Selamba Yaya
Jawapan dia pastilah berciri self-centered. (Narcissistic tentunya) Err. Berciri mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi juda. Well, come here! Mari sini. Saya akan bawakan anda ke sebuah entry iklaneka.
Kenapa saya suka blog saya?
- Tentunya sebab ia adalah blog saya (bukan blog anda).
- Ia adalah karya sawan saya yang sangat asli. Tidak pernah mentiru orang lain. Tidak pernah menciplak karya orang lain. Apatah lagi meng-kopi-pasta (perkataan asal : copy-paste) tulisan orang lain. Tidak sama sekali. Baik buruk entry saya, ia adalah 100% keluaran bumiputera (eceh) Sekejaplah. Macam sangat cinta kepada otak sendiri secara tiba-tiba. Well. Menjengkelkan bukan? Janganlah berasa ter-jengkel-jengkel. Bukankah anda sudah biasa dengan perangai ‘macam bagus’ penulis? KAH KAH KAH.
- Blog ini merupakan sebuah blog yang sempurna. (kedengaran riak?) Baiklah. Saya menguasai blog saya sendiri ( Iaitu boleh menjadi garang dan mengherdik pembaca kategori sampah. ) Mempunyai dua ruang berbual-bual yang dijana oleh Msjbox dan juga Shoutbox. Sangat tamak. Sekali dua dipakainya. Bukan sengaja mempakai dua. Well. Chika mana pernah membuat perkara tanpa sebab. Memang kena pakai dua. (Sebab? Jangan tanya sebab) Layout blog sungguhpun bukan dibina secara sendiri, tetapi telah diubahsuai sampai kalau boleh, nak musnahkan semua sisa baki idea asli ‘layout owner’. Tapi tak apalah. Belum ada peruntukan masa yang jelas untuk meng-Dreamweaver.
- Blog ini sudah melengkapi keperluan internet saya secara ngam-ngam. Tidak lebih dan tidak kurang. Tiada kandungan membazir pada side bar. Tiada memasang aksesori blog yang berciri aksesori semata-mata. Tiada muzik tentunya (genius). Jangan sentap. I am talking about the quality of my blog. Nothing to do with you. Sebab err… Chika tak berapa suka mengambil tahu apa orang lain buat dengan blog dia. Walau engkau nak letak 8 lagu secara serentak macam disco pon saya takda peduli. Apatah lagi mempertikaikan seni-seni anda dalam blog anda. Anda pon jangan terjejas dengan kritikan orang. Jangan membuang muzik pada blog anda hanya kerana pengunjung menyatakan kerunsingan mereka tentang muzik tersebut. Kalau anda memang suka men-disco-kan blog, buat saja. Err. Chika memang tak suka. Sebab kalau membaca tidak boleh diiringi muzik. Jadi kalau blog anda bermuzik, pertama sekali saya akan mencari dari neraka manakah punca muzik tersebut dan click STOP (yang bersimbol empat segi squarepants tu) Kalau tak jumpa punca bunyi, saya akan mendengar saja lagu tersebut seolah-olah sedang menikmati iTunes sendiri. (Dan pastilah tak ada membaca entry anda sebab kena mendengar lagu) Atau kalau tidak ada mood nak mendengar lagu, saya pon akan mengundurkan diri dari blog tersebut secara terhormat. Bukankah senang? Jadi jangan risau. Buat saja apa anda mahu dengan blog anda. Kalau mahu letak bom atom pon boleh. Engkau punyalah. Bukan orang lain punya.
Eh eh. Bukankah ini entry tentang ‘kenapa saya suka blog saya’ ? Kenapa pula secara mendadak telah menjadi semacam entry ‘mengkritik blog orang’ ? Err. Sebenarnya saya paling tak suka membuat entry mengkritik blog orang. Sebab semacam tak payah dibuat kritikan tersebut. Err. Tapi cubalah membaca kembali perkara di atas. Niatnya bukan mengkritik. tetapi memotivasikan blogger sekalian supaya yakin dengan perbuatan sendiri dan terbitkanlah kuasa luarbiasa secara penuh pada blog anda. Jangan termakan sangat dengan kritikan orang. Tapi kena ingat jugaklah. Chika takda suka mengkritik macam bagus. Tapi kalau berasa runsing dengan persembahan sesebuah blog tu, saya pon takda hati sangat hendak pergi mengulang-alik ke sana. HAHA. Perkara biasalah bukan? Tahukah, bukan susah sangat hendak membuat orang berasa senang dengan blog anda. Sangat mudah. Tak perlu entry bombastik. Tak perlu menjadi Superstar. Tak perlu menjadi ahli falsafah ala-ala Shakespeare. Tak perlu sesi dekorasi blog secara meriah macam pesta ranggoli. Tak payah. Antara blog favorite aku : TOK RIMAU. Tanpa aksesori blog yang bukan-bukan. Tanpa muzik disco. Tanpa ayat-ayat lyke dis yeww aww ok lew tuw. ( Warning : Jangan menulis ayat-ayat gedik. Orang jemu membacanya kelak) Anyway, saya telah membaca blog Biskut Tiger tersebut sejak lebih empat tahun (kalau tak silap) Lagi satu, berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa tetapi ada juga menimpa pengalaman (sebanyak satu timba), entry berbaur emosi silalah kurangkan. Contoh : hari ni aku bengang namampos!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! damn! boleh pegi mati ar dia tu aku benci dia dow!! . Contoh ha. Dengan melakukan perbuatan ini dalam entry secara kerap, anda bukan saja akan digelar sebagai blogger emo, tetapi juga menampakkan tahap IQ anda yang tak berapa nak tinggi. Terima kasih.
Berbalik kepada isi entry yang bersesuaian dengan tajuk.
- Blog ialah tempat saya (dan bagi anda juga) untuk menulis sesuatu yang berharga (dan kadang-kadang yang tak berharga juga) sebagai simpanan masa hadapan. Jadi ia perlu dipelihara sama macam anda memelihara harta pusaka anda. Sebab nanti hendak diturunkan kepada anak cucu cicit. Oh. Jadi maksud dia … blog ini akan diturunkan kepada anak cucu cicit? Bukan macam tu maksud dia. Mungkin anak cucu cicit tersebut dapat membaca kembali kegirangan zaman muda saya yang pada ketika itu mungkin sudah bertitle ; Datin Seri (kalau bernasib baik). Atau mungkin bertitle Nenek saja. Watdehel? Atau mungkin pada ketika itu, saya pon sudah tiada lagi dalam dunia yang fana ini (entry ni sedih jugak eh)
- Saya suka blog saya sebab blog saya telah menggembirakan orang ramai. INI SEBENARNYA ISI KLIMAKS DIA. Tak percaya? Pergi baca testimonials tepi dinding sana. Dan boleh baca pada Guestbook ini. Bila mengetahui ada orang sangat seronok dengan tulisan kita, kita pastinya akan berasa lebih seronok daripada orang tersebut. Sekurang-kurangnya, kita rasa terberangsang untuk terus membahagiakan orang lain (eh eh. Ikhlasnya ayat ni kau!) HAHA. But seriously, I am happy to make you happy (tagline iklan) Can you just imagine. Anda telah membuat orang lain gembira dan ketawa hanya dengan sebuah entry. Sebuah keajaiban yang sangat dihargai. Baiklah. Memandangkan Chika tak berapa pandai membuat ayat penghargaan sekapur sirih, jadi saya akan ucapkan ; Saya sangat gembira dan terharu secara tak berapa nak faham setiap kali anda menyatakan bahawa penulisan saya telah memenuhi kebosanan anda yang bosan. Tak tahu bagaimana ia berlaku atau apakah telah saya lakukan. Macam saya tidak melakukan apa-apa selain menggorengkan entry. HAHAHAHAA
- Blog merupakan sebuah kegembiraan. Saya jenis yang duduk dalam rumah. Kuantiti waktu untuk bertemu kawan-kawan sangat terhad. Apatah lagi untuk membuat kawan (iaitu berkenalan dengan kawan baru) Tapi, dengan adanya blog, saya tidak bimbang lagi (cis, ayat iklan gila! berambus skang! HAHAHA) Melalui blog pon boleh berjumpa manusia-manusia baik dan perihatin. Biasanya, bangun pagi saja saya akan terus menyemak peti komen saya. Dengan membaca komen apatah lagi menyaksikan aksi-aksi blogger yang kecoh di peti komen cukup membuatkan saya tergelak terbahak-bahak. HAHAHA. Seriously tak tipu (memang tak tipulah hayyoh!) Kadang-kadang saya berasa terhibur dengan aksi separuh masak semua orang. Dengan pelbagai ragam. Berebut komen, ejek-mengejek, hina-menghina, tak puas hati, berlagak siapa bagus, main kotor dan terbaru idea menumpang komen (lepas tu kena halau dengan fisrt place winner) KAH KAH KAH .Bukankah sangat mencuit hati? Sebab itulah saya sayang blog saya sebab ia menjadi sumber kegembiraan buat saya.
Terima kasih. Entry ini dibuat tanpa niat. Telah terhasil secara selamba.
Kenapa saya suka blog saya? Sebab blog saya dijana atas nama saya sendiri yang macam ada chance dikomersialkan itu. HAHA. Nurulism.com. Namun begitu, harus berterima kasih kepada Tuan Manager. Saya ingin menjemput kesemua orang (selagi anda orang, anda dijemputlah maksud dia) ke blog baru (yang memang baru bukan calang-calang punya baru) Dan kali ini, penulis tersebut telah menampilkan kembali dirinya di dalam blog. Dengan menulis kisah-kisah hidupnya kembali. Dengan itu, saya merasmikan upacara memakan-makan blog Mr.Kay. Silalah bawa diri ke blog beliau dengan cara terhormat sekali.Boleh bukak kelab lumba komen di sana. HAHA. Anda suka kan lumba komen? Kan? Kan? Bukan ka? :P




October 31st, 2008 at 5:08 pm
err
mrkay Reply:
October 31st, 2008 at 5:19 pm
cisss!~~ takpe.. ini cubaan mereply komen 1st.. kire menumpang yg 1st la.. hahaha
chika Reply:
October 31st, 2008 at 5:24 pm
ko jangan main tumpang2 weh. nanti kena serbu ngan semua orang. HAHA
yonnaism Reply:
October 31st, 2008 at 5:25 pm
tiada peraturan tumpang yg 1st ok!
HAHA
sila cuba pada entry yg lain :))
hooray~
Zul Reply:
October 31st, 2008 at 6:06 pm
sy mau menempek pada tempat pertama
chika Reply:
October 31st, 2008 at 6:28 pm
aku tak tau.
mintak izin yonna dia sudi kongsi ke tak. gagaga
yonnaism Reply:
October 31st, 2008 at 6:31 pm
aik?
apa kes ni?
haha.
tp takpa.
sebab kamu semua penumpang ja hahaa..
prirority penumpang utk mereka2 yang berlawan2 jadik pengkomen pertama je.
mr k,zul dan kakak erni.
kite je lah yang berlumba pun kan? haha
takpelah.sebab kalian kawan2 baik hati,
utk entry ni saya benarkan kalian tumpang haha
chika Reply:
October 31st, 2008 at 6:34 pm
wa baiknya hati dia.
(nangisssssss)
haha
yonnaism Reply:
October 31st, 2008 at 6:38 pm
untuk entry ini sahaja
hahaha
erni@cepotet Reply:
November 4th, 2008 at 3:29 am
yeay! walaupun terlambat komen tetap nama masuk senarai penumpang.
wekk wekkk kat orang lain sambil lambai lambai tangan kat pengomen di bawah. uiit.. siapa kat bawah? saya di atas ni. tumpang komen pertama. hahahaha.
yonnaism Reply:
October 28th, 2009 at 3:21 pm
ya allah chika.rindunya nak main komen2 first ni T______T
ni zaman u anak dara.
gila rindu!
October 31st, 2008 at 5:10 pm
1st?
yonnaism Reply:
October 31st, 2008 at 5:24 pm
yeay!!!!!!!!
chika Reply:
October 31st, 2008 at 5:24 pm
bukan! ngahahahahahaha
October 31st, 2008 at 5:26 pm
bestlahh tips2 n segala tulisan yg ada kat sini..boleh tinjau slalu ni..huhuhu
chika Reply:
October 31st, 2008 at 6:30 pm
Hi Ijat.
Terima kasih dan gunalaha apa yang bernas, tinggalkan ilmu yang tak bernas. hehe.
October 31st, 2008 at 5:39 pm
erk..terasa bila part men-disko kan blog tuh..hik hik hik..
chika Reply:
October 31st, 2008 at 6:31 pm
eh jangan terasa dulu.
kita kena yakin dgn apa kita buat.
kita sgt berkuasa dgn blog sendiri.
haha.
:P
October 31st, 2008 at 6:16 pm
chika,i nak komen panjang ni :)
1) karya sawan u mmg sangat best tp malangnya saya ada jumpa few of bloggers gunakan trademark mcm u selalu buat. pity them :)
kalau sangat terpengaruh pun dengan tulisan u,tak perlulah sampai nak spell pun sebijik mcm u.malangnya identiti mereka sangat tak berkesan.
2) ya, i pun rasa blog ni dah perfect. pasal shotbox 2 tu. haha.i pon pakai 2. sebab musabab nya, kadang2 server msjbox down.takpun msjbox lambat loading.tu la function shoutbox lg 1 :)
3) i pun tak suka bubuh lagu kat blog i. cuma time raya tu ja :) tp yang boleh buat i rasa nak bakar blog polan si polan ni, bila takda button stop! kene pulak lagu tak best. oh,sangat memotong mood utk komen :D
4) i tak kisah blog mereka2 lambat loading sekalipun asalkan jgn lah entry bersifat ejaan mcm u sebut *tuw,akuw,yew,jew,lyke,tyme,apew* sungguh i nak muntah darah kat blog mereka. biarlah buat ayat muthu sekalipun,. tp jangan rosakkan ejaan. bila nk baca tu sampai muncung2 mulut. apa kes? huh
4) entry emo. haha.i penah kene label sbg blogger emo,dulu. lepas i kene ceramah dengan someone ni,terus i jarang sangat letak bab2 emo ni unless bila i betul2 down.ye lah,takkan entry nk happy je kan? plus,dulu org xde masuk blog i. takde komen.i hentam la nk tulis ape je. but now,err since dah ramai kawan2 dalam blogsphere ni, tak nak dah entry emo2. haha.
5) ya lah chika.besides harta pusaka selain rumah dan kereta (i’allah),blog ni pon antara harta pusaka yang tidak ternilai..i rasa mcm nyawa kedua i ja blog ni.even entry2 kita nampak mcm budak tak matang ke,tp tu semua idea bernas kita.kalau kita tak appreciate.sape lg kan? :)
6) utk point ini i nak u menangis sebanyak 2 batang sungai,bukan satu mcm u selalu buat. to be honest mmg blog u telah menggembirakan i dari u guna peng-kepala strawberry tu,sampai la ke domain jajahan u sendiri. truly said lg,cara u goreng entry u tu mmg sangat seronok.i baca 4x pun i gelak dengan kadar yg sama. ada yang sampai i gelak sampai keluar air mata. sebab u goreng ayat kaw-kaw punya. mmg u tak sumbang apa pun tapi sekurang-kurangnya ada benda yang i akan ingat (entry2 u) bila i teringat kat u. (dengan lagu yang pernah-estranged) tenkiu chika for make my day! (tetibe sedih lak)
7) blog u mmg salah satu sumber kegembiraan i.haha sangat seronok bermain2 tektik kotor dan berlumba2 komen dan juga menghina secara nakal kat kotak komen ni. dengan mereka2 yang best,mr.k,kakak erni,zul,dan mereka2 yang menumpang komen pada pengkomen yang pertama! hahaha sangat gila!!!
8) i suka blog mr k skang dr dulu.blh jugak jd medan pertempuran top commentator :p haha
chika Reply:
October 31st, 2008 at 6:32 pm
yonna, kalau u update blog u… dah selamat dapat satu entry. haha.
geli hati i baca komen ni. Tapi komen nombor 6 potong stim ar. Buat sedih plak tetiba. HAHA.
thanks yonna sebab baca, dan selalu ada di dalam blog ni membuat meriah. hehe
DieyLa Reply:
October 31st, 2008 at 11:15 pm
yonna ni rajen betol komen panjang-panjang kat blog chika.
ni jeles ni!
haha~
eyh.
hye tuan rumah!
nak pnjam ayat yonna gak la.
u make my day!
u boleh jadi pak lawak kot.
eh kalau pompuan ape ek.
mak lawak la ek.
eh macam kelakar.
eh pape la.
i tgh blur ni.
haha~
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:33 am
i nak jadi pil gembira boleh? hehe
October 31st, 2008 at 6:17 pm
omg!!komen i mcm nk sama pjg ngan u! haha
chika Reply:
October 31st, 2008 at 6:33 pm
jap
nak sama panjang ngan I ke,
atau sama panjang ngan entry I?
lain tu.
ngahahha :P
yonnaism Reply:
October 31st, 2008 at 6:38 pm
tuh la.i salah taip
nak sama panjang ngan entry u :P
October 31st, 2008 at 6:41 pm
takmo ckp banyak la.. blog chika mmg best..tiap2 jam pun sy refresh blog nih..ape lagi cik chika, nangis terharu la sekarang….
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:33 am
dah nangis 2 kolam ni
October 31st, 2008 at 6:59 pm
hr tuh dh dpt 2nd.igt kn lps ni kl komen lg dpt 1st..tp ni dh jtuh ke tnge no brape.ngueh2.
k nurul mmg mmpunya konfiden level y tngi..he heh.sbb brani ckp blog die smpurna..ha btol lah tuh.tahniah2.
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:34 am
bukan setakat konfiden. perasan pon tinggi jugak ni. haha
October 31st, 2008 at 7:28 pm
karyawan? karyasawan? new term. i like
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:35 am
oh tq. term baru. karyasawan. ok jugak.
October 31st, 2008 at 7:32 pm
aksi berebut sapa komentar pertama tu mmg mencuit ati. :p
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:36 am
chika ni kadang2 gelak sampai kuar air mata.
October 31st, 2008 at 9:30 pm
erm. tok rimau. chika dah pernah jumpa? mcm mana dia dlm blog, camtulah dia kat luar,kih kih kih
adoi, mengingatkan tok botak tu buat kita nak gelak guling-guling,ahahaha
err, di harap tok rimau tak jumpa komen nih. kalau tak, takdelah lagi istilah makan free,hi hi hi
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:37 am
belum pernah. walaupon beberapa kali dia ajak gi maskara. ajak join GT. malangnya belum berkesempatan jumpa dan berkolaborasi.kesal tak join GT
i mmg suka tulisan dia.
kim salam kat beliau.
October 31st, 2008 at 11:27 pm
if you dont mind i would like to invite you to become one of my follower…have a good day
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:38 am
okay. i’ll drop by at yours
November 1st, 2008 at 12:31 am
hui..lambat berkali ganda neh..
entry nih basi ka tidak??
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:40 am
tak basi sgt.
boleh panaskan
November 1st, 2008 at 3:38 am
chika memang rajin mengarang blog..
bagus2…
truskan usaha anda..
pasni kita buat silibus cara2 mengarang blog yg menarik utk budak2 sekolah..
keh3…
memang x gemar dgn org yg menggunakan ayat2 gedix itu..
x perlu rasanya utk mgambarkn kegedixan mereka…(haha…jahat jugak tangan aku nih menaip…diharap x menyinggung byk pihak)
all the best for chika’s blog!!
p/s: Blog yg ni xde nama ke? dulu ada yang nama dia Beylo…keke
yonnaism Reply:
November 1st, 2008 at 10:20 pm
beylo dah mati.
kesian.
:(
atinne Reply:
November 2nd, 2008 at 12:58 am
kenapa Beylo mati?
ish3
chika Reply:
November 2nd, 2008 at 1:42 am
nanti i buat kelas goreng blog utk pelajar lepasan spm. haha. rosak kang anak bangsa. :))
beylo ka?
dia mati tapi tak berkubur
haha
atinne Reply:
November 2nd, 2008 at 1:48 am
benda online mana de kubur eh…
nape xde orang wat kubur virtual??
kahaha..apa punya soalan da…