Archive for August, 2008

Pizza Hut’s Killing

Posted by chika under Uncategorized
Kan aku dah kata. Mak aku garang dan baik secara random. Disebabkan hari ini beliau memilih untuk menjadi sangat baik hati, beliau secara tiba-tiba mengajak kami adek-beradek keluar berbuka di Pizza Hut. Sebenarnya mak aku memang seorang dermawan. Iaitu banyak bersedekah dan beramal jariah kepada anak-anak yang kaki kikis. Ehem… aku mungkin orang yang dimaksudkan tersebut. HAHAHA.

Mak aku suruh ajak Mr.Fiance sekali. Maka dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang neh, kami pon berbuka secara berkeluarga di Pizza Hut. Tapi cuma seramai empat orang sahaja. Ijat hilang ditawan oleh sekumpulan alien barangkali. Haikal sibuk mencarik jatidiri dan menjadi seorang maskulin ala-ala superstar. Sudah hampir dua minggu dia dekat Ipoh, ada shooting filem kata dia. Aku pon tak faham kenapakah jiwa dia terlalu berbintang-bintang. Padahal menjadi politician lagi berbunyi gagah la bukan? HAHA. Tapi ada sesuatu tentang kerjaya artis/selebriti yang ingin aku ceritakan. Tunggu lah sekejap. Aku nak bercerita Pizza Hut dulu la hayyoh.

Semacam sudah terbiasa bersama. Setiap kali berbuka puasa, mesti teringat tunang yang disayangi. Wallauweh. Chika neh kalau dah mula membuka sidang pesta bunga, anda haruslah gagahkan diri membaca secara bertenang. Jangan ghairah sangatlah okey. Haha. Anyway, kami pon duduk menunggu menu yang di-order semata-mata mengikut nafsu serakah kah kah kah!

Punya banyak makanan. Chika neh berpuasa secara beribadat ke atau mewakili puak Timur Tengah yang kebuluran? Aku pon tak tahu. Tapi itulah dia. Nafsu serakah kalau sudah bangkit, pasti sangat bergoncang jiwa dibuatnya. Sebab itulah kena banyak beristighfar.

Sementara menunggu azan Maghrib, kami bertiga lawan quiz. Iaitu yang tersedia di atas meja. Aku tak sangka aku sebenarnya kurang pandai hari neh. padahal bukankah aku sangat pandai? Aku tumpas di tempat kedua. iaitu tumpas di tangan Mr Fiance. Kenapakah IQ beliau lagi baik daripada aku? Semacam tak puas hati lah bukan? Mungkin kerna kelaparan membuatkan otak aku tunjuk perasaan. Pernah dengar tak satu fiction yang menceritakan hubungan sel otak dengan perut yang lapar? Kalau manusia itu lapar, sel otak dia akan terjejas sama. Ye. Aku tipu lah hayyoh. Percaya sangat cakap aku, siapakah suruh? Sebenarnya aku sangat tak puas hati apabila kepandaian aku dicabar secara mendadak. HAHAHAHAHAHAH.


Adek berlagak genius.Padahal kalah pada posisi terakhir. HAHA. Tapi otak dia macam laju sikit dari aku hari neh.


Tulisan aku yang sangat comel. Haha. Perasaan yang melahirkan rasa perasan. HAHA.


Ini tulisan seorang professional. HAHA. Erk. Sorry guys. Kalau nak sangat tengok Mr Fiance, nah tengok tangan dia. HAHA. Tak puas tengok tangan? Boleh tengok nombor yang ditulis oleh dia. Tak puas lagi? Tengoklah pen dia. HAHA.Ya ampun.


Biasalah. Orang menahan apar dan dahaga dari terbit fajar, hingga terbenamnya matahari.

Mak aku kata ; Mr Fiance punya IQ ternyata bagus dan pantas dari IQ aku setelah dia berjaya menyusun wording tersebut secara gila laju. Eleh :P

Bukankah sangat tercabar maruah aku? HAHAHAHA. Nasib baik beliau merupakan bakal suami, maka aku pon akan tumpang bangga sekaki. HAHA. Anyway, macam biasa. Aku suka lelaki genius. HAHAHAHAH. Err. Bukankah lelaki genius itu seksi? Iaitu lagi seksi daripada athlete Olympic kuat lentang. HAHAHA. Chika, shut up and proceed.

Makan-makan-makan. Sampai perut secara anehnya bertukar menjadi tong.Aku pon hairan kenapakah tiba-tiba saja perut manusia semacam menyerupai perut badak. Kalau ditambah lagi sikit input, tak mustahil perut aku meletup-letup sudah. Ngeri lah bukan? Pendek kata, aku confirm akan makan Pizza Hut lagi paling cepat pon pada tahun depan. Sebab sangat tak mahu mendengar Pizza Hut lagi buat masa ini. Perut aku pon pasti sangat boikot Pizza Hut kerna hampir saja menyebabkan perut pecah.

Bercakap tentang pecah dan tentang letupan,tahukah bahawa CPU pc aku sudah disambar petir petang tadi? Semasa keluar berbuka puasa, aku tidak off pc. Err. Sebenarnya aku pon sudah lupa bilakah kali terakhir aku off pc aku. Sebab budaya meng-off pc tidak diamalkan oleh aku. Ada tiga benda jarang dimatikan oleh aku. Atau boleh dikata, TIDAK PERNAH dimatikan langsong untuk tempoh yang sangat panjang. Iaitu komputer, aircond dan juga lampu bilik. Satu perbuatan berciri burok. Janganlah menghina aku sangat. Sudah mendapat balasan pon. PC tersebut sudah tidak boleh di-on. Mulai malam ini, aku akan terhegeh-hegeh dengan laptop. Laptop rock tersebutlah. Kalau kau tengok, mesti kau ngeri. Laptop aku sangat rock iaitu sudah hancur sikit. HAHA. Well, dah owner dia sangat berciri Ultraman Taro. Sangat perkasa.

Aizar call aku sejurus tidak lama aku histeria dengan pc yang sudah termati-mati.

PC aku kena petir! @%&^$#*&@# Bodoh $%#@ Tak guna. Nak nangis! Camne nih Haizum?!

Aizar berteriakan mengamuk di corong telefon. Aku pon terkesima.


Aku pon!!! span>

Ya. Tahukah situasi tersebut disebut sebagai apa? Itulah dinamakan Sahabat Karib. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bagai aur dengan tebing. Like Jaja like Chika. HAHA. Itulah, Aizar… Memang salah kita kerna tidak mendengar kata ibubapa supaya off pc semasa petir. Kita bukan saja degil, malah tidak ambil peduli tentang keadaan cuaca. Semasa hujan, ribut, taufan dan ribut salji. Kita tetap berinternet. Mungkin bukan salah kita secara total. Gejala pengangguran yang menyebabkan kita jadi begini. Jomlah nangis secara bersepadu.

Tidak cukop high la emosi aku menggunakan laptop neh. Aku sangat tak suka laptop. Sebab dia kecik dan semacam tak berapa gagah. Sukar untuk diperlakukan secara kasar. Tapi syukur jugaklah aku masih boleh berinternet. Aku pon tak tahu apa lagi boleh aku buat kalau tiada internet. Pasti aku akan duduk berteluku di sudut bilik sambil menggigit kuku-kuku dan menggigil semacam penagih. Aik? Haha. Tapi aku bukan penagih dow. Bukankah aku pengedar dadah?

Hari ini, rating blog aku gila mendadak punya naik. Aku pon tak tahu kenapakah. Mungkin sempena election esok. HAHA. Apa hal? Harap aku memblog politik kah? Tak payah lah. Tunggu DSAI menang, aku akan memblog secara khas. HAHA. Kalau tak menang? Aku akan pergi membuang komen secara puaka dekat blog-blog politician. Salah satunya, Khir Toyo. Ya. Blog jenaka itu yang sangat menjahanamkan. Anyway, selamat mengundi di Permatang Pauh!

Hari ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada blog Dr.Hannan bersama readers nya. Kerna linkage ke blog aku paling tinggi datangnya dari xhansx.blogspot.com. HAHA. Thanks kepada blog-blog lain yang link ke blog aku. Gila naik rating aku neh kenapakah? Aku pon berasa sangat aneh dan agak berpuaka perasaan ini.

Semakin hari, semakin banyak silent readers. Wowo. Terima kasih. Teruslah berdiam diri. Aku takda hal punya. Selagi takda mengganggu aku, aku ok sahaja. Malah aku sangat appreciate silent readers. Sebab blog aku ini dapat hidup secara agak stabil juga oleh kerna silent readers. Aneh. Aneh. Rating setiap hari tinggi. Tapi komen ada sangat sikit. Sebab itulah aku tahu, silent readers terlalu ramai. Terima kasih. Kalau sudi, marilah tunjuk diri sekali-sekala. Bukankah best kalau kita dapat bekomunikasi dua hala? HAHA.

Kawan-kawan sekolah. Nafeesya, Yick Hui, Kian Shen dan Edwin. You guys read my blog? Hayyoh, why so diam? Lets go yamcha. Hehe. I miss u guys.

Celebrity. Bukan inikah yang aku sebutkan pada ayat-ayat intro di atas tadi? Tapi disebabkan aku malas secara tiba-tiba, aku akan menghentikan entry ini secara tergantung. Lain kalilah aku bercerita tentang artist/celebrity tadi. Aik? Apalah Chika neh tak abeskan cerita. Err. Macam lama lah bukan aku tidak suruh engkau membaca polisi di atas kanan sana. Err. Bacalah. HAHAHA. Nampak, aku sangat berkuasa. Maka aku boleh menutup entry aku secara sewenang-wenangnya. HAHA. Oleh itu, habislah. Habis. Ye. Habis. Jangan tunggu lagik. HAHAHA.

Lace

Posted by chika under Uncategorized
Lagi 2 hari, genap sebulan kami bertunang. Hampir 2 bulan kami berkenalan. Tempoh dua bulan. Terlalu singkat mungkin untuk sampai ke tahap merancang wedding. Tapi macam itulah takdir yang tertulis. Tarikh nikah, sudah ditetapkan. Sebaik sahaja selesai urusan engagement, kami tidak berlengah-lengah lagi mencari tarikh yang sesuai untuk pernikahan. Faster than a bullet, well. Beberapa kali tarikh nikah diubah atas beberapa sebab. Demi menyesuaikan tarikh dengan keadaan, akhirnya kami sepakat jugak memilih satu tarikh. Yang akan diwar-warkan kemudian nanti insyaallah.

Kalau ditanya perasaan aku, aku belum ada jawapan yang konsisten selain berasa syukur dan aneh. Memang aneh. Dua bulan kenal, sudah siap bertunang dan on the way ke arah mendirikan rumah err… rumah tangga. Harap maaf. Penggunaan ayat poyo yang berleluasa pada ketika ini. Haha. Bercakap tentang perkahwinan memang merangsang penggunaan ayat skematik berciri poyo. Apa nak buat. Aku pon berasa semacam poyo secara tiba-tiba. Ye ye. Pathetically poyo. Chika yang poyo mendadak.

Pagi tadi, keluar mem-bridal lagi. Alhamdulillah. Banyak yang dirancang sudah menjadi. Persediaan Mr.Fiance macam dah banyak yang siap. Aku je belum lagi. Tak apa lah. Aku kan penganggur, banyak masa untuk dibuang. Mr.Fiance kena mengejar masa dan menggunakan masa secara berkualiti. Dengar tak I cakap apa ni? Hehe. Penggunaan masa secara berkualiti. Tapi melayan F1 till 3 am agak boleh diterima pakailah. HAHAHAHAHA.

Hari ni, mula-mula menyelesaikan hal jewellery. Kira selesailah tu. Hajat nak bertemu wedding planner tak menjadi sebab butik tersebut tutup dan kami yang pandai neh tak pulak membuat appointment. Kemudian membuat kerja survey kain untuk baju sanding huyeay! Tamak haloba okey perasaan aku secara mendadak. Rasa nak terkam semua kain-kain yang eksklusif itu.

Service yang memberangsangkan. Kami survey lace. Omaigod, lace di Gulatis not bad I tell you. Err, I mean … the price pon not bad jugaklah. HAHA.

It used to be in RM3000 but now, we sell it for only RM1500. Very cheap.

-kata India promoter tersebut yang serve kami.

Very cheap ka? Hayyoh. Se-meter around RM1500. Tapi tak payah terkejut sangatlah sebab lace tersebut memang omaigod gila cantik. Sangat mengujakan. Kalau ikutkan hati, aku nak je jerit NAKKKK secara on the spot. Tapi janganlah buat perangai pulakkan. Satu, warna dia sudah lari theme. Anyway guys, kami juga sudah lama decide theme colors untuk our wedding. Warna yang luarbiasa. Err. Bukanlah aneh sangat. Bukan warna-warna baru yang aku cipta sendiri, bukan! Haha. Apa kau ingat aku scientist invent warna? Haha. Tapi warna tersebut mungkin aneh la. Tapi dah wedding tersebut aku yang punya, sangat suka hati akulah. Sewenang-wenangnya aku boleh memilih apa-apa warna. Bagaimana dengan Kuning dan biru? HAHAHHAA. Gila burok punya taste. HAHA.Bukanlah. Aku tak akan memilih warna seumpama pesta ranggoli tersebut dun worry.

Berbalik pasal kain lace tadi. Seriously gorgeous I tell you. Beading dia sangat perfect. Disebabkan beadings yang super perfect tu, kain tersebut menjadi sangat berat. But wait, maybe tak berapa sesuai dengan design aku. MAYBE. Mr.Fiance pon setuju menyatakan bahawa lace tersebut is the best di antara lain yang ada di situ. Mr.Fiance pon suka. Kan sayang kan? I sukalah :( (Eh, buat muka sedih aphal?) Haha. Tapi apa jadi pon, aku tak akan sanggup tukar theme color. Walaupon lace tersebut perfect, tapi theme color tetap priority. Hehe. Kalaulah lace tu ngam-ngam ikut color theme, memang aku hentak kaki kat situ nak jugak kain tersebut. Haha. Sabar lah sayang dengan statement I neh okey :D.


Service dia memang tip top. Abes semua kain dibukanya. Merasalah aku try satu persatu lace pada badan. Memang omaigod sangat mengujakan. I mean, lace yang di atas ( dalam gambar) lah yang sangat mencabar nafsu serakah tu. Klik la untuk melihat lebih detail. Tapi macam tak berapa nak cantik pula di dalam gambar. Kalau dilihat secara live, memang berpinar matalah tengok beading dia. Gila punya dahsyat. Sarat. Tapi boleh adjust punya ikut design baju. Janganlah dipakai macam dalam gambar. Dah macam berselimut aku tengok dah. haha. Seriously, kalau tengok detailings dia … memang suit the price. But again, sangat tak kena dengan theme! :P Dan sangat tak sesuai dengan design.


Ini lace hitam pulak. Actually detailings dia pon not bad. Tapi tak se-gagah yang the first one tadi. Mr.Fiance tak berkenan nampaknya sebab beliau kata, tak naik cahaya dia. Ya lah. Kurang men-diva-kan. See. Mr.Fiance saya dah pandai main diva-diva dan shining-shining. Ngee :D Yang ni price range dia tak la mencecah RM1K per meter I guess. Eh ye ke? Anyway, siapa yang juga merancang perkahwinan tu, bolehlah pergi survey jugak. Aku recommend saja. Nanti bila aku buat survey, aku jot down price range dia okey supaya anda boleh lah turut mendapatkan sedikit bahan ilmiah. Dah kata blog aku blog ilmiah kan hayyoh!

Ini lace yang kategori cheap (cheap?) dan reasonable price ( >reasonable?). Kalau tak silap, around RM300 per meter. Betul ke? Wah, nampaknya bahan ilmiah ini kurang diyakini kebenarannya. HAHA. Tanpa beading. Sangat sesuai dipadankan dengan lining grey. Tapi nampak boring la pattern dia. Sangat seragam. Ah, pendek kata. Boring.

But again, this is the best findings! AHAHA. But I don’t think I really wanna wear this one. I admire the detailings. I love this lace. But I tak mimpi-mimpi sangat nak pakai this one because I prefer chiffon to suit the design. Tapi tengoklah apa final outcome design baju nya nanti. Hehe.

Italian Silk.
Omaigod lagi. Balik-balik tadikan, I terus fikir how muchI love that Italian Silk. I can’t waittttttttt! Hahahahahaha. Sangat cantik. I can’t wait! Hahaha. (Seriously Chika sudah high dia tertelan pil gembira secara overdose)

I fancy Mr Fiance secara sangat. He is not only a genius in science, but he has a very goooooooood taste in choosing kain. Haha. Boleh dijadikan teman untuk mendapatkan idea dan pandangan. Beliau tak pernah failed to give me opinion dan suggestion. Sweet la bukan? Alahai, dari ayat-ayat poyo, sudah termasuk ke chapter romantik ni apa kes?

Peristiwa mem-blushing-kan.

Pagi tadi. Aku tulis sms ni :

I lambat sket. Ngee…. Sori sayang.

Tiba-tiba dapat reply ni :

Sayangggggg??! Wakakakakakaka. Cik, anta kat tunang ke kat saya, cik? Sms mu sangat swit dan comel.

Makkkkk! Okay, bagus. Pipi aku rasa hangat darah naik ke muka. Gila malu. Ter-blushing lah apa lagik. Hentaklah kepala atas stereng. Bukan Mr.Fiance yang reply, besfren yang reply.

Dengan pipi yang hangat tersebut bersama sebuah muka yang malu, aku reply ini :

Malu dow! Siott!

Tak panjang aku reply kerna malu. Nasib baik tertuju ke Aizar, kalau tertuju ke handphone mak aku? Bukankah nama dia WUTTA HELL? Atau nasib baik tak tertuju ke insan-insan lain yang tidak berpatutan.

Aizat reply lagik :

Gagagagagagaga. Seb baik aku yg dapat. Tak pe, saya faham. (walopon dah gelak sorang-sorang neh) Boleh la diceritakan sebagai bahan gelakb ersama dia. Jalan baik-baik okey.

Aku takda reply lagi. Sebab muka dah malu, diamlah. Aku terus send lagik sekali sms bersayang-sayang tu kepada Mr.Fiance. Aku juga lupa nak menceritakan kejadian ini pada beliau siang tadi. Tak apalah. Sekarang pasti you tengah baca. HAHA. Kelakar la bukan? Nasib baik pergi ke Aizar. Fuh.

Okay. Lain waktu, kita berilmiah perkara lain pulak. HAHAHAHA. Aku kena tidur, supaya esok aku tak jadi monster makan orang.

Nah, jangan tanya lagi.

Posted by chika under Uncategorized
1. Bilakah Chika akan activate Msjbox?
Apabila ada insan menghulur dana. Haha. Atau apabila Msjbox lelaki ini tamat tempoh. Bolehlah aku menumpang sekaki. Haha. Anehnya, kenapakah pula bergantung kepada lelaki tersebut? Sebab dialah yang activate-kan Msjbox aku dulu. Haha. Dan Haha lagi.

2. Bilakah pula akan memblog Konvo?

Apabila aku berciri Malas Sifar dan Rajin Total.

3. Tadi Chika makan apa?

Aik? Ini soalan penting kah? Tadi Chika makan nasik. Semalam pon makan nasik. Setiap hari pon makan nasik. Aku sangat suka makan nasik. Sehari tidak dapat nasik, sama semacam sehari tidak makan lagik. Anehnya, aku hanya memakan nasik sehari sekali. Tidak boleh berlebihan kerna dikhuatiri akan menjana isi yang berlebihan.

4. Apakah yang dibuat oleh Penganggur Berhias?

Sila tambahkan title tersebut please. Penganggur Berhias Berdegree. Good. Pengganggur Berhias dan ehem… berdegree tiada bezanya dengan penganggur-penganggur lain. Cuma penganggur macam aku kategori gred A iaitu menganggur dan berwawasan. Pernah tak dengar penganggur mahu menjadi millionaire? Sangat biasalah bukan perkara tersebut? Aku pon samalah hahahahahahahaha! TAPI, aku menganggur bukan atas keterpaksaan atau kerna aku merupakan sumber manusia yang tidak laku dalam nilai komersial dan perdagangan (?) Aku menganggur atas kehendak sendiri. Agak mulia kedengarannya. Aku memilih untuk menganggur. Wa. Cukup bermaruah kenyataan ini. Penganggur macam aku kebiasaannya akan menghabiskan waktu dengan menonton astro, bersosial di dalam rumah, mem-bridal-mania, membelanjakan wang ibubapa, bergayutan di telefon sekaligus menjana kekayaan TELEKOM BERHAD dan juga berinternet membaca blog-blog ilmiah, ganas dan menimba ilmu politik. Dan juga … err.. merancang wedding. See. Aku bukan sembarangan punya penganggur. Admire lah aku. HAHA.

5. Apakah yang dilakukan sepanjang hari ini?

Menahan diri dari lapar dan dahaga. Duduk menonton kartun sampai berasa sedih melihat seekor serigala dikejar musuh. Membaca bridal magazine dan mengimaginasi pelamin impian. Menunggu tunang balik dari Selatan tanah air kerna sudah lama tidak nampak muka beliau. HAHA. Sayang, silalah terharu dan berseronok dengan pengakuan romantik ini. HAHAHAHA. Ok, confirm lepas ni dapat text lebih kurang macam ni : Your blog entry was very sweet. HAHAHA. Aih, apalah. Entry aku memang sweet-sweet belaka. Entry emos i api kemarahan pon berciri sweet jugak. Well. Kecuali ada yang kata ‘Chika, blog kau burok dan tak guna’. Memang pasti akan keluarlah sebuah entry sangat menjahanamkan. HAHA. Err. Aku garang engkau jangan tak percaya.

6. Chika sangat friendly. Kan?

Bukan! Kalau engkau jumpa aku diluar, jangan harap sangat aku akan menggembirakan engkau. Sebab aku ni ala-ala tak berapa nak friendly. Bukan sombong la hayyoh! Tapi aku susah bercakap dengan orang yang asing. Sebab itulah jangan membayangkan aku friendly. Nanti engkau sangat menyesal. Aku mempunyai sifat random. Iaitu boleh menjadi sangat baik dan sangat tak baik secara random. Ingat. Jangan sesekali imaginasikan aku sebagai seorang yang friendly. Nanti engkau menyesal. Tapi aku baik hati. Tak percaya sudah. Walaupon aku takda bersenyum-senyum semasa berbual, aku juga takda me-laser-bahasa di depan orang ramai. Ada dua benda engkau kena tahu. Satu, aku tidak friendly. Dua, aku baik hati. Kalau taknak percaya sudah. Dan aku susah untuk ‘masuk’ dengan orang. Jangan kata aku tak bagi tahu pulak.

7. Apakah blog favorite Chika?

Mintak sorry sebanyak-banyak sorry. Aku tak akan sesekali menyebut mana-mana blog sebagai favorite. Sebab ia bukan sahaja tidak kedengaran adil, malah menimbulkan situasi double standard. Hanya aku yang tahu blog siapakah aku paling suka. Maka, jangan mintak aku link kan blog-blog best. Tapi, silalah klik kesemua link yang ada di sebalah kiri sana. Ada banyak blog yang bagus di situ. Kalau bukan sebab blog tersebut bagus pon, tapi owner blog tersebut mungkin sangat bagus. Sebab itu aku sudi meletakkan link dia di sana. Tengok, aku mengamalkan komunikasi dua hala.

8. Apalah Chika ni tak link-kan blog aku.

Barang siapa teringin blog dia di-link-kan oleh aku, bolehlah meninggalkan mesej melalui komen. Aku tak ada masalah meletakkan link. Percuma. Tak merugikan aku. Apa-apa sahaja yang tidak merugikan aku, aku pasti tak kisah. Sebab aku sangat tak suka kerugian. Maka, bolehlah berbuat demikian. Kadang-kadang aku lupa nak masukkan link anda. Tapi jangan worry sangatlah. Aku sudah siap bookmark blog anda mungkin. Kepada yang sudah link-kan aku, terima kasih. Tak mahu link pon tak apa. Sebab aku tidak berkira sangat pasal kes-kes kecik yang tak seberapa neh. Ada orang sangat marah kalau blog dia tidak di-link kembali setelah dia bertungkus lumus meletakkan link seseorang blogger neh. Jangan risau. Aku cool saja. Tak nampak link aku pon, aku takda hal. Nak curik entry aku lagi pon, aku takda hal. Hoho. Siapakah mencuri entry tersebut? Bertenanglah. Chika sangat cool la hayyoh. Curiklah, curik. Tetap tak merugikan aku.

9. Chika, tolong promote blog aku boleh?

Boleh. Macam yang aku kata, aku takda hal untuk melakukan apa sahaja selagi ia tak merugikan aku. Ha, siapa mahu promosi blog? Silalah drop comment. Mungkin boleh buat ayat macam ni : Chika, tolong jaja blog aku dalam entry kau. Sebab aku nak rating aku naik. Okay, aku takda hal. HAHA. See. Chika ni baik gila engkau je tak tahu-tahu lagi. Seriously, aku tak kisah mempromosikan blog anda. Bukan rugi pon.

Untuk itu, bolehlah lawati Blog Mr.Kay. Sebagai kredit atas budi bicaranya memujuk aku tukar domain. HAHAHA. Kepada semua yang menggunakan domain KRONIKUS, aku mintak maaflah aku belum dapat join. Sebab belum terbukak hati. Ehehe. Apapon, terima kasih kepada Kay, tokey Kronikus. Siapa nak beli domain, contact beliau. Eh eh, siapa suruh aku promote domain neh? Pandai-pandai aku je. HAHA.

Women.

Posted by chika under Uncategorized

Sejak kebelakangan ini, aku kuat merayap. (Bukan macam remaja terbiar). Tak lekang di rumah (Bukan macam budak sekolah baru nak up). Dan kerap pulak balik menjelang malam (Bukan macam anak muda hilang pedoman).

Esok tak boleh keluar lagi. Emak saya tak bagi. Tadi dia marah tengok saya balik malam. Padahal saya puasa. Saya tak sempat berbuka. Pukul 8 malam baru sampai rumah. Mak saya sangat garang. Iaitu garang secara sangat dan baik juga secara sangat. Sukar diramalkan. Iaitu garang dan baik secara random. Tapi kelakuan nakal balik lewat malam memang satu kesalahan besar yang saya akui. Sangat tak senonohlah bukan.

Tadi keluar secara membabi buta. Ishk apa main babi-babi pulak neh? Carutan lah bukan? Aik? babi bukankah sejenis haiwan?Tak fahamlah aku kenapakah binatang tersebut berciri carutan. Padahal dia hanyalah sejenis binatang sama macam gajah dan juga penguin. Nevermindlah. Buat apalah difikirkan sangat tentang babi. Tapi apa yang hendak dikatakan di sini ialah, kami keluar secara membabi buta pada petang tadi. Iaitu keluar secara sewenang-wenangnya tanpa motif.

Tanpa motif bermaksud, bukan untuk mem-bridal. HAHA. Bukan juga bersama Mr.Fiance. Sudah-sudahlah tu bersama tunangan. Hari ini aku memang berhasrat ingin menghabiskan sedikit usia dengan kawan karib. Aku call Aizar ajak keluar. Ajak Ijat jugak sebab pagi tadi kami adek-beradek menjadi sangat kesian. iaitu ditinggalkan oleh ibubapa. HAHAHAHAH. Ibubapa ke Perak kejap meninggalkan kami. HAHA. Menagih simpatilah bukan? :P

Kami bertiga pergi KLCC. Aku pon tak tahu kenapakah dengan aku menjadi sangat jakun dengan KLCC. Padahal dulu KLCC tersebut menjadi playground aku iaitu sewaktu zaman persekolahan. Asal nak shopping, KLCC. Asal nak hang out, KLCC. Sekarang menjadi jakun kerna sangat lama tidak menjejak ke situ. Sampai aku pon sudah lupa bagaimanakah hendak bergerak di dalam bangunan yang tak berapa nak cantek tersebut. Erk.

Tak tahu apa nak dibuat, aku pon membuat aktiviti kewanitaan. Iaitu singgah dekat cosmetic punya counter mencarik habuan. Tapi aktiviti ini sebenarnya sangat berisiko. Janganlah dicuba sewaktu tidak berduit, nanti akan menyebabkan serangan histeria. Atau boleh menyumbat salur pernafasan. Tapi disebabkan aku sangat berani mati, aku membuat jugak setelah sekian lama.

Stop depan counter Anna Sui. Pegang-pegang eye shadow sebagai langkah awal mendapatkan habuan. Dan o yes, gotcha! Dapatlah membuat satu sesi make-up secara percuma. Tapi haruslah manis mulut. Iaitu bercakap-cakap secara sangat berminat. Walaupon kadang-kadang tak berapa berminat. Cakap je color lipstick yang dia sapukan pada bibir anda sangat gila punya cantek walaupon sangat kelihatan burok hakikatnya. Kemudian, buat-buatlah macam sangat jakun dengan barangan lainnya. Maka, promoter pon akan membagi anda cuba.

Aku admire betul dresser dia. Meja solek tersebut dipenuhi kosmetik aneka warna. Rasa aku nak baham semua. HAHA. Berderetan eye shadow. Lipstick tegak berdiri mencabar mata betul. Rasa aku nak panggil jin, angkat satu booth Anna Sui yang comel ni pindahkan masuk bilik aku. Hambik kau!

TAPI MASALAHNYA, aku terfalling cinta sudah pada product Anna Sui. Si pondan promoter perfume pulak sibuk men-spray haruman Anna Sui yang gila punya comel baunya. Sampai aku hilang pedoman seketika tapi nasib baiklah boleh diselamatkan. Kalau tak, pasti jatuh miskin sampai tak mampu membayar parking lagik. HAHAHAHA.

Aku kalau dah terfalling cinta, mesti aku nak juga. Tengoklah nanti. Memang pasti muka aku akan dibawa berkunjung ke counter Anna Sui tersebut buat kali kedua. HAHA. Ko tengoklah! HAHAHA. Ma, I need money money money money money and more money. Sebab Anna Sui punya product tu gila comellah. Cannot tahan wo.

Amoi neh pulak make-up artist untuk wedding. Maka, dia pon membagi contact number dia kalau aku berminat untuk menggunakan dia. Aku pon tak tahu bilakah aku boleh menggunakan dia sebab semacam sudah ada make-up artist yang mencukupi. Tapi in case berkeperluan, macam boleh diharap jugak amoi ni. Cara dia make-up pon not bad. Pandai. At least takdalah muka aku menjadi semacam bukan muka aku. Iaitu tidak memberikan hasil akhir yang mengejutkan jantung. HAHAHA.

Siapa-siapa mencari make-up artist atau semacam memerlukan sesi make-up untuk sekali, dua kali atau berkali-kali … bolehlah aku recommend amoi neh. Tak mahal dow. Gila murah. Aku rasa, kalau setakat nak berjalan-jalan carik pasal pon boleh juga ber-make-up dengan dia. HAHA. Tapi kalau anda pandai, buatlah macam apa aku buat. Iaitu datang membawa muka dan mintaklah make-up session percuma. Tak payah bawak apa. Asalkan anda mempunyai sebuah muka, anda pasti boleh di-make-up. HAHA. Kalau tak bermuka, sangat sorry lah. Hehe.

Anyway guys, Gucci ada perfume baru. Yang didakwa oleh kakak promoter sebagai sangat wangi bau dia. Padahal sangat tak wangi. Maka, aku pon meluahkan pandangan aku secara ikhlas. Aku kasi tahu kakak promoter bahawa edition tersebut sangat tak wangi. Promoter tersebut semacam tak puas hati. Dia kata, hanya peminat Gucci yang sejati akan membeli Gucci. Wadehel. Apa engkau ingat aku tak membeli Gucci? Kelakar okey. Sangat bermati-matian meyakinkan orang ramai bahawa latest edition tersebut sangat wangi. Gila keras bau dia. Sumpah aku tak nak beli. HAHA. Kasi percuma aku ambek lah. HAHAHA. Siapa ada chance pergilah try sana.

Aku takda membeli apa-apa kecuali sebuah wallet untuk mak aku. Bukan membodek lah hayyoh. Tapi aku sangat tak suka melihat barang-barang yang tidak lagi kelihatan perfect. Iaitu wallet mak aku semacam tidak lagi perfect di mata aku. Jadi, haruslah aku membelikan yang baru supaya nampak sempurna. Buat apalah disimpan lagik yang sudah tidak perfect tersebut. HAHA. Begitu juga dengan purse aku yang semakin memburuk. Punyalah aku gigih mencarik purse, tapi tiada yang berkenan. Kata nak perfect lah bukan. HAHA. Aku rasa, dah berbulan-bulan punya bulan aku mencarik purse. Gila cerewet. Apa ar. Carik purse pon susah. Ehehe. 14 February nanti, genaplah sudah 3 tahun aku memakai purse Roxy tersebut. Gila lama! Mana pernah aku memakai benda sampai 3 tahun! Wawawa. Kagumilah aku.

Apsal KL sesak sangat?
Tolong jawap.
Sana sini orang shopping.
Sangat kayakah?
Buat jalan jam jek.
Semak betullah.

Sinful Fool.. anything else sounds like -ful, fool? Saiful?

Posted by chika under Uncategorized
Aww! Sakit kepala aku baca blog Khir Toyo. Err, Dato Sri neh kenapakah? Betul-betul membuat sitcom kasi aku insomnia. Sangat kelakar. Macam jahanam. Well, seronok jugak.

Mungkin anda tidak tahu, atau mungkin belum tahu. Kebanyakkan masa berinternet aku dihabiskan dengan membaca politik. Bukan berkempen untuk Permatang Pauh, tapi membaca menimba ilmu di dada. Tapi satu perkara sebelum membaca politik, haruslah meng-google (atau lagi baik, membuka buku) keislaman. Sebab sekularisme adalah haram. Dan berpolitik tanpa Islam adalah perbuatan jahanam. Tahukah apa dia jahanam tersebut? Ya. Perbuatan yang seakan-akan membawa diri terjun menjunam. Err well, sebab itulah aku jangan menulis politik. Memblog politik akan men-generate terlalu banyak perkataan jahanam. Padahal blog aku terlalu comel untuk dipolitikkan secara jahanam.

Anyway, Permatang Pauh.
Wallahualam.

Wa. Gila haru-biru kepala aku dibuatnya membaca puluhan komen. Dato Seri memblog. Tapi macam tak baguslah blog beliau. Langsong tidak mendadahkan. Jahanam. Aik? Sudah lah jangan memblog politik lagi nanti sangat selekeh lah entry ini. Pagi tadi aku telah publish sebuah entry yang sangat berciri politik. Tapi, entry tersebut pasti boleh menghentikan jantung beberapa puak. Jantung yang sudah sedia berhenti pasti terus mati. Justeru itu, aku pon menarik kembali entry tersebut. What to do, aku sedang berusaha gigih untuk tidak memblog politik dalam blog aku yang sepatutnya bercerita tentang wedding ini. HAHAHAHA.

Tapi, kalau dibagi peluang untuk menjadi politician, aku sangat nak. Sumpah aku nak. Tapi jangan berani offer aku jawatan Puteri. Aku lempang muka kau laju-laju. HAHAHAHAHAHA. Well, Nurul Izzah cantiklah bukan? Aik? Tiba-tiba pulak. Sebenarnya, politician kenalah cantik. Janganlah berkempen membawa muka buruk tak berapa nak siap macam hantu dalam hutan. Sebenarnya kalau muka tak siap pon tak apa, asalkan tahu memakai tudung dengan menggunakan pin. Aik? Apakah? Nurul Izzah cantiklah bukan? Aik? Again? Sebab dia cantik, mana boleh makcik tua dibandingkan dengan beliau si muda jelita. HAHAHAHAHA. Apebendalah neh???!%^$#@$$$ WTH?

Aku agak emotional tapi kemarahan semacam tak berapa nak ada. Sebab itulah terkeluar entry yang sinis tak bertempat ini.

24 jam aku tahan diri. Tapi terlepas jugak sebuah entry berciri politik. Mintak sorry lah. Mungkin anda tak berminat. What to do, politic memang boring kecuali engkau emotional. Seriously dow. Dan politik is boring selagi engkau tak faham apakah kepentingannya kepada engkau. Tapi aku juga tak fahamlah kenapakah ada orang merasakan dia tiada kepentingan dalam politik. Padahal dia mempunyai bahagian di situ. Tak fahamkah? Okay, esok datang lagik. Baca entry wedding dan kisah cinta lah esok okay. Esok aku janji, bukan kisah politik lagi. HAHAHAHAHAHAHA.

tabiat buruk yang buruk

Posted by chika under Uncategorized
Riz suruh aku buat tag. Padahal dah lama aku tak layan tag. Siapa-siapa tag pon, aku takda buat. Tapi disebabkan dah lama tak buat, okeylah mari buat. HAHA.

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
  1. Tak da membuat homework. Aku sangat benci homework dan sangat benci menyalin nota. Macam bagus je disuruh salin nota. Bukankah perbuatan membazir dan kurang pandai? Student pandai tak payah menyalin nota dan membuat homework. Student pandai kena fokus secara natural dan men-diva di sekolah. HAHAHAHA (don’t contohi lah ayyoh!)

  2. Tidak ada apa-apa badge pada tudung aku. Nametag juga tiada. Sebab sangat semak dan memburukkan image tudung aku. HAHA.
  3. Suka makan dan minum di dalam kelas apabila lapar tanpa mempedulikan perasaan guru di hadapan.
  4. Sangat tidak friendly dan sangat sikitlah kawan-kawan.
  5. Cikgu tak boleh marah aku. Nanti aku kasik attack secara psychology. Aku akan diam tanpa bercakap sepatah apa pon dengan cikgu. Dan aku akan pandang ke luar kelas semasa cikgu mengajar. Sampailah cikgu memujuk aku dan memeluk aku. Ya. Perangai sangat burok tapi sangat comel bukan?

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA… KENAPA??

  1. Sejarah - Sebab otak aku super genius gred A. Sangat senang mengingat sejarah dan sangat pandai menjawap soalan esei secara menggoreng ayat hyper historical. HAHA.

  2. Geografi - Aku suka ilmu kaji bumi yang aneh-aneh dan luarbiasa.
  3. Pendidikan Islam - Sebab subjek inilah paling lepak dan merupakan dua jam paling heaven untuk berehat, berbual dan tak payah belajar sangat. Tapi aku sangat scorer. Ada dua bab orang lain tak boleh lawan aku. Iaitu Haji dan Kahwin. Aku pon tak tahu kenapakah aku sangat pakar topik itu. HAHAHAHAHAHAH.
  4. Chemistry - Inilah ilmu sains yang paling seronok dipelajari dan paling senang masuk dalam kepala aku.
Aik? Nak 3, tapi aku bagi 4. HAHA.

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA… KENAPA??

  1. Fizik - Apa punya bosanlah lab fizik. Melihat riak air dan bermain troli. Macam perbuatan bosan dan sangat menyusahkan otak.

  2. Biologi - Jijik. Bermain darah dan membedah haiwan. Sangat perbuatan yang geli dan sedih kerana membunuh seekor tikus demi sebuah kelas biologi. Tapi bab Pembiakan semacam okey jugak. WTH?
  3. Add Maths - Cikgu tersebut garang. Macam bagus. Homework sangat banyak. Jari sangat penat bermain calculator. Main gameboy tak apa jugak.
Sebenarnya aku memang tak suka science subjects. Aku harap, aku tak payah belajar sains sebab aku suka art. Tapi kalau tak belajar sains, akan berciri tak pandai. Jadi, demi membuktikan aku pandai dan untuk berlagak bagus di mata masyarakat, aku pon dengan gagahnya memaksa diri belajar sains. Padahal aku sangat tak rela. Nasib baik aku sukses jugak. Err. Tak nak kalah la katakan.

MENARIK PADA KAMU…?
Aku pandai. Tak percaya sudah.

KAMU PALING SUKA…?
Makan nasik + Shopping Sakan Sampai Duit Jadik Resit + Kereta-kereta Mewah Bukan Buatan Malaysia + Orang-Orang Genius + Mem-bridal (HAHAHA)

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA…???
Duit

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Mr. Fiance. Tak da orang lain dah.


MANGSA TAG KAMU
Tiada. Siapa suka, boleh buat. Siapa tak suka, jangan buat. Kita berhak memilih hidup kita. HAHAHAH.