Mengidap Mutasi Gen X-Men

Mengikut perancangan semalam, ada 6 agenda. Tapi telah membuat 3 (sahaja). Bermakna setengah sudah buat. Lagi setengah belum dibuat. Tapi alasan sudah siap dibuat. (Well, orang pandai memang pandai mengambil kesempatan untuk buat alasan) Kita mulakan entry kali ini dengan menyemak alasan dulu :
- Gambar berukuran passport (yang kononnya mengharap muka lebih elegant tersebut) tak jadi ambil. Memang dah pasang niat tak mahu bergambar pada hari ni. Sebab dia, hari ini telah mempakai tudung yang salah. Iaitu tidak sesuai dengan baju. Kalau digambarkan, akan berciri elephant. Padahal saya nak berciri elegant. Alasan neh semacam okey jugak la bukan?
- Payment tak dapat dibuat kepada kompeni kad kahwin tersebut. Sebab dia : Telah terlupa password Maybank2u. Esok akan pergi menghubungi Maybank tersebut untuk memohon-mohon (aik? Macam merayu la pulak) password yang baru. Sudah bersusah payah mencuba-cuba password. Lain kali janganlah membuat password yang aneh sangat. Contoh password aneh : J1ranS3b3lahSukaM3ng0rat. Bukankah sangat susah dan tidak praktikal? Contohlah. Err. Chika memang suka membagi contoh. Sebab dengan contohlah, anda akan membaca sambil mengimaginasi. Perfect gila.
- Furniture pula tidak dapat dipindahkan pada hari ini kerna Chika telah disahkan mengidap sejenis penyakit. Setelah doctor diagnose penyakit tersebut, Chika telah hilang motivasi diri. Meratap sepanjang hari. Tak lalu makan, tak lalu minum, tak lalu mandi dan tak lalu-lalang. Well. Ini barulah alasan nama dia. Kaw-kaw punya alasan. HAHAHA. Aik? Apsal ketawa kah? Bukan bergurau neh. Memang betul ni Chika telah mengidap penyakit. HAHAHAHAHA. Aik? Gelak lagi. (Kau keluar sekarang!)
PENYAKIT ANEH BUATAN SENDIRI
Ingatkah yang saya pernah menyebut tentang tangan kiri berciri cacat? (Siapa berani panggil atau melabelkan aku cacat, siap kau! Aku tendang kau keluar dari blog neh. Sumpah dan aku berikrar akan halau kau secara dramatik) Hanya saya sendiri yang boleh menyebut kelemahan diri secara negatif. Orang lain tak dibenarkan. (Warning neh. Kau jangan main-main dengan aku)
Never mind. Sebenarnya bukan cacat. Cerita dia is like this ; Pada sebulan yang lalu (not exactly one month) saya telah mendapati ada benjolan kecil dekat pergelangan tangan. Sakitkah? Sakit. Besarkah? Kecil. Apakah tu? Tak tahu. Oleh sebab tak tahu apakah itu, saya pon menganggap kejadian benjolan tersebut tak lebih dari sekadar mutasi gen serpihan X-Men. Baiklah saya akan cuba untuk tidak memotong stim penceritaan sendiri. HAHA. (Hiarght hiaght! Chika kenapakah sangat suka melencong cerita?) Never mind. Saya pikir mungkin itu cuma angin. Saya picit-picitlah secara kasih sayang (maklumlah, kaya dengan kasih sayang)
Sejak seminggu yang lalu, Mak Yang pon tersedar bahawa benjolan tersebut telah membesar. Aik? Benar-benar mutasi gen serpihan X-Men kah? Saya pon semacam mula cemas. Apakah benda tersebut? kenapakah membesar? Ada baby kah di dalam pergelangan tangan tersebut? Aik? Aik? (Dan sangat banyaklah sound effect berbunyi Aik) Mak Yang (yang sebenarnya lagi kaya dengan kasih sayang berbanding Chika) telah pon mengurut pada benjolan tersebut pada setiap malam tanpa berasa jemu.
Namun hasilnya tetap sama. Mutasi gen tersebut tetap membesar dan mungkin tak lama lagi akan menetas mengeluarkan telur raksasa. Manalah kita tahu kan. Apa-apa pon boleh terjadi dalam dunia saintifik neh. (eceh. Filem fiksyen betul) Pagi tadi, semasa bersarapan … emak saya berkata “Eh eh! Besarnya!!!”
Satu meja pandang ke saya. Emak terus mempegang tangan kiri tersebut. Dikuti oleh Atok. Atok passing ke Mak Tok. Dan kemudiannya Mak Yang merampas. Goal! Huyyoh. Like football match only lah my tangan. KAH KAH KAH. Semua orang pon menjadi cemas dan mentakut-takutkan Chika.
By the way (isi ni terlupa nak tulis). Semalam Aizar datang rumah mengunjungi Chika yang nazak (eceh. Over tau) Aizar pon telah menegur benjolan tersebut dan membuat cerita yang menakutkan saya. Aizar kata ; Kau pergi jumpa doctor weh! Kang makin besar, boleh sebesar bola golf. Nanti kang kena operate.
Apalagi, berpinar mata dibuatnya mendengarkan perkataan operate tersebut. Gila kah? Mana pernah aku kena operate. Paling dahsyat pon doctor pernah buat kat saya ialah men-scan perut. Itu pon rasa nak koma je dalam hati. Saya memang ngerilah dengan semua kes yang melibatkan campur tangan doctor neh (Doctor boleh keluar sekarang! Huyyoh! KAH KAH KAH)
Berbalik kepada penyakit. (ewah)
Petang tadi, emak dan Mak Tok (nenek saya) telah membawa saya ke klinik kawan bapa kami. Emak bawak saya tapi saya yang memandu sendiri. Maksud dia, saya telah membawa diri sendiri ke klinik lah bukan? Sekarang, saya akan membawa anda ke situasi dalam klinik.
Doctor : Ha, Nurul. Ada apa lagi ni? Demam final exam?
Nurul : Hehe. Bukan.
Emak : Dia dah grad pon.
Doctor : Oh. Okay. So, apa masalahnya?
Nurul : Ni (sambil menunjukkan tangan kiri tersebut yang semacam unta)
Doctor : Oh. (diam lama dan pegang tangan saya lama-lama. Carik ilham agaknya)
Nurul : Mula-mula kecik je. Sekarang dah besar.
Doctor : Kalau picit sakit ke? (dan terus picit sekuat-kuat hati dia)
Nurul : Sakit (kalau ikutkan hati, aku teriak dah. Apa akallah aku dlam klinik)
Aik. Takkanlah saya kena menceritakan setiap butir perbualan pula. To cut the story short ;
Doctor : Kes ni dinamakan Ganglion Cyst. Iaitu terdapat lendir pada sendi pergelangan kamu.
Nurul : Bukan angin ke? (eh eh Chika ni pandai melawan Doctor)
Doctor : Bukan. (seperti menahan ketawa tapi tidak boleh ketawa sebab kena professional menangani pesakit yang lucu dan menggelikan hati seperti err… seperti siapa-siapalah)
Nurul : Kasi ubat paling berkesan, doctor. Sebab saya takut tangan saya buruk.
Doctor : HAHA (akhirnya dia gelak jugak dan professionality dia tumpas di tangan Chika. HAHA) Tak ada ubat. Nak tak nak kena operate juga.
Tercengang aku.
So. Saya kenalah membuat operation minor tersebut.
Nurul : Doctor, nanti takda kesan parut ke? Buruklah tangan saya nanti.
Doctor : HAHA (gelak lagi) Tak adalah. Sikit je nanti dia buat.
Emak : Dia takut nanti masa nikah orang nampak tangan dia berparut.
Doctor : Nikah?? Siapa nikah? Ni nak nikah dah? Oh. Din dah nak ada menantu la ni?
Pulak dah. Termasuk cerita lain pulak. Err. Sekarang cuba anda kenalpasti. Apakah persamaan di antara Doctor tersebut dengan Chika? HAHA. Dua-dua pandai melencongkan cerita! KAH KAH KAH.
Okay. Mari kita kembali ke pangkal jalan.
Sebenarnya saya telah membuat keputusan untuk membiarkan dulu benjolan tersebut. Sebab belum bersedia untuk membenarkan tangan kena belah. SAngat negri. Lagipon saya tak boleh lah tengok kejadian-kejadian semacam ni. Ngeri kau! Aku belum cukup motivasi diri neh.
Tapi atok kata tadi : Esok aki bawak pergi hospital. Esok buat operation tu. Bukan apa pon. Sikit je. Kang dibiar, jadik besar kat tangan kau tu.
HAHA. Maknanya, esok akan ke Pantai Medical Centre berjumpa Orthopaedic Surgeon yang telah dicadangkan oleh Doctor Razak (Doctor klinik yang saya pergi siang tadi). Aku tak sukalah bedah-bedah ni. Tak puas hati pon ada. 22 tahun aku menjaga diri dengan sangat baik supaya takda dibedah atau diusik oleh jarum mahupun pisau mahupun laser atau apa-apalah perkakas berciri pembedahan tersebut.
Baiklah. Chika ialah seorang patient sekarang. I love you, Doctor (Aik? Tiba-tiba) Ye lah. Doctor yang akan menyelamatkan Chika ni. HAHAHA. Macam nak kena belasah la bukan Chika neh. HAHAHA.
Balik dari klinik, pergi Tesco. Selepas itu membodek nenek supaya belanja saya dan emak makan. Waktu itu terlupa yang diri ialah seorang pesakit. Bila sampai rumah, baru ingat balik bahawa diri saya ialah seorang pesakit (macam menarik la pulak) HAHA. Tiba-tiba semua kesakitan pon keluar. Online dan mengadu kepada Mr.Tunang. Dia pon berkata dengan kasih sayang ; Itulah. You banyak sangat main game Tekken. Cis. Caring betullah tunang aku neh. Selepas itu dia pon menambah : You ni buat I risau. Tak boleh tidur I sejak semalam bila you kata pasal tangan you tu. Eceh. Ayat-ayat cinta bukan main lagi. Oh, risau eh? HAHAHAHA. Risau sangat sampai mengantuk. KAH KAH KAH.
MALAM PULAK.
Ketika kami sekeluarga sedang makan malam… Ijat balik membawa tangan kirinya yang berdarah-darah dan luka. Sampai emak saya tak jadi makan. Sampai Mak Yang pucat lesi berlari kejar Ijat. Dia eksiden jatuh motor. Satu keje malam ni satu rumah mengisahkan tangan kiri Ijat pulak.
Aih.
Apakah itu Ganglion cyst?
A ganglion cyst (also known as a bible bump) is a swelling that often appears on or around joints and tendons in the hand or foot. The size of the cyst can vary over time, often becoming more inflamed if irritated. It is most frequently located around the wrist and on the fingers.
Bacalah SINI dan untuk membayangkan keadaan yang menimpa saya, sila tengok imej nombor 2 pada laman Wikipedia tersebut.
Sekurang-kurangnya kejadian ini telah :
- Membagi modal untuk Chika memblog ilmiah.
- Menjadikan entry ini sebuah entry ilmiah secara perubatan (eceh)
Baiklah. Pesakit kena tidur indah sekarang.




October 30th, 2008 at 12:12 am
urm
yonnaism Reply:
October 30th, 2008 at 12:21 am
eieieieiie!!!
bluwekkkkkkkkk :p
erni@cepotet Reply:
October 30th, 2008 at 12:24 am
hahahah. lalalalala.. :p
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:33 am
Kakak ejek Yonna heh???
hahahaha
erni @ cepotet Reply:
October 30th, 2008 at 1:21 pm
ahahaha. bkn ejek tapi yonna kan suka blueekk kan orang number 1. seronok plak menyakat kali ni. hahahaha. :p
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:33 am
sori yonna i takleh buat apa. :P
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:32 am
waha. kay berjaya juga. semalam dia sentap ngan aku. HAHA
yonnaism Reply:
October 30th, 2008 at 1:49 pm
takpe.kite selang seminit je incik K.
haha..
jgn seronok sangat ok.
HAHHAA..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:43 pm
tu dia :P
October 30th, 2008 at 12:13 am
1st kah?
mrkay Reply:
October 30th, 2008 at 12:20 am
tidak! hahaha
Zul Reply:
October 30th, 2008 at 12:22 am
gelak hoho untuk mrkay.. huhu untuk yonna..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:34 am
puas la ati zul kan yonna tertewas sket. YONNA, ramai orang dengki kat you. HAHA
yonnaism Reply:
October 30th, 2008 at 1:45 pm
what the hell?????? waa
namaku diperkotak katikkan!!!
erni@cepotet Reply:
October 30th, 2008 at 12:23 am
hahahahahah. gila jahat. replykan on behalf.
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:36 am
kak erni pon join sekaki.
semua suka bila yonna tewas heh?
Yonna, len kali jgn tewas!
HAHAHA
yonnaism Reply:
October 30th, 2008 at 1:45 pm
i akan bukak blog u sejam sekali.
titik! haha
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:34 am
kah kah. jahat gila ko
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:33 am
bukanlah sayang :-s
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:36 am
bukan senang wo nak kalahkan Yonna.
yonnaism Reply:
October 30th, 2008 at 1:46 pm
kali ni i tertewas dengan org kuat blog u la..
grrr
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:44 pm
dia sentap tu semalam. :P
sebab dia kalah, dia merajuk tak sudah :))
October 30th, 2008 at 12:16 am
nak bagi komen
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:36 am
silalah.
haha.
tak payah mintak izin :P
October 30th, 2008 at 12:17 am
bagi komen secara sawan sekali lagik..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:38 am
mula dah dia naik sawan :p
October 30th, 2008 at 12:17 am
giler busuk hati dan dengki terhadap orang lain…i tak kesah..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:40 am
tak pe. ni tak dikira dengki. Ko nak tgk dengki tu camne? Ko gi tgk kat komen pertama dan kedua. itu baru nama dia dengki. HAHAHA. Sakit perut aku gelak dgn aksi dorang berebut tempat. KAH KAH KAH.
October 30th, 2008 at 12:20 am
ok, seperti yang akak cakap kat YM, akak rasa maybe sebab penggunaan mouse yang terlalu lama. opis akak ni, raaaaamaaaaaaai kena operate kat situ sebab doktor kata, bendalir apekebendantah tu and reason dia sbb mouse tu la. (sian tikus dipersalahkan). hiks.
akak tatau sangat hal perubatan ni tapi better gi je operate dik. risau gak kan. tapi, kalau akak pun, takut woooooo.. :p
skrg, ada jual mousepad yang ala ala gebu tu kan, lepas ni, tukar pakai yang camtu k?
take care adik. :)
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:42 am
ha ah. boleh jadi jugak kot.
sbb dia jadi disebabkan tindakan yang sama berlaku ke atas sendi yang sama. Jadii lendir terkumpol something like that chika pon tak tahu.
tapi kes chika ni. Jadi sbb chika sellau tido membengkokkan wrist dan letak tgn bawah dagu (kat leher) sebenarnya mmg suka buat camni. Mmg tabiat. Dan mesti tgn kiri yg akan buat camtu.
thanks kakak.
:)
mrkay Reply:
October 30th, 2008 at 8:58 am
oh ha.. baca komen kakak erni ni baru terigt yg aku blaja masa sem 1 diploma dulu.. nak guna mouse dgn keyboard ada cara kedudukan tangan yg betol.. kalo tidak, efek nye mcm yg ko kene dan ade yg sampai tahap efek pada tulang.. banyak dah kes mcm ni berlaku.. kdg2 aku pon terasa sakit kat pergelangan tangan.. risau gak.. tp kerja aku mmg 100% bergantung pada keyboard dan mouse.. takleh lari.. :(
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:11 pm
They are believed to be caused by overuse of a specific joint.Ganglia are especially common in people who perform repetitive or strenuous activity with the wrist, including artists, weight lifters, rowers, waiters, milkers, tennis and golf players, and musicians like guitarists and marching cymbals.
-source : wikipedia.
so betullah. engkau dan kawan2 kau pon berisiko mengidap ganglion cyst. ehehe.
October 30th, 2008 at 12:21 am
okeh, komen secara betul..weyh, btol la kene operate kan??aku dah kate kan kat ko?samakan dengan ayah gwe?jgn tunggu lelama tahu??hish,ko merisau aku jugak!dengar ler ckp aki!kesian tangan kecil mu..nanti aku melawat engkau tahu!isk2,aku story kat ibu,ibu pon risau..ibu suh gi check..esok pepagi aku akan story kesah nih kayt seluruh keluarga!jadi boleh melawat ko secara beramai-ramai..
aku risau neh..isk2..walaopon minor surgery..nnt boleh melihat benjolan tersebut keluar(uii,sgt ngeri..usah ko tengoklah)
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:44 am
betul pon apa ko kata. sama cam kes ayah. Aku takutla kalau dia membesar cam yg jadi kat ayah tu.
huyyoh. esok ko nak sebarkan kat seluruh keluarga? apsal tak sebarkan kat seluruh wilayah persekutuan? Biar semua melawat aku di rumah. eceh. cam sakit terlantar teruk jek. KAH KAH KAH.
jgn lupa menziarahi aku bawak buah tgn tau. HAHAHAHAHAHAAHAH
eii…ngeri ke? aku ngeri la. aku bukan kuat semngat tgk benda2 camni. Taadi tgk ijat berdarah jatuh motor pon aku dan terkehek-kehek. Kuar air mata. Aku seriau. Ayah kata sakit tak surgery ni
October 30th, 2008 at 12:24 am
weih.. takut den jadi cam benjolan2 plak.. maybe nanti kluar kuku wolverine ke.. mane tau.. tapi satu je la.. buat korek idung.. haha..
*maaf gelak besar, sebenarnye tensi sebab tak dapat komen no satu. aisshhh*
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:45 am
mungkinla kalau dibiar akan keluar kuku hebat wolverine. macam best la bukan? tapi takpela. tak berapa nak kuku tersebut. saya sanggop gi bedah. hahaha.
mastakilla Reply:
October 30th, 2008 at 8:11 am
zul..kes chika sama ngn kak sal zul..
die pn ade benjolan tuh..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:12 pm
siapa kak sal?
mastakilla Reply:
October 30th, 2008 at 2:07 pm
kak sal anak ateh..
ala anak buah mak ulong tu..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 2:39 pm
oooo.yang duduk ujung kampong tu kan? depan umah ada kolam itek. belakang umah kolan renang. kan?
mastakilla Reply:
October 30th, 2008 at 4:50 pm
bkn kolam renang la..
tu IWK..kikikiki
IWK kan slalu ujong2 kampung
Zul Reply:
October 30th, 2008 at 2:09 pm
hehe.. sy dan mastakilla adelah sedara dan kami sedang mengumpat akak sedara kami yg bernama kak sal.. dalam masa sama, mengumpat cik chika sekali.. hahaha
chika Reply:
October 30th, 2008 at 2:40 pm
ngumpat la sila.
biar nanti pahala korang berdua lari ke aku. haha. time kasij
October 30th, 2008 at 1:00 am
kelakar lah chika nie.. sakit2 pun leh uat lawak… leh masuk pertandingan raja lawak nie… yeahhh.. vote for chika.. lu tak payah pikir sendiri..kekekek
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:13 pm
erk. Tak nak a masuk raja lawak. sbb chika memang tak suka raja lawak. ngahahahahaha :P
lu takyah pikir ar sendiri! biar chika pikirkan. eceh.
October 30th, 2008 at 1:13 am
erk..sebab kene bius,takla rasa agaknya. tapi ayah nye benjolan tuh dah besau bola pingpong..ko nye very small,so, xler saket kot(cewah,aku memandai je,walopon riso)..
aku nak bagi tau seluruh KL nih,tp kang dorg sebok dtg umah ko,xdapat aku ngap-ngap anggur..xley2, biar aku je datang..wahahaha..
yela2,aku bwk buah tangan,tp ko kene operate dulu ok??jadi ke esok??
ijatnye tangan ok x?die jatuh sendri ke hape?aduh, adek ko tuh da mcm adek aku.. nak kene ijat neh, dah la nak SPM,hish..sian tangan beliau! abah ngan ma marah x die??
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:16 pm
oh. bola pingpong eh ko kata. Aku dah ubahsuai ayat ko menjadi bola golf. HAHAHA.
meh ar datang umah makan anggur. ko tau tak ada ragam baru dalam umah ni. Ijat yang ajar. Seblom makan anggur, bekukan anggur tu dalam freezer. Pastu makan anggur beku. Mula2 aku muntah ko tau tgk dorang makan. Pastu malam aritu aku try. Uyyo. Sedap. Cam buah kurma sejuk yang jual kat Jabbal Rahmah (makkah) nak try? meh ar sini.
gagagagag.
Teruk tgn ijat tu. Abes kulit terkoyak panjang. Darah banyak gila semalam sampai abah naik pening (abah kan fobia darah) tapi anak punya pasal, abah ngan makyang bertungkus lumus ubatkan dia. Suh gi klinik dia tanak. ijat kan kuat gayat.
kaki pon kena. teruk ah. memang teruk. seb baik muka takda apa2.
aiza Reply:
October 30th, 2008 at 9:15 pm
haahah,lebih kurang je besar bola pingpong ngan golf..waaaaaaaa,tak penah try..ijat tu tau ler die nak jd chef,ade jela dienye resepi ek..baiklah,aku dtg umah ko nanti,hui..terliur sy..tp ko operation next week kan?kene tunggu nextweek baru ley dtg..hari apakah?baru cite kat ibu je,yg lain xtau lg.ibu pon suh laju2 operate..
ijat..ijat.hish..nnt ckegu dtg,siapla die kene lecture dgn sy(cewah,bajet baik punyaa)..abes la scar nnt,xpe2..belikan gamaton,mesti okeh..seb baik muke xde apa2,kalo tak,awek larii..isk2,sian abah..eh,aku pon hemophobia gak..
kem slm syg kat ijat yer..
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:46 pm
ko try ar anggur beku. leh tahan gak sedap. KAH KAH. Ijat ar. Dia kan suka ajar adek beradek dia benda yg bukan2. Yang kakak neh pon ikot jaaaaa cam takda akal. HAHA
seb baik kan tak kena apa2 kat muka dia. Kalau tak awek bernama N tersebut pasti lari. HAHA.
October 30th, 2008 at 1:27 am
dulu ayah wat kat hospital ampang(erk..doktor razak tuh klinik yg kat depan puteri park ke?)kalo btol, die gak yg advice ayah suh operate yer..suh gi hospital ampang(time mule2 dibuka,ade pakar dari HKL tak silap aku)..skang ntah ler idak tau..pantai medical tuh, adek aku da abes practical lak,kalo idak senang bebenor ade zarul.
wish u good luck, moga2 scar tuh comel2 gitu okeh?jgn risau,selawat,bismillah bebanyak..dah operate msg aku ok?
aduh,aku lak yg seriau neh,aku kalo psl operate2 neh,rs nak pengsan pon ada.ish2..si zarul tuh nampak je camtu,tapi tulang tekeluar cam wolverin pon die layan siap snap2 gambo.. tak paham2
i lap u!
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:19 pm
ha ah. Doctor Razak tu la. Oh ayah buat kat hospital ampang eh? Ok ke hospital tu? Ke kelam kabut cam hukm? ngahaha. aku tak penah jejak langsong hospital ampang tu walaupon … err. KAH KAH KAH. Lepak kat McD depan hospital ampang selalu la! HAHAHAHAHAHAHHAHAHA.
ada scar tak tgn ayah? Buruk tak? Berapa cost surgery? RM2000+ is it?
aiza Reply:
October 30th, 2008 at 2:09 pm
dokter yg sama rupenye..mmg best dokter tuh..ahaha,aku suka dokter tuh tp jarang jumpe sbb dulu lagik suke jumpe pharmacist yg hensem kat depan paragon tuh.hahah..
1st bukak ok aku rs,sejuk nyaman..skang mcm dah tak baru,xtau la..maybe kelam kabut mcm hukm gak..hahah,aku pon tak penah jejak weyh,ayah+ibu je cite,kejadahnye nak ke situ.gagaga..kalo ade dokter hensem boleh gak melawat–>gatal giler keterangan nih..err,hahah.ko pon tak perlu ke situ juga nnt kene bius,aik..lepak depan mcD lagi lazat sambil makan eskem.
tuh hospital kerajaan ler yang,tak ler ribu-ribu..dalam ratus je,tak mahal la..sbb dokter razak yang bg surat rekomen ke situ..ayah mintak,sbb taknak kat hukm..gagaga..
memang ada scar,seb baik kat siku..xler nampak benor.tp sbb ayah nye dah besar bola golf,jd mmg nampak scar nye.ko nye small,so,xkot sangat.kalo hilang,senang nak carik..ko ada tanda..
erm,da gi hospital ke td??
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:48 pm
ko ni tau jek kat mana ceruk pon ada lelaki ensem. Cis. Se-notty notty aku pon, takda plak aku tahu benda camni. HAHA. Ingat agi time tusyen. Ko ar ngan astri n hani. Sibok ajar aku usha’waikiki’. ngahahaha. ape ar. seb baik aku ni masa sekola dulu baik suci murni. Skang pon baik juga wo :p
October 30th, 2008 at 1:31 am
abis la….penah tgk kat grey’s anatomy dulu…tak lama lagi tangan tu jadi cam tangan hellboy…eh ok per…
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:19 pm
ok gak. apa salahnya. HAHA
October 30th, 2008 at 1:34 am
wahhhhhh….besttttttttt….dadih aku…tapi cam manis skit..tadi aku letak 11 sudu gula…camana nak post kat sini..code html ke?
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:20 pm
manis ar best. patutnya 10 sudu dah cukup. Tapi since chika kan over, kenalah letak 11 atau 12. HAHA.
October 30th, 2008 at 5:50 am
aiyyyooo chika..
abes la de parut nant kat tgan..
agaggaga..
xde la memaen je..
rilex la..
x saket nye..
chika kan gudgirl
*ala2 cm pjuk bdak kcik lak*
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:21 pm
err.
tak pe la.
parut sket sket. Seksi jugak. lagipon i tak penah ada parut lagi ni kat badan. Sekali sekala apa salahnya simpan parut. eceh.
October 30th, 2008 at 8:22 am
uurrkkkk (cube buat bunyik ni hahah) agak buruklah chika rupabentuk penyakit tu. lekas2lah buang supaya tak besar2 lg dan menambahburukkan tanganmu yg kerdil itu ya? go go gadget!
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:22 pm
urkkkk (bunyi cam tak senonoh la pulak) KAH KAH KAH.
memang buruk. like benggol unta only. Dah ar tgn kecik. memang terserlah benjolan neh.
October 30th, 2008 at 9:51 am
get well soon ya.baik2 tau, nanti kurang plak hantaran,ehehe
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:23 pm
apa pulak kurang. lagi up la. Aik? HAHAHAHAHA. Tak pe. Asalkan muat cincin dan jari takda terjejas tak pe. HAHAHA
October 30th, 2008 at 11:05 am
kekeke..benjolan? jgn sampai masa die meletop like gunung berapi melepaskan larva :p
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:24 pm
selain berciri mutasi wolverine kuku besi, benjolan ni boleh di-filemkan sebagai gunung berapi. tak ke menarik tuh. HAHA
October 30th, 2008 at 11:20 am
Guna cara tradisional yang encik wiki cakap tu kalau taknak kene bedah dan ada parut. haa?parut?. Aritu ada tengok buku ensiklopedia banyak atas rak kan. Ambil buku tu pastu suruh sapa-sapa (lagi baik suruh orang yang ada dendam ngan anda) hempuk gangalion yang melekat kat tangan tu. cuba tengok berkesan ke tak. Ini cara encik wiki yang cakap ye. Sebarang risiko adalah tanggungjawap anda.
chika Reply:
October 30th, 2008 at 12:26 pm
ya ya.
ada dua doctor memang sudah ajarkan cara hentak buku tersebut. Tapi cara tersebut macam tak sayang diri. since chika sgt sayang diri sendiri, maka tak sanggop buat cara tu. Lagipon dgn cara tu, benjolan tersebut mungkin boleh datang lagi. Err. Zaman saintifik neh kita jgn la susah payah menghentak buku dan menyakitkan diri. Kita bedah je. HAHAHA (padahal aku takut neh nak tgk kulit kena belah) ishk. Guna jampi macam okey jugak la bukan?
October 30th, 2008 at 1:47 pm
chika!
pergi bedah sekarang!
KAMI SEMUA RISAU!
lihat.font besar.
kami betoi2 risau =)
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:49 pm
dah bedah dah dalam hati :))
October 30th, 2008 at 5:11 pm
alahai chikaaaa
takotnyeeee :|
tp minor operation jee kan..
cepat2 pegi operate ok!
btw, how’s ijat? dia okey x?
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:51 pm
ha ah. minor operation. secara kecil kecilan. Tapi debar-debaran yang besar-besaran. erk. faham ka? HAHA.
Ijat ka? Dia telah mengerang kesakitan. Err. Dia mmg benyek actually tak macam Haikal. Haikal arini eksiden pengsan. Esok bawak motor balik guna seblah tgn. HAHA
October 30th, 2008 at 8:30 pm
wow, tgk video operation kat youtube tu ngeri 5 minit. haha. aku pun dulu ade gak jadi camni kat jari sbb pegang pen lame2 dan kuat2 tp lepas abis skola dah kembali ke normal (menandakan semakin malas pegang pen hehe).
nnt post la video operation k.
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:53 pm
mana? mana? eii… cukup ar sekali aku tgk video ibu melahirkan anak. Gila phobia aku. Ngeriiiiiiii. eiiii…. seriau (Tapi sesungguhnya aku sgt nak merasa nikmat sakit tersebut eceh :P)
aku rasa ramai org penah kena.
a? video? ih. sapa nak record? kau ka? :p
adian Reply:
October 31st, 2008 at 9:34 am
x, majalah tiga. haha. aku bleh tgk surgery dlm citer nip/tuck je.
chika Reply:
October 31st, 2008 at 9:40 am
nanti aku call majalah3 suh cover story pasal pembedahan aku. HAHAHAHAHA. pasti mengecewakan penonton. HAHA
October 30th, 2008 at 9:12 pm
u operate lepas nikah la chika :p
nnt ada parut time mr tunang nak sarung cincin nikah. :0
whoaaa :D
chika Reply:
October 30th, 2008 at 10:53 pm
takleh. takut dia membesar dan membesar.
adian Reply:
October 31st, 2008 at 9:35 am
tgk x brita pasal bekas pramugari tu kaki dia semakin membesar dan membesar. takut…
chika Reply:
October 31st, 2008 at 9:39 am
erk.
:-s
tu kes lain kot.
takkan tangan aku makin membesar weh.
tapi kalau tapak kaki membesar aku nak la.
hahaha
adian Reply:
October 31st, 2008 at 12:08 pm
pramugari tu kene untut je (je?), bukan ganglion.
chika Reply:
November 3rd, 2008 at 12:25 am
untut tu apa?
November 3rd, 2008 at 12:18 am
adoii apesal nama doktor tu cam nama aku
chika Reply:
November 3rd, 2008 at 12:25 am
bergembiralah.