Waktu Berkualiti
Ada banyak cara untuk meluangkan waktu berkualiti. (Ingat : Jangan membuangkan waktu berkualiti kecuali kalau tak sengaja, tak apa. Ha?) Never mind. Waktu berkualiti yang paling berkualiti adalah dengan meluangkan waktu tersebut dengan ibu anda.
Kenapa tidak?Why not?
Bagi seorang emak, harta yang paling disayanginya adalah anak-anak. (walaupon selalu marah kalau kita terpecahkan gelas kristal dia. Atau mengamok sakan lima jam sebab kita tertarik langsir dia. Ataupon kadang-kadang memarah kita sebab terbalingkan sudu mahal dia dalam tong sampah padahal kita tak sengaja.) Nampak macam sangat sayangkan gelas kristal, langsir dan sudu mahal lah bukan? Tapi percayalah, dalam hati emak tetap sayangkan anak-anak di position nombor satu. Dan diikuti oleh gelas kristal, langsir dan sebagainya. Jadi, jangan berasa tewas atau tercabar dengan kuasa gelas kristal dan langsir terkini.
Jiran saya (Tak payah bagitau belah kiri atau kanan), selalu ada masalah dengan anak-anak dia. Mak Cik tersebut selalu mengadu dengan emak saya. Anak-anak dia (sebanyak empat orang) akan bergabung tenaga (macam aksi Supersaiya Goku) menentang emak dia. Kadang-kadang kami dengar emak dia menangis. Anak-anak dia (yang telah bergabung Supersaiya tersebut) pulak akan ketawa terbahak-bahak. Rude. (Okay, kalau boleh aku pergi sana tendang kepala sekor-sekor) KALAU BOLEH LAH. Tapi tak boleh. So, shut up!
Oleh sebab saya salah seorang yang sangat bertuah dalam dunia ini, sebab saya ada banyak waktu berkualiti (sampai terbuang-buang) ; jadi setiap petang saya akan meluangkan waktu tersebut untuk emak saya. Walaupon sekadar duduk di buaian (tapi tak boleh swing sebab nanti emak pening dia marah). Kadang-kadang kami turun ke kolam ikan keli untuk mentengok ikan keli dan mengkacau keharmonian ikan keli. Itu aktiviti paling rutin.
Aktiviti lain yang biasa dibuat ialah pergi membeli-belah barang keperluan dapur bersama-sama. Saya suka betul pergi supermarket dan mempegangkan bakul (berlagak macam aunty-aunty). Bila bakul berat (sebab emak beli banyak sangat pencuci baju), saya pon surrender dan mensuruh emak pulak pegang. HAHA. Itulah. Emak telah membesarkan saya sampai menjadi sangat bijaksana. HAHA.
Bila membeli-belah dengan emak, walaupon bosan sebab hanya pergi membeli daun bawang, serbuk pencuci Max Kleen 9, ataupun buah-buahan … tetapi aktiviti itu tetap mendatangkan faedah dua hala. Semasa membeli-belah (like aunty-aunty) kita boleh menghiburkan emak kita hanya dengan kehadiran kita sebagai teman. Walaupon keremajaan kita terjejas sikit (sebab kena pegang bakul sampai tersenget-senget), tapi tak apa.
Saya akan menceritakan bagaimanakah aktiviti berkualiti saya dengan emak semasa membeli-belah barang dapur. Econsave lah tu. BUKANLAH. Kali ini saya akan mengiklankan pasaraya THE STORE pula. THE STORE ye kawan-kawan. HAHA.

Berpura-pura mengambik 3 bijik Buttercup masuk ke dalam bakul sampai emak fobia.
‘Ha? Nak buat apa?,’ tanya emak
‘Ma buat kek’
‘Ma dah lupa cara buat kek. HAHA’
emak bagi alasan (pandai macam anak dia juga. pandai membagikan alasan HAHA)
Dengan sedih, mengeluarkan semula Buttercup dari dalam bakul.

Sekarang kita mentengok apa yang ada pada bahagian atas daripada Buttercup. Ada pelbagai pilihan fish cake dan fish cake. (Kek Ikan tapi tidak boleh dianggap semacam KEK yang biasa kita makan ) Kali ini berebut-rebut mempilih Kek Ikan yang paling sedap (konon) Masing-masing mempertahankan pilihan masing-masing sampai akhirnya tidak terpilih dibuatnya. HAHA. Ye. Memang akhirnya tidak membeli apa-apa Kek Ikan atau Bebola Ikan. Sebab ; Masing-masing terlalu taksub dengan citarasa sendiri.

Bahagian kegemaran emak saya (emak anda juga). Saya pon tak faham kenapakah kena membeli pelembut kain, pencuci kain, penserbuk kain dan sebagainya secara kerap. Minggu ni sudah beli 2 kali dan minggu lepas telah beli 2 kali juga (secara banyak sampai bakul menjadi berat dan menjejaskan Chika HAHA)
Biasanya (memang biasa pon) kami berdua akan mencium semua jenis haruman secara bersama-sama. Lepas cium, kritik. Bau yang wangi akan dipilih masuk ke dalam bakul/troli. Bau yang tak wangi akan dihina. Contoh ; Busuknya bau dia buat apa juallah! HAHA. Padahal kerap beli tapi tak ingat-ingat juga bau yang manakah paling bagus. Jadi kena membuat aktiviti mencium bau juga. Kalau ada abah, kami akan disindir setempek dua like ; setiap kali datang sini kena cium semua bau softener. Lorong ni paling lama kena tunggu. HAHA.
Selepas itu emak akan membuat pilihan. Saya pon akan membuat pilihan. Dan akhirnya emak akan mempilih pilihan dia dan juga pilihan saya. Oh. Patutlah bakul berat. HAHA. Sebab ada dua director :P

YOGURT BAIK UNTUK USUS.
Kali ini saya akan membantu promosi Yogurt dari pasaraya The Store.
Hanya RM1.39 dari jenama Dutch Lady. (paling murah setakat ini)
RM1.55 dari jenama Nestle.
RM1.46 dari jenama Marigold.
Nestle punya is recommended you know why? Sebab dia paling sedap (dan paling mahal) KAH KAH KAH. Tidak tidak (TIDAK!) Saya telah membeli TIGA yogurt daripada Dutch Lady (sebab murah boleh ambik tiga), satu daripada Nestle (sebab mahal kena ambik satu) dan satu juga daripada Marigold. Adakah harga mempengaruhi pembelian kita? Kadang-kadang macam ya. Kadang-kadang macam tak.
Tunggu apalagi, segeralah ke pasaraya The Store berhampiran anda. Anda juga boleh mendapatkan biskut beraneka dari Munchis dengan harga promosi RM8.99 sahaja. Lai lai lai! Murah murah! Oh jangan lupa! Dengan membeli DUA yogurt dari Liteyo anda akan mendapatkan sebungkus Mee Maggie (Slurrp) percuma. (Macam tak best je) Tapi tak apa. Asalkan percuma. Adakah barang percuma mempengaruhi pembelian kita? Kadang-kadang macam ya. Kadang-kadang macam tak.
Lai lai lai! The Store The Store!
Ada banyak segmen lagi telah dikunjungi secara mak-mak. Tapi tak apa. Tak payahlah mentunjukkan aktiviti kami mempilih sayur dan membelek buah-buahan. Nanti market Chika akan jatuh (sebab cerewet macam mak nenek) Janganlah membuka pekung di dada dalam blog sendiri. KAH KAH KAH.

Ini bukan kasut baru. (BUKAN) Ini kasut lama tapi baru pakai tolong faham sikit. Sebelum pakai, telah bertafakur dua jam samada nak pakai atau jangan pakai. Sebab dia, belum pernah pakai. Jadi belum tahu apakah natijahnya kalau mempakai kelak. Dan sebelum pakai juga, telah berusaha menampalkan padding (yang dibeli oleh tunang tercinta semasa kami membridal sakan). Kasut size 5 telah menjadi size 4.5. Tapi disebabkan naluri sangat terdesak hendak pakai juga, apalagi … PAKAI! Disebabkan mempakai kasut bukan ikut saiz kaki, engkau tahulah macam mana sengsaranya berjalan. Balik rumah, tumit pon merah dan terus melecet. Sengsara. Okay dengar sini baik-baik. Pay attention (bayar perhatian); Aku memang give up sudah dengan kasut. Kaki ayam macam bernas la bukan?
Cramp perut. Terima kasih.




November 15th, 2008 at 11:05 pm
1st?
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:12 pm
ye first hooray
yonnaism Reply:
November 15th, 2008 at 11:19 pm
EIEIEIEIEIEI!!!
bluwekkkkkkkkkkkkkkk!!!!
erni @ cepotet Reply:
November 16th, 2008 at 1:19 am
hah hah hah hah hah
koh koh koh koh koh
eke eke eke eke eke
kah kah kah kah kah
entahlah. malas dah nak gelak banyak2. nanti semua ilmu habis keluar.
kali ni, no tumpang tumpang ok? terima kasih dunia atas penghargaan ini. :p
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:34 pm
chika tumpang juga.
haha
mrkay Reply:
November 16th, 2008 at 1:15 am
tumpang kemenangan kakak tersayang.. yeay!~ hahahahaha
November 15th, 2008 at 11:05 pm
hee
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:12 pm
hee kalah!
yonnaism Reply:
November 15th, 2008 at 11:20 pm
kesian kau yonna.
padan muka hahhaa
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:26 pm
lain kali jgn buat ‘hee’
buat ‘h’ je
erni @ cepotet Reply:
November 16th, 2008 at 1:19 am
:p
November 15th, 2008 at 11:06 pm
ehem..
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:13 pm
ko tau tak kenapa ko kalah?
sebab kau tuli ‘ehem..’ – pakai 6 karakter.
yonna tulis ‘hee’ – pakai 3 karakter. jimat masa. Aku bagi tips je. HAHA
kenapakah kak erni yang pakai 4 karakter boleh menang? sebab dia rezeki lebih malam ni. HAHAHUHUHEHE
yonnaism Reply:
November 15th, 2008 at 11:20 pm
sebab kak erni tulis num :p
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:28 pm
err..betul. Dia tulis nombor ’1′. menampakkan kesungguhan dia utk nombor 1. HAHA. lain kali tulis ’1′ saja.okek?
mrkay Reply:
November 15th, 2008 at 11:24 pm
masa aku redha tuh.. ko kire tak brape character? haha.. lagi byk.. tp aku tetap menang.. hahaha
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:28 pm
dia bergantung pd rezeki jugak sebenarnya. eceh.
yonnaism Reply:
November 15th, 2008 at 11:42 pm
kenapa consider pemenang nih?
hahhaa
erni @ cepotet Reply:
November 16th, 2008 at 1:20 am
aiks? menang ke kay ni? ah, takdenye. kalah tetap kalah. ok, sekian. :p
November 15th, 2008 at 11:09 pm
ehehehe. akak suka la entry ni. walaupun like makcik makcik tapi kiut.
aih, rindu mak la..
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:15 pm
luangkanlah waktu berkualiti dengan emak kakak di The Store berhampiran. Dan nikmati promosi harga hebat untuk barang-barang terpilih.
jurucakap lantik sedniri.
erni @ cepotet Reply:
November 16th, 2008 at 1:22 am
ahahaaha. bagus chika ni. semua kerja dibuatnya. harap harap pihak The Store akan masuk ke sini dah offer chika jadi duta mereka. dapat jugak sponsor barangan hantaran kawin. opsss.. :p
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:36 pm
dah mmg perangai suka lantik diri sendiri kan. nak wat camne. HAHA
November 15th, 2008 at 11:10 pm
biskut munchys peanut butter dan beberapa jenis lagi jangan beli sbb ade melamin.
tp tak tau dia dah nyahmelaninkan ke blom sekarang.
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:16 pm
Munchys pon ada? Aku baru ja check2 tadi list dari kementerian kesihatan. TAk perasan plak. Aduhai. (seb baik tak suka makan biskut haha). Tapikan… aku perasan gula2 white rabbit dah kena sita juga. Huuu sedey. Gula-gula tu sedap oooo
November 15th, 2008 at 11:19 pm
kek ikan!! HAHAHHHAHAHAAHAHAHA
buruk gile nama fish cake heee..
err chika
nape u je yang tak buat kek tu? :p
kaki u ajaib
patot la u pun magic sgt :D
mesti semua bermula dr kaki.
baiklah.
chika dah jadi duta semua benda.
=p
chika Reply:
November 15th, 2008 at 11:29 pm
kek ikan sedap, jangan hina dia! (HAHA)
sebab chika dah lupa buat jugak (okek, like mother like daughter).
err. ye. semuanya bermula dari KAKI. patutla i cute. KAH KAH KAH.
esok belum pikir lagi nak jadi duta apa pulak. nanti sbeelum tido akan pikir.
erni @ cepotet Reply:
November 16th, 2008 at 1:22 am
oh, i love fish cake. sedap sehingga menjilat jari tangan.
err.. dik, nak cite pasal kasut. nnt akak ym k.
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:36 pm
time kasih sebab puji kek ikan.
:)
November 16th, 2008 at 12:01 am
pr0mote the st0re pulak.
mira tetap setia dgn Vitagen.haha!
chika Reply:
November 16th, 2008 at 12:13 am
ala degillah mira niiiii.
HAHAHA
November 16th, 2008 at 12:27 am
boleh tambah ek saiz kaki?
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:37 pm
bukan.
letak padding, kasut jadik kecik sket.
hehe
November 16th, 2008 at 1:58 am
kek ikan? kek perisa ikan ke atau ikan tu di kekkan atau kek diikankan? ah..belit lidah kan. eh..lantak la. cara kau ambik gambar susunan cawan mentega tu [buttercup] sangat menggerunkan la. tak aku tak tau nape sangat menggerunkan. aku terbayang cawan mentega tu membentuk satu tingkat bangunan.eh. cane ulser da baik sebab terlompat ke page aku? hahaha..btw, new posting cinta jarak jauh. hahaha..jom bace jom. kau kan sedang berjauh2. patut baca.aku merembat mane tah artikel tu
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:37 pm
jangan kutuk kek ikan, saya suka.
haha
November 16th, 2008 at 2:44 am
aku menonton final photo tu..aku tertanya2.. mana jari kaki kamu? lama aku emmbelek, baru aku nampak jari kaki yg x berapa nak nampak tu.. kakak, design kasut tu seolah bukan utk kamu.. (aku kesian dgn jari-jemari kaki kamu sebenarnye..hehe..)
fara d Reply:
November 16th, 2008 at 12:12 pm
design kasut camtu utk kaki jam aku…..yg panjang jarinya terlebih2. huk! T.T
tp aku syukur! sbb bkn calang2 kasut yang bleh disarung dikaki ini! kakakaka
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:38 pm
ye la. betullah. kasut tu tak sesuai utk jari kaki aku yang kecik dan terkembang-kembang. sengsara betul.
November 16th, 2008 at 7:26 am
gajin dak comei nih ikut emak dia pi The Store. :D yogurt anlene penah try x? besh jugak ;)
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:38 pm
camana la tak rajin, dah nama pon driver. KAH KAH KAH,
belum penah try. sbb dah muak dgn anlene. ekeke
November 16th, 2008 at 12:27 pm
biadap yek anak makcik sebelah umah tu huhu
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:42 pm
sangat biadap.
tapi sekarang dah kurang huru hara rumah dia. mungkin insaf sudah.
November 16th, 2008 at 1:14 pm
chika, kiranya ko akan pakai ke kasut kawen yg ditempah tp besa ?
chika Reply:
November 16th, 2008 at 1:43 pm
tidak.
kasut tu dah ‘let go’
November 16th, 2008 at 3:33 pm
ish pelik betullah dengan masalah kecacatan kaki ko..
chika Reply:
November 16th, 2008 at 4:14 pm
aku pon pelik.
hoi, bukan kecacatan mind you!
November 16th, 2008 at 5:14 pm
wah..30 mins spend time kat blog ni! adakah masa ini juga satu investment yg menguntungkan? hehe…menarik2..baca posting2…baca engagemnt stories…bolela kire waktu berkualiti ek..? anda akan bersetuju juga kan ??=p linking u…=)
chika Reply:
November 16th, 2008 at 5:35 pm
time kasih najlaa :) kerna meluangkan waktu berkualiti tersebut di blog yang tak berkualiti sangat. haha.
thanks :) saya dah rss feed blog najlaa :D
November 16th, 2008 at 11:07 pm
kt mana ada the store brhampiran Chika?
tengah pikir kt mana ada the store kt area Cheras tu..
hahaha
November 25th, 2008 at 6:11 pm
[...] betul apa saya tulis dalam entry yang lalu. Emak saya sangat giat membeli pelembut kain, pewangi kain, penserbuk kain dan pencuci kain (ada [...]