Adek-adekku.

Kadang-kadang saya sakit jiwa dengan perangai adek-adek saya. Ada waktu tertentu, saya tak boleh nak bagi muka langsung dengan adek-adek saya. Kadang-kadang saya tak setuju sebab emak saya suka bagi muka pada keadaan yang tak sepatutnya di bagi muka. Lebih 4 bulan saya duduk rumah tak buat apa. Menghadap kerenah 3 orang budak lelaki dari celik bijik mata sampai lah ke malam. Saya gembira sebab saya ada adek-beradek yang rapat antara satu sama lain. Tapi for certain things, perangai mereka sangat mencabar kesabaran.

  1. Saya tak suka bila Haikal tak balik rumah sebelum Maghrib.
  2. Saya sakit hati kalau Ijat ikut Haikal keluar merayap sedangkan dia belum cukup umur.
  3. Saya tak suka kalau Haikal pukul Adek sebab Adek suka menjawap cakap dia. Memang Adek kuat menjawap, saya pon kadang-kadang tak boleh tahan rasa nak pelempang muka Adek. Tapi saya tak akan benarkan Haikal belasah adek-beradek sendiri.
  4. Saya sakit hati sebab semua adek-adek saya suka bukak almari untuk ambik baju, lepas tu tak tutup semula almari. Saya sakit hati sebab mereka selalu lupa nak tutup pintu bilik. Saya memang particular tentang pintu almari dan pintu bilik. Saya tak suka tengok pintu bilik terbuka. Sama macam saya tak suka orang yang tak reti tutup pintu almari. Kerja ringan, no? Why is it so hard to do?
  5. Saya tak suka bila mereka tak sidai tuala lepas mandi. Lepastu biarkan bergelimpangan atas katil. Nanti abah check bilik, bukan ke buruk padahnya? Saya tak suka tengok abah marah-marah. Tapi adek-adek saya suka buat abah marah.
  6. Saya tak suka Haikal lawan cakap emak dengan mak yang.
  7. Saya tak suka kalau Mak Yang kena panggil adek-adek saya turun makan sampai berpuluh-puluh kali. Biasanya saya akan pesan dengan Mak Yang, panggil sekali je. Kalau tak turun, sudah! Jangan bagi makan. Tapi Mak Yang selalu tak sampai hati. Nanti dia pon taknak makan kalau adek-adek yang lain tak turun makan.
  8. Saya tak suka adek-adek saya berkawan dengan budak-budak nakal. Saya memang tak suka kawan-kawan dia sebab ; Kawan dia suka mencarut. Walaupun saya tak pernah dengar adek saya mencarut, tapi saya tak tahu macam mana percakapan dia bila dengan kawan-kawan dia diluar. Saya tak suka sebab kawan-kawan dia selalu berpakaian macam budak-budak tak cukup ilmu. Tak ada identiti. Tak ada gaya. Tak boleh dipercayai. (nanti adek saya pon tiru) Saya tak suka kawan-kawan dia menghasut adek saya suruh make up kereta. Sebab abah saya tak suka anak-anak muda yang ikut perasaan suka makeup kereta padahal duit tak ada.
  9. Saya benci rambut Haikal sebab blonde. Saya tahu abah dengan ma kecewa tengok rambut dia.
  10. Saya sakit hati dengar cara Ijat mengaji Al-Quran semua tajwid pon dia redah. Sebab tu saya tak boleh ajar adek saya. Sebab saya tak sabar. Setiap kali mengajar adek-adek mengaji, saya yang akan menangis (entah apa-apa) Saya memang kecewa sebab abah saya harap salah seorang anak dia akan jadi Tahfiz :( Tapi saya gembira sebab Adek Haizdel pandai mengaji dan peka dengan tajwid. Bila Adek tegur Ijat salah bacaan, Ijat tak boleh terima. Ijat kata Adek macam bagus je nak tegur dia. Tu yang aku hangin tu!
  11. Saya tak suka kalau Adek Haizdel main-mainkan Mak Yang. Ada satu petang tu saya sangat marah dnegan Adek. Saya ajak dia keluar pergi Mc D. Sebelum makan, saya warning dia macam-macam. JANGAN MAIN-MAINKAN MAK YANG. Dia macam biasalah, pandai menjawap. Dia cakap dia bukan main-mainkan, dia bergurauje. Kalau dia tak usik Mak Yang, nanti Mak Yang boing dia cakap. Tapi saya rasa cara dia mengusik kadang-kadang keterlaluan. Saya memang benci orang yang tak tahu batasan bergurau dengan orang tua.
  12. Saya tak suka sebab adek-adek saya malas belajar. Saya tak suka lelaki membesar tanpa ilmu. (Okay, perempuan pon sama) Tapi lelaki kena ada banyak ilmu.
  13. Saya tak suka Haikal mengorat awek tak tentu arah.
  14. Saya tak suka tengok Adek dengan Ijat malas gantung baju sekolah. Sebab emak gosok baju tersebut dengan susah payah. Tolonglah hargai sikit.
  15. Saya menyampah kalau tengok kasut sekolah Adek kotor. Kadang-kadang dia balik berpeluh-peluh. Saya tak suka tengok Adek nampak tak kemas di sekolah. Saya ingat masa saya darjah 6. Masa tu Haikal darjah 3. Kalau saya nampak Haikal dekat sekolah, sya mesti betulkan baju dia. Saya selalu pesan dekat emak saya jangan belikan adek-adek kasut bertali nanti dorang tak reti ikat, selekeh. Saya tak suka adek-adek saya selekeh. Sama macam saya tak suka pegang adek-adek saya masa kalau diorang belum mandi (masa mereka bayi)
  16. Saya tak suka sebab dalam kereta Haikal ada banyak kasut. Semak.
  17. Saya hangin betul bila adek-adek saya suka hiruk-pikuk waktu Maghrib. Waktu tulah nak bergurau senda. Waktu tu lah nak berebut mandi.
  18. Saya benci perempuan call adek saya waktu adek saya pergi sembahyang Jumaat. Memang tak faham bahasa ke perempuan tu? Kalau saya yang jawap phone, tak lain tak bukan mesti kena sebijik dua ; Kan tengah waktu sembahyang Jumaat ni. Tak faham-faham? Okay esok confirm Haikal cakap ; Awek Ekal kata kakak Ekal garang gila. Siapa suruh carik perempuan tak ada akal?
  19. Saya tak suka Haikal selalu makan depan TV lepastu lupa nak bawak gelas ke dapur. Nanti kalau emak nampak, emak mengamuk semua tak tahan dengar.
  20. Saya tak suka adek-adek saya tak berani mintak sendiri. Contoh, selalu gunakan emak untuk mintak sesuatu dari abah. Dari kecik saya tak pernah buat perangai macam tu. Kalau nak apa-apa dari abah, saya straight pergi cakap. Saya dah pesan banyak kali dekat adek-adek saya. Saya kata, tolong faham sikit abah tak suka anak-anak main pesan-pesan gunakan Ma. Tapi nanti meraka cakap ; Ayong bolehlah. Abah suka dengar cakap Ayong. Hoi, tolong sikit! Tapi kadang-kadang saya bangga dengan Adek Haizdel. Sebab semalam dia cakap dekat abah : Abah bulan depan bagi adek seribu sebab adek tolong abah cuci kolam, tolong bagi ikan makan dan tolong abah buat paip. KAH KAH KAH. Bantai gelak ibubapa dibuatnya.
  21. Saya tak suka kalau adek-adek saya pikir ibubapa sayang saya lebih. Sebab sebenarnya saya tahu ibuabap saya sayang semua orang secara adil. Cuma cara mereka salurkan kasih sayang berlainan antara satu anak dengan anak yang lain. Sebab masing-masing ada perangai dia snediri.

Pendek kata, tolong faham sikit sekarang saya memang tengah marah dengan adek-adek saya. Tapi walau macam mana marah, bengang, sakit jiwa, hancur berderai hati remuk robek dan sebagainya pon … saya tetap sayang adek-adek saya sebab kalau meraka tak ada dalam rumah ni, saya boleh mati kesepian. Saya harap adek-adek saya akan membesar menjadi manusia berguna. Paling penting, jangan lupa ibubapa. Pergilah mana pon anda nak tapi jangan lupa pulang sebab kena ingat ; Di rumah ini ada ibubapa yang sentiasa risau dan mengenang anak-anaknya. Kita kena beruntung sebab ma dengan abah tak pernah dendam dengan kita.

Sekarang saya harap anda semua boleh bayangkan macam mana hidup bersama adek-beradek lelaki yang sedang membesar remaja. SAKIT JIWA. But it’s normal.

Recent Entries

31 Responses to “Adek-adekku.”

  1. hany Says:

    huhu…mesti sume akak2 kat dunia ni pun fikir camni kan…tapi dari sudut sebagai adik laen kacer mate nyer…
    macam…kalau akak tensen suh jage brg2 bg kemas n organized je, kite sbg adik2 ni lak rase tensen asik kna suh kemaskn barang aje…cuba kalau dier tlupe..amboi bt2 xnpk lak….<>
    Kpd akak2 di luar sane..hargailah adik2 anda kerana wpun btape mereka itu mmbencikan…sebab takkan xde satu hari mereka mbuat anda ketawa….dan berkongsi segala gelora d jiwa~~

    chika Reply:

    betul cakap hany.

    memang. Walaupon marah sangat ni (rasa nak baling batu pon ada haha) tapi jauhhhhh dalam hati yang paling dalam (ececeh) memang sayang. Apalah ertionya hidup sorang tak ada adek-beradek.

  2. Monkey D Luffy Says:

    pelan2 lah didik mereka… harap2 bila besar semua sayang menyayangi… dan aku gembira adik beradik ku macam tu walaupun zaman kanak2 semua penjahat

    chika Reply:

    saya pon harap macam tu.

  3. mastakilla Says:

    cocopie ho ho!!

    chika Reply:

    apa pulak punya bunyi cocopie ho ho neh?

  4. ijat Says:

    jgn risau kak, adik lelaki ke perempuan ke semua sama..kadang-kadang kita seronok dgn dorg kadang2 rasa mcm nak siku2 je…masih di skala normal tu…huhuhu

    chika Reply:

    saya tahu benda ni normal. Tapi saya takut kalau mereka membesar dengan sikap-sikap tu.

    :(

    tapi syukur sebab mereka tahu sayang keluarga :)

  5. hidayati Says:

    sabola chika..kite ade adik yg satu pun yg asik rase die je best pn pening.lagi la 3..klau kite marah dgn adik akhirnya kite yg nanges.sdeh la bukan

    chika Reply:

    memang betul. Lepas kita marah dia, kita yang menangis. Kita yang tension. Kita yang sakit jiwa. Dia releks je tengok Ben10 (-_-”)

    tapi tak apa. saya masih syukur sebab mereka masih ingat keluarga. Masih hormat dengan ibubapa. Tak pernah lawan atau derhaka

  6. bozzo Says:

    memang kakak yg prihatin la ko nih…tapi adek2 ko tuh nak kena tegur gak skali skala…takut nanti perangai bawak sampai besar susah….

    chika Reply:

    sebab tu lah. Kalau tak tegur nanti dia rasa apa dia buat tu acceptable. Sebab tu kena tegur jugak walaupon berbuih-buih. Tak boleh bosan (walaupon sebenarnya memang dah tak larat nak cakap benda yanng sama) Tak pe la. Semoga dorang tak membesar dengan perangai ni. Budak2 tengah nak up memang camni.

  7. adledash Says:

    ASSalamualaikum..

    adik sy sejibik sejibun la cmtu…bak kata org..umur2 cmtu tengah nak cari identiti..dan ape yg diorang wat sumenye betul..sense of lelaki yg sedang nak membesar macho la katakan..tambah2 kawan2 yang tah mane2 dia kutip wat jadik kawan…ape pun..doa kene slalu..adik sy sorg je laki..tp mcm 10 org..sangat ego susah nak ditegur dan blaja pun mls…tapi…insyaAllah…ini la masa mereka nak belaja tentang hidup..mmg hancur lebur hati ni tgk adik lelaki x membesar mcm yang kita angankan..tapi..ni proses hidup diorang..nanti diorang dh matang, dah besar, tahu tanggungjwb, dengan doa ibu bapa, boleh berubah…kak chika pun dh bley menjadi contoh yang baik…same2 la kita bersbr..hee~sayang takkan putus..

    kita serupa lbey kurg..aishh~

    WASsalam~OUT

    chika Reply:

    wsalam wr.

    saya akan terus mendoakan adek-adek saya walaupon dalam keadaan hati hancur. Sebab mereka adalah kesayangan saya.

  8. erni @ cepotet Says:

    susah menjadi kakak ni kan. kalau terlebih concern, kata terlalu protective tapi kalau tak concern, kata tak sayang. tapi, kalau takde adik bradik, rindu..

    chika Reply:

    susah jadi kakak. Tapi adek-adek pon akan kata, susah jadik adek-adek sebab asyik dikontrol oleh kakak yang cerewet. KIta hanya akan memahami seseorang bila kita berada dalam kasutnya (?) HAHA.

    tapi tak pe. Senakal dan sehancur mana pon hati, mereka tetap kesayangan saya

  9. yonnaism Says:

    oh air mata meniktik setitik dua da ni..

    chika,sape nak adik2 diorang kawan dengan orang tak tentu hala?
    sapa nak adik2 diorang berpeleseran mcm orang takde pelajaran?

    nampaknya entry ni mmg kebanyakan pasal haikal hehe..
    but seriously dear,
    budak2 br nk tau hidup mmg mcm ni.
    diorang nak try semua benda..seolah2 parents u suka dengan apa yang dia buat..
    semua nk ikut kawan..
    lelaki kalau… lagi lahh..
    keluar masuk rumah suka hati..

    sakit hati kan dengar adik2 melawan ckp mak ayah?adik i mcm tu la..
    boleh tinggi2 suara. kite yang kakak ni sedih la.
    tegur sejuta kali,diorg still buat benda yg sama..

    tp part diorg gurau lebih2 dengan mak yang tu mmg x patut rasanya.
    jgn la sampai tahap memperbodohkan org tu.
    haih.. ye lah takkan mak yang nak bersuara kan?sebab dia tau adik2 u gurau je ngan dia..

    u ada 3 org adik lelaki,mmg susah nak jaga..
    lagi2 u akan kahwin lepas ni,
    hope mak ayah u and mak yang tak sakit jiwa jaga adik2 u lagi 3 org tu.heheh

    i ada adik pompuan sorang ja. tp punya susah nk jaga dia. taknak belajar,nak enjoy ja.. nak duit keluar ja…nak bercinta ja keja.. pernah tak balik rumah sehari semalam..

    yg sedihnya kita,and parents.. diorang tak leh pk lagi mane betuk and salah..

    sabar byk2 ok chika.. :)
    kite kan kakak.. hehe

    chika Reply:

    wah. I selalu terfikir, betapa syukurnya kerana tidak ada adek perempuan. I tak leh bayangkan kalau aa adek perempuan yang nakal. HAHA. Tapi memang ada remaja membesar dengan budaya ini. I bersyukur sebab I tak membesar dengan budaya tersebut.

    teruslah berdoa untuk adek-adek kita.
    Jangan sesekali memaki hamun dan bermulut celupa dengan adek-beradek, itu penting.

    =)

  10. penyubiru Says:

    hehe.. aku pun sama dlm kes bukak pintu kemudian tak tutup semula. aku takleh terima kalu ade pintu bilik ke pintu almari ke terbuka, mesti aku akan sound balik orang yg lupa tutup tu. seb baik Batrisyia dah semakin paham.

    ko kira bernasib baik ade adik. kekadang aku jeles mereka yg ade adik, sebab aku anak bongsu.huhu.. tapi takpe, skang ku dah ade anak.

    nnt bila adek² dah sambung belajar atau belajar kat tempat yg jauh dari keluarga, tentu terasa sunyi.

    aiseh. panjang lah plak komen aku ni. bukankah n3 yg panjang perlukan komen yg panjang. ehehehe…

    chika Reply:

    Saya tumpang gembira mendengar tentang ketelitian anda dalam hal pintu. Saya sakit mata tengok pintu yang terbuka.

    saya memang bersyukur sebab ada adek-adek. Dan saya tak boleh bayangkan kalau saya tak ada adek beradek pasti dunia ini sangat sepi. Syukur alhamdulillah.

    Tapi ada waktu, tak boleh elak dari berasa kecewa, sakit hati dan marah. No worries. Air dicincang takkan putus. Mereka tetap kesayangan saya.

    terima kasih sebab bagi komen panjang. Barulah berasa bermanfaat tulisan yang panjang tersebut (eceh)

  11. MinTy Says:

    hee~~~

    chika Reply:

    hee
    :P

  12. kasot cicir Says:

    yuhuu..kite samakan chika??3beradek lelaki..memang agak hebat..kdg2 aku wrestling je dorang balik,geram btol..
    tp kite tetap sayang dorang..huhuu

    chika Reply:

    ye betul kata anda sebagai org yg senasib

  13. nieja Says:

    oh adek-adek mmg mcmtu
    macam2 kerenah..
    penat nak layan ngan karenah mereka
    haha..
    kite yg kakak2 ni pening memikirkan..

    i lagik la ade 4 org adek
    2 laki 2 pompuan
    aiyooo mcm2 prngai..

    chika Reply:

    waa. i takleh byg ada adek perempuan.
    i bersyukur takda adek pompuan.
    eh eh.. pulakkk
    AHAHA

  14. cik anum Says:

    dugaan sume tu. 1 pon leh pening, ni kan plak 3.

    chika Reply:

    tapi mereka tetap kesayangan saya :P

  15. fiezafadilla Says:

    saya juga ada 3 orang adik lelaki. saya sayang semua adik2 saya.

    chika Reply:

    saya pon sayang mereka :D

  16. As_Z Says:

    saya punya 4 orang adik lelaki dan 4 orang juga adik perempuan yang perangainya bukan sikit, cuba bayangkan. :D

    sampai sekarang tak pernah menyatakan sayang plak kat dorang. :( –mungkin itu ego seorang kakak yg sulung HEHE

Leave a Reply