Veli tired

Pagi yang durjana.
Bangun pagi, melepak depan pc ber-yahoo!messenger. Memberi dan menerima salam, chatting sikit-sikit dan kemudiannya mandi untuk bersiap ke UKM. Ainul dah warning aku suruh cepat. Sebab nak pulangkan jubah konvo tersebut hari ni. Err. Tak merasalah swimming pakai jubah tersebut. Lain kalilah mungkin.

Sampai UKM dah pukul 12.30. Pukul 1 petang merupakan lunch hour di mana semua pekerja lapar mahupon tidak lapar akan berambus tutup counter. Aku dengan Ainul pon panjat Canselori tu sampai tingkat 4. Lift boleh pulak nak melingkup hari ni. Tu lah nama dia ujian.

Gugur keringat aku dibuatnya memanjat tangga. Dah la aku neh stamina rendah. Maintenance je tinggi, well. Dengan high heels nya. Wa. Hanya mampu dibuat oleh diva-diva gagah sahaja. Engkau boleh ke? Panjat tingkat 4 menggunakan kaki sendiri dengan kekuatan otot? Boleh? Okay, mungkin boleh. Bagaimana pula memanjat tangga ke tingkat 4 dengan high heels tajam? Sambil membawa beg berat? Juga jisim badan yang berat? Err… dan juga stamina yang tak berapa nak ada. Boleh kah? HAHAH. Kan aku dah kata, memang gila gagah jugak aku neh. Padahal merengek macam nak tumpas atas tangga dibuatnya.

Sampai depan counter, kami pon rasa nak menyanyi lagu Omaigod dan O’shit dan juga Wadehel secara berduet. Ainul dah menjerit peluk aku. Aku dah terdiam. Rasa nak terjun bangunan pon ada. Kami salah naik building. SALAH!

Berbekalkan jiwa feminine yang ada sikit berciri gagah ni, kami pon menapaklah ke Dectar pulak. Kena amek kereta dulu. Pindah parking. Panjat tangga curam tahap gaung. Ainul sampai bukak kasut sebab takot tergolek. Aku steady lagi. Apa jadipon. Biar kaki bercerai berai pon tak apa, asalkan menten gaya tersebut. HAHA.

Sampai Dectar, panjat lagi tangga tangga yang gila punya banyak tu. Macam sawan jek dia punya tangga. Bukan sikit punya banyak. Naik tingkat 3. Sampai ja depan pintu counter pulang jubah, tengok-tengok pintu dah kunci. Omaigod! Apalagi, kami pon menangis tersedu-sedulah. Teriak keluar air mata darah semua. Dan terus pengsan di situ. Ya lah. Sangat dusta. Kami takda lah sampai menangis. Tapi rasa nak menangis tu ada lah.

See. Pagi yang sia-sia. Memanjat sana sini. Bolehlah dibuat bakar kalori. Padahal taklah terbakar sangat pon kalori. Hati aku yang rentung neh terbakar-bakar. Bengang. Aku pon blah ajak Ainul lunch. Makan lagi baik. Dah la makan itu sedap. Senang dan tidak memerlukan otot bekerja kuat. Apalah. Kalaulah hidup neh dipenuhi dengan aktviti makan sebanyak 75% kan bagus. 15% lagi tidur. Pasti manusia semua pon akan setanding gajah saiznya. HAHAHAHAHAHAHA. Engkau gajah, aku gajah, dia gajah, semua pon gajah. Comel dow. Gajah di mana-mana. Elephants are everywhere. Gila comel! HAHAH.

Membridal lagi.
Lepas lunch dengan Ainul, bergerak ke rumah tunangan bertemu tunangan dan mak kepada tunangan. Ya. Sangat berciri tunangan ayat neh. HAHAH. Pergi mem-bridal lagi lah. Tak payah tulis secara detail sangatlah okay. Sebab walaupon kesemua aktiviti ini sangat historical, tapi ia tak berapa perlu direkodkan. Sebab ia terlslu berharga sampai tahapnya hanya layak letak dalam kepala, jadi memori. Wah. Ayat apakah neh? Macam sedap jugak. Aku bercadang nak mendelete ayat neh tapi sebab ayat neh macam bagus, biarlah dia di situ. HAHA

Your blog entry was very sweet. Thank you, darling.

Ini respon untuk entry semalam. Cukuplah tu. Kalau aku bukak lagi satu entry romantik, pasti lebih ‘shakespear’ sms yang bakal aku dapat esok. Hehe. Entry berciri romantik tidak boleh dibuat selalu. Nanti kualitinya akan turun. HAHA.

apa nak buat. Memang dalam mood yang sangat flowery macam musim bunga. Bunga di sana sini. HAHA. Kesimpulannya, hari ini merupakan satu lagi hari yang mengasyikkan bersama Mr.Fiance. Mem-bridal dalam butik selama 3 jam (approximately) Gila lama. Tapi tak sedar pon yang kami mem-bridal terlalu lama. Ingat senangkah pilih barang kawen? Kena perfect. Sebab perbuatan sekali seumur hidup insyaallah. Kalau boleh dibuat setahun sekali, tak apa jugak. Tapi ini acara yang sangat besar ertinya. Kenalah perfect atau mostly perfect.

Historical places hari ini :
Kajang.

Yibbah.

Malas lah kongsi banyak-banyak. Sebab aku penat. Kepenatan mendatangkan rasa kedekut dan malas. Esok mem-bridal lagi. HAHAHA. Ya ya. Katalah apa kau nak kata. Dah memang tengah mem-bridal secara ganas dah neh. HAHA.

Banyak nak dibuat ni. Masa pon suntuk. Aik? Suntuk? Bukankah semalam kata ada banyak bulan lagi? Err. Suka hati aku lah bukan. Sangat berkuasa lah katakan. Jadi aku pon akan menyebut apa-apa pon dengan sewenang-wenangnya. HAHAHA. Bukanlah. Memang ada banyak bulan lagi tapi waktu jugak sangat suntuk. Err. Memang kelirulah bukan. Nevermind. Engkau nak faham sangat pon buat apalah :P

Kepala aku nak cium bantal je waktu ni. Maknanya, aku akan tamatkan entry aku tanpa penutup yang jelas. Habis dah. Bersurai.

Recent Entries

14 Responses to “Veli tired”

  1. mrkay Says:

    tadi ko puas gelakkan aku kan? kali ni aku nak gelak kan ko secara bertubi2..

    ko salah building? wakakakakakakakakakakakakakakakakakaka..
    naik dectar tuh aku dah agak mesti kaunter dah tutup.. aku gelakkan lagi.. wakakakakakakakakakakakakakaka..

    err.. gajah? sedikit sensitif disitu.. erghh.. aku sensitif dgn gajah.. nnt aku ceritakan dkt blog aku..

    okeh2.. aku tak gelak dah.. sowie2.. tp serius mmg lawak.. wakakaka.. erk.. tergelak lagi.. sori2.. wakakaka.. adeh..

    eh? aku 1st ke? wakakakakakaka..

  2. myadlan Says:

    wa. aku jadi org kedua komen..

    nk tanya.. kalo 75% utk makan, 15% utk tido, lagi 10% wat ape?

    ni teka-teki utk pagi2 hari..

  3. Mastakilla Says:

    aik bkk blog chika pepagi…
    ader teka-teki lah…

    so 10% lagi wahai cik myadlan,
    sudah pastilah untuk membuang..
    wakakaka..

    adeh!! saket perut ah!!
    ~~out~~

  4. mrkay Says:

    huk a`ah la.. aku sibuk sgt gelak malam tadi sampai terlupe pasal teka teki tuh.. haha.. aku tau jawapan die.. 10% lagi utk shopping.. ermm.. tak2.. utk kawen.. haha.. takkan kawen ari2 kan? hahaha.. confirm arh shopping.. agagagaga

  5. fara-D Says:

    haha. ko da lupa ke, kiter ni kan golongan yg suka terjah-pejabat@swaktu-dgnnya-ikut -suka-hati-tak-mengira-masa!! dari 1st year lagik kan prangai camtu!

    mujo aku bkn ngan ko smlm, kalo tak, makin sengal kot?sbb bila nurul bergabung tenaga dgn fara-d, alamat huru hara kehidupan seharian!lalalala

    p/s: baru merasa nk leave comment, selama ni baca je, xnyempat drop comment.hehe.paham2 je le….

  6. Masy Says:

    takkan 10% je utk minum kot? eh tersampuk lak teka teki hehe

  7. Chika Chika Says:

    kay – apsal ko gelakkan aku? waahahahha.

    adlan – ha. pikirlah lagi 10% buat apa? hehe

    mastakilla – salah. sila teka lagik.

    farah – tu ar dia. main redah jek serbu opis tak kira masa. menyengal. haha. malam2 plak dok satu keje kejar guard kan? memang gila punya bz body. hahaahhaha. tak sangka dow ko sanggop pusing kejar guard.pening nak muntah aku. haha. model super besar tu dah siap?

    kak masy – sebenarnya tersilap kira. patutnya nak kata 25% utk tidur tapi tersilap kira. so, jadikan je lah teka-teki. hahha

    LAGI 10% IALAH MEMBUAT AKTIVITI BEBAS! HAHHAHAHA

  8. Ruvist Says:

    cantik.

  9. Eireen Camelia Says:

    ngeh ngeh ngehhh… ape perasaan naik salah floor? mcm samprit tak? gagaga

  10. :: Wiween laoshi :: Says:

    errk..panjat tangga pakai high heels?? adik mmg gagah. egegeg ;p

    suda decide tema perkahwinan kah? ;)

  11. {lila} Says:

    Chika, tiba2 teringat movie2 psl wedding. aktiviti membridal ye.

    p.s: i think if u list out tmpt dan masa u membridal beforehand, agaknye ada paparazzi kejar x :)

  12. kHaLwAnIeY AiSyA Says:

    haha!
    leteyh naek tangga?
    rmh aisya 3 tengkat lagi menyeksakan..
    klo hari skola,
    mcm nk gila pnjat tangga..
    smpia terjerit-jerit..
    hahaha..

    pnh 1 hari aisya x sgup nk naek tgkat 3, aisya tdo kat guest room kat bwh..
    huhu.
    x sgup..

  13. Wahidah Says:

    salam..
    nice blog chika…
    nice entry….lurve it..:)

  14. yOnnA Says:

    pergh!!
    gile bengang camtuh la chika!
    pagi2 membakar kalori di building yang salah!! hahaha

Leave a Reply