Bina ayat
Bina ayat menggunakan perkataan yang diberi.
- LETIH.
Saya letih mengemas bilik sebanyak sebuah pada hari ini. Apakah telah terjadi dengan 2 buah bilik yang lainnya? Siaran tertunda. Jangan adore saya lagi. Tunggu sampai siap tiga bilik barulah hantarkan ucapan keramat like : Chika kau memang power rangers merah. Kenapa merah? Sebab kalau cakap , kuat macam Power Rangers Hijau bunyi dia semacam tak berapa nak kuat. Buat malu lah bukan?
- ATUK.
Hari ini atuk saya dengan nenek saya datang ke Kuala Lumpur untuk menjenguk cucu kesayangan yang bernama Nurul Power Rangers Merah. Itu ayat sedapkan hati sendiri. Sebenarnya atuk datang atas sebab yang sangat tipikal. Iaitu untuk meeting persatuan pada hari esok di KL. Baiklah. Tak apa.
- SEPUPU.
Saya bengang dengan sepupu. Sebab dia asyik minta duit daripada atuk saya (yang sebenarnya atuk dia juga). Woi kau over tahu! Aku tak pernah mintak sampai RM2000. Kau lagi over dari aku apsal? (Berbaur cemburu?) Bukan. Tapi memang bisikan naluri terdalam. (keluar sekarang!) Kalau pandai mintak duit daripada datuk, kenalah pandai menghubungi datuk secara kerap bertanya khabar. Bukan kerap meng-sms like ; Aki, ni number bank account kita. Biadab. KAH KAH KAH. Aku gelak macam Power Ranger neh! Mana ada marah!
- KERJA.
Jangan tanya ; Kak Yong bila nak kerja? Sebab nanti saya senyum di bibir, dalam hati sangat terbakar. Nasib baik dia kawan bapa saya. Kenapakah satu Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti sangat gelisah oleh sebab ada seorang genius yang tak bekerja? Oh mungkin sebab dia pikir macam rugilah bukan kalau si genius neh duduk rumah tak menyumbang kepada sektor awam. Angkuh la bukan?
- MILO.
Si genius yang takda pekerjaan ni telah membuatkan secawan milo untuk atuk dia. Tapi si genius takda pekerjaan tersebut tak berani untuk mencuba minuman milo tersebut. Dikhuatiri tak sedap dan tidak mencapai piawaian. Kalau tak mencapai piawaian kang kena adjust pulak. Sedangkan si genius takda pekerjaan tersebut macam malas nak adjust milo. Maka, dia hanya bertawakkal. Letak atas meja. Panggil atuk minum. Dan berambus naik atas masuk bilik macam lipas kudung sebelum atuk minum. Ini kes pukul 6 petang tadi. Sekarang sudah jam 9.44 malam. Tak ada komplen pon saya dengar. Pasti pass! (Bukan PARTI PAS)
- EHEM.
Mr.Tunang (ehem), aki dengan maktok kirim salam. Nurul pon sama. Dia kirim salam juga dalam malu-malu. Sebenarnya dia nak kirim ‘dadih’ tapi peraturan menyatakan bahawa makanan tak boleh dibawa masuk ke dalam negara tersebut. Padahal Kangaroo mana makan dadih la bukan? Err. Nurul tersebut telah menipu sebenarnya. Dia tak ada apa hendak dikirimkan selain salam. Dia telah lama tak membuat dadih. Mungkin sebab kurang motivasi. Macam kesian la pulak padahal Nurul tersebut sangat sihat walafiat. Walaupon pagi tadi ada tetamu melafazkan kalimat sakti : Nurul nampak kurus. Mungkin selain kurang motivasi, Nurul telah tak lalu makan. Sampai kurus sudah. Diharap perenggan ini berjaya menagih simpati awak (siapa pulak awak ni?) KAH KAH KAH. I miss you (malu.com.my) You la ni!
Bina ayat ialah syllabus Bahasa Melayu darjah dua. Semoga entry ni dapat membantu adek-adek darjah dua membuat ayat berciri Power Rangers Merah. Dan semoga cikgu Bahasa Melayu terhibur. Boleh masukkan entry ni dalam buku latih tubi. Tak payah bayar royalti. Ikhlas menyumbang ilmu (yang sumbang). Kena get out sekarang.




October 27th, 2008 at 10:22 pm
mak aii.. mintak sampai 2k? kalau camtu, akak nak jadik cucu angkat bleh? lalalalala.
oh, indahnya ada perasaan rindu ni. nape la perasaan tu blom nak ada kat akak ni ek? huhuhu.
entry ni buatkan akak teringat zaman sekolah la. ehehehe. soka.. soka..
yonnaism Reply:
October 27th, 2008 at 10:44 pm
bluweekk utk kak erni :p
erni@cepotet Reply:
October 27th, 2008 at 11:26 pm
erkk? ni akak tak main taktik kotor tau. akak ikhlas menulis komen ni.
uish.. bangganya. kemenangan secara bersih namanya. hahahahaha.
chika Reply:
October 28th, 2008 at 8:59 pm
proud of u.
bangga dengan anda
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:00 pm
si yonna tu dah buat dahhh.
haha
mrkay Reply:
October 28th, 2008 at 10:21 am
aku jugak ingin menjadi cucu angkat dan cucu terangkat! haha..
p/s : sah ko masih blom ade modal kan? hahaha
chika Reply:
October 28th, 2008 at 8:59 pm
sapa mengangkat dan diangkat? haha. aku ada modal. tapi takda masa. modal terhad.
chika Reply:
October 28th, 2008 at 8:58 pm
melampau tau mintak sampai ribu2. semata-mata ringitan chika pon, takda sampai amount tu lagi.
October 27th, 2008 at 10:35 pm
Bagus nih.. bina ayat guna perkataan diberi tuh mampu memperbaiki bahasa melayu kite.. sy nak try gabungkan semua perkataan di atas
“LETIH melihat ATUK dan SEPUPU KERJA di kilang MILO yang sangat EHEM ehem itu” ok tak BM saya cikgu haizum?
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:01 pm
kah kah kah.
tapi anda membuat sesuatu di luar arahan.
potong markah
October 27th, 2008 at 10:48 pm
milo ais mmg heaven la chika!!! =)
hehe..
tp i tak berani nk buat kt org.
sure tetibe jadik x sedap :p hehe
bila mr tunang u nak balik ek?
kesian u menanggung kerinduan menggunung huhu
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:01 pm
kalau chika buat milo kan,
memang adjust 30 kali.
i pandai buat nescafe o ja.
October 27th, 2008 at 11:04 pm
ah..
aku dulu x ske milo..
padahal mase skolah asrama..makan milo x hengat dunie.. er..makanlah.minum skalik skale bile makcik dewan buat milo..
argh..tibe2 aku rendu skolah asrama..
lol
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:02 pm
aku suka MILO.
MILO is the best.
makan serbuk MILO lagi best.
kan? kan?
October 27th, 2008 at 11:42 pm
chikaaaaaaaaaa!
nak milo satu!!
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:02 pm
siappppp!
October 28th, 2008 at 12:53 am
power rangers merah selalu gaduh ngan power rangers putih @ ijau…memang camtu…azali lagi…
erm..lagi..bila raksasa tu kena fire dari senjata hasil gabungan senjata2 power rangers (kira last la ni..) akan ada la raksasa kecik yg memancarkan lazer kat raksasa yg kena tembak tu…pastu akan jadi besar secara mendadihh..mendadak..
pastu power ranger pun panggil robot dia..pastu robot2 tu bergggggggaaaaaaaaaaabungggg….
p/s : robot ngan rasaksa tu selalu gaduh tempat sama jer…
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:04 pm
memandangkan aku penonton tegar power rangers (dulula. sekarang aku rasa nak tendang sekor-sekor), jadinya aku memang faham apa kau tulis. dan dapat aku imaginasikan cerita kau ni.
tak ketinggalan aksi power rangers yang keding-keding pada mulanya tiba2 bertukar menjadi gagah dan berbadan sasa.
October 28th, 2008 at 1:08 am
teringat soalan bina ayat masa sekolah dulu2.haha,kalu ikut ayat chika konpem dapat full mark!hahahaa~
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:05 pm
eh confirm!
October 28th, 2008 at 3:06 am
milo masih ada stok..
oh yeah..
kalo x..
telan la hot chocolate jwbnye…
hehe..
psst..atok chika minum milo ek..
slalunye dorg bkn ske mnum kopi or teh ke??
sbb tringat mak x bg wat milo sgt kalu ada org lg tua..heee
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:05 pm
atok saya minum kopi?
KAH KAH KAH.
atok saya bukan the tipikal atok-atok.
lain macam wo taste dia.
October 28th, 2008 at 8:50 am
chika,kamu berjaya buat akak senyum la pagi-pagi ni. ni hah, tgh sengih sorang2 ni..
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:06 pm
:)
im happy that i’ve made your day :P
October 28th, 2008 at 9:46 am
akak juge teruja mau membina ayat walaupun kerja sehari-sehari akak adelah membina badan saja. aaaa cikgu! sy pilih perkataan ‘EHEM’ ok? *ok silekan*
ehem ehem saya berdehem. errr apa nak sambung dah lupelah~ huhu
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:07 pm
chika serampang dua mata.
sambil bina ayat, bina badan. Biasalah. Architecture line ni. Memang suka keje bina-bina ni. Ngaahahaha. Bukan salah kita kak. Memang lumrah orang senibina,
October 28th, 2008 at 10:56 am
soklan cepu platinum, mengapakah mesti power rangers kaler merah? Mengapakah tidak kaler biru, hitam atau kuning? :p
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:08 pm
cuba kalau sebut ; hiarght! aku power rangers biru!
orang pon akan hek eleh… cam tak kuat jek. hahaha. merah tu dah jadi cam simbol kekuatan ar kiranya. (sapa cakap?)
October 28th, 2008 at 12:12 pm
klo akak tolong wat exam paper bm utk aisya,
agak2 nyer ann…
pemeriksa tue menangis kegembiraan x?
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:08 pm
dia akan menangis sebanyak satu sungai bersama justin timberlake. percayala.
October 28th, 2008 at 1:20 pm
menarik blog mu chika. seronok dibaca. seumpamanya mu seorang yg sangat ceria+menceriakan=happy. layout pun sesuai. jadi graffic designer pun lepas neh (usul utk yg masih belum berkerjaya).hehehe…
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:09 pm
huyyo.
amin.
memang ada hati jugak nak jadi graffic designer.
hehe. thank you anyway :)
October 28th, 2008 at 2:36 pm
kehkeh…letih atok sepupu kerja milo ehem?
atok sepupu u kerja milo ke? ehem2? hahaha.
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:10 pm
hahahahaha.
kah kah kah.
korang mmg peka.
bila tajuk BINA AYAT, semua po membina ayat. Perfect. Pandai. Like writer like readers. nagahaha