Neutralization
Disebabkan rasa marah telah surut, sekarang saya akan menyesal dan akan tuliskan sebab-sebab kenapa saya sayang adek saya. Dan kenapa mereka amazing. Dan nama entry ini adalah neutralization (tolong faham sendiri kah kah kah)
HAIKAL.
Saya sayang dia sebab :
- Dia telah menghantarkan kereta saya pergi cuci sampai kereta yang macam usang tersebut kelihatan like ; oh tak usang sebenarnya kereta neh. KAH KAH KAH.
- Dia cakap kakak dia lagi cun dari awek dia. Kakak mana yang tak suka dengar kata-kata tersebut? Kakak mana? Mana? Sini tengok sikit orang yang tak suka dipuji cun oleh adek sendiri. HAHA.
- Dia tidak lupa berdoa selepas solat sebab selalunya dia terus angkat diri dari sajadah sebaik saja membagi salam (Dan membuat kakak dia naik angin)
- Dia tak makan Anlene Yogurt saya walaupon dia cakap nak makan jugak semalam. (Kalau dia makan pon sebenarnya saya takda kisah tapi memang sengaja membuat tamak) Orang tamak kadang-kadang dapat untung. Okay, semacam sebaris ayat yang tidak berpatutan.
- Hari ini dia tidak keluar rumah langsung. Saya sangat tenteram mentengok muka dia berlegar dalam rumah. Mood saya akan sangat baik macam paling baik dan terbaik-baik (KAHKAHKAHAAYATPUSING!) kalau dia takda membuat hal. Menjaga dia adalah paling mencabar jiwa, ibubapa cakap. Saya setuju.
HAIZAT.
Saya bangga dengan dia sebab:
- Dia paling pandai masak. Dia masak apa pon sedap dan boleh dimakan semasa lapar.
- Dia kelakar. Kadang-kadang dengar dia batuk pon boleh buat keluarga ketawa.
- Dia membesar dengan saiz tubuh badan yang menggembirakan. Tinggi lampai dan berbadan besar (nampak kuat).
- Dia kuat menjerit dan menyanyi yang bukan-bukan. Tapi tak pe. Menghiburkan.
- Dia tak banyak songeh. Emak pernah belikan dia handphone sekali je (Haikal beli lebih 4 kali. Haikal ada RXZ masa sekolah. Habis SPM dapat kereta. Dibenarkan travel jauh-jauh dan masa kecik ada banyak toys yang canggih sampai sepupu kami selalu bengang tengok toys dia). Dan Ijat satu-satutnya orang yang pakai handphone tak ada kamera. Masa kecik tak selalu mintak toys. Selalu pakai bag sekolah dengan kasut sekolah sampai koyak (kitorang yang lain beli bag sekolah setahun dua kali ikut mood. Tapi Adek paling dahsyat. Dia beli kasut sekolah ikut suka hati dia dan abah selalu mengalah dengan dia) Macam kesian betul Ijat. Tapi dia tak pernah ungkit malah sangat bersyukur dan sayangkan handphone tersebut.Abah pon jarang naik angin dia Ijat sebab dia kuat bodek dan tak banyak songeh.
HAIZDEL.
Saya gembira bersama dia sebab:
- Otak dia berfikir sangat laju kadang-kadang. Sampai tindakan dia ada masanya boleh buat kita rasa macam bodoh sendiri. Dia sangat pandai membagi pendapat bernas dan boleh pakai. Abah pon selalu guna pakai pendapat dia sebab kadang-kadang dia lebih praktikal.
- Dia hafal banyak lagu. Kalau menyanyi dengan dia rasa gembira sebab dia akan nyanyi bersama. Tak sangka dia hafal lagu Agnes Monica, Matahariku. KAH KAH KAH.
- Dia selalu ingat adek-beradek. Contoh, kalau ikut ibubapa ke pasaraya membeli barang, dia akan beli 5 snacks. 2 untuk dia dan orang lain dapat sorang satu (macam tak adil bunyinya tapi boleh dimaafkan) KAH KAH KAH. Dan dia paling mudah rasa rindu. Kalau saya dekat asrama (dulu), dia yang paling kerap suruh emak call saya dan tanya bila saya nak balik sebab Adek lama tak jumpa Ayong. Terharu punya pasal, confirm saya balik! (padahal memang suka balik rumah walaupon takda sapa rindu HAHAHA)
- Dia tahu halal haram. Saya selalu bangga sebab dia sebenarnya seorang yang sangat faham tentang konsep halal haram. Contoh ; Akan cepat-cepat alihkan siaran HBO ke Astro Ceria bila keluar babak perempuan seksi berjoget atas bar. HAHAHA. Dan tak habis-habis sebut ; Eii… berdosanya kalau buat macam tu. Okay. At least saya tahu dia faham konsep halal haram. Tak dilupakan. Dia selalu balik rumah dan mengadu ; Ustazah kat sekolah suka mengumpat dalam bilik guru. Berdosa je ustazah tu. Dan emak pon tanya balik ; Maknanya adek curik dengar perbualan cikgu? Okay, kantoi di situ. KAH KAH KAH.
- Dia paling rajin tolong abah kebelakangan ni. Petang tadi dia tolong abah cuci longkang sampai berhujan kuyup. Dan tak semena-mena masuk dan sound semua sekali secara pukal ; Semua pemalas dalam rumah ni. Nama je ada abang, ada kakak. Tapi adek je sorang yang terkial-kial tolong abah. Adek je sorang anak abah. Bantai ketawa semua orang. Dia sentap, apalagi! KAH KAH KAH. Dia kan kaki sentap. HAHA. Okaylah, engkau je lah anak abah!!!! HAHAHA.
Oh semua mereka kesayangan saya. Bagaimanakah kelak bila berjauhan? Bila saya punya keluarga sendiri?




November 29th, 2008 at 1:18 pm
huhu. brapa ye umo adik2 chika ni?
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:49 am
haikal -19
haizat – 17
haizdel – 15
besar dah.
November 29th, 2008 at 1:21 pm
rasanya diya tertarik dgn haizat lg kot [aisehhh, nama sgt dekat2. 3/4 kali diya tgk nama sbb tkt silap. huhu]
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:49 am
haha.
dia paling tak byk songeh.
sebab tu chika suka jalan bawak dia :D
November 29th, 2008 at 1:55 pm
bagus dah balek ke normal
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:50 am
hehehe.
kejap je tak normal tu :P
November 29th, 2008 at 2:50 pm
peristiwa sentap akan menjadi dalam kenangan chika
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:50 am
ye betul.
saya sayang mereka.
November 29th, 2008 at 3:26 pm
hahak..touching2…
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:51 am
:P
kisah cinta dan air mata :P
November 29th, 2008 at 5:01 pm
hmmm, ada 3 adik lelaki ek.
cik chika ank sulung ke? :)
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:44 am
ye saya anak sulung.
di bawah saya ada adek-adek lelaki sebanyak 3.
tiada adek beradek perempuan.
(-_-”)
AHAHA
November 29th, 2008 at 5:05 pm
hahahaha..ada adik2 ni mmg kadang2 menyakitkan hati tapi nanti perangai tu jugak la yg jadi penghibur nanti..adik2 akak semuanya laki..mmg tau sgt la perangai camana hahah
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:39 am
oh adek kakak pon lelaki semua eh?
ok. terima kasih sebab memahami :P
November 29th, 2008 at 5:40 pm
terharu dpt kakak cenggini…terharu jugak dpt adik2 mcm tu..(smbil mengelap air mata)
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:38 am
HAHAHAHA.
mula2 komen ni dah ok dah.
bila ada situasi mengelap air mata, terus jadik KAH KAH KAH
:P
November 29th, 2008 at 8:44 pm
1st ka neh? cm xcaye je. haha
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:38 am
mungkin tidak :P
una Reply:
December 1st, 2008 at 11:57 am
alahai sket je beza. haha
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:58 am
takpe.
boleh cuba lagi.
banyak lagi peluang.
eceh :P
November 29th, 2008 at 10:06 pm
ini taktik politik ni… hahahaha
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:37 am
HAHA.
mengaplikasikan tektik politik dalam kekeluargaan.
:P
November 30th, 2008 at 12:39 am
best kan ada adik2 yg besh… tp bila time buat perangai…hehehe…sabo jerla…
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:37 am
itulah kegunaan adek beradekj. Untuk susah senang bersama. bermesra dan bergadoh juga bersama. eceh.
November 30th, 2008 at 12:43 am
adek-beradek yg cumil =)=)
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:37 am
KAH KAH KAH.
kalau tengah ok comel la.
cuba kalau gadoh.
HAHA
November 30th, 2008 at 4:49 am
oh..
no komen.
otak dah tak boley bfikir pd pukul 4.49am ini
kahkahkah
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:36 am
no komen?
ok sila dtg lagi :P
November 30th, 2008 at 9:20 am
aik…1st?
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:36 am
aik?
haha
tidakkk :P
November 30th, 2008 at 9:38 am
mungkin nanti chika akan selalu nangis sorang2 sebab rindu kat adik2 pasal saye selalu mcm tuh. rasa sunyi pulak sebab dah biasa dgn hiruk-pikuk adik2.
padahal bukan jaoh sangat pon johor dan kl
tapi tetap rasa syahdu
tsk tsk
btw, sangat suke nama haizdel!
atinne Reply:
November 30th, 2008 at 10:33 am
apa maksud haizdel ye?
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:34 am
sebenarnya nak ambil nama nabi Khidir. Tapi telah terubahsuai.
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:35 am
alamak, tak leh bayangkan kelak :(
HAha. tapi nama dia susah nak sebut. Ingat lagi masa dia kecik, kalau cikgu tanya nama dia bukan main payah lagi dia menggulung lidah. HAHA
November 30th, 2008 at 2:12 pm
yonna sgt tertarik menarik kau mmg d’boom dekat haizdel! HAHHAHHAHA…
i suka nama dia.sgt unik.mcm nama diamond haha apakah?
besides,i jrg dgr nama dia kat blog u ;p
buruk2 diorang pun,diorg ttp ada kebaikan kan ? =)
air dicincang takkan putus.eceh
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:33 am
dia sendiri pon suka nama dia. HAHAHAHAH.
I selalu tulis dia as Adek je. Lagipon nama dia susah nak sebut. Belit lidah. HAHA
November 30th, 2008 at 3:00 pm
Nak je join keluarga chika .
Chika ada adik perempuan x ?
:P
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:31 am
oh malangnya… tiada :X
hahahaha
November 30th, 2008 at 5:02 pm
adik2 musti gumbira membaca penghargaan from kakaknye nih. heheh :p
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:28 am
takpe. Chika dah sellau puji mereka secara terus. Kalau layak dipuji, teruslah kita puji kasi mereka bahagia. Kalau buat silap, aaaa… rasa la kau mulut kakak kau neh. HAHA
November 30th, 2008 at 7:27 pm
hahaha!
mcm2 ragam!
tp meriah kan!
jeles dgn org yg ade adek bradek ramai!
:|
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:20 am
kalau tak de sunyi. BIla ada huru hara. HAHA
November 30th, 2008 at 10:39 pm
rindu lak ngan femili, xsabo nak balik kg minggu depan
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:19 am
huyeay, balik kampong raya!
HAHA
November 30th, 2008 at 11:27 pm
alhamdulilah..chika da ok yea..
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:18 am
alhamdulillah
=)
December 1st, 2008 at 11:58 am
lalala
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:59 am
:P
December 1st, 2008 at 12:29 pm
hehe
biasalah
dia kena marah dulu, baru boleh menyesal
kalau x marah, xleh nk nyesal
i pun slalu camtu
ape2 pun, kte marah dluu..pastu br la nyesal :P
chika Reply:
December 7th, 2008 at 1:09 am
air dicincang takkan putus.
jangan cincang kepala, memang putus.
haha