Deringkan Loceng Saya
Perasaan penat.
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …Awak cuba menyembunyikannya,
Saya tahu.
Bila apa yang awak betul-betul nak ialah …
saya datang dan mendapatkan awak.
Awak bergerak lebih rapat,
Saya merasakan awak bernafas,
Seumpama dunia baru sahaja lenyap …
Bila awak di sisi saya. Oh.
Puisi Deringkan Loceng Saya oleh : Chika.
Copyright Reserved. Jangan tiru.
Penat kerna berfikir.
Kasut sanding belum ada. Gambar-gambar sasaran sudah gunting lekat dalam scrapbook. HAHA. Berangan-angan dulu pendapatan, bersesal-sesal kemudian (mengolah pepatah nenek moyang secara derhaka) Tapi saya malas berangan tinggi sangat pasal kasut nanti hati hancur. Okay memang boring cakap pasal kaki.
Farah sms.
Aku da registerkan utk ko kat pangsapuri tmn. tenaga neh bilik 3** ye.
(Nombor bilik dirahsiakan untuk keselamatan sendiri. Jangan stalking) HAHA.
Anyway. Saya tidak check in hari ni. Sebab kenapa tak jadi ke UKM :
- Pagi kena breakfast dengan keluarga sebab hari ni Jumaat ; Family day kami.
- Tengah hari membantu bapa menguruskan hal bapa (anak yang boleh harap memang ada kebolehan menyelesaikan masalah bapa. HAHA)
- Petang pergi ikut ibubapa.
- Malam kena tunggu kawan bapa datang sebab ada hal. Tunggu sampai sekarang tapi tak datang-datang juga. Kecewa betul.
Saya memang suka hari Jumaat. Hari Jumaat memang selalu indah. Saya tak faham kenapa Ijat kena habiskan sepanjang hari Jumaatnya minggu ni untuk tidur. Sangat rugi. Rugi sebab tak dapat breakfast bersama makan bihun goreng Mak Yang yang sangat sedap sampai boleh terbawak dalam mimpi (Last night, I dreamt about bihun goreng Mak Yang. The bihun goreng Mak Yang wanted to eat me back because I ate them before. Karangan bertajuk My Dream) Okay, kembali ke jalan yang benar. Ijat juga rugi sebab tak dapat join emak, saya dan Adek menonton Jangan Pandang Belakang bersama-sama. Saya dengan emak menonton sambil membawa muka saspen macam takut sangat je. First time tengok. Malu kalau orang tahu. KAH KAH KAH. Ijat juga rugi sebab semasa kami menonton perlawanan snooker, dia tetap tidur atas sofa sambil memeluk bantal epal. Kesian sebab tak sedar maruah dan kegagahan terjejas semasa tidur.
Adek sangat cerdik pandai punya kepala (macam Kakak dia) Lalu membagi cadangan hasad dengki ; Ayong cepat ambik kamera tangkap gambar Uda tidur peluk bantal epal. Letak dalam blog kasi dia malu.
Mula-mula tergoda dan terpesona dengan idea tersebut. Fuuuuu. My Adek so genius, just like me. Tapi tiba-tiba diselamatkan oleh pari-pari puteh membisik dalam hati ; Hep jangan! Jangan menganiaya orang tengah tidur nanti esok esok orang akan jual gambar kita tengah tidur pulak. Paling malang kalau tidur sampai mengalir sesungai saliva. Oh malangbetul dot com dot my.
ULTRAMAN (KU)
Terakhir untuk kali ini. Saya ingin sekali menunjukkan kepada semua. Saya ada Ultraman. Tolong takut sikit. Jangan berani cabar Chika mulai hari ini. Tapi kalau nak cabar jugak okay takpe. Cabar dalam hati.

Warning : Tolong takut sikit dan hormat Ultraman Lapan Ringgit saya. Sementara dia masih tegak. Kalau nanti dia dah kempis, okay tak pe! Kita belasah dia cukup-cukup pulak. KAH KAH KAH. Saya gembira dan puas hati setiap kali mentengok Ultraman saya tegak di ruang tamu. kalau tetamu datang mesti heart attack. Lebih heart attack kalau tahu ; Kak Yong yang beli. Ini Ultraman dia punya.
Murah! Murah! Lapan Ringgit Lapan Ringgit! Boleh tahan sampai 4 hari kalau pandai jaga dan cukup kasih sayang. Kalau tak 2 jam dah boleh kempis! Murah! Murah! Jangan lepaskan peluang membela Ultraman dalam rumah. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Anda, bila lagi?
Haikal cakap ; Dek Ekal tak faham kenapa ayong boleh beli Ultraman ni.
Ijat cakap ; Ma tolong tanya Ayong mana dia dapat ilham?
Adek cakap ; Kalau lapan belas inggit beli tak? (jawapan : beli)
Abah cakap ; Sapa beli???
Emak cakap ; Tak sangka ada anak perempuan macam ni.
Mak Yang cakap ; Tak sangka ayong balik bawak Ultraman.
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Okay ni bukan puisi. Ini lagu Enrique Iglesius. (okay boleh tiru) Kalau dia tahu mesti naik angin. Tapi saya takda takut. Sikit takda takut. Sebab Ultraman Lapan Inggit kan ada. Tengok, siap pakai pedang dekat tangan kanan. Tangan kiri tengah bersedia membuat kuasa super. Setakat Enrique Iglesius, 2 saat tumpas! KAH KAH KAH.




November 28th, 2008 at 8:54 pm
HAAHAHA
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:12 am
KAH KAH KAH
November 28th, 2008 at 8:58 pm
wonderpet wonderpet kami datang…
membantu ultraman yang dalam kesusahan…
kami tak kuat dan kami tak besar…
bila bekerjasama semua jadi mudah
hey…
wonderpet!
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:13 am
saya tak tengok wonderpet.
haha
November 28th, 2008 at 9:04 pm
okay,patut rasa gerun sekarang.mungkin saya pun patut beli satu ultraman lapan inggit sekarang, :p
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:47 am
go beli go!
:P
November 28th, 2008 at 9:16 pm
mahal lah ultraman tu dik. akak beli aritu ultraman ngan spongebob baru rm6 kat uptown kota damansara.
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:48 am
a? mahal ke?
alamak, tak boleh jadiiiii
:(
erni @ cepotet Reply:
December 1st, 2008 at 4:06 pm
a’a. mahal. semalam akak tengok kat pasar malam TTDi baru rm5. akak nak beli tapi mak akak tarik akak lelaju. :p
November 28th, 2008 at 9:37 pm
errr…mungkin semalam juga chika ada tulis karangan mimpi berdating dengan ultraman..itu pasal balik bawak ultraman hari ni..hihi boleh dating tanpa henti selama 4hari atau sehingga kempis..
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:48 am
sudah kempis pon :(
November 29th, 2008 at 1:51 am
ultraman..??
hahha..
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:49 am
KAH KAH KAH.
ko ada?
tak de kannn :P
November 29th, 2008 at 1:54 am
ahahaha!
masok rumah chika nnt kne fire dgn ultraman!
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:50 am
ha betul.
tapi skang dia dah kempis.
KAH KAH KAH
November 29th, 2008 at 4:54 am
Otomen tuh boleyh main fire – fire x ?
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:50 am
mungkin boleh tapi dia kena simpan kuasa fire nanti terbakar rumah tuan dia. HAHA :P
November 29th, 2008 at 5:10 am
4 hari jer? tak takut pung
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:51 am
ooooo tak takut eh?
tak pe. tak pe.
AHAHA
November 29th, 2008 at 10:00 am
perenggan last buat saya gelak sambil tekan-tekan perut… hahahah…
Apesal otromen tersebut macam tak cukup sifat.. mana perginya sifat2nya y lain seperti perut, pinggang, peha dan kakinya..
1st time tgk jgn pandang belakang ke??? kahkahkahkah… gelaklah konon – saya tak pernah tgk pun lagi.. besh ke citer dia.. heh
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:52 am
gelak sampai tekan perut. fuuuuu :P
ha ah. emak saya pon cakap. Kenapa ultraman ni takda badan. HAHA.
saya tengaok separuh jek. ok jugak. tapi hantu dia tak seram. hantu dia muka huduh sangat la macam sampah. HAHA
November 29th, 2008 at 11:09 am
sian otromen tu. kena kurung jek. paling busuk pon nyawa ada 4 ari jek. bawak la die jenjalan kasi lihat dunia dalam masa 4 hari tu
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:53 am
oh tak boleh bawak dia jenjalan. Nanti orang nampak, malu
HAHAHAHA
November 30th, 2008 at 5:03 pm
wahahahhahaha gelak besar kak ween baca post nih adik! kekekekekekeke :p
adey ultraman 8 ringgit tlg selamatkan sy!! wahhaha :p
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:25 am
ultraman lapan inggit hanya selamatkan tuan dia. KAH KAH KAH :P
November 30th, 2008 at 9:05 pm
same larh!!
tmpat tgk tv umh aisya pown ada ultraman same!!
hahaha
adek bgsu aisya punya..
hahahaha…
lawak larh akak nerh..
yg penting,
jgn biarkan ultraman tue tumpas okeh!
chika Reply:
December 1st, 2008 at 11:19 am
ultraman dah tumpas pon :(
tumpas semasa akak takda di rumah.
:(
aisya Reply:
December 1st, 2008 at 10:08 pm
alarh… asal lark..
ultraman tue mntak jge dye leklok kowt…
hohoho.