Hurmm Wangiiii.
(saya mintak sorry sebab buat tajuk yang menjengkelkan)
Kan betul apa saya tulis dalam entry yang lalu. Emak saya sangat giat membeli pelembut kain, pewangi kain, penserbuk kain dan pencuci kain (ada lagi? tolong tambah sendiri) Dan waktu untuk berada dekat lorong bahagian pencuci kain adalah sangat lama. Tak lain tak bukan. Kami akan mencium satu per satu haruman yang ada. Sebab selalu lupa. Walaupon beli setiap 2 hari sekali (paling merosot pon akan beli seminggu sekali), kami tetap lupa yang mana satu wangi dan yang mana satu tidak.
Kalau sepuluh kali kami pergi, sepuluh kalilah wangian yang wangi akan dipuji ; Hurmmm… wanginya. Okay, ambik! Dan sepuluh kali lah yang tak wangi akan dihina seperti ; Eiii… apa bendalah busuk gila bau dia, buat apa dijuallah. KAH KAH KAH.

Chika. Driver. Tukang bayar parking. Tukang pegang bakul (bila berat kasik emak pulak sebab emak kata dia lagi kuat. Okay tak apa). Tukang bodek emak (kalau emak kata yang biru wangi, kadang-kadang akan setuju walaupon rasa macam tak wangi. Tapi nak bodek punya pasal) Tukang keluarkan barang-barang masa dekat counter. Err. Kenapa kena bodek emak? Anda mungkin tertanya-tanya. Sebab kalau mood emak baik kami akan jalan terus ke Pandan Mewah menikmati Mc Donald sampai petang. (Chika suka bubur ayam Mc D, tak syak lagi). Orang sengkek mana mampu beli bubur ayam. Itupon kena harap emak belanja T_____T (menangis dalam entry)

Pada hari ini (ewah) saya akan ceritakan kepada anda tentang pengetahuan saya yang mendalam tentang jenama pencuci kain. Aik? Tak sangka betul Chika ada pengetahuan sampai ke topik jenama pencuci kain.
Sejak kecik lagi saya sangat berminat untuk join mak saya mencium dan memilih pewangi kain yang wangi. Bukan untuk siapa, untuk keluarga kita juga (eceh) Dari kecik saya sudah hafal jenis-jenis pewangi Softlan. Kalau saya ikut bapa saya ke pasaraya (tanpa emak), saya akan membagitahukan kepada bapa saya jenama, warna dan jenis yang bapa harus beli. Okay, sekarang boleh tolong kagum.
Okay. Baik mengaku cepat. Saya pon macam emak juga. Taksub dengan bau pencuci pakaian. Tak fahamlah bukan?
Tapi (TAPI!) Malu kalau orang tahu. Masa dekat matrikulasi (iaitu first time masuk asrama), saya sangat sengsara. Sebab tak tahu apakah beza dia antara Softlan, cecair Kuat Harimau, dan sabun buku FAB. Tak tahu bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan Kuat Harimau. Bila pulakkah kena memasukkan Softlan. FAB pulak untuk apakah? Tahukah sudahnya saya buat apa? Saya bantai memberus baju guna Softlan. Tak buih-buih. Tapi takpa. Jiwa sangat gagah. Terus menuangkan lagi macam bapa saya tokey kilang Softlan (Malu kalau tunang tahu tapi memang lepas baca ni akan tahu pon. Hep. Kena terima I seadanya lah bukan. Jangan menyesal sekarang dah terlambat) Memberus dan berus dengan begitu feminine. (laju laju buai ku laju… eceh menyanyi macam Bawang Putih yang miskin dan sengsara)
Selepas siap memberus dengan SANGAT SOFTLAN nya, saya pon mensidai. Kuat Harimau takda guna. Sebab sangat dahsyatlah nama dia, nak usik pon pikir dua tiga kali. KAH KAH KAH. okay bukan macam tu. Saya pon sidai baju yang telah diperah dengan seluruh tenaga yang tersimpan dalam hati.
Kemudiannya call emak.Nasib baik emak saya tak menangis dengar cerita sedih neh. Kecewa hati ibu sebab ada anak perempuan tak boleh pakai. HAHAHA. Emak kata guna Kuat Harimau dulu barulah akan berbuih (party buih? okay pergi istighfar sekarang!) Saya masih ingat. Petang itu. Dan saya merasakan macam satu bilik pandang serong dekat saya. Pasti rakan-rakan sebilik pon berkata dalam hati ; ada lagi orang macam neh dalam dunia yang fana ini? KAH KAH KAH.
Err.
Saya tahu Softlan ialan pelembut kain (cantek sikit jangan kata saya tak tahu) SAYA TAHU. Tapi tak tahu pula pelembut kain takda sama fungsi dengan pencuci. Apalah. Teknologi mencuci kain nampaknya belum betul-betul canggih. Pakai satu cecair kan senang.
Sekarang kita sampai ke segmen mencipta moral (mencipta tahu!) KAH KAH KAH. Moral dia ; mencuci kain bukan perkara mudah. Nikmatilah teknologi washing machine dengan penuh kesyukuran (jangan sepak washing machine anda kalau dia meragam, kesian dia) Menjadi seorang ibu pon bukan mudah. Memilih pencuci kain terbaik dalam jutaan pilihan di pasaran sangat mencabar naluri keibuan. Belum lagi memilih pelembut kain. Semuanya memerlukan ketelitian. Saya gembira betul sebab menjadi wanita. Sebab ada chance pergi pasaraya dan pilih Softlan (eh eh. tiba-tiba pulak) Tapi tak apa.
Sekarang saya faham kenapa emak beli banyak sangat cecair untuk mencuci pakaian. Sampai terpaksa pegang bakul berat.
Apalagi, kunjungilah The Store berhampiran untuk pelbagai pilihan hebat.
Downy 4X
Softlan
Daia
Petal
Comfort
Kuat Harimau
Max Kleen 9 (pilihan emak saya sepanjang zaman)
Dynamo
Breeze
Marigold (Yogurt jangan masuk campur!)
Kotex (hoi hoi hoi! malu sikittt!)
Okay malas fikir lagi. Bukan kaya pon kalau hafal.




November 25th, 2008 at 6:25 pm
test
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:19 pm
cubaan yang berjaya. hooray
astige Reply:
November 25th, 2008 at 10:26 pm
aku saje plak nak merase tumpang komen no 1. kah kah kahhhh..
eh.banyak gile bahan pencuci yang dibeli.. bleh mintak? hehe
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:31 pm
Boleh mintak?
cheeeey. Cubalah nasib. Meh sini meh mintak dekat Mak Cik Sal. HAHAHAHA
astige Reply:
November 25th, 2008 at 10:34 pm
har har harr…
agaknye cik Sal bagi..
tp kene cuci dan sidai sme baju2 yg ada..
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk//
nanti i try eh.. krehkrher
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:42 pm
aku jadik pensokong dari belakang.
kalau makcik sal tak bagi, saya tolong bodekkan.
ok ok ok?
November 25th, 2008 at 6:29 pm
aktifnya :o
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:20 pm
;-)
apa aktifkan anda?
yonnaism Reply:
November 26th, 2008 at 2:18 am
u la aktifkan i! hahaha
sampai i sanggup tinggalkan the sims i tau :p
chika Reply:
November 26th, 2008 at 4:59 pm
ok terharu
T_________________________T
tengok, nangis panjang nama dia
November 25th, 2008 at 6:46 pm
aku terbayangkan muka innocent ko menyidai baju yang disental dengan soflan itu. ah! comel la tuh!!
KAHKAHKAH!!!!! (tolong notice, ini serius BESAR nye gelak!!! KAHKAHKAH lagik…)
alalal……comel gilA!!!
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:20 pm
tolong notice : aku boleh bayang kau gelak sakan macam mana. terima kasih.
:P
fara d Reply:
November 25th, 2008 at 10:59 pm
sama sama! ^.^
tp btol weh…mcm comel! ngeeeeee
chika Reply:
November 25th, 2008 at 11:32 pm
saya harap anda ikhlas.
(-_-”)
HUAHUAHUA
fara d Reply:
November 26th, 2008 at 1:27 am
ye cik chika. ikhlas. insyaAllah….
chika Reply:
November 26th, 2008 at 4:59 pm
Alhamdulillah.
Malam ni kita kenduri sikit.
=))
November 25th, 2008 at 7:00 pm
owh. 1st ke ni?
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:20 pm
alahai bukanlah diya :P
November 25th, 2008 at 7:03 pm
adehhh. memang byk cecair yg chika angkut tu. marigold? hahahaha. yogurt pun cecair gak kan. boleh la jugak masuk list :))
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:21 pm
memang pencair. Eh pencair? HAHA. cecair sebenarnya :P
tapi jangan sesekali try mencuci basuh menggunakan yogurt. Menyesal nanti
November 25th, 2008 at 7:04 pm
tapi, klw kotex tu… sejenis kapas yang lembut rasanya. ukan cecair. hak3
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:22 pm
kotex tu menyampok tak bagi salam. padahal dia mana boleh join the club la bukan? HAHA
November 25th, 2008 at 7:28 pm
x sangke 2 hari skali beli soflan…huuu! satu hari pakai suploh baju ek? haha! xpe..usaha tangga kejayaan..kesabaran mendapat ganjaran! yeahhaa~ agak2 mcm mane kalau ttber xde lektrik? agak2 skil cuci pakai tangan mcm dolu2 ke?
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:24 pm
anda tak tau betapa banyaknya baju dalam sehari. Kami memang suka tukar baju sesuka rasa. HAHA. takdela. Tapi mak saya suka beli dan simpan berderet-deret. Sebab kalau pakai bau yang sama dia kata bosan. JAdi akan bertukar setiap kali cucian. Strategi ibu2 mana kita tau. MEwangikan pakaian pon boleh menambat hati anak2 dan bapa. HAHAHA
November 25th, 2008 at 7:29 pm
HAAHAHAHAHAHHAHAH!!!!
u mmg gila!!!
cuci baju guna softlan!!!!!!
HAHHAHAHHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAAH
serius i gelak nak mati ni ngeeeee
haishhh.. naseb baik lah u kene duduk jauh dr family u time matriks tu.
kalau tak i rasa lepas kawen ni sure u basuh baju u ngan suami u guna softlan!!! hahaha..
sampai bile pon u takkan dapat bermain party buih. aik? apakah? hahahah
takpe chika.
semua org pun penah ade bende bodoh yang dia penah buat.
tp kisah u mmg tragik jugak utk i.
hahahaha..
mmg sengsara basuh baju dengan manually. i sgt benci la!!
eh kuat harimau wangi ka? haha
i pakai dynamo :p
dulu la time blaja ngeee
baiklah.
saya melantik ada jadi duta the store
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:26 pm
tu penangan malu bertanya sesat jalan nama dia.
tapi lepas ni takpe. I akan belajar dengan lebih mendlam tentang sabun pencuci kain. Supaya boleh menambat hati suami dengan keharuman baju yang dipakainya (pulak dahhhhhh)
betul i stress gila masa basuh baju tak keluar2 buih. Gila ke apa. HAHA
saya dah lantik diri sendiri pon. Pelantikan anda menguatkan lagi pelantikan saya. eceh
November 25th, 2008 at 8:29 pm
haah mmg wangi…
da bleh terbyg bau nye.. :P
klaka list yg last tu..hehe
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:27 pm
bau boleh dibayangkan? hebat betul anda.
haha.
ooo..list yang last tu kelakar ehhhh?
KAH KAH KAH
Shafie Reply:
November 25th, 2008 at 11:34 pm
hehe….
baru tau klaka ek..
ye la sbb siap ade cancel2..huhu..
:P
chika Reply:
November 25th, 2008 at 11:35 pm
gariskan yang tidak berkenaan.
hehe
November 25th, 2008 at 8:37 pm
satu hari x buat orang gelak x sah. hahhaa
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:28 pm
sebab saya tak bole nak buat org menangis. entry sedih saya asyik fail je. camne? HAHA
November 25th, 2008 at 8:49 pm
chika! kuat harimau bukan busuk ke bau dia?heheh…tapi kalau pakai softlan jadi wangilah lepas tu kan..hahaha
saya pakai kuat harimau ada sekali tu tp tak guna softlan lepas tu. Bau baju sangatlah pelik. Lepas tu guna Daia je. Guna softlan ke atau tidak bau baju tetap wangi.Kuat harimau yg masih banyak campak buanglah dalam tong sampah tanpa rasa serba salah.hahaha
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:30 pm
ye betul KUAT HARIMAU TAK GUNA! (tendang kepala harimau tu) saya beli sebab saya jumpa kuat harimau je masa tu.Tapi sebab duduk asrama. Tak boleh kerek sangat. Kuat harimau pon, kuat harimau laa…
hahaha
emak saya suka downy 4X
‘ingatkan emak dah tak sayang kami lagi’
memetik dialog iklan downy 4X.
HHAHA
November 25th, 2008 at 8:52 pm
mak aaii! seme jenis softener ko beli. patutlah blog ni berbau wangi. ehehe..
ps : naper ntah, bila masuk blog ni jadik segan lak nak taruk komen.
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:33 pm
sebab blog ni dicuci dengan Max Kleen 9 dan dilembutkan dengan Softlan. HAHA :P
aik? kenapa segan? o jangan segan-segan. saya gembira menerima komen :P
November 25th, 2008 at 8:53 pm
saya pun kaki bodek mak jugak. Lepas tu mak kasi pilih barang kat pasaraya yg saya nak “Hah,amiklah apa2 nak amik.”
okay,kalau macam tu angkat berat2 pun saya sanggup!kehkehkeh
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:34 pm
chika tolong emak angkat berat dengan ikhlas tak harap balasan (ok chika keluar skang!)
nadia Reply:
November 25th, 2008 at 10:41 pm
chika jgn keluar! Masuk balik sekarang. Nanti pengomen marah chika tak approve komen mereka.hehheheheh
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:57 pm
kena halau sejuta kali pon mmg takda keluar punya jangan risau. HAHA:p
November 25th, 2008 at 8:54 pm
ahha..kalu saya ada kat sblah chika masa chika basuh baju gune softlan mmg da gelak guling2 kat tmpat basuh baju itu smbil bermain buih kuat harimau..
he kdg2 best jugak basuh baju taw walaupon ade msin basuh..tu pon kalu cket je la..kalu bnyk mesin la tlg basuh bukan..he
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:35 pm
ingatkan nak cakap, kalau haziqah ada seblah waktu tu, anda akan tolong ajar menggunakan sabun yg betul. Tabaik menggelakkan manusia yang lemah :p
eh memang best wo. Berapa minggu lepas tu chika pon sangat pandai membasuh baju. Gembira betul.
November 25th, 2008 at 9:11 pm
saya sangat suka softener Comfort warna putih…
oh harumnya..wanginya..
masih teringat kenangan ketika shopping bersama bonda..
itu adalah aktiviti mingguan yang wajib diikut jika tiada kelas..
hahaha..
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:37 pm
saya suka downy 4X sebab emak saya pon suka (biasalah, kaki bodek) HAHAHAHA
November 25th, 2008 at 9:47 pm
sila gelak puas2.. macam chika selalu gelak sebab akhirnya saffa komen jugak dekat blog chika..
Wakaka.. -> saffa punya gelak. Comel tak?
matrikulasi??
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:38 pm
hai saffa selamat datang. (eh eh tiba-tiba pulak)
WAKAKA memang comel. Bunyi dia baik sikit dari KAH KAH KAH. Gelak KAH KAH KAH memang tak boleh dimaafkan.
ye matrikulasi. kenapa?
November 25th, 2008 at 9:53 pm
okeylah… tak nak komen apa2 pasal saya pun tak tahu jugak pasal pelembut-pengeras kain ni… kali ni saya nak gelak jee… hahahahahahahahah ha kah kah… hahahahah… (gelak besar ok)
chime Reply:
November 25th, 2008 at 9:54 pm
aiseh… tersend dua kali pulak… ni bahana gelakkan orang punya pasallah ni… tak pe.. tetap nak gelak lagi… ahahahahahahahahah kah kah kah….
astige Reply:
November 25th, 2008 at 10:37 pm
gelak non-stop eh chimeeeee????
meh aku ikot skalik
kahkkahkahkahkahkahkahkahka..
uhuk2
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:46 pm
nanti korang akan menyesal sama-sama
KAH KAH KAH.
ugut la konon :P
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:40 pm
sekarang boleh bernafas.
tarik nafas….
okay, tarik je jangan lepas-lepas.
HAHA
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:39 pm
chime ni konon je tanak komen. Tapi komen dengan majujaya! HAHAHA.
Eh, jangan gelak besar sangat. MAlu orang tengok.
November 25th, 2008 at 10:11 pm
kak ween baru jek pi The Store petang td. beli bahan2 utk membuat puding *ehem mcm rajin laa pulak:p*
slalunya kak ween x sama taste dgn mak. beliau suke sgt guna Daia (serbuk pencuci daiaaaaa – tingat org iklan rambut warna warni tu! ahhaa). Pelembut kain beliau akan gua softlan. Tp kak ween lebey suke kedua2nya Kao attack sbb sgt wangi. :p
chika Reply:
November 25th, 2008 at 11:39 pm
emak saya suka downy $X. oleh sebab itu saya pon suka. (biasalah, kaki bodek :P)
November 25th, 2008 at 10:40 pm
ble kak chika ckp psl masa kat matrix, aisya teringat cite aisya..
hahaha..
pernah jgk aisya jdik macam akak time aisya form 1.
letak downy byk2 kasi kuar buih..
kwn2 aisya pown buat gitue jgk.
bdk skola private.. hahaha. 1 pown x reti. aiseyh.. malu gile!
cite sidai kain lark..
lps perah tue, aisya buat baju tue kembali ke bentuk asal larh kan…
tp x kebas2 spy bju x kedut..
mmg teruk gila larh bju tue!
time tue menangis pergi bitaw makcik dobi nape baju aisya x jadik mcm mkcik dobi buat..
dye gelak jerk manjang..
dye ckp aisya ltk byk sgt downy sbb tue bau bju cam pelik.
aisya lupe nak kebas tue psl larh bju kedut..
hahahahaha!
cam best lark terkenang masa lalu ;p
chika Reply:
November 25th, 2008 at 10:47 pm
hahahahahaha.
tapi tak apa aisya.
pengalaman mendewasakan kita
eceh.
November 25th, 2008 at 11:10 pm
ok, lepas ni jangan sesapa mengkomen. sebab jadi orang last pun besh sebenarnya sebab kita tatau sampai mana komen ni akan terus bersambung dan bertambah.
banyak btol pencuci yang dibeli. akak pun camtu. kalau sampai bahagian pencuci pakaian, benda kejap pun jadi lama. walaupun berkali kali beli tetap tak ingat jenama apa yang dipakai. ape punya otak pikiran lah kan.. :p
chika Reply:
November 25th, 2008 at 11:33 pm
memang kena singgah lama sket. Sebab kena cium semua. Tak kiralah dah set dalam kepala nak beli yang mana pon. Tapi mesti kena cium smeuaaaa. HAHA
November 25th, 2008 at 11:24 pm
Downy 4X (tak penah pakai)
SoftlanDaiaPetalComfortKuat Harimau (belum rasa nak pakai)
Max Kleen 9DynamoBreezeMarigoldKotexchika Reply:
November 25th, 2008 at 11:34 pm
downy 4X bestttttt.
Kuat Harimau tak payah cuba pon tak apa.
Beli kalau terpaksa je (macam sitausi Chika) HAHA
November 26th, 2008 at 2:04 pm
aduh!
malunya baca membasuh pakai softlan!!
*sambel tutup muka*
=p
chika Reply:
November 26th, 2008 at 5:17 pm
malu kalau mak mertua tahu.
tapi pengalaman mendewasakan (eceh)
November 26th, 2008 at 5:38 pm
hahahaha!
downy la bes!
menusuk ke kalbu bau!
salu pakai pencuci daia!
sbb wangi jugak!
lg 1..
buih byk!
buih?
*jeling tajam chika*
HAHAHA
chika Reply:
November 26th, 2008 at 5:50 pm
tak pasal-pasal chika kena jeling. Semata-mata sebab buih. tapi tak pe. HAHAHAH.
downy memang terpaling best (emak yang kata chika ikut je) HAHAHA