Matlamat : Kemas Bilik

Sesi mengemas bilik tersebut seolah-olah telah bertukar menjadi sesi mengotorkan rumah pulak. Aik. Tahukah kenapa? Sebab dalam bilik sudah gila punya bersih dikerjakan. Tetapi di luar bilik pula sudah sangat gila dijahanamkan. Sampai emak histeria mentengok barang-barang berlonggokan macam pusat pelupusan sampah. HAHA. Cheers!

Arahan abah, kemaslah bilik. Jadi kita harus fokus kepada matlamat iaitu mengkemas bilik. Apa jadi pon, mengkemas bilik. Sudah stick dalam kepala ; KEMAS BILIK. Biar ombak memukul pantai sekalipon, bilik mesti dikemas bersih. Short cut untuk mencapai matlamat tersebut ialah mengeluarkan kesemua barang-barang dari dalam bilik tersebut keluar daripada bilik tersebut (engkau boleh faham kah apa aku sedang kata neh?) Tak boleh faham, jangan membaca blog Chikalah! Pergi meng-kemas bilik sana! HAHA.

Nak capai matlamat punya pasal, kita pon beramai-ramai telah mengeluarkan kesemua (SEMUA) barang dari bilik tersebut dan kita letakkan di luar bilik tersebut. Hasilnya … tadaaa!

Harta benda Chika yang dilonggokkan di tepi dinding (betul-betul depan bilik budak lelaki). Di atas ini terdapat drawing board, ruler raksasa, mounting board dan sebagainya. Pendek kata, architecture equipment saya.

Ini pon harta benda Chika juga. Kesemua ni ialah barang-barang yang diangkut pulang dari studio. Architecture equipment juga termasuk buku-buku dan magazines (well, architecture student memang menimba ilmu salin cetak daripada magazines. HAHA. Kegiatan tidak sihat dan membunuh kreativiti) Baiklah. Barang-barang ni dikeluarkan daripada bilik sasaran tersebut dan dipindahkan ke library ni. Semoga emak tak pergi jengah library esok. Kalau tak nahas kau Chika. Satu per satu barang kena lesing macam sukan lontar cakera nanti. Memang pantang emak mentengok barang dilonggok semacam ni. Dan menjadi ragam chika pula suka membuat longgokan semacam ni.

Baiklah pembaca budiman sekelian (yang suka berebut komen pertama tapi pemenang tak pernah dapat hadiah ). Sekarang kita tengok sekejap apakah antara barangan senibina yang disimpan oleh Chika.

  • Gergaji untuk mengkerat kepala rakan studio yang suka meminjam cutting mat tapi tak tahu nak pulangkan (dan sudah hilang pon cutting mat saya). Gergaji tersebut juga digunakan untuk memotong kepala sendiri semasa mengalami tekanan projek design. Terutamanya menjelang final review. Atau nak lebih thrill lagi, digunakan sebagai senjata melawan pensyarah semasa sesi presentation. Kalau external lecturer banyak soal tentang technical, kita boleh keluarkan gergaji tersebut. (Semua ni fitnah semata) Yang sebetulnya : digunakan untuk memotong ayam dan daging semasa sesi memasak sajian makan tengah hari dalam studio. aik? Pernah ada kah aktiviti neh ?(Cis tak guna betul Chika mentipu lagi)
  • Botol kepala coklat ialah cat spray. Dibeli untuk spray panel board. Tapi telah disalahguna oleh senior. Apa dia buat, kita maafkan saja. Sebagai pelajar senibina yang kreatif, kami juga menggunakan spray tersebut untuk mewarnakan anak kucing mengikut warna kegemaran kami. KAH KAH KAH. (Lu ki siaw a?) Mana ada. Mana pernah budak studio men-spray anak kucing. Kalau mempusingkan anak kucing sampai pening aku pernah tengoklah. HAHAHA.
  • Botol kepala putih pula ialah pewangi suasana. Yang aku pelik neh, bila masa pulak aku ada pewangi tersebut? Aku macam sudah terembat orang punya. Dan biasanya, barang yang sering dirembat secara tanpa niat oleh Chika ialah barang Farah. Sebab kami telah berkongsi locker secara muhibbah. Pewangi tersebut digunakan semasa keadaaan kecemasan. Seperti rasa nak muntah darah tercium bau nasik goreng Indo di dalam studio berhawa dingin. Bukankah bau makanan sangat mengganggu rakan-rakan yang lain? Pewangi ni juga akan bermanfaat bagi orang yang sudah lebih 24 jam takda balik mandi. (Kau jangan terkejut. Dalam architecture, gejala tak mandi ni memang perkara biasa)
  • Dalam bag plastik oren pula, tak lain tak bukan ialah kepala rakan-rakan yang telah dipotong semasa kita mengalami tekanan perasaan dalam studio. KAH KAH KAH. Err. Dalam tu ada paku-paku. Macam-macam jenis paku, bolt dan nat pon ada. Cakap je kau nak apa. Semua ada dalam tu. Tapi kalau nak ice cream Mat Cool memang tak ada.

See. Dalam studio tu memang boleh jumpa pelbagai barang yang aneh-aneh. Ni pon bukan dikira aneh. Kalau kau masuk studio, kau tahulah apa yang dimaksudkan oleh saya sebagai aneh. Macam-macam ada. Bagaimana pula dengan Ice cream Mat Kool? Yang itu memang serius tak ada.

Penyapu hijau tersebut ialah objek yang selalu mengikatkan hubungan silaturrahim saya dengan Paed (lelaki yang baru beli kereta tapi tak tahu bagaimanakah caranya mematikan hazard lamp kah kah kah). Sebab dia selalu kena pinjam penyapu kecik tersebut dari Nurul. Kalau dia tak da berbuat baik dengan Nurul, mati hidup balik dan mati balik pon memang takkan dapat pinjam punya. HAHA. Penyapu kecik punya pasal, kadang-kadang dia pon menjadi sangat akur dan patuh kepada saya.

“Nurul pinjam penyapu kecik”
“Tak boleh”
“Boleh laaa” – bermulalah suara penggoda murah dia.
“Kata aku baik dulu”
“Nurul baik, comel dan slim pulak tu”.
“Sekarang kata kau gemuk pulak”
“Yela, aku gemok. Kau slim,”

HAHA. Nak pinjam barang aku punya pasal, aku suruh puji sebanyak satu, dia kasi puji-pujian secara pukal dan bertalu. HAHAHAHAHA. Hallamak. Rindu la pulak kehidupan dalam studio yang haru biru tersebut.

Dalam kotak ni semua penuh dengan magazine.
Magazine digunakan sebagai talian hayat atau nyawa.
Bila mati akal, atau kepala semacam nak meletop dah, kita pon akan membuka magazine dan mem-plagiat. Selepas mem-plagiat, kita pon akan menggoreng konsep. Konon-konon dah cukup pandailah tu. Esok jumpa lecturer, sebelum kita sempat goreng lecturer tersebut, dia kasi kita garing dulu. KAH KAH KAH.

Tumpang letak rak dekat sini dulu. Kalau emak tengok mesti emak marah. Apalagik, menjadi watak Cinderella lah aku. HAHA. Tapi tak apa. Demi matlamat mengkemas bilik. Biar satu rumah berselerak, asalkan bilik tersebut clear. HAHAHA.

Koleksi encyclopedia masa kami kanak-kanak.
Encyclopedia ni antara harta kesayangan saya.
Yang ini harta terpelihara sangat dijaga.
Takda siapa boleh usik atau bawa keluar buku tersebut.
Paling jauh pon, buku tersebut perlu dibaca dalam jarak 5 langkah dari rak.
HAHA.
Patotlah sepupu aku gerun tengok aku.
Well. Waris Jari Hantu.

Sekarang kau tengok!
Kami memang suka humbankan barang ke kawasan bilik bacaan ini. Kalau disuruh kemas bilik, kami akan mengkemas bilik yang disuruh tersebut dengan sangat patuh. Memang gila punya kemas. Tapi nanti ruang neh akan dijahanamkan pula. Sebab semua hasil buangan akan dibuang ke sini. Masalah moral.

Sekarang laluan ni dah sukar untuk dilalui. Sebab sepanjang jalan terdapat barang-barang Chika. Yang anehnya, apsal barang aku je semua? Mana pergi barang orang lain? Err. Sebenarnya, memang Chika seorang saja dalam rumah ni yang pandai mengumpul harta. Orang lain macam sangat sengkek la bukan? HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA.
Oh, Chika ko kata adek kau sengkek heh?! Ko berambus skang! Pergi tengok dalam wallet diorang. Selepas itu bandingkan dengan wallet sendiri. Pasti menangis asid dibuatnya. HAHAHA. Dalam wallet aku tinggal resit beli kain je.

Bilik tidur sudah jadi macam bengkel atau pusat services interaktif.
Mengucap panjang ibubapa saya semasa mentengok keadaan bilik ni sejak beberapa hari kebelakangan neh. Tak apa. Lepas ni akan mempunyai sebuah bilik yang indah. Sampai kuman pon sangat segan nak masuk. Sebab sangat indah. Aik? Maksudnya? Saya tak bermaksud apa-apa.

Okay. Bilik ni settled!

Agenda esok :

  • Pergi bank. Untuk apakah? Untuk membeli ice cream. Kalau sudah ke bank, untuk urusan wang lah.
  • Ambil gambar berukuran Passport. Sebab gambar-gambar yang ada semuanya berciri lapok. Iaitu gambar semasa muda belia. Sekarang bukankah muka sudah nampak lebih elegant (u mean like elephant? ) Jadi kena menyediakan gambar yang lebih terkini. Aih. Banyak benda memerlukan gambar pulak. Ikutkan hati nak je bagitahu ; kalau nak gambar saya, sila grab dari Frendster saya.Terima kasih. HAHAHA. Tapi tak apalah. Kang kena sepakan penalty dekat muka bukankah buruk padahnya?
  • Buat payment.
  • Pindahkan furniture.
  • Pergi klink. Tangan kiri ni tercacat pulak dah.
  • Buat panggilan ke sesuatu tempat (bukan Brisbane) aku tau nanti engkau semua membuat tekaan sendiri. KAH KAH KAH.

Jam 1.01 am sudah. Kena tidur. Sudah menguap secara besar-besaran di sini. Oksigen dalam kepala sangat tidak mencukupi. Kalau diteruskan takut menyebabkan masalah pernafasan. Kalau Chika tak bernafas nanti, siapakah hendak tolong update blog? Sebab itulah kena pergi tidur sekarang.

Recent Entries

51 Responses to “Matlamat : Kemas Bilik”

  1. yonnaism Says:

    1st kah? hoho

    chika Reply:

    ye. 1st. haha. pantas je dia :P

    Zul Reply:

    wooo.. gelak hoho ek..gelak besar ek.. hehe

    chika Reply:

    gelak hoho.

    kah kah kah

    atinne Reply:

    akhirnye first semula..
    haha

    chika Reply:

    dia dah datang balik. :P

  2. wiween Says:

    alahai..gajin chika ngemas. angkut brg2 tu bwk keluar bilik sorang2 kah?? uih chika mmg gagah. adik2 membantu x? hehe

    chika Reply:

    eh tak. banyak budak lelaki ni yang angkat. tapi dorang bukan kira. bila dah boring, dorang keluar berhibur camtu je. tinggallah chika ngan mak yang. kitorang angkutla sama2. semalam angkut carpet sampai nak tergolek-golek. HAHA

    wiween Reply:

    laa sampai nak tergolek. sian la budak kiut nih. hehehe

    chika Reply:

    tapi belum tergolek la.
    ngeehengehe :D

  3. nashrex Says:

    no 1 ~~ hahahaha

    yonnaism Reply:

    bluwekk :p haha

    chika Reply:

    eh jangan bluwekkk dia. kesian dia. llewat sesaat je tu :))

    chika Reply:

    alamak nash. maafkan aku. my bad. salah edar url. HAHAHA

    nashrex Reply:

    sedih2

    chika Reply:

    gi nangis gi

  4. yonnaism Says:

    chika,
    pinjam penyapu kecik tu!
    sangat gile comel.
    dah la kaler ijau hehe..

    wow..
    rumah u ada library,
    sure besarkan umah u,.
    bestnya!!!
    i suka rumah byk buku! hahaha

    chika Reply:

    dah barang Chika. mesti ar hijau. haha.

    takla. bukan besar pon.
    sepah je yang besar! HAHAHA

  5. Zul Says:

    no berapa2 pun oklah.. (ayat redha).. haha.. gergaji kamu nampak ganas dan juga penyapu kecik ijau yang ade bunga pink.. sangat cumel.. kemas2 umah besar2an nih mesti ade ape2 nih,.. hehe

    chika Reply:

    hek e… ayat pasrah gila. HAHA. gergaji tersebut jgn bawak main …. hahaha.

    ada. Perdana Menteri nak datang minum teh. agaggagaa. tak kuasa aku :P

  6. nieja Says:

    cis, i siap bace tros nak komen
    ngat org first..
    skali..ahhh frust!
    bye

    chika Reply:

    nieja lain kali u jgn tulus sgt. i punya blog memang suci. Tapi ruang komen ni mmg takda kesucian. Hanya pemain kotor yg boleh ketawa HOHO berdekah dekah di tangga teratas. eceh.

    cam jahat kan nasehat ni? haha

    Zul Reply:

    haha.. ketawa hoho utk orang tangga teratas.. menci ketawa hoho..

    chika Reply:

    hohoho.. horlick :P

  7. JS Says:

    wah..yonna dah menang balik..ish2…

    haha…aku rasa matlamat gotong-royong perdana ko membersihkan bilik ni ada matlamat lain gak..maybee untuk mewujudkan bilik untuk berdua..dan bukan bersorang lagi..(aik maybe ke pernyataan ni??)maybe..hahak…

    haha..ko beli mana magazine arca tu…mesti yg koleksi lama2 punya..5 inggit sebijik..hehe..pastu borong banyak2..haha…erm…aku tak mampu beli D.K Ching – Architecture,Form n space tu…archi student yg tak tau menau pasal buku ni,mesti hidupnya berpoya2..haha…

    barang aku masa diploma aku simpan dalam kotak2 gergasi yg comel…beli kat creative apa tah nam kedai dia,kat ou…maybe next time ko nak kemas lagi..leh try..sbb kotak tu anti lipas dan anai2…selamat sikit harta pusaka yg tak ternilai tu..hahak…

    p/s : colour umah ko ceria la..hehe..menang casa impian ke????

    chika Reply:

    haha. kan betul aku kata. korang ni mmg suka membuat tekaan. sbb tak sabar2 nak tau :P

    ha ah. Arca aku beli koleksi lama2. Bukan rm5. rm10 ar. ada melambak-lambak aku beli. tapi tinggal beberapa yang ada. yang lain rakan seperjuangan dah makan agaknya. tak faham aku. D.K Ching tu mmg masa kitorang masuk je studio masa 1st year dah kena beli. haha.

    model aku ada yang hancur. (aku yg hancurkan sendiri) ada yang siap separuh. tapi sejak aku nak grad, aku langsong tak buat final model. mockup ada ar. hahahaha/

    casa impian tak terlibat dengan rumah aku. haha

  8. Masy Says:

    laaa ape ni rebut2. tgk kakak ni sgt cool.. lngsung tidak peduli dgn aksi perebutan ini ohohohohoh

    *sambil tunggu2 bila chika nk apdet hahah*

    chika Reply:

    eceh.
    teladanila kakak.

  9. cemut Says:

    misi yg tepat.mmg kemas bilik tp bilik2 yg len da btuka ropa..baik chika tayah kemas blik.sbb kalao die xkemas..bilik die je yg sepah.kalao die kemas bilik..bilik die xsepah tp satu umah disepah dgn barang2 die.haiyohhh!

    chika Reply:

    kah kah kah.
    err. sebenarnya anda memang betul. :P

  10. atinne Says:

    cara kemas bilik yg sgt familiar pd diriku..
    kekeke…

    byknye koleksi novel…
    n buku2…

    laptop acer tu mcm knal…
    screen 15 inci ke?

    chika Reply:

    rasanya majoriti orang mmg suka buat oerangai camni. sbb cara ni praktikal. hahahahaha. bukan ka?

    novel2 lama dah. sakng takda beli novel dah. sbb malas baca. skang suka baca blog ja. :P

    cam tak berapa peduli berapa inci screen dia. rasanya cam chika tak pernah ingat berapa size screen dia. HAHA

  11. achik Says:

    banyak betul ‘harta karun’.. siap ada gergaji tu.. takut la ngan chika.. nanti kena gergaji kepala.. ;p

    chika Reply:

    ha. jangan main-main ngan chika….
    haha

  12. totinx Says:

    lepasni sambung kemas bilik aku plak

    chika Reply:

    okey.
    RM2000 per hour.
    paling minima, aku akan mengambil 48 jam utk sebuah bilik sederhana saiz.

    deal?

  13. izza Says:

    kekeke
    matlamat tercapai iaitu bersihkan bilik..kannn?
    bukan bersihkan umah :P

    chika Reply:

    yang penting matlamatttt.
    hahaa

  14. ZOE MOVE Says:

    koleksi dirak buku chika
    PENUH CERITA KASIH SAYANAG..

    row atas column 2 RELAKU KUMENANTI
    row atas column 5 MANISNYA CINTA
    row atas column 6 DEWI CINTAKU
    row atas column 8 KAU YANG SATU
    row atas column 8 OMBAK BIRUKU
    row BAWAH column 27 YANG TAK DILUPAKAN

    ngeh..ngeh..

    chika Reply:

    cuba anda senaraikan semua sekali dengan lengkap. LEpas tu boleh redeem hadiah. okek? :P

  15. fara d Says:

    aaaaaaaaaa!!!!kejadian hr ni sunggoh me…errr…. menyengalkan! isk isk….

    p/s: komen ku tiada kaitan ngan entry anda….wuwuwuw….maaf. nnt will explain y….

    chika Reply:

    a?
    apsal apsal?
    nak tahu.
    ym jom.

    wey, ainul mana wey?
    a’ai?
    apsal takda nampak online pon.

  16. JS Says:

    chika…aku dah wat first dadih aku..dah selamat dalam peti ais….haha…dapat 18 cup…haha..perisa straberi…bape lama dia beku ni?aku tak saba2 nak mkn…haha..aku sanggup tunggu ni…muahahaha..
    nanti wat entry dadih lagi…haha…

    chika Reply:

    wah. benar ka?
    hahahahaha. proud proud.
    tak payah tunggu lama. setengah jam like that dah boleh makan. haha. (eh eh, aku plak seronok apsal)

    meh sini aku nak tgk rupa dadih ko tu. ngahahahaha.

  17. alan Says:

    Selamat malam..
    dah lama x komen pape..salu jadi silent reader jer..
    tahniah kerana anda berjaya merajinkan diri haha

    http://sukns.blogspot.com

    chika Reply:

    selamat malam.
    terima kasih.
    memang sangat tahniah kpd diri sendiri.
    :p

  18. ~JviperS2~ Says:

    I want bolt~ >.<

    chika Reply:

    nak buat apa?
    haha.

  19. 13may Says:

    aku rasa cam nak kemas bilik…tapi dari dulu…tengok ok ajer :)

    chika Reply:

    kemaslah. seronok tau kemas bilik ni. sambil mengemas, mengsepahkan sekali. haha

  20. ✿ nurulism.com ✿ » Blog Archive » Mengidap Mutasi Gen X-Men Says:

    [...] perancangan semalam, ada 6 agenda. Tapi telah membuat 3 (sahaja). Bermakna setengah sudah buat. Lagi setengah belum [...]

Leave a Reply