Ayat-ayat murni

Irwansyah-Camelia

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Aduhai, so touching this song! Tak boleh jadi.

Saya067.gif image by klasikGEMBIRA067.gif image by klasik sebab :

Full payment kad kahwen sudah selesai dibuat. Walaupun pagi tadi telah membuat brother order department (kompeni kad kahwin tersebut) pecah kepala dengan masalah saya. Chika kan suka tak nak kalah. Brother tu call tiga empat kali punya berhempas pulas mengkaji apakah masalah Chika sampai tak boleh membuat payment online (Padahal orang lain buat releks je, kecoh betullah Chika neh) Maybank2u tak boleh proceed transaction saya (Maybank nak gadoh ke a ? Okay, macam kuat) Saya sangat sedih (Biasalah Chika kan suka sedih tak bertempat) Brother tu suruh saya check kalau saya block pop-up. Saya kata tak payah check, memang saya takda block POP POP tersebut. Namun terjatuh maruah kerna setelah dicheck memang saya telah block pop-up. Nasib baik buat urusan dengan brother. Bantai ketawa sengsara meranalah brother tersebut. Kalau dengan kakak? Tak ke nipis telinga kena hamun? KAH KAH KAH. Alhamdulillah. Mr Tunang juga yang akhirnya menjadi penyelamat (Fuuuu… like Ultraman only) Thank you sayang. You memang baik hati (macam I, okay gurau je)

Aizar berjaya sambung degree. Hooray! Tadi dia bagitahu saya, dia dapat tawaran untuk buat degree Biology dekat UiTM. Sebagai kawan, mestilah saya sangat gembira. Saya memang harap dia akan sambung study apabila saya telah berkahwin kelak. Satu, saya gembira kalau dia akan berjumpa banyak kawan-kawan baru (walaupun tak se-best saya tak apa) Saya gembira kalau dia menjumpai kehidupan baru yang luarbiasa di universiti kelak. (Jangan lupa mencari jodoh, kekasih sejati teman yang berbudi … kasihnya bukan keterpaksaa … Err ini lagu lah bukan?) Never mind. Syukur alhamdulillah. Aizar, nikmati kehidupan baru dengan sangat baik ok! Sama macam saya yang akan menikmati kehidupan baru juga (insyaallah)

Saya067.gif image by klasikSEDIH067.gif image by klasik sebab :

Aizar akan sibuk kelak dengan kelas. Saya akan tak ada kawan lagi. Tinggal sebulan saja waktu yang ada. Saya pulak akan sibuk dengan urusan perkahwinan saya. Saya rasa sebak betul (dan menitiskan air mata yang real, bukan palsu sebanyak dua titik. Tak lebih dari dua titik) Tak lama lagi saya pon akan bernikah (insyaallah) Hubungan saya dengan kawan-kawan sedikit sebanyak akan terbatas. Saya tak akan meluangkan banyak masa dengan kawan-kawan. Saya tak boleh harap yang saya akan menikmati kehidupan yang sama macam sekarang. Bukan saya rasa terjejas dengan perkahwinan, saya cuma memikirkan logik yang akan jadi kelak. Memang semuanya akan berubah. Kita tak akan menjadi manusia yang sama lagi. Walaupon saiz kasut saya mungkin tak akan berubah (tapi saya harap akan berubah juga) namun komitmen saya terhadap sesetengah perkara pasti berubah. Tapi tolong simpan dalam hati : Aizar tetap kawan yang paling saya sayang. (bukan sebab dia pandai buat kek atau sebab dia pandai tolong ibu potong kain langsir) tapi sebab keikhlasan dia yang tak pernah tikam saya dari belakang. Sentiasa sokong saya diwaktu semua orang condemn saya. (Sama macam Farah juga) These two girls are like an angel to me :) Murninya entry ni. Anda semua jangan menangis, simpan air mata untuk benda lain yang lebih layak ditangisi. HAHA.

Oh jangan lupa sebut : Astri, Aisyah, Ainul, Athirah dan Adian (saya pilih Adian sebab nama dia huruf A juga) KAH KAH KAH. Adian pon kena sebut sebab nanti dia akan tolong buat banner wedding saya yang berkonsep minimalist tersebut. Adian, awak tolong tunggu kejap. Saya tengah pilih contents (eh eh. Murninya cakap saya awak)

Saya067.gif image by klasikBERCELARU067.gif image by klasik sebab :

Akreditasi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina. 27 November sampai 4 Disember saya akan terikat dengan program. Semua aktiviti lainnya akan dibekukan. Saya sangat tak keruan (Tidur lena, makan kenyang, mandi je tak basah. Aneh betul) Saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya rasa gusar betul untuk mengikuti program jabatan (Sekejap. Saya sangat tak faham kenapa ayat saya semanis epal, seindah suria secantek pelangi kali ini. Sangat tersusun macam kena bomoh) *phew* Never mind.

Too many things, too little time. Sepatutnya minggu lalu membridal hantaran lagi. (Si cerewet ni memang. Pilih barang hantaran macam pilih jodoh. Over tau) Tapi oleh sebab Aizar tidak available, semua jadi tertunda. Minggu ni langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Aizar akan sibuk dengan konvokesyen. Bridalmania (term baru tolong biasakan) akan bersambung hanya selepas program Akreditasi T__T Cry me a river.

Antara yang sedang mencelarukan kepala :

- Permohonan nikah (sebab tunang saya akan pulang lewat ke Malaysia). Bapa saya sangat sebok kebelakangan ni. Saya plan nak bincang on Friday.

-Favor / Doorgift. Idea ada. Tapi pendirian belum ada. Boleh faham? (Dah la cerewet macam mak nenek. Eh eh, nak marah siapa neh?)

- Pelamin. Idea ada. Pendirian blom ada. Malas pulak tu nak jumpa wedding planner. Kurang motivasi. Aik? Bukanlah. Tapi belum ada pendirian.

- Make-up. Belum pergi try make-up. Saya harap muka saya tak menjadi macam bukan muka saya semasa hari wedding. Saya takut nanti saya pon takda mengenal muka saya sendiri. Anda apatah lagi. Oleh itu kena hati-hati dengan make-up. Bertambah pula dengan kulit yang tak sporting ni. Silap kena product, selamat datang nenek kebayan muka buruk!

- Senarai jemputan. Ada buat bukan takda buat. Tapi tak proper.

- Kasut sanding. Cis.

Saya067.gif image by klasikPENING067.gif image by klasik sebab :

Saya bantai Indocafe + creamer macam orang hilang akal dua hari ni. Malam semalam telah mengidap insomnia. Sampai sengsara dibuatnya. Bangun pagi kepala mintak cerai (aik?) Kepala semacam nak bercerai berai dengan badan. Punya sakit. Kalau bapa saya tahu, mesti keluar enakmen lagi sekali. Dilarang membawa masuk nescafe dalam rumah. Ini pernah terjadi beberapa tahun lalu. Masa zaman saya migrain kuat. Abes semua simpanan 3 in 1 saya kena rampas. Tak dapat Nescafe 3 in 1, layan Sunquick. Loser gila. KAH KAH KAH.

Recent Entries

82 Responses to “Ayat-ayat murni”

  1. pphoenix Says:

    sy sedang sedih tp hit juga

    pphoenix Reply:

    walaupun kemungkinan BESAR tak dapat menghadiri majlis, tapi NAK juga kad kahwin. wuwuwu T.T

    chika Reply:

    farini punya pasal, chika post 13 kad nanti (ok tipu je) satu cukup jangan tamak, Allah marah.

    chika Reply:

    kenapa sedang sedih?

  2. atinne Says:

    sabar sabar

    chika Reply:

    atinne pon sabar jugak sebab kalah di tangan farini. HAHA :P

    atinne Reply:

    haha…
    takpa…
    testing ja…
    sabar itu separuh daripada iman..
    cewah..

    nak kad jemputan juga..
    walaupun kad itu berunsur minimalist..
    hehe..

    chika Reply:

    insyaallah.
    jangan lupa bagi address

  3. mrkay Says:

    ini juga entry berhantu.. aku refresh dah lama tp tak perasan.. sengal tol.. huhu

    chika Reply:

    aik?
    aku takda bela hantu dalam entry.

  4. Monkey D Luffy Says:

    Relaks arrr… settle gak semua tu nanti

    chika Reply:

    dag dig dug di dalam dada.
    :p

    telah cuba releks tapi tak jadik.

  5. k.meen Says:

    kakak komen dulu..baca kemudian…boleh?? hahaha

    pertama sebab kakak dah berapa hari tak masuk blog chika.

    kedua sebab kakak memerlukan sekurang2nya 14jam untuk habiskan baca entry tertunggak…hahahah lagi skali

    ketiga..kepala kakak juga sedang minta cerai sebab semalam juga kakak insomnia..heheh

    chika Reply:

    kakak tengah sebok eh? :P cloud NINE eh? HAHAHA (eiiiii… jahatnya chika! kata kakak di dalam hatinya) :P

    kakak jangan ceraikan kepala nanti sengsara.

  6. mrkay Says:

    popup blocker mmg auto setting dlm browser skang.. aku rasa kalo aku jd brother itu, aku akan menangis satu lautan.. adeh..

    chika Reply:

    tapi brother tu takda nangis. Dia ketawa terbahak-bahak. Macam gembira je. HAHA

  7. ak_0143 Says:

    oho… mau kahwen dah ek…
    gud luck! =p

    chika Reply:

    insyaallah.
    terima kasih so much =)

  8. wiween Says:

    sedey lak baca tang adik sedey tu..huhuk. adik mmg seorang yg benar2 menghargai kwn baik. Moga persahabatan adik dgn aizar kekal selamanya. Bestfren kak ween tu pun baru kawin. ingatkan da xleh rapat mcm dulu. But dia xpenah plak lupa kak ween & slalu jek sms psl benda remeh walaupun da ade hubby terchenta. Walaupun da xleh kuar sama kerap mcm dulu kan. Tp still, bond tu tetap kukuh. Some things never change, kan? :)

    chika Reply:

    chika memang sayang rakan2 yang terpilih secara mendalam. Kasih sayang yang tak berbelah bagi (eceh)

    hurm, bagus kan kalau dah kawen poon masih keep in touch dan update cerita masing2 dengan kerap. Hopefully chika bolehhhhhh huhuhuhuuuuu T_T tangisan sebak melanda.

  9. Masy Says:

    yg pastinya kakak bkn yg 1st. heheh

    chika Reply:

    memang pasti =D

  10. diya Says:

    chika, diya btl kagum ngan chika. rajin btl update! entri byk perkataan pulak tu. mmg suspect. msti chika menaip selaju transformer kan. hehehe

    huhu. kepala mintak cerai? hek3.

    chika Reply:

    eh, transformer pon kalah. Transformer bukan tandingan. Bullet je yang layak bertanding. KAH KAH KAH.

    kepala memang selalu mintak cerai tapi jangan ceraikan nanti menyesal sendiri.

  11. mizah Says:

    harap chika tabah menghadapi hari2 yang memeningkan menyedihkan ye..heheeh…

    chika Reply:

    memang dah tabah sangat ni.
    Hanya Tuhan yang tahu
    (cewah)

  12. haziqah Says:

    lagu camelia tu mmg best kan tp kalu hati ngh kecewa dgr lagu tu mmg nanges haha jiwang..

    bnyk btul prasaan dalam masa yg sama mmg serabut la bukan tp happy gak kwn baik awk da nk smbung degree gud 4 her
    n chika nnti jd isteri org psti lg best wlupon da terbatas dgn kwn tp x terbatas dgn bakal suami hihi

    chika Reply:

    Kalau tengah kecewa jangan berani dengar lagu ni nanti terus hancur hati. HAHA/

    Tapi hari ni chika sangat happy! :P

    ye betul. Saya akan mendapat besfren yang baru. (ehem) HAHA

  13. Dr gigi terusap2.EEeeee Says:

    kah kah kahhhhhhh….
    aku tau aku bukan pengkomen pertama.
    cepat!! tuka waktu aku komen neh.. hahahaha..
    er.. manusia mmg akan berubah skit..
    sbb kehidupan dia slpas kahwen adalah utk suaminya.
    nak hangout kawan2. kene mintak izin suami.
    ape2 pon. kite ttp kawan sampai bile2..
    [sambel menanges 7 balang]

    chika Reply:

    walaupon ko dah bayarkan Ultraman untuk aku tadi, tu tak bermakna ko boleh rasuah aku untuk ubah waktu dan kasi kemenangan tanpa bertanding kepasa kau (tolong insaf, ingat Allah, ingat Allah).

    serius.

    KAH KAH KAH.
    kita memang akan kawan sampai bila-bila.
    KAWAN SELAMANYA CHEWAH! AYAT TIPIKAL YANG TAK MAJU LANGSONG TAPI TAKPE. YANG PENTING MEMANG KAWAN SELAMANYA MOTIF DIA

    hey. Bukan nangis 7 balang la. Nangis 7 TONG. Kan kita bercadang nak beli tong tadi? Tapi tak jadi. kalau tak…… malanglah nasib Aizar kena peluk tong. KAH KAH KAH (eh insaf insaf.)

  14. fiza Says:

    lagu tu touching ar… chika, awak dh cantek, cakap kt mak andam tu suh make up simple2 jew, meletop u…. hehehehe… besh nya nak tawen…. hehehehe

    chika Reply:

    Saya tak cantek sebab tu saya sedih T____T.
    cewah. Saya harap mak andam akan mekap saya sampai cantek. Kalau boleh nak lagi cantek daripada Maya Karin tapi takpela. Jangan cuba ajak maya karin bertanding nanti kalah malu. HAHA

    :P

  15. fara d Says:

    heh

    saya GEMBIRA sbb:
    -chika gembira
    -cik kembar saya berjaya sambung degree!

    saya SEDIH sbb:
    - encik gedik menipu saya pagi tadi! T.T

    saya CELARU sbb:
    - saya sedang malas.
    - tarikh internel review tak tertetap

    saya PENING sbb:
    - saya pening sbb mengapa saya seakan meniru entry cik chika dlm komen neh? hisy penin penin….. T.T

    chika Reply:

    saya hairan sebab :
    -bila tarikh interneal review?

    saya excited sebab :
    -esok kembali ke studio dan semua orang ada. Lama tak berkumpul semua (okay sedih lagi. Memang jiwa cepat tersentuh kebelakangan ni. nyampah)

    saya cuak sebab :
    - akreditasiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    fara d Reply:

    saya KELIRU sbb:
    internal latest news: 28hb

    chika Reply:

    wa. JUMAAT ni.
    gud luck.
    nasib yang baik.

  16. chime Says:

    biasalah.. sebelum menikah ni nak-nak lagi dah dekat2 nak sampai masa ni segala-galanya akan nampak rumit… lepas nikah akan lega selega-lega alam **ceh! ayat macam aku ni dah pernah menikah**…
    Tahniah jugak buat Aizar…

    yang kat bab kasut sanding tu, saya tumpang bagi cis sama… CISSSS!! (utk cina yg buat kerja ntah apa2 hari tu)…

    chika Reply:

    sebab tu saya tak sabar nak nikah. (-_-”)

    nanti saya sampaikan tahniah anda kepada aizar.

    saya CIS kat kaki saya. Tapi saya bersyukur sebab ada kaki. (insaf)

  17. yonnaism Says:

    entry ni i serius je baca,
    tp ada part air mata bile baca part aizar tu :(

    kalau i jadi brother tu la kan,
    i akan menangis sebanyak satu lautan.
    melayan kerenah chika yang nak jugak die menang,yang yakin takde block pop up tu,
    tp akhirnya maruah tergadai sendiri hahahhaa
    kesian dia kan.
    tapi takpa la dah setel paymenet.
    lepas ni boleh dpt kad u :p
    tak sbr ni!! haha

    eh tu program ape tu?
    perlu ke u join?
    dengan keadaan u dah sgt suntuk nak prepare kahwin2 semua ni?
    dah la mr tunang jauh seberang lautan tu.

    part aizar tu mmg i sedih gila la :(
    ishh boleh setitik lak menangis.
    kurang setitik dr u yang 2 titik tu.hahha

    i ingat dia ukm jugak dulu.
    selalu u mention nama kawan2 u kan?
    so,i pun dah otomatik dah hafal nama kawan2 u hahah termasuk si Adian tu :p

    btw,to aizar,congrats dpt sambung degree =)

    thins will never be the same again,dear but the friendship still remains forever..
    bestkan dpt kawan yg sgt baik ni? :D

    cpt2 buat preparation tu,chika!
    nnt takde u kelam kabut saat2 akhir.
    nnt bile dah kelam kabut semua pon lupa.

    i likee nescafe!! :p

    chika Reply:

    ni sebenarnya entry separa serius (tolong tanamkan sifat serius jangan lupa)

    tapi brother tu takda nangis. dia gelak terbahak-bahak. Macam gembira je. HAHA. BAik betul dia. JAngan risau. Tak lama lagi nak umum tarikh. Lepas tu nak edar kad. Kawen huyeay!! HAHAHA.

    tu memang program architecture department i. WAJIP.

    i memang sebak sebab nanti dia oergi sambung study. Suntuk je masa nak gembira sakan dengan dia. Pasni i dah ada komitmen lain. Memang sebak (tolong sserius) Aizar ialah kawan yang terpaling sayang.

    i cuak ni. Sebab tu i malas nak tulis pasal wedding preparation nanti i tak tenteram. Cuak. Hanya i yang tahu. Rasa sngat sengsara dan berat jiwa raga.

    tapi jangan selalu sgt minum nescafe tak baik. (ni pon serius)

  18. hUmmY Says:

    kehkeh!

    mmg byk mende nak pk kan!

    gudluck chika!

    chika Reply:

    asyik fikir je sampai akhirnya penat dan fikir dalam hati. AHAHA.

    okek thank you so much =) saya sangat cuak dan cemas.

  19. prof.madya tercicir-cicir Says:

    huwaaaaaaaaa…aku dah nanges 7tempayan..time call ko pon, aku tahan meraung..lepas je letak tepon,sambung nanges lagik..

    kepada kwn ku syg..aku dah ckp kat Ibu nak spend time utk membantu ko dlm membridal selama sebulan sebelum aku mempunyai kelas nanti..aku dah free neh..

    terima kasih byk2 atas entry di atas,jgn sedih2,jaoh di mata,dekat dihati..nnt email je aku setiap hari,supaya kite berasa dekat jugak(WAJIB neh)

    DOAKAN aku berjaya menempuh alam degree, dapat degree yg flying colors dan bertemu jodoh,kekaseh sejati teman berbudi..

    chika Reply:

    tapi takpe. Semoga nanti kita sama-sama berjaya dan berjumpa lagi (semasa usia pertengahan) sebagai golongan-golongan berjaya dan berkedudukan baik. Nanti belajar pandai-pandai (tak rajin takpe, asalkan pandai HAHA) Jangan lupa keluarga, solat, rakan-rakan dan yang penting jangan lupa baca blog saya sebab di sinilah kita akan saling update cerita masing2.

    saya doakan awak dapat jodoh yang baik, kekasih sejati, teman yang berbudi, kasihnya bukan keterpaksaan … (teruskan menyanyi)

    Yang paling penting, ingat Allah.

    okay, dah macam esok je kau nak pegi uitm dan aku nak pegi kawen. KAH KAH KAH.

    kasot cicir Reply:

    hahaha..takpe2,pesanan awal tuuuu..
    ish,rs lain pulak dah ko ckp mcm tuh..
    terima kasih mendoakan sy begitu..
    btol2,mmg kene blaja pandai2..blog awk pon akn dikunjungi buat melepas rindu..

    ok,ayat dah berkarat2,baik aku kluar

    chika Reply:

    ok. i lap yu.

  20. prof.madya tercicir-cicir Says:

    oh,terima kaseh atas ucapan tahniah daripada readers chika buat saya..doakan kejayaan yg lebih baik buat sy di masa depan

    chika Reply:

    bagus sebab dah baca sendiri ucapan tahniah yang melambak-lambak ni. Tak payah aku sampaikan lagi. HAHAHA.

    teruskan berjuang. Doa kami bersamamu. (ayat-ayat perjuangan yang tak boleh blah)

  21. erni @ cepotet Says:

    oh.. bab kawan tu, memang buat akak sebak. semua kengkawan akak pun semacam sebuk nak kawin sekarang ni buatkan hati akak sedikit pilu. dan, jadi bertambah pilu bila semalam, akak dilanda ribut yang teruk dan semua kengkawan berkumpul untuk menenangkan akak. sangat terharu.

    tahniah untuk aizar. nanti kirim salam lecturer yang kacak ye dik aizar. ;)

    chika Reply:

    tapi saya tahu, perpisahan akan memberi peluang untuk kita bertemu semula dalm membagi salam perkenalan (aik? saya ciplak kata-kata tunang saya yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu)

    HAHA.

    kawan-kawan yang berkualiti merupakan kesayangan saya selamanya. Sedih betul T___T

    nanti saya sampaikan tahniah ni dan pesan jugak untuk dia carikkan lecturer kacak untuk kakak erni.

    kasot cicir Reply:

    thanks kak erni..doakan sy blaja pandai2,flying colors..
    er,nnt aiza carik ade tak yg kacak yer..huhuhu,kalo ada aiza kirim salam utk kak erni..

    chika Reply:

    okay, baiknya aizar.
    kalau chika, jumpa simpan sendiri.
    KAH KAH KAH.

  22. Sweet Thiner Says:

    biar betik kasik dload neh. bandwith besar eh?

    chika Reply:

    download la sementara berkesempatan.
    KAH KAH KAH.
    bandwith tanpa had.
    KAH KAH KAH

  23. saffa Says:

    sudah download.
    banyak betul chika mbebel.. tak tau nak komen apa.
    klu saffa komen semua.. baik saffa publish satu entry khas untuk komen entri chika jer.. hehe..
    apa2 pun.. semoga semuanya bjalan lancar! :)

    chika Reply:

    err. betul jugak. Lagi baik simpan komen dalam hati dan simpan ayat utk entry sendiri. HAHA

    terima kasih so much :)
    berdebar-debar di dalam hati.

  24. abc Says:

    adeh. yg ke 24. prestasi merosot :P

    chika Reply:

    komen ni ibarat roda.

  25. nadia Says:

    betul lah! Kawan sejati adalah kawan yang backup kita di saat semua orang kondem kita T.T

    p/s: Nak kad kahwin chika jugak. Buat kenangan.hehehehe

    chika Reply:

    insyaallah. Nanti kad siap saya bagitau. Dah ketika itu silalah hulurkan address. HEHE

  26. callister Says:

    rileks chika…
    bw bertenang…

    chika Reply:

    ye. bertenang ni :P

  27. bozzo Says:

    aku pon dulu masa kat u gila layan 3 in 1 gak…tuh yg ketagih sampai skarang tuh…klu ada kad lebih2 tuh pos la kat bozzo nih…insyaallah bozzo dtg….

    chika Reply:

    insyaallah.
    saya dah ada address bozzo.
    nanti saya hantarkan kad. tunggu saja :P

  28. lindosh Says:

    chika kawin berapa hari-bulan?

    chika Reply:

    tungguuuuu.
    nanti saya invite :P

  29. aisya Says:

    akak nak kawen bulan 12 ke?
    27 dec eyy?
    bday sape larh tue…………………….

    hehehe
    :D

    melulu jerk aisya nerh..
    tpi ble dikaji..
    akak tunang on 27/7
    n dlm entry nie akak ckp nk kawen 1 lgi..
    sbulan lagik kire 27/12..
    hohohoho!

    chika Reply:

    nanti akak umumkan.
    jangan teka, nanti menyesal.
    haha

  30. Rjuna Says:

    Minat indocafe juga, ia sangat murah berbanding cafe2 lain kan

    Touching plak lagu Irwansyah, main banyak kali lah, lenjan bandwidth chika kekeke

    chika Reply:

    oh dia murah eh?
    saya tak tau harga dia.
    saya minum je.
    hahaha

  31. nurul Says:

    haha dat lagu..sedih2, syahdu2 tp mcm ype2 lagu newboyz jek eheks

    ehem2…tp still, sob sob…

    chika Reply:

    hep jangan sebut newboyz dlm blog chika. Tak layak bertanding. HAHA

  32. JS Says:

    selama ni aku ingat aizar tu pun amik archi…silap ek..

    p/s : wah..lagu ni……mentusuk kalbu….haha..berjiwang-jiwangannnnnnn….

    chika Reply:

    anda salah faham. HAHA

    memang mentusuk kalbu sampai ke dalam jantung hati.

  33. dee83 Says:

    salam chika…sihat? ajar akak cane nak download lagu n letak dalam entry? akak dah try byk2 kali tapi takleh gak…last2 akak buh link je…

    p/s: dik, akak memang tahu guna photoshop@ps tapi tatau cane nak buat lukis2 cam chika buat kat header blog chika ni….nak tau cara2 nak buat je…

    chika Reply:

    saya pakai brush. ada yang memang template dia. Ada yang saya lukis sendiri freehand. Pakai brush :)

  34. hiT-dYh- Says:

    uik..lmbt bace entry ini..tapi sgt amat congratz pada aizar.. *saye tumpg gumbira (^^,)..

    haizum.. kita terbalik r..agaknye sebab dah overdose.. so kalo kita tak minum nescafe..akan pening..lol;p

    chika Reply:

    wah. bagus. nampaknya anda ada alsan untuk minum nescafe dan saya takde alasan ..T___T

    awak ada blog wordpress. okay tumpang seronok. nanti lepas habis sibuk kita bergembira di blog awak :)

    chika Reply:

    wah. bagus. nampaknya anda ada alsan untuk minum nescafe dan saya takde alasan ..T___T

    awak ada blog wordpress. okay tumpang seronok. nanti lepas habis sibuk kita bergembira di blog awak :)

    chika Reply:

    awak ada alasan utk minum nescafe nampaknya. apalagi. gunakan alasan dengan sebaik-baiknya. HAHA.

    saya tumpang seronok awak ada blog wordpress. Boleh saya ke sana nanti. lepas free kelak :)

  35. fazana Says:

    hai semua……..shat//??

  36. fazana Says:

    hai semua

Leave a Reply