Archive for September, 2008

tumpang alamat rumah

Posted by chika under Uncategorized

Pada hari Khamis yang lalu, rumah kami dikunjungi oleh kereta polis sebanyak sebuah. Kejadian ini merangsang hormon adrenalin bukan sahaja kami, malah kepada jiran tetangga (Jaga tepi kain orang lain sedangkan tepi kain sendiri koyak tak sedar. Itulah jiran tetangga di sini segelintirnya)

Mula-mula tiada orang yang peduli. Lama-lama banyak pula kenderaan yang berhenti di hadapan kediaman kami. Sangat penyebok like makcik-makcik only (most of them ialah remaja lelaki bujang hayyoh) I do not know why la youngster these days berciri makcik-makcik suka gosip dan mengambil tahu hal jiran sebelah. Sangat tidak cool. Contohilah saya. Sekiranya ada lawatan Seri Paduka Agong sekalipon ke rumah jiran tetangga, saya tidak akan ambik peduli. Saya akan terus memblog sebab memblog lebih sedap daripada mengambil tahu hal ehwal jiran. HAHA. (That does not mean that I am a bad neighbour, mind you. Kalau dengar jiran sebelah terpekik-terlolong macam sakit, pastilah bergegas membagi bantuan pernafasan) Ewah. Penyelamat dunia dah sampai!

Baiklah. Orang sekeliling ingat ada kejadian jenayah di rumah kami (mungkin). Mereka samada fikir bahawa ada penjenayah membuat jenayah kepada kami. Atau pon, mereka ingat ada penjenayah di kalangan kami (what the hell kau? ) Berpusu-pusu juga these ‘makcik-makcik’ punya youngster di depan pagar rumah kami. Saya rasa nak baling mercun dari tingkat atas ke bawah supaya semua bertempiaran lari. Kah Kah Kah. Mesti gila comel semua orang lintang pukang. Kah kah kah.

Well. Kami sekeluarga pon pada mulanya sangat terkejut dan saspen. Like drama only ; Where police came to my house and they wanted to tangkap me. Gari tangan dan tarik masuk kereta. My family members menangis. Emak trying to tarik me back supaya jangan ikut polis. Dan saya dituduh mengedar dadah (Drama lah kononnya. Imaginasi. ) Tapi tidaklah macam tu. Saya pengedar dadah yang bukan mengedar dadah (wah, cool nya ayat ni) Chika, boleh tak tulis straight to the point? Boleh. Marilah menulis secara lurus kepada titik.

Sebenarnya polis mencari seseorang. (nama dirahsiakan). Beliau ialah anak kepada kawan bapa saya. Dia dipercayai tidak membayar cukai jalan dan lari dari cukai tersebut jadi police wanted to tangkap dia (ya, macam dalam drama) Kami semua pon lega. Nothing to do with my family members.

Tapi, aneh bukan kenapakah polis datang ke rumah kami dan bapa saya kena menjadi tukang jawap. Aneh bukan? (Yes, definitely aneh) Cerita dia macam ni. Kami (saya dan emak) merupakan satu-satunya (actually kami berdua) orang dalam rumah ni yang sangat marah setiap kali melihat surat yang posmen hantar. Macam-macam nama ada. Semua orang tumpang pakai alamat rumah kami (huh? apa kejadah?)

Saya tak faham. Adakah rumah mereka tiada alamat? Atau pon rumah mereka tiada peti surat? (pakcik, go to kedai and buy one peti surat lah. Cheap cheap one only) Atau mungkin juga rumah mereka terletak di seberang sungai yang tenang ( jangan di sangka tiada buaya). Mungkin sukarlah posmen nak akses. But what the hell? Area Cheras neh mana ada rumah pedalaman ulu sampai bersungai bagai. So now, can somebody please explain it to me of why, these peoples have to use our home address? Dari kad pengenalan sampai ke sijil kematian. Semua guna alamat rumah kami. KENAPA? WHY?

Bapa saya kata tak apa. Apa salahnya. Bukan rugi kita pon. Oh abah so baik. Not like emak saya dan saya. Kami berdua sangat emotional dan selalu mengamuk bila mendapat surat orang lain atas alamat rumah kami. Kad raya melambak-lambak dekat bawah tu (tah siapa-siapa punya). Kadang-kadang, sewaktu hormon naik atas kepala, saya pergi buang secara pukal surat-surat tu. And here we go : Padan muka engkau.

Sekarang tengok. Bukankah sudah jadi masalah kepada kami? Last month ada orang datang nak tarik kereta. Bila tanya kereta apa, dia kata nak tarik Viva (Hello, tiada Viva milik keluarga kami okay) See. Dulu datang surat saman. Tengok nama, entah siapa. Stranger. Last week datang kereta polis pulak.

Silap hari bulan, these ‘makcik-makcik’ punya jiran tetangga akan menabur fitnah pulak kononnya keluarga kami buat jenayah. See. Bukankah this small matter (of peoples using our address) boleh mendatangkan masalah besar kelak? Jahanamnya mereka. Macam kes polis datang rumah ni lah. Dia guna alamat kami, lepas tu polis menyerbu ke rumah kami mencari dia. Hell. Hell. Hell. Buat malu keluarga saya betul.

Tak faham sampai sekarang. Kenapa ramai sangat sukakan alamat rumah kami. Sedap sangat ke nombor rumah aku? 36. Ada ong kah ini nombor? Nanti kami tukar pakai nombor 44, tahulah engkau takut. HAHA. Yang penting, saya akan terus membanteras penggunaan alamat rumah kami. Tak malu betul. Sampai kad pengenalan pon nak tumpang alamat rumah kami. Apakah punya buruk? Eii. Tak kuasa.

oh my shoes (shit) !

Posted by chika under Uncategorized

Entry neh akan dibuat secara Bahasa Melayu Jahanam bersama sokongan maut Bahasa Inggeris Kesat. Sebab entry ini mungkin memerlukan penggunaan pepatah kesat Inggeris yang banyak. Entry marah dan mendapat rangsangan api kena disokong oleh penggunaan bahasa Inggeris yang banyak. Satu, saya memang suka menyumpah dalam Bahasa Inggeris. Dua, saya tak pandai lah pulak membuat curse bahasa melayu. Nanti bunyi dia sangat menjahanamkan. Okay, lepas neh anda akan jumpa kembali laungan ‘oh shit’ bersama ‘damn’ dan jugak ‘what the hell’. Tapi tak akan curse sexually jangan worry. Lets starts cursing! ( haha )

Semalam petang. Cukuplah ENAM kali kami mengulang ke butik tersebut. Kalau butik tu is reachable in 4 steps from my house, saya tak kisah walaupon kena ulang sehari patpulohpat kali pon. Tapi tak berbaloi kalau berulang alik banyak kali to Bangsar. ( fikirkan petrol dan tenaga manusia).

Setiap kali datang ke Bangsar Shopping Center, dalam hati neh bukan sikit punya melompat (you know how much my hati loves to lompat katak lah kan) Tapi sebaik saja sarung sebelah kasut, mulalah hati yang melompat katak ni terus tergolek dog. Last time, kami dapat peluang to see Tom in person. Dia pon tengok kaki saya yang cantek, comel, indah, permai dan terpuji ini. Dia kata, shape kaki saya luarbiasa. Mereka suggest untuk letak padding dan saya pon OKAY! Okay, just put the padding la suka hati kau. Sebab saya dah tak sabar-sabar lagi nak kan kasut tu walaupun lambat lagi nak pakai. Tapi seriously, tak larat dah nak ke Bangsar. Kalaulah shopping center tu happening like hell, tak apa. Boleh jugak saya terkinja-kinja membeli-belah dan blah. Tapi shopping center tu adalah pening rather than happening. Oh. We are goin to curse on the boutique not on the shopping center. I am sorry. Gegegege ( gegegege? )

Before this, kami datang to collect the shoes yang ditambah padding. Anda tahu bukan macam mana buruknya bila ditambah padding? Nampak murahan padahal the price is pricey. Tunang saya pon macam tak suka tengok kasut tersebut setelah ditambah padding. Itu tak apa. Dah letak padding pon still cannot fit in me. WHAT. THE . HELL ?

Kami pon datang lagi sekali. Still. Longgar. Okay, memang kaki saya kecik. Tapi dia TIDAK BOLEH komplen pasal saiz kaki saya. Tahukah kenapa kami pergi menempah kasut rather than pergi beli yang ready-made dekat butik lain? I can go to Nine West, Aldo, Guess or even Clarks kalau lah kaki saya tak ada masalah saiz yang gila punya kecik like.. err… (okay, jangan curse kaki sendiri HAHAHA) Saya boleh jugak terus ke Adidas, Nike atau Raoul. (Gila kau wedding pakai sport shoes? Kah Kah Kah)

Kami pon balik dan datang lagi the next week nya. STILL tak fit pada kaki saya. Mereka suggest pulak untuk add-on strap. Ow’shit lah bukan? Mereka kata itulah saja cara supaya saya boleh pakai kasut tu. Cara tersebut bukan saja membuatkan kasut sya menjadi buruk, malah akan mengubah design saya dan sekaligus tidak menepati kehendak kami at all. WHY DID WE COME TO SEE THEM? Sebab kaki saya kecik. Kami nak custom shoes. Absolutely guna ukuran kaki saya untuk mould kasut dan bukannya buat saiz sediada dan tambah padding, strap, shit and hell. Bukan bukan! Kalau macam tu, lebih baik pergi beli je padding dekat Guardian (tunang saya dah pergi belikan satu untuk saya pon)

Tunang saya call the shoe maker dan dia nak argue pulak. This is totally not professional. He said that my fiance did not know anything about shoes. Ya betul. (tunang saya bukan tukang kasut pon) Kami tak tahu about shoes. Dia yang tahu. That’s why lah kami jumpa dia dan harap dia dapat selesaikan our problem. Ni kalau saya tulis lagi panjang ni, memang terkeluar jugak semua sumpah seranah yang tersimpan dalam hati neh. Jadi sudahlah. Rasanya anda pon sudah faham apakah situasi yang saya hadapi ketika ini. I think you guys can see what my points are. ( kan? kan? )

Nak tengok my wedding shoes yang membuatkan saya sedih tak tidur malam?

Read the rest of this entry »

Hari yang tidak produktif

Posted by chika under tag

1) 1st time naik kapal terbang
Pergi Umrah tahun 2002. Muntah muntah. Mabuk-mabuk (bukan mengambil minuman keras). Sampai Brunei Airport, kena tuduh mengandung dengan seorang makcik. Saya pon naik hangin. Tapi hangin yang naik tersebut tak sampai ke mana sebab makcik yang menuduh tersebutlah yang mengurutkan saya. Sangat perihatin terhadap wanita mengandung (padahal saya bukan mengandung. SALAH)

2)1st time beranak
Engkau gilakah tanya soalan neh? Belum kahwin tidak boleh beranak. Nanti berdosa masuk neraka. Allah murka.

3) 1st time ke overseas
Darjah satu pergi Iran.
Darjah dua pergi Palestin
Darjah tiga pergi Bosnia
Darjah empat berehat di tanah air.
Darjah lima pergi Mesir
Darjah enam berehat di tanah air lagi.
Tingkatan satu pergi Turki.
Tingkatan dua pergi Mesir lagi sekali.
Tingkatan tiga pergi Jordan.
Tingkatan empat pergi Arab Saudi.
Tingkatan lima menetap di tanah air.
Tingkatan enam pergi Oman

Sebenarnya saya tidak pernah mengambil tingkatan enam. Jadi anda buatlah kesimpulan apakah ertinya kesemua jawapan di atas. KAH KAH KAH.

4) 1st time duduk jauh daripada family
Semasa mengikuti latihan askar wataniah bagi remaja bawah 18. Kah Kah Kah. Baiklah, serius serius. Pertama kali duduk jauh dari keluarga ialah semasa mengikuti program matrikulasi di Tangkak. Sangat menyedihkan. Tak bahagia. Keseorangan. Kurang kasih sayang. Meng-gemok pulak waktu itu. Sebuah kehidupan yang lara.

5) 1st time kerja
Praktikal tahun lepas dengan NK Architect. Oh tuhanku. Sebuah pengalaman yang tidak berharga. Saya tak suka bekerja.

6) 1st time rasa diri gemuk
Peng-gemok-kan saya berlaku tanpa hujung pangkal. Jadi saya pon tak tahu bilakah kali pertama dan terakhir berasa gemuk. Sebab ia tidak boleh dijelaskan dalam unit waktu.

7) 1st time bercinta?
Saya suka betul makan terung masak sambal.

8) 1st time rasa diri cantik??
Setiap kali tengok cermin dengan kesan pencahayaan yang cukup dan dramatik. Kalau mentengok cermin yang tidak cukup pencahayaan dan dalam keadaan tertentu, mulalah histeria macam tengok muka sangat buruk. Buruk macam nenek kebayan. Eii. Seram lah bukan?

9) 1st time masuk cinema
Tidak pernah. Biasalah anak yang mendengar cakap ibubapa.

10) 1st time admitted in hospital
Semasa melahirkan anak sulung kelak. KAH KAH KAH. Sebenarnya saya belum pernah dimasukkan ke dalam hospital tapi semacam pengalaman yang boleh dicuba di dalam hati. Saya nak masuk Hospital Ampang. KAH KAH KAH! HAHAHA KAH KAH KAH lagi sekali. Jom gelak sekali lagik. Wa, gua gembira!

11) pilihan hati…..
Aik? Apakah maksud dia? Memilih di dalam hati? Baiklah. Pilihan yang dipilih di dalam hati ialah Fahrin Ahmad yang dimadukan dengan Hans Isaac. Itu pilihan dalam hatilah. KAH KAH KAH. (Tunang pon bercakap di dalam hati : Jaga kau Nurul. Kejap lagi dapatlah pengalaman pertama masuk ICU dekat Hospital Ampang. KAH KAH KAH)

Perbuatan membuat ‘tag’ ini dibuat atas dasar memenuhi permintaan masyarakat. Chime, bergembiralah! Sudah. Saya nak berehat daripada membuat tag selama 6 bulan. Sebab ada banyak benda nak ditulis secara gian neh. HA HA HA.

Err.
Soalan kali pertama isi minyak kereta tak nak tanya kah? kah kah kah!

Sebab? Tak ada Sebab

Posted by chika under Uncategorized

Hari ini saya bangun tanpa mengharapkan jam yang dikunci di dalam hati. Sebab saya tidak mengunci jam dengan apa cara sekalipun. Tidak dengan bantuan telefon bimbit, tidak dengan suara emak apatah lagi mengunci di dalam hati. Sebab hari ini saya tidak mempunyai aktiviti luar rumah yang memberangsangkan. Jadi saya bertekad untuk bangun dengan seruan alam semulajadi. (alam semulajadi pulak dah!) Tetapi sebenarnya, saya dibangunkan oleh jam sukarela berciri suara tunang. (ewah!) Chika kalau bab meng-ayat, memang juara! HAHA

Hari ini saya sangat gembira tanpa sebab. Saya juga berasa segar tanpa sebab. Begitu juga dengan perlakuan saya yang semuanya tanpa sebab. Termasuklah entry ini. Tiada sebab. Tetapi hati saya sangat cantek. Semasa membaca entry yang lepas, saya pon dapat merasakan aura hati saya yang buruk pada malam semalam. Garang betul entry semalam. Baiklah, saya sudah mendapatkan 5 alamat daripada 5 orang. Bolehkah anda menghantarkan alamat anda (kepada mereka yang tertentu sahaja, sebagaimana yang dijelaskan dalam entry lalu). Hantar secepat mungkin. Kalau lambat, macam yang sudah saya katakanlah. Nanti dapat kad raya dalam hati, janganlah makan hati. HAHA.

Pagi tadi juga, saya mendapatkan sebuah ‘testimonial’ baru dari bekas teman sebilik. (Kami pernah bersekedudukan di dalam sebuah bilik dua katil yang sepatutnya saiz dia untuk satu katil. Sangat sempit macam duduk dalam kandang lembu bersama lembu-lembu) HAHA.

mizah: what do i think???erm…chika ni comel…blog dia pun comel…attitude dia pun comel…bak kata semua comel la…erm…ada irama membodek di situ…dok eh (loghat teranu)..ikhlas ni!!! ;+*(0_o)*+;

Mizah ialah rakan sebilik saya yang pertama di UKM. Iaitu kembali ke era 2005 (Wah, sudah lama). Dia antara orang pertama yang saya kenal. Kami pon akan bersiap bersama dan berjalan bersama untuk sesi orientasi kolej. Sesi paling jahanam dalam hidup saya. Saya sangat benci orientasi atau apa-apa saja sesi yang menentang hukum alam. Hukum alam menyatakan bahawa Chika kena tidur sebaik saja mata dia kasi isyarat suruh tidur. Tapi sesi-sesi jahanam macam neh akan membuatkan saya tak boleh pergi tidur walaupun sudah sampai masa untuk tidur. Waktu itu saya sangat mendidih di dalam hati dengan semua kakak-kakak dan abang-abang macam bagus. Konon-konon sangat senior lah mendera junior baru. Itu dulu. Masa itu saya umpama kupu-kupu yang baru keluar dari kepompong (sastera siot!) Sekarang mari tengok! Kalau berani kakak senior atau abang senior tahan saya daripada tidur, saya langgar dia dengan kenderaan 1266 saya kasi dia mati di tempat kejadian. Nah, ludah! Saya tak suka tradisi junior-senior. Saya tak pernah harap ada junior lalu depan saya dan tunduk hormat atau pon kasi tabik macam askar wataniah. HAHA. Chika sangat releks :P Dan jangan harap pulak Chika mengkasi tunduk hormat kepada senior. Simpan harapan dalam hati. Tapi kalau senior nak tunduk lalu depan Chika, oh sangat bagus. KAH KAH KAH.

Kenapakah bercerita pasal junior-senior? Tak ada sebab. Pasal apa pulak membuka cerita Mizah? Pon tiada sebab. Kan dah dikata, hari ini akan hidup secara tanpa sebab. Jom jom sambung cerita yang tidak bersebab ini.

Mizah ialah seorang rakan sebilik yang menyeronokkan (sama macam Kak Dell) Sebenarnya saya dan Mizah sangat jarang berjumpa walaupun sebilik. Sebab saya menginap di studio pada kebanyakkan malam dan hanya pulang ke bilik untuk mandi dan menggantikan pakaian dalam atau luar ( ? ) Semua urusan bilik akan diuruskan oleh Mizah tanpa mengharapkan balasan (eceh ). Masalah teknikal bilik pon saya serah bulat-bulat kepada Mizah. HAHA. Dan semua perkara penting tentang kolej kediaman, dia akan kasi tahu saya samada secara lisan atau secara bertulis (jarang jumpa lah katakan) Mizah juga seorang yang suka mengemas di mana meja study dia asyik bertukar arah macam tak tentu arah. Kejap menghadap tingkap, kejap menghadap dinding. Padahal bilik tersebut sangat sempit mengalah lubang hidung Chika ( kau bayangkan ruang yang lagi kecik dari lubang hidung aku yang kecik ni. Tak ke gila punya kecik sampai boleh mati tanpa sebab dibuatnya).Kah kah kah. Semua orang, silalah berkunjung ke blog Mizah. Aik? Tiba-tiba pulak dah. Tak apa.

Oh saya rindu UKM. Saya rasa semacam baru sahaja menjalani kehidupan sebagai siswazah baru UKM. Tiba-tiba sekarang sudah pon selamat mendapatkan segulung ijazah. Ijazah tersebut ada di atas kerusi sana tu. HAHA. Belum digunapakai untuk apa-apa tujuan selain daripada untuk berlagakmacam bagus.Dan buat masa ini, fungsi ijazah tersebut tidak lebih daripada untuk ditunjukkan kepada saudara mara sahaja. Belum berfungsi untuk dijadikan bahan medium mendapatkan pekerjaan. Sebab err … jabatan agama Islam takda meminta pulak ijazah tersebut untuk mengisi borang nikah. KAH KAH KAH.

Lama betul saya menganggur. Apalah nak jadi neh. *mengeluh* (Sebenarnya dalam hati sangat seronok macam syurga seronoknya. Tiada perkara lain yang lagi seronok daripada membuat pengangguran berhias ) Tapi janganlah menganggur secara terkutuk. Tahukah bahawa pengangguran bukan semuanya kategori terpuji.

Pengangguran terpuji ialah yang semacam saya. Iaitu menganggur tetapi mempunyai matlamat. (Nak pergi membina masjid neh hahaha) Dan saya juga penganggur yang mempunyai tahap pendidikan yang terpuji di samping mempunyai IQ yang baik (bersedia semua! Chika sudah masuk ke zon KEANGKUHAN DIRI) Kah kah kah. Walaupon saya tidak menjana kewangan peribadi dengan sendirinya, tetapi saya menjana kebahagian untuk diri sendiri. Selain itu, saya berkerja sukarela menulis blog secara gian. Tengok. Tiada siapa boleh kutuk kes pengangguran saya. Kalau Chika tidak menganggur, jangan haraplah blog neh akan membekalkan kandungan dadah yang berlebihan kepada semua. Bila Chika sudah sibuk kelak (aik? Bila pulak tu?) , blog neh akan bertukar menjadi rumah hantu yang usang. HAHAHA.

Atuk tanya bila saya akan bekerja. Saya kata ; Kahwin dulu.

Bapa saya tanya adakah saya tak mahu bekerja. Saya cakap ; Mahu tapi nanti.

Emak saya tanya sikit-sikit saja sebab emak saya sebenarnya suka kalau saya ada dalam rumah menghadap muka dia dan dia pon menghadap muka saya. Kalau boleh, dia mungkin tak kisah langsong menangggung saya seumur hidup. HAHAHA. (Sebenarnya emak saya tak membaca blog saya. Kalau dia membaca, saya akan tulis ayat secara lain. Dan akan membuat sangat banyak entry bodek emak. Tapi emak tak baca blog, jadi tak payahlah buat entry bodek emak. Emak saya cuma mentengok blog sahaja. KAH KAH KAH)

Emak saya selalu tengok blog. Dia selalu masuk tumpang bersosial dalam bilik saya dan akan kata ; Nak tengok blog. Memang dia setakat tengok saja. Bukan baca. Sebab tulisan blog saya sangat kecik. Emak saya tak larat nak baca. Paling pon, dia akan membaca tajuk entry dan kemudiannya akan cakap : Apa benda lah yang anak ma tulis ni. Dan kadang-kala emak saya tetap membaca beberapa perenggan. Kemudiannya akan gelak berdekah-dekah. Aik?

Adik saya pon sangat suka mentengok blog saya. Tapi dia tak berapa tahu pasal blog sebab kalau dia online, dia hanya bermain Myspace untuk mengorat awek cantek. Padahal dia tak tahu, men-diva di dalam blog lagi seronok daripada mengorat awek Myspace. Sebab itulah, kalau ada kejadian macam luarbiasa sikit, adek saya akan cakap ; Ayong, ceritalah dalam blog. KAH KAH KAH. Semasa kucing dia beranak pinak pon, dia suruh saya ceritakan dalam blog.Padahal dia tak tahu, blog Chika tidak akan sesekali bercerita tentang kucing atau haiwan-haiwan lainnya. Blog Chika juga bukan blog makanan sebab itulah jarang diletak cerita tentang makanan bagus yang dimakan oleh Chika. Err. Tak berminatlah.

Kadang-kadang blog ini dijadikan bahan peras ugut. Contohnya bila berjaya merakam gambar aksi buruk adek-adek. Saya pon akan cakap untuk meletakkan gambar di dalam blog. Adek-adek saya sangat takut wo. Mereka pon akan sanggup membuat apa saja supaya kakak dia tidak menyebarkan di dalam blog. (Takut awek-awek sekolah terbaca dan mereka terkantoi) Kalau disuruh berenang di dasar lautan api pon sanggup mungkin. Baiklah, entry ni berciri sastera sikit.

Sekejap. Entry ni kelihatan sangat lintang pukang. Entah apa nak diceritakan pon tak tahu. Nah, terimalah sebuah entry lelong daripada Chika buat anda. Selepas tamat membaca entry ini, pergilah menghirup udara segar dan pandanglah ke langit biru. Untuk pulihkan kembali setting kepala anda. Saya percaya, selepas membaca entry tak bersebab ini, kepala anda akan mengalami infeksi jangka masa pendek. Pergi lah keluar sana menghirup udara segar. Nanti selepas segar, datang sini balik. KAH KAH KAH.

Baiklah nak pergi hubungi wedding planner. Supaya bila tunang saya tanya nanti ; Nurul, have you called him about the lace and the satin things? Jadi saya pon bolehlah menjawap secara bertanggungjawap : Oh, sudah sayang. (suara pon akan berlagak dan bernada bangga sekali) HAHAHAHAHA. Kalau menjawap belum, macam berciri tak bertanggungjawap pulak. Kah kah kah.

Pengumuman Ilmu&Pancaindera

Posted by chika under Uncategorized

Beberapa hari ini sangat penat. Gembira-Pergi-Bertuah Chika sudah bertukar menjadi seorang Chika dengan Kepala Yang Berciri Tidur. ?$%$@#%$ ( Ayat paling buruk dalam dunia. Tak guna punya ayat) A happy-go-lucky me had finally turned to a sleepy head little me. (Bahasa Inggeris memang indah, hell)

Kempen Bahasa Melayu saya makin hari makin gagal. Sejak terlancarnya kempen tak tentu arah ini, ayat-ayat saya semuanya lintang-pukang macam jahanam. Lama-lama boleh hilang akal dibuatnya. Jahanam. Oh tuhanku. Por favor ! ( Keluar Bahasa Sepanyol pulak. Memang majmuk betul aku neh) Baiklah. Memang kepala yang berciri tidur. Tapi ada hati untuk memblog. Sebenarnya terfikir untuk menulis dalam hati, tapi apakah kejadahnya menulis di dalam hati? Maka, terhasillah karya berciri mabuk neh. Tapi sangat nak memblog juga. Abes lah anda semua sakit mental selepas ini. Tak percaya, cubalah baca entry neh sampai habis. Tentunya menjanjikan tekanan jiwa yang dahsyat. Janji!

Ada satu kejadian makan hati yang berlaku hari ni. Bukan maksud dia saya pergi memakan hati kawan-kawan saya atau kawan-kawan saya memakan hati saya. Maksud dia, kejadian yang mengecewakan. Kalau hilang akal tadi, sudah meraung tepi lebuh raya Utara-Selatan ( Padahal tak ada lalu pon lebuhraya tersebut. Biasalah, memang saya ada tabiat suka menggoreng di dalam blog) Oh sangat kecewa dan terkilan. Tunang saya pon terkilan. Adek saya pon terkilan. Saya apatah lagi. Terkilan-kilan punya terkilannya. Sampai tak lalu nak menjamah nasi. Dah kurus betul badan ni (Arght! Saya tak faham kenapa Chika suka menokok-tambah cerita) Sebenarnya memang sangat terkilan dan ada rasa hendak menitiskan air mata. Apakah cerita dia? Sebenarnya tak akan diceritakan pada waktu ini. Sebab akan diceritakan pada hari esok.

Ceritanya memerlukan sokongan emosi yang sangat padu. Pada malam ini saya tak ada hati nak meng-emosi. Lebih-lebih lagi dalam keadaan mata yang antara bukak dengan tutup neh. Saya pon tak pasti adakah saya memang sedang menulis entry ataupon sedang bermimpi menulis entry. (Chika pergi tidur!)

Sebenarnya memang nak tidur. Tapi tak apalah. Tidur dalam hati. Sekarang hendak memblog dulu. Esok pagi akan bercerita tentang kisah yang mengecewakan tersebut. Malam neh tak ada tenaga lebih lah. Dengan tenaga yang terhad ini, saya hanya mampu untuk membuat pengumuman secara lemah gemalai. Baca pengumuman ini betul-betul. Kalau baca secara salah, nanti rugi. Atau nanti akan kurang ilmu dalam dada (huh? ilmu? dada? apa punya nerakalah Chika sedang cakap neh)

Pengumaman :

  1. KLIK SINI (klik) : Entry bertajuk Tunggu Depan Peti Surat.
    Baca elok-elok komen yang anda hantar (kalau anda ada menghantar komenlah. Kalau anda menghantar komen di dalam hati, jadi bolehlah klik di dalam hati saja) Baiklah. Saya sudah balas semua komen anda. Tak ada yang tidak dibalas. Balas-balas belaka (Sebenarnya Chika neh berciri mesra ) Memandangkan komen-komen tersebut banyak yang berciri PERMINTAAN, jadi Chika pon banyaklah membalas dengan mengatakan ‘BOLEH’. Mana-mana komen yang berbalas secara ‘BOLEH’, silalah email kepada saya alamat rumah anda dengan segera.Email ke chika@nurulism.com (SAHAJA) Jalan pintas lain tidak akan dilayan dan akan disimpan di dalam hati. Hantarkan alamat kediaman anda sebelum hari Rabu. Kalau lambat, simpan sahaja alamat tersebut di dalam hati (ewah, asyik bermain dalam hati je kebelakangan neh)
  2. KLIK SINI PULAK (klik) : Entry bertajuk Bulan Mengambang.
    Semak komen-komen anda. Kalau ANDA DI-TAG, silalah berbesar hati membuatnya. Buatlah dengan gembira dan sakan sebagaimana Chika membuatnya dengan sakan sekali. Siapa tak buat, sudah! (Kau nampak tanda seru tu?) HAHAHA (Baiklah. Ada pulak bunyi HAHAHA. Maksud dia, Chika sedang me-warning dalam ketawa. Itulah yang disebut sebagai buat jahat berpada-pada, buat baik sekali-sekala)
  3. Anda ada jumpakah sesuatu yang kelihatan seperti gambar bawah ni dalam blog neh? Ada jumpa? Kalau tak ada, mungkin benda alah neh ada di dalam hati anda. Sebenarnya bukan semua benda boleh ditengok dengan hati. Kadang-kadang kena pakai mata kepala. Mata kepala maksud dia, menggunakan pancaindera mata bersama kuasa minda. Tahukah apa fungsi benda alah neh :

    ✿ nurulism.com ✿

    Inilah dia navigator ‘HOME’ yang akan membawa anda kembali ke main page (nurulism.com). Jadi, mulai hari ni jangan tanya Chika di manakah dia HOME. Atau kenapakah blog neh menyusahkan orang. Lepas puas masuk sana sini, sangat susah nak kembali ke HOME (atau main page). Lain kali, klik saja pada ✿ nurulism.com ✿ tersebut.


    Sekarang nampak? Sudah tahu? Pandai. Ramai yang memang tahu. Tapi ada pula beberapa orang (yang sebenarnya nampak macam pandai), bersusah payah ‘buzz’ saya dekat YM dan membuat komplen.

    Weh Chika, kenapa blog ko takda button to HOME ? Sepatutnya kena ada. Baru nampak professional.

    Apalagi, kenalah tembak dekat kepala dia. Err. Sebenarnya Chika neh tak berapa suka dengar komplen. Dapat komen suka. Dapat komplen tak suka. Sebab kalau mood sangat cantik, komplen jahanam macam mana pon saya boleh terima. Buatnya kalau mood sangat buruk, tak ke nanti kau kena hamun dengan aku? Sebab itu, sebelum komplen pergi geledah dulu blog neh habis-habisan.

Baiklah. Chika pon sudah kedengaran garang nampaknya. Biasalah. Penat. Dapat pulak komplen sana sini, memang mencetuskan tiupan angin taufan. Lagi satu, blog neh menggunakan enjin WORDPRESS. Tahu kah tidak? Janganlah sesedap rasa mentertawakan Chika. Contoh ayat : Apalah kau neh Chika. Dah beli domain pon pakai enjin blogger. Pakailah WordPress. Barulah maju.

Anyway, ini memang WordPress babe!

Aduhai. Janganlah komplen lagi nanti silaturrahim kita bakal goyah. Berdosa Allah marah. HAHAHA. Sekarang kau dah tahu kan yang aku neh garang. Okay, sekarang Chika boleh tidur. Sebenarnya saya bukan tengah mengamuk. Saya tengah mengantuk. Dan sebenarnya Chika sangat baik hati. Cuma jangan cucuh api dekat dia nanti dia pon mengganas. KAH KAH KAH.

Dalam Hati

Posted by chika under Uncategorized

Pagi tadi saya mengunci jam penggera dalam hati sahaja. Bukan menggunakan bantuan telefon bimbit ataupon jam loceng atau pon suara tunang. Gagal. Jam yang dikunci di dalam kepala (dan juga hati) gagal mengejutkan saya pada jam 9.00 pagi.

Janji dengan tunang macam ni : Esok I keluar pukul 10 pagi.

Ewah, sedap betul menabur janji. Tunang saya pon termakan janji-janji manis. Haha.

Pada jam 10.32 pagi, jam loceng berciri suara tunang pon berbunyi : You kat mana ni, sayang?

Apalagi, oh tuhanku lah! Tunang saya harap saya akan jawap macam ni ; Lagi empat langkah, I sampai rumah you. Tapi pada hakikatnya, jawapan dia berbunyi macam ni ; I atas katil (Suara berciri mabuk dan mabuk)

Sebab itulah saya suruh anda baca dulu Buku Panduan Membuat Temujanji Dengan Chika. (Ada ke buku neh? Tak ada) Buku tersebut membagi formula temujanji secara : (aik? tadi kata buku ni tak ada. tapi ada formula pulak)

Kalau Chika sebut bahawa dia akan keluar pada jam X ( x dalam unit jam), jadi anda harus menambahkan 1 kepada X. Formula temunjanji akan menjadi; X+1. Disebut sebagai jam (X+1) lah maksud dia.

HAHA. Memang perangai Chika akan lambat satu jam. (atau 1 jam 2 minit. Boleh jadi juga sehingga 2 jam 4 minit. hanya Tuhan yang tahu). Err. Sebenarnya saya nak meminta maaf kepada tunang tersebut bersama emaknya. Esok insyaallah saya tak akan menabur janji lagi. Dan saya pon serik mengunci jam di dalam niat. Lain kali kuncilah jam dengan bantuan telefon bimbit. Jangan asyik pasang niat saja. HAHA. Saya mintak maaf di dalam hati.

Cerita perkahwinan.

Baiklah. Ada yang sangat suka berkahwin (aik? kau jangan) Haha. Sibuk sangat tunggu Chika tulis kisah mem-bridal. Macam jarang lah pulak bercerita kisah kahwin. Menghormati bulan ramadhan. (eceh). Tak senonohlah pulak kalau asyik bercerita kahwin kah kah kah.

Hari ini sangat menyenangkan hati. Sebab hampir menyelesaikan beberapa lagi perkara.

  1. Jumpa wedding planner. Susun kembali package dan pilih semula baju.
  2. Sudah bincang desin baju sanding dengan taylor hooray! Ya Allah, saya seronok betul secara mendadak-dadak dengan design tersebut.
  3. Pergi Gulatis untuk tengok kain. Alhamdulillah. Kami sudah booked kain-kain yang kami nak dan insyaallah akan diambil secepat mungkin. Kain untuk baju melayu pon sudah dapat. Seronok betul saya. Kalau boleh nak telan semuanya masuk mulut. (Kebelakangan neh Chika suka sangat nak menelan objek)
  4. Sudah tengok kad jemputan. Hampir selesai dengan hal itu.

Alhamdulillah. Seronok betul. Lega. Harapnya dapat selesaikan banyak hal penting sebelum syawal. Sebab masa kami sedang berlari keluar (Our time is running out). Persiapan perkahwinan memang memandu kami gila! Yehaaa… Chika pon nampaknya sudah mula berfalsafah sampah. Sebelum menjadi lebih sampah, eloklah Chika pergi mengambil dirinya ke pangkuan jalan.

Esok nanti mata layu lagi. Kepala lalok macam penagih. Bawak kenderaan terhuyung-hayang. Tapi tak apa. Sebab tunang saya kata saya cantek walaupon lalok. Sebenarnya Chika yang lalok memang cantek daripada Chika yang tak lalok. ( entah apalah maksud ayat ni, tak tahu. Memang sengaja membuat ayat tersebut dengan niat)

Semua komen akan dibalas kemudian nanti. Malam ni hanya mampu membalas komen dalam hati. Semua pembaca baru yang ada meninggalkan alamat blog, saya akan buat lawatan balas kelak. Malam ini akan melawat blog anda juga di dalam hati sahaja. Iaitu apabila saya percuma nanti. Sekarang tidak percuma. Esok insyaallah akan dikeluarkan senarai nama yang dikehendaki meng-email alamat rumah kepada Chika (apalagi, pergilah buat hooray macam yang Chika selalu buat tu) Tapi jangan hooray depan muka emak anda sebab takut emak anda sedang garang secara rambang. Emak-emak ni bukan boleh dijangkakan sangat. Kalau nak hooray ekstrim, buatlah di dalam hati. Apa-apa pon boleh dibuat di dalam hati. Tapi janganlah berkahwin di dalam hati. Sebab perkahwinan perlu direalisasikan.

Sekian saja laporan daripada Datin Paduka Chika,
Duta Perkahwinan Asia.
(Saya melantik diri sendiri. Perlantikan dibuat di dalam hati)

Sebelum anda semua bersurai, bolehlah keluar dari nurulism.com dan masuk ke :

UNDERSTANDINGMUSLIM

Sebuah blog keislaman untuk santapan nurani. ( Atas permintaan seorang kawan, saya pon bantu promosi) Janganlah asyik membaca cerita perkahwinan Chika saja. Apatah lagi menghabiskan waktu dengan bahan hiburan dalam hati yang dibekalkan oleh Chika. Perkara penagihan bukannya elok sangat (Tapi sebenarnya eloklah kalau anda suka ke sini sebab Chika pon gembira dibuatnya kah kah kah). Hidup kena seimbang. Sudah, pergi ‘feed’ nurani anda pula. Insyaallah anda akan memilihi hati yang murni.

Sekiranya anda memerlukan promosi laman sesawang, boleh hubungi saya secara maya. Sekiranya ingin menghubungi secara komunikasi lisan, simpanlah dalam hati. Saya tidak mempunyai masalah untuk mempromosikan laman sesawang ataupon laman blog anda. Selagi ianya tidak merugikan saya, Terima kasih.