Raya-to-go.

Saya seperti telah mendapat pekerjaan tanpa sedar. Yang saya tak pernah apply tapi berkelayakan betul. Iaitu menjadi driver kepada adek-beradek dan emak dan makcik. ( Dan abah? Tidak. Bapa saya pemandu yang berjaya sangat suka memandu sendiri dan sangat tidak suka dipandukan). Siang tadi menjadi driver kepada adek-beradek bawa mereka shopping. (rasa hendak menghentakkan kepala di atas lantai dan dinding secara berselang-seli membawa mereka shopping. Sangat fussy. Ikut perangai siapakah?)

Kemudiannya menjadi driver kepada mak cik. Menjadi tukang bawak orang (like a guidance only). Membawa Mak Cik (cutenya panggil Mak Yang makcik) Okay, kita tukar tune kita panggil Mak Yang pulak. Membawa Mak Yang membeli baju kurung (kemudiannya saya jadi tukang pilih, tukang pegang bag, tukang cakap dengan kakak promoter dan tukang bayar ) Banyaknya TUKANG yang saya jadi.

Selepas itu menjadi tukang bawak adek-adek ke kedai demi kedai. (very tired but cannot merungut because emak suruh) Adek Haizdel sangat banyak songeh. Membuat kakak dia yang garang pon menjadi sangat garang. Lalu saya kata (guna mulut, nasib baik bukan guna tangan) : Kau banyak songeh ar, sudah! Kau jangan berani mintak apa-apalagi pasni aku lepuk kau. Dia pon protes terus merajuk duduk tepi. Muncung pon panjang, macam aku peduli je.

Tak kawan Haizdel dah. Tinggal kawan dengan Haizat saja. Haizdel cakap, saya buat tak layan. Boleh blah. Membawa Haizat pula keluar masuk kedai dan membelikan baju-baju serta selipar (baik dow aku pilihkan dia selipar sampai berjam-jam) HAHA. Metaforalah. Bukan sampai berjam-jam pon tapi memang lama sampai sikit lagi kepala rasa nak bercerai-berai dengan badan. Sangat penat but still cannot merungut sebab emak suruh.

Siap semua, membawa Mak Yang masuk ke dalam Triumph (ehem), dan Piere Cardin Lingerie shop (ehem) untuk sesi ehem. Sangat ehem sampai susah nak ditulis. Ehem ehem ehem. Semua pon ehem. Damn. Ehem gila. (eceh. Macam sulit sangat je) Sebnarnya tak ada apa yang ehem. Cuma perkara biasa dan kegilaan saya sebagai wanita tipikal. Membeli ehem berpukal-pukal sebab stok lama akan dibuang tanpa rasa bersalah. Damn punya ehem. Ih. gila perenggan ni tak payah ditulislah sebab terlalu ehem buat orang pening saja.

Emak telefon pulak. Emak kata malam nanti kena bawak emak pulak membeli-belah. Wah. Confirm. Mentang-mentang saya makan tidur tak memberi hasil kepada keluarga dan komuniti, dikerahnya saya macam driver only. Eceh. Seronok sebenarnya dalam hati. Buat-buat saja merungut. Padahal gila seronok jadi driver sebab mendapat habuan jugak. Emak shopping bermakna saya pon shopping sekali. Adek shopping bermakna saya pon shopping sekali. Makcik shopping sya pon shopping sekali (sekarang cuba kira berapa banyak punya kali sya shopping) Tapi hari ni sangat angelic punya perangai. Takda shopping. Sebab kepala pening. Mabuk tidur beberapa hari neh. Kalau boleh hendak tidur secara impak maksima. Tapi tak boleh nanti kena belasah dengan emak ( kah kah kah)

Tapi tak jadi bawak emak malam neh. Sebab emak letih secara tiba-tiba. Bagus juga. Sebab saya pon letih secara tiba-tiba juga. Dalam keletihan ini, saya ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua pembaca. Saya mohon maaf (dengan sangat) atas segala kekerasan yang dilancarkan secara diktator (padahal perkara tersebut ada dalam polisi. tak mintak maaf pon tak apa kah kah kah) Baiklah. Ikhlas dari dalam hati yang sangat angelic ini, saya meminta maaf di atas keterlanjuran kata, perselisihan faham dan kesemua tulisan saya yang mungkin mengecilkan hati sesetengah orang. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu memang totally Chika.

Maaf zahir batin.

Chika neh tak nak balik kampong tanam jagung kah? Hendak. Tapi belum lagi nak balik. Selagi tak balik, selagi tu akan mengedar dadah walaupon jumlah penagih sangat susut mendadak hari neh. Tak apa. Chika akan balik ke Johor insyaallah pada hari Isnin atau Selasa. Mulanya bercadang untuk menyiapkan auto-published entry tetapi rasanya tak payah. Sebab tiada siapa akan beraya di dalam blog. (percayalah blog neh tak da menyediakan ketupat rendang pada Syawal kelak) Tapi tengoklah. Kalau tiba-tiba rasa menggigil punya gian datang, saya buatlah entry. Tapi macam tak payah betullah. Kita beraya di kampong dan blog boleh blah. HAHA. Semoga semua anda menikmati raya secara seronok.

Kepada kawan-kawan semua yang jauh di mata dekat di hati, jangan tinggalkan aku kalau membuat Skuad Raya. Apakata kita bermula dari Kota Kinabalu? Kah kah kah. Kesian sarah dow kita tak da pernah beraya rumah dia. HAHAHA. ( gurau ha. Jangan ajak betul-betul pergi KK nanti emak marah) Kih Kih Kih. Semoga Anuar memasak masakan enak yang sangat enak sampai membuat kepala kami semua melayang tahun neh. Huhu. Nikmatilah raya.

Yonna,
Chika kata nak buatkan sesuatu bukan? Aduh, sangat sebok tanpa diduga kesebokkannya. Nanti malam kalau berkesempatan I buat okeh. Maaf, sudah mungkir janji. Kata nak send malam Jumaat. Very sorry. Semalam I tak available la pulak.

Kepada ‘insan yang sponsor msjbox’ Chika,
Terima kasih banyak-banyak. Lambat betul Chika buat kata-kata aluan. Saya sangat sayang reader saya sebab semuanya baik hati. Sangat perihatin sampai sanggup meng-sponsor yuran msjbox. Kah Kah Kah. Kepada yang tak berkesempatan meng-sponsor Chika (ewah ewah, Chika ni over tau) anda jangan kecewa sangat. tahun depan masih ada. Boleh sponsor Chika bayar domain pulak. Woi, over gila! HAHA. Anyway, thank you (YKWYA) kerna membayarkan buat Chika. Sudah activate hooray!

Kad raya akan sampai mungkin menjelang raya. Barulah nama dia kad raya. Anda tunggu lah okeh :) Kalau tak sampai-sampai jugak, mungkin Brother Posmen dah makan masa bersahur. Manalah kita tahu kan. Kalau Brother Posmen dah makan tu, kita halalkan je lah. Nanti tahun depan kita buat upacara membagi duit raya pulak. (Iaitu pembaca membagi kepada Chika kah kah kah).

End.

Recent Entries

29 Responses to “Raya-to-go.”

  1. oDiN Says:

    Nak gambar kak Chika ngan Mr Fiancee !!
    Mesti kene letak kt blog !

    chika Reply:

    ewah ewah

  2. juliaism Says:

    ya la chika. nak la gamba chika ngan mr fiance. gamba dari tepi pun jadi la.
    aik.. comment tidak berkaitan dengan entry.

    oh rasa sgt aman bila ramai yg masih tahajjud & dah balik kg kan.. takyah rebut rebut nak comment. err odin..balik la kampung cepat.

    chika.. kakju gelak gila part masuk blah lingerie tu.. adui la.. ehem ehem ehem sgt ehem. sampai lama sgt dok test ehem..

    ehh apa mengarut ni. chika musyuk ! selamat hari raya !

    chika Reply:

    gambar? ngeh ngeh. Gambar tak best la kak ju. tgk live la nanti semasa perkahwinan. Eceh. Poyo tau Chikahoneyshakes ni. Ngeeh ngeh.

    Itulah. Dah kurang huru hara dah komenbox chika ni sebab semua pon dah balik kampong dan err… tahajjud (alhamdulillah) ekekke. Kalau tak, komen nombor satu je dah berderet ada sub-komen sebanyak-banyaknya. Haha. Kelakar tol dorang. Comel.

    Part lingerie tu kalau tak di-ehem-ehem-kan, jadi lain kang chika olah cerita. HAHAHA. Biasalah. Kadang-kadang jadi angel bertanduk. Tak faham betullah. (rotf)

    Selamat hari raya kak ju dan madu goncang! Hooray raya hooray!!! Chika nak balik kampong johor hoooray!

  3. alan Says:

    Hurmm nak komen pe yek..Selamat Hari Raya Aidilfitri..itu je kot..

    chika Reply:

    selamat hari raya aildilfitri ! :)

  4. angel_baik Says:

    selamat hari raya jugak buat tukang blog yang paling disayangi… cewahh… (ayat apakah ini… )…..

    mohon ampun dan maaf jika tersalah baca, tersalah tafsir, tersalah faham entry2 di dalam blog ini… hehe.. (bolehkah macam tu?)

    cheersssssss

    chika Reply:

    selamat hari raya.

    boleh boleh. Itulah ucapan maaf paling sesuai. tersalah baca, tersalah tafsir, tersalah faham entry2 di dalam blog ini. Kerana entry badan binasa. Kerana entry setitik, rosak blog sebelanga. ekekke.

    maaf zahir batin :)

  5. Zul Says:

    Selamat hari raya cik chika.. hehe.. berapa ngan mr.fiance la ek tahun nih.. Salam aidilfitri untuk Mr.Fiance juga.. maaf zahir dan batin

    chika Reply:

    selamat hari raya zul. Insyaallah beraya dengan mr.fiance. Insyaallah jugak mr.fiance baca ucapan raya zul neh. maaf zahir batin jugak eh :)

  6. fara d Says:

    mari ber skuad raya! hehe
    erk.sekiranya berkesempatan lah…huhuhu
    hehehe
    maap zahir batin. kem salam semua ye

    chika Reply:

    yeay yeay skuad raya (actually aku tak pernah join kan?) hahahha. jahat gila. Kampong Nuar tak penah pegi, umah ainul tak penah pegi.Umah semua tak penah pegi. Penah pegi umah ko jek. Uhuhuhuhu. Nak raya bersama!

    fara d Reply:

    mujo umah aku pnah sampai. kalo tak, aku ketok ko!

    ehek. tibe2 tingat saat mengejar lrt ketika open house umah ko tuh! sangat lawak k!!!dgn selipar vincci kale silver yg berbunyi sebatu joh nye. isk!

    chika Reply:

    ha ahhhh
    azab gila aku tunggu ketibaan ko ngan adian. Siap salah masuk masjid tuh!!! KAH KAH KAH… *gila gelak ar aku*

  7. yonna Says:

    YKWYA tu..
    i mati2 ingat group YKWYA.
    diorg semua blogger..
    huhu :p
    you know who you are kan :p

    baguss..
    dah aktif.
    msjbox i pun akan di sponsor.
    hadiah duit raya :p

    ouh..
    e-kad tu..
    xpe la chika.
    i dah nak balik kg dah ni!! hahaha..
    its ok! :)

    btw,
    selamat hari raya utk u and family :)
    jgn raya sakan okeh!
    make sure pemalar berat u adalah sama seperti sebelum berbuka puasa :p
    u dah nak kawen pasni :D
    i mintak maaf kalau ada salah n silap kat u,dear..
    nnt balik kg elok2 ok..

    *big hugs*

    chika Reply:

    ada ke group tu? Ler.
    hehe.

    msjbox tu jangan bayar sendiri. Nanti kurang rasa nikmat. Tunggu je orang sponsor cam chika buat. KAH KAH KAH. (apa ar chika ni melampau tau)

    Alahai yonna, sorry la i tak uatkan untuk u. I macam rushing ke sana sini la lately. Kalau ada kat rumah plak, i tidur je manjang. Mabuk tidur neh. Nak balik kampong dah? Uhuhuhu. Tak de kawan dah Chika kat blog :( (eceh) Selamat pulang ke kampong. Happy raya dan drive safely ar.

    Oyya. Berat i dah constant jadik X jek. Takde minus pon . Ishk. Raya nanti pon kena control kalau tak jadik X+5 nanti i pengsan masuk hospital unit rawatan rapi. Ewah ewah.

    okay yonna.
    i pon mintak maaf semua keterlanjuran kata yang mungkin buat u kecik hati atau gurau2 yang terlebih. Maaf zahir batin :) Selamat hari raya to Yonna and family

    :)

    nah, hugs n kisses
    xoxo

  8. wiween Says:

    cmt ari raye gak buat adik! nanti balik kmpung drive elok2 yek. ;) cmt mkn lemang x pedas :p

    chika Reply:

    selamat hari raya kakak ween!
    Selamat makan makanan raya (yang kadang2 tak best). sebab susah dapat nasik pada syawal pertama :( ekekeke :P

    maaf zahir batin

  9. atinne Says:

    selamat hari raya..
    maaf zahir batin…
    mari kita bershopping sakan..
    haha

    chika Reply:

    dah tak sempat nak shopping sakan. Shopping laju-laju boleh la. Haha.

    selamat hari raya atinne! Drive safely (kalau balik kampong) enjoy hari raya! hooray!

    atinne Reply:

    x dapat nak balik kampung..
    huhuhu…
    apekan daya…
    jauh sangat…
    haha….

  10. 13may Says:

    selamat hari raya chika :)

    chika Reply:

    selamat hari raya maymay

  11. chime Says:

    para penagih dah balik kampung laa…

    chika Reply:

    ha ah laaa

  12. xeea Says:

    selamat hari raya, chika!
    semoga berbhagia di samping family n mr. fiance tercinta..

    *ayat gile skema* hehe

    chika Reply:

    ucapaan perayaan memang tak boleh lari dari tema skematik dah. haha

  13. izza Says:

    hellewww chika~~
    i dah dpt kad raya u tadi :)
    tulisan sangat kemas okeyy
    malu la pulak i menghantar kad raya dengan tulisan yang tak bape nak siap tu :D agagaga~

    selamat hari raya chika
    mintak maap yer klo ade tersalah ckp ke ape sepanjang kenal u :)

    hihi..masa ni la nak jd skematik kannn
    takecare!!

    chika Reply:

    hihihihi. dah dapat pon. hoooray! kad u pon i dah dapat semalam. Seronok tau dapat kad raya. I baca senyum2 jek. ekekeke.

    i pon nak mintak maaf jugak from head to toe. manalah tau ada terlepas cakap ke kan. ewah. jom semua kita jadik budak skema1 haha :p

Leave a Reply