Esok Raya Yahoo!

Posto posto!

Aik? Siapa pulak jerit posto-posto neh? Saya tarik blanket. Tutup kepala.

Posto! Posto!

Aik? Dah sampai depan pintu bilik saya. Saya jawap dalam hati. Sebab mulut tak larat nak produce suara. Sangat mengantuk (padahal sudah tidur lama, takda bangun sahur)

Posto untuk Chika! Chika bangun! Posmen datang neh bawak kad raya untuk Chika!

Haa? Emak saya kah tu? HAHAHAHA. Terus saya cabut blanket dan macam biasa. Sebelum membuka pintu bergegas depan mirror dulu. Komunikasi dengan mirror dulu. Mirror mirror on the wall, muka Chika boleh blah kah atau tak boleh blah kah? HAHA. Kalau macam takboleh blah, jadi kena uruskan muka dulu sebelum membuka pintu. HAHA. Tapi sebenarnya pagi tadi, muka sangat tak boleh blah (cannot go) tapi pergi buka pintu jugak. Kad raya punya pasal.

Nah, kad raya untuk Chika.

Bantai gelaklah saya like monkey di tepi pintu. Emak panggil saya Chika. Bukankah aneh? Emak jugak bermain posto posto. Comelnya emak. Dan macam biasa, emak suka masuk campur (hahaha!) Bila saya dapat kad raya, emak mesti sibuk duduk sebelah saya hendak tengok sama. Takut saya ada main kayu tiga agaknya. (hey, buat lawak pon tak boleh!)

Yahooooo.com! Saya mendapat dua kad raya pada hari seblum raya. Cool betul. Kad dari Kakak Wiween dan Kakak Enaz. Sangat menyeronokkan. Melompat dalam hati! Kakak Wiween kata, seronok kenal Chika yang comel neh. Kakak Enaz pon kata Chika comel. Kalau dah semua orang kata Chika comel, maksud dia saya tak boleh buat apa-apa dah. Kena terimalah kata-kata tersebut sebagai betul. (Chika, berambus sekarang!) Eh eh. Kenapa nak emosi pada hari nak raya neh? HAHA. Hooray dapat kad raya! Kalau dapat kad raya semasa Syawal pon dikira okay jugak (maksud tersirat : bagilah kad lagi!) KAH KAH KAH.

Terima kasih kepada kakak-kakak yang baik hati dan dikasihi. Saya pon seronok betul kenal dengan kakak semua. Saya harap, semua pembaca yang saya kirimkan kad, sudah dapat kad masing-masing. Bagi yang belum dapat tahun neh, tahun depan insyaallah masih ada. (why lah so lama until next year? hayyoh)

Chika bangun. Packing baju semua. Tu diorang tengah basuh kereta Chika.

Emak saya suruh saya bangun sebelum dia keluar dari bilik saya tadi. Pelik betul emak panggil saya Chika. Apalah emak saya neh. Kelakar tahu. KAH KAH KAH. Lepas dia panggil saya Chika, dia pon gelak sama.

Baiklah. Saya akan pulang ke kampong halaman (yang jauh di mata dekat di hati) pada petang ini insyaallah. Berapa lamakah di kampong? Tak tahu. Bila saya tanya emak, emak kata ikut je. Jangan banyak songeh. Hehe. Kalau saya rajin, saya buat auto publish entry (20% mungkin) Lagi 80% adalh tak mungkin. HAHA. Sudah sudah. Masa untuk beraya. Kita lupakan blog hoooray! Blog boleh blah hooray! HAHA. Kita carik dadah baru pula yahooo!

Kepada Mr.Fiance, see you soon. Ehe. Insyaallah. (Jangan pergi mana-mana sampai I balik tahu) Ewah ewah. Kalau rindu kat I, baca blog I neh 5 round. Confirm you tak rindu lagi. Sebaliknya akan fed-up. KAH KAH KAH. Selamat hari raya, sayang. May you have a wonderful raya this year with emak and family. With lot of love, Nurul.

Kepada semua pembaca yang di dalam keberkatan Ramadhan (insyaallah), Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya, Chika. Thanks for reading and thanks for giving me a great friendship. Lepas ni kita buat majlis open blog okeh! Iaitu upacara memakan blog. HAHA (Okay Chika boleh blah sekarang)

Sebelum blah, saya ingin mempromosikan bisnes seorang rakan (blogger) :

Service ini sesuai untuk para blogger baru. Atau kepada yang bercita-cita hendak memiliki blog tapi hilang punca. Boleh mendapatkan punca dari service yang ditawarkan oleh Chokilala (tak boleh makan ha, this Chokilala walaupon sounds yummy like Choki Choki only) Pendek kata, kepada semua yang ingin make-up blog dia, tapi kurang pengetahuan atau tidak berkesempatan, bolehlah membuat urusan untuk mendapatkan service ini.

Iklan ini tidak berbayar.
Tiada politik wang.
Tiada corruption.
Tiada paksaan.

Terima kasih.

Recent Entries

18 Responses to “Esok Raya Yahoo!”

  1. fara d Says:

    selamat beraya. kem salam orang2 kampung ye (mcm depa kenai aku ja!mwahaha!)

    take care. nikmati raya sbg single ni puas puas. kehkehkeh.

    skuad raya jgn lupa join nt! yeeha! (erk. kalo jadik la!) hehe

    chika Reply:

    ewah ewah. cam kenai-kenai ja. aku pon tak habih kenai lagi org kampong aku. haha. takpalah, nanti pi beraya aku sampaikan : farah kim salah. tengok depa kata apa. haha

    selamat hari raya, faghah! hang pon raya puas2 as happy single na. manalah taw satni berdua pulak kan (jeling kat bangunan jauh) hahaha. adoi, dush! kena tendang ngan farah. KAH KAH

    skuad raya hooray!

    fara d Reply:

    cis. mmg nak kena si kechik ni. takpe takpe. raya kan. happy2 sajo!!

  2. JS Says:

    berhati-hati di jalan raya……

    chika Reply:

    terima kasih :)

  3. wiween Says:

    yay. dia da dpt kad. heheh selamat balik kampung adik chika yg comel :p

    chika Reply:

    yeay dah dapat dah. thanks kakak.
    balik kampong yahuuu!

  4. nurul Says:

    SLAMAT HARI RAYE CEK CHIKA!!! haha dh brape kali wish neh?

    chika Reply:

    haha.
    takpa.
    lagi banyak wish lagi seronok nak raya!
    haha.

    balik kampong!

  5. chokilala Says:

    selamat hari raya. jgn lupa pakai seatbelt kat belakang. nanti mak hantu gemuk dtg sekeh pale kalau xpakai (puihhh.. sape je nak pakai seat belt kat belakang skrg ni. skema betul)

    thanks for the ads :)

    tiada korupsi
    cuma KURAPsi di badan cik chika
    *lari lelaju, takut kena flying kick chika*

  6. iqbal Says:

    selamat hari raya ok

  7. izza Says:

    hihi
    sok raya ekkk
    yeayyy yeayyyy!! :D

    selamat balik kampung chika
    i esok petang baru nak balik :D
    kalau rasa malas, lusa aje la baru balik :P

  8. Adry Says:

    Salam Raya…
    Maaf zahir dan batin ek…

    Adry @ http://www.adrysabry.com

  9. Juliaism Says:

    chika raya hoorey !!

  10. oDiN Says:

    Selamat hari raya .. campak la gambar raya bebanyak for the next entry

  11. nashrex Says:

    gebush nyer kad br sampai raya kedua nih.. hahak

  12. hUmmY Says:

    samat ari raye chika!

  13. totinx Says:

    chikaaaa
    slamat hari rayaaa!
    and thanks for the kad raya!!

Leave a Reply