Archive for August, 2008

Sila dadahkan aku pula.

Posted by chika under Uncategorized
“Gravitation is not responsible for people falling in love”
-Albert Einstein

Jangan salahkan hukum graviti Isaac Newton bila anda terjatuh chinta. Kalau tahi burung terjatuh ke muka anda, juga jangan salahkah graviti. Salahkan burung tersebut. Tangkap burung tersebut dan masaklah dia. Makanlah dia. Kalau anda sejenis omnivor ataupun karnivor pemakan burung lah. Kalau anda tidak memakan burung, jangan ditangkap dan makan. Tembak kepala dia! Err. Sebenarnya, seekor burung telah menurunkan tahinya secara hukum graviti ke atas cermin kenderaan. Biadab betul.

Hari ini juga aku sibuk. Kan dah dibilang awal-awal. Aku sedang sibuk. Aku tidak available pada waktu siang. Pada waktu malam juga tidak berapa nak available. Siang mem-bridal, malam beradu. Jadi, janganlah ambik hati sangat kalau muka aku tidak kelihatan menghentam comment box anda. Aku masih membaca-baca entry anda yang gila dahsyat tu (Maksud dia, siapa yang rasa entry dia dahsyat, boleh lah berasa semacam bangga di sini) Apalagi, pergilah tingkatkan keganasan entry anda. Sebab aku suka membaca entry-entry ganas dengan metafora supergila dan juga kombinasi ayat-ayat hyper. Tolonglah buatkan aku sebuah entry killer punya. Supaya aku akan ketagih dengan blog anda sampai menggigil. HAHAHA.

Siapa ada entry yang bagus sampai men’dadah’kan, silalah kasi tahu aku. Anda boleh membuat ayat angkat bakul, aku tidak kisah. Contohnya, anda meninggalkan komen semacam ini :

Chika, sila baca entry aku. Aku punya entry memang best gila sampai engkau pon akan ketagih-tagih. Entry aku adalah paling best iaitu entry Chika pon sangat tewas. Jemputlah masuk ke blog aku sekarang jugak. Kalau Chika tak baca blog aku, Chika akan sangat rugi dan menyesal sampai tidak dapat dimaafkan.

Tengok. Berbunyi angkat bakul. Tapi jangan worry lah. Chika sangat diplomatik dan sangat open minded. Aku suka ayat-ayat macam bagus sebegitu. Aku suka orang yang menulis secara angkat bakul. Sebenarnya orang-orang tersebut sangat humble tetapi mereka sangat berkeyakinan. Oleh itu, sekali lagi aku war-warkan. Siapa rasa blog dia sangat seronok, silalah ajak aku ke blog anda. Sebab aku sangat suka kepada tulisan macam bagus yang sangat seronok dibaca. Tapi, aku malas bacalah blog karat. Blog karat tahukah apa? Iaitu sejenis tulisan fiction yang berkarat-karat mekipun tanpa kehadiran air dan oksigen. Ia berkarat kerana jiwa terlalu lemah. HAHAHAHAH. Err. Apakah motif perenggan ini? Ye lah. Membenarkan anda mempromote blog anda kepada aku. Silalah jangan malu. Lai lai lai! Oyya, aku suka insan-insan genius. Maksud dia, merepeklah secara genius. Angkatlah bakul anda secara genius juga.

Historical places of the day:

  • Maluri – Shoe Maker (Paris and San Lee’s)
  • Sri Hartamas – Pretty In White.
  • Bangsar Shopping Center – Tom Shuz
  • Pandan Indah – Makan kasut. Gila kau makan kasut!? Makan nasiklah.
Kesimpulannya, hari ini mem-bridal secara kasut. Iaitu mencarik shoe maker paling memuaskan hati. Dan paling memuaskan hati mestilah yang paling membuaskan perbelanjaan. HAHAHA. Apa nak buat. Benda mahal memang selalu sedap. Samalah macam memakai perfume mahal. Perfume murah pon wangi jugak. Tapi wangi dia dituduh tidak sedap. Err. Tak fahamkah? Ia merupakan sesuatu yang subjektiflah. HAHAHAHA. Sukar untuk diterjemahkan. Tapi walaupun ice cream Baskin Robbins itu mahal, aku tetap cinta mati ice cream Paddle Pop. Ice cream paling sedap dalam dunia walaupon sangat murah. Err. Macam ada informasi yang bercanggah di sini. Ya lah. Tak semestinya benda murah itu tak sedap. HAHAHA. Pulak dah.

Ehem. Esok. Aku mem-bridal lagik. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. Macam tak sedar diri dah pulak. Bukanlah. Kejar waktu. Bukankah kita diajar bahawa masa itu emas? Padahal masa dengan emas tak sama langsung. Emas boleh gadai. Masa mana boleh gadai. Aku pon tak fahamlah kenapa nak disamakan masa dengan emas. Sebab emas lagi best dari masa. Owh anyway, memang biadab la bukan hujah aku neh? Apalagi, gunalah sense of humor. Gurau-gurau saja dow. Anyway, bercakap tentang masa. Ya lah. Sementara mempunyai masa lapang ini, eloklah diisi dengan ghairah sekali. Nanti sudah kesempitan waktu, bukankah sangat merana diri? Sebab itulah.

Esok aktiviti bertemu photographer pulak.
HAHA.
Aku sibuk. Tapi tetap memblog secara gigih. Well, komited la katakan. HAHA. Bolehlah ambil ikhtibar atas kegigihan aku.

Okey, bye. Tidur.

Veli tired

Posted by chika under Uncategorized
Pagi yang durjana.
Bangun pagi, melepak depan pc ber-yahoo!messenger. Memberi dan menerima salam, chatting sikit-sikit dan kemudiannya mandi untuk bersiap ke UKM. Ainul dah warning aku suruh cepat. Sebab nak pulangkan jubah konvo tersebut hari ni. Err. Tak merasalah swimming pakai jubah tersebut. Lain kalilah mungkin.

Sampai UKM dah pukul 12.30. Pukul 1 petang merupakan lunch hour di mana semua pekerja lapar mahupon tidak lapar akan berambus tutup counter. Aku dengan Ainul pon panjat Canselori tu sampai tingkat 4. Lift boleh pulak nak melingkup hari ni. Tu lah nama dia ujian.

Gugur keringat aku dibuatnya memanjat tangga. Dah la aku neh stamina rendah. Maintenance je tinggi, well. Dengan high heels nya. Wa. Hanya mampu dibuat oleh diva-diva gagah sahaja. Engkau boleh ke? Panjat tingkat 4 menggunakan kaki sendiri dengan kekuatan otot? Boleh? Okay, mungkin boleh. Bagaimana pula memanjat tangga ke tingkat 4 dengan high heels tajam? Sambil membawa beg berat? Juga jisim badan yang berat? Err… dan juga stamina yang tak berapa nak ada. Boleh kah? HAHAH. Kan aku dah kata, memang gila gagah jugak aku neh. Padahal merengek macam nak tumpas atas tangga dibuatnya.

Sampai depan counter, kami pon rasa nak menyanyi lagu Omaigod dan O’shit dan juga Wadehel secara berduet. Ainul dah menjerit peluk aku. Aku dah terdiam. Rasa nak terjun bangunan pon ada. Kami salah naik building. SALAH!

Berbekalkan jiwa feminine yang ada sikit berciri gagah ni, kami pon menapaklah ke Dectar pulak. Kena amek kereta dulu. Pindah parking. Panjat tangga curam tahap gaung. Ainul sampai bukak kasut sebab takot tergolek. Aku steady lagi. Apa jadipon. Biar kaki bercerai berai pon tak apa, asalkan menten gaya tersebut. HAHA.

Sampai Dectar, panjat lagi tangga tangga yang gila punya banyak tu. Macam sawan jek dia punya tangga. Bukan sikit punya banyak. Naik tingkat 3. Sampai ja depan pintu counter pulang jubah, tengok-tengok pintu dah kunci. Omaigod! Apalagi, kami pon menangis tersedu-sedulah. Teriak keluar air mata darah semua. Dan terus pengsan di situ. Ya lah. Sangat dusta. Kami takda lah sampai menangis. Tapi rasa nak menangis tu ada lah.

See. Pagi yang sia-sia. Memanjat sana sini. Bolehlah dibuat bakar kalori. Padahal taklah terbakar sangat pon kalori. Hati aku yang rentung neh terbakar-bakar. Bengang. Aku pon blah ajak Ainul lunch. Makan lagi baik. Dah la makan itu sedap. Senang dan tidak memerlukan otot bekerja kuat. Apalah. Kalaulah hidup neh dipenuhi dengan aktviti makan sebanyak 75% kan bagus. 15% lagi tidur. Pasti manusia semua pon akan setanding gajah saiznya. HAHAHAHAHAHAHA. Engkau gajah, aku gajah, dia gajah, semua pon gajah. Comel dow. Gajah di mana-mana. Elephants are everywhere. Gila comel! HAHAH.

Membridal lagi.
Lepas lunch dengan Ainul, bergerak ke rumah tunangan bertemu tunangan dan mak kepada tunangan. Ya. Sangat berciri tunangan ayat neh. HAHAH. Pergi mem-bridal lagi lah. Tak payah tulis secara detail sangatlah okay. Sebab walaupon kesemua aktiviti ini sangat historical, tapi ia tak berapa perlu direkodkan. Sebab ia terlslu berharga sampai tahapnya hanya layak letak dalam kepala, jadi memori. Wah. Ayat apakah neh? Macam sedap jugak. Aku bercadang nak mendelete ayat neh tapi sebab ayat neh macam bagus, biarlah dia di situ. HAHA

Your blog entry was very sweet. Thank you, darling.

Ini respon untuk entry semalam. Cukuplah tu. Kalau aku bukak lagi satu entry romantik, pasti lebih ‘shakespear’ sms yang bakal aku dapat esok. Hehe. Entry berciri romantik tidak boleh dibuat selalu. Nanti kualitinya akan turun. HAHA.

apa nak buat. Memang dalam mood yang sangat flowery macam musim bunga. Bunga di sana sini. HAHA. Kesimpulannya, hari ini merupakan satu lagi hari yang mengasyikkan bersama Mr.Fiance. Mem-bridal dalam butik selama 3 jam (approximately) Gila lama. Tapi tak sedar pon yang kami mem-bridal terlalu lama. Ingat senangkah pilih barang kawen? Kena perfect. Sebab perbuatan sekali seumur hidup insyaallah. Kalau boleh dibuat setahun sekali, tak apa jugak. Tapi ini acara yang sangat besar ertinya. Kenalah perfect atau mostly perfect.

Historical places hari ini :
Kajang.

Yibbah.

Malas lah kongsi banyak-banyak. Sebab aku penat. Kepenatan mendatangkan rasa kedekut dan malas. Esok mem-bridal lagi. HAHAHA. Ya ya. Katalah apa kau nak kata. Dah memang tengah mem-bridal secara ganas dah neh. HAHA.

Banyak nak dibuat ni. Masa pon suntuk. Aik? Suntuk? Bukankah semalam kata ada banyak bulan lagi? Err. Suka hati aku lah bukan. Sangat berkuasa lah katakan. Jadi aku pon akan menyebut apa-apa pon dengan sewenang-wenangnya. HAHAHA. Bukanlah. Memang ada banyak bulan lagi tapi waktu jugak sangat suntuk. Err. Memang kelirulah bukan. Nevermind. Engkau nak faham sangat pon buat apalah :P

Kepala aku nak cium bantal je waktu ni. Maknanya, aku akan tamatkan entry aku tanpa penutup yang jelas. Habis dah. Bersurai.

Mem-bridal dan Architectshoes.

Posted by chika under Uncategorized
Hari ni saya keluar lagi untuk aktiviti mem-bridal. Memang ada banyak bulan lagik. Iaitu berbulan-bulan lagi (which is tak lah begitu banyak tapi agak banyaklah juga. Erk? wadehel?) Kami pon keluar bertiga (Semacam biasa. Bertiga lebih baik)

Berikut adalah nama-nama tempat bersejarah yang dilawat oleh kami untuk trip mem-bridal ini. Err. Sebelum ni, tempat tersebut bukan tempat bersejarah. Tapi sebab dah dilawat oleh saya secara mem-bridal, automatically dia pon jadi historical places. Err. Suka hati akulah nak men-sejarah-kan mana-mana tempat pon. HAHA.

  • Ampang Park
  • Ampang Point
  • Bangsar Shopping Center
  • Bangsar Village
  • Chawan (Err. Yang ni bukan kedai pengantin lah. Ni kedai minum. HAHA)
Esok keluar lagi mem-bridal. Tak penat kah Chika? Mahunya tak penat. Tapi jiwa sangat bergelojak gembira sakan maka perasaan penat seakan-akan terabai. HAHA. Demi mendirikan err… mendirikan apakah? Apa-apalah. Anda silalah habiskan ayat tersebut kalau nak, sebab saya semacam malu untuk menggunakan perkataan tersebut. Aik? Malu? Err. Mendirikan rumah tangga maksud saya. Oh. Betul-betul malu. Kenapakah sangat memalukan ayat ini?

Kami dah keluar masuk beberapa bridal boutique dan semacam biasa, mata saya pon berpinar-pinar dibuatnya. Terlalu banyak anasir luar yang mempengaruhi fikiran saya yang gila punya suci neh. HAHA. Beraneka pakaian wedding gemerlapan. Saya juga semakin mengenali para usahawan perkahwinan. Dulu, saya cuma kenal tokey cina jual toys. See. Sudah dewasa jugak aku. Bukankah sangat magik neh? Macam mimpi bukan? Cubalah anda tampar muka anda sebanyak beberapa kali. Sakit tak? Ya. Bukan lagi mimpi. Ini adalah satu kenyataan yang aneh.

Masih ingatkah perihal kakiku yang gila punya comel neh. Iaitu kaki paling comel dalam dunia. Err. Maksud dia, kaki aku lagi comel dari kaki anda. HAHA. Err. Bukanlah. Maksud saya, kaki saya yang terlalu kecik saiz dia atau dituduh sebagai kurang berupaya. Padahal sangat energetic kaki neh walaupon kecik. Disebabkan saya dikurniakan kaki saiz 3 setengah, err.. atau lebih sedap disebut sebagai saiz 4, jadi untuk wedding pastilah sangat menderita untuk mendapatkan kasut.Oleh itu, Mr Fiance pon mencadangkan untuk kami menempah kasut. Kami sudah survey beberapa shoes maker. Not bad.

Okek. Sekarang kami tengah mendesign kasut atau disebut sebagai ARCHITECSHOES. Gila comel punya aktiviti. Mendesign secara ym. And I am feeling great!!!

Mr. Fiance sangat sporting. Beliau akan bercakap ‘ok’ dan ‘I tak kisah, I ok je’ dengan penggunaan ayat yang tepat. Iaitu apabila beliau tidak berasa setuju, beliau pon akan tidak bersetuju. Ketika saya membagi design kasut idaman yang ala-ala comel tu, oh my god. He’s not the typical boyfriend next door yang akan menunjuk cool dengan melelong ayat ‘Ok. I tak kisah. I ok je’. Dan kemudiannya membiarkan teman wanitanya terumbang-ambing secara syok sendiri. Oh, he is not that type of person. Sangat mengujakan. Beliau pon sama-sama membagi idea dan sangat excited mendesign kasut. Beliau juga membagi idea tentang our wedding dress. What kain to use, macam mana nak bubuh beading dan jugak on the colors. Oh, sangat gula-gula kapas. And today, I realised how sporting he is and how lucky I am to have him. And I love you, dengar tak? HEHE.

Biasanya urusan dengan wedding planner akan dibiarkan kepada wanita secara bulat-bulat. Tapi alhamdulillah. Beliau sangat komited. And I am happy. To the fullest.

Esok. Mem-bridal lagi. Tetapi dengan mak Mr.Fiance pulak. Tadi dengan mak saya. Ye. Sangat penat kebelakangan ini. Tapi hati sangat sihat secara total. Walaupon suara sangat burok, tapi hati sangat cantek. Okay lah tu. Hehe. Huhu. Haha.

Okay. Saya mengistiharkan diri sebagai sibuk secara official nya. Iaitu akan mula sibuk men-design kasut dan baju kawen untuk men-diva. Juga sibuk ke sana ke sini mendriving sambil sesat dan membuat U-Turn secara gembira. Terima kasih kepada satellite. Apa nak buat, kami high-tech sangat. Tanpa bantuan satellite, susahlah nak hidup. Err. Macam berciri alien pulak dah. Lebih kurang lah.

Saya rindu Haikal. 6 hari tak nampak muka dia, rasa macam 6 purnama sudah. Adoi. Sepanjang ketiadaan beliau, saya pon perasan diri sangat kaya. Iaitu memiliki dua kereta secara penuh. HAHA. Tak sangka, kereta dia dah aku buat macam kereta sendiri. HAHA. Kereta aku? Entah. Dah berapa lama aku takda sentuh crv tersebut. Sayang bini, kasih-kasihkan. Sayang kereta, simpan-simpankan. HAHA. Sayang diri, tidur-tidurkan. Okay, selamat malam.

1, 2, 3, ….. tidur!

foto-mania

Posted by chika under Uncategorized
Apalah suara neh burok sangat.
Bila aku menyanyi ‘Jalur Gemilang’,
dah macam rockers berciri patriotik.
Pagi tadi muntah lagik.
Sebab tekak aku sangat burok.

Banyak sangat cerita. Happening pulak kah hidup? Ya. Pening. Konvo, kahwin, kawan-kawan dan kamera. O’ lihatlah. Semuanya berkonsonan K. Nevermind. Semua itu hendak ditulis menjadi sebuah cerita. Terlalu banyak berkamera sampai aku rasa semacam gila comel je muka yang ala-ala neh. HAR HAR HAR. Sebenarnya, perasaan comel akan hadir sebaik saja berdiri di hadapan lensa.

Hari neh sepanjang hari bergelumang dengan rasukan lensa. Aku berasa sedikit pening tetapi bergaya di depan lensa tidak pernah membuatku menyesal. Aku kongsi gambar pada lain-lain hari yang mendatang. Sebab kameraku jauh di atas katil sana. Nak kucapai, tangan tak sampai. Nak kubangun, punyalah malas. Nantilah aku buatkan sebuah entry gambarajah. Err anyway, blog aku bukan fotopages dow. HAHAHA.

Aku rindu Farah. Tadi aku nampak selipar tandas dia. Okay, cukuplah dapat tengok selipar tandas tersebot. HAHA. Aku nak mengetuk pintu room dia, tapi tak kesampaian dalam hati atas sebab yang tak berapa bersebab. Mungkin tiada dalam suratan takdir untuk kita berjumpa mentengok muka pada hari ini. HAHA. Aku rindu dia dow. Aku memang rindu dia. Tapi dia sangat sibuk dengan studio. Tak apalah. Sebenarnya aku gian nak swimming. HAHA. Aku pon dah lupa bagaimanakah perasaannya ketika swim. HAHAHA. Aku juga sudah lupa bagaimanakah tersedak tertelan air klorin tersebut. Mungkin berasa separuh mati. Err. Aku dah lupa sebab dah lama tak swim. Swimming suit aku pon macam dah basi. Mungkin kena beli baru sebab sudah basi. HAHAHA. Err. Kasi slap at my face.

Tadi kami berfoto-mania di depan entrance universitas. Perbuatan tersebut agak mem-blushing-kan tetapi apalah ertinya jubah konvo berwarna besi burok itu kalau tidak digayakan secara sepenuh nafsu. Maka, aku pon buatlah semacam apa yang dibuat oleh graduan lain. Err. Apalah. Takda modal lain kah? Kenapakah kena bergambar dengan jubah tersebut? Sangat tipikal. Kenapakah tidak pergi swimming memakai jubah konvo tersebut? Barulah luarbiasa bukan? Tapi nevermind lah. Graduan universiti mana ada membuat perkara aneh-aneh diluar batas waras. Err. Itulah masalah dengan golongan intelek. Terlalu skematik. Err. Jomlah berenang dengan jubah konvo. Bukankah suatu kenangan yang abadi. Pasti sangat abadi. Wo. Apakah aku cuba tulis neh?

Oyya.
Disebabkan blog aku diistilahkan sebagai blog ilmiah oleh aku sendiri, maka aku ada satu informasi ilmiah nak dibagi tahu kepada semua. Jangan menggunakan penimbang jisim badan dekat Alamanda. Iaitu yang terletak di sebelah escalator. Sebab penimbang tersebut sangat pendusta, bohong, tipu, temberang dan paling burok sekali, sangat jahanam. Dia buat engkau perasan kurus padahal engkau gemuk. Semacam membagi harapan kosong yang mana akhirnya, engkau akan kecewa secara menonggeng. Alat tersebut mungkin sudah rosak jahanam. Mungkin juga mempunyai ralat yang terlalu besar. Atau mungkin, memang dicipta untuk membuatkan orang ramai gembira secara drastik dan perasan kurus. Aku harap, ada pihak yang pergi tendang penimbang tersebot sampai hancur. Sebab Ainul sudah kena tipu sebanyak 3 kali. Err. Tak percaya? Pergilah cuba sana. Kalau anda tengok berat anda semacam sangat ideal, anda janganlah bangga sangat sebab penimbang tersebut… macam yang sudah aku katakan. Ianya sangat jahanam. Aik? Dah puas-puas bergadoh dan berkomplen tentang manusia, hari ni aku carik pasal dengan alat penimbang yang tidak berdosa pulak? Well. Aku harap penimbang tersebot hancur secepat mungkin sebab buat aku kecewa. Semua benda yang buat aku kecewa memang harus dihancurkan. HAHAHA.

Bye lah. Tidur lagi baik. Tulis blog panjang-panjang, bukan dapat duit pon. Oyya. Aku semakin tak faham. Kenapakah purse aku takda duit? Okay, bye.

Ok blog aku tak best.

Posted by chika under Uncategorized
Okay. Blog aku tak best.
Senyap takda lagu cinta karat.
Tak da lagu metal pecah kepala, hancur, mati!
Tak da lagu Jepun atau Korea yang gila sedih sampai hati terkoyak rabak.

Blog aku takda gambarajah cantek.
Tahukah sebab apa?
Sebab aku bukan dilahirkan untuk menjadi photographer. Aku adalah photo yang harus dirakam oleh photographer sebab aku cantek. Hambik kau. HAHA. Memanglah fakta ini berbunyi kerek. Tapi aku seronok membuat ayat macam bagus sebab engkau pon akan sakit hatilah bukan? HAHA. Padan muka anda. Sakit hati tak? Pergilah buang hati tu. Macam jijiklah kalau disimpan hati yang buruk tersebut. HAHAHA. Buang! Buang! HAHAHHAHA

Err. Confirm kah nak kata blog aku tak best?
Muktamad?
Fikir balik dua tiga kali.

Err. Okey. Blog aku tak best.
Link aku bersepah-sepah tidak tersusun mengikut abjad. Tengoklah kiri sana. Susah bukan mencarik link blogger? Itulah. Minda anda sangat lambat. Tengok aku. Aku boleh ingat semua link yang aku buat tersebut secara pantas. Sebab itu aku tak memerlukan susunan abjad A-Z. Err. Tak payah. Perbuatan ini hanya dilakukan oleh insan-insan terpilih yang tahu menggunakan suasana untuk menguji otak dia. Sebab itulah aku pandai. HAHAHA. Sakit hati tak?

Okey. Blog aku tak best. Sebab tak banyak sampah di kiri kanan sana. Contact details pon tiada, bukan? Sebab ini sebuah blog, bukan buku yellow pages. Err. Buat apa nak contact aku? Sangat berminatkah? Aik? Bukankah kata blog aku tak best. Buat apakah berkenalan dengan penulis blog yang tidak best ini? Sebab itulah aku kena jugak cakap yang engkau ni semacam tak pandailah. Err. Pergilah get out.

Okey okey okey. Blog aku tak best. Tapi apsal ramai ketagih? Err. Ha, engkau jawaplah. HAHAHA. Aik? Janganlah terasa secara membabi buta. Aku bukan cakap pasal readers yang setia sehidup mati bersamaku, aku bercakap pasal orang yang kata blog aku tak best. Dah tak best, kau nak apa lagi? Bukan kau ke yang buat blog aku hit? Err. engkaulah bukan yang keluar masuk blog aku sehari seratus kali. Err. Tak best ke blog aku? HAHA.

Kan aku dah warning. Jangan mengapa-apakan aku kerana sebuah blog yang gila comel dan cantek ini. Nanti aku bukak entry kerek macam ni, bukankah satu penghinaan jadinya? Aku dah cakap. Jangan berani shoot aku sebab aku pandai dow. HAHAHAHAHAHAHAHAH. Tengok. Kan dah kurang sopan entry aku jadinya. Engkaulah punya pasal. Padahal entry aku semuanya sangat ilmiah. HAHAHA.

Siapa nak komplen lagi?
Komplenlah.
Kau nak apa?
Kau harap apa dari blog aku neh?
Kau nak lagu-lagu kah? Apa pc kau takda iTunes atau paling burok pon, tak da Windows Media Player ke? Pergi sana main lagu dekat pc engkau lah. Kenapakah mengharap lagu dari blog aku? Permintaan yang berciri bodoh la bukan?

Lagi, nak mintak apa? Mintak contact details? Nah, email aku : Cinderellacruz@hotmail.com. Aphal? Ingat aku takut ke? Emaillah aku. Aku masukkan je email-email anda ke dalam bin. HAHA. Hidup neh bukanlah susah sangat. Lagi, nak apa? Nombor telefon? Ishk. Gila tak malukah muka anda? Tahukah bahawa perbuatan meminta-minta nombor telefon daripada yang tak sudi adalah perbuatan berciri ‘jatuh maruah’. HAHAHA.

Err. Apa lagi anda harapkan dari sebuah blog? Ishk. Banyak songeh. Baca je lah. Kalau rasa maruah tercabar membaca blog aku, err … pergilah get out. Bukan wajib pon membaca blog aku. Pergi solat 5 waktu dan ganti puasa lagi wajib. Membaca Al-Quran diwaktu lapang sangat dituntut. Err. Tak fahamkah? Tahukah blog aku sangat hit pada jam 2-4 pagi? Bukankah itu waktu yang sangat perfect untuk bertahajjud. Aik? Ha ha.

Aku mana ada marah. Tengoklah. Bukan main banyak HAHAHA lagi di atas sana. Aku sekadar membuat entry kesedaran sivik. Boleh je nak kata blog aku tak best.Boleh. Sapa kata tak boleh. Tapi tak payahlah berciri penghinaan sebab aku sangat tahu bahawa blog aku sangat tak layak dihina. HAHAHAHA.

All the beloved readers, I love you.

Kalau demam, tak payah jumpa doctor lah.

Posted by chika under Uncategorized
Sejak Mr. Fiance ku kembali bekerja, aku pon berasa sangat bosan. Sebab kami pon tidak lagi ‘dating’ dekat ym sampai pagi. Aku sign in ym, beliau tiada. Aku pon berasa bosan iaitu secara sangat bosan. Itulah. Siapa suruh bekerja? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Berhenti kerjalah jom. Ehehe. Marilah kita menganggur bersama-sama. La la la la la.

Masa konvo semalam, aku pon menjadi aku. Iaitu men-diva di dalam gambar. Matahari menjadi saksi. Peluh pon peluhlah. Kepala pecah pon, pecahlah. Asalkan dapat bergambar. Disebabkan terlalu banyak bergambar, maka perlulah dikongsikan bersama rakan taulan dan pensyarah.

Puan Akmal said, “You guys ni amek-amek gambar tak penah pon send kat I,”
Aku pon bertanya soalan, “Nak send macam mana? Email?,” Wah. Bijakkah soalan neh?
Puan Akmal replied, “Ala, you letak je kat blog nanti I amek,”

Waaaaaaaaaaaaaa. Puan Akmal masuk blog kah? Okey. Oleh yang demikian, esok aku update tentang konvokesyen berserta gambarajah yang separa diva dan juga separa masak tersebut. Err. Tapi pada entry tersebut, aku akan menulis secara sopan dan berhemah. Didedikasikan kepada para pensyarah terchenta. Jangan terkesimalah okey kalau membaca entry konvokesyen yang akan berciri budi pekerti kelak. Bukan sebab aku berlagak membuat ayat diplomatik sempena bergelar penganggur berdegree, tapi demi mendedikasikan ayat-ayat untuk bacaan umum. HAHAHAHA.

Aku semacam berhajat sikit nak meng-entry tentang konvo. Tapi Mr Fiance telah membuat panggilan telefon dan kami pon telah berbual secara sangat lama. Maka, tak menjadilah hasrat tersebut. Aku tundalah untuk esok hari. err. Tunggulah. Bukan susah pon menunggu. Aku pon sudah mahu tiduran.

Esok nak keluar hooray!
Wa. Bukankah demam?
Err. Sudah sihat ma.

Cuma suara belum cantik lagik. Tapi bukankah berjalan dengan kaki? Suara tidak menjejaskan pergerakanlah bukan? Kenapa harus risau? Biar suara buruk. Tapi kaki gagah. Bagus, esok kita berjalan-jalan. Yeay, bridal boutique! HAHAHAHHAHA.

I can’t wait to sleep supaya aku akan bangun tidur in the morning. Waiting for Mr. Fiance habiskan kerjaan. Tunggu Ma. Dan kemudian, jalan-jalan! Yibbah. Err. Esok aku tak demam. HAHA. See. Tak payah jumpa doctor pon. Aku recover dengan sendirinya. err. Doctor. Eleh, aku boleh sihat dengan kegagahan diri sendiri. HAHAHAH. Siapa kata, demam kena jumpa doctor? Siapa kata? Siapa? Anda salah. HAHAHAHAH.