Kaki Yang Istimewa

Oleh kerna aku sudah ghairah sangat mahu melihat, menyentuh dan mencium (not) wedding shoes tersebut, kami pon ke Bangsar pada petang tadi. Walaupon sangat berpancaroba in the stomach. Ignore the stomach, nafsu first. Nafsu kata ‘go tengok kasut!‘. Aku pon go lah. Takda kira lagi. Sampai sanggop bermasam muka dengan Haikal (This is another story, not telling you. Not telling you because sudah menyesal kerna crisis dengan adik sendiri. Padahal sangat sayang dan sangat ketawa malam ni like two monkeys on the tree) Okay, move on dengan cerita kasut.

Sudah tengok kasut hooray! Sudah bersentuhan kulit ke kulit hooray! Sudah kissing pipi ke pipi hooray! (Watdehel? Aksi kissing kasut tidak ada ) Dalam banyak-banyak hooray tersebut, tiba-tiba menjadi tidak hooray! Apabila hooray menjadi tidak hooray, bunyi dia pon akan ber-sound like this ; Hooowaaaa! (Hoooowaa ialah bunyi seolah-olah menangis) Anda tahukah kenapa keluar soundtrack Hoowaaa tersebut padahal pada mulanya sangat hoooray? Yes, anda tidak tahu.

Pertama kali melihat kasut tersebut, mata aku mengeluarkan cahaya berseri-seri dan secara anehnya, bebola mata semacam diamond saja. Aik? Sangat shining mata bersinar-sinar. Hati pon tiba-tiba pandai melompat padahal takda siapa ajar dia melompat tinggi. Sangat seronoklah katakan tengok kasut sangat comel. Sangat comel. Comel sangat. Dan apa-apa istilah lainnya yang beerti comel secara sangat.

You try dulu.

Syikin (staff Thomas Chan) pon menyuruh aku mencuba. Terus sarung masuk kaki dan tidak lama selepas itu aku pon menangis tersedak-sedak (guys, bukankah sangat seksa menangis dan tersedak dalam satu masa?) Err anyway, macam biasalah. Exaggeration. Tidak ada nangis sebanyak satu sungai la hayyoh.

Apakah terjadi? Kasut tersebut telah meletop I tell you. Err… meletop like bangunan kena fire dengan ultraman. Sangat dramatik. Err. Aku tak tahulah kenapakah aku suka menipu sekejap semasa membuat entry. Mungkin satu tabiat buruk yang sangat buruk. Atau mungkin juga satu trademark. Entahlah. Padahal aku takda suka menipu. Okay, move on. Kasut tersebut tidak meletop. Kasut tersebut sangat longgar. Watdehel. Bukankah sangat diukur tempoh hari sampai terjengkit-jengkit aku dibuatnya.

Sebenarnya salah kaki aku sebab sangat cute. Benda cute memang selalu dipersalahkan. Luckily kami dapat berjumpa Thomas last evening. Beliaulah pembuat kasut tersebut. Beliau kata, takda mould yang lagi kecik. Itu adalah the smallest one. Jom nangis sebanyak satu sungai (atau Justin Timberlake kata, cry me a river)

Namun masalah tersebut dapat diatasi dengan kepakaran Mr.Thomas tersebut. Hoooray balik. Malaslah aku hendak bercerita detail tentang cara-cara dia menyelesaikan masalah tersebut. Bukan anda boleh buat apa pon. Jadi dipendekkan cerita yang sudah sangat panjang ini, insyaallah esok Syikin akan call aku dan Thomas akan alter kasut tersebut hoooray.

Ada satu kata-kata Mr.Thomas yang sangat memberangsangkan. Dan membuat aku ‘berhoooray walaupun agak nak hooowaaa’. Dia bilang kok, kalau kaki gwe spesyel bangat (sejak bilakah Thomas berciri Indonesia? Haha).

Dia kata kaki aku sangat ‘special’ sampai sangat sukar dan mempunyai bentuk yang aneh. Kaki juga sangat luarbiasa punya kecik. See. Ini pujian atau penghinaan aku pon tak tahu lah. Tapi its okay, I take it as a compliment. Haha. Admire lah kaki aku.

Sebenarnya sangat pancaroba in the stomach at the moment. Tadi sudah abaikan stomach demi nafsu kasut. Sekarang aku mahu membagi kasih sayang kepada stomach pulak. Kita kena ingat. Tanpa stomach, apalah ertinya nasik. Bukankah Chika sangat suka nasik?

Sebelum berpisah (macam rancangan NONA bukan?) di atas sana terdapat kolaj gambar wedding shoes aku. See. Siapa berani kata Chika kedekut? Pernah dengarkah tazkirah yang berbunyi ; Tangan yang memberi itu lagi baik dari yang menerima? Bagaimana pula dengan sindiran Melayu yang berbunyi ; Bagi betis nak peha? HAHA. Errr. Cubalah relate sendiri pepatah dan tazkirah tersebut dengan gambar yang ala-ala kabur dan ‘baik tak payah’ tersebut. HAHAHHA. Well. Do not ask for more. HAHA. Nanti aku akan membagi pepatah : bagi betis nak peha. HAHAHAHA. Well. Dictator memang macam ni.

Sebelum berpisah (again). Aku ada melancarkan satu kempen yang sangat sukar untuk difahami. Tetapi bolehlah KLIK NURULOVEME.BLOGSPOT.COM untuk melihat kempen. Baca. Dan buatlah apa yang patut. Kempen tersebut akan berjalan selama satu hari iaitu pada 10 September 2008 (esok) sahaja. Err. Baca. Dan buatlah apa yang patut.

Kali ni betul-betul berpisah. Habis.

Recent Entries

37 Responses to “Kaki Yang Istimewa”

  1. DieyLa Says:

    haha sengal.
    tu bukan gambar kasut.
    tu gambar kedekot.
    ha amek.
    nak cakap gak u kedekot.
    sebab tu tak muat.
    hahaha~
    =P

    chika Reply:

    kalau dah tayang semua, apa yg speselnya nanti. orang pandai takkan kasi tayang semua. tindakan tersebut bukan saja berciri tidak bijak, malah sangat tak menghargai diri sendiri. gagaga.

  2. JS Says:

    huhu..kasut pun bertempah ek..mesti meriah ko kawin nanti..insyaallah…erm..wat la garden wedding….haha…baru la kasut tu akan berfungsi sepenuhnyaaa..haha….

    chika Reply:

    dah kaki ni istimewa sangat sampai terpaksa ditempah. itu pon masalah lagi. haha. err… meriah tak meriah, asalkan lancar. insyaallah la.

  3. mrkay Says:

    ko ske menokok tambah cerita utk jd lebih dramatik.. sengal je rasa bile membaca.. haha.. mcm2 hal ko neh tau..

    chika Reply:

    teh tarik satu!

  4. syam Says:

    pening la… apa yang cuba disampaikan?

    :$

    chika Reply:

    mungkin anda terlalu baru di sini. memang sukar memahami blog neh. kena dibaca dengan minda yg sangat lapang .

  5. yonna Says:

    hahha..
    slot ultraman tu mcm kedengaran agak melampau la hahha..

    err..bukankah sudah diukur?
    keciknya kaki u chika!!
    isk..
    ya lah.
    benda cute.

    i takkan nafikan.
    harap2 esok u muat la ek

    u mkn nasik.
    u suka nasik.
    sepatut nya kaki u membesar! hahaha..

    chika Reply:

    i rasa nasik tu takda sampai ke kaki. dia memang sampai perut saja. pelik betullah. atau mungkin kena makan guna kaki. tapi tak senonoh la pulak.

  6. yonna Says:

    chika.
    sila beritahu.
    motif entry di nuruloveme?
    hahaha..

    err hny utk berkata i love u pada readers kah?

    chika Reply:

    well dear yonna.
    just keep in mind ; chika takda membuat tanpa sebab. atau yg merugikan dia. haha. Its 10. I’ll post about it later (insyaallah on 11th september) waha. first time ni chika buat kempen cintai readers. diktator pon ada hati perut tahu ke? :P

    yonna, you are my vip reader. ♥♥♥♥♥♥♥♥
    haha.

  7. wiween Says:

    hehe nasib baik bley alter kasut comel tu yek adik. kalo x mmg hooowaaa abis la. ;) nampak ka kolaj tu mcm kaler putih..jeng jeng..ade yg kena “bg betis nak paha” ni kang.agagagag :p

    chika Reply:

    kalau tak boleh, apa lagi, menangis sebanyak satu sungai la sampai butik tu banjir. haha. takpe la. ayat kakak berciri tekaan, bukan permintaan. Takkan dikenakan ‘bagi betis nak peha’. :P

  8. erni @ cepotet Says:

    good, jangan tayangkan semua. nanti abislah seri pengantin. silap silap, masa wedding, para blogger yang datang akan bersoksek soksek dengan ayat, “eleh, dah tengok pun kasut chika tu dalam blog dia.”.

    ahahaha. gila jauh pikir kan? hiks.

    adik, kawan akak pun ada sorang kaki saiz 4. akak selalu teman dia beli kasut kat kedai kedai korea. dan yang paling pelik, kasut saiz 4 banyak di kedai kedai baju ibu mengandung. erk! apakah? :p

    chika Reply:

    orang baik hati yg mendakwa diri dia angelic memang suka berkongsi. Tapi ciri2 dictator ialah kedekut. sebab itulah chika menjadi orang yg berciri kongsi secara sikit. tindakan yang sangat wise. dan seimbang.

    a? kedai mengandung?

  9. aTiQah Says:

    alaa chika, i tak paham maksud kempen tu..huhuhu…

    chika Reply:

    i love u

  10. k.meen Says:

    tindakan bijak untuk mengaburkan kolaj yg baik tak payah tu..hihi kalau tunjuk semua..nanti wedding kasut dah tak seri ..

    erk..chika pakai kasut size berapakah??bunyinya macam sgt comel..hihi

    chika Reply:

    bukankah tindakan tersebut sangat bijak? haha. kasut chika saiz dia tak lebih dari 3.5

    apalah nak jadi dgn kaki neh.

  11. Masy Says:

    mujur kaki akak saiz 5 ye? tak susah la kot berbanding saiz 4 agaknye.. saiz 5 ni pon dicerca sebagai cacat oleh opismate, klu chika kerja sini mebi akan dilabel mutan hehehehe

    nampak cam ade reben2 kat kasot itu :)

    oooo pasal kempen, dah komen kat entry kempen. ade love love ni kenelah ckp..

    I lef u too chichik~

    chika Reply:

    hahahah.
    lepas baca komen kak masy, cam biasa chika akan gelak terlentang-lentan dulu. chika rasa, komen akak kat entry chika lagi kelakar dr entry di blog sana. HAHAHAHA.

    chika rasa kaki ni memang ada sikit mutasi belakulah. aneh betul.chika pon tak fahamlah.

    i love u

  12. mastakilla Says:

    ye..mari berkempen..
    tapi kenapa dah masuk sana kene masuk sini?
    pastu masuk sana..pastu masuk sini balik?
    ape-ape je lah..
    mari berkempen…
    weeee…

    chika Reply:

    sebab chika pandai.
    dan readers kena bersenam.

  13. fara d Says:

    huk. aku yakin kasot itu comel! hiks

    nurul, gambar kasot dlm previous entry tu kan…i suka la! huhu. aku suka kasot camtu, yg mcm kasot aku yg identical dengan enul (identical dari segi rupa, bukan size!hiks), suda putus. T_T

    chika Reply:

    yes dear. aku tgkkasut tu mmg aku dah teringat wedge kau dgn ainul yang ala-ala nak boria tu kan. seb baik saiz tak boria. HAHA. putus dah? apalagi, jom beli baru. jom shopping jom. kan ramai kwn2 kita dah jadik orang kayya. Kereta baru pon dah banyak neh. HAHAHHA

  14. Zul Says:

    Uiks.. tempah kasut.. best best.. nanti dah siap share la gambar kasut tuh

    chika Reply:

    harap maaf. kasut ini bukan harta seperkongsian. haha

  15. eHa Says:

    tetiba rase x sabar nk tunggu anda kawen sbb nk tengok gamba kasut tersebut.. ahahaha..

    (patutnya nk tengok gambar pengantin dulu lah, bukan?)

    chika Reply:

    kasut lagi penting.
    HAHAHAHA

  16. cemut Says:

    hahaha…sebaek la kaki yg kecik tu blej tampung jisim badan..tp kecik sgt ke?? adekah bersaiz 3 stengah? haha.

    chika Reply:

    errr. mungkin 3 setengah. atau mungkin lagi kecik dari itu. T____________T

  17. BoO Says:

    owh,hari ni saye da jumpe kwn saye..
    x sangke rupenyer kaki chumeyl ni hanye kt berdua je kat dunie ni chika..percaya la ckp saye,chika..hanye kt berdua..ahaks~..
    pegi kdai carik kasut size 4 punye susah..da jumpe..x muat plak tu..
    kesimpulannyer,kaki saye size 3…ohohoho..
    mari kt bukak kilang kasut size 3 sesame chika…;p

    chika Reply:

    wo. jumpa pon member senasib. u bukak la kilang kasut saiz 3. i jadik customer. satu2nya customer u. haha

    BoO Reply:

    aiyoo..mane bule untung ini mcm lo..
    customer satu org jerk..
    dah la bukak kilang sendiri..pkai sendiri plak tu…haiishh…rugi maa…;p

  18. nadia Says:

    chika…
    saya juga mempunyai masalah yang sama…kaki kecik…susah nak cari kasut…saiz 3 jugak la kot…or 3 1/2…apa nama kedai yg awak tempah kasut tu? kat mana? harga ok tak????
    tq

  19. as Says:

    sori mencelah…sape2 nak tempah kasut (wanita/lelaki, samada borong atau runcit, sila le contact saya ye. tq. garfield4248@yahoo.com

Leave a Reply