99% kahwin, 1% dakwah

Dua hari neh, sibuk mem-bridal. Hallamak. Dah lama berehat dari mem-bridal, tapi seminggu dua ni kembali aktif. Kah kah kah. Alhamdulillah. Banyak yang sudah selamat dibuat. Mari semak kembali perancangan yang saya sudah tulis pada 13 September lalu.

Sebelum raya (During Ramadhan) :

  1. Ambil kasut from Thomas Chan ; Done. Episod tamat. Sad ending.
  2. Tempah invitation cards ; belum hantar confirmation tapi sudah siap survey.
  3. Finalise design untuk baju sanding. ; checked
  4. Jumpa taylor and discuss about the design. What kain to buy. And what not. ; checked
  5. Carik kain dan hantar untuk beadings ( If necessary) ; no, not necessary. Wedding planner siapkan semua included the beads and the taylor.
  6. Confirm-kan photographer and videographer ; checked. Waiting for quotation from the photographer.
  7. Jumpa wedding planner untuk test make-up dan untuk photoshoot punya persalinan
  8. Pelamin

Banyak sudah selesai hooray!.

The Bridal Diary.

SABTU : Bertemu wedding planner untuk check kembali baju-baju yang kami nak pakai. Wah wah. Banyak betul baju, macam project runway I tell you. Selepas itu berbincang enam mata (eceh) dengan wedding planner pasal design baju sanding (untuk persandingan at my side). Selain itu, pergi survey kad kawen. Boring. Tak tahu pasal apa. Invitation card is the last thing kept running in my head. HAHA. Dan tak berapa ada semangat membara untuk berfikir banyak tentangnya. (Kalau tak, dah lama this Chika menggelupur nak design sendiri kah kah kah) Seriously tak berapa memikirkan pasal kad itu sedangkan bapa saya, atuk saya dan emak mertua saya (bakal ehem) sangat NAK mentengok kad jemputan dahulu. And finally, kami pon memilih yang totally simple and plain and … end. And I’m simply happy.

Pergi booked kain dekat Gulatis. Pakai tunjuk-tunjuk je. See. Nak beli kain, guna jari pon boleh (wat.de.hel.?) Nevermind. Senang betul urusan dengan Gulatis store dekat Metropoint Kajang.

Oyya guys, saya nak memperkenalkan seseorang kepada anda semua. Ewah ewah. Match-making pulak. Bukan. Sekiranya anda ke Gulatis, dan mengharapkan service yang sangat menyeronokkan (sampai rasa nak menginap di situ dua hari dua malam seakan syurga), anda masuklah ke dalam store tersebut dan bersuaralah kepada siapa-siapa sahaja “Can I have Mr.Raj service please”. Erk. Lain macam lah pulak. Nevermind. Just carik seorang pekerja bernama Raj. He is the best. Kah kah kah. (Kau nak jatuh cinta ke, jatuh hati ke, jatuh bankrupt ke, tu kau punya pasal lah after all) Tapi kalau kau dengar kata si Raj tu, memang jatuh bankrupt tu ada potensi lah. Kah kah. But seriously, service dia memberangsangkan. (Ni saya tak tipu okey walaupun selalunya suka buat penipuan berciri goreng garing-garing kah kah kah)

AHAD : Pergi membeli Chiffon (sebanyak 6 meter), Silk Satin (beberapa meter), Soft Satin (1 meter) dan juga Border French Lace (1 meter) di Gulatis. Lihatlah. Menulis secara terperinci untuk kegunaan masa depan. Akan dijadikan panduan kepada anak-anak kelak. Tengok ni, emak membeli kain sanding pada hari Ahad sebanyak bermeter-meter. Dan ayah kamu sangat baik hati juga komited memilihkan kain buat emak. Ewah. Dialog Chika kepada anak-anaknya. Itulah kegunaan blog tahu. Kah kah kah (tapi anak-anak saya memanggil saya emak ke? haha. Itu kita fikirkan kemudian ) Malangnya, kain untuk baju lelaki tak ada.

SELASA : Shopping at One Utama. Shopping for hantaran. Done. Handbag dan kasut. Bukan main-main wo. Shopping dari 2.30 pm sampai 10.30pm. LAPAN JAM punya shopping. Itulah. Saya malas nak sebut lagi tapi itulah dia. Kaki punya pasal. Masuk semua butik kasut pon sangat susah. Dan paling susah ialah untuk mendapatkan kasut yang bercitarasa tinggi dan mulia. (erk?) Nampaknya Mr.Fiance telah hampir menyiapkan hantarannya bagaimana pula dengan saya? Saya belum menyiapkan apa-apa barang hantaran. Tak apa. Lepas raya. Nanti selepas raya, anda semua akan pening kepala. Nurulism.com akan sama taraf macam website marikawendankawen.com (I’m not sure if such website exist, go try). Mungkin akan 97% berciri kawen. Kah kah kah. Well. Duta perkahwinan Asia memang like this lah. (saya lantik diri sendiri, as always)

Tahukah saya jumpa penemuan baru tentang kaki saya? Penemuan yang tidak memberangsangkan sebaliknya aneh namampos. Kaki kanan saya lagi kecik dari kaki kiri saya watdehel? Rasa nak melalak dibuatnya. Betullah kaki saya adalah sejenis mutant serpihan X-men. Bukankah aneh namampos? Aih tak tau aku nak cakap apa lagi dah dengan kaki aku neh. Mengecewakan betul. Seb baik kaki tu kaki aku. Jadi, tidak boleh curse kaki sendiri. Mutant macam mana pon, kena cakap jugak : Kaki, you sangat comel like hell. I love you kaki sampai mati. Sayang gila. Kau lah kaki paling cantek dalam dunia. Tak ada kaki lain dah lagi cantek ( tak guna tak guna tak guna)

RABU : Mencari kain untuk mendirikan masjid ( ha? ) mencari kain untuk baju sanding kekasih saya lah (kekasih? wallauweih very romantic la hayyoh) Masuk Gulatis branch Ampang pulak. Cis. Tak ada. Nampaknya kena lah berjalan-jalan lagi mencari kain. Aih, masa kami sedang belari keluar kata Chika. (our time is running out kata Muse) Sebelum saya balik beraya like monkey di kampong, harus settle semua ni. Mencemaskan betul.

KHAMIS : Khamis yang dimaksudkan ialah hari ini. Saya officially tumpas. Sudah demam. Mr.Fiance ajak mem-bridal lagi, tetapi saya terpaksa menolak dengan baik sekali (eceh) Tulang saya semua sakit mungkin terlalu banyak membuat aksi ngeri like berjalan tanpa henti. Minum Anlene banyak-banyak. (oh lama sudah tidak membuat perlumbaan susu dengan adek-beradek. Iaitu lumba minum siapa habis dulu. kemudiannya muntah secara berjemaah. Sangat comel)

Kawan-kawan pembaca yang disayangi sampai mati (sastera siot!),
Kad raya akan diutuskan kelak. Untuk fasa kedua, Iaitu fasa terakhir. Tidak akan ada fasa ketiga atau keempat kerna selepas ini tidak hingin mentengok kad raya lagik. Kerna akan bergelumang dengan kad kawen pulak. Jangan worry. Nanti kad berciri kawen dan kasih sayang itu akan diutuskan kelak. Insyaallah. Sekarang neh kita layan kad raya puas-puas dulu okeh.

Tapi untuk fasa kedua, tiada kad fancy-fancy semacam kad krismas lagik ( macam kad fasa pertama sempena kempen lah konon). Semuanya kad biasa berserta tulisan Chika yang ala-ala Artis-Tak-Cukup-Masa. HAHA. Dan pastinya bersama signature Chika yang berciri cardiogram jugak (apa kau ingat Doctor je boleh buat sign berciri cardiogram?) Bakal arkitek rumahtangga pon boleh juga kah kah kah. Simpan signature saya tahu! Manalah tahu nanti saya ter-jadi glamour kang, tidaklah anda histeria sangat nak kan signature I. Okay, nampaknya Chika dah mula nak angkuh di sini. Untuk membanteras gejala keangkuhan Chika, mari sudahi entry berciri bridal ini dengan surah Al-Asr.

“Demi masa. Sengguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali kepada mereka yang bertaqwa dan beramal soleh,”

p/s : See. Siapa kata entry ni 100% berciri perkahwinan? Entry ini adalah 99% perkahwinan dan 1% berciri dakwah. Perfect.

Recent Entries

45 Responses to “99% kahwin, 1% dakwah”

  1. yonna Says:

    err

    chika Reply:

    bluekkkk.
    wakaka

    yonna Reply:

    ehh..
    owner blog tidak dibenarkan
    bluweekk ok! hahhaa

  2. yonna Says:

    yeay!!!
    first!

    chika Reply:

    rock and roll!!!!

    Dieyla Reply:

    ngelat boleh la.
    huh!

    chika Reply:

    hidup memang camtu, dieyla. Kita semua kena pasrah. KAH KAH KAH :P

  3. Dieyla Says:

    adeh.
    lapar la.
    asal bace blog chika lapar ek?
    haha~

    eh.
    i tak tau la dah sampai ke tak ur kad raya.
    orang kt rumah takde bising lagi.
    nak kene balik umah baru bole tengok kad raya.
    huwaaa~
    nak balik cepat!

    selamat membridal lagi.
    seronotttt!!

    chika Reply:

    lapar? padahal ni la blog yg paling kurang berciri makanan. gambar makanan pon susah nak jumpa. aneh jugak neh. haha.

    erm. semua orang sudah dapat. maybe dah sampai kot u punya. Itulah jauh sangat u duduk sampai ke kelantan sana. ekekek. nevermind, ada lah tu :P

  4. yonna Says:

    ok.baru nk komen betul2..

    wahh.ni baru la i bace u betoi2 membridal :p
    berlari2 masuk ke kedai kain.
    cannot wait la tgk u pakai baju nikah and sanding.
    u mesti comel!!

    aik?
    u tak siapkan brg hantaran lg?
    kenapa eh slalu belah laki je yang siapkan dulu?
    huhu..
    mesti vogie da vast hantaran2 2-2 belah pihakkan? hee..

    pasal kaki yang besar/kecik sebelah..
    mmg mcm tu la chika :p
    kaki kiri i lagi kecik dari kanan.
    tp bertuahnya.
    sebab i bukan saiz 4 hahha..
    err,
    kesudahaan kasut itu apakah?
    nak pegi shoemaker mane pulak? :D

    chika Reply:

    mem-bridal penat oh. Tapi tidak men-stress-kan. Thats the beauty of it (eceh. makin sastera ar ayat chika neh) KAH KAH KAH.

    i belum siap satu apa pon hantaran. Sbb i kena tunggu pas raya. Sebab i kan di-sponsor oleh dana ibubapa, keluarga dan family (erk?) Jadi kena tunggu wang tajaan la kan. Maklumlah, penganggur tak berhasil :( hahaha.

    Tapi mmg org biasanya akan kiri kecik sikit dari kanan. kaki i terbalik pulak. Mmg luarbiasa la kaki neh. Sebab baik bentuk dia masih boleh dikenalpasti sebagai kaki. Buatnya bentuk dia macam bentuk laptop ke, atau pon tetikus, tak ke haru biru!

  5. Zul Says:

    uish.. walaupun inti penuh pasal perkahwinan tetapi dakwah tidak dilupakan.. sy membaca entry kali ini sambil mendengar lagu haddad alwi..yaa thoybah.. ape citer kasut? tempah kasut kaca macam cinderella la.. sekali lg sy tak pasti adakah cinderella atau rapunzel atau snow white atau dumbo atau pinochio yg pakai kasut kaca dlm kartun tuh.. confius..

    chika Reply:

    huyyooh! dengar haddad alwi tuh. eceh.

    pasal kasut kaca tu, saya sudah reply cadangan anda pada entry yang lalu. sila semak. haha

    Zul Reply:

    terima kasih kerana menyemak idea saya.. kalu cam tuh pakai terompah kayu jer la.. heh

  6. Darling Says:

    no card 4 me? uhuks~

    chika Reply:

    alamak, u lambat la darling :(
    itulah. u hilang lama sangat.
    huhu

  7. nashrex Says:

    photogrpaher sape? amik laa saifulnang…
    xpun nashrex je sudah..
    haha

    chika Reply:

    aku ambik nuffnang.
    kalau tak available, aku ambik nashrexnang

    lalalala~

  8. cemut Says:

    bikin cuak la chika..preparation byk betoi yer ntuk dirikan masjid ni..fuh fuh tarik napas dedlm kena stat awal2 ni

    cemut Reply:

    chika nanti honeymoon kat mana..jom p pulau lankayan..teringinnnn nk p sana ;p

    chika Reply:

    honeymoon?
    kah kah.
    jeng je jeng
    erk. pulau lankayan?

    cemut Reply:

    try la google.. cantik

    chika Reply:

    oh. jap. google sat.
    (chika kan tak minat pulau, pantai, alam dan flora. HAHAHHA) gila keji punya statement.

    cemut Reply:

    erk.hahaha.cemut love pulau..ehem xkan honeymoon kat mekah plak .. aminn..mubarak.. ;p

    chika Reply:

    kalau boleh nak je.
    mekah, madinah, taif, jedah, pastu shopping kat dubai. HAHAHAHA

    cemut Reply:

    hahaha..ya cemut pun penah sampai sane..jedah bole tahan la tempat shoping nye..tp dubai lom sampai ag..
    leceh nye mekah madinah nk shoping harus la pakai jubah or bj kurang..kang sesia kena saman

  9. yonna Says:

    ya lah chika.
    entry honeymoon satuuuuuuuuuuuu!! haha

    chika Reply:

    o’ooooo
    :P

  10. hUmmY Says:

    tanak kawen la camni!

    bole?

    mampos andartu!

    x kawen sampai ke tua!

    haha!

    chika Reply:

    hahahah.
    jangan camtu.
    kahwen seronok tau (macam penah jek)

  11. chime Says:

    baru je abis menonton kekasih ku seru… errr… – ini dikira sebagai komen jugak kah…

    chika Reply:

    ha ah. saya pon. gila ar takut harini punya episod. eiiii… seram kan.

    yonna Reply:

    tau xpe chika!
    ieieie
    takut tgk mata waris tu.
    yonna xde la penonton tegar.
    tp dah minat lak cite tu.

    sebenanrnya..
    emilda tu sape?
    hahha..
    jawabbbbbbbbbb.
    i dulu tgk tp tak kosentret :p

  12. fara d Says:

    hmmm…patot pun selasa hari, terasa amat nak pergi ke one utama bersama bunda ku. tapi sebab dah lewat, tak jadik p. isk! mujo tak jadi, kalo tak, amat la yakin aku bahawa cik chika bakal men nyorok2 ngan fara-d kat one utama tuh~! cis!

    chika Reply:

    haha. awat tak pegi? kah kah kah

  13. atinne Says:

    itulah dia kehidupan seorang yg bakal kawen…
    hak3…
    one utama da la sgt besar..
    mmg xleh blah kalu shopping d sane…
    ngeee….
    raye nk dekat..~
    aaaaaa:(((

    chika Reply:

    shopping kat sana kena ambik at least 10am to 10 pm. hahahha.

  14. alan Says:

    kad raya sudah sampai. Thanks yaa..cantek ada ladybird lagik..

    chika Reply:

    u’re most welcome :) gud that u like it.

  15. wiween Says:

    hehe syoknye dia membridal. :p

    chika Reply:

    syokkk gila.haha

  16. ikoko Says:

    aits.. chika.. bilakah berlangsungnya ni chika? disember ka?

    chika Reply:

    jeng je jeng.
    hihihi

  17. Liyana Says:

    enjoy your wedding preparation. And don’t forget to take pics of those (what you buy, prepare etc)… they’ll become treasures to you later. Best bila dengar dapat byk sponsor, as my time dulu byk benda kena down grade sebab duit cukup-cukup aje…huhu… maklumlah, anak yatim nak kahwin (sounds tragic eh..) Hope you’ll get a good photographer too. Nowadays there’re too many overpriced wedding photographers with just so-so end results.

    chika Reply:

    hi Liyana. Thanks for the good advices. Ha ah, they’ll become treasures one day :) Sponsor? takde la. Just that saya kan penganggur. haha. Kalau harap duit sendiri, tak kawen la saya. Haha. (bad kan?) :P I hope too that we’ll get a good photographer. with reasonable price n reasonable service. I guess you’re right about that :)

Leave a Reply