Cerita Istana :P

Untuk beberapa hari ini, kelajuan entry akan tidak laju (?) Saya akan sibuk dan terikat dengan program akreditasi. Yang mana officially bermula hari ni. Penat betul. Penat yang semacam disambung dari semalam. Sebagai pengedar dadah (oh lupa. Kita jangan membawa keruntuhan moral dalam blog nanti saudara mara baca, malu) Ehem. Sebagai penulis blog yang komited (padahal kalau tak komited pon tak menjejaskan sapa-sapa. Tapi tak apa. Memang suka berlagak macam komited sangat je) Saya akan cuba menyiapkan entry pukal. Bukan untuk saya, untuk anda juga (okay, nyampah!) HAHA.

Pagi-pagi sudah kena bangun. (Terkenang zaman universiti. Bangun pagi walaupon sebenarnya dengan berat hati. Tapi jangan ikut kata hati nanti mati. Nak tak nak, kena bangun juga dan pergi kelas sambil menangis dalam hati) Pagi tadi juga sama. Memandu ke Bangi sambil mulut menyanyi lagu Ella tapi dalam hati menangis tak ada siapa yang tahu T___T (kan betul aku cakap ; Chika suka sedih tak kira tempat)

Sampai UKM, terus membawa diri sendiri ke Bilik Kuliah 1. Aiseyman! Tercuak-cuak macam hari pertama pulak menjadi siswazah ( tolong tahu : perkataan siswazah macam tak cool, jangan gunapakai dengan kerap) Saya disambut oleh Encik Irfan (bukan sambut guna kompang atau dengan karpet merah) Disambut dengan teguran yang mencerahkan pagi (what the hell am I saying?)

Hi Nurul. You look different.

Okay different sebab beliau takda pernah tengok style tudung Iran yang saya pakai (mungkin) atau sebab dia takda tengok saya berbulan-bulan. Atau sebenarnya beliau takda modal nak cakap apa, maka bercakaplah benda tersebut. I do not know. HAHA.

How are you?

Eceh. Saya tak faham kenapa sejak kebelakngan neh, bila orang bertanya ‘how are you’ saya rasa macam orang tersebut tengah perli saya. Padahal orang memang ikhlas bertanya khabar. HAHAHA. Sebab saya rasa disindir tentang wedding. Agaknya inilah yang dinamakan sindrom jiwa bakal pengantin. Di mana berperasangka yang aneh-aneh terhadap alam sekitar. KAH KAH KAH. Disebabkan takda tahu nak menjawap apa, saya pon terkial-kial like ulat only.

Okay?

Akhirnya saya pon bersetuju untuk mengatakan okay walaupon sebenarnya takda okay sangat lately. Encik Irfan, tolong maklum orang nak kahwen memang selalu tak okay. KAH KAH KAH. Tapi terpaksa cakap okay. Sebab kalau cakap tak okay, nanti disoal banyak oleh masyarakat. Sedangkan orang nak kawen sangat menghargai waktu. (aku menyampah betullah bila Chika menggoreng ayat garing sangat. Kata anda dalam hati) HAAHAHA.

Tanpa berlengahkan waktu (eceh) Saya akan membawakan anda ke dalam hutan. Aik? Tiba-tiba masuk hutan? Iya. Entry kali ini akan membawa anda ke situasi dalam hutan. Sebab saya pon akan duduk dalam hutan selama 6 hari akan datang (Bukan hutan sangat pon, jangan kerut dahi!)

Program akreditasi ini akan dijalankan di Istana Tengku Puteri, UKM. Lokasi istana ini terletak jauh di Selatan tanah air berhampiran kepulauan Borneo (ok tipu) Ia terletak di UKM lah iaitu di tepi jalanraya. Siapa tak tahu sangat rugi. (Ok, tak rugi jangan bimbang!) Architecture department UKM pasti sangat bangga dengan istana neh. Sebab kenapa bangga kita ulas lain kali (Insyaallah) Tapi macam tak akan ulas je. HAHAHA. Oh jangan lupa sebut. Di atas sana ialah gambar istana tersebut. Tapi sayangnya, Istana tersebut hanyalah background sebab fokus gambar ialah saya sendiri. Terima kasih so much sebab telah menahan perasaan meluat dalam hati.

Kesemua hasil projek kami sejak semester satu (iaitu since 3 years ago) sudah dikumpulkan dengan terpuji sekali oleh Ainul dan Ya. Terima kasih yang banyak kepada mereka berdua sebab sangat banyak mencurah bakti dalam program ni. Sebab tu lah pensyarah sayang mereka. Sampai Encik Ismar asyik tersasul panggil Nurul sebagai Ainul. (Kecik hati tapi takpe. KAH KAH KAH)

Dari studio, kena pindah kan semua barang ke Istana. Bukan kerja mudah, bukan! Presentation board bukan sikit punya gila beratnya. Kalau angkat sendiri boleh cedera isi perut.

Dari studio kami pon beramai-ramai bergerak ke Istana. Persekitaran di situ sangat cantek, indah, permai, aman, damai, makmur, hijau dan segar (Gariskan yang tidak berkenaan) Never mind.

Ini Faiz Mat Saleh. Kami bangga dia datang sebab geng dia semua tak datang. Sebab kenapa ambik gambar dia :

Nurul, takda kamera ke? Ambiklah gambar banyak-banyak. Boleh kau letak dalam entry kau.

Itulah sebab dia.

Koleksi model-model yang separuh jahanam, separuh hancur dan ada yang langsong musnah. Model saya untuk project Art Gallery (2nd year) dah hilang roof. Mungkin roof tersebut telah melayang semasa taufan, manalah kita tahu kan. KAH KAH KAH. Encik Irfan pesan :

Mana model yang dah hancur kena taufan, ribut tsunami tu semua… silalah bina kembali.

Ayoyo! (mentiru gaya cikgu Muthu) Sebab itulah kena berkampong dekat Bangi selama 6 hari. Sebab kena membuat kerja-kerja membaiki model dan presentation board. Sangat sengsara.

Tolong-menolong amalan mulia. Walaupon ramai rakan-rakan sepersengalan belum datang (sebab belum dapat cuti), tapi kami dibantu oleh junior yang baik hati, ringan tulang dan cun-cun belaka. Nampak neh, Kakak Nurul mempuji semua. Semoga dengan ini semua orang akan lebih bersemangat membantu senior. Junior-junior sayang, terima kasih sebab sanggup datang berpeluh-peluh membantu siang tadi. Eceh. Tak dilupakan junior 1st year yang rajin-rajin belaka tolong angkat board senior yang mencabar kekuatan tulang-temulang kita yang rapuh (tapi kalau minum Anlene insyaallah tulang anda memang terjamin) Apa tunggu lagi, dapatkan Anlene dari pasaraya The Store berhampiran anda!

Hurm. Esok saya nak belanja semua minum Anlene lah. KAH KAH KAH. Anlene kurang manis satu tapaw!

Hari Sabtu nanti, barulah ramai yang datang dan berkampong dekat Taman Tenaga. Hoooray! Saya nak jumpa SHIDA (Dia suruh highlight nama dia. KAH KAH KAH) sebab lama tak jumpa orang gedik macam dia HAHA. Shida, esok kita bergembira okeh! Saya nak jumpa Ai sebab asyik jumpa Ya je. Dah malas nak tengok muka Ya. HAHA. Saya nak jumpa Mek sebab dah lama tak tengok tengok gadis melayu pakai baju merah dengan tudung merah (Power Rangers Merah boleh keluar skang!) Saya nak jumpa Arul sebab dia kata Nurul asyik mentipu dia sejak 3 tahun lalu. Kata nak belanja makan tapi tak pernah belanja juga. Menabur janji manis bukan susah pon. HAHA. Selain itu, saya nak jumpa perempuan-perempuan cantek yang sangat pandai spot lelaki hot dalam fakulti. (Astaghfirullah, ingat Allah) HAHA. Sarah la tu! KAH KAH KAH. Tapi tu dulu. Sekarang semua dah insaf dan banyak mengingat Allah (Eceh). Dan saya harap, Sha tak akan pakai baju dan tudung yang sama dengan saya (sebab selalu sangat tersama pakai warna baju) Nanti orang confuse, buruk kesannya. HAHA. OYYA, jangan lupa sebut ; NUAR! HAHAHA. Eh eh. Macam tak sabar nak jumpa semua sebab dah lama tak pernah berkumpul satu studio. Kali terakhir berkumpul ialah …

2 July 2008 yang lalu.
Lebih 4 bulan yang lalu.

Kegembiraan tercetus hari ini kerana :

  1. Puan Akmal cakap Nurul dah slim. (siapa tak gembira beb!)
  2. Puan Akmal cakap ; Nurul kongsilah dengan saya macam mana boleh kurus.
  3. Puan Akmal cakap ‘Nurul kurus’ lebih dari TIGA kali.
  4. Dapat makan nasik lemak dekat ‘meja kejadian KFC’ bersama kawan-kawan baik. Sambil dengar luahan hati Ainul (yang ni ada sedih sikit)
  5. Dapat tengok Adian buat aksi dengan Guan.
  6. Dapat dengar lawak Adian yang selambayaya.
  7. Dapat naik kereta kuning Farah sebab dah lama tak naik.
  8. Dapat dengar Farah ejek Nurul Kaki Kecik.
  9. Dapat mutiara, intan berlian, segunung emas suasa. Okay tipu. Tapi memang dapat set mutiara idaman. Terima kasih Aisyah.
  10. Dapat dengar suara Encik Mazlan cakap ‘Nurul bila kawen?’
  11. Dapat ketawa sebab Encik Ismar buat lawak yang mengsengsarakan semua.
  12. Dapat tegur Ikmal yang dulu selalu berkorban masa tunggu kami print banyak-banyak. Ikmal memang baik dan tak berkira.
  13. Dapat dengar Kak Ati cakap ‘Nurul nampak berseri-seri’. Tak tahulah Kak Ati ikhlas ke tak tapi ayat tersebut sedap didengar. Ikhlas tak ikhlas belakang kira. HAHA.
  14. Dapat dengar Kak Liza ejek Ainul ; Ainul Goyang.
  15. Dapat dengar Aisyah cakap ; Nurul ni angkat partition tak larat, angkat hantaran berat larat pulak.
  16. Dapat dengar lawak Ya yang tak berpatutan.
  17. Dapat dengar cerita lucah tentang haiwan bernama Proboscis Monkey dari Aisyah (Ini ilmu tentang haiwan lah jangan salah faham). Aisyah kata (Aisyah yang kata ha jangan tuduh saya tolong sikit), monkey jenis ni mengalami erection 24 jam. Kuatkan iman. Kuatkan iman.
  18. Dapat duduk dalam rumah tradisional Melayu yang asli tapi tak berapa nak asli sebab ada Kipas siling dengan Penanda KELUAR untuk tujuan keselamatan. Kami dapat duduk bawah kipas sambil berbual ala-ala pendekar dengan mahsuri (konon)
  19. Dapat naik Myvi baru KAH KAH KAH.
  20. Dapat dengar suara Zaid panggil saya ‘Dating’. Sebenarnya dia nak cakap Datin tapi tak boleh. Lidah Kelantan yang sejati lah katakan.
  21. Dapat tengok Ainul incharge program macam biasa dengan jayanya.

Dan banyak lagi kegembiraan. Tapi penat dan darah manis. Tak boleh duduk lama-lama dekat UKM. Kena balik rumah. Eceh. HAHA.

Esok petang bertolak ke UKM bukan setakat membawa diri malah membawa pakaian. Dan tidak dilupakan, membawa semangat sekali. KAH KAH KAH. Macam bagus. Perasaan yang berbelah bagi. Seronok sebab dapat jumpa kawan. Tak seronok sebab ada banyak benda lain nak dibuat lagi. Tapi jangan stress. Bergembira je lah.

Kepada pembaca tersayang (ewah) : Komen akan reply lambat sikit. Saya pon tak berkesempatan menziarahi blog anda. Jangan sentap, tolong! KAH KAH KAH. Entry akan berjalan juga macam biasa. Semoga hidup berharmoni sepanjang kesibukan saya! HAHAHAHA.

Recent Entries

51 Responses to “Cerita Istana :P”

  1. abc Says:

    test

    chika Reply:

    test pon test la

  2. aisyah Says:

    eh, aku x biasa menulis awal di sini.

    foto background istana tu mmg nmpk mcm dlm hutan without d kerikils. haha. kasi buang, buang.

    tetiba sayu plak kat statement ‘kali terakhir berjumpa ialah..’ tu. alahai..lamanya x jumpa korg. eh, kau dah selalu gak jumpa.

    yes, proboscis monkey tu sgt scary. nasib aku tidak melawat beliau di mana2. klu x mesti aku rasa nak muntah sambil berlari2. eh, ilmu tersebut bukan cerita lucah.

    ahaha. kau sebut TERIMA KASIH kat aku. well, yg penting kau dgn baju kau, dgn set berlian segunung kau tu menambah seri majlis dan pengantin. okeh?

    hari ni byk sgt keseronokan kan? dan cerita-ceriti yg mcm2 slps lama aku merantau. ewah. esok kau serumah dgn aku. nasiblah redha ke x. babai.

    chika Reply:

    apala ertinya istana tu tanpa kerikil. kita semua akan jalan dalam lecak. HAHA :P

    ye. ramai tak berkumpul maksud aku.

    jangan jumpa probiscis tu. nanti kena gangguan seksual. susah. malu.

    Tapi akan lebih berseri dengan kehadiran rakan-rakan. ewah.

    aku memang redha. aku gembira dapat duduk serumah dengan korang. sebab lepasni aku duduk serumah dengan housemate yang kekal abadi insyaallah. Eh eh. LAin macam pulak. ok bye.

  3. aisyah Says:

    ah btw, nama terkini istana tu (dr cover luar cd pembinaan semula istana tu yg aku pinjam dr bilik en mastor) ialah istana seri wangsa. di hutan taman pantun.

    chika Reply:

    istana tu banyak sangat nama. tak de pendirian. aku jumpa nama Istana Tengku Puteri dari portal ukm. HAHA. sebab aku pon tak suer mana satu anma nak pakai.

  4. adledash Says:

    ASsalamualaikum…

    seksanya nampak proses akreditasi korang…tapi xpe..kerana itu la korang dpt jumpe balek kan!

    WASSalam~OUT

    chika Reply:

    takpe.
    demi ukm.
    demi junior yang disayangi (eceh)
    demi jabatan (eceh eceh))
    demi pensyarah (eceh eceh eceh)
    demi rakan rakan (ecehecehehdededjheufrjguir)

  5. oDiN Says:

    Darah mani ? apekah ?

    chika Reply:

    terima kasih sebab PEKA

  6. mizah Says:

    memang nampak kurus…dan tinggi la…ape rahsia…hehehe

    chika Reply:

    rahsianya …
    azam yang kuat dalam hati.
    senam dalam hati,
    dan makan dalam hati,

    hati.
    ingat hati.

    mizah Reply:

    senam dalam hati…always…hahaha

    chika Reply:

    okla tu. salah satu langkah dah diamalkan.
    KAH KAH KAH.

  7. callister Says:

    wah~~jadi puteri raja plak ek..
    ape2 pun chika jaga diri..

    chika Reply:

    terima kasih.
    saya terharu bila orang suruh saya jaga diri
    :)

    callister Reply:

    hehe..terharu?
    baiklah jaga diri selalu..

    chika Reply:

    oh terharu lagi sekal.
    KAH KAH KAH
    :P
    thank you :)

  8. Monkey D Luffy Says:

    kurus sangat tak baik…

    chika Reply:

    anda betul.

  9. mrkay Says:

    kalah lagi la ni :(

    chika Reply:

    biasakan dengan kekalahan.
    sebab dengan itu kita akan menghargai kemenangan.
    ok,. nyampah.

  10. nadia Says:

    chika! semoga harmoni :)

    nadia Reply:

    dapat naik myvi baru?? adakah bermaksud itu adalah myvi baru chika punya?

    chika Reply:

    tidak.
    chika takda myvi.
    sebab chika nak mazda rx8.

    KAH KAH KAH

    chika Reply:

    insyaallah.
    anda pon semoga harmoni juga.

  11. chime Says:

    kesian pulak cik chika ya… dlam kesibukan uruskan hal nak menikah… bertambah pulak satau kesibukan yg lain… menyuntukkan masa yg makin suntuk… tapi tak apa… mcm happy jumpa kawan-kawan yg lama tak jumpa… bolehlah agaknya lupakan sikit kekusutan kat jiwa… **err kusut ke…**

    chika Reply:

    ye. saya gembira betul jumpa rakan-rakan.

  12. nadia Says:

    wah,sengsaranya kene buat balik tu semua..huhuh..takpe coz boleh jumpe member2 lama. Aiseh,macam reunion la pulak ^_^

    chika Reply:

    ha ah. REUNION la ni.
    sangat bermakna.
    gembira sebab dapat bergemira dengan rakan-rakan yang baik hati.

  13. ~JviperS2~ Says:

    Oh?? Balik buat charity work ke??

    chika Reply:

    sort of :(
    eh, sedih pulak.
    sebenarnya tak sedih

    :)

    ~JviperS2~ Reply:

    Sedih?? What happened??

  14. hiT-dYh- Says:

    haizum.. soalan:..awat darah mani?? ngehngehngeh;p

    chika Reply:

    amboi amboi . keluar perkataan camtu terus PEKA.
    KAH KAH KAH

  15. kusu Says:

    sibuk2 pun sempat lagi tulis entri yang panjang berjela nih..hehe

    chika Reply:

    penulis yang bertanggungjawap.
    :P

  16. ijat Says:

    best kan bila dah grad dr uni (akak dah grad ke?), sy baru nak berjinak2..itupun dok asiklah mengeluh..(masih bsyukur diterima masuk)…

    chika Reply:

    akak grad bulan august :)
    jangan mengeluh. Nikmatilah zaman universiti secara maksima :)

  17. mira zin Says:

    chika.istana ni kat mana?dlm ukm kena lalu mana??

    nmpk sgt x pusing2 ukm di hatiku nih.haha~

    chika Reply:

    bukan dalam ukm. tapi seberang jalan. keluar dari main entrance, ikot kiri. Kat seberang jalan tu. Kat area hutan tu. Nama are tu Taman Pantun :)
    projek istana tu under department of architecture :) Istana lama bawak pindah dari kelantan.

  18. cinoi Says:

    wah.mmg bz dan gila jika model jahanam kena buat balik plak.
    kerja jangan smpai pecah perut.nti kawin kena comel2.xpayah kuat2 kerja.hahaha.biasa2 sudah.

    chika Reply:

    comel je ayat cinoi ni. Saya baca slang sabah jadiknya :P

  19. yonnaism Says:

    uishh.. program tu semata2 utk buat balik bende2 tu ke?? apakah???

    hahaa
    tak tau pulak ade istana dlm tu,.
    ye lah.
    mcm mane nk tau kan :p i bukan ukm student ngeee

    baiklah chika.
    selamat menyelamatkan diri :p
    harus u kene perli tiap2 ari sampai u blushing hahha

    jgn lupe update ok :)

    chika Reply:

    program tu sangat bermakna buat ukm, dan untuk department pastinya. Untuk memastikan architecture dekat ukm diiktiraf dan memudahkan junior kelak :)

    thats why kena bekerja dengan semnagat utk program.

    i seronok dapat jumpa kawan :P Tapi kena perli tu hal biasa. Muka pon dah penat nak merah. HAHAHA :P

  20. MyAishah Says:

    sangat padat aktiviti chika nampaknya..
    idop happy bersama kawan kan??

    :)

    chika Reply:

    ha ah la tiba2 pulak ter-sibuk dengan program. HAHA. Tapi takpe. gembira sebab dapat jumpa rakan-rakan yang dirindui. Lama tak rasa life yang happening riang ni. HAHAHA

    :)

  21. atinne Says:

    yeay..!!
    welcome back to university life for about a week!
    ;P

    chika Reply:

    yeay!
    rasa macam jadik student kembali :P

  22. myadlan Says:

    tiba2 ada entri pasal projek2 zaman blajar dulu eh.. pastu sama plak rak kayu bertulangkan besi biru kuning.. sama mcm kt studioku..

    seronok je da abes praktikal.. nk bercuti puas2..

  23. papaya Says:

    Istana Tengku Puteri, UKM??
    I graduated from UKM 3 years ago.. Bile bina nih?? (I didnt read ur entry, just browsing through ur pics ;)

Leave a Reply