Ganglion Yang Istimewa

The Ganglion Stories.

Sebelum membuka entry pada kali ini, saya telah melengkapkan muka selengkap-lengkapnya. Muka yang telah siap secara separuh beserta keikhlasan yang sangat banyak. (Imagine muka saya lekas!) Baiklah. Jangan membazir waktu yang emas tersebut. Kita terus kepada cerita Geng Singa kah kah kah. Ganglion.

Tangan sebelah kiri tersebut telah selamat dibedah mengikut prosedur yang ditetapkan. Kemudiannya tangan tersebut dibalut menggunakan pembalut berkhasiat. Sakit dia bukan kepalang. Menangis sebanyak satu sungai mengikut pepatah Justin Timberlake. Tetapi mengikut pepatah Puteri Gunung Ledang, telah saya tangisi sebanyak tujuh tempayan air mata. Never mind. Jangan pedulikan pepatah. Fahami saja bahawa Chika sangat menangis di dalam bilik pembedahan tersebut. Menangis sampai membentuk benjolan dalam mata pula. (Aik? Macam berciri tipu je nih?) Baiklah. Memang tipu.

Sebenarnya belum membuat apa-apa pembedahan pon. Sebab appoinment untuk surgery tersebut hanya akan dijalankan pada hari Jumaat depan (Not tomorrow). Sangat mendebarkan dalam jantung yang berdebar-debaran (dangdut siot ayat ni) Baiklah. Telah bertukar Doctor. Dari Doctor Cina telah terpergi kepada Doctor India. Doctor Melayu tak ada ka? Kenapakah nak Doctor Melayu? Sebab memang nak Doctor Melayu pon. KAH KAH KAH. Mr.Tunang pon berkata dalam hati ; Nasib baik aku takda pistol kalau tak lama dah tangan kiri yang sakit tersebut kena tembak sampai hancur. Chika pon membalas balik di dalam hati ; Memang sangat bernasib baik you takda pistol. KAH KAH KAH.

Chika, go back to the stories!

Tahukah air liur Doctor consultant sangat tidak berpatutan? Sekarang saya akan bawakan anda lagi sekali kepada situasi dalam bilik doctor.

Doctor : Ye, apa problem kamu?
Chika : Ada bengkak dekat tangan kiri saya ni (sambil tunjukkan bengkak tersebut). Dah sebulan. Dulu dia kecik je, sekarang membesar.
Doctor : Sakit tak?
Chika : Dulu masa dia kecik (like a new born baby) memang sakit sangat. Sekarang tak sakit kecuali kalau picit kuat-kuat, memang sakit.
Doctor : (pegang tangan dan picit)

Cis. Bila aku sebut ja kalau picit akan sakit, dan dan la dia picit. Doctor semalam pon sama. Emak pon sama. Adek-adek pon sama. Atok pon sama.

Doctor : So? You tahukan yang ni kita tak ada ubat selain kena buang dia.
Chika : Tahu.

Baiklah. Sekarang kau tengok. Doctor tersebut banyak menyoal. Chika pula menjawap. Maksud dia, siapa lagi banyak bagi maklumat? Chika lah bukan? Sebab doctor tersebut bertanya (sebab dia tak tahu) dan Chika menjawap (sebab dia tahu). Maksud dia, Chika lagi tahu daripada Doctor tersebut. KAH KAH KAH. Boleh la pulak aku buat hujah macam ni kan. HAHAHAHAH.

Bukan dia ada cakap apa pon. Tak habis-habis tanya aku tentang architecture. Dan sekali lagi aku menjadi si expert yang memberikan informasi dan dia menjadi tukang soal. Err. Sebenarnya yang Chika nak cakap, Chika yang lagi banyak bercakap daripada Doctor tersebut.

“RM60 for consultation”

Cis. Aku yang berbuih-buih mulut membagi penerangan tentang sakit aku. Aku yang berbuih-buih menjawap soalan dia. Aku jugak yang kena bayar dia. Bukan dia kena bayar aku kah? KAH KAH KAH. Sebab bukan dia bagi aku informasi apa-apa pon. Aku yang meng-informasikan dia. Siap dengan ilmu senibina sekali aku kongsikan. Takda mintak charge pon. Arkitek memang budiman lah aku rasa. (Lepas ni mati katak aku kena racun dengan Doctor seluruh dunia. HAHA) Pendek kata, air liur Doctor memang mahal secara tidak berpatutan. Siaplah kau Doctor. Nanti saya akan diam banyak dan biarkan Doctor bersuara lebih. (nantilah. NANTi. Ha ah. NANTI) Semoga semua Doctor akan cuak dengan Chika. Eceh. ( get out skang, Chika!)

Maybank.

Beratur panjang hari ni dekat bank sebanyak dua kali. Sampai terkeluar muka poyo secara poyo. Chika bila dah mem-poyo muka, memang masyarakat akan rasa nak lempang laju-laju je muka separuh siap ni. Disebabkan emosi terumbang-ambing pada hari ni, perasaan pon panas. Berasa hendak marah secara random. Kalau boleh, nak marah dekat security guard sebab berdiri tercacak like tiang telekom sambil mengganggu laluan orang ramai. Kalau boleh nak marah Kakak penjaga counter sebab muka dia sangat masam. Padahal dia kena bermuka senyum. Rasa nak marah dekat Abang penjaga counter sebab terlalu banyak gelak dan senyum bersepah. Apa salahnya serius sikit? Rasa nak marah dekat pengunjung Maybank tersebut sebab datang secara berjemaah sampai kena Queue panjang like ular. Rasa nak marah dekat mesin yang down secara banyak. Pendek kata, berasa nak marah kat semua objek dalam bank tersebut.

Tapi secara tiba-tiba telah dibantu oleh seorang lelaki Cina yang baik hati. Lemah lembut dan sopan budibahasanya (ewah). Mungkin dia telah meng-usha si muka poyo neh. Dia pon mungkin dah tak sanggop tengok muka Chika yang buruk di tepi pintu kaca. Dia pon ajak berbual dan cuba membantu. Dia pon mengkasi Chika mempotong dia. (mempotong dia? like Doctor mempotong orang??? ) Bukan la hayyoh. Dia membenarkan saya potong queue dia. Baik hati bukan? Dan membantu saya menyelesakan urusan bank tersebut. Baik hati bukan? Sampai masyarakat lainnya memandang Chika macam nak telan. Sebab telah mempotong orang (HAHA) dan mendapat bantuan macam warga emas. HAHAHAHAHAHA. Setelah berjumpa lelaki baik tersebut, emosi yang terumbang ambing itu pon mula sedarkan diri. Mood pon menjadi elok dan segera ke klinik.

Haizat membersihkan luka.

Eceh. HAizat membersihkan luka yang terpendam. Macam madah cinta penuh noda lah bukan? HAHA. Tadi emak memaksa dia ke klinik untuk mencuci luka. Apalagi, terpekiklah si benyek tu. Jalan pon tempang-tempang (padahal saya rasa dia tak perlu melakonkan watak tempang tersebut)

Aih. Semalam kakak dia sakit tangan. Hari ni adek dia pulak accident dekat tangan.

Kata Doctor Razak tersebut. Ececeh. Ko jangan main-main. Air liur dia tu mahal tahu! HAHAHAHAHA.

Payment Kad Kahwin.

Saya bersama Mr.Tunang telah bersepakat membawa berkat membuat bayaran yang sangat sukar tersebut. Sampai menangis keluar air mata aku dibuatnya (sebab bengang). Well. Macam yang dah dikata. Hari ni emosi terumbang ambing. Tak boleh buat payment online pon saya boleh menangis. HAHAHAHA.

Alhamdulillah. Selesai buat payment. Thank you sayang :) Kalau tak tadi, memang I melalak depan komputer ni sampai bomba datang selamatkan I. HAHAHAHA.

Apa kejadah tah ini hari emosi macam sawan sikit.

Entry ni macam bosan lah. Sebuah entry bosan daripada seorang yang bosan. Aku benci betul bila membuat entry bosan macam neh. Macam sempit akal. Sudah. Saudara ramai datang malam ni. Kenalah bersosial sekejap menunjukkan muka yang separuh siap ni. Nanti di tuduh ; Kak Yong sombong dengan saudara sendiri. Padahal aku ni bukan main budiman lagik. Ih! Apsal bosan gila entry ni ha? Ganglion ar nih! Kau keluar sakang!

Recent Entries

70 Responses to “Ganglion Yang Istimewa”

  1. Zul Says:

    hallluu

    chika Reply:

    ha, puas hati?
    :P

    Zul Reply:

    gelak hoho ramai2 untuk saya.. yaaaaa.. juara pencen kembali berkuasa..

    chika Reply:

    juara pencen? ayam pencen? ngahahaha

    mastakilla Reply:

    hoho..aku tumpang no 1 ko..
    apsal tajuk ngn entry lain ni..
    tumpang lagi..
    sape nk tumpang bleh tumpang..
    hohoho

    chika Reply:

    WOI SEMUA!
    ni ada satu lagi tektik baru. TUMPANG NOMBOR SATU ORANG LAIN!
    kah kah kah

    mrkay Reply:

    tapi aku dah tumpang dulu.. aku adalah org pertama yg mereply kepada komen no 1.. jadi aku no 1 utk mereply komen no 1.. haha.. cikgu muthu kacau aku.. *tuan punye blog tak dikira*

    mastakilla Reply:

    eh..xbleh..
    sebab aku yg komen ade tulis tumpang..
    so aku la yang tumpang dulu..
    kepada mr.kay..anda org ke2 yg tumpang..
    kihkihkih

    yonnaism Reply:

    TUMPANG NO 1 TIDAK DIBENARKAN!

    sama dengan akan diejek dengan hina. hahaha..

    ampun mastakilla :p

    mastakilla Reply:

    boleh la..
    tumpang menumpang bleh mengelakkan traffic jem..
    huhuhu

    Zul Reply:

    semua nak menempek kat aku.. hahaha..mcm belangkas.. mrkay dgn mastakilla jd blanka (watak street fighter)

    erni @ cepotet Reply:

    eh, mana ada istilah menumpang lah dalam ni. ini tidak adil! *sambil hentak hentak kaki*

    no.. no.. no. acara menumpang tumpang ala ala parasit tidak dibenarkan. siapa buat acara menumpang, percayalah selamanya dia takkan dapat no 1. tak berkat. btol ni tau. tak caya tunggu tengok untuk next komen.

    huhuhu..

    chika Reply:

    hey semua!
    tak larat gelak dah aku kat sini.
    KAH KAH KAH.

    berebut komen tu satu hal.
    main kotor satu hal.
    mengejek, tak puas hati dan memberontak satu hal lagi.
    skang keluar fenomena menumpang plak.
    macam-macam ar koreng neh!
    ko tgk ni komen pertama ni dah jadi komen terpanjang dalam dunia ko tahu.
    hahahaahhahahahahahahaha *rolling on the floor*

    mrkay Reply:

    bluwerk!~

    chika Reply:

    saudara ni anak murid yonna ke?

    erni@cepotet Reply:

    huh! taktik kotor tak kekal lama.

    muahahahaha. ayat dengki. :p

    chika Reply:

    tiap kali kak erni buat dengki, mesti saya rasa geli hati. Tah la kenapa. HAHAHA

    erni @ cepotet Reply:

    err.. ye ke? ok, lepas ni akak akan serius. janji. hiks. :p

    yonnaism Reply:

    kesian.juara pencen.

    jadiklah juara muda mcm saya! haha

    BLUWEEKKKKKKKKKKKKKKKK

    chika Reply:

    ya allah sabar je la aku.
    ada juara pencen la, juara muda la.
    aih… senak perut aku.

  2. aiza Says:

    lalala

    chika Reply:

    aaaa?
    aiza kah???
    hahaha.
    prestasi yang meberangsangkan!
    :P

    Zul Reply:

    ganglion tuh ape? macam nama kedai emas je.. ke cik haizum maksudkan geng lion?

    chika Reply:

    apa ar zul nih.
    penat2 orang dok cerita pasal ganglion kat previous entry. siap ngan link wikipedia. tu la. suka baca kisah sensasi jek. cubalah baca ygilmiah yg chika dok ajar tu. HAHAHAHHAA. Gi baca gi. ilmu medic tu.

    Zul Reply:

    alamak.. kan dikgu chika dah mengamuk.. sebenarnye sy baca, siap klik link wikipedia tuh lg.. tp lupe nama die.. sbb smlm ade dua patah perkataan, arini tinggal genglion je.. mane blakang die? chika dah telan ke?

    Zul Reply:

    haa.. ganglion cyst.. mana cyst-nye??

    chika Reply:

    ha. takut tak? lain kali kena peka dengan isu semasa yg ditulis oleh chika. ewah ewah. garang macam mak tiri :p

    ganglion tu nickname dia.

    aiza Reply:

    zul..zul..ape la motif org kedai emas nak bg name macm tuh..hahah,lawak2..

  3. erni@cepotet Says:

    1st ke? ahahahaha

    chika Reply:

    telah lambat 0.09 saat. :P

    yonnaism Reply:

    bluwekkkkkkkkkk kat kakak!!! :p
    hahah

    kita sama2 jadik peng-kalah utk entry ni

  4. aiza Says:

    okeh..dah bace secara habis..

    chika Reply:

    ko selalu baca entry basi jek. jarang2 sekali baru baca secara fresh. haha

    aiza Reply:

    yela..basi2 pon kene baca gak,nnt aku xtau kisah ko..baca secara basi best jugak..tuh bagi peluang org lain bace dulu..

    secara fresh bile di depan mata saje..almaklum PC kan hanya 1..jd kalo PC 2-3,mesti aku baca entry fresh setiap masa..

    chika Reply:

    aku pon ada 1 pc jek. ehe

    aiza Reply:

    ko bolot sorg2 tahu??aku nih ade 3org nak gak gune..hish!

    chika Reply:

    ahahahaha.
    belajarlah membolot.
    :P

  5. erni@cepotet Says:

    cis.. cis.. bukan 1st. memang tak menjadik betul taktik kotorku itu. hahahaha.

    untung chika ni. siap ada lelaki cina budiman kasik laluan potong barisan. agaknya akak pun kena wat muka 9 belas kerat baru dapat potong barisan kot ek? huhuhu..

    chika Reply:

    akak kena main secara bersih ar chika rasa. kalau akak tipu mesti tak berkat. HAHA :P

    tah la apsal lelaki tersebut membagi chika potong. Mungkin betul kot dia tak sanggop tgk muka chika yg poyo mintak pelempang tu. HAHHA. lain kali cuba buat muka buruk. bukan muka cantek saja org tertarik. muka burok pon kadang2 buat org terpaksa mengalah. HAHA

    Zul Reply:

    sy tak main tipu.. sebab tuh berkat.. hahaha

    chika Reply:

    ha ah.
    taqabbal allaallahu minkum.
    :P

  6. aiza Says:

    ciss..zul telah mempotong secara laju..

    chika Reply:

    mereka ni semua barisan bullet express kalau ko nak tau

  7. aiza Says:

    okeh,komen puler..
    bagos anda telah meMPERGI BERJUMPA Dokter..bagos..
    sy pon takde seriau dah..

    ijat buat2 tempang?hahaha,bukan kene kat tangan ke yg teruk?kaki pon teruk jugak?seb baik la ade masa nak baik..hish,ijat2, seb baik xde yg patah!
    nih kene melawat 2pesakit sekali..takpe,tak kesah..

    jaga diri okeh?jgn usik2 ganglion tuh..
    nnt kalo free,aku bertandang lg ke rumah ko..memandangkan aggur beku mcm terliur pule..hahah,tak malu btol aku neh..

    chika Reply:

    dia ada luka kat kaki jugak. teruk jugak. pedih aku tau. tapi aku tak rasa la sampai kena tempang. tapi ijat kan memang benyek sket. dia sakit sikit jerit lebih (macam kakak dia jek) hehe

  8. mira zin Says:

    lorh..rupenya tidak di-operate lg ganglion tu?baca mula2 ye ye je mcm dah buat..haih..org yg tulus ni senang kena tipu..hahahaa :P

    chika Reply:

    erk. sepatutnya janganlah cepat sangat percayakan chika.
    HAHAHAHA
    buruk padahnya
    :P

  9. Qaiyum Says:

    Bestnye Kene Operate. Makanan Sangat Menyelerakan. Lebih² Lagi Kalau Penduduk Yang Berjiran Dengan Katil Kita Adalah Warga Emas Berbalut Sana-Sini..

    Sangat Best !!

    chika Reply:

    erk. tapi mungkin tidak. sbb saya bukan bermalam di ward. ekekeke.

    time kasih sbb membagi komen yang menyeronokkan. HAHAHAHAHAHA

  10. yonnaism Says:

    kesian adik u..
    adik beradik telah mengalami kecederaan.
    nasib baik tak teruk.

    bagus.
    harap u tak akan menangis sbyk satu sungai sepanjang pembedahan berlangsung.

    semoga tangan u kembali comel.
    jangan doktor tu potong tgn u sudah.
    pastikan u potong tangan dia balik ok.

    i tau u sengaja buat muka poyo supaya u boleh potong Q kan? hahaha

    kenapakah payment sangat sukar eh?

    alhamduulillah..
    dah setel kad :p
    baju bila lg :D

    chika Reply:

    time kasih.
    sebelum doctor mempotong saya, saya akan mempotong nurse dia dulu sebagai tebusan.

    err.
    bukan susah buat payment. Tapi sistem portal dia macam problem. Try banyak kali sampai i hangin.

    baju?
    baju i dah hantar kat tailor. tgh tunggu dengan tak sabarnya ni.

  11. mrkay Says:

    kdg2 aku bosan gak bila sakit gi jumpe doktor.. doktor byk tanye, kite tukang jawab.. pastu caj.. sbb tuh aku jarang gi klinik.. haha.. tp ada sorg kawan bapak aku sgt terer.. die tak byk tanye aku.. bile die check aku, lengkap semua die tau aku sakit ape.. sgt seronok mcm tuh.. haha

    chika Reply:

    itylah isu dia sekarang. doctor cakap sikit, tanya banyak. Kita jawap banyak sampai berbuih-buih. Pastu doctor dapat duit. Tapi takpe.

    sebab itulah kena belajar pandai2 dan bergelar seorang professional. see. air liur pon jadik mahal. HAHAHA.

    mrkay Reply:

    yer, aku sedang tambah pengetahuan aku supaya air liur aku menjadi mahal.. haha.. maw jadi consultant IT.. nnt ko.. aku ckp sket, aku caj byk.. doktor pon tersembam ke tanah nnt ble perlukan khidmat aku.. hahahaha

  12. JS Says:

    semoga tangan chika kembali ringan lps operation…hehe..

    p/s : semalam kekasihku seru dah abis…..tapi aku rasa ada bersambung agie tu…efect citer tu leh tahan..haha..ntah2 kat tgn ko tu ada waris tak???haha..

    chika Reply:

    ha ah la. Dah abes dah kekasihku Seru. Tapi ending dia aku tak puas hati. Apsal Ayu tu gi bangunkan balik Waris? Susah payah orang gi musnah dia. Rasa nak tendang kepala ayu tu. Awatlah stupid sangat?

    aku pon rasa ada sambungan ar. Sbb citer dia tak berkesudahan lagi ni.

    yonnaism Reply:

    chika.

    entry kekasihku seru satuuuuuuuu!

    hahaa

    u seru la tunang u :p

    i pon rasa ada sambungan cerita tu.
    ending dia tu buat i meremang2 sluruh badan.
    dah la tgk sorang2 :D

  13. Masy Says:

    bila nk upload gambar adik yg tertempang2 itu? ape punye permintaanlah ni. sangat mengantuklah d pagi hari. jom chika, mari pergi muzium~

    chika Reply:

    dia dah warning : jangan blog gambar eksiden!

    haha. err. semua keluarga ni dah jadi macam tu, bila ada kes, masing2 warning : JANGAN BLOG. kah kah kah

  14. azie Says:

    erm, kes chika kena ganglion dan beratur lama di maybank boleh diumpamakan seperti sudah jatuh ditimpa tangga, tercium pulak tahi ayam.

    tapi itu doktor dah ubati luka dan lelaki cina telah membersihkan itu “tahi ayam”

    err, paham kan?secara figurative tu. jangan amik secara literal.

    chika Reply:

    err. faham faham.
    boleh tahan metaphor ni.
    sampai membabitkan tahi ayam.

  15. wiween Says:

    syukur laa da selamat dibedah tgn adik. xpe adik, adik tetap comel ;)

    chika Reply:

    eh eh.
    belum la kak ween

  16. atinne Says:

    chika..
    nanti kena bedah tangan ek?
    abisla…
    mesti parut selama 2 bulan (kah3x…cubaan utk wat chika suspens)

    tapi kalo de parut pun, leh cover dengan gelang emas setebal 5 inci…brgaya gitu…gaga..

    chika Reply:

    amboi amboi.
    dia menakutkan chika tu.
    :P

    biar la parut pon parut la.
    sernok jugak nak ada parut pertama ni.
    hehe

    atinne Reply:

    hehe..
    excited pulak dia..
    alih2 nanti ada entry bertajuk: Parut pertama ku:))

  17. ajat Says:

    consultation for rm60?
    patut la org miskin dh x mampu nk pergi jumpa dr sekarang ni.
    hehe..

    selamat membedah minggu depan ok =)

    chika Reply:

    kan? kan?
    kesian orang yang tak berkemampuan.
    eceh.

    thank you ajat :)

  18. totinx Says:

    aku pon nak jadi doctor yang pendiam lah nanti.
    tp klau dgn ko
    consultation ngn aku.. kne bayar rm100++ kot
    yela ko kene la tolong mmber..
    ahaha

  19. khairi Says:

    salam.. saya sedang carik info tentang geng lion nih.. then nmpk blog kamoo.. so.. did u do the operation? coz.. saya pun ader genglion kat tangn kiri nih.. huhu .. pleaze do reply me.. :S

Leave a Reply