Archive for September, 2008

Esok Raya Yahoo!

Posted by chika under Uncategorized

Posto posto!

Aik? Siapa pulak jerit posto-posto neh? Saya tarik blanket. Tutup kepala.

Posto! Posto!

Aik? Dah sampai depan pintu bilik saya. Saya jawap dalam hati. Sebab mulut tak larat nak produce suara. Sangat mengantuk (padahal sudah tidur lama, takda bangun sahur)

Posto untuk Chika! Chika bangun! Posmen datang neh bawak kad raya untuk Chika!

Haa? Emak saya kah tu? HAHAHAHA. Terus saya cabut blanket dan macam biasa. Sebelum membuka pintu bergegas depan mirror dulu. Komunikasi dengan mirror dulu. Mirror mirror on the wall, muka Chika boleh blah kah atau tak boleh blah kah? HAHA. Kalau macam takboleh blah, jadi kena uruskan muka dulu sebelum membuka pintu. HAHA. Tapi sebenarnya pagi tadi, muka sangat tak boleh blah (cannot go) tapi pergi buka pintu jugak. Kad raya punya pasal.

Nah, kad raya untuk Chika.

Bantai gelaklah saya like monkey di tepi pintu. Emak panggil saya Chika. Bukankah aneh? Emak jugak bermain posto posto. Comelnya emak. Dan macam biasa, emak suka masuk campur (hahaha!) Bila saya dapat kad raya, emak mesti sibuk duduk sebelah saya hendak tengok sama. Takut saya ada main kayu tiga agaknya. (hey, buat lawak pon tak boleh!)

Yahooooo.com! Saya mendapat dua kad raya pada hari seblum raya. Cool betul. Kad dari Kakak Wiween dan Kakak Enaz. Sangat menyeronokkan. Melompat dalam hati! Kakak Wiween kata, seronok kenal Chika yang comel neh. Kakak Enaz pon kata Chika comel. Kalau dah semua orang kata Chika comel, maksud dia saya tak boleh buat apa-apa dah. Kena terimalah kata-kata tersebut sebagai betul. (Chika, berambus sekarang!) Eh eh. Kenapa nak emosi pada hari nak raya neh? HAHA. Hooray dapat kad raya! Kalau dapat kad raya semasa Syawal pon dikira okay jugak (maksud tersirat : bagilah kad lagi!) KAH KAH KAH.

Terima kasih kepada kakak-kakak yang baik hati dan dikasihi. Saya pon seronok betul kenal dengan kakak semua. Saya harap, semua pembaca yang saya kirimkan kad, sudah dapat kad masing-masing. Bagi yang belum dapat tahun neh, tahun depan insyaallah masih ada. (why lah so lama until next year? hayyoh)

Chika bangun. Packing baju semua. Tu diorang tengah basuh kereta Chika.

Emak saya suruh saya bangun sebelum dia keluar dari bilik saya tadi. Pelik betul emak panggil saya Chika. Apalah emak saya neh. Kelakar tahu. KAH KAH KAH. Lepas dia panggil saya Chika, dia pon gelak sama.

Baiklah. Saya akan pulang ke kampong halaman (yang jauh di mata dekat di hati) pada petang ini insyaallah. Berapa lamakah di kampong? Tak tahu. Bila saya tanya emak, emak kata ikut je. Jangan banyak songeh. Hehe. Kalau saya rajin, saya buat auto publish entry (20% mungkin) Lagi 80% adalh tak mungkin. HAHA. Sudah sudah. Masa untuk beraya. Kita lupakan blog hoooray! Blog boleh blah hooray! HAHA. Kita carik dadah baru pula yahooo!

Kepada Mr.Fiance, see you soon. Ehe. Insyaallah. (Jangan pergi mana-mana sampai I balik tahu) Ewah ewah. Kalau rindu kat I, baca blog I neh 5 round. Confirm you tak rindu lagi. Sebaliknya akan fed-up. KAH KAH KAH. Selamat hari raya, sayang. May you have a wonderful raya this year with emak and family. With lot of love, Nurul.

Kepada semua pembaca yang di dalam keberkatan Ramadhan (insyaallah), Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya, Chika. Thanks for reading and thanks for giving me a great friendship. Lepas ni kita buat majlis open blog okeh! Iaitu upacara memakan blog. HAHA (Okay Chika boleh blah sekarang)

Sebelum blah, saya ingin mempromosikan bisnes seorang rakan (blogger) :

Service ini sesuai untuk para blogger baru. Atau kepada yang bercita-cita hendak memiliki blog tapi hilang punca. Boleh mendapatkan punca dari service yang ditawarkan oleh Chokilala (tak boleh makan ha, this Chokilala walaupon sounds yummy like Choki Choki only) Pendek kata, kepada semua yang ingin make-up blog dia, tapi kurang pengetahuan atau tidak berkesempatan, bolehlah membuat urusan untuk mendapatkan service ini.

Iklan ini tidak berbayar.
Tiada politik wang.
Tiada corruption.
Tiada paksaan.

Terima kasih.

ice cream idaman

Posted by chika under Uncategorized

Dah sebulan nak ice cream fondue. Asyik tak kesampaian je. Makan hati je dapat (ewah) Bila nak makan neh? Bila? Bilakah? Paling pon mesti selepas raya. Sewaktu raya hendak memakan rendang tak pedas bersama ketupat dan nasik himpit (himpit ke impit? atau nasik sempit? kah kah kah) . Hooray! ( bagaimana pula dengan lemang? err. Saya tak berapa minatlah)

Tadi pergi Times Square (sebab malas nak drive, tengok-tengok lalu depan TS, okay lets jom. Kira macam ter-pergi lah bukan dengan niat) Apa punya tempatlah TS neh. Tak seronok langsung. Jalan-jalan sikit dan balik. Sumpah taknak jejak dah tempat tu. But I still remember masa dia baru bukak dulu (tempat first time dating kah kah kah. euuuw) Masa tu TS not bad tau. Tiba-tiba dah jadi like that ha? Banyak budak-budak baru nak up. Alahai. Saya pon tak tahu nak shopping kat butik mana sebab semua pon kedai gothic very seram I tell you. Takut saya nak masuk. Menyesal tak terus pergi KLCC. Okay, semua orang! Jangan pergi TS Tempat tersebut tah apa-apa.

Saya dapat kad raya from Aizar and Izza (hey guys nama anda in rhymes haha) Comel jek apa yang ditulis si Izza tu. Kad Aizar pulak, very dramatic sampai buat saya selsema membacanya. (Kau saja lah buat drama antara benua tau) Haha. Thank you Aizar and Izza! Izza, I pon happy jugak dapat kenal you (eceh, buat friendship day pulak kat sini )

Izza tulis : Selamat hari raya to Chika. Dia kata dia happy dapat kenal saya (saya pon happy jugak kenal Izza yang sangat rajin tegur saya kat YM) Izza kata, saya kena enjoy raya tahun ni sebagai anak dara (ewah ewah, ayat anda over tau) HAHA.

Saya sangat lapar entah kenapa. Tanyalah perut. Tadi lalu depan India, saya terbau jagung. Saya pon cakap : Ijat, India tu bau jagung. (muka sangat selenga semasa mengucapkan ayat tersebut. Rasa macam biasa je ayat tu, tak sangka buat adek saya gelak tergolek atas lantai TS tu. Tipu tipu) Adek saya pon balas dalam ketawa : Gila ke? India tu ayong kata bau jagung? KAH KAH KAH. Tengok India pon boleh lapar. Apa ar, tak senonoh. Ko jangan…

Saya tak bermaksud. Tak berniat pon. Dah memang india tu bau jagung. KAH KAH KAH. (mungkin India tu makan jagung) Aik? Chika neh teringin jagung ke? Tak langsung. Tapi dah memang tercium bau tadi. Padahal sangat nak makan ice cream fondue saja :( eh eh muka sedih. kenapakah? Sebab tak dapat ice cream. Olololo. Nanti kita makan eh. Sekarang kan puasa. Kalau tak puasa tadi lagi dah makan. Jangan sedih eh (Damn ar pujok diri sendiri. Keji betul perbuatan. Chika, get out sekarang!)

Nak get out lah neh.

FashionFeeds

Posted by chika under Uncategorized

I still remember. Betapa saya sangat suka memakai baju kurung dengan sport shoes Converse in purple (comel betul) Tak kira pakai baju apa pon. Yang penting kaki kena pakai sport shoes. Remaja betul. Jalan setapak dua, melompat like frog. Jalan lagi setapak dua, terkinja-kinja like monkey. Berciri animals planet, isn’t it? Haha. Tapi tu dulu. Tiba-tiba, (jeng je jeng ) saya pon berubah. Pepatah said what? Sedangkan pantai lagi berubah (Betul ka neh?) So did I, juga berubah sama. Tak ada main sport shoes lagi.

Saya ingat pengalaman pertama ke studio. Kira hari pertama memulakan sesi kuliah (Architecture ada kuliah ke?) Nevermind. Pada pagi pertama itu (PAGI pertama not MALAM mind you), saya pakai baju kurung merah (red hot flame terbakar, silap-silap Bomba campur tangan) Okay nevermind. Saya pakai baju kurung merah tersebut dengan sport shoes. Converse purple tu lah. As a first year student (or in details, a first day student), haruslah tidak terlepas dari perbuatan skematik bersama muka yang macam donkey only. Aih. Sedih betul kalau ingat. HAHA. Di leher ni (yes, at my neck), tak ada rantai diamond DeGem mahupun Habib Jewel. Tapi kena pakai tag nama dan gantung kunci room dekat leher (hell! Stupid senior lah suruh. Kau memang monkey ok suruh junior berpenambilan bodoh) Nevermind.

Itu dulu. Minggu pertama itu, saya pon bertahan dengan kunci-kunci pakai dekat leher. Masuk minggu kedua, saya mula pakai tights jeans hambik kau. On that time ha, berasa sangat remaja. Saya pakai t-shirt bunga-bunga and cartoon and cute and bling bling and pening. HAHA. Berciri kanak-kanak riang.

Slowly, saya pon berubah lagi mengikut musim (musim apa, tak tahu) Saya pon sudah baling Converse saya dan Nike dan Fila semua taknak dah. Apalah, tak vogue langsung. Sejak dari saat itu, saya suka high heels dan pakaian like datin-datin only (Lepas tu orang panggil datin, aku histeria mengamok bagai kan) HAHA.

Oyya. Dulu dalam studio tu kami ada persatuan underground. Datin Association atau lebih kesat disebut sebagai Datin Ass. Kah Kah Kah. (call it stupid, like i care) Kami ada club underground jugak. KAA. Stands for Kelab Anti Arul and we loved playing games named ‘Mentor and Pro toge’. Damn damn damn. KAH KAH KAH. Sekarang saya tahu dah. Kami memang kelakar. Masuk universiti pergi main benda-benda like donkey and monkey only. Hayyoh. Kanak-kanaknya kami (waktu itu)

Sekarang ha. I started to love tunics and blouse and anything long and … err… basically long lah. HAHA. Wanted to look sopan and mulia lah hayyoh. Nak kahwin bukan? Menjaga kemuliaan suami adalah satu tuntutan dan tanggungjawap (eceh, sila sudahai ayat saya dengan menyebut Amin. Aku neh kadang-kadang boleh tahan alim jugak hahaha) Alhamdulillah tunang saya seorang yang berciri ‘baik-baik’. Always wanting me to wear something that is properly muslimah (sabar ha Sayang, slowly I will don’t worry) Saya tak ada hati lagi dengan baju-baju senteng (padahal ada sikit hasrat di dalam hati) And insyaallah, slowly I will improve.

Sekejaplah saya fikir. Apa sebabkah membuat entry neh? Err. Nak bercerita tentang fashion pilihan tahun neh. Baiklah kawan-kawan yang dikasihi, tahun ni I’ll go into tunics (and more tunics), and dress and blouse. Bunyi macam makcik-makcik kan? Nevermind. As long as I do not fancy LV, its okay. Kalau once Chika dah sawan nak pakai LV, semua orang are pleased to call me Auntry Chika or Makcik Chika or Aso Chika or anything else berciri makcik. (Jangan panggil nenek sudah, saya kungfu nanti kepala anda). HAHA. LV? Oh tidak. (Kalau tua dan berkemampuan nanti tak tahulah pulak kan) Jom jom imagine. Aunty Chika is wearing Adidas’s slingback. Wa, cool gila. Miss Chika is wearing LV? Omaigod. Betapa makciknya aku. (maaf saya memang suka putar belit cerita sekejap) Kita di mana tadi?

Okay. Tahun ini shopping high heels (even ada membeli one ankle boots) dan juga tunic. Tidak bernafsu pada t-shirt lagi (eceh) Satin blouse memang ‘in’ kan these days? Nevermind. Yang penting dah dapat satu from MNG that I was craving for hooray (taklah hooray sangat) I hope I can get the Zara’s puffy sleeves blouse in green tu but damn. Overpriced. (Eleh Chika tu. Macam tak pernah buat sawan je gi beli baju overpriced) Oh, not this time ok. Kalau tak dah aku beli halter dress dekat One Utama last time. (nak kahwin ni tak boleh spend banyak sangat untuk benda lain. Kena spend banyak dekat wedding) Good girl. HAHA. Baik siot aku neh. Pandai berbelanja dan menabung (chika, get out now!)

KAH KAH KAH.

Baiklah. Solat subuh first nanti Allah murka. Tata.

Janji manisku

Posted by chika under Uncategorized

Eceh. Tajuk sedap kan? (macam bagus)

Beberapa hari neh Chika mabuk tidur. No wonder lah mata saya dah macam ahmoi cantek (Chika boleh blah) Mata sepet tak boleh bukak besar nanti pedih. Ayu je muka berciri gadis melayu saya neh (seriously Chika please get out). Dah la ayu, mata pon sangat redup je. Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat (ayat ni Mawi ajar saya tadi) Okay okay. Introduction yang menjengkelkan.

Saya ada menabur dua janji semalam. Tabur janji is the easiest thing to do dalam dunia, I tell you. Kotakan janji is another thing lah pulak.

Janji number one :

Maryam sms di waktu petang (on the last two days back)
( yang positive will always be CHIKA, yang negative tu kawan saya haha)

- Hi. How r u? Heard dat u’re getting married soon. Betul ke???

+ Hi dear! Oh … hahaha. Insyaallah. I try nak bagitau u in person but unluckily, not happened to cu.

- Wutta surprise! Sampai hati u tak bgtau I. Just now je mak I citer. Bila u tunang?

+ Last July. oh I’m very sorry.I pon terkejut masa tu sampai takda bitau sapa-sapa pon.

- Eh pelik la. Knapa u nak terkejot plak? Sbb u tak plan ke? Hehe. U katner? Cuti?

+ Ha ah. Mengejut. Panjang la cite dia. Haha. I kat rumah ni. Doin nothing. Dah berbulan dah lepak je like King only. Haha. Anyway, I’ll be free at least until the wedding. So u’re home I guess. Happy raya!

- Yup. Baru balik sini. Hope we can spend sometime. Bole la i dtg terjah umah u? Hehe…

+ Boleh boleh. Or else, we can have early sahur tomorrow night at somewhere. Nak?

- Sounds gud. Bila?

+ Esok can ar? tonite cannot la.

- Orait. I nak ajak Eiyla skali klu dia free.

+ Ok. Sure u can

Janji number two :

Mr.Fiance called last night waktu saya sedang bergolek-golek (luckily tak tergolek lah kan)

Him : You nak chatting?
Me : Boleh jugak. Tapi lambat sket boleh?
Him : Dalam pukol berapa?
Me : Skang pukol berapa?
Him : 9.45
Me : Malam sketlah. Dalam 10.30
Him : Okay. I’ll talk to you later insyaalllah (ni ayat tipikal dia tau :P)
Me : Okay.


Akhirnya. Dua-dua janji pon tinggal janji. Saya tak pergi pon ‘early sahur konon’ dengan Maryam. Saya tak online YM jugak seperti yang dijanjikan. Saya pergi mana? Saya pergi tidur mati-matian. Langsong tak ingat dunia dah. Tidur sampai sahur. Bangun-bangun sahur, saya teringat YM. Alamak, janji nak chatting pasal lace! Omaigodnes. Sorry sayang. I lalok la these days. Overdose apa pon I tak sure. Very sorry. Err. (kungfu muka Chika hiarght!)

Maryam also. Huhu. Sorry. Perdon a me.

Raya-to-go.

Posted by chika under Uncategorized

Saya seperti telah mendapat pekerjaan tanpa sedar. Yang saya tak pernah apply tapi berkelayakan betul. Iaitu menjadi driver kepada adek-beradek dan emak dan makcik. ( Dan abah? Tidak. Bapa saya pemandu yang berjaya sangat suka memandu sendiri dan sangat tidak suka dipandukan). Siang tadi menjadi driver kepada adek-beradek bawa mereka shopping. (rasa hendak menghentakkan kepala di atas lantai dan dinding secara berselang-seli membawa mereka shopping. Sangat fussy. Ikut perangai siapakah?)

Kemudiannya menjadi driver kepada mak cik. Menjadi tukang bawak orang (like a guidance only). Membawa Mak Cik (cutenya panggil Mak Yang makcik) Okay, kita tukar tune kita panggil Mak Yang pulak. Membawa Mak Yang membeli baju kurung (kemudiannya saya jadi tukang pilih, tukang pegang bag, tukang cakap dengan kakak promoter dan tukang bayar ) Banyaknya TUKANG yang saya jadi.

Selepas itu menjadi tukang bawak adek-adek ke kedai demi kedai. (very tired but cannot merungut because emak suruh) Adek Haizdel sangat banyak songeh. Membuat kakak dia yang garang pon menjadi sangat garang. Lalu saya kata (guna mulut, nasib baik bukan guna tangan) : Kau banyak songeh ar, sudah! Kau jangan berani mintak apa-apalagi pasni aku lepuk kau. Dia pon protes terus merajuk duduk tepi. Muncung pon panjang, macam aku peduli je.

Tak kawan Haizdel dah. Tinggal kawan dengan Haizat saja. Haizdel cakap, saya buat tak layan. Boleh blah. Membawa Haizat pula keluar masuk kedai dan membelikan baju-baju serta selipar (baik dow aku pilihkan dia selipar sampai berjam-jam) HAHA. Metaforalah. Bukan sampai berjam-jam pon tapi memang lama sampai sikit lagi kepala rasa nak bercerai-berai dengan badan. Sangat penat but still cannot merungut sebab emak suruh.

Siap semua, membawa Mak Yang masuk ke dalam Triumph (ehem), dan Piere Cardin Lingerie shop (ehem) untuk sesi ehem. Sangat ehem sampai susah nak ditulis. Ehem ehem ehem. Semua pon ehem. Damn. Ehem gila. (eceh. Macam sulit sangat je) Sebnarnya tak ada apa yang ehem. Cuma perkara biasa dan kegilaan saya sebagai wanita tipikal. Membeli ehem berpukal-pukal sebab stok lama akan dibuang tanpa rasa bersalah. Damn punya ehem. Ih. gila perenggan ni tak payah ditulislah sebab terlalu ehem buat orang pening saja.

Emak telefon pulak. Emak kata malam nanti kena bawak emak pulak membeli-belah. Wah. Confirm. Mentang-mentang saya makan tidur tak memberi hasil kepada keluarga dan komuniti, dikerahnya saya macam driver only. Eceh. Seronok sebenarnya dalam hati. Buat-buat saja merungut. Padahal gila seronok jadi driver sebab mendapat habuan jugak. Emak shopping bermakna saya pon shopping sekali. Adek shopping bermakna saya pon shopping sekali. Makcik shopping sya pon shopping sekali (sekarang cuba kira berapa banyak punya kali sya shopping) Tapi hari ni sangat angelic punya perangai. Takda shopping. Sebab kepala pening. Mabuk tidur beberapa hari neh. Kalau boleh hendak tidur secara impak maksima. Tapi tak boleh nanti kena belasah dengan emak ( kah kah kah)

Tapi tak jadi bawak emak malam neh. Sebab emak letih secara tiba-tiba. Bagus juga. Sebab saya pon letih secara tiba-tiba juga. Dalam keletihan ini, saya ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua pembaca. Saya mohon maaf (dengan sangat) atas segala kekerasan yang dilancarkan secara diktator (padahal perkara tersebut ada dalam polisi. tak mintak maaf pon tak apa kah kah kah) Baiklah. Ikhlas dari dalam hati yang sangat angelic ini, saya meminta maaf di atas keterlanjuran kata, perselisihan faham dan kesemua tulisan saya yang mungkin mengecilkan hati sesetengah orang. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu memang totally Chika.

Maaf zahir batin.

Chika neh tak nak balik kampong tanam jagung kah? Hendak. Tapi belum lagi nak balik. Selagi tak balik, selagi tu akan mengedar dadah walaupon jumlah penagih sangat susut mendadak hari neh. Tak apa. Chika akan balik ke Johor insyaallah pada hari Isnin atau Selasa. Mulanya bercadang untuk menyiapkan auto-published entry tetapi rasanya tak payah. Sebab tiada siapa akan beraya di dalam blog. (percayalah blog neh tak da menyediakan ketupat rendang pada Syawal kelak) Tapi tengoklah. Kalau tiba-tiba rasa menggigil punya gian datang, saya buatlah entry. Tapi macam tak payah betullah. Kita beraya di kampong dan blog boleh blah. HAHA. Semoga semua anda menikmati raya secara seronok.

Kepada kawan-kawan semua yang jauh di mata dekat di hati, jangan tinggalkan aku kalau membuat Skuad Raya. Apakata kita bermula dari Kota Kinabalu? Kah kah kah. Kesian sarah dow kita tak da pernah beraya rumah dia. HAHAHA. ( gurau ha. Jangan ajak betul-betul pergi KK nanti emak marah) Kih Kih Kih. Semoga Anuar memasak masakan enak yang sangat enak sampai membuat kepala kami semua melayang tahun neh. Huhu. Nikmatilah raya.

Yonna,
Chika kata nak buatkan sesuatu bukan? Aduh, sangat sebok tanpa diduga kesebokkannya. Nanti malam kalau berkesempatan I buat okeh. Maaf, sudah mungkir janji. Kata nak send malam Jumaat. Very sorry. Semalam I tak available la pulak.

Kepada ‘insan yang sponsor msjbox’ Chika,
Terima kasih banyak-banyak. Lambat betul Chika buat kata-kata aluan. Saya sangat sayang reader saya sebab semuanya baik hati. Sangat perihatin sampai sanggup meng-sponsor yuran msjbox. Kah Kah Kah. Kepada yang tak berkesempatan meng-sponsor Chika (ewah ewah, Chika ni over tau) anda jangan kecewa sangat. tahun depan masih ada. Boleh sponsor Chika bayar domain pulak. Woi, over gila! HAHA. Anyway, thank you (YKWYA) kerna membayarkan buat Chika. Sudah activate hooray!

Kad raya akan sampai mungkin menjelang raya. Barulah nama dia kad raya. Anda tunggu lah okeh :) Kalau tak sampai-sampai jugak, mungkin Brother Posmen dah makan masa bersahur. Manalah kita tahu kan. Kalau Brother Posmen dah makan tu, kita halalkan je lah. Nanti tahun depan kita buat upacara membagi duit raya pulak. (Iaitu pembaca membagi kepada Chika kah kah kah).

End.

usia

Posted by chika under Uncategorized

Tika Dinihari (download)

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Lets see. Mari tengok. Apa yang sudah berlaku pada Chika dalam 22 tahun ini.

  • Saya nak masuk universiti dan memegang ijazah dalam usia muda.
    Alhamdulillah. Saya buat matrikulasi pada usia 18 dan buat degree pada usia 19 di UKM. Finally saya konvo pada usia 22 tahun. Great.
  • I wanna own a car (owning 2 or 3 won’t hurt).
    Alhamdulillah. I got my first car pada Mac 2006. Usia saya 19 tahun nak masuk 20 waktu tu. Mudanya. 19 tahun dapat Honda CRV from parents and grandparents. Pencapaian yang sangat menyeronokkan. Speechless at that moment. (waiting for the second one haha).
  • Mengerjakan Umrah pada usia 16 tahun.
    Hadiah kerana dapat keputusan PMR yang cemerlang.
  • Finally I owned my first cellphone at the age of 17.
    Haha. Lambat lah pulak. Adek saya kecik-kecik dah ada cellphone. Waktu tu saya tak pernah terfikir nak pakai cellphone sendiri walaupun semua orang sangat sibuk like businessman only (padahal budak sekolah) ke hulu ke hilir pegang handphone dan ber-sms. Saya tak berminat langsung because I did not have a boyfriend (masa sekolah). Kawan-kawan pakai handphone. Mereka nak flirting. HAHA. Tiba-tiba emak bawak saya pergi beli Samsung SGH A-800. RM780 (dah canggih sangat waktu tu, kalah semua pengguna veteran) haha.
  • Beli cellphone baru lagi pada usia 18 tahun.
    Tengok NST satu pagi tu bersama Ain. Ternampak the latest Samsung. Sawan lah apa lagi. Mintak-mintak dan pujuk rayu dekat emak, emak pon belikan. Samsung SGH E-800. RM1400. Konon-konon dah sangat canggih. But damn lah pulak. Saya pon tersedar yang saya tidak berminat dengan handphone. Saya tak tahu kenapa kena ada handphone canggih (padahal that Samsung one ha, so boring tak canggih pon tapi kalau nak dibuat berlagak, boleh jalan jugak)
  • First time dating masa usia 17 tahun (lepas SPM)
    Haha. Pengalaman yang mendewasakan. Eceh. Siap dapat poem untuk propose saya. Kah kah
  • Menceburi (menceburi?) dunia penulisan blog pada usia 16 tahun.
    Bermula dengan xanga.com. Waktu tu saya kenal Sya ( mana lah si Sya ni lama tak nampak), kenal Abang Faren, kenal Yatty (omaigod Yatty! Among my first online bestfriend. haha), Kak Ina (masa tu Kak Ina masih bercinta lagi dengan husband dia sekarang.Sekarang dah ada baby Altamis dah hehe), Kak Liyana dan Kak Ros Azreen (ewah, Chika masih ingat semua sekali). See. Semua pon kakak-kakak sebab waktu tu saya sangat muda. Now sudah tua already and veteran and you guys panggil saya Kakak pulak. HAHA.
  • Pindah dari xanga.com ke danchan.com (usia 17 tahun)
    Masa ni saya kenal beberapa penulis blog yang hebat. Dan ada yang sampai kini pon terus menjadi favorite saya. Antara yang dapat saya sebut ialah Kak Zuril, Bro Kumprinx dan Tok Rimau (Kumprinx dengan Tok Rimau pon dari danchan.com juga)
  • Cellphone baru lagi sempena hari lahir ke 22.
    Hadiah dari emak. Sony Ericsson W900i (betul ke model neh aku mana peka).RM1100. Dan inilah yang saya pakai sekarang. Mungkin takda tukar lagi kecuali yang ini sudah confirm maut. (eceh)

  • Bercinta dengan my ex-boyfriend, a chinese (you guys tahu sudah) pada usia 20 tahun.
    Dan tamat secara dramatik pada usia 22 tahun.
  • Bertunang pada usia 22 tahun
    Memang saya mengimpikan perkahwinan usia muda. But this is totally out of the imagination (for real). Haha. Thank you Mr. Fiance merealisasikan impian saya (ewah ewah). Dan ini sekaligus juga merealisasikan impian saya untuk disarungkan cincin pertunangan (anyway, saya selalu berangan memakai cincin kahwin. So now, cincin tunang also count) Bukankah sangat sweet memakai cincin pertunangan? Dan tidak boleh kalau tak pakai. (Tak tahu apa kesan dia kalau tak pakai. Sebab belum pernah lagi tak pakai. KAH KAH KAH) Hey hello. I love my ring okey.

(semua point ditulis secara rambang (mengikut idea semasa) dan tidak disusun mengikut period tertentu)

Sekarang tengok balik. Usia 22 tahun ni sangat bermakna. Saya mendapat first degree, sudah selesai pengajian di UKM dalam jurusan yang sangat sangat saya impikan ; Architecture. Sudah bertunang (on the way to the blissful wedding insyaallah), masih memiliki dan memakai kenderaan yang sama (saya sayang kereta saya), dan tahun ini, semuanya berakhir between me and the ex-bf. Oyya, saya juga sempat ‘melihat pelangi’ untuk beberapa bulan lamanya (sekejap tapi still, diingati juga) What else? Wooooo. Jangan lupa. Saya memiliki NURULISM.COM ini pada tahun ini (yes, at the age of 22) and I am proud that I owned this dictatorial blog. And I have a lot of adorable readers (you guys are awesome and making me happy) Sampah also count la (sebab tolong meningkatkan hits dan trafic blog neh. Big thanks!)

Bagaimana pula dengan tahun depan? Apakah terjadi dengan Chika pada usianya 23 tahun kelak? Insyaallah sudah mendirikan rumah tangga (dengan izin Allah SWT tentunya). Hmmm. Saya tinggalkan semuanya dengan tanda soal. Boleh fill in the blank. Isi tempat kosong. Isi dalam hati :)

Manusia merancang, Allah yang menentukan. Apa pun yang bakal berlaku pada hari mendatang, semoga semuanya dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT. Ya Allah, janganlah Engkau bebankanku dengan bebanan yang tidak sanggup aku pikul. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling sempurna buat kita :) We do not know what will happen tomorrow but Allah knows. Back to the question. Apakah yang berlaku pula pada usia saya 23 tahun kelak? Wallahualam.

Oh Tuhanku
tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat

Seperti yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya

Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

Happy Birthday, Mohd Izzul Haizat.
Sweet 17.
Ololololo. Comellah konon.
HAHA