Aneh tak aneh
State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself. Tagged by Farah Diana.
1. Bantal bukan penting pon.
Tidur jangan berbantal. Nanti kepala sakit. Biasalah. Pesakit migraine memang kena menjaga kepentingan kepala secara rapi.
2. Handphone bukan penting pon.
Ramai orang mendakwa bahawa dia tidak boleh hidup tanpa handphone. Maksud dia, akan mati (atau berasa semacam mati atau nak mati atau termati-mati) tanpa alat tersebut. Tak apa. Adek-adek saya pon salah seorang mangsa yang terlibat. (saya kesal) Tapi tak apa. Saya tidak ada komplen tentangnya sebab saya tahu macam mana perasaan hidup yang semacam mati tanpa duit (the same application, no?) Gagah betul saya. Saya boleh hidup dengan baik walaupun tanpa alat elektronik tersebut. Saya juga tidak berapa berminat untuk memiliki apa-apa jenis N-Series from Nokia. Sebab cita-cita untuk memiliki handphone tercanggih dalam dunia belum dikira cemerlang. Cita-cita untuk memiliki Mazda Rx-8 barulah dikira cemerlang, gemilang dan terbilang (meminjam falsafah Perdana Menteri yang disayangi sampai mati) KAH KAH KAH (kalau gelak biasanya tidak ikhlas) KAH KAH KAH lagi sekali.
3. Tadi saya jumpa awek Nigga yang muka tak cantik tapi badan dia cantik (wa cakap lu)
Saya tengok dia macam nak telan (sebenarnya tak nak telan pon) Saya rasa dia cantek sebab badan dia cantek. Padahal muka dia tak cantik. Tapi nampak cantek sebab badan dia cantik walaupun muka dia tak cantik. Cantik sebab badan dia cantek bukan sebab muka. (sengaja diputar-belit untuk menguatkan hujah sendiri) Fakta dia, saya adore sangat perempuan berbadan cantik. Patutlah saya suka tengok hindustan. KAH KAH KAH.
4. Saya suka kening saya walaupon saya sedar kening tersebut bersepah-sepah tak tentu arah.
Tak apalah. Bersepah-sepah pon tak apalah. Bersyukur sebab dikurniakan kening yang cukup (kening yang tak berapa nak cukup ialah Adek Del punya. Kesian dia sebab selalu tanya dekat emak ; kenapa kening dia sikit sedangkan orang lain berkening banyak. Emak kata tak apa. Sikit pon tetap anak emak. Banyak pon anak emak. Bersepah pon anak emak) Jadi, apa yang perlu risau lagi? Sebab emak saya kata, kening bersepah-sepah pon tetap dikira sebagai anak emak dan akan mendapat kasih sayang yang sama rata. Walaupon semasa dulu saya selalu bergaduh tanak kawan bila budak sekolah meja depan ejek saya kening bersepah-sepah. (terima kasih sebab sudi belek muka aku sampai kening aku bersepah pon kau perasan juga)
Saya akan memelihara kening yang bersepah-sepah ini dengan kasih sayang. Jangan harap akan dapat mem-pluck kening saya walaupon sebanyak satu helai. Orang kata, kening akan dicukur pada hari sanding untuk menambah seri pengantin (Jangan harap) Sebelum make up artist mencantas kening saya, saya akan mencantas dia dulu (ewah) Kening ini akan dipelihara sampai mati. (insyaallah) Lagipon, perbuatan mencukur kening bertentangan dengan Islam. Jadi, janganlah dibuat. (kalau buat jugak nescaya akan dimarahi oleh bapa) Eh eh. Point nombor 4 dah panjang.
5. Berita gembira ! Saya sudah mempertimbangkan untuk membela kucing di rumah kelak.
Ini betul-betul aneh (weird, no?) Tapi jangan gembira cepat sangat. Dalam pertimbangan lagi. Yang jauh di mata dekat di hati pasti sangat gembira. Tapi jangan menaruh harapan tinggi sangat nanti kecewa ditimpa tangga (mengolah pepatah Melayu)
6. Semasa kecik, saya kuat menangis malam.
Saya telah disembuhkan secara ubatan tradisi (kata emak dan bapa) Tabiat menangis malam saya telah menyebabkan keadaan huru hara bukan saja bagi seisi keluarga, malah bagi jiran tetangga ketika itu. Sekarang saya lebih suka tidur malam dan menangis siang. HAHA. Acah mak enon.
7. Kawan yang paling lama saya kawan ialah Nurul Aizar Azman.
Hampir 17 tahun berkawan. Detik perkenalan kami bermula di MiRC sekitar tahun 1992 ( tipu sunat) Sebenarnya kami berkenalan di Taski Al-Islah Cheras Baru dan bukanlah di MiRC sebagimana yang digoreng oleh saya sebentar tadi. Yang menariknya, perkenalan kami dimulakan dengan permusuhan. Dia dan geng dia sangat anti dengan geng saya. Budak 6 tahun pon dah pandai ada geng dan bermusuh (Ala-ala filem Meangirls bukan?) HAHA. Saya tak suka dia (masa itu, bukan sekarang) sebab dia pernah sound saya suruh Ruku’ betul-betul (macam bagus je kau ni Aizar! HAHAHA) Sejak itu, bila ada chance je saya akan menjeling mata dekat dia (aku memang suka jeling orang masa kecik dulu) Tak lama kemudiannya, geng saya dan geng dia bersatu membentuk sebuah geng yang bombastik. Kemudiannya geng bombastik secara kolaborasi Nurul Haizum dan Nurul Aizar telah mencari pasal dengan budak-budak tadika seangkatan yang lainnya. Berlagak macam Ketua padahal tak ada siapa yang lantik kami jadi ketua. Hallamak. Gempaknya! KAH KAH KAH. Cerita budak 6 tahun. Boleh tahan kan? Sekarang sila simpan dalam hati ; Chika memang pandai kerek sejak kecik. HAHAHAHA.
8. Semasa kecik, kadang-kadang saya menjadikan Mak Cu saya sebagai Idola sebab dia seksi dan cantik.
Saya ingat lagi. Mak Cu saya telah mem-blonde rambut pada suatu petang yang damai. Tiba-tiba bapa saya (yang menjaga Ma Cu saya pada ketika itu) telah mengamuk dan menyuruh Mak Cu saya mencuci kembali rambut blonde tersebut. Saya yang sangat mengidolakan Mak Cu saya (sebab dia nampak macam cantek je) telah berasa tidak puas hati sebab bapa saya cakap rambut blonde tersebut tak cantik. Sebenarnya saya baru bercita-cita nak suruh Mak Cu saya blonde-kan saya sekali. I was only 5 at the time. Sejak itu saya selalu ingat ; Tak boleh warnakan rambut. Mak Cu saya sangat pasrah ketika itu. Dan selepas keajdian dimarahi, dia pon mengajak saya masuk ke bilik untuk tidur. Padahal malam itu kami tidak tidur sebaliknya berjoget lagu disco dalam bilik (astaghfirullah). Seronoknya kehidupan kecik saya sebab dijaga oleh Ucu, Ateh, Cik Men, Mak Yang dan Arwah Opah. Engkau bayangkan. Ada 5 orang yang akan melayan saya seorang. Like King only. Kalau emak nak pukul, saya akan mendapatkan perlindungan daripada 5 orang. Sampai emak akan simpan dendam kesumat yang mendalam terhadap budak 5 tahun tersebut (saya lah tu)
9. Huruf A saya yang aneh.
Masa darjah 6, cikgu kelas saya selalu tertekan dengan tulisan saya yang aneh. Semua huruf ditulis secara cantek, adil dan saksama dengan saiz medium. Apabila sampai ke huruf A, huruf A tersebut akan ditulis dengan saiz XXL. Saya pon tak tahu mana saya belajar tabiat aneh tersebut. Anda bayangkan (tak habis-habis suruh orang main bayang) tulisan dengan huruf-huruf saiz medium tetapi huruf A akan ditulis secara besar bagak. Jadinya, bila membuka saja buku latihan saya, cikgu hanya akan nampak huruf A yang sangat besar. Patutlah cikgu tension.
contoh : saya suka bersenam dan menembak anjing jiran saya.
Manalah Cikgu tersebut tak tertekan emosi semasa menyemak buku latihan saya. HAHA.
10. Saya mengira 1-1 sebagai 2
Sebaik saja musim memulangkan kertas peperiksaan matematik (masa darjah 5 dan 6 like that), Cikgu Rozita (guru kesayangan kami semua) akan membaling kertas peperiksaan saya, lelaki ni dan beberapa rakan lainnya yang sangat bersaing rapat merebut anugerah subjek terbaik matematik. Saya jugak confirm akan kena cubit halus dekat lengan sampai berbirat-birat. Sebab dia? Bukan sebab telah fail paper. Tapi kami telah mendapat markah sebanyak 98% atau dalam kata lain, telah membuat SATU SAJA kesalahan. Iaitu selalu mengira 1-1 sebagai 2 dan 1+1 sebagai 0. Ralat paralaks mungkin. Cikgu Rozita (yang terkenal sebagai Singa di sekolah itu) akan mengamuk sakan. Sebab, dia target kami-kami (yang macam genius ni konon) untuk mendapatkan 100% supaya dia boleh berbangga dengan cikgu-cikgu lain. Malangnya kami akan buat tabiat tersalah tengok tanda ‘tolak’ atau ‘tambah’. Cikgu tersebut pon akan membaham kami sekor-sekor. Dia kata, lebih baik fail daripada membuat kesilapan bodoh yang tidak boleh dimaafkan tersebut. KAH KAH KAH.
11. Nombor paling corot ialah 19.
Saya pernah dapat nombor 19 semasa tingkatan 5. Sebabnya, saya tidak mengambil peperiksaan Pendidikan Jasmani sebab saya rasa peperiksaan tersebut berciri tak payah. Hek eleh. Pendidikan Jasmani pon nak exam buat apa? Saya pon mengabaikan kertas tersebut dan pergi mengambil peperiksaan Pendidikan Seni (padahal bukan dalam subjek aliran Sains tapi saya buat paper tersebut sebab saya suka) Rebel betullah aku neh. Semasa cikgu membuat kiraan markah total untuk menentukan kedudukan dalam kelas, markah Pendidikan Jasmani saya telah ‘not available’. Saya merayu supaya markah Pendidikan Seni dijadikan replacement untuk kertas Pendidikan Jasmani tapi cikgu kata tak boleh. Saya sangat sakit hati dan naik angin. Tapi apalah kuasa saya. Pasrah saja dan mendapat dakwat merah buat julung-julung kalinya dalam report card. (gerek jugak) Siapa suruh tak mengambik paper PJK. HAHAHAH. Saya balik rumah dengan sedih sebab takut emak tahu. Saya rasa macam saya akan mendapat nombor last. Saya rasa seperti awan telah jatuh ke atas muka saya. Tapi keajaiban berlaku. Saya dapat nombor 19 walaupon telah missed satu paper. Yahoooo! Tiba-tiba kesedihan bertukar menjadi kebanggaan. Saya pon pergi berlagak dalam kelas. Sebab masih mampu mendapat nombor 19 walaupon telah kekurangan 100 markah daripada orang lain. Bayangkan (ye, sila bayangkan lagi sekali) kalau saya mengambil peperiksaan PJK. Mesti top 5 punyalah! HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Macam riak lah bukan? Err. Engkau tak tahu. Semasa sekolah, saya sangat kiasu dan takut kalah. Pantang orang lebih sikit pasti balik rumah dan trauma. Tapi sekarang saya sangat steady. Engkau dapat 4 flat pon aku takda peduli. HAHAHAHAHA. Sebab terlalu banyak orang yang cerdik pandai lagi terpuji dalam dunia ini.
12. Saya ialah peminat Superman yang fanatik (Once upon a time)
Setiap Ahad kena menonton Superman. Telah merosakkan sebuah T-Shirt dengan melukis huruf S pada T-Shirt tersebut. Malangnya tak menjadi dan T-SHirt tersebut telah dimusnahkan. Pernah bercita-cita untuk couple dengan Superman dan bulan madu di angkasaraya. Malangnya Superman lambat masuk meminang dan saya pon telah bertunang dengan seorang lelaki tanpa kuasa super power tetapi saya sedar. Saya sayang lelaki tanpa kuasa super power tersebut lebih banyak daripada saya impikan Superman. KAH KAH KAH. Superman boleh keluar sekarang!
13. Meniup belon ialah satu fobia.
Saya sangat gemarkan belon. Tapi takut tiup dan paling ngeri bila mendengar belon pecah. Terasa macam jantung telah pecah sama. Sebab itulah saya selalu buat Rumah Sukan Biru saya kalah semasa Sukaneka. Sebab saya terkial-kial hendak duduk atas belon dan pecahkan belon. Lebih baikkan pecah kepala daripada memecahkan belon. (oerumpamaan hyper untuk menguatkan lagi fakta)
14. Saya akan berhenti sewenang-wenangnya apabila penat.
15. Saya sudah penat. Sila rujuk point nombor 14.





November 3rd, 2008 at 9:45 pm
sy juara kan? haha
yonnaism Reply:
November 3rd, 2008 at 9:52 pm
bluwek!!!!
Zul Reply:
November 3rd, 2008 at 10:17 pm
huhu utk yonna.. bluweek
mastakilla Reply:
November 4th, 2008 at 8:26 am
minum milo anda jadi sihat dan kuat!!
November 3rd, 2008 at 9:46 pm
1
nieja Reply:
November 3rd, 2008 at 10:02 pm
jgn nak prsan kay
mrkay Reply:
November 4th, 2008 at 12:09 am
ringan keje ko chika.. ade je tukang jawap.. hahaha
yonnaism Reply:
November 4th, 2008 at 12:42 am
hahahha!!!
betoi2.
ade tukang jawabg pulak!
bagus.
boleh jadik bahan mainan ni bro! selain jadik 1st hahhaa
nieja Reply:
November 4th, 2008 at 1:34 am
jom la tlg chika rep..
die bz tu..
nak complete kan no 14 n 15
so kite same2 tlg rep eh
hahaha
November 3rd, 2008 at 9:46 pm
hahaha….
itu je mampu diungkapkan :P
November 3rd, 2008 at 9:51 pm
terima kaseh kerna melayan tag! hahaha!
November 3rd, 2008 at 9:53 pm
kesian.saya di belakang :(
ish!!
chika ni skang update x kasi amaran kat ym dah :)) hahaha
yonnaism Reply:
November 4th, 2008 at 1:11 pm
dialog dengan diri sendiri.
padan muke ko yonna.
kesian ko x dapat 1st..
aik?tulis dan balas komen diri sendiri?
hahahha
November 3rd, 2008 at 9:57 pm
ampeh.
tlmbat komen plak
whhahaha..
no 14 n 15 sile buat.
November 3rd, 2008 at 10:13 pm
Baru sy tau kenapa ade org search geng bas sekolah kat blog chika.. sebab chika ade geng bombastik kat sekolah dulu (ala2 geng bas sekolah).. baik kamu mengaku sekarang haha..
sy pun suke superman.. sy siap lompat2 mase superman dpt angkat helikopter.. haha
November 3rd, 2008 at 10:43 pm
knape laaa suka sgt jd nmbo 1? pelik2…
hahaa
konyer eleboration fakta ko mmg ttp menarik dr dulu. merepek meraban~!
November 3rd, 2008 at 10:48 pm
hahaha..
memang bagos skalik soalan yg dijawab..especially no 7,hallamak..sbb ade nama aku tuh..jgn jeles..gagagaga..
aku tak igt weyh psl tang ruku’ tuh,tp igt la aku tego tuh..zaman kanak2..sgt la best n klaka..igt tak kite mendominasi kelas?
November 3rd, 2008 at 11:31 pm
ahh.aku yakin aku patot ada dlm no. 7 [saje je] hahahahhaa.. stakat skolah darjah 1 4bulan.. mane nak kenal.. aiyah..
no 14 & 15 mantappppppp.
eh..sapekah ‘lelaki itu’?
November 4th, 2008 at 12:06 am
aku komen ikut nombor yg point die aku berminat.. haha
no 3 : aku juga akui point ko.. nigga mukanye tak cantik tp body nye cantik.. kat mmu dulu ramai nigga.. sejak keje ni sgt jarang nampak.. huhu..
no 4 : aku sangat tidak amik kesah ciri2 fizikal seseorang melainkan seseorang yg aku syg atau admire.. huhu..
no 5 : aku juga mau memberi berita begini kepada bakal pasangan aku.. tp aku sgt alergi dgn bulu kucing.. kucing melintas pon boleh menyebabkan aku bersin tanpa henti untuk beberapa jam dan ada kala sehingga sehari suntuk.. tp aku sgt suka kucing.. :(
yonnaism Reply:
November 4th, 2008 at 12:43 am
yonna dah jadi tukang jawab chika.
sangat kesian dengan point num 5.
kucing melintas tu tak bersalah.
yang bersalah hidung anda.
kesian.
haha
mrkay Reply:
November 4th, 2008 at 9:07 am
wah, masing2 mengiktiraf diri masing2 sbg tukang jawab bg pihak chika.. miahahaha..
November 4th, 2008 at 8:11 am
bile baca tang chika takmo amek exam PJK tu, tingat plk pangai akak masa darjah 6. ustaz soh baca yasin kekuat dlm kelas tapi akak takmo (well… ai klu dah kate takmo, takmooo arrrr). sebagai balasannye, nama akak terkandung di dlm buku rekod disiplin secara rasminya. ahaks. arwah ustaz yg comel tp sedikit kejam di situ hehehe
November 4th, 2008 at 8:25 am
eh..tb2 dah no 12..
owh..taiko kat tadika..
sama ar kita..
wlupn jadi taiko kat tadika..
tapi berhati perut..
sebab selamatkan cikgu yang tb2 sawan dan memanjat tiang elektrik..
kenangan lalu..hihihi
November 4th, 2008 at 9:25 am
adik! no 2 & 13 tu sama mcm ape kak ween rasa. hehe tade henpon tade hal. fobia meniup belon jugak psl takut meletup bile tiup! huhuhu
November 4th, 2008 at 2:24 pm
i pon tak suka belon,tp amat suka belon.
tp tak suka bila belon meletup :D
exam pj tu rasa mcm bodoh gile.
serius!
tak payah pun xpa laaaa..
ntah pape :p
haha num 19?
bagus la tu :D
i lagi corot :p hoho
November 4th, 2008 at 4:07 pm
fakta no 5 sangat weird!!! :P
November 5th, 2008 at 1:52 am
no.4 tu.. tak kisah la berserabut ke apa. janji kening original dan chika tetap comel.
November 6th, 2008 at 2:39 pm
haizum..kelakar bangat lar kamu..=D kecik2 pun meng’klakarkan.. wakakaka.. (thanx 4 making my day..-> refer to bad exam day..hukhukhuk;(..
August 24th, 2009 at 4:13 pm
syukur lah kening mu tuhan berikan…daripada takder kening…dunia ini sementara akhirat tempat kekal abadi…untuk apala kening yang cantik dan molek jika akhirnya nanti menjadi bahan bakar diapi neraka…sesungguhnya yang indah dan kekal itu hanya ALLAH s.w.t makhluknya memang tidak sempurna..dan tidak akan sempurna.Saudari syabas saya ucapkan kerna pendirian saudari untuk tidak mencukur kening…setahu saya haram….semoga tuhan beri taufik & hidayah pada saudari dan saya dan jadilah orang yang tahu dia dicintai bukan hanya tahu untuk mencintai.