Akhirnya berbuih-buih juga.

Kepandaian saya mengenali jenama pencuci pakaian telah didedahkan pada entry lepas (kalau tak dedahkan pon tak apa, takda sapa nak tahulah bukan?) Maruah pon telah terjejas di tangan anda. Eleh, Chika tu basuh baju pon fail.Tuduh anda dalam hati. Manalah saya tahu kan? Cantek sikit! KAH KAH KAH

Sekarang saya akan membawakan anda ke dimensi cerah saya (my bright side of life) Entry ni dibuat untuk memelihara maruah sendiri. Tolong tahu yang saya sebenarnya pandai mencuci baju. Seorang pencuci baju yang cemerlang, gemilang tapi bukan terbilang (sebab ramai lagi rakan sekedudukan yang basuh bersama-sama)

Kita belajar dari pengalaman. Sebab pengalaman mendewasakan kita. Setelah kejadian mencuci baju tapi buih tak keluar-keluar (Padahal softlan dah tuang satu botol), saya pon belajar dari kesilapan. Sejak hari itu, saya tidak lagi membasuh baju tetapi mengambik jalan pintas. Iaitu menghantar baju ke dobi. Bukankah sangat genius menyelesaikan masalah peribadi? Buat apa pening-peninglah bukan? Emak bukan menghantar kita ke asrama untuk menjadi pencuci baju yang pandai menghasilkan banyak buih. Pelajar yang mencuci baju tapi tak berbuih-buih (ehem, aku lah tu) tidak dikira sebagai pelajar yang gagal. Setakat menang sebab pandai membasuh baju sampai banyak buih, sikit takda heranlah. KAH KAH KAH.

Err.

Syukur alhamdulillah. Perangai mengangkut baju berhempas pulas dari tingkat 2 ke blok hujung demi mendobi tak bertahan lama. Tahukah kenapa? Sebab terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya mengajak washing-washing bersama. Saya pon selalu tengok gadis-gadis membasuh pakaian sambil ketawa ria (like anak dara cerita P.Ramlee only ) Sambil membasuh mereka menyanyi lagu This Love (yang sangat glamor pada ketika itu) Saya tengok macam best je. Apalagi, jiwa remaja pon rasa tercabar (eceh) Terus join mereka membasuh baju. Fuuuuuu. Sangat menyeronokkan I tell you.

Akhirnya saya menjadi ketagih. (aik?) HAHA. Setiap petang, habis je kuliah saya akan terus pergi washing washing. Takda pakai Kuat Harimau lagi (ishk apa punya taste la bukan) Saya pon menggunakan ‘sesuatu’ yang disarankan oleh Trex (tahukah rumet saya ialah daineso yang suka makan kacang? Tak tahulah bukan? Tak tahu tak apa) Err. Apakah dia ‘sesuatu’ tersebut? Err. Takda ingatlah nama pencuci tersebut. Tapi sangat mempesona bau dia. Siapa tercium pasti falling cinta

Waktu itu, saya lah pencuci paling cemerlang. Sebab sudah pandai menghasilkan banyak buih (semua orang boleh keluar skang!) HAHHA. Softlan pon sudah pandai pakai dengan tepat sekali. Tapi ada satu masalah yang sangat menyusahkan kepala rakan-rakan sekeliling.

Mereka pon sangat sengsara mentengok saya mencuci sehelai baju macam mencuci 10 helai baju. Punya lama. KAH KAH KAH. Sebab itulah juga Ain (rumet katil sebelah yang sangat baik hati selalu teman saya mandi. Aik?) akan mengambik kesempatan untuk menjatuhkan maruah saya (eceh). Kalau saya ajak dia washing washing, dia pon akan kata sambil pergi baring : awak gi basuh dulu gi. Kejap lagi kita join. Sebab nanti takla awal tinggal sorang-sorang. Kita basuh satu timba sama macam awal basuh selai baju.

Cis.

HAHAHA. Itu baru kata-kata rumet sendiri. Belum kata-kata rakan satu aras yang lain.

‘Nurul, gud luck,’

setiap kali nampak saya washing, mesti ada yang mengucapkan kalimat puaka. Tapi tak apa. Saya sangat gembira dengan pencapaian diri. Dah memang potensi saya setakat tu saja. Saya sangat menghargai diri sebab sekurang-kurangnya pandai jugak mencuci baju sampai keluar buih.Err. Saya meng-washing lama sebab sangat bersih la tahu. Bukan setakat membuihkan pakaian, malah membersihkan kuman dan membasmi kotoran dari dalam (dah macam ciplak moda iklan ja neh) KAH KAH

Anda pula, bagaimana?
Err. Lelaki pandai washing sampai berbuih-buih?
eh Chika neh main tuduh-tuduh pulak.
Nak kena belasah?

Recent Entries

90 Responses to “Akhirnya berbuih-buih juga.”

  1. erni @ cepotet Says:

    :)

    chika Reply:

    cheerssssssssss

    yonnaism Reply:

    bluwekkk :p

    chika Reply:

    emak kata kalu jelir lidah nanti lidah kena potong.

  2. atinne Says:

    bubble

    chika Reply:

    main keyword plak dia
    :P

    atinne Reply:

    zaman mewashing yang sudah lama ditinggalkan…
    akhirnya baju2 semua diwashing machine kan saja…
    sampai kat sini pun masalah washing masih berleluasa…
    contoh masalah:
    1. takde duit syiling nak basuh baju
    2. sabun basuh tiada untuk bagi buih2
    3. mesin yang tidak berfungsi dengan baik memang menjejaskan mood utk membasuh baju

    diharap chika sebagai seorang pencuci baju yang gemilang dan terbilang dapat membantu menyelesaikan masalah di atas..
    haha;P

    chika Reply:

    tahukah seumur hidup chika membasuh baju cuma setahun di matriks saja. Tu lah satu2nya zaman. Dan lepas tamat matriks takda buat lagi. Dekat ukm langsung takda pernah buat. Dah tiap2 minggu balik umah, emak basuhkan la. So kalau orang tanya washing machine kolej kat mana pon tak tau nak jawap apa. HHAHA. sgt heaven di ukm. Takda penah pikir pasal kena angkat baju sebab hujan. LALAALALLA

    atinne Reply:

    haha…
    dulu ketika zaman sekolah juga sangat rajin menghantar baju untuk dicuci di rumah..
    sangat seronok..
    tetapi skill membasuh masih diperlukan ketika emak kadangkala tiada dapat hadir..
    ataupun untuk menunjuk skill depan kawan2…
    hahaha…
    kat sini risau baju x kering kalau dryer buat hal…
    xda risau ujan ka storm ka apa..
    nak tunggu dia dry tu da sejam..
    tengok2 bila nk kutip baju x kering lagi..
    punyalah bengang..
    dahla nk kena masuk syiling lagi kalau nk keringkan lagi..
    ish3…

    chika Reply:

    ok. berdasarkan cerita anda, saya dapat simpulkan satu motif teladan : SELAMAT MENABUNG!

    baguslah bukan?

    atinne Reply:

    memang membuat episod menabung bersiri..
    lepastu akan diganggu oleh makhluk2 yg x reti menabung demi kebajikan laundry mereka..
    haha..
    itulah kehidupan orang di rumah yg dekat dgn laundry..(sobs)

    chika Reply:

    ok apa dekat dengan laundry. bukan harum ke? hehe. dapat mengambik kesempatan ke atas bau sabun (kalau ada la kan)

  3. abc Says:

    test

    chika Reply:

    test gagal.

    astige Reply:

    sile ke kaunter no.9 utk re-test. krherkhkrhekherkre

    chika Reply:

    9 jauh sangat la. boleh tumpang counter nombor satu saya tak marah. ekeeke

    astige Reply:

    boleh2.. di kaunter pertanyaan sebelah kaunter no 1 bleh jgak.. kerhrkeher

    chika Reply:

    anda berbaur hasad dengki. HAHA

    atinne Reply:

    hooray…
    di atas abc…
    haha…
    bermain conteng pada waktu kedua-dua sedang berjaga sangat menarik..
    kehkehkeh

    chika Reply:

    anda nampak gembira.
    saya tumpang seronok.

    abc Reply:

    wahh ramai nye pminat I hahaha..

    chika Reply:

    see. dapat nombor 3 pon banyak peminat.
    kira ok la tu kan.

    atinne Reply:

    sapa tak minat abc?
    tanpa abc, camna nak taip..
    kehkehkeh

    chika Reply:

    abc special satu!

    tapi kacang yang bubuh dalam abc tu chika cukup bencila. tak sedap.
    eh, tiba2 masuk topik air batu campor.

    chime Reply:

    saya lagi suka cendol… erkkk… topik apa pulak ni

    chika Reply:

    takpe.
    cendol pon boleh join topik.

  4. thor Says:

    7?

    chika Reply:

    7?

    astige Reply:

    thor cube membajet no apekah beliau akan dpt sekiranya no 1 telah dirampas.

    pandangan,
    Dr.Fadhilah Rahim
    kerhrekhrkerhkerh

    chika Reply:

    tapi agak jauh ramalan dia. NAmpaknya tak berapa yakin dengan pencapaian. Tapi tak apa. Yang penting penyertaan (cewah)

    KAH KAHKAH.
    Lawak gila Dr.Fadilah Rahim.
    tergugat fadhilah kamsah.

    Dr Fadhilah Rahim Reply:

    atau mungkin beliau peminat beckham.. mase2 beck2 dlm ManU dgn jersi no. 7. wow.
    xpe2..mungkin dia yakin mase menjawab!!! kite yakinkannnn!
    kah kah kah…
    best pe..lepas ni ai gune name ini
    utk satu2 jangkamasa yang pendek.. hahahahhahahha….

    chika Reply:

    tapi aku rasa rendah diri dengan nama kau tu. HAHA

    Dr Fadhilah Rahim Reply:

    herkherkher
    x perlulah rasa rendah diri..
    title ini hanya saja2 pakai.
    nanti para dokter bakal mengerumuni saya dan memarahi saya kerana memakai title yg bukan hak saya [buat masa ni]
    kerhekrer.. nanti tuka balik..esoklah

    chika Reply:

    baiklah.

    DATIN SERI PADUKA CHIKA BERSERI-SERI
    aku harap ko rasa rendah diri sket.

    Dr Fadhilah Rahim Reply:

    gile xleh reply..da panjang sangat
    oh ye
    CIS. mmg agak terase rendah la.. kerherkherkherkre

    chika Reply:

    ok aku da puas hati.
    sekarang boleh tido lena,.

    thor Reply:

    wah, dr fadhilah rahim mmg sgt terer.pandangan beliau adalah tepat.

    chika Reply:

    Dia memang doctor falsafah yang suka membagikan pandangan walaupon takda sapa mintak. Ye. Begitulah nampaknya.

    thor Reply:

    sungguh cepat membalas komen.terasa bagaikan chatting.haha

    chika Reply:

    memang komited owner blog neh (tolong faham sket)
    HAHAHHA

  5. erni @ cepotet Says:

    hehehehe. akak pun suka kalau cuci baju secara ramai ramai sambil menyanyi dalam bilik mandi. pehtu, sambil berkemban. oh, semacam gadis kampung kan. :p

    chika Reply:

    tapi chika takda pernah kemban. memang tak pandai kemban. kalau nak washing akan pakai uniform lengkap punya. HAHAH. washing ramai-ramai bestttttt. BEST yang tak terkata. gembira betul hidup. Melepaskan beban kuliah dengan membasuh pakaian. Tak ke comel gila punya perbuatan? HAHA

    erni @ cepotet Reply:

    ahahaha. ooo, tak kemban eh? kitaorang dulu, kakak kakak senior suruh kemban. apa punya pembulian pun entah. tapi masa tu umur pun kecik lagi so masih nampak comel la jugak. ahahaha.

    chika Reply:

    aik? kemban yang dipaksa? err… kenapa tak report polis? KAH KAH KAH. tapi tak pa. kemban macam best la bukan? tapi chika takda buat sebab emak sellau pesan jangan kemban dekat blok asrama. takut lelaki lalu kantoi. HAHA

  6. astige Says:

    gilak.kak erni da sampai dulu.. ape kak erni berkampung di blog chika ini?
    ekrherkrehkerhker

    chika Reply:

    dia menginap sini tak tau ke?

    astige Reply:

    patotlahhhhh..
    [packing segale barang2 perkhemahan] mane bukit bleh i cacak khemahneh?
    kerherkherkhrekher

    chika Reply:

    sini tak payah khemah la. bawak bantal dengan tilam je. Makan ditanggung beres. Dadih utk breakfast, dadah untuk lunch. Dinner makan hati. WAHAHAHAH

  7. astige Says:

    ah..teringat zaman2 skolah asrama tuh.. haha..memandangkan i mase kolej ulang alik je.. kah kah kah..
    bak kate kak erni..berkemban. EHEM! mandi sambel nyanyi2 ..kahkhakahka.. aku dulu merasakan cuci baju secara pukal dan berparti buih sngt sronok.. tp..er..sorang2 lah.. kadang2 waktu anak2 gadis asrama keluar outing..ku sorang2..
    pernah mandi sorang2 pukul 4.30 pagi.. anginnnnnnnn bayuuuuu…seram.
    eh.ape cite mandi neh.. kah kah kahhh

    chika Reply:

    kejap. cerita ko ni terlalubanyak isi penting. kejap aku huraikan.
    1. ko pon kemban macam kakak erni.
    2. washing sorang diri semasa rakan outing.
    3. mandi sorang pukul 4.30 pagi. (ni citer seram)]
    4. angin bayu membawa diriku… sepintas lalu kuterkenangkanmu (ini lagu pulak)

    okey. Aku faham komen ko.

    astige Reply:

    bbagus.
    aku pon baru paham
    kah kah kahhh
    time kaseh atas rumusan ini.. hehe

    chika Reply:

    sama-sama.
    lain kali buat karangan biar ikut susunan isi penting

  8. fara d Says:

    tahniah! ehek!
    Alhamdulillah. kiter mmg akan menjadi pelajar terbaik dgn pengalaman setragis itu.
    sama seperti….er… reti isi petrol setelah tersilap isi diesel ….
    dan berhati2 turun tangga setelah sedap terbang dari tangga (see…aku baik kan… bersikap fair and square…tidak hanya memperli sahaja)

    kekekek! ye, aku mmg nakal, tp ko ttp syg aku kan! kehkehkeh!(sbb aku syg ko! ehek! rindu ko la…..jmpa akredetasi nnt eh!)

    chika Reply:

    AKU DAH AGAK DAH! AKU MEMANG TUNGGU KO DATANG SINI BUKAK KOMEN PASAL DIESEL!!! T___T huuuuuuuu. huuuuuu. menangis berlagu. HAHAHHAHAHA.

    seb baik ko gadaikan maruah ko bersama-sama. Aku maafkan statement ko yang bagai mendarahkan kembali luka lama (ada ke such pepatah?) never mind HAHAHA

    yer!
    lagu dua hari kita akan jumpa dengan kerap!
    dan membuat snegal banyak-banyak.
    :-s

    astige Reply:

    hahahhahahahahhahhaha
    tima kaseh fara sbb telah membuka pekung di.er…dadalah.. khekehrkrehker
    aku baruuuuuuuu teringatttt balikkkkk..

    chika Reply:

    apa akallah member baikkan……………..
    …………………………………………..
    ……………………………………………..

    kalau tak …………….. (fill in the blank)

    Dr Fadhilah Rahim Reply:

    erkerhkerhre.. agak panjang kes nya isikan tpt kosong ini..
    gerenti fail kalo cube jawab..
    tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
    kami tidakkkkk sengajaaaaaaaaaaaa

    chika Reply:

    ok takpe.
    dimaafkan.
    skang pergi mengaji!

    aik?

    Dr Fadhilah Rahim Reply:

    kene pegi tidolah..
    esok sama2 mau pegi mendating.
    ayuh.. ayuhh

    chika Reply:

    betul.
    memang dah weak ni.
    :-s

    fara d Reply:

    lalala….

    member baik harus saling bergadoh2 manja!!! haha!!

    chika Reply:

    bila nak tumbok menumbok manja? sambil tembak menembak.

  9. wiween Says:

    whoaaa sekali dia main buih ketika mencuci baju plak yek. kekeke. kak ween dulu masuk washing machine jek. malasssssssssss agaga :p

    chika Reply:

    2 minggu pertama saya dobi.
    pastu terpengaruh dengan rakan sebaya.
    seronok tau party buih depan singki.

  10. chime Says:

    ni mcm citer utk org pompuan je ni… org laki jgn menyampuk…

    chika Reply:

    orang lelaki boleh jawap soalan pada akhir entry. ekeke

  11. kusu Says:

    basuh baju pakai mesin je..kan senang..
    letak sabun banyak2..buih2 la..haha

    chika Reply:

    oh dah tentula pakai mesin.
    ni masa kat matriks. Zaman remaja baru nak jadi.
    basuh baju sambil pesta buih pon boleh jadik satu hiburan petang jugak/
    HAHA

  12. yonnaism Says:

    haha..
    i tak suka la basuh baju ramai2 hee..i basuh pun dlm bilik air,so,xkan la nak berhimpit 5 org skali kan? HAHHAAHAH,
    mau buat party buih dlm tu nnt :p
    hahahah..

    tapi seriusly dulu sgt tak suka basuh baju guna tgn walaupun buih yg i hasilkan lebih byk dr u (mungkinlah kan.hahhaa),tapi i ttp x suka basuh baju.apakan lg nak basuh lama2 mcm u buat. heee :D
    tapi harus bersih la kan.
    takde la basuh sampai kecut semua jari tangan ngan kaki haha..

    skang ni u tak dengar dah kalimat puaka tu :p
    u akan dengar kalimat pengantin br ke skang ni :P

    chika Reply:

    i basuh baju bersih tau. Bersinar (ok tipu) dan wangi (ni betul).
    lama dan berkualiti.
    apa ada hal?
    HAHA

  13. nadia Says:

    tak apa lah chika. Sekarang zaman dah canggih. Penat2 orang reka mesin basuh susah payah tapi kalau kita tak guna, kesianlah mereka bukan?

    takpe,aktiviti membuihkan sabun boleh diaplikasikan pada waktu terdesak di mana mesin basuh rosak ketika itu. Atau mungkin tidak diaplikasikan langsung jika kita antar ke kedai dobi saja.hahahaha

    chika Reply:

    Tu zaman silam. Masa matriks. Tu je pon sekali i washing tangan. pas matriks… harammm. HAHA

  14. TUNTEJA Says:

    salam chica.. amboi bab mencuci lak dia.
    sok sok wat la kisah memasak lak.
    bgla tips pada kaktunnnn..

    chika Reply:

    ala bukan saya taknak buat.
    tapi memasak saya belum pass.
    bagi sikit masa lagi.

  15. Monkey D luffy Says:

    Kang koyak baju tu basuh lama2

    chika Reply:

    eh mana mungkin. Dibasuh dengan kasih sayang pasti takda koyak.
    :D

  16. Masy Says:

    kakak rajin. walaupon malas. dlm keadaan dua baldi baju tak basuh pon ttp takmo antau dobi walhal sblm tu sgt bersungguh nk cari dobi n merasa pengalaman mendobi.

    masa belajar sgt syg duit hihihihihi

    chika Reply:

    kakak mesti pencuci yang gemilang dan terbilang kan?
    saya gembira kenal kakak.
    :))

  17. cik anum Says:

    komen sudah boleh menjadi satu entry. hahaha

    chika Reply:

    saya harap satu hari nanti pembaca akan menuliskan entry dalam blog neh untuk chika dan chika membaca pulak.

  18. niesa Says:

    xapelah.walaupun basuh selai baju dgn sgt lama sama seperti setimba baju,baju yg Chika basuh akan jadi extra putih, extra bersih,extra wangi dan segala extra lagi.baguslah tue kan :P

    chika Reply:

    terima kasih nieysa sebab faham. Kalaulah semua rakan-rakan saya memahami macam nieysa, harmoni betul dunia yang indah ni. (nyampah kan chika ni?) HAHAHAHA

  19. mist Says:

    erk..saye semakin kerap memunculkan diri. chika tidak kisahla bukan? hehe

    Kt matrik, sangat gagah membasuh baju. (kagum pd diri sendiri)
    sangat segar setelah membasuh baju dengan riang ria, dan puas seperti baru menikmati eskrem yang enak. haha

    pastu sekarang nih.. sungguh setia pd mesin basuh. gagah juga meletakkan duit2 syiling 50sen. hingge sekarang ni leh gune 10 n 20 sen

    p/s: yer, menabung amalan bijak!

    chika Reply:

    saya bukan saja tak kisah, malah sangat gembira sebab dapat mentengok nama-nama baru mengutuskan komen (chewah) sangat thank you dan saya menghargainya secara mendalam (cewah lagi)

    basuh baju masa dekat matriks memang tiada tandingannya. sangat seronok. rugi sapa tak basuh baju sendiri. HAHA. Tapi dekat ukm saya tgk macam tak best je. Mereka washing dengan muka stress dan tidak harmoni. HAHA.

    saya washing tangan masa kat matriks je. Pertama dan terakhir seumur hidup. HAHA :P

  20. ak_0143 Says:

    [italic]Kita belajar dari pengalaman. Sebab pengalaman mendewasakan kita. Setelah kejadian mencuci baju tapi buih tak keluar-keluar (Padahal softlan dah tuang satu botol), saya pon belajar dari kesilapan. Sejak hari itu, saya tidak lagi membasuh baju tetapi mengambik jalan pintas. Iaitu menghantar baju ke dobi. Bukankah sangat genius menyelesaikan masalah peribadi? Buat apa pening-peninglah bukan? Emak bukan menghantar kita ke asrama untuk menjadi pencuci baju yang pandai menghasilkan banyak buih. Pelajar yang mencuci baju tapi tak berbuih-buih (ehem, aku lah tu) tidak dikira sebagai pelajar yang gagal. Setakat menang sebab pandai membasuh baju sampai banyak buih, sikit takda heranlah. KAH KAH KAH.[italic]

    PERENGGAN IN-DENIAL =p

    eheh! ingat lelaki tak pandai membasuh ke?
    kat matriks tuh best je kami membasuh bersama! =p

    chika Reply:

    Sebagai penulis yang berkuasa, kita kena mencipta satu perenggan ambik kesempatan untuk tutup kelemahan diri. HAHAHA. Barulah maruah kita dapat diselamatkan. Kalau kita tak selamatkan maruah kita, siapa lagi? HAHAHAHA

    tapi lelaki tak pandai perah kain. (mati lepas ni chika kena penumbok dengan lelaki2 semua) HAHA. Selalu sidai kain sampai menitik ke bawah kena kepala orang yang tengah riadah. Ishk ishk (bercakap berdasarkan pengalaman) ehhehe.

    ak_0143 Reply:

    itu adalah disebabkan senang nak gosok nanti…
    kalo baju kemeja, takyah perah kuat2, sidai je, pastu senang sket gosok…

    ilmu neyh… kalo tak wat malu je kat mak mentua! =p

    chika Reply:

    oh. pasai tu.
    HAHAHA

  21. hUmmY Says:

    lame btol basoh!

    kompem baju kale hijau tros jd kelabu!

    turun warne punye pasal!

    :))

    chika Reply:

    tak. saya mencuci lama demi membanteras kotoran secar mendalam. Biar luntur warna pon takpe asalkan kotoran dan kuman dibanteras. Cheewwaaaa

    :P

Leave a Reply