Archive for September, 2008

TNB Sawan

Posted by chika under Uncategorized

Tengah sedap-sedap berbual ‘high heels’ dengan Izza last morning, dan bercinta secara pesanan Yahoo! tiba-tiba blackout. Marah betul. Tak sempat saya nak meng-histeria dengan Izza pasal the Marc Jacobs’ high heels. Baru nak kongsi sawan dengan Izza. Naik hangin betul dari hujung kaki ke hujung kepala. Imagine lah blackout from 9am to 4.30 pm. Sawan agaknya TNB.

Saya minta Kakak Erni melakukan sesuatu for me today. (something to do with the shoes) Chika ni tak habis-habis dengan shoes, kaki, shoes, kaki. Anyway, kalau boleh makan kasut tu dah lama saya telan masuk perut. Dengan kaki-kaki sekali. Makan secara pukal (motif berkata demikian? Tiada. Ayat bernafsu nama dia) Sebenarnya saya baru bangun tidur. Minda saya sangat lapang sampai boleh tersasul-sasul. Kah kah kah. Err. Keep in mind. Entry ini akan ditulis secara bernafsu sekali mengikut bisikan nafsu dan didorong oleh nafsu. Nafsu-nafsu belaka.

Anyway, (Wo! Saya dah terpengaruh dengan Mr.Fiance yang suka sangat ber’anyway. You boleh tak jangan pengaruh I? Eceh. ) Anyway, disebabkan blackout tadi saya pon mati kutu (padahal takda kutu tapi boleh mati kutu. That’s the beauty of Pepatah Bahasa Melayu I guess) Anyway, disebabkan tidak boleh menagih dadah, mengedar dadah dan melakukan semua gejala berciri dadah, saya pon pergi ke pejabat pos bersama emak menguruskan kad raya untuk anda (yes you, might be you) Kemudiannya membeli-belah barang dapur like makcik-makcik only. Chika pegang bakul menggunakan tangan kiri dan tangan kanan memegang handbag. Yes dear, stand up with high heels of course! HAHA. Hayyoh, this makcik nowadays sudah maju pandai membeli bawang secara vogue. What to do. Ini zaman Victoria Beckham, bukan Saloma. (aa? motif berkata demikian? Tiada motif. Nafsu semata-mata)

Anyway, (hey, Chika jangan cakap anyway lagi!) balik dari membeli-belah barang dapur like daun bawang, daun sup dan daun terup (daun terup? kah kah kah), kami singgah ambik baju raya saya from Kak Nor. Okay, mabeles! Tak sabar nak pakai baju raya sambil memakan ketupat bersama rendang tak pedas. Kalau dapat rendang pedas, Chika pon akan makan dalam hati. HAHA. Baju raya saya dah macam baju nikah pulak. Nasib baik warna hitam. Itulah. Sejak menjadi duta perkahwinan secara perlantikan sendiri neh, semua pon berciri kahwin.

Anyway (anyway lagik), hari ini merupakan hari menjadi Duta Perkahwinan yang Gemilang. Dari pagi bawak ke petang, saya dihujani pelbagai soalan perkahwinan dan pertunangan. Itulah dia. Jiran tetangga di sini jarang berjumpa saya sebab saya kan sibuk mengedar dadah online. Bila sesekali jumpa, mereka pasti sangat histeria seumpama berjumpa superstar (ewah, berciri tokok tambah di situ).

Ramai betul makcik-makcik tanya saya, macam manakah boleh bertemu dengan Mr.Fiance. Mereka kata, tak sangka saya akan berkahwin sebab mereka fikir saya sangat sombong sampai taknak menerima lelaki. Ewah. Kan betul saya kata. Jiran tetangga suka menuduh saya sombong. Padahal saya bukan sombong. Cuma anti-sosial sahaja. Ada pulak makcik yang menyuarakan kekesalan kerna terlambat masuk meminang saya untuk anak lelaki dia. Makcik simpanlah hasrat di dalam hati. Sebab hati saya is occupied. KAH KAH KAH. No vacancy, harap maaf. Eceh. Poyo lah Chika neh. Tak suka tau poyo-poyo. Taknaklah tulis lagi. Lagi tulis lagi poyo.

Sekarang sudah jam 6. Masa untuk menonton kartun bersama adek-beradek sambil berebut alat kawalan Astro. yang lemah akan ditindas. Yang ditindas akan merajuk makan hati. Nanti keluarlah pulak muka buruk semasa berbuka puasa nanti. HAHA. Seronok tahu berebut alat kawalan astro. Siapa berjaya pegang alat kawalan, samalah macam seorang king yang naik tahta. Sangat berkuasa dan boleh berlagak. Boleh tukar channel sewenang-wenangnya sampai orang lain menangis air mata darah. KAH KAH.

Stand up for the heel

Posted by chika under Uncategorized

I looooove (do it adorably) high heels. Saya suka betul kasut tumit tinggi. Kalau boleh (kalau!) saya nak pakai high heels setiap masa, tak kira tempat dan tujuan (call me crazy, like I care). Walaupon terlalu banyak hujah membincangkan tentang isu kesihatan dan keselamatan tentang penggunaannya, ia tidak sama sekali menjejaskan saya. No wonder lah saya boleh keletak-keletuk at 2am in the morning ber-high heels in the studio. Haha. That was fun! Omaigod. (call me crazy, I don’t give a damn about that)

The shoe has been linked to a range of problems – from corns to schizophrenia.
-souce : BBC News.

Whoops! Sorry guys. Entry ini mencabar kewibawaan anda sebagai lelaki. Tapi ilmu itu adalah luas. Membaca menimba ilmu.

Sebab kenapa saya kena (kena?) pakai high heels.

  1. Menambahkan ilusi ketinggian. (okay, good anda semua faham) Tak payah lah saya susah-susahkan diri elaborate point ini. Next point.
  2. To have long sexy legs (This is penting okay kawan-kawan). Especially apabila anda memakai jeans berpotongan loceng ( apa pulak neh potongan loceng?) anda memerlukan ilusi kaki yang panjang ( Ilusi pon is enough. No need to be real pon tak apa)
  3. To boost my confidence. Apabila saya memakai high heels, saya akan berasa strong enough (Eventhough orang akan tengok anda like tak stabil only but believe me, anda sangat stabil dalam hati) Saya akan rasa layak untuk keluar masuk mana-mana department tanpa berasa rendah diri (ewah ewah) Okay. Contoh dia. Semasa di universiti dulu. Kalau saya memakai flat atau any selipar (not the RM2 selipar toilet ha) pergi studio, saya akan sangat takut untuk naik ke pejabat. Sebab memang tidak dibenarkan. Tapi saya memang tak pernah (sesekali tu ada jugak) pakai selipar. Kalau sudah pakai high heels (no matter how cheap the high heels are ; even sometimes lagi murah daripada your iPanema sandal or your Nike sandals tu) anda tetap akan rasa berkeyakinan untuk berjumpa sesiapa sahaja. Any flat won’t work. (as for me)
  4. Cara berjalan (I mean the lenggang-lenggok like Saloma only) akan nampak sangat cantek. *tongue hanging out* Kah kah kah. Sebab, apabila sudah memakai kasut setinggi 3 inci (misalnya), automatically lenggang-lenggok anda akan berciri lenggang-kangkung. (okay, statement ni over tau) Ah, anda faham what I mean.
  5. Orang kata (iaitu saintis yang skematik dan cuba menindas fashionista, eceh) high heels akan menyebabkan permasalahan tulang di kalangan wanita. (Anlene kan ada) Okay.Okay. Tapi, penggunaan high heels juga dapat membantu posture yang baik. Kenapa? Apabila anda menggunakan high heels, sama ada suka atau tidak suka, anda harus mengawal pergerakan anda untuk memberi keseimbangan kepada badan. Justeru itu, anda akan lebih cenderung untuk berjalan secara tegak demi mendapatkan sokongan dan bertindak balas dengan force yang kuat. Tak fahamlah bukan? Saya bercakap berdasarkan pengalaman (kahkahkah). Anda pon pergilah timba pengalaman kerna pengalaman mendewasakan kita.
  6. Sebab lain (dan antara sebab penting) kenapa Chika kena pakai high heels. Sebab Italian urologist kata, wearing higher heels – although perhaps not stilettos – may improve your pelvic floor muscles and in doing so boost your sex life. KAH KAH KAH KAH KAH! Bukan Chika yang cakap tahu, tapi sudah teruji secara kajian pakar. Anyway, Chika pon baru saja menjumpai informasi berguna ini. Thank you BBC News kerna membantu menambahkan alasan kenapa Chika kena pakai high heels. KAH KAH KAH KAH. Because I want to boost my sex life. KAH KAH KAH *Syaitonnirrajim* Hey, come on marilah berbincang secara dewasa dan serius sekali. Ini bukan main-main. Ini ilmu saintifik tahu. Bagaimanakah ia terjadi? Anda boleh rujuk artikel from BBC News. (click me) Kalau dihuraikan oleh saya nanti, sangat berciri syaitonnirajim pulak. Padahal saya sangat innocent tapi anda semua suka menuduh saya yang bukan-bukan (eceh)

Disebabkan saya ada 6 sebab kenapa saya kena pakai high heels, (hopefully akan lebih banyak kajian saintifik yang dilakukan untuk menambahkan saya punya sebab), jadi saya telah melakukan sesuatu demi kepentingan kesihatan saya. Saya makin giat mempelajari dan mendalami isu-isu kasut tumit tinggi. Dan kegiatan ini tidak dapat dipisahkan dengan kegiatan membeli-belah juga (bingo!)

Saya telah terjumpa sebuah website menarik secara tidak sengaja (tetapi dengan niat). HEELS.COM merupakan sebuah website kasut tumit tinggi yang agak memberangsangkan. Sampai merangsang saliva dibuatnya. (Jangan sampai Saliva anda menyusahkan anda sudah) Seronok betul website tersebut. Pelbagai koleksi from Baby Phat, Marc by Marc Jacobs, Guess Footwear, Nine West, Paris Hilton dan sebagainya. Dan saya pon men-drooling bersama saliva (geli lah bukan?)

Tengok punya tengok, terjumpa macam-macam yang tidak disengajakan (tetapi dengan niat). Saya pon terfikirkan wedding shoes. HA-HA-HA. Bingo lagi sekali.

From Nine West.
Price : +/- 240MYR
Ada strap with buckle, kakikecikku boleh pakai mungkin.
Tapi heels dia tidak cukup tajam (kurang sexy)

From Sundae Pump
Price : +/- 308 MYR
Comel betul! Omaigod

From Marc by Marc Jacobs.
Price : +/- 1234 MYR
Wah wah. Ini paling men-drooling-kan saliva.
Damn. Beautiful things always mahal.
Damn damn. Gila nak!

Dan terakhir sekali,
From Nine West.
Price : +/- 274 MYR
Hah ? ? ? ? ? ?

Macam kenal lah pulak. Erk.

Woh. Berpinar mata. Kena pergi mencuci mata dengan air galian kah kah kah. At least kekecewaan yang lalu terubat juga. Sekarang hendak pergi mandi dan mengamalkan gaya hidup sehat. Iaitu menonton kartun di saluran 611, 612, 613 dan 614 ! Hooray!

Friday Night

Posted by chika under Uncategorized

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

lily allen-friday night (download)

Pada malam Jumaat yang tidak sihat ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita kisah silam. Iaitu kisah ketika saya bersekolah rendah. Satu peristiwa yang semakin luput dari ingatan.

  1. Nama saya Nurul Haizum. Dipanggil dengan macam-macam cara. Keluarga panggil saya Ayong. Tapi emak panggil Nurul Haizum bila dia marah. Kawan-kawan sekolah panggil saya Haizum. Kawan-kawan selepas sekolah panggil saya Nurul. Kawan-kawan maya panggil saya Chika. Kadang-kadang dipanggil sebagai Superstar (ewah). Lebih ewah lagi, dipanggil sebagai Datin oleh hampir kesemua masyarakat Jabatan Seni Bina. (Tak suka tahu) Abang cafetaria dekat matrikulasi panggil saya JLo (ada kisah dia, malas cerita nanti entry ni jadi meleret-leret tak ingat dunia). Bekas maid saya panggil saya Puteri (watdehel?). Tapi saya paling suka Mak Yang sebab dia panggil saya Sayang. Tapi sekarang dah ada lagi seorang orang memanggil saya Sayang (dan istilah yang sewaktu dengannya )
  2. Masa kelahiran saya, semua orang ingat saya anak kacukan Cina-Benggali padahal saya kacukan Melayu-Melayu membentuk sebuah organisma yang SANGAT MELAYU. Kah kah kah. Sebenarnya emak saya mempunyai keturunan Arab (tempias sikit-sikit) dan bapa saya ialah Bugis kuat bercampur Jawa tak kuat. Sekarang saya pon tak tahu siapakah yang kuat. Yang pasti, saya sangat melayu (tetapi berjiwa sedikit majmuk bersama Muthu in term of penggunaan ayat) HAHA.
  3. Semasa kecil, saya sangat menggelupur hendak memakai baju kurung ke sekolah tetapi dilarang oleh emak. Emakkata budak-budak kena pakai pinafore baru comel. Sewaktu meningkat remaja (sudah baligh hooray! iaitu dalam usia 11) saya menjadi liat untuk memakai tudung sampai sering diperli oleh ustazah saya yang macam bagus. Ustazah kata, Haizum esok kamu kena pakai tudung ke sekolah.Saya pon layan je kata dia. Takut punya pasal, saya pakai tudung sewaktu subjek agama islam iaitu selama 1 jam. Sebaik saja ustazah melangkah 3 steps from the classroom, saya dan rakan-rakan pon membuka tudung kembali. Astaghfirullah. Tetapi itu kisah zaman jahiliyah. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa saya dan rakan-rakan. Amin.
  4. Dulu saya suka mengumpul setem yang tidak dikumpul. Iaitu mengumpul setem yang bukan dikumpul. HAHA. (maaf kawan-kawan, saya membuat ayat Muthu pulak) Maksud saya, setem yang dikumpul diperolehi secara beli. Main kotor. Tetapi macam biasa. Main kotor adalah satu-satunya cara yang berkesan menuju kemenangan (busyet). Kami akan sibuk bertukar setem tidak kira masa. Sampai cikgu pon menjadi sangat marah dan mendenda mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Akhirnya, saya terkantoi dan didenda berlari keliling padang sambil memakai baju kurung kuning berkain lembut. (baju sayalah yang paling centek ketika itu). Sekarang saya berasa kelakar betul. Mengumpul setem adalah hobi yang tidak cool sama sekali. Selain mengumpul setem, saya juga ada mengumpul surat cinta tetapi semuanya habis dikongsi bersama ibubapa (kanak-kanak tak tahu erti percintaan lah katakan)
  5. Surat cinta pertama yang saya dapat adalah sewaktu saya darjah 3. Comel bukan? Memanglah saya comel, bukan rahsia lagi. (siotnya saya) Surat tersebut saya simpan masuk poket baju kurung (di sekolah agama sewaktu itu). Turun dari bus sekolah, saya menjerit sekuat hati macam anak tarzan Ma, abah! Ada surat cinta S***** bagi (maaf, nama dirahsiakan demi maruah kami bersama)” Saya pon membaca surat cinta pertama tersebut bersama ibubapa. Bapa saya geleng kepala. Emak saya cuak. Aik? Emak saya pon dengan cemasnya memberitahu saya secara warning : Ingat. Tak boleh main kejar-kejar dengan budak lelaki. Sejak itu saya sangat ayu di sekolah. Tidak bermain kejar-kejar lagi dengan budak boys. Kalau nampak boys saya malu-malu (jijik ok)
  6. Sewaktu darjah 3 juga, saya mendapat sekotak coklat yang sangat banyak dari abang darjah 4. Saya berasa sangat malas nak layan (ewah, kecik-kecik dah cool bukan? kah kah kah) Saya pon meng-kenduri-kan coklat tersebut kepada kawan-kawan satu kelas. Dan abang darjah 4 tersebut kecewa lalu ajak berjumpa tepi pintu kelas saya. (pintu tersebut pecah berlubang-lubang. Miskin betul sekolah saya) “Kenapa bagi coklat tu kat kawan-kawan? Tak suka kat saya ke?” abang darjah 4 tanya. Saya kata jangan kacau saya lagi. Eceh! Macam drama Samarenda lah pulak. See. Kecik-kecik lagi saya sudah pandai main drama. Nampak sangat berbakat tapi tak diasah dengan betul. Kalau tak, dah lama saya pegang watak Orkid dalam filem Sepet (chika, talk to the hand!)
  7. Barbie Doll adalah best friends saya. Barbie Dolls sahaja. Kalau dibagi dolls brand lain, saya tak da main punya. Sangat memilih dan berlagak. Setiap hari, balik saja dari sekolah agama saya akan terus mencari Barbie Dolls untuk menukarkan pakaian dan mengikatkan rambutnya. Kadang-kadang saya jadi malas nak pergi sekolah kebangsaan pula sebab sangat taknak berpisah dengan Barbie Dolls. Tapi takut kena telan dengan emak punya pasal, pergi jugak. Semasa cikgu mengajar, dalam kepala saya terbayang rambut Barbie Dolls saya. Saya pon berfikir giat. Fashion apa pulak untuk malam ini. Kah kah kah.
  8. Saya sangat suka Doraemon. Ditayangkan jam 7 malam di TV1 setiap hari Sabtu (kalau tidak silap. Kalau silap, biarlah silap) Disebabkan Doraemonlah, saya sering ponteng mengaji pada hari Sabtu. Nasib baiklah saya mempunyai otak yang sangat cerdik bestari. Oleh sebab itu, Pak Mus (arwah guru mengaji saya) akan alihkan saya bacaan sehari sampai 5 muka surat. Tak ke hebat tu? Kira hebatlah tu. Budak umur 7 tahun baca satu hari 5 muka surat. Kawan-kawan seangkatan hanya dibenarkan membaca 1 hari 1 muka surat sahaja. Saya pon ada sikit angkuh. Lagi-lagi apabila disuruh mengajar kawan-kawan. Pak Mus kata, saya pandai tajwid. Pak Mus suruh saya ajar kakak-kakak yang tak pandai takwid. Patutlah saya suka berlagak. Sebab selalu sangat kena puji. KAH KAH KAH.
  9. Saya tak suka membodek walaupon saya sangat berkebolehan. Kalau saya tidak sukakan seseorang cikgu itu, jangan haraplah saya akan membagi salam atau menegur cikgu tersebut. Membantu cikgu mengangkat buku berat apatah lagi. Kalau pen cikgu terjatuh depan bijik mata pon, haram saya nak tolong angkat. Sebab membodek adalah perbuatan terakhir yang saya akan buat. iaitu setelah tiada pilihan lain. Atau apabila dengan pembodekan itu saya dapat untung besar. Kalau setakat membodek free, mintak sorry. Sebab itulah ada beberapa cikgu tak suka saya. Mereka pon report dekat emak. Dia kata Nurul Haizum sombong. Muka sombong. Hanya bercakap dengan sebilangan orang sahaja. Sebenarnya cikgu tu salah. Saya bukan sombong. Tapi saya memang tak berkenan cikgu yang suka diampu dan dibodek.
  10. Ada satu perkara saya paling PANTANG nak buat semasa di sekolah. Iaitu membersihkan papan hitam. Cikgu sangat pandai. Dia takut terkena penyakit asthma dari kesan habuk chalks. (chalks bahasa melayu ialah apa?) Dia pon menyuruh murid-murid tolong bersihkan papan hitam padahal dia boleh buat sendiri. Jahanam bukan? Saya pernah bergadoh dengan cikgu semasa darjah 3 sebab dia suruh saya padamkan untuk dia. Saya pon kata tak nak. Dia kata itu arahan dia. Saya kata emak saya tak bagi. Memang emak selalu pesan. Jangan sesekali padamkan papadn hitam untuk cikgu nanti kena habuk chalks sangat bahaya untuk kesihatan. Cikgu ingat dia pandai. Rupanya Chika lagi pandai dari dia. Dia pon sangat marah tapi tak boleh buat apa. (Sebab cikgu semua takut dengan emak saya kah kah kah). Kepada semua ibubapa, pesanlah pada anak-anak supaya jangan mengikut arahan cikgu yang menjeaskan kesihatan tersebut). Selain itu, saya juga tidak akan menyapu sampah di dalam kelas. Tugasan yang sanggup saya buat ialah menyusun meja sahaja. KAH KAH KAH.

Entry ini bertujuan untuk mengisi masa lapang seorang pesakit tulang iaitu Chika. HAHA. Sangat sakit tulang ketika ini. Sampai fikiran terganggu. Dan terbuatlah entry ini. Sekadar untuk hiburan. Supaya anda semua lebih mengenalinzaman kecik-kecik saya juga. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti boleh bercinta (dalam hati dan mimpi anda)

Selamat hari jadi, Sweetheart.
Ewah. Tiba-tiba pulak dah.
Semalam kena hujan.
Hari ni terus tumpas.

99% kahwin, 1% dakwah

Posted by chika under Uncategorized

Dua hari neh, sibuk mem-bridal. Hallamak. Dah lama berehat dari mem-bridal, tapi seminggu dua ni kembali aktif. Kah kah kah. Alhamdulillah. Banyak yang sudah selamat dibuat. Mari semak kembali perancangan yang saya sudah tulis pada 13 September lalu.

Sebelum raya (During Ramadhan) :

  1. Ambil kasut from Thomas Chan ; Done. Episod tamat. Sad ending.
  2. Tempah invitation cards ; belum hantar confirmation tapi sudah siap survey.
  3. Finalise design untuk baju sanding. ; checked
  4. Jumpa taylor and discuss about the design. What kain to buy. And what not. ; checked
  5. Carik kain dan hantar untuk beadings ( If necessary) ; no, not necessary. Wedding planner siapkan semua included the beads and the taylor.
  6. Confirm-kan photographer and videographer ; checked. Waiting for quotation from the photographer.
  7. Jumpa wedding planner untuk test make-up dan untuk photoshoot punya persalinan
  8. Pelamin

Banyak sudah selesai hooray!.

The Bridal Diary.

SABTU : Bertemu wedding planner untuk check kembali baju-baju yang kami nak pakai. Wah wah. Banyak betul baju, macam project runway I tell you. Selepas itu berbincang enam mata (eceh) dengan wedding planner pasal design baju sanding (untuk persandingan at my side). Selain itu, pergi survey kad kawen. Boring. Tak tahu pasal apa. Invitation card is the last thing kept running in my head. HAHA. Dan tak berapa ada semangat membara untuk berfikir banyak tentangnya. (Kalau tak, dah lama this Chika menggelupur nak design sendiri kah kah kah) Seriously tak berapa memikirkan pasal kad itu sedangkan bapa saya, atuk saya dan emak mertua saya (bakal ehem) sangat NAK mentengok kad jemputan dahulu. And finally, kami pon memilih yang totally simple and plain and … end. And I’m simply happy.

Pergi booked kain dekat Gulatis. Pakai tunjuk-tunjuk je. See. Nak beli kain, guna jari pon boleh (wat.de.hel.?) Nevermind. Senang betul urusan dengan Gulatis store dekat Metropoint Kajang.

Oyya guys, saya nak memperkenalkan seseorang kepada anda semua. Ewah ewah. Match-making pulak. Bukan. Sekiranya anda ke Gulatis, dan mengharapkan service yang sangat menyeronokkan (sampai rasa nak menginap di situ dua hari dua malam seakan syurga), anda masuklah ke dalam store tersebut dan bersuaralah kepada siapa-siapa sahaja “Can I have Mr.Raj service please”. Erk. Lain macam lah pulak. Nevermind. Just carik seorang pekerja bernama Raj. He is the best. Kah kah kah. (Kau nak jatuh cinta ke, jatuh hati ke, jatuh bankrupt ke, tu kau punya pasal lah after all) Tapi kalau kau dengar kata si Raj tu, memang jatuh bankrupt tu ada potensi lah. Kah kah. But seriously, service dia memberangsangkan. (Ni saya tak tipu okey walaupun selalunya suka buat penipuan berciri goreng garing-garing kah kah kah)

AHAD : Pergi membeli Chiffon (sebanyak 6 meter), Silk Satin (beberapa meter), Soft Satin (1 meter) dan juga Border French Lace (1 meter) di Gulatis. Lihatlah. Menulis secara terperinci untuk kegunaan masa depan. Akan dijadikan panduan kepada anak-anak kelak. Tengok ni, emak membeli kain sanding pada hari Ahad sebanyak bermeter-meter. Dan ayah kamu sangat baik hati juga komited memilihkan kain buat emak. Ewah. Dialog Chika kepada anak-anaknya. Itulah kegunaan blog tahu. Kah kah kah (tapi anak-anak saya memanggil saya emak ke? haha. Itu kita fikirkan kemudian ) Malangnya, kain untuk baju lelaki tak ada.

SELASA : Shopping at One Utama. Shopping for hantaran. Done. Handbag dan kasut. Bukan main-main wo. Shopping dari 2.30 pm sampai 10.30pm. LAPAN JAM punya shopping. Itulah. Saya malas nak sebut lagi tapi itulah dia. Kaki punya pasal. Masuk semua butik kasut pon sangat susah. Dan paling susah ialah untuk mendapatkan kasut yang bercitarasa tinggi dan mulia. (erk?) Nampaknya Mr.Fiance telah hampir menyiapkan hantarannya bagaimana pula dengan saya? Saya belum menyiapkan apa-apa barang hantaran. Tak apa. Lepas raya. Nanti selepas raya, anda semua akan pening kepala. Nurulism.com akan sama taraf macam website marikawendankawen.com (I’m not sure if such website exist, go try). Mungkin akan 97% berciri kawen. Kah kah kah. Well. Duta perkahwinan Asia memang like this lah. (saya lantik diri sendiri, as always)

Tahukah saya jumpa penemuan baru tentang kaki saya? Penemuan yang tidak memberangsangkan sebaliknya aneh namampos. Kaki kanan saya lagi kecik dari kaki kiri saya watdehel? Rasa nak melalak dibuatnya. Betullah kaki saya adalah sejenis mutant serpihan X-men. Bukankah aneh namampos? Aih tak tau aku nak cakap apa lagi dah dengan kaki aku neh. Mengecewakan betul. Seb baik kaki tu kaki aku. Jadi, tidak boleh curse kaki sendiri. Mutant macam mana pon, kena cakap jugak : Kaki, you sangat comel like hell. I love you kaki sampai mati. Sayang gila. Kau lah kaki paling cantek dalam dunia. Tak ada kaki lain dah lagi cantek ( tak guna tak guna tak guna)

RABU : Mencari kain untuk mendirikan masjid ( ha? ) mencari kain untuk baju sanding kekasih saya lah (kekasih? wallauweih very romantic la hayyoh) Masuk Gulatis branch Ampang pulak. Cis. Tak ada. Nampaknya kena lah berjalan-jalan lagi mencari kain. Aih, masa kami sedang belari keluar kata Chika. (our time is running out kata Muse) Sebelum saya balik beraya like monkey di kampong, harus settle semua ni. Mencemaskan betul.

KHAMIS : Khamis yang dimaksudkan ialah hari ini. Saya officially tumpas. Sudah demam. Mr.Fiance ajak mem-bridal lagi, tetapi saya terpaksa menolak dengan baik sekali (eceh) Tulang saya semua sakit mungkin terlalu banyak membuat aksi ngeri like berjalan tanpa henti. Minum Anlene banyak-banyak. (oh lama sudah tidak membuat perlumbaan susu dengan adek-beradek. Iaitu lumba minum siapa habis dulu. kemudiannya muntah secara berjemaah. Sangat comel)

Kawan-kawan pembaca yang disayangi sampai mati (sastera siot!),
Kad raya akan diutuskan kelak. Untuk fasa kedua, Iaitu fasa terakhir. Tidak akan ada fasa ketiga atau keempat kerna selepas ini tidak hingin mentengok kad raya lagik. Kerna akan bergelumang dengan kad kawen pulak. Jangan worry. Nanti kad berciri kawen dan kasih sayang itu akan diutuskan kelak. Insyaallah. Sekarang neh kita layan kad raya puas-puas dulu okeh.

Tapi untuk fasa kedua, tiada kad fancy-fancy semacam kad krismas lagik ( macam kad fasa pertama sempena kempen lah konon). Semuanya kad biasa berserta tulisan Chika yang ala-ala Artis-Tak-Cukup-Masa. HAHA. Dan pastinya bersama signature Chika yang berciri cardiogram jugak (apa kau ingat Doctor je boleh buat sign berciri cardiogram?) Bakal arkitek rumahtangga pon boleh juga kah kah kah. Simpan signature saya tahu! Manalah tahu nanti saya ter-jadi glamour kang, tidaklah anda histeria sangat nak kan signature I. Okay, nampaknya Chika dah mula nak angkuh di sini. Untuk membanteras gejala keangkuhan Chika, mari sudahi entry berciri bridal ini dengan surah Al-Asr.

“Demi masa. Sengguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali kepada mereka yang bertaqwa dan beramal soleh,”

p/s : See. Siapa kata entry ni 100% berciri perkahwinan? Entry ini adalah 99% perkahwinan dan 1% berciri dakwah. Perfect.

lelong lelong!

Posted by chika under Uncategorized

Sebenarnya saya telah menulis sebuah entry sebanyak setengah. Iaitu setengah siap. Lagi setengah tidak dapat disiapkan gara-gara perasaan yang tidak enak. Ewah. Sebenarnya saya tidak berapa nak sihat. Selain itu, sudah menguap besar-besaran. Selain itu, sangat lapar perut memanggil nasik. Selain itu, tiada yang lain lagi. Itulah sebab dia. Maka, entry untuk hari ini pon akan menjadi entry tertunda.

Baiklah.
Entry untuk kali ini akan disudahi secara pendek.
HAHA.

Ishk. Inilah dia ciri-ciri entry membazir dan tak berkualiti. Ini contoh entry lelong yang tidak patut dibuat oleh mana-mana penulis blog. Sebab entry semacam ini tidak mempunyai objektif dan tidak berilmiah. Elaklah daripada membuat entry lelong ayat semacam neh.

Aik? Habis kenapa pulak Chika buat? Sebab kalau tak membuat entry dalam satu hari, nanti Chika menggigil. Penagih. Memang like this. Lepas gian. Sekarang hendak tidur. Dan memangis kelaparan (Eceh. Tahu dek emak, bukan setakat nasik dia hidangkan, siap dengan ricecooker dia suruh makan kang)

Sudah habis.
Percayalah.
Sudah habis

Syaitonnirrajim

Posted by chika under Uncategorized

Syaitonnirrajim

(Syaitan yang direjam)

NuruLism: sahur ngan sapa
ainul adibah: dengan budak umah la
NuruLism: ic
NuruLism: kim salam kat semua (kalau kenal aku la…ngahahaha)
ainul adibah: sapa x kenal ko
NuruLism: kah kah
ainul adibah: minah kontroversi
ainul adibah: hahhahaha
NuruLism: erk
NuruLism: wakakak *icon gelak ternganga*
NuruLism: ainul…

ainul adibah: per
NuruLism: aku tak de kasut sanding *icon menangis ternganga*
ainul adibah: ko pakai capal
ainul adibah: hahhaha *icon gelak terlentang atas lantai*
NuruLism: *icon menangis ternganga-nganga*
ainul adibah: wat legjob
ainul adibah: hahhaha
ainul adibah: bukan boobjob k
ainul adibah: juz leg job
NuruLism: legjob tu apa
NuruLism: camne buat? (serius teruk punya lampinya aku)

ainul adibah: aku yang reka term tuh
ainul adibah: huhu
NuruLism: erk
ainul adibah: ala2 boobjob
ainul adibah: miahhahahaha
ainul adibah: tapi ko wat kat kaki
ainul adibah: ko tambah la silikon kat kaki ko tuh
ainul adibah: hahahah
ainul adibah: pkai kasut pun selesa
NuruLism: aaa? silikon??? okeh, baru aku faham *icon gelak terlentang di atas lantai* (biasalah, aku neh lampi sikit kadang-kadang. Tapi bila tang silikon tu aku faham dow! haha )
NuruLism: cam okay jugak jom try
NuruLism: kah kah kah

ainul adibah: kalu wat kat boob dosa
ainul adibah: sbb nanti menghairahkan
ainul adibah: tapi kalu wat kat kaki xper
ainul adibah: miahhahahha
ainul adibah: niat menghalalkan cara
ainul adibah: xtau lak nanti laki2 tgok timbul lak ghairah kat kaki ko tuh
NuruLism: woi woi. Lagi 6 hari weh puasa. Ghairah-ghairah jgn sebut weh
NuruLism: kang hilang nikmat puasa kang
NuruLism: *icon gelak macam syaitonirrajim*
NuruLism: alim wo aku

ainul adibah: abih tuh nak guna bahasa per
NuruLism: guna lah perkataan s******
NuruLism: *icon gelak seronok mengalahkan syaitonirrajim*

ainul adibah: aku menyebut
ainul adibah: bukan merasainyaaa
ainul adibah: huhu
NuruLism: *semakin menjadik-jadik naik tanduk syaiton kah kah kah*

Ber’chatting’ Yahoo! dengan Ainul selepas bersahur ditemani oleh syaitonnirajim di dalam hati (astaghfirullah) Syaitan bukankah kena tahan reman at the moment? Ter-syaiton secara sendirinya la pulak. KAH KAH KAH. Err. Maksud saya, saya bergurau.

Biasalah. Remaja memang suka membuat kejahatan sebab macam cool. Kah kah kah. (Siapa ajar? Tak ada siapa ajar. Memang lumrah kehidupan remaja secara semulajadi) Tapi tak sangka saya sebenarnya lampi jugak dalam kebanyakkan time which is cool jugak. HAHA. Ainul sebut je legjob, aku dah ternganga. Apakah pulak legjob? Boobjob aku baru saja belajar tempoh hari dari rakan sebaya. Itu pon ketika menonton Samantha Who. (seronok jugak sastera dirty macam neh. Err. Maksud saya, saya bergurau) Bila Ainul sebut silikon, OKAY! I got it. Kah kah kah. Ewah, sebut silikon tahu pulak.

Anyway, bukan saya hendak membuka kedai silikon (mind you!) Saya nak bercakap tentang kaki kecik saya (tak habis-habis). Dan kes kaki kecik saya secara tiba-tiba ada kaitan dengan err… boob (wutha?? ) Baiklah semua. Entry neh lucah pulak (which is cool jugak! aih, semua yang tak baik memang cool. Sangat cannot la hayyoh)

Aik? Aneh la pulak. Macam mana kaki boleh related to boobs? Marilah tengok konsep silikon. Err. Macam Ainul ajarlah. Membuat surgery tapak kaki menggunakan silikon. Dari saiz 3.5 boleh menjadi saiz 6 atau 7. Eceh. Chika pakai kasut size 7. Wah wah. Bergoncang dunia dibuatnya. Err. Saya tidak dapat meneruskan cerita silikon ini kerna dikhuatiri akan melucah dan berciri syaitonirrajim. Kah kah kah. Confirm lah pulak blog neh didaftar sebagai blog gangguan seksual kang. Mati katak saya nanti. Katak pon mati katak. Chika pon mati katak. Banyaknya mati katak. HAHA.

But ha.
Idea Ainul (about the silikon) macam gila brilliant. Hell.

Belajar make-up dari awek Arab (silikon?)

Dah puas-puas ber’Yahoo! pasal silikon, masuk cerita make-up pulak. Ainul lah neh. Lepas sahur terus menjurus ke urusan duniawi. Nasib baik saya sudah solat subuh neh. Kalau tak berdosa terus masuk neraka jahanam (astaghfirullah).

Belajar make-up Arab secara seksi dari youtube (klik). Pergilah cuba ( If you have such passion in make-up) Saya suka. Tapi saya tak suka make-up semasa membuat janji temu (istilah cool dia ialah DATING) Saya juga tidak suka make-up semasa keluar makan kerna saya sangat suka berpeluh semasa makan (aik? aneh la pulak) Sebenarnya makanan pedas sikit je (tak payah pedas tahap supersaiya) pon dah boleh buat saya like crying and perpeluhan yang banyak. Selain itu, saya tidak suka make-up semasa keluar bersama keluarga membuat aktiviti kekeluargaan. Abes, bila pulakkah saya suka make-up? Saya suka make-up secara sendiri di dalam rumah. Dan selepas itu membuang make-up tersebut selepas berasa sangat cantek selama 15 minit. Kah kah kah. Err. Make-up memang seronok. Nanti nak cuba lah make-up secara Arab yang seksi.

Tapi kening saya sangat bersepah-sepah. (which is cool kah kah kah). Hidung saya tidak mancung terpacak tajam dan menggiurkan (seperti awek Arab punya) Dan lebih tak seronoknya, muka saya bulat pulak like bola only. My dagu has no lekuk. Oh. Sangat tak exotic lah muka saya. Patutlah tak ada tawaran menjadi duta Anna Sui (kah kah kah. ada hati rupanya)

Well. Seronok betul melayan youtube mentengok muka awek Arab. Sangat cantek. Ya Allah Ya Tuhanku, Arabkanlah muka ku. Eceh. Berdoa kejap. Kah kah kah. Nak pergi mencuba make-up lah secara Arab tersebut. Arab memang cantek dan seksi. Muka dia pon seksi juga. Tapi sangat tak boleh tahan tengok cikgu seksi tu mengajar make-up. (No. Not talking about tak boleh tahan tengok her body ha!) Tak boleh tahan tengok kuantiti make up yang dia pakai. Sekali dia tuang foundation, sebotol kau! Sebotol foundation will cost me RM130. Ewah ewah. Tak kan sebulan pakai 30 botol? Emak saya suruh saya makan botol foundation lauk kicap nanti.

Err. Pergilah klik link sana kalau nak belajar make-up dengan cikgu Arab yang cantek (dan seksi. Nice boob) Chika, get out! Baiklah. Sebelum entry ni menjadi-jadi kang, lebih baiklah Chika pergi menulis kad raya untuk dihantar kepada rakan taulan yang jauh di mata dekat di hati. Eceh. Mesra betul aku neh.

WARNING : Dilarang melucah atau membagi komen tidak siuman. Nanti siap kau. Saya tembak kepala, mati katak nanti. Lagi satu, jangan suka membuat komplen Chika tak ada masa melayan komplen. Contoh : Entry kau ni cam orang gila buat kepala aku pening dan stress.Chika kau ni sengal dan tak ada keja. Susah gila nak faham entry ko tah apa-apa. Apa susah. Tak nak pening, jangan baca entry saya. Sebab entry saya memang menjanjikan tekanan jiwa yang mendalam (dilakukan dengan niat). Sebab itulah kena datang sini bawak IQ yang berkualiti saja. Kalau tak memang boleh crash otak anda. Err. Jaga budibahasa dan kesopanan semasa membagi komen kepada Chika. Sebab saya tak berminat membaca gurau-gurau kasar. Even if u are trying to make fun about it, I will kick u out if I found it annoying. Mind you! Good brains only. Nice words only.

Aik? Intro berciri syaitonnirajim. Isi pertengahan berciri seronok. Ending Chika mengamok pulak. Well. Versatile memang like this. Tengoklah. Entry neh pun berciri ‘dirty’ sikit. Baru lah versatile. KAH KAH KAH. Kau nak entry macam mana pulak? Semua genre Chika boleh kasi. HAHAHA. Tapi entry berciri haiwan di larang sama sekali.