Friday Night
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
lily allen-friday night (download)
Pada malam Jumaat yang tidak sihat ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita kisah silam. Iaitu kisah ketika saya bersekolah rendah. Satu peristiwa yang semakin luput dari ingatan.
- Nama saya Nurul Haizum. Dipanggil dengan macam-macam cara. Keluarga panggil saya Ayong. Tapi emak panggil Nurul Haizum bila dia marah. Kawan-kawan sekolah panggil saya Haizum. Kawan-kawan selepas sekolah panggil saya Nurul. Kawan-kawan maya panggil saya Chika. Kadang-kadang dipanggil sebagai Superstar (ewah). Lebih ewah lagi, dipanggil sebagai Datin oleh hampir kesemua masyarakat Jabatan Seni Bina. (Tak suka tahu) Abang cafetaria dekat matrikulasi panggil saya JLo (ada kisah dia, malas cerita nanti entry ni jadi meleret-leret tak ingat dunia). Bekas maid saya panggil saya Puteri (watdehel?). Tapi saya paling suka Mak Yang sebab dia panggil saya Sayang. Tapi sekarang dah ada lagi seorang orang memanggil saya Sayang (dan istilah yang sewaktu dengannya )
- Masa kelahiran saya, semua orang ingat saya anak kacukan Cina-Benggali padahal saya kacukan Melayu-Melayu membentuk sebuah organisma yang SANGAT MELAYU. Kah kah kah. Sebenarnya emak saya mempunyai keturunan Arab (tempias sikit-sikit) dan bapa saya ialah Bugis kuat bercampur Jawa tak kuat. Sekarang saya pon tak tahu siapakah yang kuat. Yang pasti, saya sangat melayu (tetapi berjiwa sedikit majmuk bersama Muthu in term of penggunaan ayat) HAHA.
- Semasa kecil, saya sangat menggelupur hendak memakai baju kurung ke sekolah tetapi dilarang oleh emak. Emakkata budak-budak kena pakai pinafore baru comel. Sewaktu meningkat remaja (sudah baligh hooray! iaitu dalam usia 11) saya menjadi liat untuk memakai tudung sampai sering diperli oleh ustazah saya yang macam bagus. Ustazah kata, Haizum esok kamu kena pakai tudung ke sekolah.Saya pon layan je kata dia. Takut punya pasal, saya pakai tudung sewaktu subjek agama islam iaitu selama 1 jam. Sebaik saja ustazah melangkah 3 steps from the classroom, saya dan rakan-rakan pon membuka tudung kembali. Astaghfirullah. Tetapi itu kisah zaman jahiliyah. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa saya dan rakan-rakan. Amin.
- Dulu saya suka mengumpul setem yang tidak dikumpul. Iaitu mengumpul setem yang bukan dikumpul. HAHA. (maaf kawan-kawan, saya membuat ayat Muthu pulak) Maksud saya, setem yang dikumpul diperolehi secara beli. Main kotor. Tetapi macam biasa. Main kotor adalah satu-satunya cara yang berkesan menuju kemenangan (busyet). Kami akan sibuk bertukar setem tidak kira masa. Sampai cikgu pon menjadi sangat marah dan mendenda mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Akhirnya, saya terkantoi dan didenda berlari keliling padang sambil memakai baju kurung kuning berkain lembut. (baju sayalah yang paling centek ketika itu). Sekarang saya berasa kelakar betul. Mengumpul setem adalah hobi yang tidak cool sama sekali. Selain mengumpul setem, saya juga ada mengumpul surat cinta tetapi semuanya habis dikongsi bersama ibubapa (kanak-kanak tak tahu erti percintaan lah katakan)
- Surat cinta pertama yang saya dapat adalah sewaktu saya darjah 3. Comel bukan? Memanglah saya comel, bukan rahsia lagi. (siotnya saya) Surat tersebut saya simpan masuk poket baju kurung (di sekolah agama sewaktu itu). Turun dari bus sekolah, saya menjerit sekuat hati macam anak tarzan “Ma, abah! Ada surat cinta S***** bagi (maaf, nama dirahsiakan demi maruah kami bersama)” Saya pon membaca surat cinta pertama tersebut bersama ibubapa. Bapa saya geleng kepala. Emak saya cuak. Aik? Emak saya pon dengan cemasnya memberitahu saya secara warning : Ingat. Tak boleh main kejar-kejar dengan budak lelaki. Sejak itu saya sangat ayu di sekolah. Tidak bermain kejar-kejar lagi dengan budak boys. Kalau nampak boys saya malu-malu (jijik ok)
- Sewaktu darjah 3 juga, saya mendapat sekotak coklat yang sangat banyak dari abang darjah 4. Saya berasa sangat malas nak layan (ewah, kecik-kecik dah cool bukan? kah kah kah) Saya pon meng-kenduri-kan coklat tersebut kepada kawan-kawan satu kelas. Dan abang darjah 4 tersebut kecewa lalu ajak berjumpa tepi pintu kelas saya. (pintu tersebut pecah berlubang-lubang. Miskin betul sekolah saya) “Kenapa bagi coklat tu kat kawan-kawan? Tak suka kat saya ke?” abang darjah 4 tanya. Saya kata jangan kacau saya lagi. Eceh! Macam drama Samarenda lah pulak. See. Kecik-kecik lagi saya sudah pandai main drama. Nampak sangat berbakat tapi tak diasah dengan betul. Kalau tak, dah lama saya pegang watak Orkid dalam filem Sepet (chika, talk to the hand!)
- Barbie Doll adalah best friends saya. Barbie Dolls sahaja. Kalau dibagi dolls brand lain, saya tak da main punya. Sangat memilih dan berlagak. Setiap hari, balik saja dari sekolah agama saya akan terus mencari Barbie Dolls untuk menukarkan pakaian dan mengikatkan rambutnya. Kadang-kadang saya jadi malas nak pergi sekolah kebangsaan pula sebab sangat taknak berpisah dengan Barbie Dolls. Tapi takut kena telan dengan emak punya pasal, pergi jugak. Semasa cikgu mengajar, dalam kepala saya terbayang rambut Barbie Dolls saya. Saya pon berfikir giat. Fashion apa pulak untuk malam ini. Kah kah kah.
- Saya sangat suka Doraemon. Ditayangkan jam 7 malam di TV1 setiap hari Sabtu (kalau tidak silap. Kalau silap, biarlah silap) Disebabkan Doraemonlah, saya sering ponteng mengaji pada hari Sabtu. Nasib baiklah saya mempunyai otak yang sangat cerdik bestari. Oleh sebab itu, Pak Mus (arwah guru mengaji saya) akan alihkan saya bacaan sehari sampai 5 muka surat. Tak ke hebat tu? Kira hebatlah tu. Budak umur 7 tahun baca satu hari 5 muka surat. Kawan-kawan seangkatan hanya dibenarkan membaca 1 hari 1 muka surat sahaja. Saya pon ada sikit angkuh. Lagi-lagi apabila disuruh mengajar kawan-kawan. Pak Mus kata, saya pandai tajwid. Pak Mus suruh saya ajar kakak-kakak yang tak pandai takwid. Patutlah saya suka berlagak. Sebab selalu sangat kena puji. KAH KAH KAH.
- Saya tak suka membodek walaupon saya sangat berkebolehan. Kalau saya tidak sukakan seseorang cikgu itu, jangan haraplah saya akan membagi salam atau menegur cikgu tersebut. Membantu cikgu mengangkat buku berat apatah lagi. Kalau pen cikgu terjatuh depan bijik mata pon, haram saya nak tolong angkat. Sebab membodek adalah perbuatan terakhir yang saya akan buat. iaitu setelah tiada pilihan lain. Atau apabila dengan pembodekan itu saya dapat untung besar. Kalau setakat membodek free, mintak sorry. Sebab itulah ada beberapa cikgu tak suka saya. Mereka pon report dekat emak. Dia kata Nurul Haizum sombong. Muka sombong. Hanya bercakap dengan sebilangan orang sahaja. Sebenarnya cikgu tu salah. Saya bukan sombong. Tapi saya memang tak berkenan cikgu yang suka diampu dan dibodek.
- Ada satu perkara saya paling PANTANG nak buat semasa di sekolah. Iaitu membersihkan papan hitam. Cikgu sangat pandai. Dia takut terkena penyakit asthma dari kesan habuk chalks. (chalks bahasa melayu ialah apa?) Dia pon menyuruh murid-murid tolong bersihkan papan hitam padahal dia boleh buat sendiri. Jahanam bukan? Saya pernah bergadoh dengan cikgu semasa darjah 3 sebab dia suruh saya padamkan untuk dia. Saya pon kata tak nak. Dia kata itu arahan dia. Saya kata emak saya tak bagi. Memang emak selalu pesan. Jangan sesekali padamkan papadn hitam untuk cikgu nanti kena habuk chalks sangat bahaya untuk kesihatan. Cikgu ingat dia pandai. Rupanya Chika lagi pandai dari dia. Dia pon sangat marah tapi tak boleh buat apa. (Sebab cikgu semua takut dengan emak saya kah kah kah). Kepada semua ibubapa, pesanlah pada anak-anak supaya jangan mengikut arahan cikgu yang menjeaskan kesihatan tersebut). Selain itu, saya juga tidak akan menyapu sampah di dalam kelas. Tugasan yang sanggup saya buat ialah menyusun meja sahaja. KAH KAH KAH.
Entry ini bertujuan untuk mengisi masa lapang seorang pesakit tulang iaitu Chika. HAHA. Sangat sakit tulang ketika ini. Sampai fikiran terganggu. Dan terbuatlah entry ini. Sekadar untuk hiburan. Supaya anda semua lebih mengenalinzaman kecik-kecik saya juga. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti boleh bercinta (dalam hati dan mimpi anda)
Selamat hari jadi, Sweetheart.
Ewah. Tiba-tiba pulak dah.
Semalam kena hujan.
Hari ni terus tumpas.




September 26th, 2008 at 3:03 am
1st .. yeahu !
yonna Reply:
September 26th, 2008 at 3:32 am
bluwekk :p
Zul Reply:
September 26th, 2008 at 5:39 am
bluwek utk yonna.. hahaha..
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:20 am
bluwek kat semua di atas! kah kah kah
September 26th, 2008 at 3:04 am
Chika .. Mr Fiancee panggil chika ape selain sayang ?
Share la sikit .. hik hik
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:21 am
haha
September 26th, 2008 at 3:20 am
“9. Saya tak suka membodek”
itu bukan membodek. itu amek hati. sama ke?
hua hua hua.
selamat jugak untuk tuan kepada hari jadi. hehe.
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:21 am
err.
pendek kata, chika tak suka membodek dan malas mengambik hati. kih kih kih
September 26th, 2008 at 3:32 am
chalks-kapur
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:21 am
o.
ha ah.
thanks
September 26th, 2008 at 3:54 am
aku suka membodek di zaman persekolahan. sampai aku pernah jadi penolong ketua pengawas di sekolah agama. dan boleh dikatakan juga aku anak emas seorang guru pengawas di sekolah itu. muahahaha~! *gelak berlagak*
entry ko nih menarik. aku pun macam nak men-tiru ko buat entry sejibik macam nih.
tapii…. errr~~ aku kan perahsia.
mana boleh cerita2 silam aku diceritakan. nanti dah tak jadi GadiS HebaT yang Misteri lagik kan?
miahahahahaa~!!
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:22 am
ler.
ko nak berahsia pon apa salahnya. dah blog ko pon private. gegegee
September 26th, 2008 at 5:41 am
sy juga suka doraemon di kala kecik.. nasib baik takde jual kostum doraemon, kalu tidak tentu akan ke sekolah memakai kostum doraemon.
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:22 am
saya suka. tapi saya tak penah berminat dengan costume.
September 26th, 2008 at 5:45 am
entry nih sgt kiut. wahahha minat doraemon yek. sama dgn kak ween. sampai diriku digelar doraemon masa darjah 6! huhuk
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:23 am
hahaha.
chika ni sampai tua ni pon ada orang panggil doraemon (sebab saya bulat :(
wiween Reply:
September 28th, 2008 at 1:15 am
bulat itu comel kan adik. hehe ;)
September 26th, 2008 at 6:16 am
Sy juga suke lagu lily allen.. mmg cool tapi still tak rock macam chika.
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:23 am
haha.
kira chika lagi dahsyat dari lily allen la kan?
kwang kwang
September 26th, 2008 at 7:51 am
waaaa…..best dh ada lagu….tak lama lagi chika letak movie lak..haha…
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:24 am
insyaallah.
September 26th, 2008 at 9:31 am
doraemon mmg beshhhhhh :D
sepanjang zaman tu..hik3
chikaaa…chalks ialah kapur dear :P
haiya, gagal lah kempen bahasa melayu mcm ni :P
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:25 am
doraemon lah katun paling best. dan tempat kedua jatuh kpd spongebob squarepants. ekekeke.
ok. chalks ialah kapur thank you.
hahahahaha.
well, dah pandai sangat sampai tak tersebut perkataan kapur. hahahaha
September 26th, 2008 at 11:36 am
chikaaaa sayam…
ada request ni..
kakju nak tengok gamba chika dari umur 1yr till 7yrs. boley ?
ke boley bla ?
boley la okek ?
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:25 am
hahaha.
insyaallah
boley boley
demi kakak julia madu goncang.
eceh :P
September 26th, 2008 at 3:32 pm
tetapi kenapa doremon disiarkan di waktu nak maghrib… selalu kena marah dgn ayah sebab tak mandi lagi masa tgj doremon…
chika Reply:
September 27th, 2008 at 5:26 am
itulah pasal.
salah timing.
mengganggu pembetukan nurani kanak-kanak. haha