Keyphrases yang mencuit hati.

Malam ini saya akan membawa anda semua berpesta lova-lova.

Bersedia semua? Pastikan humor anda mudah terangsang kerana kita akan bergelak ketawa sikit secara bersama. Tak kurang juga yang akan tersentap bak kata pepatah ‘terkena batang hidung’. Mungkin anda punya kerjalah salah satu ni. HAHA. Kalau betullah batang hidung anda terkena, marilah sini rapat sikit. Kasi saya picitkan batang hidung tersebut sampai bukan lagi menjadi batang hidung. HAHA. Sampai anda pon takda kenal batang hidung anda lagi.

Kay menghantarkan pdf file untuk stat nurulism.com. Kemudiannya beliau email pdf file untuk keyphrases used on search engines. Well. Memandangkan nurulism.com sangat sensasi dan berciri googable (senang jumpa bila tangan gatal anda meng-google. Tak percaya pergi cuba), maka macam-macam keyphrases lah yang dikenalpasti. Err. Marilah kita tengok serba sedikit (daripada ribuan) yang menarik untuk dibahankan pada malam ini:

  • blog fahrin ahmad
    Kesianlah bukan? Carik blog Fahrin Ahmad terjumpa blog Chika. Padahal tak ada kaitan sangat (kaitan sikit-sikit tu macam ada la jugak kah kah kah) Betullah mungkin. Saya telah mempermainkan perasaan dan memusnahkan harapan peminat Fahrin Ahmad tersebut. Maaf semua. Saya sendiri tak pernah tahu adakah lelaki tersebut ada blog atau tak. Kalau memang ada, jangan lupa tinggalkan link Chika dekat blog dia okeh. HAHAHAHAHAHA.
  • andy estranged
    Ewah. Fahrin Ahmad lah, Andy Estranged lah. Apa kau ingat ni blog lelaki sasa ke?
  • girlfriend ako mustafa
    Ako Mustafa pulak dah. HAHAHA. Aneh la juga. Mencari blog Fahrin, jumpa blog Chika. Menjadi Andy Estranged, terjumpa Chika Estranged. Mencarik girlfriend Ako Mustafa, terjumpa Chika (Tunang orang la pulak).
  • kicap jalen
    Ada ke masuk blog Chika carik kicap Jalen! Hang gila ka?
  • fahrin ahmad putus cinta
    bukan salah Chika
  • kenapa linda onn berpisah dengan fahrin ahmad
    Wah. Whoa. Dah macam blog Fahrin Ahmad la bukan? Kau keluar sekarang! Ni blog Chika Ahmad la (aik?) Ehehehe. Apa ‘Ehehehe’? Nak kena belasah?
  • lagu kucing garong
    Lagu kucing garong takda. Lagu ‘Accidentally in love’ versi Melayu ada. HAHAHA. Nak ke? Err. Sebenarnya, jangan kata lagu kucing garong, perkataan kucing pon sangat takutlah nak dibuat oleh Chika.
  • blog cikgu seksi
    ini blog penganggur seksi.
  • bekas awek fahrin budak u
    Lelaki ni lagi. Well. Cubalah search ‘bekas awek Fahrin penganggur berhias’. Mungkin jumpa la bukan? (errr) HAHAH
  • ragam bahasa - bahasa putar-belit
    bingo! anda telah menjumpai blog yang tepat sekali! HAHA
  • mengapa dadah merbahaya
    sebab nanti anda ketagihan sampai sanggop menggadaikan segalanya. Termasuklah tanah pusaka emak anda. Muka juga akan sangat tidak bermaya dan buruk. Badan anda yang sasa (like fahrin ahmad konon) akan berciri skeleton hidup. Seram lah bukan? Semoga semua visitor yang meng-google persoalan ini sudah mendapatkan jawapannya. HAHA
  • gambar lelaki gagah
    Okay lah okay lah. Untuk tidak mengecewakan orang yang termasuk blogg Chika kerna mencari lelaki gagah, nah la Chika bagi kan satu. Supaya anda tidak keluar dari blog ini sambil mensumpah seranah. Nah, nah! Hambik!


    Source : http://www.robbie–williams.org

    Aik? Siapa pulak neh? HAHA. Watak hero favorite saya semasa sekolah rendah. Zen Gesner in The Adventures of Sinbad. Tak puas-puas lagi? Memandangkan blog Chika bukan blog mskulin, jadi saya akan mem-passing-kan anda ke SINI. Di sana terdapat banyaklah lelaki gagah (kalau nak) Bukan saja gagah bagi wanita, tetapi diimpikan oleh Gay-Gay antarabangsa dalam mimpi mereka. Bagaimana perasaan anda? teruja? (Gatal betullah kau neh.Kaulah! Baca entry Chika apa salahnya. Nak juga mencarik yang gagah-gagah)

  • buat ayat dengan perkataan makan hati
    Alahai. Bukan susah pon. Meh sini Cikgu Chika ajarkan (dibantu oleh Cikgu Muthu tentunya). Membina ayat dengan perkataan ‘makan hati’ ; Oleh kerana emak sibuk bermain mahjong bersama rakan taulan tetangga, kami sekeluarga telah makan hati kerna tidak dapat memakan nasik yang dimasak oleh emak yang sibuk bermain mahjong. Senang la bukan? Tak payah sampai meng-google-google. Hayyoh.
  • gambar pelakon geng bas sekolah
    Istighfar panjang aku dibuatnya. Tapi tak apa. Saya memenuhi permintaan anda yang bukan-bukan tersebut.


    source : flickr.com/photos/adzliyana/2376024985

  • bagaimana hendak berani memandu kereta
    biasanya kalau takut atau gayat atau seram, kita akan tutup mata bukan? Ha, tutuplah mata semasa memandu.Pasti takda takut lagi. Cubalah kalau nak.
  • macam mana nak mengandung
    Gulp. (telan air liur) Nak tutorial kah? Kau keluar sekarang!
  • ayam masak dadih
    Menangis teresak-esak aku dibuatnya. Jangan menletak ayam di dalam dadih! Jangan! Do not put chicken in dadih. Bukan saja menjijikkan, tetapi ayam dan dadih merupakan kombinasi yang sangat salah. Aih. Aku ajar buat dadih elok-elok, kau ubahsuai sampai menjadi lauk. Dadih tersebut bukan lauk. Dadih ialah pencuci mulut (bukan pencuci mulut ayam, tetapi pencuci mulut kita sendiri). Mengikut resipi Chika (ehem), cukuplah dibuat dengan kasih sayang. Ayam tak diperlukan. KAH KAH KAH

  • panduan menternak kerbau
    Hang gila ka menternak kerbau dalam blog aku? Menternak orang aku tahulah.
  • lirik lagu nocturne jay chou
    Lirik english punya saya pernah bubuh dalam entry. Lirik mandarin punya, pergi tanya Jay Chou sendiri. Chika sangat pandai menyanyi Nocturne secara mandarin pelat.

  • kesalahan tatabahasa dalam blog
    Kau pergi baca semua entry Chika (semua, jangan skip) anda akan mendapat apa yang anda cari secara banyak (sebanyak-banyaknya).
  • aaron aziz
    Kau nak apa dengan Aaron Aziz? Gambar dia kah? Memandangkan dia tersebut telah berkahwin dan berstatus laki orang, jadi jangan haraplah saya akan meletakkan gambar dia dalam blog saya. Pergi sana google image sendiri! HAHA. Diskriminasi terhadap lelaki beristeri memang berleluasa dalam dunia yang fana ini. Well. Apa nak buat. Siapakah suruh kahwin kalau dah tahu handsome? (Hoi, Chika!) Hehehe.

  • nak tahu mengandung
    Tengoklah perut tersebut. Kalau membesar secara besar-besaran, itu mengandunglah mungkin (mungkin)

  • mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
    Aik. Sensitif perkataan ni. Nostalgik. siapakah telah meng-google perkataan ni? Siapakah? Siapakah? Berdetap jantung saya dibuatnya. Err. Memang nostalgiklah.
  • boleh kah wanita hamil selalu menggunakan komputer?
    Mintak sorry. Sila rujuk kepada Doctor Sakit Puan. Janganlah rujuk kepada Chika Sakit Tangan.
  • tudung ikat mulut
    Whoa. Ganasnya hang. Mulut siapalah dia nak ikat menggunakan tudung tersebut. Err. Mulut bukan auratlah, isn’t it? Tak payah ditudungkan pada mulutlah.
  • macam mana nak gembira masa mengandung
    senang saja. Anggaplah suami anda sebagai pil kegembiraan (happy pills). Semasa mengandung, berdampinglah dengan pil kegembiraan tersebut dengan kerap. Dan pil kegembiraan pula janganlah suka lewat pulang ke rumah. Mintaklah macam-macam permintaan (bayangkan anda tengah meminta kepada Jin Lampu Ajaib). Pil kegembiraan tersebut pasti akan tunaikan. Tapi janganlah meminta Istana Diamond (sebab anda bukan Mumtaz dan suami anda bukannya Shah Jehan) Kalau mintak rantai diamond tak apa.
  • bayi bawah setahun boleh minum ribena?
    Bayi bawah umur satu hari pon boleh minum Ribena. Cubalah.

  • lelong pakaian dalam lelaki
    Bantai gelaklah aku baca keyphrase yang ni. Ada juga kan orang nak melelong seluar dalam? Kalau sudah taknak pakai, pergi bakarlah di dalam api. Kalau tak sanggop membakar seluar dalam sendiri, apakata mintak Bomba bersedia di sebelah anda untuk menyelamatkan anda kelak. Err. Tapi saya tak tahulah kalau kejadian lelong-melelong sebegini adalah perkara biasa bagi lelaki. Well, kita orang perempuan mana tahu lah kan?
  • ajarkan saya magik
    Chika memang magik tetapi tidak tahu membuat magik. Maaflah. Anda tersalah website.Kalau cara-cara mengedar dadah saya tahulah. Nak ka?
  • macam mana kalau terjumpa gajah harimau
    KAH KAH KAH KAH KAH! Apa lagi, ajak mereka berdua (gajah dan harimau tersebut) bermain PS2 bersama anda. Kalau gajah dan harimau tersebut bosan, ajak dia pergi makan lunch di restoren terkemuka ala-Thai. Tapi ingatlah. Sebelum mereka memakan anda, anda makanlah diri anda terlebih dahulu. Supaya jangan kempunan.
  • cara-cara mendapatkan anak kembar
    Orang kata (orang lah kata), anak kembar merupakan kejadian genetik. Iaitu mengikut keturunan. Yang syoknya, dalam family saya banyaklah pulak kejadian anak kembar. Jeng je jeng. Saya nampak cahaya dihujung terowong. Di dalam poket ada cahaya. KAH KAH. Sawan sebentar.
  • kalau saya menganggur saya tak mahu tumpang rumah mak
    apa benda ar ko search neh! tapi tak apa. Teladilah saya. Saya menganggur dan duduk di rumah emak saya. Sangat gembira sebab cukup khasiat.
  • chika suke dadah
    Aik? Siapakah telah search ayat neh? Pandai la bukan? Memang Chika suka dadah pon. Well. Pengedar la katakan.

Cukuplah setakat ini saja. Ada ribuan perkataan kalau hendak ditulis satu-satu, kita berjumpa di Unit Rawatan Rapi pulak kang. HAHA. Naik pecah jantung aku mentengok satu persatu hasil carian yang telah membawa ke blog ini. Macam jahanam semuanya. Terlalu banyak yang bersifat lucah. (keji betullah ko ni)

Tak puas lagi? Sekarang saya akan bawakan anda (sejak kebelakangan ni Chika rajin betul bawakkan anda ke sana ke mari kan? Hehe) saya akan bawakan anda ke entry lainnya. Yang juga bercerita tentang keyphrases menarik untuk santapan humor. KLIK KLIK KLIK KLIK.

Moral entry ini : Gunakan enjin carian dengan jalan yang diredhai Allah. (eceh) Janganlah gemar sangat mencari yang aneh-aneh sebab nanti anda pon akan tersampai ke destinasi yang aneh. Misalnya, mencari blog Fahrin Ahmad tapi terjumpa blog Chika Ahmad (bila masa pulak aku main Ahmad Ahmad ni?) Atau paling kesian, mencari kicap jalen tapi terjumpa dadah. Bukankah nanti sendiri kecewa? Suka hati kau lah. Terima kasih sebab telah menjejak ke blog ini walaupon tanpa niat. HAHAHAHHA. Gelakkan kau!

Recent Entries

58 Responses to “Keyphrases yang mencuit hati.”

  1. mrkay Says:

    aku 1st! yeay! haha

    yonnaism Reply:

    bluwekkkkkkkkkkk!!

    nak tumpang no 1 la..
    lalallaala~

    Zul Reply:

    akhir2 nih aku asik numpang orang je.. takpela kan?

    chika Reply:

    saya tak sangka gejala menumpang dah jadi satu budaya.

  2. totinx Says:

    1

    mrkay Reply:

    cuba lagi next time.. haha

    chika Reply:

    time kasih sbb balaskan

    yonnaism Reply:

    maaf.sila cuba di lain entry hoho

    chika Reply:

    hamboih korang ni … memang suka tgk ketumpasan orang lain kan?
    hahahah.
    aih. sabar je la.
    geli hati aku

    Zul Reply:

    semua gila nak jadi juara.. totin kene byk makan biskut tiger kalu nak jadi juara..

    chika Reply:

    nak jadi juara, belajar je ngan korang2 ni ha. haha

    chika Reply:

    totin, sorry to say.

  3. totinx Says:

    hahaha macam manalaa bole merapek2 semua keluar.. google yang gile ke blog ko yang gile?

    chika Reply:

    tukang carik tu yang gila.

  4. totinx Says:

    siot la kay. benci aku!

    chika Reply:

    gi tarik rambot kay gi.

  5. mrkay Says:

    ya Allah… boleh putus urat gelak aku baca.. aku tak tgk pon report yg aku anta kat ko.. kalo tak mesti aku aku dah terlantar di ICU akibat putus urat gelak.. jap, aku nak jawab satu..

    kalau saya menganggur saya tak mahu tumpang rumah mak

    Kau mmg berlagak! haha. contohi aku. menganggur di rumah pakcik. haha

    chika Reply:

    dah ar menganggur. tanak duduk ngan mak. sombong gila kan. search plak kat google. sombong bodoh. HAHAHAHHA

  6. atinne Says:

    jeng3..awal update?

    chika Reply:

    jeng je jeng.
    haha

  7. topo Says:

    kicap jalen??? hahahahaha bolehkah wanita mengandung mengadap komputer?? hahaha macam mana nak gembira bila mengandung?? hahahaha..kalau saya menganggur saya tak mahu tumpang rumah mak.. hahahaha…
    macam mana nak mengandung??? hahahahahahahahahahahahah

    adeh.. tu je yang mampu aku komen.. ni tak habis gelak lagi ni. hahhaha

    chika Reply:

    kicap jalen pon nak search kan?
    gi la beli kat kedai runcit.
    cam carik barang antik je siap google bagai. HAHA

  8. cemut Says:

    hahaha..mcm2 keyword … sume toleh blah.. bolehkah wanita hamil selalu menggunakan komputer? tu pun pelik ke? hahah asal takot anak nanti ketagih menkomputer kot.

    chika Reply:

    hahahaha.
    agaknya kot.,
    atau dia takut ada radiasi berlaku.

  9. cik anum Says:

    ok. sgt kelaka.

    chika Reply:

    haha

  10. Shafie Says:

    nk komen gak.. :P
    1st time komen ur post..hehe
    klaka yg part last tu :)

    chika Reply:

    welkam.
    hehe

  11. topo Says:

    hohoho baru tau mana datangnya keyword mengandung yang terlampau banyak tu.. memang ada buat post mengandung rupanya.. hohooho

    chika Reply:

    well. versatile la katakan. entry jenis apa yang takde. HAHA
    tapi entry dadih ayam emmang confirm takda,.

    abdfatah Reply:

    nak try buat laa sebijik ayam dadih jadi camner…

  12. yonnaism Says:

    blog penganggur sexy?
    apa punya neraka?? haha

    gila entry ni!!!!!!!!!!!!!
    buat i gelak sampai keluar air mata!!!!

    u mmg crazy!!!

    mengarut2 keyword tu.

    paling tak leh blah.
    carik kicap jalen!
    ingat ni blog jual kicap jalen kot.
    blog ni hanya jalenkan dadah dan peminat dadah shj hahhaa

    chika Reply:

    kicap jalen i tak jual.
    dadah ada.
    nak berapa kilo cakap.
    :))

  13. fara-d Says:

    adoi.aku tgh saket kepala tahap gaban ni. makin sakit kepala ini membaca entry ko kali ni sbb menahan gelak dalam hati. kalo gelak luar hati, lagi saket kepala. isk…. tapi siyes…. kalo bkn sbb tgh ting tong, memang alamat guling tergolek masok bawah tangga gelak ni!!!!!!!

    chika Reply:

    ko pernah search ‘farah diana ratu format’ tak? HAHAHA. gurau kasar sket :P

  14. DieyLa Says:

    haha~
    memang lawak gile!

    ayam masak dadih paling lawak!!

    kahkahkah~

    meh gelak ramai2.

    sape la yg search tu ek.

    kelakau betol ah!

    chika Reply:

    cam geli kan ayam dadih.

  15. lindosh Says:

    tengah bayang cemana jadinya ayam masak dadih tu. tak rasa tringin pon nak makan.. tsk

    pelik2 deme neh

    chika Reply:

    bayangkan. tgh sedap makan dadih yang sejuk, tergigit ayam. eiii…

  16. mira zin Says:

    hahaha..dr fahrin,ke andy ke aaron aziz.dr kicap ke dadah.dr dadih yg dibuat dgn kasih sayang,jd ayam mask dadih.wow.terkesima dibuatnya.hahahahaahahhaaa..

    chika Reply:

    fahrin tu kan, kalau nak diseneraikan… berjela-jela. macam2 jenis fahrin ada.

    fahrin putus cinta.
    awek fahrin.
    blog fahrin.
    fahrin ensem
    facebook fahrin
    email fahrin.
    fahrin balik dengan linda.

    macam2 fahrin la pendek kata.

    mira zin Reply:

    xpsl2 blog chika org igt fansite fahrin.haha.

  17. Zul Says:

    hehe.. camana la bleh search mende2 alah cam gitu plak.. heran den.. yg takleh blah tuh gambar geng budak sekolah pun ade.. dah macam wikipedia dah blog si chika nih..macam2 ada..

    chika Reply:

    dah nak sangat gambar geng bas sekolah. nah, bagiiii. HAHA.

    cakap je nak apa.
    chika bagi punya.
    nak penumbok pon bagi jugak.

    Zul Reply:

    amboii.. penumbok chika.. siap bg free genglion lg.. lebamm bijik mata.

  18. chime Says:

    saya gelak sakan yang bab ayam masak dadih tu… hahahaha. sama ada masakan tu bernama ayam masak dadih atau ditujukan kepada ayam yg sedang memasak dadih… hahaha.. ntah pape lah yg diorg ni cari..

    chika Reply:

    ayam memasak dadih…!! KAH KAH KAH.
    Kalau ayam pon pandai masak dadih, jatuh la maruah chika di tgn ayam

  19. wiween Says:

    adik! dulu2 kak ween jugak suke zen gesner tu bile tgk sinbad! ensem :P

    chika Reply:

    ensem kan?
    melting kan hati?
    ekekeke.

  20. cemut Says:

    aik diam!! kua besosial ke haha

    chika Reply:

    kursus kawen . hik

  21. astige Says:

    kamilah..geng geng gengggg bas skolah..
    kami wira bas.. blah blah blah..
    keherkhkre..

    mrkay Reply:

    perghh!! hapal lagu geng bas skola siot.. haha.. respek la.. miahahaha..

    chika Reply:

    woi astri ko biar betul! ko layan geng bas sekolah eh. tah tah ko yang search GAMBAR GENG BAS SEKOLAH tu. hahahahaha.

    astige Reply:

    hahahahahahahhaarammmmm..
    manade..suke suki je k kate apal.. ceh ko k. hahahha…
    er..aku x layan la…. bile aku tgk tv.. dedek pon nak tgk tv..make terlayanlahhh..
    sampai naek bosan aku melihatnye.. bukan nak merendahkan kualiti cerite trsebut.. hekhekhek..
    sekius me.. aku carik yang “Cara-cara mendapatkan anak kembar”
    hahahahahha..gile tipu

  22. syawal,oktober dan topo... | topotato.com Says:

    [...] keyword terhangat kat blog ni.. hohoh tapi untuk tidak mengecewakan korang.. sila la pergi melawat blog chika ni.. hohoh dia ada buat past pasal hasil carian yang sampai ke blog dia.. banyak gila keyword@ [...]

  23. Marzuki Says:

    pecah perut aku

  24. missbumblebee Says:

    :).

    saban hari flickr saya pasti ada org search for geng bus sekolah. diarang ni mmg banyak diehard fans nye.

    [ owner gambo flickr GBS di atas ]

Leave a Reply