Hari yang tidak produktif

1) 1st time naik kapal terbang
Pergi Umrah tahun 2002. Muntah muntah. Mabuk-mabuk (bukan mengambil minuman keras). Sampai Brunei Airport, kena tuduh mengandung dengan seorang makcik. Saya pon naik hangin. Tapi hangin yang naik tersebut tak sampai ke mana sebab makcik yang menuduh tersebutlah yang mengurutkan saya. Sangat perihatin terhadap wanita mengandung (padahal saya bukan mengandung. SALAH)

2)1st time beranak
Engkau gilakah tanya soalan neh? Belum kahwin tidak boleh beranak. Nanti berdosa masuk neraka. Allah murka.

3) 1st time ke overseas
Darjah satu pergi Iran.
Darjah dua pergi Palestin
Darjah tiga pergi Bosnia
Darjah empat berehat di tanah air.
Darjah lima pergi Mesir
Darjah enam berehat di tanah air lagi.
Tingkatan satu pergi Turki.
Tingkatan dua pergi Mesir lagi sekali.
Tingkatan tiga pergi Jordan.
Tingkatan empat pergi Arab Saudi.
Tingkatan lima menetap di tanah air.
Tingkatan enam pergi Oman

Sebenarnya saya tidak pernah mengambil tingkatan enam. Jadi anda buatlah kesimpulan apakah ertinya kesemua jawapan di atas. KAH KAH KAH.

4) 1st time duduk jauh daripada family
Semasa mengikuti latihan askar wataniah bagi remaja bawah 18. Kah Kah Kah. Baiklah, serius serius. Pertama kali duduk jauh dari keluarga ialah semasa mengikuti program matrikulasi di Tangkak. Sangat menyedihkan. Tak bahagia. Keseorangan. Kurang kasih sayang. Meng-gemok pulak waktu itu. Sebuah kehidupan yang lara.

5) 1st time kerja
Praktikal tahun lepas dengan NK Architect. Oh tuhanku. Sebuah pengalaman yang tidak berharga. Saya tak suka bekerja.

6) 1st time rasa diri gemuk
Peng-gemok-kan saya berlaku tanpa hujung pangkal. Jadi saya pon tak tahu bilakah kali pertama dan terakhir berasa gemuk. Sebab ia tidak boleh dijelaskan dalam unit waktu.

7) 1st time bercinta?
Saya suka betul makan terung masak sambal.

8) 1st time rasa diri cantik??
Setiap kali tengok cermin dengan kesan pencahayaan yang cukup dan dramatik. Kalau mentengok cermin yang tidak cukup pencahayaan dan dalam keadaan tertentu, mulalah histeria macam tengok muka sangat buruk. Buruk macam nenek kebayan. Eii. Seram lah bukan?

9) 1st time masuk cinema
Tidak pernah. Biasalah anak yang mendengar cakap ibubapa.

10) 1st time admitted in hospital
Semasa melahirkan anak sulung kelak. KAH KAH KAH. Sebenarnya saya belum pernah dimasukkan ke dalam hospital tapi semacam pengalaman yang boleh dicuba di dalam hati. Saya nak masuk Hospital Ampang. KAH KAH KAH! HAHAHA KAH KAH KAH lagi sekali. Jom gelak sekali lagik. Wa, gua gembira!

11) pilihan hati…..
Aik? Apakah maksud dia? Memilih di dalam hati? Baiklah. Pilihan yang dipilih di dalam hati ialah Fahrin Ahmad yang dimadukan dengan Hans Isaac. Itu pilihan dalam hatilah. KAH KAH KAH. (Tunang pon bercakap di dalam hati : Jaga kau Nurul. Kejap lagi dapatlah pengalaman pertama masuk ICU dekat Hospital Ampang. KAH KAH KAH)

Perbuatan membuat ‘tag’ ini dibuat atas dasar memenuhi permintaan masyarakat. Chime, bergembiralah! Sudah. Saya nak berehat daripada membuat tag selama 6 bulan. Sebab ada banyak benda nak ditulis secara gian neh. HA HA HA.

Err.
Soalan kali pertama isi minyak kereta tak nak tanya kah? kah kah kah!

Recent Entries

32 Responses to “Hari yang tidak produktif”

  1. Mohd Ismail Says:

    pertama kali isi minyak kereta itu aku ingat lagi.. ha ha..

    *masih pakai kereta samakah?*

    chika Reply:

    kah kah kah.
    blogger zaman dulu2 jek yang tahu citer ni.
    wahahha.

    ha ah la. paki kete tu lagi. kalau tukar pon, tunggu mini cooper (erk?) hahaha

  2. Zul Says:

    YEY.. PERTAMA DAN ITU SAYA.. heh.. Tag ke nih?? maafkan kami penunggu gua..

    chika Reply:

    BUKAN PERTAMA!
    HAHAHA.
    Mail first la hayyoh :P

  3. eireenbaiksgt Says:

    hahahaa cam samdol aje… tang soklan 1st time becinte tanak jawab soklan lak tuu.. pandai betol memanipulasi!

    chika Reply:

    orang yang cerdik memang akan cerdik mengambil kesempatan dan menggunakan alasan.

  4. nashrex Says:

    isi minyak guna minyak…. *truuuttt*

    hahahhaa..
    lawak2

    chika Reply:

    tuttttttt
    hahahaha.
    seriously, hanya readers zaman berzaman jek yang tahu :))
    wakakaa

  5. chime Says:

    ok… saya bergembira sekarang… tapi ada jugak sikit rasa tak gembira sebab tak tahu kisah 1st time isi minyak kereta tersebut…

    chika Reply:

    sebab anda tidak mengikuti kisah-kisah lampau yang melampau. WAKAKAKA. gi carik gi :P

  6. mrkay Says:

    aku terbaca ayat yg last je sbb dah nak buka ni.. hahaha.. terkenang zaman minyak itu.. wakakaka.. sampai skang kalo igt boleh gelak guling2.. wakakaka

    chika Reply:

    sekarang aku dah boleh terima cerita tu sebagai LAWAK – dulu kalau orang sebut je, aku leh melenting. Rasa penghinaan yang kuat! HAHA

  7. erni @ cepotet Says:

    wakakakakakaka. antara semua, akak paling suka ayat ni, “Soalan kali pertama isi minyak kereta tak nak tanya kah?”.

    ahahah. gelak guling guling dah akak ni. adoiii.. adoiiii..

    pertama saya isi minyak kereta, saya guna minyak …. :p

    chika Reply:

    Minyak tuttt!
    WAKAKAKKA.
    Ishk.
    pengalaman yang menarik untuk dikenang.

  8. far Says:

    i pun ingat cerita first time u isi minyak tu. sebab cerita u tu la, i addicted bace blog u. sebab cerita isi minyak tu la, i sanggup bace semua entry u dari 1st entry sampai current entry.

    hahahaha :p

    chika Reply:

    wahaha.
    ha ah Far
    Ramai orang start baca blog i since baca entry tu. Pengalaman ngeri yang berharga. KAH KAH KAH

  9. aTiQah Says:

    Chika isi minyak dengan ******. Ha ha ha.

    Ooo..kerja kat Hospital Ampang. Oooo…

    chika Reply:

    Owh. You pon tahu eh citer minyak tu? wakakakaka. Simpan dalam hati okeh :P

    adoi, sakit perut lak bila ingat. Ngeriiiii!

    Aa? keje hospital ampang? Chika mana ade keje.

  10. JS Says:

    aku penah tertukar gak kat station minyak,tu pun shell super ngan shell advance kot…tapi antara diesel ngan petrol…ntah la…mungkin time tu ko kena guna2 ngan bangla stesen minyak tu..sampai tertukar..hahak..apa pun tahniah..buat la lagi smpi tangki kete tu leh terima ngan rela hati diesel..hahak..time posting tu la aku rasa first time aku kena dadah ngan blog ni…

    mrkay Reply:

    hek eleh.. org lain semua tak btau secara terang2 sbb nak bg new readers tertanye-tanye.. ni tros reveal secara terang-terangan.. tak best btol.. hahaha..

    chika Reply:

    ha ah kan. Baru nak bagi new readers penasaran. Kasi mereka terkulat-kulat nak tahu. KAH KAH KAH

    JS Reply:

    ye ke….silap aku la ni..sori2…lain kali aku tak bersikap jujur lagi..

  11. mrkay Says:

    meh aku jawab satu2..

    soalan 1, apsal ko tak terangkan yang ko bukan tgh pregnant? dan apekah ko mabuk kapal terbang dah mcm org pregnant? mcm sgt trok je?

    soalan 3, memula aku percaya la kekonon ko penah pegi sana sinun.. lepas aku baca abes2, aku terpk.. ko pegi negara2 yang tengah berperang? wakakaka.. mcm berani jer :p

    soalan 7, err.. mangkuk?

    soalan 9, urmm… bleh blah!~ :p

    kesimpulan semua2, aku dpt lagi satu point.. hospital ampang yerk? :p hahaha

    chika Reply:

    aku bukat setakat bitau kat mak cik tu aku tak pregnant, aku siap jerit agi ‘saya baru 16 tahon!’. pastu dia kata ingatkan aku dah kawen. Tak guna.

    Weh. memang aku tak penah masuk cinema. Pantang keluarga aku. Tahu dek bapak aku, mampus kena pungkang. Aku pon tak tahu apakah rasanya duduk dalam cinema.

  12. dira Says:

    lawak giler….hahhaha, puuuuut ops terkentut.

    chika Reply:

    dira asyik melepaskan angin jek. ishk ishk. agaknya termakan ichigo beracun kot.

  13. dira Says:

    ohye, dira tak tau chika isi minyak ape..nak tau…mana nak cari???

    chika Reply:

    hahahaha. ada dalam entry 2006. KAH KAH KAH!

  14. myadlan Says:

    komen first utk blog chika yg baru.. br berkesempatan nk jenguk..

    makin pantas mengupdate yg sjak kblakangan ni..

    bukan ke dulu kamu bilang da malas nak wat tag2 begini?

  15. nadzal Says:

    hehe, produktif sungguh..

  16. LelakiMisteri Says:

    ahaksss….isi diesel…hahahahahaa gelakkan diaaa kekekekekekekekekee….

    ehh…thn lepas ekkk praktikal..asew cam baru jek lagik ahaksss…..makan bekpes lam kete ahakssss

  17. LelakiMisteri Says:

    ye ye….saya masih igt dia isi minyak diesel…hahahahaha….

Leave a Reply