Seharian Suntuk
Semalam sehari suntuk berada di istana untuk program. Hari ni saya balik Cheras. Demi membridal. Okay, lame thing. KAH KAH KAH. Sekejap lagi hendak keluar dengan Aizar. Saya tak tahu kenapa saya sangat cuak dan cemas dan sengsara.
T____________________________T menangis panjang.
Saya seronok semalam. Walaupon penat dan sekeleh. Tahukah kenapa selekeh? Sebab duduk atas tahi kelawar dan kaki berdebu-debu. Walaupon macam ada … okay, tiada apa-apa maksud saya. KAH KAH KAH. Pangsapuri UKM di Taman Tenaga not bad. Memang menyeronokkan. Satu rumah tiga bilik. Saya bersebilik dengan Mek. Kami tak ada sejadah, lalu kami menjadikan sarung bantal sebagai lapik solat. Sangat sakit tulang lutut dibuatnya. Dan sekarang tulang lutut saya berdenyut-denyut. Tapi tak apa. Ingat Allah.
Saya membawa shower gel yang besar, berus gigi beserta katak holder, dan juga semua kelengkapan solek, perfume dan tidak dilupakan ketip kuku secara perfect. Malangnya telah melupakan ubat gigi. Bukankah perkara tipikal?
Saya membawa sebuah bag besar The Pooh. Bag yang sangat berat kalau atuk saya nampak confirm kena perli. Atau kalau orang tengok mesti fikir saya pergi holiday 2 minggu. Malangnya telah terlupa membawa bekalan jeans yang mencukupi. Again, perkara tipikal.
Baiklah. Dua perenggan merah di atas sebenarnya perenggan membazir untuk memanjang entry. Kalau tak tulis pon tak apa. Terima kasih sebab dah baca. Sekarang sila sambung lagi.
Kepala bercelaru sebab telah menghilangkan wang yang emak bagi secara ajaib. Terlalu kesal malam semalam sampai tak lalu menghabiskan maggie goreng (padahal maggie goreng tersebut sangat sedap wa cakap lu) Disebabkan kesal telah menghilangkan wang, saya telah menjadi sangat mengantuk (aik?) Never mind. Fikiran sedang bercelaru. Tahap IQ sedang terjejas. Tolong faham sikit.
Semalam bekerja sehingga jam 10 (malam, bukan pagi) Apa akallah bekerja di istana dalam hutan. Kalau bekerja di studio, mahu jugak sampai ke pagi agaknya. Lebih menyentuh hati, tinggal yang perempuan saja bekerja di situ. Jadi tak boleh lama. Sebab :
- Elektrik dijana oleh kuasa generator. Pekerja-pekerja (yang tak dikenali) yang menjaga generator pula hanya akan tunggu sampai jam 10.
- Kami sangat suka bergembira sampai kadang-kadang lupa diri sekejap. Padahal dah dipesan jangan suka-suka sangat dalam hutan. KAH KAH KAH. Malangnya sangat seronok menyanyi lagu tamil ‘Va Va Va’ dengan Shida sambil memegang hammer (aksi ngeri lah bukan?)
- Tinggal perempuan saja sebab yang lelaki semua pergi rally (?) kah kah kah. Tapi tak apa. Semua perempuan. Mengelakkan fitnah. Eceh. Padahal dalam hati bengang namampos sebab lelaki tak tolong angkat berat. KAH KAH KAH.
- Banyak mulut celupar suka main seram-seram. Dah la tempat memang seram. Shida sangat gedik pergi main ketuk-ketuk papan sampai Ainul warning. KAH KAH KAH. Lepas tu berlaku tragedi bertemu haiwan terbang yang luarbiasa. Semua lari keluar dari bilik tersebut padahal Chika sangat steady. Terus bertukul. Dan datanglah hero yang tak berapa nak hero pergi membuang binatang terbang tersebut. Hek eleh. Selagi bukan kucing, aku releks jek. KAH KAH KAH. Selain itu, mulut jugak celupar tengah malam bermain Jangan Pandang Belakang.
Atas faktor tersebut, kami memang tak patut stay lama di istana. Sebab tak pandai jaga mulut. Tapi masih pandai jaga maruah, itu yang penting. HAHAHA. Tamat kerja, terus mencari makan. Fuuuuuu. Okay tolong maafkan diri sendiri sebab makan malam. Teh ais dengan Maggie goreng pada jam 10 malam. Makan sambil tidur. KAH KAH KAH.
Err.
Sudah.




November 30th, 2008 at 11:35 am
bz selama 2 minggu T.T
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:34 am
busy tak best :(
tapi masa free nak busy.
tak tau bersyuukur.
HAHA
pphoenix Reply:
December 1st, 2008 at 5:01 pm
hohohoo
busy2 pn smpt mnang lg
hahaha
chika Reply:
December 7th, 2008 at 1:10 am
busy bukan halangan.
itu cuma alasan.
eceh
November 30th, 2008 at 11:51 am
best gak kalau aku sakat korang kat sana kan…
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:34 am
hati hati. takut anda tersalah sakat. HAHA
November 30th, 2008 at 1:02 pm
stok2 kita ni mmg takleh stay lama kat umah tu…..sbb masing2 tukang gurau kasar gred A semua. kalo ada ujian profesionalism bagi golongan penggurau kasar, kita pasti jadi antara yang paling cemerlang!!! yeah!
*rush rush rush* semoga jumpa mlm kang….wuuuuuuuuuT.T penat….
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:33 am
Kau ar semalam diri belakang aku pastu cakap JANGAN PANDANG BELAKANG. Tak ke lawak gila. KAH KAH KAH. Oooooo jaga mulut, jaga mulut. HAHA
November 30th, 2008 at 2:16 pm
err katak holder.
apakah?
eh ketip kuku pon bawak!!??
HAHAAH u bawak shower cap semua x?
haha gile lengkap.
mcm nk pindah umah pulak :p
duduk sehari pon u bawak 6 jeans ke? haha..
chika,tiada gambar? :D
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:32 am
holder berus gigi yang berbentuk katak :P
gambar ada. Nanti. sekarang kena uodate laju2 je.
November 30th, 2008 at 2:58 pm
Binatang ape yg terbang – terbang tu ?
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:31 am
tah la.
muka macam lalat. tapi size besar seploh kali ganda lalat.
November 30th, 2008 at 3:02 pm
adehh. berus gigi dh bwk, ubat gigi lak tertinggal. huhu, klw diya tertinggal berus gigi tak pe lagik. sbb bleh guna ubat gigi letak atas jari dan berus! hahaha.
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:31 am
haha.
saya kena kepoh kepoh mintak member la ubat gigi setiap kali mandi. ekekek
November 30th, 2008 at 4:55 pm
va va va
macam pernah dengar je lagu ni..
len kali..sy mensarankan chika menyanyi lagu gelimat pulak..
kah kah kah
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:30 am
lagu filem tamil . Lakonan Rajnikanth. Yang boleh didengar dari Sehati Berdansa. KAH KAH KAH
gelimat tu apa?
November 30th, 2008 at 4:59 pm
waaa windu giler mau baca post adik. hehe
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:28 am
chika pon tak dapat berjalan-jalan blog dah ni :(
November 30th, 2008 at 5:36 pm
gosok gigi tanpa ubat gigi ibarat makan megi tanpa perencah..erk…
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:25 am
okay.
HAHA.
lain kali gosok gigi dengan perencah maggie,
yucks
November 30th, 2008 at 6:05 pm
akak chika mmg terror, baru miss sehari bc blog dah blambak post yg tebentang…(jelous dgn kbolehan mengarang kak chika..huhuhu) melihat ultraman yg kak chika beli tu teringat kat candy besar bulat berwarna-warni sy yg mendapat kritikan ramai bila sy beli dan bawa pulang….urmmm.. (^_^)
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:24 am
tapi sepanjang minggu ni akan slow sket entry. Sebok :( HAHA.
Takpe, kita berhak beli apa2pon yang kita nak selagi tak membeli yang dilarang oleh syarak. eceh. HAHA :P
November 30th, 2008 at 7:25 pm
hahahaha!
sgt sronok lah dudok dlm hutan!
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:21 am
err. seronok juga.
tapi mulut takleh celupar. HHAHAHA
November 30th, 2008 at 7:56 pm
test
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:20 am
:D
November 30th, 2008 at 11:09 pm
aik..?? mustahil menjadi pertama ??
chika.. selamat bertukang wahai adik comel. binatang terbang tersebut apakah ? kelawar ?
berapa duit yg mak kasi dah hilang ?
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:19 am
ye memang mustahil :P
binatang apa tah. MAcam lalat tapi muka dia tapi size dia 10 kali daripada lalat. Ha, apakah tu? HAHA
November 30th, 2008 at 11:21 pm
pegii membridal ngan ayza.. jeles lah ai..
kah kah kah..
eh..ini jeles ke ape.
arini saye ke pantai. pantai bungai di bekenu
erkerhrekhre.. agaknye kalo saya x pindah kl.. x kenal lah kite.
eh.ape cite neh. har har harrrr..
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:18 am
jeles konon. KAmi pon jeles ko gi holiday. Tak nak kawan :(
KAH KAH KAH
December 2nd, 2008 at 2:22 pm
vavava eey thaleyvaaa….
hahahahahahahaha…
waaa!!kamu tau lagu tuh?(jita)
kami pon suka!!!(jita)
hahahahahahaha
nurullsehati berdansa masa industan tuh tgk x?
bez gak..
chika Reply:
December 7th, 2008 at 1:11 am
KAH KAH KAH.
woi shidaaa!
gelak sambil memegang mikrofon aku neh.
HAHAHAHAAHAHA