sebagaimana anda bergembira dengan entry-entry Power Rangers dan Ultraman Taro. Walaupon terdapat unsur-unsur humor yang tak dapat dielakkan, saya bukan bermaksud nak suruh anda menjadikan isi-sisi di atas sebagai jenaka semata-mata. Err. Kalau menulis serius sangat nanti, anda pon pasti bosanlah bukan. Nanti anda kata lagi baik menonton Astro Oasis daripada membaca blog ceramah Chika. HAHA. Ketawa ketawa jugak. Insaf insaf jugak. Sekarang siapa belum solat Isyaq, go solat Isyaq! Eh, eh tiba-tiba pulak.

Saya akhiri dengan slogan ; Hormati suami anda. (Kalau setakat boyfriend tak apa. Tak payah taat sangat dengan boyfriend. Tak dapat pahala pon)

Jalan Mudah Ke Syurga

Posted by chika under Uncategorized

Sejak beberapa hari ini, saya sudah membagikan anda gelak ketawa secara duniawi (Bold and underlined. Tolong ambik perhatian) Dari kisah ultraman ada emak (yang mana rata-ratanya tak mahu percaya, padahal memang betul. Tapi lantak andalah malas nak layan anda KAH KAH KAH) Kemudian kita pon bergembira dengan cerita Power Rangers Putih takut bini. Saya juga telah mengajar anda berangan-angan padahal macam tak berapa boleh pakai. (contoh : rujuk isi nombor 2, previous entry. Malu kalau keluarga tahu) HAHA

Pada kali ini, marilah kita berinsaf-insaf. Orang tua-tua kata, jangan banyak ketawa sangat nanti buruk padahnya. (No, you don’t have to pergi menangis sebanyak satu sungai) Ini bukan entry untuk mensuruh anda menangis. Ini entry ilmu. Tahukah entry ilmu itu memang bosan? Err. Tapi entry ilmu yang ini pasti tak membosankan. Sebab kenapa tak bosan : Sebab ini entry ilmu pikat suami.

KAH KAH KAH.
Hep, jangan ketawa!

Sebelum anda meneruskan kelas ilmu pada kali ini (ehem), tolong lapangkan fikiran. Jangan KAH KAH KAH okey nanti tak menghormati ilmu nama dia.

Saya ingin mengkongsikan kepada anda JALAN MUDAH KE SYURGA.
(fuuuu… entry apa neh? Jangan takut )

aiseyman!

Baiklah, sekarang saya terpaksa mempotong mood anda. Saya mintak maaf sebab terpaksa mempotong semangat anda. Saya tahu ada yang dah siap mempakai tudung dan membawa muka tak berdosa demi membaca entry neh. Tapi saya akan menyambungkan entry neh pada lain waktu. (ishk. Tak guna punya Chika) Sekarang saya kena bercinta online dulu. Maklumlah. Sudah lama menyimpan rindu dalam hati sampai tak lama lagi akan membentuk bukit Rindu. Bukankah sangat sengsara bunyi dia? Sekarang err… mahu meluangkan waktu berkualiti dengan tunang. Yahoooo! Tunang tersebut telah online! KAH KAH KAH. Sangat marahlah bukan dengan Chika neh?

Err. Tunang first. Blog bukan best pon.
KAH KAH KAH.

Jangan lupa datang lagi untuk menyambung kelas JALAN MUDAH KE SYURGA malam nanti.

Aih. Orang macam neh pon ada ke dalam dunia? Sanggup dia membuat entry tergangtung tak bertali? HAHA