STIK KEGEMBIRAAN

Jam 11.11 malam.Nombor satu yang bertuah (Lucky number one).

Sepatutnya sudah pergi tidur lah bukan? Bukan. Sepatutnya jangan bermain internet lagi lah bukan? Bukan. Sepatutnya pergi cuci kaki, basuh muka dan menyapu krim-krim kewanitaan ke muka lah bukan? Bukan. Sepatutnya pergi main Tekken 5 di bilik budak-budak lelaki sampai joystick dia hancur la bukan? Ye betul.

Tapi memandangkan sudah jam 11.11 malam, nanti ibubapa marah kalau membuat bising.Bermain Tekken 5 memang bising. Sebab kenapa kena bising :

  1. Bila sekali dapat rembat kaki pihak lawan, kita akan menjerit ‘whoaaa!’. Nanti abang rumah sebelah susah nak tidur. Sikap yang tidak murni mengganggu tetangga pada waktu malam.
  2. Bila menang kena berdiri dan bergolek Arab sikit untuk menyakitkan hati pihak lawan. Sambil bergolek akan membuat bunyi-bunyian. Sampai pihak lawan sakit hati dan rasa nak bakar kakak dia hidup-hidup.
  3. Kalau kalah, pon akan bising juga. Iaitu marah tengking-tengking tak tentu pasal. Contoh : Tak guna punya joystick! Tekan-tekan tapi tak functioned. Apalah joystick neh! Kalau bukan dek sebab joystick buat hal, mesti dah menang. Biasalah. Bila kalah akan menyalahkan joystick. Padahal memang kalah secara adil dan saksama. Joystick sangat ta berdosa.
  4. Sambil fighting, mulut akan memberi sound efek bantuan. Contoh : Dush dush! Iaitu bunyi efek tumbukan. Padahal tak payah buat dengan mulut. Memang bunyi tersebut sudah siap ada dalam program game tersebut. Semasa menterajang pula, kena buat efek bunyi like ; Hiarght! Belum lagi efek bunyi semasa menggunakan kuasa super.

Tekken 5 memang sebuah pertarungan sengit yang menggelikan hati. Watak super pilihan Chika tak lain tak bukan mesti NINA. Kenapa kena pilih Nina :

  1. Nina, muka dia macam cantek jugak. Jadi kita akan memainkan satu watak super yang cantek.
  2. Body Nina cantek. Sangat seksi dan mengghairahkan. (sebenarnya point ni tak penting sangat tapi kena beritahu)
  3. Chika pandai memicit kombinasi button yang betul untuk mengeluarkan kuasa sakti Nina .
  4. Kalau guna Nina, Chika mesti lagi mudah menang.

Saya harap adek saya akan beli Tekken 6 atau Death by Degrees. Macam sengit je. Bagaimana pula dengan bermain game berciri pendekar? KAH KAH KAH.Pendekar 6 (game neh tak ada tahu!)

Err. Tak berapa tahu apakah sebab dia sampai menulis tentang game Tekken. Tapi memang Chika suka main game Tekken. Chika suka game yang boleh bagi dia menang saja. Telah mencuba bermain game Naruto sebanyak err.. sekali. Sangat susah dan semacam tidak boleh menang dengan banyak. Baik tak payah. Bermain game dan tumpas merupakan ciri-ciri loser. Kita mesti bermain dan menang. Sebab itu jugalah Chika hanya bermain Tekken 5, Street Fighter, Bejeweled, Colorlinez, Internet Reversi dan Solitaire (aik?) KAH KAH KAH. Ke enam-enam game yang disebut di atas ialah game yang pasti Chika menang. Yang pihak lawan akan menangis sebanyak satu sungai kalau berjaya kalahkan Chika. Angkuh gila bukan?

Sebenarnya bermain game bukan aktiviti berciri keruntuhan moral. Keruntuhan moral ialah budak-budak sekolah yang ponteng sekolah dan pergi ke pusat permainan video dengan memakai baju sekolah. Tahukah kenapa kita kena bermain game? At least sehari beberapa jam. (Bukan secara berjam-jam straight) Gaming akan membantu perkembangan IQ. Tak kiralah apa-apa game kau nak main. Selagi nama dia gaming, dia pasti membantu perkembangan IQ anda. Nak lagi cepat berkembang IQ, mainlah game perang. Seperti yang Haikal selalu main aku tengok. Bukan setakat IQ berkembang, jantung pon boleh berpecah belah dan kepala boleh bercerai-berai dari badan. Sangat mencemaskan.

Aik? Ni Chika kah punya entry?
Pandai pulak Chika menggoreng entry gaming.
Err. Sebenarnya Chika pandai menggoreng apa-apa saja.
Termasuklah menggoreng anda.
HAHAHAHA.

Haikal kata : Sejak Ayong pandai main Tekken 5, Joystick kita macam nak hancur dah. Dia punya tekan tu, kalau boleh dia nak tekan sampai berkecai Play Station kita.

Joystick! Stik kegembiraan!

Recent Entries

43 Responses to “STIK KEGEMBIRAAN”

  1. totinx Says:

    1

    chika Reply:

    wah wah!

  2. totinx Says:

    yahoooooooooooooooooooooooo!!!! 1 lagi lagi dan lagi

    chika Reply:

    ko biar betul…
    hahahahaha.

    Zul Reply:

    totin.. apa macam kamu leh jadi no satu nih.. aishh..

    chika Reply:

    gila ar dia tak puas ati.
    haha

  3. totinx Says:

    laaa playstation rupenye tekken ni.. aku ingat cam mainan UNO. hahahahahahahahahahahaa

    chika Reply:

    Bunyi Tekken tu cam tak gempak la kan?

  4. Zul Says:

    oitt.. entry game.. lain macam larrr

    chika Reply:

    versatile… haha

  5. Zul Says:

    yeey.. first.. terima kasih kepada yang menyokong saya..

    cik chika buat entry pasal game.. macam nak ajak lawan tekken je nih.. jgn macam2.. kang ilang ibu jari disebabkan haus menguli joystick..

    chika Reply:

    haha.
    saya lagi suka fight kat arcade dia. ngahahaha.

  6. myadlan Says:

    first commenter kah aku?

    joystick penah diterjemah sbg kayu ria jugak..

    btw pernah main tekken tapi tak layan.. ske Mortal Kombat..

    btw penah main Wii tak? mesti lagi penat sbb kene guna fizikal..

    nanti aku nk post psl main game Wii..

    weeeeeee… !! :P

    chika Reply:

    stik kegembiraan berbunyi sangat fun.
    gegegege.
    Saya pernah menyaksikan adek-adek saya bermain Mortal Combat. Saya rasa penat. haha

    Wii? Tak pernah dgr. Esok semasa adek-adek pergi solat jumaat, saya selongkar album cd game dia. Tgk kalau2 dorang ada.

  7. chokilala Says:

    dulu pun slalu main tekken. tapi bkn tekken 5. lama dulu, skrg xmain da

    slalu guna yg gimau tu. xingat nama beliau

    chika Reply:

    kepala harimau, badan besar tu. chika punya perangai, suka pilih watak super wanita. Kalau main Street Fighter akan pilih Cammy. HAHA. Asalkan perempuan. Dan sgt benci utk memilih watak bermuka buruk atau semacam bukan figure manusia. Err.. selain tu, suka yang bermuka hensem like Ryu and Ken from Street Fighter. HAHA. Nampak sgt bukan gamer handalan. Seorang gadis pemain game mengikut nafsu semata-mata.gagagaa

  8. totinx Says:

    ahhahaha zul kalah! no 4!! hahhahah

    chika Reply:

    sempat ejek orang tuh.
    haha

    Zul Reply:

    eii.. camana leh jd no 4.. totin pakai bomoh nih.. nyahattt

    chika Reply:

    zul neh kenapa neh?
    jeles tak tentu arah .
    kah kah kah

  9. astige Says:

    hahahahaha
    ganaz ko..
    tekken best.. dulu aku bersusah payah mane story die utk dptkan org baru.
    rkerher..tp men sorang2 memang x feelllllllllllll..
    kerhkerhkre..

    chika Reply:

    aku sanggop main sambil ibu jari bengkak. Semata-mata nak naikkan grade. KAH KAH KAH.

    tapi sebenarnya aku bukan handalan. Aku tak tau pon menggunakan fighting style dgn betul. Aku suka main terajang sampai opponent tak boleh move. Sebab tu aku menang dan dituduh main tipu. Tak kiralah. asalkan menang

  10. astige Says:

    ah ye.. aku x puas ati ni..totinx telah berjaye mendapat no 1 sebanyak ..er..banyak kalik la.. hahahahhahah

    chika Reply:

    mentang2 dah dua entry ni totin buat serang bertubi-tubi, masing2 nak tak puas ati kat dia. HAHAHAH

  11. nashrex Says:

    game zaman aku budak2 tekken ni.. aku ske watak lee tu (btul x lee?). yg kungfu2 mabuk tu.. tendang2 sambil terbaring2..

    skrg main game bola je. hahak..

    chika Reply:

    haha.
    Lee mabuk. memang.

    game bola aku tak penah try. sbb aku rasa mmg aku tak patut main. atau kata lain, tak payah ar. haha

  12. Adry Says:

    uish… lamanya tak main game ni.. huhu

    chika Reply:

    gi main gi

  13. atinne Says:

    cadangan baru utk joystick = kayu ceria@tongkat ceria…wahaha…gembira sunggoh brmain game ye…selalu main gamehouse pny game jer…sekali main mesti lekat..so xleh bukak selalu..bahaya woo…lenkali chika try men game kuda…leh mnjana inspirasi utk brmain kuda secara real…^^

    chika Reply:

    ramai mengistilahkannya sbg kayu ria. Tapi chika suka memakai kata-kata stik kegembiraan. fun. haha

    dulu selalu main ada satu game cowboy. dia naik kuda. game yg bosan. sepi tapi asyik bunyi kuda.

  14. azie Says:

    huihhhh..
    dah ada jawatan baru kat umah nampaknya,ehehe

    chika Reply:

    penganggur kena rajinlah carik keje dalam rumah. kalau tak kang hina gila.

  15. Masy Says:

    akak tak pernah main mende2 ni. akak sangat tradisional la kan? hanya main congkak, batu seremban dan galah panjang.

    errr sebenarnye sbb takde PS2 je heheheheheh~

    chika Reply:

    saya pon main jugak permainan warisan. Atau game rakyat. saya pandai main congkak dgn baru seremban. Dan juga main lompat getah. Game ni semua di main di sekolah agama. HAHA

  16. mastakilla Says:

    tekken?
    bes memang bes..
    tapi kalo dapat winning eleven..
    fifa09 yg baru ni ke..
    lagi bes..graphic puas hati seh..
    cobalah..

    chika Reply:

    apa fifa fifa neh.
    tak minat ar.
    kah kah.

    tekken best!
    (sbb yg ni je aku reti pon)
    HAHAHHAHA

  17. feralfovea Says:

    kamu patut cuba juga fatal fury, semestinya menang.

    chika Reply:

    ni bukan game lama ke?
    erk.
    bukan kah?

  18. wiween Says:

    tingat plak masa praktikal kat Mersing kak ween slalu men game kat Pasaraya Yakin tu. Men Street Fighter & King of Fighter. huhuhu. :p Zmn skola dlu giler men WWF smackdown. ;)

    chika Reply:

    huyyo.
    main game kat pusat video. Gila rock! Chika tak penah try main kat pusat game.

    smackdown chika tak penah main. selalu tgk adek2 main ngan kwn je (dulu) skang takda plak tgk dorang main wwf

  19. achik Says:

    sgt dah lama x bermain game.. x boleh mula balik, nanti sgt ketagih.. bila ketagih, dlm tido pun termimpi-mimpi sedang main game.. hahaha.. ;)

    chika Reply:

    chika neh semua benda pon dia ketagih. pendek kata, jgn ajar apa-apa. nanti org ajar sket, dia layan secara over. kah kah

  20. yonnaism Says:

    i mungkin akan addict kalao ada benda tu kat umah.
    tp ps pon takda haha ;p

    semoga u akan terus menjahanamkan stik kegembiraan itu :p

Leave a Reply