Wedding Shoes
Pagi semalam, dapat call dari shoes maker. Mereka suruh datang untuk try. They took 2 weeks untuk siapkan kasut tu dan memanglah macam yang dijanjikan. They said, we can claim around 2 weeks. Dan mengikut perkiraan aku, memang tepatlah 2 weeks.

Kredit foto : http://www.takegreatpictures.com
Seronoknya. Rasa tak sabar nak tengok kasut tersebut. Aku browse through internet, surveying for wedding shoes. Rasa nak semua (like always, tamak haloba) Berciri Imelda Marcos di situ. HAHA. Kalau dah satu kasut pon sampai kena bertempah, in zillion years la baru boleh lawan kan. Hehe. (Kaki, grow up!)
Chika ni kan, kedekut betul tau. Ramai readers yang sedang on the way to blissful wedding pasti akan menuduh aku semacam itu bukan? Tanya tarikh nikah, tak dikasi tahu. Tanya boutique, tak nak kasi tahu. Tanya tentang photographer, pon tak nak disebut. Tanya tempah kasut kat mana pon sangat kedekut. Why lah so kedekut? Bukan kedekut, mind you. Sampai masa dan ketika, terbongkarlah semuanya. (well, Gimmic Diva kan … what to do) Tapi sesuatu yang anda kena percaya, tiada entry perkahwinan mengejut akan dilakukan. Tiba-tiba terpampang ucapan kahwin dari sahabat karib beserta gambar bisu. Tidak. Tidak akan buat begitu lagi. Nanti ada juga aku termakan peluru sesat. Haha. Atau tiba-tiba nurulism.com habis kena makan dengan anda semua. Haha.
Okaylah. Mari berkongsi informasi. Tentang di manakah Chika menempah kasutnya.
Kepada pembaca yang bakal melangsungkan perkahwinan, yang juga ingin membuat tempahan kasut wedding, ini aku senaraikan shoes maker yang aku sudah pon pergi tinjau. Anda pon bolehlah meninjau sama. (Kepada kakak yang sibuk bertanya tu, sekarang boleh strike perkataan kedekut from my name. Haha. Kakak sampai dah panggil aku Chika Kedekut. Gurau kasar tau) Nah, kakak. Esok pagi-pagi lepas sahur tu bersiaplah tarik Mr.Tunang anda makan angin dalam kedai kasut okay. Jangan sampai termakan kasut sudah (laser kau mulut aku).
- San Lee Shoes, Taman Midah Cheras (03-91303236)
Dia boleh buat any design tapi kalau disuruh buat beading tu, aku rasa tak recommended since mereka tak expert. Nama lagi kasut wedding, mesti nak gemerlapan sikit kan. Dan mestilah nak almost perfect. Tapi mereka punya leather shoes okay kot. (Kot? Kot means tak sure lah kan) Engkau pergi tengok sendirilah. - Pretty In White (website), Desa Sri Hartamas
Yang ini pon okay. Boleh tengok pada website dia. Service bagus. Pricey sikit. Boleh mintak dia buat beading tapi mereka pon mungkin bukan mahir sangat. One thing, jangan sewenang-wenangnya suruh kedai letak beads kalau mereka tak biasa buat kerja-kerja ni. Nanti batu jatuh tergolek, menangis lah air mata darah dibuatnya. Since kasut wedding ditempah mahal-mahal. Kalau ter-rosak nanti, of course you will cry a river (so like me). Yes, menangis sebanyak satu sungai. Pasti tak berbaloilah bukan? Yang jatuhnya, sebijik batu saja. Tapi nangisnya sampai sesungai. Thats why, fikirlah bijak-bijak. (amboi) - Paris Shoe Maker, Taman Maluri (03-92857529)
Malas aku nak membuat testimonial lagipon tidak berbayar iklan ini. Bolehlah pergi tengok kalau nak. Price range? Aku boleh katakan, semua kedai pon kasi service dengan harga yang lebih kurang. And one more thing, tiada yang harga ala-ala Vincci (unluckily ) - Tom Shuz Boutique, Bangsar (03-20942339)
Atau nama kedainya disebut Thomas Chan. Dulu ada butik dekat Pavilion tapi sudah ditutup dan hanya terdapat di Bangsar Shopping Centre. Very recommended. Aku sudah try beberapa kasut dia dan sangat comfy. Tak de sakit-sakit belakang tumit. Dan agak boleh dipercayai on the beadings thingy. (I guess la berdasarkan displayed design dia). Dan setelah browsing dekat internet pon, didapati ramai orang recommend di dalam forum-forum.
Itu yang aku sudah pergi. Selain itu, anda boleh pergi tinjau ke Lewre, Jimmy Choo dan designer lainnya. (of course if you have extra RM you can go to see them and pay for RM thousands)
Kasut Chika? Tengok tu, sangat kedekut. Dah sampai nak perenggan penutup dah neh. Tapi takda dikasi tahu pon. HAHA. Chika buat dengan Thomas Chan. Aku akan tuliskan kemudian secara terperinci (of course without gambar ) apabila aku sudah ambik kasut tersebut kelak. Kalau okay, aku akan recommend kepada anda. Kalau tak okey, anda berusaha sendirilah. Haha. Bukanlah. Nanti kalau ada informasi berguna, kita kongsi lagi. Aku tahu ramai readers sedang membridal juga. HAHA. Kalau anda ada cerita dan informasi wedding menarik pon, marilah berkongsi. Atau yang sudah berkahwin pon boleh berkongsi pengalaman anda. Tetapi janganlah dikasi nasihat-nasihat tradisional seperti pantang larang aneh chika sangat tak nak. HAHA. You know, I do not interested in ritual practice yang aneh-aneh kecuali if it is islamic. Hehe.
Penutup : my weight is xkg. Hooray!




September 9th, 2008 at 12:53 pm
tom shuz tuh memula aku igtkan adik beradik tom abg saufi.. hahaha..
kalo ko nak buat entry ala2 entry pertunangan ko tuh utk wedding, aku boleh buatkan disini.. tp aku mesti dijemput la kan.. haha.. kalo ko tak jemput aku, aku mampu terbalikkan nurulism.com ni dgn hanya satu klik sahaja! hahahahahaha *gile kerek dan horror nye amaran* :p
chika Reply:
September 9th, 2008 at 12:59 pm
HOI!
Kerek gila. Kau gurau kasar ni! Mentang-mentang sangat berkuasa ke atas hosting website aku …. Oleh itu, aku kasik ko VIP invitation lah (for the sake of nurulism.com) haha.
mrkay Reply:
September 9th, 2008 at 6:37 pm
wow! vip? bagus! terima kasih byk2.. tp, err.. apekah kelebihan vip invitation? hahaha
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:27 pm
err.tiada. cima VIP pada nama. cam ok jugak kan? :P
September 9th, 2008 at 1:02 pm
dup dap dup dap.
berdebar nak p tengok kasot.
hehe.
ingat dah p amek.
ish budak ni betol lah!
=P
chika Reply:
September 9th, 2008 at 1:11 pm
gotcha!
sabar lah Dieyla.
i belum tgk pon kasut tu, camne nak tunjuk? haha. :P
September 9th, 2008 at 1:08 pm
kasut pun bertempah? uishh..
chika Reply:
September 9th, 2008 at 1:12 pm
well, kakiku aneh.
September 9th, 2008 at 1:35 pm
mak org buat kat kedai kasut baba nyonya (bkn la mak org kawen, tp saje je buat). kedai buruk je, tp kasut sume ada manik2, cun2. ala, mcm iklan panadol tu. org rasa kedai yg dia guna dlm iklan tu pun mcm kedai dia. hehe
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:28 pm
haha.(bukan mak izah kawen heh? ok ok) :P kedai apa tu izah? kat mana? nama apa? boleh akak gi tengok.
September 9th, 2008 at 1:40 pm
woweeeeeeeeeeeeeee.. tak sabarnya nak tengok. ingat tau adik, tarikh akak. agagagagaga!
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:29 pm
o.akak ni special case tau. dah siap booked tarikh. sangat cannot go. haha. tak pe, make sure remind chika nanti tau.
September 9th, 2008 at 2:02 pm
hihi
chika mmg suka buat surprise kan :D
wahhh
dah stabil ek..tadep + atau – lagi :P
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:31 pm
izza, kenapa u asyik send comment guna nama ‘chika’? pelik btullah. I kena edit balik nama u (luckily, in WP, we can edit).
takde la surprise pon. saja je suka-suka buat korang penasaran. hahaha. bukannya surprise pon. biasa saja. ha ah izza, harini berat i xkg. selera makin takde T___T *hoooray!*
mrkay Reply:
September 9th, 2008 at 8:48 pm
see.. aku sudah ckp, wp sgt powerful.. btol tak? hahaha
chika Reply:
September 9th, 2008 at 9:20 pm
hoih!
haaa…. ko siap baca komen-komen eh? kagum aku. Yes, betul. WP Powerful. Aku falling love sudah. HAHA. Lebih interaktif dan genius. (tapi blogspot sangat cute i tell you) WP tak berapa nak cute tapi dengan adanya aku, aik… macam sudah cute pulak. HAHA. WP sangat terhutang budi pada aku. (bongkak bukan?) HAHAHAHAHAH.
WordPress best.
September 9th, 2008 at 2:13 pm
tiba2 jer rasa cam nak tawen jugak…hehehe…jangan lupa anta kad kat mizah yer…insyaAllah tahun depan bulan 9 mizah lak anta kat nurul
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:33 pm
gi kawen gi. hooray. kalau mizah kawen, ada chance la nurul gi tganu. lama tak gi sana. hehe. nanti mizah kasi address heh. nurul post kan card kawen (padahal kadnya blom ada :P). Erk. Wa, dah ada tarikh. Bulan 9 heh? means lagi setahun je. Best best. Selamat berkawen! =D
September 9th, 2008 at 2:25 pm
buat la kasut kaca ala2 sinderella.haha.
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:33 pm
chika takut kasut kaca pecah, nanti pengantin cedera :(
September 9th, 2008 at 2:37 pm
baru jer pas wat entry sal koleksi kasut…tengok2 nurul pun wat entry kasut gak…adei…kasut tawen
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:34 pm
ye ke? jap lagi nurul tengok entry kasut mizah pulak.
September 9th, 2008 at 3:50 pm
akak x biasa pakai kasut tutup penuh, atau tutup separuh penuh. kaki sudah biase separuh bogel. lucah juga kaki ini rupanya.
i wonder klu kawen sok camne la ek. kene gak pakai. pasrah…. melecetlah kaki akak huhuuh~
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:36 pm
chika pon tak biasa pakai kasut tutup. sebab kaki chika ni jari dia kembang. tak selesa kalau bertutup. Tapi kalau wedding, tak berapa formal la kalau tak tutup. Kakak kena practice dari sekarang tau. nanti terkawen kang, senang sket. :P
September 9th, 2008 at 3:53 pm
chika!!!
tak sabaq nya nk tengok kasut kawen hang!!!
waaaaaaaaaaaaaaaa..
excited terlompat-lompat dah ni haha..
kaki u mmg demand :p hahha..
kecik comel betoi.
sure cantek gile kasut u!
chika.
i really teruja nk tahu photographer la :p
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:38 pm
nak tengok kasut kawen chika? kenalah datang chika kawen. tengok secara live. hehehe :D Kaki i ni kesianlah.Terlalu kesian sampai i rasa nak ketawa dalam tangisan dibuatnya.
Kasut I tu comel. Simple and cute. (amboi, puji kasut sendiri) :P
Photographer tu…jeng je jeng…
September 9th, 2008 at 5:04 pm
akak ada TAG nurul..dtg blog akak ek..
cantik blog baru ni..sejuk mata memandang…
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:39 pm
thank you kakak.
tag? sangat jarang nurul kena tag. sebab semua orang tak suka tag nurul sebab nurul selalu lupa nak buat tag. ekekeke :P thank you tau.
September 9th, 2008 at 7:08 pm
Kalau Kawen Tak Pakai Kasut Best Tak.. Macam Best Je..Try La.. Satu Rumah Pakai Kasut- Satu Lagi Tak Yah Pakai Kasut..
chika Reply:
September 9th, 2008 at 8:40 pm
hurm. cam best. idea baru. the theme is, ‘back to basic’ hahaha. semua berkaki ayam. ayam pon berkaki ayam. kenduri ayam. sangat berciri ayam.
September 10th, 2008 at 1:47 pm
lalalalalalala….chika chika boom…boom boom boom…bunyi laguuu :D
chika Reply:
September 10th, 2008 at 1:54 pm
aku x penah dgr lagu ni