Catatan Harian
Catatan Jumaat Chika :
- Bangun pagi emak kejut. Emak kata abah suruh sediakan dokumen-dokumen untuk apply X dan membuat Y. ( find X and Y ). Eceh, soalan Add Maths.
- Emak suruh mandi kalau tak mandi jangan makan. Sebab nak makan, pergilah mandi. Sebab kalau tak mandi jangan makan. Lepas mandi pon pergi makan (Sebenarnya saya boleh putar belit ayat ni sampai membentuk sebuah entry sepanjang 152 cm. Iaitu sama dengan ketinggian Chika)
- Selepas mandi, macam yang dijanjikan … makan! Eat my sarapan Kueu Tew (aku tensyen betullah apsal aku susah sangat nak eja Kueh Tiau! Kue Tiau pergi berambus skang!) Kalau tak percaya pergi tengok. Ada TIGA jenis ejaan Kue Tiau yang telah saya buat. Sebab saya tak tahu yang mana satu ejaan yang betul. Anda bulatkan jawapan yang betul tolong. Terima kasih sebab tolong bulat.
- Kuew Tiau sedap. Terima kasih Mak Yang sebab pandai masak makanan yang susah nak eja neh. Mak Yang masak semua sedap. Saya harap tak lama nanti saya pon pandai memasak makanan sedap untuk suami dan tentunya untuk saya sendiri. Bakal suami, sekarang tolong tersenyum depan komputer sebab akan dapat bakal isteri yang ada hajat nak memasak sedap-sedap (dalam hati). Senyum depan komputer sahaja, jangan senyum depan awek Sepanyol di kawasan kejiranan. (ayat berwarna merah. Sila faham-faham sendiri apakah peranan warna merah dalam ayat tersebut) HAHAHAHAHAHAHA.
- Selepas makan, minum nescafe panas dan kemudiannya menumpahkan jus mangga di atas meja. Jangan lupa lap kembali air yang tumpah sebelum dilihat oleh emak. Kalau dilihat oleh emak, nanti dileteri macam nasib Cinderella. Selesai mengelap air yang tumpah, saya menapak beberapa langkah ke depan untuk mencari alat kawalan Astro. Hallamak! Tak payah tulis secara terperinci.
- Tak jadi tengok Astro sebab abah suruh siap. Hendak pergi berkahwin. (huh????) Ewah ewah. Senang-senang je kau nak pergi berkahwin padahal tunang kau belum balik. KAH KAH KAH. Sebenarnya bukan pergi berkahwin. Tetapi pergi mendaftar kursus kahwin.
- Pergi mendaftar kursus bersama Astri. Ibubapa yang bawakan kami (macam kanak-kanak didaftarkan ke taska) Sangat gembira sebab hendak pergi kursus kahwin. Jangan kata kursus kahwin. Apa-apa sahaja yang berciri kahwin memang menyeronokkan.
- Setelah mendaftar, kami pon pulang dengan gembira. Sambil berjalan dan membetulkan tudung pada cermin bangunan. Hallamak! Mungkin orang dalam bangunan usha kami macam nak telan. Tapi tak apa. Remaja memang cintakan cermin.
- Petang-petang pula saya meluangkan waktu untuk berbual dengan lelaki. Memang sengaja membuat ayat kontroversi di sini. Berbual dengan Mr.Tunang dari jam 5.30 petang (waktu tempatan) hinggalah jam 9 malam (pon waktu tempatan). Berbual sampai habis modal. Selepas habis modal, kami pon meminta diri masing-masing. Saya bagi balik diri dia kepada dia. HAHA.
- Setelah Mr.Tunang memintak diri dan saya membagi dirinya kepada dia sendiri (Chika, kau neh takda ayat yang lagi senang kah?) Saya pon memblog entry ini dengan ikhlas.
- Selepas menyudahkan point nombor 11 ini, saya pula akan memintak diri. Sebab sudah sampai ke acara penutup sebuah kehidupan hari Jumaat. Acara Membuta Tuli. Aik? Apakah pula acara membuta tuli neh? Tidur lah.
Chika nak pergi membuat acara Membuta Tuli sekarang jugak.




October 24th, 2008 at 10:43 pm
adekah i yg first??
ahhaha..
bangga sekejap..
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:52 am
okay, boleh bangga.
sila bangga.
hehe
October 24th, 2008 at 11:48 pm
2nd..haha!
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:52 am
okek bagus.
dah pandai bermain dalam komen
:P
October 25th, 2008 at 12:10 am
hahahahahaha!
mmg mcm2 ejaan ok kuetiow!
asal same bunyik..
hentam saje la!
:))
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:53 am
ha ah kan.
yang penting dia boleh di makan walau dalam apa nama sekalipon.
haha
October 25th, 2008 at 1:14 am
ala kuew tiow tu x payah reti eja pon x pe kak chika,asalkan tau menikmatinya..haha
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:53 am
betul betul.
akak setuju habis-habisan.
October 25th, 2008 at 3:07 am
kehehe…
lame tu gayut..
sampai 9 malam…
kalu x abis modal xtaula…
good nyte..
sweet dream…(iklan tidor)
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:54 am
sebenarnya modal tak pernah habis. cuma tenaga untuk melabur modal je yang terhad.
haha
mabuk. biasalah
:P
atinne Reply:
October 26th, 2008 at 1:36 pm
mabuk cinta?
keh3…
ke mabuk udara?
chika Reply:
October 26th, 2008 at 9:53 pm
mabuk cendawan
October 25th, 2008 at 4:05 am
hayoo.. ape la entry ko ni.. haha.. ko mmg blogger yg bagus.. segala benda boleh jd entry.. tahap genius gak ko neh dlm meng”ayat” blog.. haha
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:55 am
bab meng’ayat’ blog dan menggoreng orang serahkan pada aku. tak perlu modal, bisnes tetap on! KAH KAH KAH
October 25th, 2008 at 8:16 am
saya eja kueh tiaw. tapi tak tahu soheh ke tak.
hehe…
fourth! :D
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:55 am
kueh?
hurm. macam boleh jugak.
saya rasa dia boleh dieja sesedap rasa. takda hal punya.
October 25th, 2008 at 10:11 am
kue tiaw.
kueh tiau..
kuwe tiaw
kue tiau
kuti..hahahhahahhaahhaha
asal bunyik same sudahhhhh..
ah ye..
yang x kawen pon sronok juge.. keerkherkerhk
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:57 am
kan betul aku kata. ejaan dia boleh dibuat dalam macam2 ragam. dah cam main SAHIBA la pulak (huyyo SAHIBA, lama tak main)
tak kawen pon tak apa. asalkan nama dia kursus kahwen, tetap best. sbb macam ala-ala nak pegi kawen.tak ke best tu
October 25th, 2008 at 10:46 am
kuey teow la chika.. ejaannya macam tu.
kakju -> tukang buat signboard foodcourt kakju setiap tahun =P
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:57 am
okeyyyy!
tu dia.
kakak madu goncang dan kasi ejaan yang betul. Terima kasih. semua orang sila ambik iktibar.
tukang buat signboard foodcourt yang ajar tuh! kita semua kena percaya.
October 25th, 2008 at 12:59 pm
kamu nih, boleh jadi penulis entry la..
cu wat entry paling panjang.. boleh la catat dlm Malaysian Book of Record..
try ler..
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:58 am
bukan tak nak buat.
tapi malas nak tabur budi pada Malaysia.
kang dapat Dato’ free. tak mencabar langsong.
eceh.
haha
October 25th, 2008 at 1:41 pm
hai nurul chika,
ejaan kuey teow memang sgt mengelirukan. hahahaha
tiba2 teringat waffle. tapi org2 kita (org2 indon – ya, org indon pun tahu buat waffle =p) yg jual waffle selalu eja wafle, wafel.
haih. sama juga dgn sebutannya. boleh kata semua sebut wafle. yang itu biskut.
hah, merepek panjang pulak. =)
chika Reply:
October 26th, 2008 at 1:59 am
erk.
ada eh orang melayu eja waffle sepelik itu? haha. saya penah tgk kedai yang jual roti john, dia tulis
ROTI JORN. over tau.
October 27th, 2008 at 12:51 pm
erk..kuey teow. heheheheh :p
chika Reply:
October 28th, 2008 at 3:19 pm
apsal nama dia camtu agaknya?