Rugi kalau baca
Anda kena tengok bukti bahawa Chika sebenarnya memang comel (ehem)

Selain memiliki tapak kaki saiz 3 setengah, saya juga mempunyai jari kelengkeng (apa jenis jari kah sangat buruk nama dia) yang kelihatan macam tidak cukup zat. Tapi sebenarnya cukup. Saya selalu terpinga-pinga (and kept wondering) tentang apakah sudah jadi dengan tapak kaki dan jari kelengkeng saya. Mungkin zat-zat makanan yang saya makan tak lalu ke kawasan tapak kaki dan jari tersebut. Apa pon dalil dia, sebenarnya Allah telah menciptakan Chika menjadi sangat comel kah kah kah. Dan jari kelengkeng tersebut boleh digunapakai semasa dalam kesusahan. Contoh dia ; Membuat muka lima sen sambil mengangkat jari kelengkeng untuk menagih simpati orang lain semasa dalam kesusahan.
Tapi kalau orang tengok pergelangan tangan aku, memang tak jadi nak menabur simpati sebab kelihatan sangat sihat berkhasiat. Sebuah tangan yang cukup nutrien.
….
….
….
Okay.Eloklah kalau saya mengaku cepat. Sebenarnya saya tak ada modal entry! Sudah dua hari neh memang habis modal. Mungkin kena keluar bersosial dengan teman-teman untuk dapatkan modal. Atau anda ada modal untuk disedekah? Sedekah lah sekarang.
Cara-cara sedekah modal :
Hantarkan komen secara sopan santun.
Contoh : Chika, apakata semasa Chika ketiadaan modal entry, Chika tuliskan tentang resipi-resipi terkini untuk memikat perut suami. Contoh! Jangan kau berani bagi cadangan macam neh sebab nanti saya akan membagi resipi memasak orang. (dan orang tersebut ialah anda) Err.
Memang habis modal dah neh. Macam mana tak habis, sudah berminggu-minggu duduk dalam rumah menghadap Astro dan bermain Tekken 5. Ilmu paling tinggi pon yang dapat ditimba pada hari ini ialah ilmu berdansa. Itu pon dapat dari Sehati Berdansa. Itupon bukan sebab nak sangat ilmu tersebut. Tapi sebab rancangan tersebut melibatkan Fahrin Ahmad, terpaksalah Chika ikut campur. (Fahrin pergilah keluar sekarang ikut tingkap. Sangat menyusahkan aku) Eh eh. Chika ni dah kenapa?
Macam mana nak ada modal. Kebelakangan neh asyik sibuk mengemas sana sini. Nak buat majlislah katakan. (kontroversi bukan?) Anda jangan histeria dulu. Bukan nak buat majlis esok pon. Esok Deepavali. Kalau Chika berkahwin pada hari Deepavali, bukankah mencetus komedi nama dia? Never mind. Chika dan adek-beradek sangat sibuk. Dan esok pon akan sangat sibuk membuat muruku dan tolong pecahkan kelapa guna senapang (KAH KAH KAH) Esok kena mengemas TIGA BILIK! Huyyo. Sekarang sila jadikan saya idola anda. Sebab? Sebab Chika akan kemas TIGA BILIK esok. HAHAHAHAHA.
Memang habis modal sudah. Tapi jangan worry. Tanpa modal pon saya tetap boleh menggoreng entry. Cuma anda lah rugi. Sebab telah ter-spend waktu membaca penulisan yang sebenarnya tak payah baca pon tak apa. Err. Macam anda rugi dan Chika tak terjejaslah bukan?




October 26th, 2008 at 11:01 pm
chikaa!!
hahahahaha
comelnya jari kelingking tu!!
hahahaha
aku dh bole bygkan jari kaki kau pulak.
comel ohhh
wei comelnya tangan kauuuuuu
hahhahhahaha
aku bajet lengan kau mesti gebu2..
ohhh sdapnya tido berbantal lengan chika.
apa pon, kcil molek saja kau ni sungguh comel
x sabar aku ingin menimang kau..
chika Reply:
October 26th, 2008 at 11:06 pm
saudari anot yang tinggi lampai dan cantek,
komen kau pada baris ini ; x sabar aku ingin menimang kau.. betul2 menakutkan aku. Aku harap engkau bergurau semata-mata dan tak tergamak memalukan diri kau sendiri (dan memalukan aku tentunya) HAHAHAHA.
tido berbantal lengan memang sedap.Sbb aku tak suka bantal pillow (bantal pillow?) bantal lengan aku suka. KAH KAH KAH. Nak lengan kau! ngeeeehehehehe *devil*
hafreze Reply:
October 27th, 2008 at 4:43 pm
chika, mengaku sahaja kou mau lengan mr.tunang
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:12 pm
tak mengaku
October 26th, 2008 at 11:45 pm
ai chika..hehe..kt dlm ni panggil chika lak..nurul lg best ekceli..tak rugi pn bace..best chika menggoreng ayat wlaupn mcm takde modal..
nnt kan esk chika stori la pasal kemas2 blk n upload gambar sbelum n slepas kemas..mane tau ala2 deco eric jdnye..hehe..best gak.
chika Reply:
October 26th, 2008 at 11:51 pm
ummu,
Nurul (okay, panggil Nurul lah since Bad kenal I as Nurul haha) anyway, Nurul baru perasan. Yang hantar komen dekat WP Wall as Mrs.Bad ialah Ummu eh? Hehe. thanks anyway.
Okay thank you sebab mensedekahkan modal. Haha. Macam okey jugak. Esok kalau berkesempatan, saya update tentang MENGEMAS TIGA BILIK. semoga semua orang akan kagum dan keluar ‘love’ dari mata semua orang. HAHA
:p
ummu Reply:
October 27th, 2008 at 12:04 am
a’ah..hehe..mase tu mcm teringin sgt nk kenal nurul..teranta la testi tu..:)
chika Reply:
October 27th, 2008 at 12:13 am
oh. okay. thank you lagi sekali :)
*shake hand shake hand*
:D ngeee
October 26th, 2008 at 11:51 pm
kekek comel nye chika nie… saiz tapak kaki cik ara je da 8..
takpe comel lah baguih..kekekek
chika Reply:
October 26th, 2008 at 11:54 pm
huyyooo… kaki saiz 8. Anda memang bertuah. Saya pon nak jugak. Tapi saya tak berangan tinggi sgt. Saya cuma harap ada kaki saiz 5. Tu pon dah cukop. HAHAHA.
cik ara Reply:
October 27th, 2008 at 12:36 am
takpe minum susu banyak2…
tpi nanti melebar lah pulak…
tpi lah bak kate cik ara tadi kecil tue comel..kekeke
chika Reply:
October 27th, 2008 at 12:42 am
oh plis plis.
jgn mengkasi saranan dgn pengambilan makanan berkhasiat sbb chika dan cukup BERKHASIAT.
ni masalah lain neh. kes istimewa yg hanya melibatkan tapak kaki dan jari kelengkeng.
aneh betullah ilmu biology ni
October 27th, 2008 at 12:19 am
chika kurang makan sayur…
chika Reply:
October 27th, 2008 at 12:31 am
takde maknanya
October 27th, 2008 at 12:38 am
kurang mkn sayur?
nasib baik x jd mangsa kena pakai spek lak..
heh
chika Reply:
October 27th, 2008 at 12:41 am
ni bukan masalah sayur.
ni masalah problem nama dia.
October 27th, 2008 at 12:49 am
cam jari adek i je chika
oh snguh kecik kamo neh..
aishh..
chika Reply:
October 27th, 2008 at 1:00 am
kim salam kat adek ye.
dengan ucapan : berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. aik?
October 27th, 2008 at 1:19 am
uiks.. comel betul jari kelingking kamu.. tp rasanye takde masalah dengan saiz cincin kan? sebab kamu cukup nutrien.. tp kalau nak cari sarung tangan kene tempah la kot.. kalu tak nanti ujung sarung tangan tuh membengkok plak..
chika Reply:
October 27th, 2008 at 1:22 am
haahaha.
betul jugak.
October 27th, 2008 at 2:37 am
waaaaa…..kak chika nyer jari kelengkeng memang kecik!…same with me la..hahahaha…ingatkan saye jerk ade jari kelengkeng yg comel molek…har2…ade geng rupenyer!…go comey go!
chika Reply:
October 27th, 2008 at 11:10 am
tapi jari akak yang lain okek je. kelihatan logik dan relevan. cuma yg kelengkeng jek nampak aneh. hhuhuhu
October 27th, 2008 at 3:24 am
errr kalau dah habis modal… try la surf internet… cari benda benda atau berita berita menarik untuk dikongsi bersama atau beri komen peribadi dalam berita semasa… kalau rajin la.. hhehehe…
chika Reply:
October 27th, 2008 at 11:11 am
baiklah. akan dipertimbangkan. Tapi masalah dia, isu paling menarik dan paling mudah masuk dlm kepala saya ialah yang berbvaur politik. tapi sudah tekad tak akan menulis politik. nanti kena tangkap. KAH KAH KAH
October 27th, 2008 at 4:53 am
tapak kaKI ko size 3 stengah??? pergh…
chika Reply:
October 27th, 2008 at 11:12 am
;-)
ngahaha
October 27th, 2008 at 8:22 am
mulanya saya ingatkan jari tu nak tunjuk labuci dekat baju tu… rupanya nak bandigkan jari siapa yg lebih comel rupanya – kesimpulannya, Chika yang menang dan tuan punya jari yg satu lagi tu kalah….
chika Reply:
October 27th, 2008 at 11:12 am
saya bukan suruh kau buat menang kalah. saya kasik bukti yang jari kelengkeng saya kesian dan macam tak membesar. ni bukan competition lah
October 27th, 2008 at 10:24 am
hoi hoi. takda sapa mau lawan saiz jari la, so i tak kalah!!!
ko ni nurul….kalo letak jari ko ngan aku, mmg la kecik jari ko tuh!hampeh!nak tunjuk jari kecik kalo, banding la dgn org kaki saiz 3 gak. apa da….tak relevan!huh!
*majuk…..*
chika Reply:
October 27th, 2008 at 11:15 am
KAH KAH KAH.
Tu dia!
wey, kalau nak suh aku compare ngan saiz 3, siapa kah??? mana ader! Huwaaa :(( Ainul pon takda pakai saiz 3 :(( Err. Sebenarnya, aku compare dgn sesapa pon, kesan dia lebih kurang juga. Jari kelengkeng aku takkan penah menang. Termasuk dgn mak aku. Mak aku punya tetap menang. Aku rasa ada masalah la ngan jari aku ni (yang kelengkeng jek) dia cam mengalami sekatan tumbesaran.
eh eh. jangan la merajuk.
chime Reply:
October 28th, 2008 at 12:17 am
errr… sori tuan punya jari kelengkeng berjam tangan itam… ok, ok, tak de sape yg kalah sebab ni bukan competition. dua2 jari pun comel sebenarnya… oklah. kesian pada jari chika… tapi takpe sebab masih ada jari…
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:16 pm
ye la. mmg kesian.
October 27th, 2008 at 12:47 pm
fahrin nampak sgt kacak mlm kelmarin pakai serba putih! yg kaconye..ade plak Linda.huhuhu
adik kemas 3 bilik?? pls make it 4! tlg kemas bilik kak ween skali. nanti kak ween banjer eskem baskin robin! hueheueheu
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:18 pm
dia pakai serba kelabu atau serba kuning atau serba serbi pom tetap kacak juga. Yg penting gigi dia lawa i tergoda (hoi, gila!) hahaha.
okek. bak kunci bilik. esok kemas kasi kosong. :))
October 27th, 2008 at 4:36 pm
chika.
i tgk gambar tu ingatkan nk tunjuk labuci kat baju u tu! hahaha..
gile kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
aik?
mana gambar pergelangan tgn u??
mau tgk dan bandingkan?
hahaa.
takpe chika.
janji u comel,u sehat dan yg paling penting,
u are belong to someone! whowaaa..
even manusia lain yang cun2 and jari panjang2,
hidup tak jugak happy2 haha..
eh.
apa cerita kasut kawen u?
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:19 pm
gambar pergelangan rahsia. aurat aurat.
kah kah kah.
takpela. i redha je apa allah bagi. kecik pon keciklah. asalkan kuat dan mampu ketok keyboard. ngahaha
takda cerita buat masa ni. :D
October 27th, 2008 at 4:36 pm
lupa nak komen pasai fahrin
dia sangat ensem la!!!!!!
tp pakai spec tu mcm belalang lak muka dia.
hahaha.
he’s hot kan chika :p ahhaha
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:20 pm
dia hot.
chika panas.
bukankah ngam?
(hoi hoi chika nak mati ke?)
err.
saya guraula.
October 27th, 2008 at 4:58 pm
ada makna…haha..chika kena makan sayur yg dibajai dgn baja semulajadi….haha…
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:22 pm
aku makan sayur lah!
October 27th, 2008 at 10:37 pm
huhu..rajinnye mengemas;)
hihi..kelakar ek kawin hari ni?alaahai…
kawan yana harini lgsungnya..tp kt dewan upm..huhu tk dpt g
chika Reply:
October 28th, 2008 at 9:23 pm
seb baik dia tak duduk area gombak sana. Kalau tak pasti orang confuse. Antara nak ke rumah penganttin dgn batu cave. haha