Archive for October, 2008
Posted by chika under
Uncategorized Sebagai membalas surat dari adek tersayang…


Siapa nak bagi Chika surat, boleh utuskan ke alamat kediaman. Atau boleh ditulis secara eletronik ke chika@nurulism.com. KAH KAH KAH. Seronok betul bila mendapat dan membaca surat. Okay. Tiba-tiba aku ketagih surat. Itulah kau. Siapa suruh ajar aku bermain surat. Aku ni bukan boleh diajar. Err. Jangan hantar surat cinta atau surat salam perkenalan. Sebab kalau mahu berkenalan, boleh click SINI. (err. profile yang belum dikemaskini) Nanti malam akan suruh adek-beradek menulis surat lagi.
Posted by chika under
Uncategorized Dafi-Adinda
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Karena dinda istimewa
Cuma bilang saja
semua yang diminta akan terlaksana
Karena dinda istimewa
Tiada sukar bagiku
Selagi nyawa ini
Mampu berbakti padamu
Tahukah kekanda
Selalu dilanda kesunyian
Pabila dinda tak bersama
Ku bagaikan lagu
Tak berkata tiada arti bermakna
Karena dinda istimewa
Cuma bilang saja
Semua yang diminta akan terlaksana
Adinda…
Tahukah kekanda
Selalu dilanda
Kesunyian pabila dinda tak bersama
Ku bagaikan lagu
Tak berkata tiada arti bermakna
Karena dinda istimewa
Tiada sukar bagiku
Selagi nyawa ini
Mampu berbakti padamu
Sedap lah pulak lagu baru Dafi ni. Tapi sangat berciri ‘dari lelaki untuk perempuan’. Ia pon sangat sesuai dinyanyikan oleh lelaki kepada awek. Untuk menjadikan dia sebuah lagu unisex ( iaitu sesuai juga didendang oleh wanita kepada lelaki), Chika telah mengolah liriknya. Dan ditujukan kepada kekanda-kekanda (aik? banyaknya kekanda? Nak kena belasah?)
Kekanda from Chika. (Tak boleh download. Belum dirakam dalam studio)
Karena kanda istimewa
Cuma bilang saja
semua yang diminta akan terlaksana
Karena kanda istimewa
Tiada sukar bagiku
Selagi nyawa ini
Mampu berbakti padamu
Tahukah adinda
Selalu dilanda kesunyian
Pabila kanda tak bersama
Ku bagaikan lagu
Tak berkata tiada arti bermakna
Karena kanda istimewa
Cuma bilang saja
Semua yang diminta akan terlaksana
Kekanda…
Tahukah adinda
Selalu dilanda
Kesunyian pabila kanda tak bersama
Ku bagaikan lagu
Tak berkata tiada arti bermakna
Karena kanda istimewa
Tiada sukar bagiku
Selagi nyawa ini
Mampu berbakti padamu
Ditujukan kepada kekanda yang jauh di Brisbane, dekat di Cheras (mengolah pepatah Melayu). Semoga kekanda bekerja dengan gigih di sana dari jam 8 pagi hingga 4 petang ( Ler. Kejap je kerja) HAHAHA. Pada waktu lapang, selain beribadat dan makan dan tidur, janganlah melupai adinda yang kecik tapak tangan, nyiru dinda tadahkan (penggunaan pepatah Melayu yang kurang tepat tapi tak apa). Cukuplah sekali ini dinda bermadah pujangga seperti P.Ramlee mengorat Saadiah dalam filem Penarek Beca (yang sebenarnya dinda pon tak pernah tonton lagi filem ni) Dinda naik loyar tekak di sini kerna menulis sebuah madah cinta yang berciri lagenda sedangkan kita sudah berada dalam zaman Mawi. Di mana cinta tidak lagi perlu diluah secara klasikal sebaliknya diumumkan di Palace of The Golden Horses. Tapi tak apa. Kita tak payahlah bertindak melampau. Sebab kita bukanlah Superstar sebagaimana Mawi (walaupun Nurul hampir mencapai tahap Diva). Tak apalah. Dinda pon dah taknak menulis pujangga seperti ini lagi. Kalau diketahui ibuku, buruk padahnya kelak. Kerna akan dijadikan bahan seloka rakyat.
Dengan ini, Chika ingin blah. Ingin menyantap roti Gardenia bersama Peanut Butter sebab Mak Yang tidak memasak sarapan sedap pada pagi ini. Izinkan saya blah sekarang.
Posted by chika under
Uncategorized Pada pagi Jumaat yang lalu, kami telah duduk semeja sambil menunjukkan muka bosan masing-masing. Dengan gaya tersendiri. Sambil membosan, saya membaca majalah (macam biasa, tak habis-habis dengan majalah) dan di tangan memegang pensel stabilo 2B untuk melukis pelamin idaman. (kalau wedding planner tengok mesti menangis 7 tempayan air mata sebab dia sedih tak tahan. Susah nak cari barang-barang yang Chika idamkan seperti ; baiklah. Tak payah bagi contoh)
Sambil saya melukis pelamin yang bakal membuat wedding planner menangis tujuh tempayan tersebut, adek saya telah menyibuk. Seperti biasa. Macam masa saya sekolah dulu. Setiap kali saya pegang pensel, pegang kertas … ada je nanti tangan yang tumpang sebok. Sekarang pon masih belum berubah. Tiba-tiba adek saya tanya. BLOG ialah B.L.O.C.K? Saya kata bukan. It is B.L.O.G.
Saya terkesima (dan muka saya terkesima ala-ala Sarimah Ibrahim dalam rancangan Diari Surat Akademi Fantasia) Eh eh. Pinjam muka Sarimah kejap. Saya pon curiga. Kenapa adek saya tanya macam mana eja BLOG? Bukankah aneh?Apa kaitan hidup dia dengan BLOG?
Sebelum dia pergi solat Jumaat, dia bagi saya sepucuk surat. Dengan tulisan dia yang mungkin bercikgukan ayam. Saya pon tak tahu. Tapi saya sangat terharu dan di samping itu berasa nak menangis lapan tempayan air mata (iaitu lagi banyak daripada tempayan air mata wedding planner tadi). Suratnya berbunyi begini :




Saya memang terharu. Dan mula lah ketawa dalam tangisan. Kami pon saling berkongsi suka duka surat tersebut dengan seisi keluarga. Terima kasih sebab sekurang-kurangnya kau mampu memikirkan sepuluh isi tentang kenapa engkau sayang kakak engkau. Tapi kau macam lupa menulis point nombor 11 ; Kakak saya comel sampai dalam handphone saya pon saya simpan gambar kakak saya.
Jangan tak mengaku! Saya tahu dalam handphone adek-adek saya semuanya ada simpan gambar saya. HAHAHAHAHA.
Posted by chika under
Uncategorized Whoa whoa whoa.
Siap membalas semua komen untuk previous entry. Banyak betul komen. TERIMA KASIH. Sebuah appresiasi (appreciation) ringkas dan padat. Kalau dipanjangkan appresiasi ini, ia akan menjadi satu perenggan terima kasih secara repetition. Jadi tak payahlah ditulis terima kasih sebanyak 80 kali. Sebab sebanyak mana pon ditulis, ia tetap sebuah appresiasi berciri TERIMA KASIH. Pembaca blog saya memang budiman dan bertatasusila (bukan semua barangkali)
Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, saya emotional. Iaitu perasaan yang tidak tahu bersederhana. Gembira secara over. Dan mengamuk secara over juga. Nasib baik tidak ada kondisi lapar secara over. Saya sudah tiga hari tidak jumpa nasi. (memang magik pon) Tapi petang tadi berjumpa juga. Dan selamat jugak nasik masuk dalam perut secara sikit.Selamat datang, nasik. Esok jangan datang lagi sebab kita berjumpalah tiga hari sekali. Supaya aku boleh langsing sikit.
Ada beberapa benda macam seronok kalau dijadikan cerita dalam blog. Tapi mood tak berapa indah. Saya tak ada rasa ketagih apa-apa kebelakangan neh. Ketagih mendadih pon tak ada, mengedar dadah apatah lagi. Sebab macam banyak urusan dalam kepala. Disebabkan urusan tersebut dalam kepala, jadi kita tak payah memblog urusan tersebut. Biarkan ia terus berada dalam kepala (Err. Sebenarnya ni alasan untuk mewakili kemalasan memblog).
Bukankah luarbiasa bila seorang yang ketagih blog menjadi malas dengan blog? Tapi ada perkara lain yang lebih luarbiasa. Sepanjang tidak berjumpa blog, Chika telah mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang dianjurkan dalam majalah NONA (aik? Chika neh baca NONA macam datin-datin pulak dah. Wanita IQ tinggi memang fleksibel.) Whoa. See. Ayat-ayat angkat bakul macam dah nak keluar. Petanda baik. Nampaknya seperti satu signal bahawa Chika sudah kembali normal dengan mood nya dan mungkin akan bertenaga untuk memblog dengan gian. KAH KAH KAH (finally keluar jugak this KAH KAH KAH sebagai petanda bahawa bermulanya sebuah entry energetic seperti biasa) KAH KAH KAH lagi sekali.
Baiklah. Kita reverse balik kepada gaya hidup sihat anjuran majalah NONA. Menurut majalah tersebut, gaya hidup sihat haruslah :
- Tidur awal dan bangun awal. Untuk bersarapan pagi dan boleh sambong balik kalau nak dan kalau emak tak marah.
- Basuh muka dan bersihkan wajah. Pakai toner (air mawar for me) dan juga night cream sebelum tidur. Jangan lupa, eye cream. (mata saya mengalami tekanan yang tidak ada hujung pangkal chewah) Sebenarnya Chika memang malas memakai night cream atau day cream atau eye cream. Sebab tak ada peruntukan masa yang mencukupi. Amboi amboi.
- Buat sit up sebelum tidur dan kalau malas boleh buat sit up dalam hati.
- Memakan banyak buah-buahan seperti buah tangan
- Kurangkan pengambilan nasi (aku berjaya I tell you)
- Membaca buku-buku ilmiah. Saban hari saya replace aktiviti di hadapan komputer dengan menghadap buku like ulat buku. (Kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf masih menjadi bedtime story hahaha)
- Banyakkan bersabar dan atasi rasa marah. Rasanya saya sedang belajar bersabar neh.
- Bersenam, bermain badminton, sukan lontar cakera dan berkuda di waktu pedang (Yang ini tak wujud tapi ditokok-tambah oleh Chika sendiri)
Sekarang sila percaya bahawa saya telah membuat kesemua perkara di atas kecuali nombor 8. Sebab belum beli kuda. KAH KAH KAH. Rasa macam nak pergi jual kereta dan beli kuda. Pasti satu bandar neh berpusu-pusu kerumun kat Chika bersama kudanya. Saya harap bakal suami saya setuju untuk berkuda (sorang satu) dan kita pon tak payahlah memandu kenderaan lagi. Pergi kerja naik kuda. Apakah perasaan penjaga tol semasa kuda kita lalu untuk membayar tol? Pasti satu fenomena. Boleh simpan angan-angan tersebut dalam hati.
Kenapakah bercerita tentang kuda? Sebab Chika memang suka membuat pesongan semasa memblog.
Disebabkan energy semacam sudah pulih, kita akan memblog secara gian kembali. Musibah memang banyak dalam dunia ni. Tak apa, kita tinggalkan musibah dalam dunia yang fana ini. Memblog memang satu keseronokan duniawi yang sangat nikmat. Sebenarnya bukanlah betul sangat apa yang telah Chika tulis di atas. Bukanlah hilang mood sangat atau berasa kurang energy untuk memblog. Mana mungkin blogger ketagih macam Chika neh hilang energy. Semuanya alasan belaka. Sebenarnya komputer saya telah bermasalah. Laptop jugak bermasalah. Dua-dua kena petir. HAHAHAHA. Sebab itulah menjadi tergendala aktiviti dalam blog. Cerita panjang di atas ialah sekadar alasan untuk membentuk sebuah entry.
Err. Musibah lain pon ada juga. Yang peribadi, tak payah ditulis dalam blog. Ishk. Aku benci betullah bila menulis entry lintang pukang macam neh. Yang sangat sukar dijadikan motif tauladan. Yang tak ada kesimpulan. Sudah. Kau simpullah sendiri. Sekarang nak pergi bersosial dalam internet.
Posted by chika under
Uncategorized Good Morning semua.
Setelah semalaman bertiduran sambil bergoncangan dalam jiwa (macam Jawa la pulak ayat neh). Semalam saya telah mengemosi lebih sikit (SIKIT) oleh kerna masalah kesihatan yang terjejas sikit (SIKIT) Sebenarnya telah lama saya tinggalkan sikap suka ‘ME-LASER MULUT’. Sebab itu Chika nampak baik dan budiman betul all these years.
Tapi sekarang, nak me-laser sebentar. Bukan atas niat tapi kerna alam semulajadi (kesan nature kepada jiwa) Ini ada pemberitahuan berciri TAJAM (Siapa makan cili, dia pedas minum air) Pertama, SAYA TAK SUKA LELAKI BODOH. Bodoh. Dengan taraf pendidikan yang lemah apatah lagi kelayakannya menjadi pembimbing keluarga. You are not up to my standard, so get out! (Berambus sekarang!)
ENTRY EDISI KHAS UNTUK ‘MEREKA YANG TELAH MEMAKAN CILI DAN BERASA PEDAS’
Ada jugak lelaki nak pinang kau.
Hello, donkey! Kau yang tak mampu masuk meminang girlfriend kau, then shut up boleh? Kau tak boleh meminang aku pon sebab kau tak mampu okey. Please get out, please! Lagipon saya tak berminatlah karaktor anda. Selekeh. You are talking bout your ‘RM50′ t-shirt. Cheap nya. Blah boleh? Sangat annoying these guys. Tolonglah jauhi aku daripada lelaki-lelaki tak berwibawa ni.
Apsal kau nak kawen? Cepatnya? Dah habis pikir ke? Percaya sangat dekat tunang kau. Entah-entah dia orang jahat. KAH KAH KAH (semua gelak like syaitonirajim)
Itulah dia. Zaman muda-muda sibuk sangat menggelabah mencari hiburan keremajaan yang tak tentu arah. Apa dia ingat semua lelaki macam dia agaknya. Ceteknya minda. Patut pon tak masuk Universiti bagus-bagus. HAHAHA. Yes, untuk pengtahuan semua. Budak sekolah saya tak ramai pon masuk universiti yang bagus-bagus. Low education level. Masalah IQ. Patutlah aku tak pernah pacaran zaman sekolah. Sebab tak ada yang berkualiti. HAHAHA.
Atau mungkin dia ingat, saya dah mabuk dalam kepala. Pergi bertunang dengan rakan sekelas. Atau rakan satu sekolah. (no way)
Tunang kau sebaya kita eh? Kenal kat kampus ar tu? Budak course apa? Ishk ishk.. muda-muda nak kawen. Sabar-sabar lah sket.
KAH KAH KAH KAH! Soalan tipikal yang naik jemu aku nak dengar. Biasanya soalan neh aku akan reject. TALK TO THE HAND! Aku tak ada masa nak layan lelaki berhingus okay.
Sekarang kau boleh ar berlagak nak menganggur. Kang lepas kahwen, ko tahulah camne susah nak carik makan. Padan muka kau.
Okay. Saya tahu dia bergurau. Tapi kasarnya gurauan dia. Baiklah. Saya mungkin tak cukup makan kalau saya ter-kahwen dengan lelaki macam mereka. Yang hidup tak tentu arah tuju. Konon-konon dah cukup mulia lah tu sebab masih belajar. What course you are taking? Kau boleh berlagak dekat aku kalau at least kau buat Civil Engineering (bukan dari kolej-kolej murahan) atau buat Political Science (at least nampaklah tahap minda kau kan) Boleh berambus skang! Kalau pon saya tak berkahwin, saya tak pernah kebuluran pon. I have a good family indeed. Saya tak pernah menangis air mata darah untuk dapatkan sesuatu. My parents bukan macam parents mereka. Duit minyak kereta ayah saya sponsor. Duit kredit handphone pon emak saya sponsor. Saya bukan anak terbiar, mind you! Saya penganggur. Tapi saya shopping setiap hari. (apa ko nak?)
Eiii. Tak naklah kawen dulu. Enjoy dulu, nanti rugi. Muda-muda ni nak buat duit banyak-banyak.
Never mind. Itu prinsip kau. Mulia jugak prinsip kau. Tapi prinsip kau, prinsip kaulah. Tak ada menjejaskan aku. Insyaallah saya tak menyesal. Selagi keluarga restu. Pergi main jauh-jauh. Saya tak berminat mendengar kisah dating anda di Genting Highland. Tak berminat kisah boifren anda menghantar sms cinta 3 minit sekali. Tak pedulik jugak nak mencurik dengar conversation anda bersama boifren anda yang sengaja dikuat-kuatkan. I don’t give a damn, babe!
Saya memang tak pernah dating naik Genting Highland dengan tunang saya. Keluar berdua pon tak pernah. Berbalas sms 3 minit sekali tanpa henti pon tak ada. Apatah lagi berbual di telefon sampai orang lain dengar. Memang tak ada. Apa kau kata semalam? Saya neh ‘tah apa-apa’ sebab tak simpan gambar tunang dalam handphone. HAHAHAHAHA (jom gelak sama-sama kalau nak) Mereka ajar saya. Supaya tataplah gambar tunang kalau rindu. Wah wah. Klasiknya perbuatan anda. Saya tak berminat. Rindu simpan dalam hati. Kekasih tetap ada di sisi (walaupon jauh dari mata). Tuhan ada dalam hati. Menjengkelkan (annoying) betul orang-orang yang kurang ilmu ni.
Haizum (iaitu saya) akan nampak like makcik-makcik and emak-emak dalam usia 22 tahun kalau kahwin cepat. Kata mereka.
KAH KAH KAH KAH! Bukan kah anda semua lagi nampak like makcik-makcik and father-father ke? Body pon out of shape. Tahukah emak saya berkahwin usia 19 tahun? Sekarang emak saya nampak muda je. Even lebih energetic daripada mereka (si manis 22 kononnya) Keluarga saya semuanya awet muda. Insyaallah. Saya tak risau pon. KAH KAH KAH.
Nanti ada anak susah. Abeslah kau.
Honestly. I will be a proud parent. Tak akan rasa susah pon. Insyaallah.
Semoga saya tak payah jumpa insan menjengkelkan lagi. Situasi ni berbeza bila saya jumpa studiomates (UKM’s) Mereka berfikiran terbuka. They are happy and screaming like ‘aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’ bila saya first time told them that I’m getting engaged.
Aisyah said, “Bukan senang nak melakukan perkara yang baik. Lagi-lagi menyempurnakan ibadah. Sebab kat situlah datang gangguan Syaitan. Nabi sendiri pon susah untuk menyebarkan kebaikan kepada umat manusia’”
Sempat MSN chatting sekejap semalam. Lepas dengar kata-kata Aisyah tu, saya pon pergi tidur. My studiomates semua baik-baik. Mereka ada family background yang baik. Education level yang baik. Ilmu yang baik. Toleransi yang baik. Dan tak pernah menjatuhkan sesiapa. Saya harap waktu-waktu macam ni, saya ada dengan mereka.
Baiklah. Memang emosi ni. Kecik hati. Dan menyesal sebab ada kenalan yang menjengkelkan. Saya tak suka orang bergurau kasar (unless kau memang besfren aku) Don’t claim you know me just because we went to the same primary or secondary school. Tak payah bergurau atau berjenaka dengan aku kalau kau tak up to my standard. Saya tak suka dijadikan bahan gurauan oleh sembarangan orang. I am snobbish yes I am. Unless kau kenal aku lah.
Hambik kau. Saya tak berniat menyentuh mana-mana pihak yang tidak terlibat. Siapa makan cili, dialah yang akan ternganga kepedasan. Ini bukan entry bangga diri atau berlagak like ‘I am the best’. Ini entry counter attack. Kan aku dah cakap. Siapa berani attack aku, dia kenalah berani dapat serangan balas. Aku mana pernah duduk diam telan dalam hati. Ada soalan tak siuman lagi anda nak ajukan? Silalah.
Anyway, blog aku memang sensasi. Thank you for reading. Dan saya sangat BERBESAR HATI dan BERASA DIVA sebab blog neh ada stalker tegar (yang saya tak tahu dia nak apa, tapi yang pastinya berlagak like tak peduli about me tapi sibuk busybody like cacing kepanasan). Tak apalah. Lepas baca entry-entry saya yang berkualiti dan gila best semua neh, anda boleh mencebik muka. (Jeles lah tu) KAH KAH KAH. Skang, siapa yang panas? Kau ke aku?
Mungkin betul. Semuanya gangguan semata-mata. Yang menguji kekuatan hati saya. Ya Allah, jauhilah aku daripada anasir-anasir pemusnah ni. Amin.
Posted by chika under
Uncategorized Pembaca budiman,
Saya dilanda musibah.
Tapi hati saya sangat tenang kebelakangan ini.
Walaupun dalam hati sangat merindukan seseorang
Baiklah, macam poyo bukan?
Luahan hati dan perasaan memang bersifat poyo.
Rindu dan poyo tidak dapat dipisahkan.
Maafkan saya sebab muncul secara poyo setelah beberapa hari .
KAH KAH KAH. Poyo gila! Kah kah kah.
Hari ini berasa sangat gembira. Bukan kerna telah mendapat biskut cornflakes buatan Aizar (yang manis like my face, tuih) tetapi telah dapat mendengar suara Mr.Brisbane. Yang jauh di mata tetapi semakin dekat di hati. Saya sangat rindu dia. (I miss you) Saya harap waktu cepat berlalu supaya dia pon akan cepat kembali (come back to me cepat) Tetapi saya juga berharap waktu akan diperlambat sedikit sebab persiapan wedding yang sangat leceh. Itulah. Siapa suruh cerewet. Kata emak. Namun begitu, saya lega kerna baju sanding telah pon selamat hantar ke tailor. Terima kasih Mr.Brisbane. Aik? Tiba-tiba terima kasih buat dia) HAHA. Saya senang sekali menerima border lace yang bermeter-meter from UK tersebut. Punya banyak sampai saya pon menjadi haloba sebentar. Rasa nak lilit lace satu badan. KAH KAH KAH.
Kepada Syamihah Mardhiah (Kak Nurul suka nama Syamin, sedap),
Thanks Syamin sebab masih ingat dekat Kak Nurul. Masa akak dapat kad dari Jordon tu, akak memang dah terfikir kat Syamin. Tak sangka Syamin pos kad raya untuk akak. Jaga diri :) Kirim salam dekat your family (the grandma tentunya) Entah grandma Syamin ingat Kak Nurul lagi ke tak. Nanti Kak Nurul nak attach gambar kita bertiga dekat Brunei tu (with Ayu). We looked cute in black (silap tak pakai purdah je hahaha) Waktu tu kita semua muda belia lagik ewah. Rindu kat Syamin.
Macam yang telah dikatakan, saya sangat tenang kebelakangan ini. Saya ada keluarga (dan keluarga pon ada saya). Saya ada wang (walaupon tiada pekerjaan. Syukur kepada Allah SWT) Saya ada beberapa besfren (walaupon tak ramai, tapi sangat berkualiti. Mereka tunggu saya bernikah dan menimang cahaya mata. Kedengaran over dan keterlaluan namun boleh dimaafkan) HAHA. Saya ada kekuatan hati dan keterbukaan hati untuk terus menekati-NYA. Saya ada Mr.Fiance yang sangat baik hati dan memiliki sifat-sifat mahmudah (eceh) Dan yang terpenting. Saya ada Allah SWT di sisi. Syukur kepadaNYA atas semua pemberian. Sesungguhnya ketentuan jodoh dan rezeki itu hak Allah.
Ada orang pelik. Kenapa saya memilih untuk berkahwin? Bukankah terlalu cepat? Tak ada wawasan lainkah yang lebih gemilang? Saya tak tahu jawapan lain selain menganjakkan jawapan kepada takdir. Apa yang harus ditunggu lagi? Apabila kebaikan dah ada di depan mata? Saya nampak ada baiknya jalan yang saya pilih insyaallah. Saya tidak akan menyesal insyaallah. Sudah datang seorang yang baik untuk saya. Telah Allah berikan nikmat untuk menyempurnakan separuh daripada ibadah, kenapa tidak terima saja? Bagaimana kalau nikmat tersebut tidak hadir lagi? Kepada yang musykil, simpanlah dalam hati. Saya pasrah pada Allah SWT.
Saya berterima kasih kepada teman-teman yang menyokong.
Aisyah kata, “Nurul, eloklah jalan yang kau pilih. Hubungan tanpa pernikahan hujungnya adalah hubungan yang sia-sia. Yang Allah tak redhai” .
Semua mereka pon sokong. Tiada yang menjatuhkan semangat. Semua tumpang gembira. Sebab mereka jugalah saya ada hati yang sangat kuat. Tanpa belah bagi. Tanpa ragu. Tanpa takut. Kalau apapon yang berlaku kelak, kepada Allah saya berserah. Allah tidak akan memberikan kita pasangan yang silap. Cuma kesilapan itu datangnya dari kita.
Dear beloved Studiomates,
Thanks infinity. Thanks sebab berkawan jugak dengan Aizar (she’s nice I told you) And ibu kata, ibu suka kawan-kawan Nurul from UKM. You guys not only berkualiti di minda tapi sangat baik hati (eceh) Ibu kata lagi, kawan-kawan Nurul from UKM semuanya tak bongkak dan tak bangga diri walaupon kedudukan you guys sangat baik. Dan saya pon setuju. Walaupon anda semua nakal (dan saya juga termasuk sekali) tapi anda semua tak pernah ajar Nurul yang bukan-bukan. Selalu ingatkan Nurul supaya jangan lupa Tuhan. Hati saya tersentuh setiap kali. Saya sangat sayang anda semua walaupon tak pernah mencium anda secara kasih sayang sebab perbuatan tersebut sangat berciri gangguan seksual. Tak manis ditengok orang. Tapi ketahuilah, you guys memang insan-insan yang baik dan bertimbang rasa. Walaupon suka membuli dan melihat kehancuran rakan-rakan di depan mata sambil ketawa iblis. HAHAHAHA. Saya rasa, andalah rakan-rakan ter-best sekali.
Dear rakan-rakan sejawat,
Biarlah kita terus menganggur hoyeay!! KAH KAH KAH. Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Asalkan bila kais dapat makan, kira okey lah tu. HAHAHAHA. Releks Astri. Ko tetap juara. Kerna kau dan Aizarlah aku jadi berteman. Kalau tak, mati kataklah aku di sini.
Dan saya memang tenang betul kebelakangan ni. Saya merasakan sebuah kehidupan yang sempurna. Walaupon sering saya katakan betapa kesiannya saya menjadi penganggur, itu cuma sebuah bahasa-basi. Sebenarnya dalam hati sangat sempurna. Tidak pernah berasa kehidupan yang lebih sempurna daripada apa yang dilalui ketika ini.
Dear you,
I miss you. I am happy that you’re going to start working tomorrow . I rindu kat you ni tapi I ditimpa musibah pula. Dugaan betul. HAHA. I dah start menghitung hari. Untuk kepulangan you. Untuk the big day. HAHA. I went to your house yesterday (meeting the mother and the wedding planner), but I couldn’t see you around. Sedih betul. Selalu you yang bukak pintu dan menyambut kami. Eceh. Okaylah, jom make it short. I miss you very much. 11 days dah since our last meeting. Few months to go. Cannot wait. I am improving myself to be a better me. Erk.
I masih baca kisah Yusuf dan Zulaikha. I tak boleh stop. I admire kisah tu. Setiap malam akan tidur memeluk buku tersebut (yang you bagi) Call me crazy, tak apa. Thanks for coming into my life. And thanks for making the better me :) I dah tahu macam mana akal berfungsi untuk menyelamatkan manusia ke arah yang lebih baik. Dan bagaimana menggunakan emosi secara berpada-pada.
Pelik lah bukan Chika neh? Tak lah pelik. Cuma luahan rasa (yang poyo) Pathetically poyo, perdon a mi (maafkan saya) KAH KAH KAH (ketawa berdekah dekah dengan ayat sendiri memang perbuatan yang pelik tapi praktikal)
Thanks Aizar sebab membenarkan aku memperlakukan bilik kau neh macam bilik sendiri. Dan menggunakan internet dengan bernafsu sekali. Saya berasa kerinduan terhadap pelbagai perkara. Salah satunya, saya rindu blog saya. Tapi tak apa. Musibah ini akan berakhir. Insyaallah.Terlalu banyak kejadian yang berciri musibah beberapa hari ini. Namun sedikit pon tidak mencacat celakan diri. Malah tidak menjejaskan apa-apa.
Maaf sebab blog terdiam beberapa hari. Ditimpa musibah la katakan. HAHA.