Archive for August, 2008

puisi

Posted by chika under Uncategorized
Baru aku sedar.
Aku sebenarnya sangat demam.
Suara membesar dan menyengau.
Pagi tadi sebelum keluar rumah, aku muntah.
Petang ni, balik tadi aku muntah.
Masa dalam DECTAR tadi kepala pusing.

Patutlah hari ini aku berasa layan kepala.
rupanya aku lalok.
aku demam lah!
masa bergembira, berfoto mania
di bawah terik mentari tadi;
aku gelak-gelak.
padahal aku tahan kepala.
jangan kasi pecah.

Err.
Nanti lah!
Blah.

kegagahan kaki yang gagah

Posted by chika under Uncategorized
Ku berjalan sepanjang petang bawa ke malam.
Men-driving separa flying.
Kuala Lumpur sangat sarat.
Makin buruk aku tengok.

Dah macam sajak rangkap di atas tu aku tengok. Bagus la tu. Dah bersajak di dalam blog. HAHA. Tadi petang berjalan sebanyak tiga orang. Orang pertama ialah aku. Orang kedua ialah Aizar. Orang ketiga ialah Ijat.

Membeli-belah. Again? Ye lah again. Kalau disuruh buat secara rutin harian yang patuh pon aku sanggop. Shopping dow. Siapakah tidak sanggop? HAHA.

Aku nak tiduran. Esok berkonvo. Huyeay!
Esok ingat! Mulai esok, aku degree holder tahu. In architecture. Engkau tak boleh pandang aku sebelah mata lagi. Pandang aku secara dua belah mata okey. Kalau engkau ada mata yang lebih, pandanglah aku dengan kesemua mata yang engkau ada. Sebab mulai esok, aku akan menaik tarafkan status aku secara sendiri. Iaitu dari penganggur berhias, menjadi penganggur berhias berdegree. Wo. Perfect sudah status aku. Seronok. Berguling-berguling-berguling.

Esok melaram.
Seronok.

Esok jumpa Mr.Fiance.
Seronok seronok.

Esok jumpa bakal MIL.
Wo wo wo.

Esok saya pakai jubah buruk bertauliah itu.
Ma pakai pakaian wanita melayu. Err. Tanpa jeans kebanggaannya.
Kesian mak saya tak boleh pakai jeans esok.
Abah pakai baju yang dibeli secara gagah oleh kami sepanjang hari ini.
Semalam belikan beliau baju. Beliau tak suka.
Harini kami mencarikkan yang lain. Beliau suka.

Okey.
Chika, pergi tidur!

Way .. way … wedding

Posted by chika under Uncategorized
Sana kawen. Sini kawen. Okay.
Sana kompang. Sini kompang. Okay jugak.
Pelamin beraneka warna.
Pengantin beraneka rupa.
Okay. Sapa kata tak okay.

Orang berkahwin di sana sini.
Musim mengawan. Berdosa dow kata macam tu.
Watch your mouth! Orang bina masjidlah.
Ucapkan alhamdulillah.

Aku sudah tidak melanggan CLEO semacam seorang pembaca setia lagi. Aku melanggan Brides, Pengantin , InStyleWeddings dan yang setanding dengannya.. Hambek engkau. Aneh bukan? Mana ada aneh. Dulu sewaktu era kekeliruan identiti iaitu menjelang usia sweet 15, aku baca Remaja. Aku juga baca Seveenteen. Selepas aku macam perasan diri yang kononnya sudah mencecah usia remaja pertengahan, aku baca Cleo pulak. Aku tak sentuh Remaja lagi. Ishk. Magazine apakah yang gila karat punya ayat? Aku tak mahu sentuh lagi. Aku fikir, Cleo is the best. Anda nampak lebih cool. Kononlah. Selepas itu, aku berganjak ke dunia penuh fantasi. Konon-konon diva. Aku pon melanggan Female dan seangkatan dengannya. Ya ya. Magazine yang mengajar aku tentang scarf Hermes dan tote handbag Marc Jacobs. *gigit jari* Duit, tolong turun banjir ke bumi dan jatuhlah ke atas kepala aku !

Sekarang aku sekali lagi berubah era. Aku pon sudah masuk ke era mak nenek membaca bridal magazines. Suka hati aku lah. HAHA. Siapa berani kata aku semacam mak nenek? Aku cekik nanti mati. HAHA. Ye. Aku tidak berminat untuk membaca apa-apa selain tentang wedding. Sekian terima kasih.

Err. Belum habis lagi.

Banyak betul nak dibuat demi sebuah wedding. Setiap malam, sebelum membutakan mata ; aku akan menulis dalam planner. Seronok. Tak percaya, engkau cubalah. Engkau tuliskan perkahwinan impian engkau di dalam sebuah buku. Dan engkau pon berangan. Seronok gila. Gila pon tak seronok macam ni. Tapi, setiap kali bercerita atau berfikir tentang wedding … whoooow… kupu-kupu berterbangan in the stomach. Tercuak-cuak. Err. Dag dig dug di dalam dada.

Baiklah. Aku tahu engkau nak komen apa ;
Chika, kawen jangan lupa jemput I
.

Pergilah komen dengan kata-kata dan idea bernas yang lain pula. Sebab aku memang akan jemput engkau. Engkau semualah. Tapi bersabarlah. Ia berlaku sekali dalam bulan biru. *once in a blue moon* Tapi bulan belum nak biru. Engkau tunggulah. Nanti aku bukak sidang. Janji. Tengok. Aku berjanji sudah. Maknanya, aku akan kotakanlah. Apahal? Tak percaya dengan janji-janji manisku? Tak percaya sudah.

Insyaallah.
Dengan keizinan Allah SWT,
kami akan diijabkabulkan.
Jangan worry sangat.
Aku tidak akan membuat kejutan elektrik semacam INI lagi.

Err.
Tata.
Err.
Habis dah.

pagi tadi yang mematahkan hati.

Posted by chika under Uncategorized

ym conversation (1)
Pagi-pagi buta dah buzz aku.
Pagi-pagi buta, tersepet-sepet aku mengeja.

ainuL : aku gi Frim!
nuruLism : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. (dush. seb baik ada titik)
ainuL : best gila.
nuruLism : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. (kasi panjang sket)
ainuL : semua senior ada.
nuruLism : *menangis-nangis secara icon*

Kawan-kawan wanita ke frim meninggalkan aku. Err. Tak sesuai ayat tu. Kalau Aisyah dengar, makan pelempang pipi aku yang masak ranum neh.

ym conversation (2)

Pa8 : ayam goweng.
nuruLism : hey ayam goweng!
Pa8 : Haha. Tak gi frim?
nuruLism : tak. (aku lepuk kang muka. saja buat aku frust kan?)
Pa8 : ainul kata cambest.
nuruLism : ha ah.

KENAPA AKU TAK PERGI? KENAPA? PELEMPANG KANG MUKA.

adek-beradek.
Lepas mandi, macam biasa aku akan bersiap semacam nak pergi berpesta. Padahal aku nak pergi duduk atas sofa tengok astro. Gaya kena ada beb. Kata penganggur berhias. Dalam rumah kena berhias. Pagi petang siang malam kena berhias. Jangan tunjuk sangat muka macam hantu dalam hutan. Yang penting, bau kena wangi.

Dek Ekal : Hoi si gemok!
Aku si cantik : *aik? aku ke si gemok tu? aku langsing kan?* Hoi apek rambot tegak!
Ijat : Kakakku gemok.
Adek Del : Haha. Kakak kami gemok.
Aku si cantik langsing : Sukati ar. Gemok-gemok aku pon, melambak lelaki gila kat aku. Diam kau.
Mereka : Haha. Haha. Haha. Haha. Haha. Haha. Haha.

Kan betul. Adek-beradek pon tahu. Kakak mereka yang gemok ni tetap lawa dow. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Err. Katalah aku gemok. Tak menjejaskan aku. HAHAHAHAHA.

Berapa Bulankah Kucing Mengandung?

Posted by chika under Uncategorized

Woohooo. Ho.

Hari ni syok banyak. Err. Shopping lah.
Ibu dan anak. Apa nak, cakap!
HAHAHA.

Dapat dua tiny teddy. A cute couple. Buat hati kecik aku geram je. Janji dengan atok tak mahu main toys lagik. Siapa suruh membagi free gift? Kan aku dah kembali ke zaman jahiliyah. Sungguh cannot tahan di mana aku pon meletakkan kedua-dua couple berbaju bunga-bunga itu di atas kotak. Gila banyak roses baju teddy bear neh. Againlah dow. Bilik aku kembali ber-toys. Mungkinkah aku harus membawa masuk kawan-kawan aku (the toys) yang terhumban di dalam store sana? Mungkinkah? Mungkinkah? Why so gatal?

Kejap. Tapak tangan ku seakan tegang. Kasi ku waktu memanjakan kulit. Lotion! Datang sini jumpa aku. Aku berat badanlah malas membangunkan diri. Kejaplah. Me-lotion dulu.

Okay sudah. Tanganku sudah soft umpamanya sutera. Suka hati i lah nak kata tangan i lembut. HAHA. Tahukah kenapa entry yang aku conteng selalu ‘mendadahkan?’ Bukanlah sebab aku bagi dadah sangat. Tapi sebab jari aku yang halus ni menghentak keyboard secara kasih sayang. Maka, contengan aku pon berciri kasih sayang. Sebab itulah berbaur dadah. Tak percaya sudah. Boley Blah. Huh! *Oh. Ayat berirama.*

Talking about lotion. Omaigod. Ku terlupa sudah untuk melimpahkan terima kasih serta kata-kata aluan kepada kawan-kawan wanita yang membagi hadiah pertunangan itu hari. Aku suka dow hadiah anda. Sebab terdiri daripada produk kewangian. Lotion + Perfume + Body Mist + Shower Gel. In apple blossom scent. Aku tak pernah try scent itu. Oh ku cintakan the scent.Very fruity floral dan membuat aku rasa mahu memakannya umpama yogurt.


Gracias. Mucho.
Pagi Khamis tu. Beriya-iya aku menabur janji dengan A’ai. Kencang gila ayat. Nak follow camping, masuk hutan. Aku sanggop drive ikot bontot bas. Ishk. Apa masuk perkataan bontot dalam blog neh? Delete lah kalau tak suka! Delete …! Nevermind. Aku kata okey, aku akan ikut. A’ai pon gembira kerna aku akan pergi dan dia tanya aku secara banyak kali. Dah plan siap. Nak bertolak petang, pagi Ahad nak blah. Siap nak pinjam khemah tu. Fuh, Nurul…. janji-janji manisku. (Malam ni mereka sedang BBQ party dan aku sedang cemburu buta)

Tiba-tiba cancel. Sebab beberapa sebab.


Sebab satu. Bukankah aku dalam tempoh darurat iaitu janganlah gatal sangat menunjuk muka. di khalayak ramai. Nanti pasti menjadi diva dan mencetus kontroversi. Susah kang. Aku pon pasti susah nak berdepan dengan kekeliruan identiti. Jadi, buat apakah pergi?

Sebab dua. Mak aku kata boleh pergi. Tapi tak payah shopping untuk konvo. Gulp. Gila engkau. Aku mana boleh korbankan shopping.

Oh. Ada dua sebab je kenapa aku jangan pergi. Aku ingatkan ada banyak sebab. Salah. Sebab untuk aku pergi macam lagi banyak.

Satu. Aku suka Festsena (Festival Seni Bina). Tahun lepas punya sangat jahanam atau dalam Bahasa Inggeris dimaki sebagai Sux. Untuk menebus ke-jahanam-an yang lalu, aku kenalah pergi tahun ini punya. Sebab Festsena memang festival yang ditunggu oleh jabatan aku. Sebab tak payah studio. Berpesta saja. Pagi petang siang malam. Apa tak best ke tu?

Dua. Junior studio 4th batch yang organize. Aku berkenan budak-budak junior studio tu. Mereka sikit tapi power-pul. Dengar cerita, T-Shirt yang mereka buat this year cantik. Aku suka T-Shirt cantek. Aku benci T-Shirt burok. Macam kain burok. Nak tahu apakah yang dimaksudkan T-Shirt burok macam kain burok? Ye. T-Shirt architecture yang aku sumpah taknak pakai. Itulah yang dikategorikan burok. Err. T-Shirt ArchiNature tetap paling cantek di hatiku. Err. Sebab studio aku yang buat. Mestilah aku kata cantek. Eleh, memang cantek dow.

Tiga. Dengar cerita, semua super senior pon ada. Semua? Bukan semua. Tapi ramai yang ada. Abang Is pon balik Malaysia meninggalkan Oxfordnya di sana. Wa. Beliau memang senior yang sangat mencintai JSB. What to do. Kak Mar yang gila comel tu tak datang :D Kak Mar, pergilah update blog. Ngee. Nurul datang asyik membaca entry yang sama :D Senior kami yang berstatus suami isteri pon mungkin datang jugak. Wa. Meriah. Kemeriahan di dalam hutan. Pasti best.

Empat. Aku nak bergembira lah dengan kawan-kawan.

Tengok. Sebab kenapa aku kena pergi lagi banyak dari sebab kenapa aku jangan pergi. Tapi sudah terlambat untuk memekak. Diamlah. Memang sudah tak pergi pon. Tapi aku tetap syok. Sebab dapat membeli-belah.

Okaylah. Sudah. Sebelum aku menyudahkan entry secara mengejut, terima kasih kepada Astri sebab membagi fridge magnet from Japan. Kalau aku tahu dia nak ke Japan, aku pesan dia belikan aku Takuya Kimura satu. Tapi tak pe lah. Aku dah tak ada hati dekat lelaki jepun tak berwawasan tu. Fridge magnet itu aku letakkan di err… bukan fridge. Aku letak dekat meja solek. Motif? Tiada.

Okey bye.
Habis dah la.
Nak apa lagi?

Hello, janji memanglah janji

Posted by chika under Uncategorized
Aku janji nak call Athirah sejak hari Isnin lepas. Tapi disebabkan suara aku macam tak sedap beberapa harini, aku malas nak bercakap-cakap. Tapi disebabkan ia bernama janji, aku pon call lah dia pagi tadi.

Rupa-rupanya dia nak tanya tentang err.. aku. Ye lah. Tentang aku. Tak kan tentang jiran tetangga aku. Sebaik sahaja menjawap salam, dia pon bertanya… “awak macam mana?,”

Aik? Soalan tersebut terlalu umum untuk dijawap. Apakah yang macam mana? Tubuh badan kah? atau mental? Aku sangat sihat dan dijamin sihat. Mental pula masih cerdik macam dulu. Malah makin menjadi-jadi cerdiknya. HAHA. Oh.

Beberapa nama kisah silam disebutnya. Aik? Aku pon tak berapa nak ingat. Maklumlah, aku sangat glamour masa matriks dulu. Orang glamour akan cenderung untuk mudah melupai orang lain. Mungkn itulah yang berlaku ke atas aku. Err. Apsal gila kerek ayat aku neh? Macam bagus je. HAHAHA. Err. HAHAHA. *Pelempang kang*

“Banyaklah hati yang hancur dengan cerita pertunangan awak ni,”

Aik? Ayat tersebut. Err. Aik? Aku pon tiada komen. Mana ada aku menghancurkan hati siapa-siapa. Kalau ada yang hancur hati, pasti merekalah yang menghancurkan hati sendiri. Err. Kalau benarlah bagai dikata, aku sangat meminta maaf kepada semua. Aku tidak bermaksud. Tapi inilah kehidupan yang aku pilih. Semua orang berhak memilih hidup dia. Aku pon berharap, semua orang akan memilih kehidupan dia sendiri. Yang baik.

“Awak kirim salam lah kat semua yang mengenali kita eh kat sana,” akhirnya end up conversation semacam tu. Aku pon tak tahu. Kenapakah dulu aku sangat keras hati. Inilah kali pertama aku berasa sangat dimudahkan. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Sebab itulah.

“Err. Si *** tahu?,” secara tiba-tiba iaitu tanpa angin ribut mahupun taufan tersembul soalan tersebut. Aik? Apalah Athirah neh.

“Ha? Lama dah lost contact. Tak da tegur pon. Kalau nampak dia online pon, sikit tak penah tegur. Bertahun dah,” Haha. Huhu. Hehe. Macam tu lah. Kisah silam yang basi. Buat apa nak diingat.

Tapi setelah disoal oleh Athirah tadi, maka aku pon terfikir. Setelah sekian lama. Betul juga. apakah terjadi dengan beliau dan kekasih beliau? Sudah sampai ke tahap apakah? Mungkin tidak sampai ke tahap aku lagi. Ah. Lantak andalah. Ada baiknya tindakan bodoh anda yang lalu kerna menjadikan aku seorang yang gila punya superpandai secara diva. HAR HAR HAR HAR.

Semoga Allah terus memudahkan jalan.
Amin.