Facts and Habits
This girl tagged me. (Sebenarnya saya ada banyak tag bersepah-sepah tak dibuat. Saya mintak sorry) Kalau tak puas hati sila datang sini dan cakap : Chika apsal tak buat tag aku? Nak kena belasah? HAHA. Lepas tu kalau Chika pon membalas balik like : Cantek sikit nak belasah aku! Kau kenalah terima. KAH KAH KAH.
Okay. Habits and Facts.
- Paling pantang kuku panjang.
Nanti berasa selekeh dan tidak hygienic. Malah Nabi SWT pon sangat marahlah bukan dengan orang yang menyimpan kuku.Nasihat berguna : Tolong potong kuku dan jaga kebersihan.
- Suka main LEGO dengan PLAY-DOH
Permainan sepanjang zaman. Tak pernah dilupa sampai mati. HAHA. Sangat enjoy bermain LEGO mencipta macam-macam. Contoh : membuat pistol. Dan lawan pistol siapa muncung dia paling panjang. Lawan pon bukan dengan orang lain. Dengan adek-beradek sendiri. Semasa kecil juga mempunyai set lengkap permainan Play-Doh. Tapi emak sangat pantang kalau tengok anak dia main Play -doh. Sebab anak dia ni akan merosakkan carpet dia dengan permainan tak berfaedah tersebut. Menyirap darah wo. Kenapa seronok : sebab boleh buat burger dan main jual-jual burger.Nasihat berguna : Kalau ada anak, belikan dia LEGO jangan PLAY-DOH (nanti carpet anda rosak pasti histeria dua malam)
- Suka main One Happy Family At Home.
Sangat berbakat main tipu. Iaitu mencurik tengok kad kawan sebelah. Lepas tu pura-pura macam gembira sakan bila menang (padahal menang tipu) Lepas menang akan berasa bosan. Tak tahu kenapa.Nasihat berguna : Jangan bagi anak main One Happy Family At Home ataupon Donkey ataupon OLD MAID. Bagilah anak bermain Saidina (supaya dia akan gila untuk membisnes dan kaya kelak HAHA) dan kalau tak suka anak jadik mata duitan, ajarlah anak main SAHIBBA (supaya dia pandai menggunakan perkataan tanpa bantuan google.com) Macam mana kalau bermain daun terup? Macam biasa, kau keluar skang!
- Sangat aktif dalam rumah.
Antara kegiatan dalam rumah : Join adek-beradek main ubah lirik lagu. Seronok tahu! Lagu terbaru yang kami ubah ialah lagu Anita Sarawak. Tapi kena nyanyi perlahan-lahan. Kalau abah dengar, nahas! Sebab lagu tersebut berciri penghinaan satu sama lain. Abah cakap : Jangan menghina sesama manusia. HAHA. Jadi bila abah ada, kami akan nyanyi betul-betul (tapi mata menjeling jahat pandang sana sini tahan ketawa)Nasihat berguna : Jangan dapat kakak sewel. Sebab nanti kalau adek pon sewel, tak boleh salahkan adek tersebut.
- Ketagihan blog yang berleluasa.
Chika sangat suka mentulis blog lebih daripada membaca blog. Tak percaya sudah. HAHA. Menghabiskan 60% daripada masa berinternet dengan melayan blog. 25 % meluangkan masa untuk bercinta online, dan baki 15% untuk membridal online, bermain dengan social networking, gaming dan menatap website ilmiah.Nasihat berguna : Lebihkan masa membaca harakahdaily ilmu dunia akhirat. (eceh)
- Blog yang bersepah-sepah.
Saya pernah tulis blog di xanga, danchan, blogdrive, diaryland, opendiary, dan blogspot sebelum sampai ke wordpress yang super power ini. Dan akhirnya menjadi power rangers merah.Nasihat berguna : Tak payah stalking blog-blog tersebut sebab semua sudah dimusnahkan. Kalau degil, nah masuk SINI. HAHA
- Suka makan serbuk milo secara serbuk (?)
Nanti emak nampak kena marah. Tapi tak apa. Sebab dah besar dan boleh buat keputusan sendiri untuk minum air milo atau makan serbuk milo. HAHA. Kalau masa kecik dulu, memang langsung tak boleh. Emak pantang saya makan serbuk milo secara serbuk dan makan buah ceri petik dari pokok. Nanti sakit perut emak kata. Oleh itu, selalu tak tahan tengok anak jiran makan buah ceri petik dari pokok yang besar tersebut belakang rumah. Terliur air liur tapi tak apa. Emak kata jangan.Nasihat berguna : Kalau emak tak bagi jangan buat. Walaupon nyawa dipertaruhkan, kena dengar cakap emak juga. HAHA. Baik gila arght Chika neh! (Biar betul!) KAH KAH KAH.
- Umur saya 22 tahun (aik? apa neh?)
Sebab semalam kawan ayah saya tanya : Tengah SPM kan? Senang tak paper? (Cantek sikit!) Err. Tapi buat apa marahlah bukan? Bukankah kena bangga sebab dituduh muda? Cheers!Nasihat berguna: Minumlah anlene setiap hari. Kalau tak boleh telan, ajaklah adek anda lumba minum dengan anda (macam saya buat)
- Tak pernah berjaya hidupkan enjin motosikal.
Tapi tak apa. Tak minat dengan motosikal. Lagipon, bukankah sangat mencabar tenaga semasa hendak menghidupan dia? Buat apalah bukan? Hidupkan kereta kan senang. KAHKAHKAG. Kata-kata positif seorang loser.Nasihat berguna : Nak lagi senang pakai basikal. Tak payah hidupkan enjin sebab basikal tak pakai enjin. Tapi kena hati-hati nanti buku lali kotor terkena minyak rantai basikal. (bercakap berdasarkan pengalaman lalu) Bukankah pengalaman mendewasakan?
- Saya akan gembira secara sangat melonjak apabila berjaya menyiapkan kerja sasaran.
Jadi tolong faham sikit bahawa saya sudah sampai point nombor 10. Sudah siap membuat tag dan akan hooray!Nasihat berguna : Buat tag seronok apa. Tak percaya? Pergilah buat!
Tag 5 orang.
1. Orang yang ada blog.
2. Blog yang ada orang.
3. Ada orang yang blog.
4. Yang ada orang blog.
5. Memang aku suruh kau semua buatlah!
HAHA.




November 20th, 2008 at 3:08 pm
sleep!
haha
chika Reply:
November 20th, 2008 at 3:14 pm
sempat tu!
haha.
gi tido gi.
esok kelas kol 9 kan? haha
atinne Reply:
November 20th, 2008 at 9:32 pm
telah berjaya tido setelah menconteng…
haha…
tag??
erm…
x reti ar..;P
chika Reply:
November 20th, 2008 at 10:15 pm
aik? dah bangun dah?
atinne Reply:
November 21st, 2008 at 4:56 am
bangun sudah..
hehe…
sekarang ni waktu kita berjaga…
;P
chika Reply:
November 21st, 2008 at 8:48 am
kejap je u tido.
masa u tido i tengah online.
masa u bangun, i blom abes online lagik.
atinne Reply:
November 22nd, 2008 at 12:29 am
pada hari ini telah cipta sejarah tak tido malam setelah sekian lama tak wat kerja camni..
hehe…
pastu dtg kelas mereng2 skit…
haha…
tido…kat sini rasa cam kurang nak tido..
tak tau apasal…
November 20th, 2008 at 3:17 pm
chika!sy pun suka bc blog yg bersepah-sepah jugak.Antaranya blog chika la.Selalunya sy terlupa url yg sy pernah masuk.tp blog chika sy ingat pulak :D
AISH..PELIK KAN?
chika Reply:
November 20th, 2008 at 3:27 pm
aik?
ye la.
HAHHA.
nanti esok chika tukarkan url kasik panjang berjela sket. (bukan apa, kasi nadia latih tubi mengingat) HAHAH :p
kidding
thanks for reading :)
nadia Reply:
November 20th, 2008 at 3:32 pm
aish..jangan main2 chika.sy ni mudah mengingat tau.kalau benda tu capture my eyes la..contohnya,semua nombor telefon org terdekat sy,sy ingat.nombor mak,ayah,kakak,adik, dan 5 org best fren.hoho. :D
chika Reply:
November 20th, 2008 at 3:36 pm
bagaimana kalau,
nurulismxyminustrexganazdyxmen.com
HAHA.
err. saya ingat nombor phone sendiri dengan nombor emak je. nombor lain takda ingat. HAHA
November 20th, 2008 at 3:20 pm
fuuuh..nasib baik kakak takde blog..blog takde orang
chika Reply:
November 20th, 2008 at 3:28 pm
aik? apa tukang masak suami yang mithali ni ada kat blog chika ni? bukan kena masak utk suami ke? untuk high tea plak. :P
kakak takda blog eh? kesian kakak.
HAHAHAH
November 20th, 2008 at 3:31 pm
haha..suke mkn playdoh?
sama la mcm adik aku..
chika Reply:
November 20th, 2008 at 3:38 pm
mkn? makan?
saya suka main playdoh. (dululah) sekarang taknak main lagi sebab kotor la main benda alah tersebut.
oyya. its PLAYDOH la.
see. nama pon dah lupa.
HAHA
November 20th, 2008 at 3:56 pm
tapi dia suruh tag 5 orang je kan… saya orang ke enam… fuhhh.. selamat…
chika Reply:
November 20th, 2008 at 3:57 pm
hep!
tak terkecuali.
November 20th, 2008 at 4:04 pm
price tag kan setiap diorang untuk mengetahui value.
chika Reply:
November 20th, 2008 at 4:14 pm
tag : $3.61
HAHA
November 20th, 2008 at 4:07 pm
makan milo secara serbuk mmg sedap!!! :D
chika Reply:
November 20th, 2008 at 4:15 pm
ha. sedap kan? terima kasih sebab setuju.
November 20th, 2008 at 4:19 pm
fact number 7 mmg totally sama! gegege :p
tp yg 9 sgt x sama. kak ween antu motor. tgn patah pun x serik. huahahaha *ayat nih yg bikin ibu bapak sgt x tenteram*
chika Reply:
November 20th, 2008 at 4:24 pm
gembira hooray.
sebab dapat jumpa orang2 yang suka makan serbuk milo. HAHA. KELAB SERBUK MILO.
Lai lai lai! join join join kami!
HAHA
kakak pandai bawak motor eh? huyyo. HAAHA. Chika tak pandai :p
nadia Reply:
November 20th, 2008 at 4:49 pm
masa kecik2 mak slalu takutkan,kalau makan serbuk milo nanti b*rak tak lawas. Takutlah jugak kan.Tapi sekarang aktiviti memakan milo semakin berleluasa tanpa rasa takut.Kalau tak lawas,makanlah betik banyak2.whahaha
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:30 pm
itulah. dulu emak kata nanti sakit perut. padahal sekarang makan steady jek. haha
November 20th, 2008 at 4:47 pm
kakju dulu masa kecik sgt suka main monopoly. saidina takda main. monopoly menjadi kegilaan keluarga.. sebab tu lah bila dah tua tua semua sgt suka meniaga.
serbuk milo, kapit ngan roti gardenia..lepas tu gulung2 bagi jadi sgt mampat.. and makan ! aumm best ! *itu perangai masa kakju kecik dulu*
suka sugus tak ? kakju dulu sgt gila sugus ! lepas tu pretend sugus tersebut sebagai ubat yg boleh memberi power supaya dapat main volleyball macam cerita moero attack ! ahahahaha.. gilanya masa kecik..
bye cik milo.
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:32 pm
monopoly pon chika main.
ha ah. serbuk milo + roti + susu. PErght. kombinasi yang mensakitkan perut dan mensakitkan hati emak. tapi sedap . HAHA
SUGUS!!!! aaaa. saya suka sugus. Eiii.. bestnya sugus. *meleleh saliva*
:P
November 20th, 2008 at 5:24 pm
salam…uiks…baru 1 jam berlalu entry ni..dh byk org komen..sumenye tag..cane tag itu wujud? hahaha…ape pun..best! ahaha…(ni mesti apdet sehari berkali2 barangkali akibat dr voting poll..haha!)
wASsalam~OUT
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:33 pm
dah datang mood overdose. mulalah update tak henti2. HAHA. datang mood malas tu, sehari sekali je la update. tu pon entry lelong. AHAHAH.
November 20th, 2008 at 5:45 pm
eh.. aku pun suka main lego. dulu bercita-cita nak buat satu bilik khas utk display semua lego2.. kena tag ke? takde pun nama…
chika.. why not set reply notification utk setiap komen ni. senang nak tau bila kamu reply. macam malas nak cek balik la sebab sgt laju update di sini..
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:35 pm
sebab tu la kita belajar architecture sebab mmg minat membina sejak kecik. eceh.
errr. betul gak kata adlan. thanks for the suggestion. tapi camne nak activate nitification tu? puas carik … err.. saya tak tahu la.
myadlan Reply:
November 21st, 2008 at 2:05 am
pegi kat Setting - WP Thread Comment - cari yang ‘Email notify the parent commenter when his comment was replied’
then pilih la ape2 yang best. sebaiknya pilih ‘Anyone replies’
yeke cari ni..? huhu
chika Reply:
November 21st, 2008 at 8:48 am
cariklah. tapi memang tak masuk kat WP Thread Comment. Hehe.
ok ok. jap saya buat :p
November 20th, 2008 at 5:47 pm
i benci la orang kuku panjang ni!! eieiei,
mcm pengotor.ade yang hitam2 la sekeliling kuku u.
yucks!!
mcm mane la diorg makan eh. :o
*wondering*
i suka playdoh sebab wangi :p hahahaha..
betul.boleh buat burger.
tp bila besar nak makan nurger ja.takmau buat :p
kad happy family tu sangat best.
tp,i tak pernah bermain dengan adik i.hahahha.
i 2 beradik ja :p
dah tentu2 tau sape yg menang kan.
mane ade org main card 2 org je :D
eh chika,
mlm ni puaka niyang rapik :p
tgk okeh
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:37 pm
i tak suka kuku panjang pon sbb nanti makan, makanan masuk dlm kuku. yekkkss. geli. kotor. menjejaskan kesihatan.
u ada 2 sibling je ke? haha. i baru tau. sikit je. HAHA. mana best main card game dua orang. dia kena main ramai2.
i tak penah tgk la niyang rapik. tapi adek i kata best jugak. seram tak? i tgk hantu dia cam alien jek.
November 20th, 2008 at 5:51 pm
salam cik chika.. dah lame tak tinggalkan komen kat blog chika.. bz semacam plak akhir2 nih..
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:37 pm
salam.
patutla lama tak nampak zul.
ingatkan seronok sgt menikmati kemenangan Los dan Faun. HAHA
congratz!
November 20th, 2008 at 6:28 pm
selamat dtg ahli lanun
chika Reply:
November 20th, 2008 at 6:38 pm
aik?
lanun ka?
HHAHA.
welcome welcome
November 20th, 2008 at 7:08 pm
hang tag smua org mana aci….best la hang r org cakap hang muda….bozzo slalu org cakap cam org tua jek…rambut pon dah putih…
chika Reply:
November 20th, 2008 at 10:16 pm
apa pulak tak aci. kalau pilih orang tertentu kang, dituduh pilih bulu. ni baru adil dan saksama. AHHA.
bangga dikatakan muda :)
November 20th, 2008 at 8:04 pm
haritu aku terbaca blog ko kat danchan.. eh..mcm mana tu.. kherkherkehrkerhre.. googlelah!
chika Reply:
November 20th, 2008 at 10:16 pm
okek.
ko stalk aku eh?
ko minat kat aku ke?
KAH KAH KAH.
nak nombor phone?
November 20th, 2008 at 8:50 pm
yay!ada juga yg suka makan milo serbuk!haha.lagi best kalau campur susu tepung dgn milo…miahaha..
chika Reply:
November 20th, 2008 at 10:17 pm
satu lagi orang boleh join KELAB SERBUK MILO.
mira zin Reply:
November 21st, 2008 at 4:19 am
boleh2..mira join je..
chika Reply:
November 21st, 2008 at 8:49 am
welcome to the club!
November 20th, 2008 at 10:25 pm
kuku panjang mengakibatkan org yg makan masakan org berkuku panjang itu menjadi bodoh dan lembab otaknye…cayelaaa~
chika Reply:
November 20th, 2008 at 10:27 pm
ye eh?
hinanya orang kuku panjang niiiii.
kita jangan kawan dengan orang kuku panjang. Kita paksa dia potong kuku.
December 4th, 2008 at 1:28 am
[...] this one is taken from Chika. I’ll just share 10 facts and habits about [...]
May 19th, 2009 at 1:39 am
betiklaa..1stime mas0k cni tr0s jatuh chenta..
sedap ouh mil0 serbuk..nyum2..xde st0k coklat makan mil0 serbuk un jadilah kankan=D