Peng-kepala

Bila penterjemahan bahasa menjadi sangat Melayu, penjahanaman bunyi akan terjadi.
Perkataan Header telah dijahanamkan menjadi Peng-kepala.
Sesuatu yang melampau.

Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingin mengkongsikan sikit cerita peng-kepala blog saya (my blog header) untuk blog lama (nuruloveme) Sangat jahanam. Bila disebut dalam Bahasa Inggeris, bunyinya sangat perfect. Bila dipindah ke dalam BM (Bahasa Mak) bunyi dia sangat menjengkelkan. Nasib baik Bahasa Melayu ialah bahasa Ibunda mengikut Perlembagaan. Ia dilindungi oleh Perlembagaan Negara. Baiklah. Sempena hari Jumaat penuh barakah ini, saya akan menulis secara Bahasa Melayu sepenuhnya. Bersedia untuk mabuk dan menahan pemberontakan dalam kepala, semua! Kemasukan (entry) yang Chika tulis sepenuhnya Bahasa Melayu akan dibantu oleh Cikgu Muthu. Lepas ni boleh telan Actifast (Akti-Laju dalam Bahasa Melayunya iaitu sejenis Panadol). Tengok. Perenggan pendahuluan pon sudah cukup membuat anda pecah kepala. HA-HA-HA.

Sebenarnya, kemasukan ini berciri tak ada modal. Iaitu ditulis semasa penulis ketiadaan modal karya. Atau dalam kata lain disebut BUNTU atau dalam kata yang lebih lainnya, MISKIN IDEA . Namun begitu, sila tengok kaki (see the leg ) Chika sangat berbakat dalam berkarya blog. Dia tetap boleh berkarya walaupun tanpa modal idea. Disebabkan ketiadaan modal, kali ini saya akan membawa anda (eceh, seperti kakak membawa adek-adek beriadah tepi taman) melihat-lihat sesuatu yang dinamakan peng-kepala blog.

Saya telah menulis blog sejak berada dalam tingkatan 4. Ketika itu menulis bukan di blogspot kerana belum kenal blogspot. Kemuncak karya saya (ewah, macam anak seni bunyi dia) dianggap bermula semasa saya berpindah ke blogspot. Blogspot memang sesuatu yang berharga bagi saya sebab di situlah saya menjalani proses pra-diva. Setakat ini anda faham? Kita pergi ke perenggan yang lebih rumit.

Pada ketika itu (tahun 2002 kalau tak silap saya. Kalau silap tak payah betulkan) saya tak pandai buat peng-kepala blog secara sendiri. Jadi saya merembat orang punya. (Macam yang anda juga pernah lakukan mungkin) Antara peng-kepala yang pernah saya rembat orang punya ialah :

Yang ini.

Saya tak tahu kenapa saya sangat tak malu memakai gambar ini sebagai peng-kepala. Tapi remaja baru nak jadi memang suka cari pasal. Saya pon sama. Setelah beberapa orang suruh Chika tukar imej peng-kepala (kerana menurut mereka imej ini memberangsangkan padahal macam tak berapa memberangsangkan pon) saya pon tukar. Waktu itu saya hanya penulis baru nak jadi. Jadi terpaksa memegang prinsip ; Pengunjung Sentiasa Betul (Visitors always right). Sekarang kau jangan harap aku nak pegang prinsip tu lagi. Sebab prinsip telah dikemaskini mengikut kesan waktu dan kematangan.

Prinsip Pengunjung Sentiada Betul telah dicampak jauh dan digantikan dengan prinsip :

  1. Penulis sentiasa betul.
  2. Sekiranya penulis salah, kena rujuk kepada perkara nombor SATU kembali.
  3. Terbentuklah polisi diktatoriat secara automatik.

Seterusnya.

Siapa kata Chika sentiasa meng-hijau dan tiada toleransi dengan warna lain? Chika tak ada masalah dengan warna. Saya pernah memerahjambukan blog saya. Saya juga pernah mengungu. Tapi memang sering menghijau. Membiru tidak akan sama sekali. Kenapakah? (Kenapa suka bertanya kenapa?)

Seterusnya,

Ketika itu, saya menggunakan tema ‘dansa’. (Sehati Berdansa? ) Bukan. Itu program Astro tak ada kena mengena dengan Chika walaupun Fahrin Ahmad menjadi pengacara rancangan. Aik? Fahrin Ahmad? Macam ada kena mengena dengan Chika pulak. Tak apalah. Kita kena fokus kepada kisah peng-kepala bukannya melencong ke topik Fahrin Ahmad (walaupon sebenarnya ada hati nak membuat 3 perenggan untuk Fahrin Ahmad) Fahrin Ahmad, keluar sekarang!

Lagi,

Sangat hijau. Atau dalam kata lain, HIJAU GILA. Peng-kepala ini merupakan antara peng-kepala yang paling saya suka. Sebab? (Tak payah bagi sebab).

Peng-kepala lain yang pernah dipakai dalam blog Chika ialah :

Banyaknya CHIKA ! Ketika membuat peng-kepala ini, saya sedang dalam serangan NARCISSISM. Sangat bercinta dengan diri sendiri sampai berasa muka sendiri sangat cantek dan tanpa hati perut telah menggunakan muka sendiri secara banyak. Malu lah bukan perbuatan tersebut? Disebabkan secara tiba-tiba berasa malu dengan perbuatan sendiri yang seolah-olah menyanjung muka sendiri, saya pon tak menggunakan peng-kepala ini dengan lama. Sangat sekejap memakai peng-kepala ini.

Oleh hal demikian, saya tekad tak mahu memperdagang muka dengan rasa kecintaan terhadap diri sendiri yang banyak. (Nanti kesian orang lain muntah darah) Saya pon menggunakan bayang-bayang lelaki aneh seperti peng-kepala di bawah :

Anda semua sangat kenal peng-kepala di atas bukan? Sekiranya anda mengikuti saya dari NURULOVEME. Kalau baru mengikuti, mungkin tak pernah tengok. Peng-kepala ini digunakan semasa saya mentemakan blog secara warna-warni dengan konsep urban. Dan pada ketika itu, blog saya sangat cantek (KAH KAH KAH) Tapi setelah menggunakan tema tersebut selama lebih setahun (iaitu tema paling lama saya pernah pakai sebab dikatakan cantek lah tadi bukan?), saya pon menukarnya kepada tema yang ada sekarang di NURULOVEME iaitu yang berimej :

Peng-kepala ini pernah dipertikaikan sebagai gangguan seksual ( apalah kau ni cepat sangat terkena tarikan seksual. Tak faham aku) Tiba-tiba pada ketika itu, saya terpegang kembali prinsip Pengunjung Sentiasa Betul. Saya pergi membuat peng-kepala baru supaya blog saya yang suci (sesuci kanak-kanak menyusu dengan ibunya selama dua tahun) tidak dikaitkan dengan gangguan seksual (Oooo… kau bila isu macam neh tahu pulak nak sensitif) Namun begitu, peng-kepala baru yang saya buat berciri masalah moral pula. Iaitu semacam pusat menjual dadah terkemuka dunia.

Saya hanya pakai peng-kepala berciri ‘masalah moral’ tersebut selama tiga minit sahaja. Sebagaimana yang boleh dibaca kisahnya di SINI dan SINI. Tiada siapa pon pernah melihat peng-kepala tersebut secara penuh. Bahaya kalau digunapakai dalam blog. Silap-silap aku kena dakwa (Ha, tahu takut!)

Tauladannya di sini : apa sahaja yang anda perjuangkan, anda tulis, anda gunapakai dan anda ketengahkan dalam blog anda perlulah menepati piawaian tertentu (supaya anda tidak kelihatan ketinggalan) atau terkeluar daripada tarikh (outdated). Anda sebagai tukang blog perlu memenuhi tuntutan nurani pengunjung (selagi anda tidak menggadaikan maruah dan ego anda. Kita kena berlagak bagus dan betul supaya tidak diperlekehkan oleh pengunjung) KAH KAH KAH. Dan perkara paling penting, haruslah sensitif dengan isu moral dan isu masyarakat yang lainnya.

Eh eh Chika tu membagi tazkirah macam dia tak pernah ajar orang buat yang bukan-bukan je!

Memang pon aku ajar kau yang bukan-bukan. Yang kau pergi ikut sapa suruh? KAH KAH KAH.

Err. Bukan macam tu.
Tahukah bahawa kesan penulisan anda kadang-kadang membagi impak kepada pembaca? Semasa menulis, jalankan IQ anda secara berterusan supaya penulisan anda tidak menyumbang ke arah keruntuhan moral dan menggugat sensitiviti masyarakat dalam hal tertentu. Macam saya. Telah ter-buat peng-kepala berciri gangguan seksual dan keruntuhan moral. Saya minta maaf kepada masyarakat. (Aik?) Ah. Gila kelakar perbuatan meminta maaf kepada masyarakat. Padahal keruntuhan masyarakat bukan salah aku!

Sekarang sila tengok tengah. Peng-kepala (Tapi bukan pada posisi kepala) saya untuk nurulism.com ini berciri nasyid. KAH KAH KAH. Tapi ada terselit muka sendiri yang menggambarkan sifat kecintaan kepada diri. Baiklah! Esok saya buang muka saya yang terselit di sebalik pelangi. Saya letak muka Fahrin Ahmad. (nak kena belasah?) HAHAHA. Woi, biarlah muka saya kat situ! Ini blog Chika, bukan blog Fahrin Ahmad. Fahrin Ahmad, keluar sekarang!

Aik? Tadi kata tak ada modal idea.
Memang tak ada pon. Kalau tengah bermodal, lagi panjang tulisan ni.

Saya sudahi dengan HA-HA-HA.
Petang nanti kalau ada modal saya blog lagi!
Kalau tak jumpa modal, saya menggoreng blog macam biasa.

Recent Entries

35 Responses to “Peng-kepala”

  1. mastakilla Says:

    perghh!! banyak gak peng-kepala anda..
    try mengempalakan pengkepala tu jadi satu..
    ape aku cakap ni..
    err..ape2 je la..
    tapi peng-kepala anda cantek!!

    chika Reply:

    haha.
    terima kasih.
    saya faham apa anda cuba cakap.
    saya kena satukan peng-kepala menjadi satu.
    saya tahu dia akan jadi apa.
    akan jadi kepala alien

  2. anot Says:

    saya harap.
    bg entry kalini xde org akan menciplak ayat2 anda saudari ataupon bakal [puan] chika.
    hahahahahhahaha!!

    peng-kepala anda sungguh menarik hati,limpa,jantung dan kuku kaki saya yg belah kiri.

    chika Reply:

    saya pon harap begitu. kalau ada yang mencurik kali ini, dia bukan saja akan mencuri ayat berkarya tinggi saya (ehem) malah akan mencurik gambar2 peng-kepala saya.

    tapi tak pe.

    saya sebenarnya sangat cool dan tenang. hahahahaha

    terima kasih sebab kata peng-kepala saya menarik organ2 anda.

  3. aisya Says:

    walo pown ade tarikan sexual, peng-kepala akak still nampak cool~!

    tabik arh kak!

    chika Reply:

    terima kasih aisya.
    gangguan seksual memang cool.

    aisya Reply:

    hahaha..
    tpi aisya jmpe blog akak time akak pkai peng-kepala yg ade byk gmbar tue.. huhu

    time tue blog akak best..
    cam playground!
    haha

    time tue aisya tgh ketagih dadah akak..
    kakakakaka
    smpai tiap2 mase ckp psl akak kat skula..
    smpai kengkwn aisya ckp, “ko nerh.. x abes2 ngn chika”

    haha..
    akak famous taw!
    leyh lawan famous amos
    famous chikos..
    huhu

    chika Reply:

    Ya Allah.
    terharunya.

    tapi famous chikos tu bunyi cam nama makanan tikus. HAHAHA.

    thank you aisya :)

    aisya Reply:

    hahahaha!
    famous chikos untuk tikus si chikos ;p

    aisya Reply:

    eyh! ur welcome kak chika yg chomeyl ;p

  4. nashrex Says:

    aku kenal kesmua header ko.
    maknanya tu aku veteren dgn ko.
    atau bleh dikatakan masak dgn ko.

    nnt majlis kawin, bg aku makan kat tmpat 1st kelas.
    sekian.
    haha

    chika Reply:

    err. ye lah.
    aku pon tiba2 rasa.. kita ni mmg dah veteren la.
    dari zaman blogspot membawa ke conference (di mana ko dgn zam berkaroke dan kami semua kena dengar) hahahaha.

    erk. Ko masak dengan aku? Bila masa kita masak bersama? gagagagaga

    tempat 1st class atas atap. nak?

    nashrex Reply:

    aku nak makan damai sblh pengantin… haha

    chika Reply:

    makan damai?
    apa makan damai tu?
    ngahahah. aku tak penah dengar

  5. syamin Says:

    here u go..1st coment ni..hehe
    akti mksudnye?? sye rse tuh aktif-laju.f di sekalikan.opss..
    header ni sume mmg cantek.tahniah!

    chika Reply:

    hi dear syamin.
    glad mendapat komen pertama dari syamin. ehehee.

    ye. akak pon memang rasa ia adalah aktif-laju.

    terima kasih sebab kata header saya cantek :p

  6. amosss Says:

    saya seorang pembaca senyap. sekarang baru bersuara. ehe.

    teruskan berblog. cantik layout dan header2 anda.

    chika Reply:

    hi, welcome to the club (club membuat komen secara heboh) hahaha.

    thank you baca blog saya :) thanks for the comment (komen pertama kan?) hehe.

  7. Zul Says:

    banyak betul kepala yang mengepalai chika selama nih.. cik haizum.. sy betul2 tengah kepala pusing sekarang nih.. tak tau la kenapa.. aduss.. sy suke semua estetika kepala awak.. eh eh.. maksud saya.. peng-kepala awak.. dan saya benci perkataan narcacissm.. sebab sy sendiri tak pasti saya mengeja perkatan nih betul ke tak..

    chika Reply:

    saudara zul,
    janganlah pening sangat. Sebab Muthu pon tak ada datang mengganggu sangat pada entry ni. Err. sebenarnya sya sendiri sgt susah mengeja narcissism sebab saya terkeliru berapa banyak S kena bubuh. tapi practice makes perfect. Latihan membuat sempurna.

  8. wiween Says:

    adik! header yg kaler sgt ijau tu amat cantik!! masa tu belom jumpa blog chika lagik. huhuk.

    chika Reply:

    kakak,
    itulah antara header yang paling chika suka dan tak sngka chika telah buat secara saangat hijau yg berjaya punya hijaunya hijau (okay, Muthu boleh blah skang!)

    kakak kenal chika since header yg warna warni kan?

    wiween Reply:

    aah since header warna warni. ;)

  9. amosss Says:

    saya juga obses sama kaler ijau.

    chika Reply:

    amoss, boleh leave url blog you?
    :)
    nanti saya boleh pergi baca :)

  10. angel_baik Says:

    akak rasa, semua peng-kepala ko nie akak dah pernah tengok…

    nampak sgt akak nie antara pembaca tegar blog ko nie chika.. uhuhuh….

    adakah ini bermakna, akak dah buat perkara yang bukan-bukan?…. kena jawab nie… :)

    chika Reply:

    hahhaha. kalau dah penah tgk semua, maknanya kakak juga seorang veteren dalam blog chika. hehehe.

    err… soalan akak tu takut chika nak jawap.
    kita skip lain kali oekk. haha

  11. atinne Says:

    pengkepala yg narcissistic tu sangat xleh blah..
    keke…macam model ke ape tu eh??;)
    tp comey la…hihi…
    sume pengkepala 2 memang menarik..
    hee…

    chika Reply:

    bukan macam model. macam ‘tengah jatuh cinta dgn diri sendiri’. perbuatan yg memalukan. haha

  12. aidasue Says:

    rasa macam dah pernah tengok separuh. maka saya ni junior veteran lah kepada blog bakal puan chika kan? :D

    chika Reply:

    junior veteran? KAH KAH KAH.

    bagi yang penah tgk lebih dari tiga tu, dikira veteran la jugak. sbb biasanya chika malas tukar header. so satu2 header akan dipakai lama. ngahaha

  13. azeyra Says:

    saye stat bce blog chika mase header strawberry tuh…

    chika Reply:

    wah.
    dah dikira lama jugak tuh.

    huhuhu… terharuuuu.

  14. yonnaism Says:

    i takkan lupa peng-kepala yang ada pic strawberry tu sebab i mula baca blog u,dengan peng-kepala gamabr tu la :p

    u sangat kreatif =)
    semua header u sangat2 cantek!

    chika Reply:

    kira dah lama tu.
    ngeh ngeh.
    tq yonna :)

Leave a Reply