tabiat buruk yang buruk
Riz suruh aku buat tag. Padahal dah lama aku tak layan tag. Siapa-siapa tag pon, aku takda buat. Tapi disebabkan dah lama tak buat, okeylah mari buat. HAHA.
5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
- Tak da membuat homework. Aku sangat benci homework dan sangat benci menyalin nota. Macam bagus je disuruh salin nota. Bukankah perbuatan membazir dan kurang pandai? Student pandai tak payah menyalin nota dan membuat homework. Student pandai kena fokus secara natural dan men-diva di sekolah. HAHAHAHA (don’t contohi lah ayyoh!)
- Tidak ada apa-apa badge pada tudung aku. Nametag juga tiada. Sebab sangat semak dan memburukkan image tudung aku. HAHA.
- Suka makan dan minum di dalam kelas apabila lapar tanpa mempedulikan perasaan guru di hadapan.
- Sangat tidak friendly dan sangat sikitlah kawan-kawan.
- Cikgu tak boleh marah aku. Nanti aku kasik attack secara psychology. Aku akan diam tanpa bercakap sepatah apa pon dengan cikgu. Dan aku akan pandang ke luar kelas semasa cikgu mengajar. Sampailah cikgu memujuk aku dan memeluk aku. Ya. Perangai sangat burok tapi sangat comel bukan?
3 FAVOURITE SUBJEK ANDA… KENAPA??
- Sejarah - Sebab otak aku super genius gred A. Sangat senang mengingat sejarah dan sangat pandai menjawap soalan esei secara menggoreng ayat hyper historical. HAHA.
- Geografi – Aku suka ilmu kaji bumi yang aneh-aneh dan luarbiasa.
- Pendidikan Islam – Sebab subjek inilah paling lepak dan merupakan dua jam paling heaven untuk berehat, berbual dan tak payah belajar sangat. Tapi aku sangat scorer. Ada dua bab orang lain tak boleh lawan aku. Iaitu Haji dan Kahwin. Aku pon tak tahu kenapakah aku sangat pakar topik itu. HAHAHAHAHAHAH.
- Chemistry – Inilah ilmu sains yang paling seronok dipelajari dan paling senang masuk dalam kepala aku.
Aik? Nak 3, tapi aku bagi 4. HAHA.
3 SUBJEK ANDA TAK SUKA… KENAPA??
- Fizik – Apa punya bosanlah lab fizik. Melihat riak air dan bermain troli. Macam perbuatan bosan dan sangat menyusahkan otak.
- Biologi – Jijik. Bermain darah dan membedah haiwan. Sangat perbuatan yang geli dan sedih kerana membunuh seekor tikus demi sebuah kelas biologi. Tapi bab Pembiakan semacam okey jugak. WTH?
- Add Maths - Cikgu tersebut garang. Macam bagus. Homework sangat banyak. Jari sangat penat bermain calculator. Main gameboy tak apa jugak.
Sebenarnya aku memang tak suka science subjects. Aku harap, aku tak payah belajar sains sebab aku suka art. Tapi kalau tak belajar sains, akan berciri tak pandai. Jadi, demi membuktikan aku pandai dan untuk berlagak bagus di mata masyarakat, aku pon dengan gagahnya memaksa diri belajar sains. Padahal aku sangat tak rela. Nasib baik aku sukses jugak. Err. Tak nak kalah la katakan.
MENARIK PADA KAMU…?
Aku pandai. Tak percaya sudah.
KAMU PALING SUKA…?
Makan nasik + Shopping Sakan Sampai Duit Jadik Resit + Kereta-kereta Mewah Bukan Buatan Malaysia + Orang-Orang Genius + Mem-bridal (HAHAHA)
ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA…???
Duit
SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Mr. Fiance. Tak da orang lain dah.
MANGSA TAG KAMU
Tiada. Siapa suka, boleh buat. Siapa tak suka, jangan buat. Kita berhak memilih hidup kita. HAHAHAH.




August 20th, 2008 at 3:38 am
haha. nasib baik cuti. boleh access cepat2 bila u update. ;P
August 20th, 2008 at 4:29 am
masa skolah x friendly..
tapi abes skolah sungguh friendly..
kn chika??
August 20th, 2008 at 9:20 am
eh! kita satu sekolah ker???
hehhe hehhe
August 20th, 2008 at 10:37 am
Memang mata duitan btol anda neh. Duit pun tak bermata mcm kamu. :P
August 20th, 2008 at 10:55 am
aik…x suke add math.egegege ;p
August 20th, 2008 at 12:25 pm
Mr Fiance,
Tabahkan hati and good luck!
August 20th, 2008 at 6:36 pm
sejarah palinggggggggg aku benci.
tak penah sekali pun aku dapat A sejarah .SPM pun C sejarah! memburokkan result aku yg sepatutnya cantik kalau sejarah takda.cis.
shopping smpi duit jadi resit ? hahaha betol tu. mmg best . bila la nak hujan duit.hahaha/
August 21st, 2008 at 3:05 am
huhu. baru pulang dari kg;p
Samala. tak suka add math..hehe,sebab yana tak terror. ish, i’m not good at numbersla..haha..
Sejarah?huhu, mak aih bgusnye. tertekan btol, study sejarah dulu, waktu SPM ntah pape soalan keluar. cewah!salahkan soalan plak;p
Btol kan?duit tu penting
August 21st, 2008 at 4:09 am
aaaakhh! kamu suka art, sejarah dan membenci sience?? buat pertama kali dlm idopku, menjumpai orang yang sama dgn diriku… wakhhhh~ (lari terkinje kinje pastu tersadung kaki sendiri)
August 21st, 2008 at 5:27 am
ahaha..cikgu pujok + pelok
sangat manje :D
August 21st, 2008 at 4:53 pm
erks…gua x suke pendidikan islam..
August 24th, 2008 at 5:33 pm
omg!!!!!!!!
sejarah dan geografi? :o
are u crazy?
hahha..
u la sorang2 kawan i suka sejarah.
sejarah gila hina betul subjek tu..
haha..
tp pendidikan islam sangat best.
lepak2 je leh ape dapat A! haha
August 24th, 2008 at 6:35 pm
sejarah .. gila hina subjek tu?
hahahahahahha. kelakar gila bunyi dia. :))