Archive for October, 2008
Posted by chika under
Uncategorized Anda kena tengok bukti bahawa Chika sebenarnya memang comel (ehem)

Selain memiliki tapak kaki saiz 3 setengah, saya juga mempunyai jari kelengkeng (apa jenis jari kah sangat buruk nama dia) yang kelihatan macam tidak cukup zat. Tapi sebenarnya cukup. Saya selalu terpinga-pinga (and kept wondering) tentang apakah sudah jadi dengan tapak kaki dan jari kelengkeng saya. Mungkin zat-zat makanan yang saya makan tak lalu ke kawasan tapak kaki dan jari tersebut. Apa pon dalil dia, sebenarnya Allah telah menciptakan Chika menjadi sangat comel kah kah kah. Dan jari kelengkeng tersebut boleh digunapakai semasa dalam kesusahan. Contoh dia ; Membuat muka lima sen sambil mengangkat jari kelengkeng untuk menagih simpati orang lain semasa dalam kesusahan.
Tapi kalau orang tengok pergelangan tangan aku, memang tak jadi nak menabur simpati sebab kelihatan sangat sihat berkhasiat. Sebuah tangan yang cukup nutrien.
….
….
….
Okay.Eloklah kalau saya mengaku cepat. Sebenarnya saya tak ada modal entry! Sudah dua hari neh memang habis modal. Mungkin kena keluar bersosial dengan teman-teman untuk dapatkan modal. Atau anda ada modal untuk disedekah? Sedekah lah sekarang.
Cara-cara sedekah modal :
Hantarkan komen secara sopan santun.
Contoh : Chika, apakata semasa Chika ketiadaan modal entry, Chika tuliskan tentang resipi-resipi terkini untuk memikat perut suami. Contoh! Jangan kau berani bagi cadangan macam neh sebab nanti saya akan membagi resipi memasak orang. (dan orang tersebut ialah anda) Err.
Memang habis modal dah neh. Macam mana tak habis, sudah berminggu-minggu duduk dalam rumah menghadap Astro dan bermain Tekken 5. Ilmu paling tinggi pon yang dapat ditimba pada hari ini ialah ilmu berdansa. Itu pon dapat dari Sehati Berdansa. Itupon bukan sebab nak sangat ilmu tersebut. Tapi sebab rancangan tersebut melibatkan Fahrin Ahmad, terpaksalah Chika ikut campur. (Fahrin pergilah keluar sekarang ikut tingkap. Sangat menyusahkan aku) Eh eh. Chika ni dah kenapa?
Macam mana nak ada modal. Kebelakangan neh asyik sibuk mengemas sana sini. Nak buat majlislah katakan. (kontroversi bukan?) Anda jangan histeria dulu. Bukan nak buat majlis esok pon. Esok Deepavali. Kalau Chika berkahwin pada hari Deepavali, bukankah mencetus komedi nama dia? Never mind. Chika dan adek-beradek sangat sibuk. Dan esok pon akan sangat sibuk membuat muruku dan tolong pecahkan kelapa guna senapang (KAH KAH KAH) Esok kena mengemas TIGA BILIK! Huyyo. Sekarang sila jadikan saya idola anda. Sebab? Sebab Chika akan kemas TIGA BILIK esok. HAHAHAHAHA.
Memang habis modal sudah. Tapi jangan worry. Tanpa modal pon saya tetap boleh menggoreng entry. Cuma anda lah rugi. Sebab telah ter-spend waktu membaca penulisan yang sebenarnya tak payah baca pon tak apa. Err. Macam anda rugi dan Chika tak terjejaslah bukan?
Posted by chika under
Uncategorized counting crows-accidentally in love (download)
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Modal memang tak berapa nak ada. Disebabkan tak ada modal tapi nak memperdagangkan sesuatu juga, terhasillah produk yang aneh sikit. Untuk membunuh waktu without senapang, saya menterjemahkan lirik lagu ini dalam versi Bahasa Melayu. Well, Chika kan cinta mati pada bahasa ibundanya. Apa kau ingat main-main ke? Memang cinta ni. Cuma Dewan Bahasa dan Pustaka je belum faham-faham lagi kecintaan saya yang macam nak mabuk ni. Bahasa Melayu memang indah dan kadang-kadang boleh dijadikan seloka semasa bosan.
Seseorang (entah siapa tah) telah jatuh cinta kepada lagu ni. Saya pon telah terjatuh cinta kepada lagu ni secara kemalangan (atau kebetulan sepatutnya) Saya harap lirik versi Bahasa Melayu ini cukup untuk dijadikan modal entry. Nah, kalau boleh nyanyi sekali dalam Bahasa Melayu. Kau tengoklah, buruk tak buruk hasilnya. KAH KAH KAH.
Mengira Gagak – Jatuh Cinta Secara Kemalangan
Jadi dia mengatakan apakah masalahnya, baby
Apa masalahnya saya tidak tahu,
Baiklah, mungkin saya sedang dalam cinta (cinta)
Berfikir tentangnya setiap masa,
Saya memikirkan tentangnya,
Tak boleh berhenti berfikir tentangnya.
Berapa banyak lebih panjang ia akan ambil untuk mengubati ini,
Hanya untuk mengubatinya sebab saya tak boleh abaikannya sekiranya ia adalah cinta (cinta)
Membuat saya mahu berpusing keliling dan menghadap saya,
Tapi saya tak tahu apa-apa tentang cinta.
Meh sini, meh sini,
Pusing lebih laju sikit,
Meh sini, meh sini,
Dunia akan ikut selepas.
Meh sini, meh sini,
Sebab semua badan adalah selepas cinta.
Jadi saya kata saya adalah sebuah bola salji yang berlari,
Berlari ke bawah ke dalam musim bunga yang datang kesemua cinta ini,
Cair di bawah langit biru,
Membelit cahaya matahari,
Cinta yang bergemerlapan.
Baiklah baby, saya menyerah.
Kepada ais krim stroberi,
Tidak akan pernah berakhir dengan semua cinta ini,
Baiklah, saya tidak bermaksud untuk melakukannya,
Tapi ianya tiada jalan keluar daripada cinta awak.
Garisan-garisan cahaya ini,
Bermakna kita tak pernah bersendirian,
Tidak pernah bersendirian, tidak, tidak.
Meh sini, meh sini,
Bergerak rapat sikit,
Meh sini, meh sini,
Saya nak dengar bisikan awak,
Meh sini, meh sini,
Selesaikan ke bawah dalam cinta saya.
Meh sini, meh sini,
Lompat tinggi sikit,
Meh sini, meh sini,
Kalau awak rasa lebih ringan,
Meh sini, meh sini,
Kita pada suatu masa sedang dalam cinta.
Kita dalam cinta secara kemalangan.
Dalam cinta secara kemalangan (7 kali)
Secara kemalangan.
Saya dalam cinta, saya dalam cinta,
Saya dalam cinta, saya dalam cinta,
Saya dalam cinta, saya dalam cinta,
Secara kemalangan (2 kali)
Meh sini, meh sini,
Berputar lebih ketat,
Meh sini, meh sini,
Dan dunia menjadi lebih terang,
Meh sini, meh sini,
Hanya dapatkan diri awak ke dalamnya.
Cinta … saya dalam cinta.
Banyaknya ‘meh sini’. HAHA HUHU HEHE.
Pengumuman : Sila tonton blog saya dengan Mozila Firefox untuk tontonan yang indah. Sila tonton juga dengan Mozila Firefox kalau teringin menghantar komen (sebenarnya jangan takut menghantar komen sebab it wont hurt) Komen tidak boleh dibuat melalui Internet Explorer (berdasarkan laporan yang kerap diterima). Blog juga nampak buruk sekali dalam IE. Malah template menjadi sangat jahanam. Senang cakap, blog saya anti IE. IE pon anti blog saya. Chika pon sekali anti IE. Belum tahu lagi IE anti Chika ke tak. Gunalah Mozila Firefox. Sebab ia musang!!! Dan berapi!!! Bukankah nama saja sudah gagah? Gerunlah bukan?
Kalau belum ada menternak musang berapi, boleh ternak percuma dari SINI. Tak payah bagi makan. Ternak je. Musang ni sangat advance. Dan sangat organized.
Posted by chika under
Uncategorized Sedang shopping-shopping like makcik-makcik (bersama emak) di sebuah supermarket, iaitu sebaik sahaja keluar daripada lorong tuala wanita (ehem), seorang lelaki menoleh sebanyak dua kali.
“Haizum!”
Dia teruja.
“Hey!”
Saya teruja sikit. Sebab tak sangka dia teruja. Okay, situasi dia macam ni ; saya teruja sebab dia teruja nampak saya.
“Err… nak borak dengan kau. Tunggulah kejap,”
Dia ajak berborak di depan lorong penjualan pinggan mangkuk. Saya kata okay sebab dia misteri. Sebab dia misteri, saya jadi terkejut jeng je jeng sebab dia mengajak saya berbual. Padahal sangat aneh. Baiklah, sebenarnya saya berasa aneh sebab dia mengajak saya berbual sedangkan selama ni dia tak pandai berbual. kalau cikgu tanya dia tak jawap. Kalau saya ejek dia ‘Ma*y**g’ pon dia tak da marah. Tu dulu. Masa sekolah. Sekarang saya belum tahu apa akan jadi kalau saya ejek dia ‘Ma*y**g’. Silap hari bulan makan selipar dia. KAH KAH KAH.
“Ma pergi counter” kata emak dan bergegas ke counter.
Perbualan ringan. Eh eh. Manusia memang boleh berubah dalam sekelip mata. Kalau tak kelip mata pon, manusia boleh berubah juga. Err. Memandangkan nurulism.com ialah sebuah blog yang sangat glamour (watdehel) jadi tak payahlah bersusah payah bercerita secara detail. Nanti dihidup rakan-rakan yang kurang siuman… keluar pula topik : Haizum kan, dia kan, tuliskan, pasal Ma*y**g dalam blog diaaaaaaaaa. Dan mungkin akan disambut oleh suara-suara puaka yang lain : Iyerr???? Suka sangat si Haizum tu tulis cerita rakan-rakan dalam blog.
Kau keluar sekarang!
Mana pernah Chika menulis tentang orang lain. ( JARANG ) Kecuali cerita orang lain ada kaitan dengan cerita saya. Kalau tak ada kaitan, jangan harap nama kau atau cerita hidup kau dapat jamah slot blog aku. Anggap je blog neh macam papan iklan tepi highway. Tidak boleh sesuka-suki-suku mentayang muka kau secara percuma. Eh eh. Macam naik angin ni dah kenapa? Well, jiwa muda memang suka memberontak tah apa-apa. KAH KAH KAH
“K selalu tanya pasal kau,”
Shit.
Nasib baik nombor yang anda dail sudah ditamatkan perkhidmatannya.
Keluar sekarang!
Posted by chika under
Uncategorized Catatan Jumaat Chika :
- Bangun pagi emak kejut. Emak kata abah suruh sediakan dokumen-dokumen untuk apply X dan membuat Y. ( find X and Y ). Eceh, soalan Add Maths.
- Emak suruh mandi kalau tak mandi jangan makan. Sebab nak makan, pergilah mandi. Sebab kalau tak mandi jangan makan. Lepas mandi pon pergi makan (Sebenarnya saya boleh putar belit ayat ni sampai membentuk sebuah entry sepanjang 152 cm. Iaitu sama dengan ketinggian Chika)
- Selepas mandi, macam yang dijanjikan … makan! Eat my sarapan Kueu Tew (aku tensyen betullah apsal aku susah sangat nak eja Kueh Tiau! Kue Tiau pergi berambus skang!) Kalau tak percaya pergi tengok. Ada TIGA jenis ejaan Kue Tiau yang telah saya buat. Sebab saya tak tahu yang mana satu ejaan yang betul. Anda bulatkan jawapan yang betul tolong. Terima kasih sebab tolong bulat.
- Kuew Tiau sedap. Terima kasih Mak Yang sebab pandai masak makanan yang susah nak eja neh. Mak Yang masak semua sedap. Saya harap tak lama nanti saya pon pandai memasak makanan sedap untuk suami dan tentunya untuk saya sendiri. Bakal suami, sekarang tolong tersenyum depan komputer sebab akan dapat bakal isteri yang ada hajat nak memasak sedap-sedap (dalam hati). Senyum depan komputer sahaja, jangan senyum depan awek Sepanyol di kawasan kejiranan. (ayat berwarna merah. Sila faham-faham sendiri apakah peranan warna merah dalam ayat tersebut) HAHAHAHAHAHAHA.
- Selepas makan, minum nescafe panas dan kemudiannya menumpahkan jus mangga di atas meja. Jangan lupa lap kembali air yang tumpah sebelum dilihat oleh emak. Kalau dilihat oleh emak, nanti dileteri macam nasib Cinderella. Selesai mengelap air yang tumpah, saya menapak beberapa langkah ke depan untuk mencari alat kawalan Astro. Hallamak! Tak payah tulis secara terperinci.
- Tak jadi tengok Astro sebab abah suruh siap. Hendak pergi berkahwin. (huh????) Ewah ewah. Senang-senang je kau nak pergi berkahwin padahal tunang kau belum balik. KAH KAH KAH. Sebenarnya bukan pergi berkahwin. Tetapi pergi mendaftar kursus kahwin.
- Pergi mendaftar kursus bersama Astri. Ibubapa yang bawakan kami (macam kanak-kanak didaftarkan ke taska) Sangat gembira sebab hendak pergi kursus kahwin. Jangan kata kursus kahwin. Apa-apa sahaja yang berciri kahwin memang menyeronokkan.
- Setelah mendaftar, kami pon pulang dengan gembira. Sambil berjalan dan membetulkan tudung pada cermin bangunan. Hallamak! Mungkin orang dalam bangunan usha kami macam nak telan. Tapi tak apa. Remaja memang cintakan cermin.
- Petang-petang pula saya meluangkan waktu untuk berbual dengan lelaki. Memang sengaja membuat ayat kontroversi di sini. Berbual dengan Mr.Tunang dari jam 5.30 petang (waktu tempatan) hinggalah jam 9 malam (pon waktu tempatan). Berbual sampai habis modal. Selepas habis modal, kami pon meminta diri masing-masing. Saya bagi balik diri dia kepada dia. HAHA.
- Setelah Mr.Tunang memintak diri dan saya membagi dirinya kepada dia sendiri (Chika, kau neh takda ayat yang lagi senang kah?) Saya pon memblog entry ini dengan ikhlas.
- Selepas menyudahkan point nombor 11 ini, saya pula akan memintak diri. Sebab sudah sampai ke acara penutup sebuah kehidupan hari Jumaat. Acara Membuta Tuli. Aik? Apakah pula acara membuta tuli neh? Tidur lah.
Chika nak pergi membuat acara Membuta Tuli sekarang jugak.
Posted by chika under
Uncategorized Bila penterjemahan bahasa menjadi sangat Melayu, penjahanaman bunyi akan terjadi.
Perkataan Header telah dijahanamkan menjadi Peng-kepala.
Sesuatu yang melampau.
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingin mengkongsikan sikit cerita peng-kepala blog saya (my blog header) untuk blog lama (nuruloveme) Sangat jahanam. Bila disebut dalam Bahasa Inggeris, bunyinya sangat perfect. Bila dipindah ke dalam BM (Bahasa Mak) bunyi dia sangat menjengkelkan. Nasib baik Bahasa Melayu ialah bahasa Ibunda mengikut Perlembagaan. Ia dilindungi oleh Perlembagaan Negara. Baiklah. Sempena hari Jumaat penuh barakah ini, saya akan menulis secara Bahasa Melayu sepenuhnya. Bersedia untuk mabuk dan menahan pemberontakan dalam kepala, semua! Kemasukan (entry) yang Chika tulis sepenuhnya Bahasa Melayu akan dibantu oleh Cikgu Muthu. Lepas ni boleh telan Actifast (Akti-Laju dalam Bahasa Melayunya iaitu sejenis Panadol). Tengok. Perenggan pendahuluan pon sudah cukup membuat anda pecah kepala. HA-HA-HA.
Sebenarnya, kemasukan ini berciri tak ada modal. Iaitu ditulis semasa penulis ketiadaan modal karya. Atau dalam kata lain disebut BUNTU atau dalam kata yang lebih lainnya, MISKIN IDEA . Namun begitu, sila tengok kaki (see the leg ) Chika sangat berbakat dalam berkarya blog. Dia tetap boleh berkarya walaupun tanpa modal idea. Disebabkan ketiadaan modal, kali ini saya akan membawa anda (eceh, seperti kakak membawa adek-adek beriadah tepi taman) melihat-lihat sesuatu yang dinamakan peng-kepala blog.
Saya telah menulis blog sejak berada dalam tingkatan 4. Ketika itu menulis bukan di blogspot kerana belum kenal blogspot. Kemuncak karya saya (ewah, macam anak seni bunyi dia) dianggap bermula semasa saya berpindah ke blogspot. Blogspot memang sesuatu yang berharga bagi saya sebab di situlah saya menjalani proses pra-diva. Setakat ini anda faham? Kita pergi ke perenggan yang lebih rumit.
Pada ketika itu (tahun 2002 kalau tak silap saya. Kalau silap tak payah betulkan) saya tak pandai buat peng-kepala blog secara sendiri. Jadi saya merembat orang punya. (Macam yang anda juga pernah lakukan mungkin) Antara peng-kepala yang pernah saya rembat orang punya ialah :
Yang ini.

Saya tak tahu kenapa saya sangat tak malu memakai gambar ini sebagai peng-kepala. Tapi remaja baru nak jadi memang suka cari pasal. Saya pon sama. Setelah beberapa orang suruh Chika tukar imej peng-kepala (kerana menurut mereka imej ini memberangsangkan padahal macam tak berapa memberangsangkan pon) saya pon tukar. Waktu itu saya hanya penulis baru nak jadi. Jadi terpaksa memegang prinsip ; Pengunjung Sentiasa Betul (Visitors always right). Sekarang kau jangan harap aku nak pegang prinsip tu lagi. Sebab prinsip telah dikemaskini mengikut kesan waktu dan kematangan.
Prinsip Pengunjung Sentiada Betul telah dicampak jauh dan digantikan dengan prinsip :
- Penulis sentiasa betul.
- Sekiranya penulis salah, kena rujuk kepada perkara nombor SATU kembali.
- Terbentuklah polisi diktatoriat secara automatik.
Seterusnya.

Siapa kata Chika sentiasa meng-hijau dan tiada toleransi dengan warna lain? Chika tak ada masalah dengan warna. Saya pernah memerahjambukan blog saya. Saya juga pernah mengungu. Tapi memang sering menghijau. Membiru tidak akan sama sekali. Kenapakah? (Kenapa suka bertanya kenapa?)
Seterusnya,

Ketika itu, saya menggunakan tema ‘dansa’. (Sehati Berdansa? ) Bukan. Itu program Astro tak ada kena mengena dengan Chika walaupun Fahrin Ahmad menjadi pengacara rancangan. Aik? Fahrin Ahmad? Macam ada kena mengena dengan Chika pulak. Tak apalah. Kita kena fokus kepada kisah peng-kepala bukannya melencong ke topik Fahrin Ahmad (walaupon sebenarnya ada hati nak membuat 3 perenggan untuk Fahrin Ahmad) Fahrin Ahmad, keluar sekarang!
Lagi,

Sangat hijau. Atau dalam kata lain, HIJAU GILA. Peng-kepala ini merupakan antara peng-kepala yang paling saya suka. Sebab? (Tak payah bagi sebab).
Peng-kepala lain yang pernah dipakai dalam blog Chika ialah :

Banyaknya CHIKA ! Ketika membuat peng-kepala ini, saya sedang dalam serangan NARCISSISM. Sangat bercinta dengan diri sendiri sampai berasa muka sendiri sangat cantek dan tanpa hati perut telah menggunakan muka sendiri secara banyak. Malu lah bukan perbuatan tersebut? Disebabkan secara tiba-tiba berasa malu dengan perbuatan sendiri yang seolah-olah menyanjung muka sendiri, saya pon tak menggunakan peng-kepala ini dengan lama. Sangat sekejap memakai peng-kepala ini.
Oleh hal demikian, saya tekad tak mahu memperdagang muka dengan rasa kecintaan terhadap diri sendiri yang banyak. (Nanti kesian orang lain muntah darah) Saya pon menggunakan bayang-bayang lelaki aneh seperti peng-kepala di bawah :

Anda semua sangat kenal peng-kepala di atas bukan? Sekiranya anda mengikuti saya dari NURULOVEME. Kalau baru mengikuti, mungkin tak pernah tengok. Peng-kepala ini digunakan semasa saya mentemakan blog secara warna-warni dengan konsep urban. Dan pada ketika itu, blog saya sangat cantek (KAH KAH KAH) Tapi setelah menggunakan tema tersebut selama lebih setahun (iaitu tema paling lama saya pernah pakai sebab dikatakan cantek lah tadi bukan?), saya pon menukarnya kepada tema yang ada sekarang di NURULOVEME iaitu yang berimej :

Peng-kepala ini pernah dipertikaikan sebagai gangguan seksual ( apalah kau ni cepat sangat terkena tarikan seksual. Tak faham aku) Tiba-tiba pada ketika itu, saya terpegang kembali prinsip Pengunjung Sentiasa Betul. Saya pergi membuat peng-kepala baru supaya blog saya yang suci (sesuci kanak-kanak menyusu dengan ibunya selama dua tahun) tidak dikaitkan dengan gangguan seksual (Oooo… kau bila isu macam neh tahu pulak nak sensitif) Namun begitu, peng-kepala baru yang saya buat berciri masalah moral pula. Iaitu semacam pusat menjual dadah terkemuka dunia.
Saya hanya pakai peng-kepala berciri ‘masalah moral’ tersebut selama tiga minit sahaja. Sebagaimana yang boleh dibaca kisahnya di SINI dan SINI. Tiada siapa pon pernah melihat peng-kepala tersebut secara penuh. Bahaya kalau digunapakai dalam blog. Silap-silap aku kena dakwa (Ha, tahu takut!)
Tauladannya di sini : apa sahaja yang anda perjuangkan, anda tulis, anda gunapakai dan anda ketengahkan dalam blog anda perlulah menepati piawaian tertentu (supaya anda tidak kelihatan ketinggalan) atau terkeluar daripada tarikh (outdated). Anda sebagai tukang blog perlu memenuhi tuntutan nurani pengunjung (selagi anda tidak menggadaikan maruah dan ego anda. Kita kena berlagak bagus dan betul supaya tidak diperlekehkan oleh pengunjung) KAH KAH KAH. Dan perkara paling penting, haruslah sensitif dengan isu moral dan isu masyarakat yang lainnya.
Eh eh Chika tu membagi tazkirah macam dia tak pernah ajar orang buat yang bukan-bukan je!
Memang pon aku ajar kau yang bukan-bukan. Yang kau pergi ikut sapa suruh? KAH KAH KAH.
Err. Bukan macam tu.
Tahukah bahawa kesan penulisan anda kadang-kadang membagi impak kepada pembaca? Semasa menulis, jalankan IQ anda secara berterusan supaya penulisan anda tidak menyumbang ke arah keruntuhan moral dan menggugat sensitiviti masyarakat dalam hal tertentu. Macam saya. Telah ter-buat peng-kepala berciri gangguan seksual dan keruntuhan moral. Saya minta maaf kepada masyarakat. (Aik?) Ah. Gila kelakar perbuatan meminta maaf kepada masyarakat. Padahal keruntuhan masyarakat bukan salah aku!
Sekarang sila tengok tengah. Peng-kepala (Tapi bukan pada posisi kepala) saya untuk nurulism.com ini berciri nasyid. KAH KAH KAH. Tapi ada terselit muka sendiri yang menggambarkan sifat kecintaan kepada diri. Baiklah! Esok saya buang muka saya yang terselit di sebalik pelangi. Saya letak muka Fahrin Ahmad. (nak kena belasah?) HAHAHA. Woi, biarlah muka saya kat situ! Ini blog Chika, bukan blog Fahrin Ahmad. Fahrin Ahmad, keluar sekarang!
Aik? Tadi kata tak ada modal idea.
Memang tak ada pon. Kalau tengah bermodal, lagi panjang tulisan ni.
Saya sudahi dengan HA-HA-HA.
Petang nanti kalau ada modal saya blog lagi!
Kalau tak jumpa modal, saya menggoreng blog macam biasa.
Posted by chika under
Uncategorized Jam 11.11 malam.Nombor satu yang bertuah (Lucky number one).
Sepatutnya sudah pergi tidur lah bukan? Bukan. Sepatutnya jangan bermain internet lagi lah bukan? Bukan. Sepatutnya pergi cuci kaki, basuh muka dan menyapu krim-krim kewanitaan ke muka lah bukan? Bukan. Sepatutnya pergi main Tekken 5 di bilik budak-budak lelaki sampai joystick dia hancur la bukan? Ye betul.
Tapi memandangkan sudah jam 11.11 malam, nanti ibubapa marah kalau membuat bising.Bermain Tekken 5 memang bising. Sebab kenapa kena bising :
- Bila sekali dapat rembat kaki pihak lawan, kita akan menjerit ‘whoaaa!’. Nanti abang rumah sebelah susah nak tidur. Sikap yang tidak murni mengganggu tetangga pada waktu malam.
- Bila menang kena berdiri dan bergolek Arab sikit untuk menyakitkan hati pihak lawan. Sambil bergolek akan membuat bunyi-bunyian. Sampai pihak lawan sakit hati dan rasa nak bakar kakak dia hidup-hidup.
- Kalau kalah, pon akan bising juga. Iaitu marah tengking-tengking tak tentu pasal. Contoh : Tak guna punya joystick! Tekan-tekan tapi tak functioned. Apalah joystick neh! Kalau bukan dek sebab joystick buat hal, mesti dah menang. Biasalah. Bila kalah akan menyalahkan joystick. Padahal memang kalah secara adil dan saksama. Joystick sangat ta berdosa.
- Sambil fighting, mulut akan memberi sound efek bantuan. Contoh : Dush dush! Iaitu bunyi efek tumbukan. Padahal tak payah buat dengan mulut. Memang bunyi tersebut sudah siap ada dalam program game tersebut. Semasa menterajang pula, kena buat efek bunyi like ; Hiarght! Belum lagi efek bunyi semasa menggunakan kuasa super.
Tekken 5 memang sebuah pertarungan sengit yang menggelikan hati. Watak super pilihan Chika tak lain tak bukan mesti NINA. Kenapa kena pilih Nina :
- Nina, muka dia macam cantek jugak. Jadi kita akan memainkan satu watak super yang cantek.
- Body Nina cantek. Sangat seksi dan mengghairahkan. (sebenarnya point ni tak penting sangat tapi kena beritahu)
- Chika pandai memicit kombinasi button yang betul untuk mengeluarkan kuasa sakti Nina .
- Kalau guna Nina, Chika mesti lagi mudah menang.
Saya harap adek saya akan beli Tekken 6 atau Death by Degrees. Macam sengit je. Bagaimana pula dengan bermain game berciri pendekar? KAH KAH KAH.Pendekar 6 (game neh tak ada tahu!)

Err. Tak berapa tahu apakah sebab dia sampai menulis tentang game Tekken. Tapi memang Chika suka main game Tekken. Chika suka game yang boleh bagi dia menang saja. Telah mencuba bermain game Naruto sebanyak err.. sekali. Sangat susah dan semacam tidak boleh menang dengan banyak. Baik tak payah. Bermain game dan tumpas merupakan ciri-ciri loser. Kita mesti bermain dan menang. Sebab itu jugalah Chika hanya bermain Tekken 5, Street Fighter, Bejeweled, Colorlinez, Internet Reversi dan Solitaire (aik?) KAH KAH KAH. Ke enam-enam game yang disebut di atas ialah game yang pasti Chika menang. Yang pihak lawan akan menangis sebanyak satu sungai kalau berjaya kalahkan Chika. Angkuh gila bukan?
Sebenarnya bermain game bukan aktiviti berciri keruntuhan moral. Keruntuhan moral ialah budak-budak sekolah yang ponteng sekolah dan pergi ke pusat permainan video dengan memakai baju sekolah. Tahukah kenapa kita kena bermain game? At least sehari beberapa jam. (Bukan secara berjam-jam straight) Gaming akan membantu perkembangan IQ. Tak kiralah apa-apa game kau nak main. Selagi nama dia gaming, dia pasti membantu perkembangan IQ anda. Nak lagi cepat berkembang IQ, mainlah game perang. Seperti yang Haikal selalu main aku tengok. Bukan setakat IQ berkembang, jantung pon boleh berpecah belah dan kepala boleh bercerai-berai dari badan. Sangat mencemaskan.
Aik? Ni Chika kah punya entry?
Pandai pulak Chika menggoreng entry gaming.
Err. Sebenarnya Chika pandai menggoreng apa-apa saja.
Termasuklah menggoreng anda.
HAHAHAHA.
Haikal kata : Sejak Ayong pandai main Tekken 5, Joystick kita macam nak hancur dah. Dia punya tekan tu, kalau boleh dia nak tekan sampai berkecai Play Station kita.
Joystick! Stik kegembiraan!