Archive for November, 2008
Posted by chika under
Uncategorized Semalam sehari suntuk berada di istana untuk program. Hari ni saya balik Cheras. Demi membridal. Okay, lame thing. KAH KAH KAH. Sekejap lagi hendak keluar dengan Aizar. Saya tak tahu kenapa saya sangat cuak dan cemas dan sengsara.
T____________________________T menangis panjang.
Saya seronok semalam. Walaupon penat dan sekeleh. Tahukah kenapa selekeh? Sebab duduk atas tahi kelawar dan kaki berdebu-debu. Walaupon macam ada … okay, tiada apa-apa maksud saya. KAH KAH KAH. Pangsapuri UKM di Taman Tenaga not bad. Memang menyeronokkan. Satu rumah tiga bilik. Saya bersebilik dengan Mek. Kami tak ada sejadah, lalu kami menjadikan sarung bantal sebagai lapik solat. Sangat sakit tulang lutut dibuatnya. Dan sekarang tulang lutut saya berdenyut-denyut. Tapi tak apa. Ingat Allah.
Saya membawa shower gel yang besar, berus gigi beserta katak holder, dan juga semua kelengkapan solek, perfume dan tidak dilupakan ketip kuku secara perfect. Malangnya telah melupakan ubat gigi. Bukankah perkara tipikal?
Saya membawa sebuah bag besar The Pooh. Bag yang sangat berat kalau atuk saya nampak confirm kena perli. Atau kalau orang tengok mesti fikir saya pergi holiday 2 minggu. Malangnya telah terlupa membawa bekalan jeans yang mencukupi. Again, perkara tipikal.
Baiklah. Dua perenggan merah di atas sebenarnya perenggan membazir untuk memanjang entry. Kalau tak tulis pon tak apa. Terima kasih sebab dah baca. Sekarang sila sambung lagi.
Kepala bercelaru sebab telah menghilangkan wang yang emak bagi secara ajaib. Terlalu kesal malam semalam sampai tak lalu menghabiskan maggie goreng (padahal maggie goreng tersebut sangat sedap wa cakap lu) Disebabkan kesal telah menghilangkan wang, saya telah menjadi sangat mengantuk (aik?) Never mind. Fikiran sedang bercelaru. Tahap IQ sedang terjejas. Tolong faham sikit.
Semalam bekerja sehingga jam 10 (malam, bukan pagi) Apa akallah bekerja di istana dalam hutan. Kalau bekerja di studio, mahu jugak sampai ke pagi agaknya. Lebih menyentuh hati, tinggal yang perempuan saja bekerja di situ. Jadi tak boleh lama. Sebab :
- Elektrik dijana oleh kuasa generator. Pekerja-pekerja (yang tak dikenali) yang menjaga generator pula hanya akan tunggu sampai jam 10.
- Kami sangat suka bergembira sampai kadang-kadang lupa diri sekejap. Padahal dah dipesan jangan suka-suka sangat dalam hutan. KAH KAH KAH. Malangnya sangat seronok menyanyi lagu tamil ‘Va Va Va’ dengan Shida sambil memegang hammer (aksi ngeri lah bukan?)
- Tinggal perempuan saja sebab yang lelaki semua pergi rally (?) kah kah kah. Tapi tak apa. Semua perempuan. Mengelakkan fitnah. Eceh. Padahal dalam hati bengang namampos sebab lelaki tak tolong angkat berat. KAH KAH KAH.
- Banyak mulut celupar suka main seram-seram. Dah la tempat memang seram. Shida sangat gedik pergi main ketuk-ketuk papan sampai Ainul warning. KAH KAH KAH. Lepas tu berlaku tragedi bertemu haiwan terbang yang luarbiasa. Semua lari keluar dari bilik tersebut padahal Chika sangat steady. Terus bertukul. Dan datanglah hero yang tak berapa nak hero pergi membuang binatang terbang tersebut. Hek eleh. Selagi bukan kucing, aku releks jek. KAH KAH KAH. Selain itu, mulut jugak celupar tengah malam bermain Jangan Pandang Belakang.
Atas faktor tersebut, kami memang tak patut stay lama di istana. Sebab tak pandai jaga mulut. Tapi masih pandai jaga maruah, itu yang penting. HAHAHA. Tamat kerja, terus mencari makan. Fuuuuuu. Okay tolong maafkan diri sendiri sebab makan malam. Teh ais dengan Maggie goreng pada jam 10 malam. Makan sambil tidur. KAH KAH KAH.
Err.
Sudah.
Posted by chika under
Uncategorized Disebabkan rasa marah telah surut, sekarang saya akan menyesal dan akan tuliskan sebab-sebab kenapa saya sayang adek saya. Dan kenapa mereka amazing. Dan nama entry ini adalah neutralization (tolong faham sendiri kah kah kah)
HAIKAL.
Saya sayang dia sebab :
- Dia telah menghantarkan kereta saya pergi cuci sampai kereta yang macam usang tersebut kelihatan like ; oh tak usang sebenarnya kereta neh. KAH KAH KAH.
- Dia cakap kakak dia lagi cun dari awek dia. Kakak mana yang tak suka dengar kata-kata tersebut? Kakak mana? Mana? Sini tengok sikit orang yang tak suka dipuji cun oleh adek sendiri. HAHA.
- Dia tidak lupa berdoa selepas solat sebab selalunya dia terus angkat diri dari sajadah sebaik saja membagi salam (Dan membuat kakak dia naik angin)
- Dia tak makan Anlene Yogurt saya walaupon dia cakap nak makan jugak semalam. (Kalau dia makan pon sebenarnya saya takda kisah tapi memang sengaja membuat tamak) Orang tamak kadang-kadang dapat untung. Okay, semacam sebaris ayat yang tidak berpatutan.
- Hari ini dia tidak keluar rumah langsung. Saya sangat tenteram mentengok muka dia berlegar dalam rumah. Mood saya akan sangat baik macam paling baik dan terbaik-baik (KAHKAHKAHAAYATPUSING!) kalau dia takda membuat hal. Menjaga dia adalah paling mencabar jiwa, ibubapa cakap. Saya setuju.
HAIZAT.
Saya bangga dengan dia sebab:
- Dia paling pandai masak. Dia masak apa pon sedap dan boleh dimakan semasa lapar.
- Dia kelakar. Kadang-kadang dengar dia batuk pon boleh buat keluarga ketawa.
- Dia membesar dengan saiz tubuh badan yang menggembirakan. Tinggi lampai dan berbadan besar (nampak kuat).
- Dia kuat menjerit dan menyanyi yang bukan-bukan. Tapi tak pe. Menghiburkan.
- Dia tak banyak songeh. Emak pernah belikan dia handphone sekali je (Haikal beli lebih 4 kali. Haikal ada RXZ masa sekolah. Habis SPM dapat kereta. Dibenarkan travel jauh-jauh dan masa kecik ada banyak toys yang canggih sampai sepupu kami selalu bengang tengok toys dia). Dan Ijat satu-satutnya orang yang pakai handphone tak ada kamera. Masa kecik tak selalu mintak toys. Selalu pakai bag sekolah dengan kasut sekolah sampai koyak (kitorang yang lain beli bag sekolah setahun dua kali ikut mood. Tapi Adek paling dahsyat. Dia beli kasut sekolah ikut suka hati dia dan abah selalu mengalah dengan dia) Macam kesian betul Ijat. Tapi dia tak pernah ungkit malah sangat bersyukur dan sayangkan handphone tersebut.Abah pon jarang naik angin dia Ijat sebab dia kuat bodek dan tak banyak songeh.
HAIZDEL.
Saya gembira bersama dia sebab:
- Otak dia berfikir sangat laju kadang-kadang. Sampai tindakan dia ada masanya boleh buat kita rasa macam bodoh sendiri. Dia sangat pandai membagi pendapat bernas dan boleh pakai. Abah pon selalu guna pakai pendapat dia sebab kadang-kadang dia lebih praktikal.
- Dia hafal banyak lagu. Kalau menyanyi dengan dia rasa gembira sebab dia akan nyanyi bersama. Tak sangka dia hafal lagu Agnes Monica, Matahariku. KAH KAH KAH.
- Dia selalu ingat adek-beradek. Contoh, kalau ikut ibubapa ke pasaraya membeli barang, dia akan beli 5 snacks. 2 untuk dia dan orang lain dapat sorang satu (macam tak adil bunyinya tapi boleh dimaafkan) KAH KAH KAH. Dan dia paling mudah rasa rindu. Kalau saya dekat asrama (dulu), dia yang paling kerap suruh emak call saya dan tanya bila saya nak balik sebab Adek lama tak jumpa Ayong. Terharu punya pasal, confirm saya balik! (padahal memang suka balik rumah walaupon takda sapa rindu HAHAHA)
- Dia tahu halal haram. Saya selalu bangga sebab dia sebenarnya seorang yang sangat faham tentang konsep halal haram. Contoh ; Akan cepat-cepat alihkan siaran HBO ke Astro Ceria bila keluar babak perempuan seksi berjoget atas bar. HAHAHA. Dan tak habis-habis sebut ; Eii… berdosanya kalau buat macam tu. Okay. At least saya tahu dia faham konsep halal haram. Tak dilupakan. Dia selalu balik rumah dan mengadu ; Ustazah kat sekolah suka mengumpat dalam bilik guru. Berdosa je ustazah tu. Dan emak pon tanya balik ; Maknanya adek curik dengar perbualan cikgu? Okay, kantoi di situ. KAH KAH KAH.
- Dia paling rajin tolong abah kebelakangan ni. Petang tadi dia tolong abah cuci longkang sampai berhujan kuyup. Dan tak semena-mena masuk dan sound semua sekali secara pukal ; Semua pemalas dalam rumah ni. Nama je ada abang, ada kakak. Tapi adek je sorang yang terkial-kial tolong abah. Adek je sorang anak abah. Bantai ketawa semua orang. Dia sentap, apalagi! KAH KAH KAH. Dia kan kaki sentap. HAHA. Okaylah, engkau je lah anak abah!!!! HAHAHA.
Oh semua mereka kesayangan saya. Bagaimanakah kelak bila berjauhan? Bila saya punya keluarga sendiri?
Posted by chika under
Uncategorized Perasaan penat.
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Awak cuba menyembunyikannya,
Saya tahu.
Bila apa yang awak betul-betul nak ialah …
saya datang dan mendapatkan awak.
Awak bergerak lebih rapat,
Saya merasakan awak bernafas,
Seumpama dunia baru sahaja lenyap …
Bila awak di sisi saya. Oh.
Puisi Deringkan Loceng Saya oleh : Chika.
Copyright Reserved. Jangan tiru.
Penat kerna berfikir.
Kasut sanding belum ada. Gambar-gambar sasaran sudah gunting lekat dalam scrapbook. HAHA. Berangan-angan dulu pendapatan, bersesal-sesal kemudian (mengolah pepatah nenek moyang secara derhaka) Tapi saya malas berangan tinggi sangat pasal kasut nanti hati hancur. Okay memang boring cakap pasal kaki.
Farah sms.
Aku da registerkan utk ko kat pangsapuri tmn. tenaga neh bilik 3** ye.
(Nombor bilik dirahsiakan untuk keselamatan sendiri. Jangan stalking) HAHA.
Anyway. Saya tidak check in hari ni. Sebab kenapa tak jadi ke UKM :
- Pagi kena breakfast dengan keluarga sebab hari ni Jumaat ; Family day kami.
- Tengah hari membantu bapa menguruskan hal bapa (anak yang boleh harap memang ada kebolehan menyelesaikan masalah bapa. HAHA)
- Petang pergi ikut ibubapa.
- Malam kena tunggu kawan bapa datang sebab ada hal. Tunggu sampai sekarang tapi tak datang-datang juga. Kecewa betul.
Saya memang suka hari Jumaat. Hari Jumaat memang selalu indah. Saya tak faham kenapa Ijat kena habiskan sepanjang hari Jumaatnya minggu ni untuk tidur. Sangat rugi. Rugi sebab tak dapat breakfast bersama makan bihun goreng Mak Yang yang sangat sedap sampai boleh terbawak dalam mimpi (Last night, I dreamt about bihun goreng Mak Yang. The bihun goreng Mak Yang wanted to eat me back because I ate them before. Karangan bertajuk My Dream) Okay, kembali ke jalan yang benar. Ijat juga rugi sebab tak dapat join emak, saya dan Adek menonton Jangan Pandang Belakang bersama-sama. Saya dengan emak menonton sambil membawa muka saspen macam takut sangat je. First time tengok. Malu kalau orang tahu. KAH KAH KAH. Ijat juga rugi sebab semasa kami menonton perlawanan snooker, dia tetap tidur atas sofa sambil memeluk bantal epal. Kesian sebab tak sedar maruah dan kegagahan terjejas semasa tidur.
Adek sangat cerdik pandai punya kepala (macam Kakak dia) Lalu membagi cadangan hasad dengki ; Ayong cepat ambik kamera tangkap gambar Uda tidur peluk bantal epal. Letak dalam blog kasi dia malu.
Mula-mula tergoda dan terpesona dengan idea tersebut. Fuuuuu. My Adek so genius, just like me. Tapi tiba-tiba diselamatkan oleh pari-pari puteh membisik dalam hati ; Hep jangan! Jangan menganiaya orang tengah tidur nanti esok esok orang akan jual gambar kita tengah tidur pulak. Paling malang kalau tidur sampai mengalir sesungai saliva. Oh malangbetul dot com dot my.
ULTRAMAN (KU)
Terakhir untuk kali ini. Saya ingin sekali menunjukkan kepada semua. Saya ada Ultraman. Tolong takut sikit. Jangan berani cabar Chika mulai hari ini. Tapi kalau nak cabar jugak okay takpe. Cabar dalam hati.

Warning : Tolong takut sikit dan hormat Ultraman Lapan Ringgit saya. Sementara dia masih tegak. Kalau nanti dia dah kempis, okay tak pe! Kita belasah dia cukup-cukup pulak. KAH KAH KAH. Saya gembira dan puas hati setiap kali mentengok Ultraman saya tegak di ruang tamu. kalau tetamu datang mesti heart attack. Lebih heart attack kalau tahu ; Kak Yong yang beli. Ini Ultraman dia punya.
Murah! Murah! Lapan Ringgit Lapan Ringgit! Boleh tahan sampai 4 hari kalau pandai jaga dan cukup kasih sayang. Kalau tak 2 jam dah boleh kempis! Murah! Murah! Jangan lepaskan peluang membela Ultraman dalam rumah. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Anda, bila lagi?
Haikal cakap ; Dek Ekal tak faham kenapa ayong boleh beli Ultraman ni.
Ijat cakap ; Ma tolong tanya Ayong mana dia dapat ilham?
Adek cakap ; Kalau lapan belas inggit beli tak? (jawapan : beli)
Abah cakap ; Sapa beli???
Emak cakap ; Tak sangka ada anak perempuan macam ni.
Mak Yang cakap ; Tak sangka ayong balik bawak Ultraman.
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Deringkan loceng saya, deringkan loceng saya …
Okay ni bukan puisi. Ini lagu Enrique Iglesius. (okay boleh tiru) Kalau dia tahu mesti naik angin. Tapi saya takda takut. Sikit takda takut. Sebab Ultraman Lapan Inggit kan ada. Tengok, siap pakai pedang dekat tangan kanan. Tangan kiri tengah bersedia membuat kuasa super. Setakat Enrique Iglesius, 2 saat tumpas! KAH KAH KAH.
Posted by chika under
Uncategorized Kadang-kadang saya sakit jiwa dengan perangai adek-adek saya. Ada waktu tertentu, saya tak boleh nak bagi muka langsung dengan adek-adek saya. Kadang-kadang saya tak setuju sebab emak saya suka bagi muka pada keadaan yang tak sepatutnya di bagi muka. Lebih 4 bulan saya duduk rumah tak buat apa. Menghadap kerenah 3 orang budak lelaki dari celik bijik mata sampai lah ke malam. Saya gembira sebab saya ada adek-beradek yang rapat antara satu sama lain. Tapi for certain things, perangai mereka sangat mencabar kesabaran.
- Saya tak suka bila Haikal tak balik rumah sebelum Maghrib.
- Saya sakit hati kalau Ijat ikut Haikal keluar merayap sedangkan dia belum cukup umur.
- Saya tak suka kalau Haikal pukul Adek sebab Adek suka menjawap cakap dia. Memang Adek kuat menjawap, saya pon kadang-kadang tak boleh tahan rasa nak pelempang muka Adek. Tapi saya tak akan benarkan Haikal belasah adek-beradek sendiri.
- Saya sakit hati sebab semua adek-adek saya suka bukak almari untuk ambik baju, lepas tu tak tutup semula almari. Saya sakit hati sebab mereka selalu lupa nak tutup pintu bilik. Saya memang particular tentang pintu almari dan pintu bilik. Saya tak suka tengok pintu bilik terbuka. Sama macam saya tak suka orang yang tak reti tutup pintu almari. Kerja ringan, no? Why is it so hard to do?
- Saya tak suka bila mereka tak sidai tuala lepas mandi. Lepastu biarkan bergelimpangan atas katil. Nanti abah check bilik, bukan ke buruk padahnya? Saya tak suka tengok abah marah-marah. Tapi adek-adek saya suka buat abah marah.
- Saya tak suka Haikal lawan cakap emak dengan mak yang.
- Saya tak suka kalau Mak Yang kena panggil adek-adek saya turun makan sampai berpuluh-puluh kali. Biasanya saya akan pesan dengan Mak Yang, panggil sekali je. Kalau tak turun, sudah! Jangan bagi makan. Tapi Mak Yang selalu tak sampai hati. Nanti dia pon taknak makan kalau adek-adek yang lain tak turun makan.
- Saya tak suka adek-adek saya berkawan dengan budak-budak nakal. Saya memang tak suka kawan-kawan dia sebab ; Kawan dia suka mencarut. Walaupun saya tak pernah dengar adek saya mencarut, tapi saya tak tahu macam mana percakapan dia bila dengan kawan-kawan dia diluar. Saya tak suka sebab kawan-kawan dia selalu berpakaian macam budak-budak tak cukup ilmu. Tak ada identiti. Tak ada gaya. Tak boleh dipercayai. (nanti adek saya pon tiru) Saya tak suka kawan-kawan dia menghasut adek saya suruh make up kereta. Sebab abah saya tak suka anak-anak muda yang ikut perasaan suka makeup kereta padahal duit tak ada.
- Saya benci rambut Haikal sebab blonde. Saya tahu abah dengan ma kecewa tengok rambut dia.
- Saya sakit hati dengar cara Ijat mengaji Al-Quran semua tajwid pon dia redah. Sebab tu saya tak boleh ajar adek saya. Sebab saya tak sabar. Setiap kali mengajar adek-adek mengaji, saya yang akan menangis (entah apa-apa) Saya memang kecewa sebab abah saya harap salah seorang anak dia akan jadi Tahfiz :( Tapi saya gembira sebab Adek Haizdel pandai mengaji dan peka dengan tajwid. Bila Adek tegur Ijat salah bacaan, Ijat tak boleh terima. Ijat kata Adek macam bagus je nak tegur dia. Tu yang aku hangin tu!
- Saya tak suka kalau Adek Haizdel main-mainkan Mak Yang. Ada satu petang tu saya sangat marah dnegan Adek. Saya ajak dia keluar pergi Mc D. Sebelum makan, saya warning dia macam-macam. JANGAN MAIN-MAINKAN MAK YANG. Dia macam biasalah, pandai menjawap. Dia cakap dia bukan main-mainkan, dia bergurauje. Kalau dia tak usik Mak Yang, nanti Mak Yang boing dia cakap. Tapi saya rasa cara dia mengusik kadang-kadang keterlaluan. Saya memang benci orang yang tak tahu batasan bergurau dengan orang tua.
- Saya tak suka sebab adek-adek saya malas belajar. Saya tak suka lelaki membesar tanpa ilmu. (Okay, perempuan pon sama) Tapi lelaki kena ada banyak ilmu.
- Saya tak suka Haikal mengorat awek tak tentu arah.
- Saya tak suka tengok Adek dengan Ijat malas gantung baju sekolah. Sebab emak gosok baju tersebut dengan susah payah. Tolonglah hargai sikit.
- Saya menyampah kalau tengok kasut sekolah Adek kotor. Kadang-kadang dia balik berpeluh-peluh. Saya tak suka tengok Adek nampak tak kemas di sekolah. Saya ingat masa saya darjah 6. Masa tu Haikal darjah 3. Kalau saya nampak Haikal dekat sekolah, sya mesti betulkan baju dia. Saya selalu pesan dekat emak saya jangan belikan adek-adek kasut bertali nanti dorang tak reti ikat, selekeh. Saya tak suka adek-adek saya selekeh. Sama macam saya tak suka pegang adek-adek saya masa kalau diorang belum mandi (masa mereka bayi)
- Saya tak suka sebab dalam kereta Haikal ada banyak kasut. Semak.
- Saya hangin betul bila adek-adek saya suka hiruk-pikuk waktu Maghrib. Waktu tulah nak bergurau senda. Waktu tu lah nak berebut mandi.
- Saya benci perempuan call adek saya waktu adek saya pergi sembahyang Jumaat. Memang tak faham bahasa ke perempuan tu? Kalau saya yang jawap phone, tak lain tak bukan mesti kena sebijik dua ; Kan tengah waktu sembahyang Jumaat ni. Tak faham-faham? Okay esok confirm Haikal cakap ; Awek Ekal kata kakak Ekal garang gila. Siapa suruh carik perempuan tak ada akal?
- Saya tak suka Haikal selalu makan depan TV lepastu lupa nak bawak gelas ke dapur. Nanti kalau emak nampak, emak mengamuk semua tak tahan dengar.
- Saya tak suka adek-adek saya tak berani mintak sendiri. Contoh, selalu gunakan emak untuk mintak sesuatu dari abah. Dari kecik saya tak pernah buat perangai macam tu. Kalau nak apa-apa dari abah, saya straight pergi cakap. Saya dah pesan banyak kali dekat adek-adek saya. Saya kata, tolong faham sikit abah tak suka anak-anak main pesan-pesan gunakan Ma. Tapi nanti meraka cakap ; Ayong bolehlah. Abah suka dengar cakap Ayong. Hoi, tolong sikit! Tapi kadang-kadang saya bangga dengan Adek Haizdel. Sebab semalam dia cakap dekat abah : Abah bulan depan bagi adek seribu sebab adek tolong abah cuci kolam, tolong bagi ikan makan dan tolong abah buat paip. KAH KAH KAH. Bantai gelak ibubapa dibuatnya.
- Saya tak suka kalau adek-adek saya pikir ibubapa sayang saya lebih. Sebab sebenarnya saya tahu ibuabap saya sayang semua orang secara adil. Cuma cara mereka salurkan kasih sayang berlainan antara satu anak dengan anak yang lain. Sebab masing-masing ada perangai dia snediri.
Pendek kata, tolong faham sikit sekarang saya memang tengah marah dengan adek-adek saya. Tapi walau macam mana marah, bengang, sakit jiwa, hancur berderai hati remuk robek dan sebagainya pon … saya tetap sayang adek-adek saya sebab kalau meraka tak ada dalam rumah ni, saya boleh mati kesepian. Saya harap adek-adek saya akan membesar menjadi manusia berguna. Paling penting, jangan lupa ibubapa. Pergilah mana pon anda nak tapi jangan lupa pulang sebab kena ingat ; Di rumah ini ada ibubapa yang sentiasa risau dan mengenang anak-anaknya. Kita kena beruntung sebab ma dengan abah tak pernah dendam dengan kita.
Sekarang saya harap anda semua boleh bayangkan macam mana hidup bersama adek-beradek lelaki yang sedang membesar remaja. SAKIT JIWA. But it’s normal.
Posted by chika under
Uncategorized,
shopping Untuk beberapa hari ini, kelajuan entry akan tidak laju (?) Saya akan sibuk dan terikat dengan program akreditasi. Yang mana officially bermula hari ni. Penat betul. Penat yang semacam disambung dari semalam. Sebagai pengedar dadah (oh lupa. Kita jangan membawa keruntuhan moral dalam blog nanti saudara mara baca, malu) Ehem. Sebagai penulis blog yang komited (padahal kalau tak komited pon tak menjejaskan sapa-sapa. Tapi tak apa. Memang suka berlagak macam komited sangat je) Saya akan cuba menyiapkan entry pukal. Bukan untuk saya, untuk anda juga (okay, nyampah!) HAHA.
Pagi-pagi sudah kena bangun. (Terkenang zaman universiti. Bangun pagi walaupon sebenarnya dengan berat hati. Tapi jangan ikut kata hati nanti mati. Nak tak nak, kena bangun juga dan pergi kelas sambil menangis dalam hati) Pagi tadi juga sama. Memandu ke Bangi sambil mulut menyanyi lagu Ella tapi dalam hati menangis tak ada siapa yang tahu T___T (kan betul aku cakap ; Chika suka sedih tak kira tempat)
Sampai UKM, terus membawa diri sendiri ke Bilik Kuliah 1. Aiseyman! Tercuak-cuak macam hari pertama pulak menjadi siswazah ( tolong tahu : perkataan siswazah macam tak cool, jangan gunapakai dengan kerap) Saya disambut oleh Encik Irfan (bukan sambut guna kompang atau dengan karpet merah) Disambut dengan teguran yang mencerahkan pagi (what the hell am I saying?)
Hi Nurul. You look different.
Okay different sebab beliau takda pernah tengok style tudung Iran yang saya pakai (mungkin) atau sebab dia takda tengok saya berbulan-bulan. Atau sebenarnya beliau takda modal nak cakap apa, maka bercakaplah benda tersebut. I do not know. HAHA.
How are you?
Eceh. Saya tak faham kenapa sejak kebelakngan neh, bila orang bertanya ‘how are you’ saya rasa macam orang tersebut tengah perli saya. Padahal orang memang ikhlas bertanya khabar. HAHAHA. Sebab saya rasa disindir tentang wedding. Agaknya inilah yang dinamakan sindrom jiwa bakal pengantin. Di mana berperasangka yang aneh-aneh terhadap alam sekitar. KAH KAH KAH. Disebabkan takda tahu nak menjawap apa, saya pon terkial-kial like ulat only.
Okay?
Akhirnya saya pon bersetuju untuk mengatakan okay walaupon sebenarnya takda okay sangat lately. Encik Irfan, tolong maklum orang nak kahwen memang selalu tak okay. KAH KAH KAH. Tapi terpaksa cakap okay. Sebab kalau cakap tak okay, nanti disoal banyak oleh masyarakat. Sedangkan orang nak kawen sangat menghargai waktu. (aku menyampah betullah bila Chika menggoreng ayat garing sangat. Kata anda dalam hati) HAAHAHA.
Tanpa berlengahkan waktu (eceh) Saya akan membawakan anda ke dalam hutan. Aik? Tiba-tiba masuk hutan? Iya. Entry kali ini akan membawa anda ke situasi dalam hutan. Sebab saya pon akan duduk dalam hutan selama 6 hari akan datang (Bukan hutan sangat pon, jangan kerut dahi!)

Program akreditasi ini akan dijalankan di Istana Tengku Puteri, UKM. Lokasi istana ini terletak jauh di Selatan tanah air berhampiran kepulauan Borneo (ok tipu) Ia terletak di UKM lah iaitu di tepi jalanraya. Siapa tak tahu sangat rugi. (Ok, tak rugi jangan bimbang!) Architecture department UKM pasti sangat bangga dengan istana neh. Sebab kenapa bangga kita ulas lain kali (Insyaallah) Tapi macam tak akan ulas je. HAHAHA. Oh jangan lupa sebut. Di atas sana ialah gambar istana tersebut. Tapi sayangnya, Istana tersebut hanyalah background sebab fokus gambar ialah saya sendiri. Terima kasih so much sebab telah menahan perasaan meluat dalam hati.

Kesemua hasil projek kami sejak semester satu (iaitu since 3 years ago) sudah dikumpulkan dengan terpuji sekali oleh Ainul dan Ya. Terima kasih yang banyak kepada mereka berdua sebab sangat banyak mencurah bakti dalam program ni. Sebab tu lah pensyarah sayang mereka. Sampai Encik Ismar asyik tersasul panggil Nurul sebagai Ainul. (Kecik hati tapi takpe. KAH KAH KAH)
Dari studio, kena pindah kan semua barang ke Istana. Bukan kerja mudah, bukan! Presentation board bukan sikit punya gila beratnya. Kalau angkat sendiri boleh cedera isi perut.



Dari studio kami pon beramai-ramai bergerak ke Istana. Persekitaran di situ sangat cantek, indah, permai, aman, damai, makmur, hijau dan segar (Gariskan yang tidak berkenaan) Never mind.

Ini Faiz Mat Saleh. Kami bangga dia datang sebab geng dia semua tak datang. Sebab kenapa ambik gambar dia :
Nurul, takda kamera ke? Ambiklah gambar banyak-banyak. Boleh kau letak dalam entry kau.
Itulah sebab dia.


Koleksi model-model yang separuh jahanam, separuh hancur dan ada yang langsong musnah. Model saya untuk project Art Gallery (2nd year) dah hilang roof. Mungkin roof tersebut telah melayang semasa taufan, manalah kita tahu kan. KAH KAH KAH. Encik Irfan pesan :
Mana model yang dah hancur kena taufan, ribut tsunami tu semua… silalah bina kembali.
Ayoyo! (mentiru gaya cikgu Muthu) Sebab itulah kena berkampong dekat Bangi selama 6 hari. Sebab kena membuat kerja-kerja membaiki model dan presentation board. Sangat sengsara.

Tolong-menolong amalan mulia. Walaupon ramai rakan-rakan sepersengalan belum datang (sebab belum dapat cuti), tapi kami dibantu oleh junior yang baik hati, ringan tulang dan cun-cun belaka. Nampak neh, Kakak Nurul mempuji semua. Semoga dengan ini semua orang akan lebih bersemangat membantu senior. Junior-junior sayang, terima kasih sebab sanggup datang berpeluh-peluh membantu siang tadi. Eceh. Tak dilupakan junior 1st year yang rajin-rajin belaka tolong angkat board senior yang mencabar kekuatan tulang-temulang kita yang rapuh (tapi kalau minum Anlene insyaallah tulang anda memang terjamin) Apa tunggu lagi, dapatkan Anlene dari pasaraya The Store berhampiran anda!
Hurm. Esok saya nak belanja semua minum Anlene lah. KAH KAH KAH. Anlene kurang manis satu tapaw!
Hari Sabtu nanti, barulah ramai yang datang dan berkampong dekat Taman Tenaga. Hoooray! Saya nak jumpa SHIDA (Dia suruh highlight nama dia. KAH KAH KAH) sebab lama tak jumpa orang gedik macam dia HAHA. Shida, esok kita bergembira okeh! Saya nak jumpa Ai sebab asyik jumpa Ya je. Dah malas nak tengok muka Ya. HAHA. Saya nak jumpa Mek sebab dah lama tak tengok tengok gadis melayu pakai baju merah dengan tudung merah (Power Rangers Merah boleh keluar skang!) Saya nak jumpa Arul sebab dia kata Nurul asyik mentipu dia sejak 3 tahun lalu. Kata nak belanja makan tapi tak pernah belanja juga. Menabur janji manis bukan susah pon. HAHA. Selain itu, saya nak jumpa perempuan-perempuan cantek yang sangat pandai spot lelaki hot dalam fakulti. (Astaghfirullah, ingat Allah) HAHA. Sarah la tu! KAH KAH KAH. Tapi tu dulu. Sekarang semua dah insaf dan banyak mengingat Allah (Eceh). Dan saya harap, Sha tak akan pakai baju dan tudung yang sama dengan saya (sebab selalu sangat tersama pakai warna baju) Nanti orang confuse, buruk kesannya. HAHA. OYYA, jangan lupa sebut ; NUAR! HAHAHA. Eh eh. Macam tak sabar nak jumpa semua sebab dah lama tak pernah berkumpul satu studio. Kali terakhir berkumpul ialah …

2 July 2008 yang lalu.
Lebih 4 bulan yang lalu.
Kegembiraan tercetus hari ini kerana :
- Puan Akmal cakap Nurul dah slim. (siapa tak gembira beb!)
- Puan Akmal cakap ; Nurul kongsilah dengan saya macam mana boleh kurus.
- Puan Akmal cakap ‘Nurul kurus’ lebih dari TIGA kali.
- Dapat makan nasik lemak dekat ‘meja kejadian KFC’ bersama kawan-kawan baik. Sambil dengar luahan hati Ainul (yang ni ada sedih sikit)
- Dapat tengok Adian buat aksi dengan Guan.
- Dapat dengar lawak Adian yang selambayaya.
- Dapat naik kereta kuning Farah sebab dah lama tak naik.
- Dapat dengar Farah ejek Nurul Kaki Kecik.
- Dapat mutiara, intan berlian, segunung emas suasa. Okay tipu. Tapi memang dapat set mutiara idaman. Terima kasih Aisyah.
- Dapat dengar suara Encik Mazlan cakap ‘Nurul bila kawen?’
- Dapat ketawa sebab Encik Ismar buat lawak yang mengsengsarakan semua.
- Dapat tegur Ikmal yang dulu selalu berkorban masa tunggu kami print banyak-banyak. Ikmal memang baik dan tak berkira.
- Dapat dengar Kak Ati cakap ‘Nurul nampak berseri-seri’. Tak tahulah Kak Ati ikhlas ke tak tapi ayat tersebut sedap didengar. Ikhlas tak ikhlas belakang kira. HAHA.
- Dapat dengar Kak Liza ejek Ainul ; Ainul Goyang.
- Dapat dengar Aisyah cakap ; Nurul ni angkat partition tak larat, angkat hantaran berat larat pulak.
- Dapat dengar lawak Ya yang tak berpatutan.
- Dapat dengar cerita lucah tentang haiwan bernama Proboscis Monkey dari Aisyah (Ini ilmu tentang haiwan lah jangan salah faham). Aisyah kata (Aisyah yang kata ha jangan tuduh saya tolong sikit), monkey jenis ni mengalami erection 24 jam. Kuatkan iman. Kuatkan iman.
- Dapat duduk dalam rumah tradisional Melayu yang asli tapi tak berapa nak asli sebab ada Kipas siling dengan Penanda KELUAR untuk tujuan keselamatan. Kami dapat duduk bawah kipas sambil berbual ala-ala pendekar dengan mahsuri (konon)
- Dapat naik Myvi baru KAH KAH KAH.
- Dapat dengar suara Zaid panggil saya ‘Dating’. Sebenarnya dia nak cakap Datin tapi tak boleh. Lidah Kelantan yang sejati lah katakan.
- Dapat tengok Ainul incharge program macam biasa dengan jayanya.
Dan banyak lagi kegembiraan. Tapi penat dan darah manis. Tak boleh duduk lama-lama dekat UKM. Kena balik rumah. Eceh. HAHA.
Esok petang bertolak ke UKM bukan setakat membawa diri malah membawa pakaian. Dan tidak dilupakan, membawa semangat sekali. KAH KAH KAH. Macam bagus. Perasaan yang berbelah bagi. Seronok sebab dapat jumpa kawan. Tak seronok sebab ada banyak benda lain nak dibuat lagi. Tapi jangan stress. Bergembira je lah.
Kepada pembaca tersayang (ewah) : Komen akan reply lambat sikit. Saya pon tak berkesempatan menziarahi blog anda. Jangan sentap, tolong! KAH KAH KAH. Entry akan berjalan juga macam biasa. Semoga hidup berharmoni sepanjang kesibukan saya! HAHAHAHA.
Posted by chika under
Uncategorized
Saya rasa perasaan yang tidak best untuk dirasa.
Saya rasa semakin bosan dan membosan.
Boleh bagitahu saya macama mana nak buat ni?
(Jangan ajar saya carik kerja, warning!)
Okay.
Perasaan yang sangat tak best.
Punca, tak tahu.
Here I am, once again
I’m torn into pieces
Can’t deny it, can’t pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won’t get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes
…
okay teruskan menyanyi.
Spekulasi sesekali.