Bulan Mengambang
Soalan sahaja Bahasa Inggeris. Jawapan Bahasa Melayu tahu.
1. Name one person who made you laughed last night.
Saya membuat diri sendiri gembira. Saya adalah pil gembira buat diri sendiri. Narcissist la katakan.
2. What were you doing at 0800?
Tidur lagi tetapi boleh mendengar suara emak membuat pertikaian. Tapi tak apa, sambung tidur lagi biarpun sudah mendengar suara emak suruh bangun.
3. What were you doing 30 minutes ago?
Menonton SEPET buat kali yang sebanyak-banyak kali (iaitu satu perkiraan yang sukar dihuraikan). Saya pening dengan perangai Astro yang suka sangat tayang filem yang sama secara berulang. Kalau tayang Happy Feet sehari 24 kali tak apa. Sebab saya suka betul dengan bontot penguin. (Akhirnya ada perkataan yang boleh menaikkan hit blog saya iaitu bontot penguin. Main kotor. Err. Blog ni memang sebuah blog yang mengajar tukang komen bermain kotor. Tak percaya? Pergilah klik ruang komen dan tengok ada apa di dalam sana ; bagi yang tak pernah tahu apakah terjadi dengan ruang komen nurulism.com)
4. What happened to you in 2006?
Dua tahun lalu. Masih di UKM. Sibuk dengan projek senibina dan sibuk juga bercinta dengan kekasih Cina. Itu saja yang saya buat dalam lewat tiga tahun lalu.
5. What was the last thing you said out loud?
Kawan kau kaya betul! Pesan dekat dia Mazda6 satu berserta dua bag penuh pound sterling! - kami berbual adek-beradek tentang kawan dia yang kaya raya. Setiap hari curik pakai kereta bapa dia pergi berpoya-poya dan mencurik wang sterling bapa dia. Kemudian mengedarkan wang kepada kawan-kawan. Dermawan bukan? Oyya. Budak umur 14 tahun punya perangai.
6. How many beverages did you have today?
Banyak. Berlakon puasa lah katakan.
7. What color is your hairbrush?
Hijau. (Chika ni kalau boleh, kad pengenalan pon nak hijau. Apa akallah tak boleh pilih warna)
8. What was the last thing you paid for?
Kad ray. Semangat terbakar-bakar lah katakan.
9. Where were you last night?
Bila-bila malam pon, saya ada di atas katil ni menghadap komputer riba.
10. What color is your front door?
Warna kayu. Sebab dia memang kayu.
11. Where do you keep your change?
Di dalam poket, dompet dan kereta
12. What’s the weather like today?
Hitam pekat punya malam. Ada bunyi loceng yang sangat seram tapi sebenarnya bukan seram. Loceng kucing saya. Aik? Saya ada kucing? Bukankah sangat berdusta? HAHA.
13. What’s the best ice-cream flavor?
Paddle Pop Pelangi. Walaupon tunang saya kata Hagen Dazs paling sedap (memang sedap pon) tapi Paddle Pop tetap menang.
14. What excites you?
Duit. Lepas itu pergi membeli dan blah lepas duit pon habis. Hai, saya Paris Hilton (bukan)
15. Do you want to cut your hair?
Sangat nak. Tapi sangat tak boleh. Malas nak cerita.
16. Are you over the age of 25?
Saya sangat muda remaja dan bertenaga. 22 tahun. Satu nombor yang comel betul.
17. Do you talk a lot?
Kalau dalam keadaan yang mendadahkan, pasti sangat bercakap secara pukal. Kalau kepala masuk angin, hati pulak kena bakar, jangan harap. Waktu itu saya bukan saja tidak mahu bercakap sepatah pon, malah sangat cenderung untuk makan orang secara pukal.
18. Do you watch the O.C.?
Tidak. Saya menonton Kekasihku Seru (aik?)
19. Do you know anyone named Steven?
Steven Raj. Kawan saya dulu sangat cintakan lelaki berjambang ni. Tapi saya tak rasa lelaki tersebut tampan. Sebab saya suka Fahrin Raj (siapa pulak Fahrin Raj ni?)
20. Do you make up your own words?
Sayalah ahli fikir bahasa melayu moden.
21. Are you a jealous person?
Kalau anda pandai memasak Nasik Beriani gam bersama lemang dan kari kepala ikan, saya tak ada masa nak cemburu. Jangan lah ada hati nak berlagak tentang perkara tersebut sebab Chika tak berasa ianya menarik. Tapi kalau anda ada jenama pakaian dalam sendiri, woh aku sangat dengki tak hingat punya. Contoh : Victoria Secret. Saya harap saya akan ada jenama pakaian dalam tersendiri (dah tak ada benda lain kah nak dijual?) Mungkin brand yang berciri bahasa melayu seperti Rahsia Chika. Apa punya nerakalah. HAHA. Tapi jangan kacau teman lelaki saya nanti saya makan anda hidup-hidup.
22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Aizar.
23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kamarul (aik? Dah tak ada orang lain ke ?) Haha
24. Who’s the first person on your received call list?
Perancang Perkahwinan. (HAHA)
25. What does the last text message you received say?
A’kum Nurul, this is Syikin from Tom Shuz Boutique . Your shoe is ready for collection, tq. (Baiklah. Kita tengok nanti apa pulak jadi seterusnya)
26. Do you chew on your straw?
Itu bukan tabiat Chika. Itu tabiat Mohd Shafiz (rakan studio kami). Dia memang sangat suka menggigit. Semua benda pon digigitnya. (Kawan-kawan, jom kita imbas kembali kejadian dia menggigit straw di Pelamin sampai hancur dan menggelikan!) Kah kah kah.
27. Do you have curly hair?
Sangat nak! Boleh saya? (Can I?)
28. Where’s the next place you’re going to?
Tembok Besar China (tiba-tiba pulak)
29. Who’s the rudest person in your life?
Astaghfirullah bulan-bulan Ramadhan ni janganlah kita bermusuhan. Simpand alam hati dan kunci dalam hati. Nanti bulan depan sila tanya kembali. Haha.
30. What was the last thing you ate?
Orang masak kurma.(Hambik kau)
31. Will you get married in the future?
Saya duta perkahwinan.
32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Sudah 2 tahun tidak menonton filem (macam biasa, kelentong)
33. Is there anyone you like right now?
Nurul Haizum Zainodin. (boleh google nama dia nanti anda akan masuk ke sini semula. HAHA)
34. When was the last time you did the dishes?
Beberapa jam melampau
35. Are you currently depressed?
Buat apa nak tertekan. Bukankah sangat seronok sekarang. Makan tidur menghabiskan beras dan tak payah bekerja membanting tenaga. Syurga di bawah telapak kaki ibu (?)
36. Did you cry today?
Sudah lama tak da menangis. Sebab sudah terlupa cara-cara menangis.
37. Why did you answer and post this?
Sebab geniuscom82 kata : hi Chika.. saya dah tag awak….tlg jawab yer semua soalan sebelum 24 september…happy blogging. (Nampak tu dia ucap happy blogging. Kalau tak buat nanti, beliau akan makan hati dan mugkin saya tidak akan memblog dengan gembira sebab membuat orang lain makan hati. mungkinlah)
38. Tag 5 people who would do this.
Lama betul saya tidak menyebarkan permainan ni kepada orang ramai. Err. Saya akan namakan mereka dalam ruangan komen. Jeng je jeng. Kalau Chika dah sebutkan nama nanti, haruslah buat. Kalau tak buat, sudah! (Kau tahulah nanti langit tinggi rendah) Err. Astaghfirullah. Bukankah bercadang untuk memegang rukun negara ke-5 sempena ramadhan? Terbuat perangai diktator pulak.




September 20th, 2008 at 1:20 pm
taraaaaaaaaa!
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:41 pm
taraaaa
September 20th, 2008 at 1:21 pm
Omaigod! am i the 1st one? hahahaha.
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:42 pm
Disebabkan kakak yang pertama, kaka boleh pilih samada mahu kena tag atau tidak. HAHA
erni @ cepotet Reply:
September 21st, 2008 at 10:21 pm
ahahahha. mesti la tidak. sebab kakak baru berpikir pikir untuk berhenti memblog. err.. mungkin la kan. tapi, kalau jadikan tag ni sebagai entry terakhir, macam besh jugak. hiks. =)
chika Reply:
September 21st, 2008 at 10:23 pm
aik??? kenapakah??
erni @ cepotet Reply:
September 21st, 2008 at 10:25 pm
sebab, membaca blog lebih besh dari menulis blog kot. tambahan lagi baca blog chika. dengan tidak menulis blog sendiri, akak rasa lebih senang untuk akak bermaustatin kat blog chika ini dan akak akan berpeluang menjadi pengomen pertama berturut turut. =p
erni @ cepotet Reply:
September 21st, 2008 at 10:23 pm
tapik, sebab 5 orang sudah kena, akak dikecualikan. whoaaaaaaa.. inilah untungnya jadik orang pertama. *riak ala ala rendah diri*
chika Reply:
September 21st, 2008 at 10:33 pm
waaaaa.
alasan kakak tu berciri engambil kesempatan. HAHAHA. Janganlah berhenti tulissssssssss.
Dilarang berhenti, (ewah ewah)
Kak pon nak jadik cam Yonna eh.Suka menyerbu pada entry yg masih fresh. HAHA.Chika baru je click publish. Lom sempat nak view balik, tgk2 dah ada komen. Aih. Kamu semua memang menakjubkan. Sampai tercuak Chika kekadang. HAHAHA. Thank you guys. I Lap Yu
September 20th, 2008 at 1:41 pm
huh.. sy tempat ketiga.. sy suka.. cik haizum.. still ade perkataan ngeri tuh.. narcissist.. adehh.. belit lagi jari aku..
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:40 pm
ANDA KENA TAG!
Zul Reply:
September 21st, 2008 at 10:42 pm
adus… kene tag la pulak..
chika Reply:
September 21st, 2008 at 10:58 pm
buat buat
September 20th, 2008 at 2:12 pm
haha.chika kamu still xpuasa!! sangat subur.hahaha.
menteil Reply:
September 20th, 2008 at 2:15 pm
haha..
sangat subur..
xbleh blah..
iqbal Reply:
September 20th, 2008 at 2:25 pm
apa yang subur?
:-?
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:42 pm
entahlah aku tak faham
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:42 pm
SUBUR?
Erk.
September 20th, 2008 at 3:08 pm
salam kenal dari akak…akak pun suka citer sepet tuh..best….tapi takla tengok banyak kali…wekekke..salam ramadan n lebaran gak dari akak n family…
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:43 pm
Hai kakak. Saya bukan senagaj tengok banyak kali, tapi dah astro tayang … tengok je. ehehe. Selamat Hari Raya buat kakak dan keluarga :)
September 20th, 2008 at 4:28 pm
hu~
nanti gugel “subur”, masuk cini plak,ahaha
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:43 pm
Tak apa.
Google semua benda masuk sini pon tak apa. HAHA
September 20th, 2008 at 4:28 pm
hahakk.bontot pengguin….aku suka penguin mexico tiga ekor tu..hahak
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:44 pm
Aku suka semua bontot penguin. Comel gila. Sangat mencuit hati
September 20th, 2008 at 5:07 pm
kekasih cine ?
sapekah ?
ade gmbr ?
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:39 pm
Nampak sangat anda ahli baru dalam blog ni. HAHA. Tak apa. Tak payah tahu.
Yang penting …
ANDA KENA TAG!
September 20th, 2008 at 5:36 pm
“Saya akan namakan mereka dalam ruangan komen. Jeng je jeng.” aku buka komen dengan perasaan berdebar-debar. tengok-tengok belum ada. haha.
soalan 23 tu aku dah nak kembang sebab aku merasakan kau akan letak nama aku. Sekali tekaan aku sangat meleset sehingga hati aku rasa melecet. haha
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:41 pm
ANDA SEMESTINYA KENA TAG!
Tapi ada excuse. Boleh dilambatkan (sebab aku memang tahu kau akan tak buat atau lambat. Dilarang TIDAK BUAT. Tapi diboehkan BUAT LAMBAT
September 20th, 2008 at 5:38 pm
suka hijau ea…
sama lah….
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:44 pm
Sangat suka.
:)
September 20th, 2008 at 6:46 pm
pastilah 5 org yg terawal komen yang kne jawab tag. haha
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:38 pm
ANDA KENA TAG!
September 20th, 2008 at 7:29 pm
huhuhu…bestnya kalau leh blogging 24 jam…
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:38 pm
ANDA JUGA KENA TAG
September 20th, 2008 at 11:27 pm
waahh tgk citer sepet manyak kali yek. kak ween suke cite tu jugak dik. pes taim tau wujudnye saripah amani tu kan. tp mmg besh dia blakon. ;) citer yg yasmin ahmad bikin mmg besh.
chika Reply:
September 21st, 2008 at 9:45 pm
Dulu tengok dan terasa macam kena batang hidung sendiri jek. Sekarang tengok … pon rasa macam kena batang hidung sendiri jugak. HAHA.
Tapi cerita dia okay.
September 22nd, 2008 at 2:54 am
[...] SINI PULAK (klik) : Entry bertajuk Bulan Mengambang. Semak komen-komen anda. Kalau ANDA DI-TAG, silalah berbesar [...]
September 23rd, 2008 at 10:38 pm
[...] Chika : Telah menjawab tag dan tag 5 orang iaitu Zul, oDin, mrkay, pphoenix dan mijah. Zul telah jawab tag dan yang kena tag ialah mijah (kenapa mijah lagi?? ), azmien, nad,…… Err…. sebenarnya tag ni masih berlanjutan…tak larat pulak saya nak selidik satu persatu… Sebabnya setiap seorang akan tag 5 orang. Kemudian daripada 5 orang tu, setiaporang kena tag lagi 5 orang… [...]
September 30th, 2008 at 2:41 pm
aumcakkk!!! ahaksss…lama x masok sini yuhuuu chika..chika..boom…boom boom boom…bunyi lagu…ahakss